Anda di halaman 1dari 10

Tiga Gelombang Pendidikan

TIGA gelombang pembaharuan yang bertujuan meningkatkan prestasi sistem


pendidikan negara ditetapkan untuk dilaksanakan dalam tempoh 13 tahun bermula
tahun depan hingga 2025.
Laporan awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 menjelaskan,
menerusi Gelombang Pertama membabitkan tahun pelaksanaan 2013 hingga 2015,
sasaran diletakkan bagi menambah baik kualiti pendidikan negara supaya setanding
dengan pencapaian purata global.
Menurut laporan itu, sepanjang pelaksanaan gelombang itu, Kementerian Pelajaran
menentukan tiga bidang tumpuan iaitu menambah baik pengajaran di bilik darjah,
meningkatkan kepimpinan kementerian dan sekolah serta meningkatkan kecekapan
guru bahasa Inggeris.
Hal ini tidak bermakna inisiatif perubahan akan menumpukan perhatian kepada tiga
bidang berkenaan sahaja malah terdapat inisiatif yang memberikan tumpuan kepada
isu lain seperti penambahbaikan kurikulum dan peningkatan infrastruktur.
Bagaimanapun, tiga bidang itu dipilih sama ada ketiga-tiganya merupakan pemacu
utama bagi menambah baik kualiti guru dan pengetua atau kerana keperluan bagi
keseluruhan aspirasi ekonomi negara (bahasa Inggeris), jelas laporan tersebut.
Bagi Gelombang Kedua (2016-2020), laporan berkenaan memberitahu, kementerian
akan melaksanakan perubahan dari segi struktur untuk mempercepat langkah
perubahan dengan perancangan bagi semua inisiatif akan bermula semasa gelombang
pertama.
Perancangan itu termasuk menggerakkan semua 410,000 orang guru dan 10,000
pengetua atau guru besar kepada pakej kerjaya baru selain menstruktur dan
menjajarkan pejabat Persekutuan, negeri serta daerah terhadap fungsi baru.

Ini bagi membolehkan pejabat berkenaan membantu sekolah dan memperkenalkan


kurikulum sekolah menengah yang baru dan kurikulum sekolah rendah yang disemak
dalam menangani isu mengenai pengetahuan, kemahiran dan nilai yang diperlukan
untuk berkembang maju di persekitaran ekonomi global masa kini.
Sementara itu laporan itu menyebut, semasa awal Gelombang Ketiga (2021-2025) pula,
semua sekolah, guru dan pengetua seharusnya menunjukkan prestasi yang lebih tinggi
daripada standard minimum.
Oleh itu, kementerian akan menumpukan perhatian kepada peningkatan keluwesan
operasi untuk menyemai budaya pemimpin rakan sebaya ke arah kecemerlangan
profesional. Kementerian juga akan menggerakkan kebanyakan sekolah, jika tidak
semuanya, ke arah model pengurusan berasaskan sekolah dan menambah model
inovasi pengajaran yang berjaya.
Matlamatnya adalah untuk membentuk suatu sistem tadbir urus kendiri yang mampu
membuat pembaharuan dan membawa pencapaian ke tahap lebih tinggi, tambah
laporan itu.
Jelas laporan itu, kementerian menyedari kepentingan serta kesegeraan dalam
melaksanakan tugasan yang sedang dijalankan dan untuk itu, kementerian akan mula
mengambil tindakan awal dalam beberapa bidang kritikal.
Sebahagian besar daripada tindakan awal itu akan menjadi asas perubahan dramatik
pada

masa

depan.

Bagaimanapun

kementerian

juga

menyedari

keperluan

menghasilkan pencapaian dengan kadar segera dan konsisten bagi membina dan
mengekalkan momentum transformasi.
Dalam 12 bulan yang akan datang, kementerian mempunyai kesungguhan untuk
melaksanakan perubahan dan mendapatkan hasil seperti semua 70,000 guru bahasa
Inggeris dinilai pada tahap kecekapan berbahasa mengikut standard antarabangsa dan
syarat pengambilan guru diperketat selain semua 10,000 sekolah rendah dan

menengah kebangsaan akan mendapat liputan internet 4G melalui pelaksanaan


1BestariNet, jelas laporan berkenaan.
By madelena@psssksa Posted in Isu semasa pendidikan.

Mar 27 2013

Mencapai pendidikan berkualiti .


