Anda di halaman 1dari 2

Pentaksiran Autentik

Pentaksiran autentik menurut Pert (1990) merupakan bentuk penilaian


yang berdasarkan pencapaian sebenar yang ditunjukkan oleh kanakkanak di dalam bilik darjah setiap hari.
Pentaksiran autentik ini meliputi pentaksiran dari pelbagai aspek
merangkumi pengetahuan pelajar, pemahaman mendalam, penyelesaian
masalah, kemahiran sosial, sikap terhadap persekitaran, dan simulasi
terhadap situasi dunia sebenar.
Dalam erti kata lain, pentaksiran autentik ini juga merupakan suatu proses
yang melibatkan pelbagai bentuk pengukuran prestasi yang boleh
mereflek tahap pembelajaran pelajar, kejayaan, motivasi dan sikap pada
aktiviti yang releven.
Menurut Grace, (1992), penilaian autentik ini merupakan amalan yang
membabitkan kanak-kanak secara realistik dalam menilai kemajuan
mereka sendiri. Ia juga melibatkan pentaksiran yang dilakukan secara
berterusan. Realistik dan bermakna merupakan terma yang sering
digunakan dalam pentaksiran autentik. (Sumber: Buku Educational
Assessment of Students)
Kepentingan Pentaksiran Autentik dan Pentaksiran Performance
Based Autentik
Menghendaki pelajar menggunakan pengetahuan dengan bermakna
Menghendaki pelajar mahir menggunakan pelbagai kemahiran
(contohnya, penulisan, penyelidikan, perdebatan, kemahiran komunikasi
dan kemahiran berfikir secara kritis)
Memberi pelajar peluang untuk memperbaiki dan melakukan
penambahbaikan melalui pemikiran kritis dari masa ke semasa dalam
memperoleh kejayaaan pada masa hadapan.
Merangsang pelajar menggunakan kombinasi kemahiran, pengetahuan,
kemampuan yang ada dalam dunia sebenar.

Penilaian Alternatif

Menilai pelajar pada tugas-tugas dalam disiplin khusus yang telah


ditetapkan
Menilai pencapaian pelajar secara menyeluruh
Mengambilkira pengetahuan dan kemahiran secara holistik berbanding
secara dipecahasingkan - Ambil kira proses dan hasil pengajaran dan
pembelajaran
Melatih pelajar cara-cara membuat penilaian terhadap pencapaiannya dan
membantu menilai kerja seni orang lain
Mempastikan pelajar berupaya membuat persembahan dan
mempertahankan hasil kerjanya secara lisan dan di khalayak ramai
Penilaian Portfolio
Penilaian berbentuk lebih terbuka dan seimbang.
Tugasan portfolio dapat dipantau melalui peta perkembangan pelajar yang
boleh dinilai
melalui bukti-bukti lain.
Proses penilaian perlu dijalankan secara berterusan supaya dapat
mencerminkan perkembangan pelajar dari semasa ke semasa mengikut
kriteria yang telah dipersetujui
bersama.
Penilaian bagi Portfolio
Portfolio dinilai berdasarkan konsep perkembangan pembelajaran yang
berterusan.
Fokus kepada aspek perkembangan pengetahuan dan perkembangan
kefahaman.
Peta perkembangan pelajar boleh digunakan bagi memberi gambaran
perkembangan yang
lebih menyeluruh bermula awal pembinaan portfolio sehingga tugasan
tersebut selesai.