Oleh METRA SYAHRIL MOHAMED dan ASSIM HASSAN
DALAM memastikan negara tidak ketinggalan dan mampu berdaya saing, Kementerian
Pelajaran mengambil inisiatif menyediakan satu sistem pendidikan negara yang
berkualiti melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.
Laporan awal pelan tersebut memaklumkan, pelan itu menyediakan hala tuju dasar dan
inisiatif pelaksanaan yang direncanakan dengan terperinci bagi mencapai matlamat
sistem pendidikan negara yang dinamik serta memenuhi hasrat dan keperluan semua.
Pelan tersebut juga dihasilkan oleh kementerian melalui kajian dan penilaian yang
mendalam serta penglibatan meluas pihak awam termasuk agensi luar seperti Bank
Dunia, Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa
Bersatu (UNESCO) dan Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD).

Lazimnya, kepelbagaian dan keadaan kompleks sistem pendidikan sesebuah negara


yang ingin melaksanakan transformasi mengambil masa beberapa tahun sebelum
hasilnya

dapat

dizahirkan

dan

dilihat.

Oleh yang demikian, kerajaan melalui Kementerian Pelajaran perlu segera memulakan
tindakan berani, bersungguh-sungguh dan drastik dalam melaksanakan transformasi
yang penting serta kritikal ini, jelas laporan itu.
Tambah laporan itu lagi, pelan tersebut mempunyai tiga objektif utama iaitu memahami
prestasi dan cabaran semasa sistem pendidikan negara melalui penambahbaikan
akses kepada pendidikan, meningkatkan kualiti, merapatkan jurang pencapaian dan
menggalakkan perpaduan di kalangan murid serta memaksimumkan keberkesanan
sistem.
Jelas laporan tersebut, ia juga memberi fokus kepada mewujudkan visi serta aspirasi
jelas bagi sistem pendidikan dan setiap murid bermula 2013 hingga tahun 2025.
Selain itu, pelan pembangunan pendidikan ini turut menggariskan program transformasi
menyeluruh bagi sistem pendidikan termasuk perubahan utama dalam Kementerian
Pelajaran yang membolehkan ia memenuhi permintaan baharu, jangkaan meningkat
dan sokongan transformasi perkhidmatan awam, jelas laporan itu.
Tambah laporan tersebut, hampir 98 peratus daripada lebih 3,000 responden yang
mengikuti Dialog Nasional Pendidikan Negara (DNPN) berpendapat usaha kerajaan
menjalankan

kajian

semula

pendidikan

adalah

tepat

pada

masanya.

Jelas laporan itu, ada di kalangan responden turut berpendapat kajian semula itu
seharusnya telah dilakukan lebih awal lagi.
Bagi memenuhi permintaan yang sentiasa meningkat, negara-negara lain sentiasa
menambah baik pendekatan terhadap pendidikan dan Malaysia juga perlu melakukan
perkara

sedemikian,

ujar

laporan

itu.

Dua bidang utama akan difokuskan dalam proses transformasi Kementerian Pelajaran
bagi merealisasi aspirasi untuk meningkatkan akses, kualiti, ekuiti, perpaduan serta
keberkesanan sistem pendidikan negara.

Laporan awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 menyebut,


pertamanya kementerian akan memperkukuh sistem penyampaian untuk memastikan
pelaksanaan dasar yang lebih baik.
Hal itu jelas laporan tersebut, menuntut penetapan semula peranan dan fungsi Jabatan
Pelajaran Negeri (JPN) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan memberikan lebih
kuasa membuat keputusan serta keluwesan dan sikap tanggungjawab dalam
menjalankan tugas bagi membolehkan penyelesaian yang sesuai dirancang dan
disampaikan ke sekolah.
Individu yang berkebolehan dan komited pada semua peringkat organisasi merupakan
nadi bagi menjayakan proses ini. Justeru kementerian akan terus meningkatkan cara
untuk menarik, membangun dan mengekalkan individu yang berkemahiran bagi
melaksanakan perubahan ini.
Usaha ini merangkumi keseluruhan organisasi daripada fungsi yang berkaitan dengan
pendidikan seperti pembangunan kurikulum dan pendidikan guru hinggalah kepada
fungsi pengurusan seperti perancangan pembangunan modal insan dan infrastruktur,
jelas laporan itu.
Laporan tersebut menambah, menerusi bidang kedua pula, kementerian akan
menambah baik produktiviti sumber dengan memberi tumpuan utama kepada
keberhasilan murid dan memperuntukkan sumber kepada inisiatif yang mempunyai
pulangan atas pelaburan (ROI) yang tinggi.
Usaha itu bukan sahaja memerlukan kemampuan mengagih semula peruntukan sedia
ada kepada perkara yang perlu diutamakan tetapi pada dasarnya mengubah cara
kementerian memperuntukkan sumber serta memantau projek dan perkhidmatan yang
diberikan.
Melalui Gelombang Pertama yang meliputi pelaksanaan 2013 hingga 2015,
kementerian akan memberi tumpuan mengkaji semula program-program dan
perbelanjaan mengurus dalam usaha meningkatkan keberkesanan berbelanja dan

mengagihkan semula sumber kepada penggerak yang mempunyai impak besar ke atas
keberhasilan murid.
Semasa Gelombang Kedua pula (2016-2020), kementerian akan mengalih tumpuan
dalam usaha pewajaran daripada melaksanakan kejayaan segera kepada pelaksanaan
sistem secara meluas termasuk menghapuskan pertindihan bajet antara bahagian
apabila proses penstrukturan semula berlaku, jelas laporan itu.
Bagi Gelombang Ketiga (2021 2025) pula, kementerian menjangkakan keseluruhan
penstrukturan semula termasuk pelaksanaan rombakan dalam sistem dan proses
pengurusan kewangan akan selesai.
Hasilnya, produktiviti sumber akan selari dengan standard antarabangsa. Sebagai
contoh, tahap perbelanjaan awam seharusnya selari dengan sistem pendidikan negara
lain yang mempunyai tahap prestasi yang hampir serupa dalam pentaksiran
antarabangsa.
Dalam gelombang itu, kementerian juga akan memberi tumpuan untuk mengekalkan
amalan terbaik bagi menjamin kecekapan kewangan yang dibangunkan semasa
gelombang

terdahulu,

tambah

UTUSAN
By madelena@psssksa Posted in Isu semasa pendidikan.

laporan

itu.

Mar 27 2013

Bersaing di pentas dunia .


Oleh METRA SYAHRIL MOHAMED
PRESTASI murid dan pelajar dalam tiga peperiksaan awam iaitu Ujian Pencapaian
Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran
Malaysia (SPM) menunjukkan hasil yang hampir malar tetapi tetap menunjukkan
peningkatan.
Bagaimanapun, laporan awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2015
menegaskan, di sebalik keberhasilan itu adalah penting Malaysia membandingkan
sistem pendidikannya dengan tanda aras global bagi memastikannya bergerak seiring
dengan pembangunan pendidikan antarabangsa.
Ini kerana jelas laporan itu, prestasi negara dalam Trend Pendidikan Matematik dan
Sains Antarabangsa (TIMSS) menurun antara 1999 dan 2007 manakala keputusan
Program Penilaian Murid Antarabangsa (PISA) 2009 pula menunjukkan Malaysia
berada di kelompok sepertiga di bawah berbanding 74 negara peserta.
Ia juga lebih rendah daripada purata antarabangsa dan negara-negara Pertubuhan
Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD).
Adalah penting penilaian lanjut tentang keberhasilan pentaksiran itu dilakukan bagi
memahami sebarang kekurangan dalam standard pendidikan. Prestasi murid dan
pelajar dalam peperiksaan awam menunjukkan peningkatan kekal setiap tahun.
Namun, dalam keadaan semasa, perbandingan dalaman tidak lagi memadai bagi
memastikan daya saing di pentas dunia.
Dalam tempoh dua dekad lepas, pentaksiran antarabangsa muncul sebagai satu
kaedah perbandingan langsung tentang kualiti hasil pendidikan merentas negara dan
sistem. Pentaksiran ini tertumpu kepada Matematik, Sains dan Bacaan. Bagi

memahami prestasi murid dan pelajar kita, keputusan penyertaan negara dalam TIMSS
dan PISA telah dikaji, jelas laporan itu.
Laporan itu menyatakan, ketika Malaysia menyertai TIMSS pada 1999, skor Matematik
mengatasi purata antarabangsa dengan 519 mata dan terletak di tangga ke-16
daripada 38 negara.
Sains pula mencatat 492 mata dan mengatasi purata antarabangsa walaupun
kedudukannya lebih rendah iaitu di tangga ke-22.
Prestasi

Malaysia

dalam

pusingan

pada

2003

menunjukkan

beberapa

penambahbaikan dalam pencapaian pentaksiran tersebut. Namun keputusan pada


2007 menunjukkan penurunan ketara bagi skor Matematik dan Sains di bawah purata
antarabangsa.
Keputusan itu menunjukkan pelajar memahami konsep asas Matematik dan Sains
tetapi pada amnya tidak dapat mengaplikasi pengetahuan itu, jelas laporan itu.
Bagi PISA pula, dalam pentaksiran terkini, prestasi Malaysia berada sekurangkurangnya 100 mata di bawah negara serantau seperti Singapura, Jepun, Korea dan
Hong Kong dalam ketiga-tiga dimensi iaitu Bacaan, Matematik dan Sains.
Namun, laporan tersebut menegaskan, ada beberapa bukti menunjukkan kurang
padanan antara peperiksaan awam dan pentaksiran antarabangsa tentang kaedah
mendefinisi standard.
Satu sebab yang mungkin bagi tidak jajaran standard itu ialah perbezaan dalam fokus
pengujian bagi peperiksaan awam dan pentaksiran antarabangsa. Contohnya PISA
memberi tumpuan kepada soalan yang menguji kemahiran berfikir aras tinggi
sebaliknya peperiksaan awam negara memberi lebih tumpuan kepada soalan yang
menguji kandungan pengetahuan, jelas laporan itu.
- UTUSAN

By madelena@psssksa Posted in Isu semasa pendidikan.

Mar 20 2013

Kurikulum baharu mulai 2016


Oleh MOHD. ASRON MUSTAPHA
mohdasron.mustapha@utusan.com.my
KEMENTERIAN Pelajaran akan melaksanakan kurikulum persekolahan baru iaitu
Kurikulum Standard Sekolah Rendah - Semakan Semula (KSSR) mulai 2016 dan
Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) pada 2017 dalam usaha melonjak
sistem pendidikan negara.
Kurikulum baru itu dirangka berdasarkan tanda aras antarabangsa bagi memastikan
murid dan pelajar yang dilahirkan oleh sistem persekolahan di negara ini memiliki
kemahiran yang diperlukan untuk bersaing di peringkat global.
Ia merangkumi dimensi intelek, emosi dan fizikal setiap murid serta menekankan
aplikasi pengetahuan serta perkembangan pemikiran kritis, kreatif dan inovatif selain
memberi peluang melibatkan diri dalam aktiviti sukan dan kurikulum.

Pengenalan kurikulum baru itu juga selaras dengan pemansuhan Penilaian Menengah
Rendah (PMR) mulai 2014 serta perubahan penilaian ke atas murid tahun enam yang
tidak lagi dibuat berdasarkan keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR)
semata-mata.
Ini kerana mulai 2016 juga gred pencapaian UPSR murid tahun enam tidak akan lagi
ditentukan melalui peperiksaan awam sahaja tetapi digabung sekali dengan pentaksiran
sekolah dan pentaksiran pusat.
Pelaksanaan kurikulum baru ini pula akan melalui tiga fasa iaitu gelombang satu (20122015) iaitu fasa persediaan, gelombang kedua (2016-2020) iaitu fasa pelaksanaan dan
gelombang ketiga (2021-2025) iaitu fasa pentaksiran.
Menurut Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025, sebagai
persiapan sebelum memperkenalkan kurikulum baru itu kementerian akan memurnikan
kurikulum sedia ada dan mempergiatkan sokongan kepada guru bagi meningkatkan
sistem penyampaian.
Kementerian sedar masih banyak yang perlu dilakukan untuk memastikan
keberkesanan pelaksanaan kedua-dua aspek kurikulum baru ini, untuk itu gelombang
pertama transformasi pendidikan akan memberi tumpuan kepada inisiatif jangka
pendek.
Ia bagi memastikan kurikulum bertulis, kurikulum yang diajar dan kurikulum
pentaksiran dapat ditambah baik selain meletakkan asas kepada perubahan
fundamental sebelum gelombang kedua dan ketiga dilaksana dan dikaji semula untuk
melihat tahap pencapaian, jelas laporan itu.

Anda mungkin juga menyukai