Anda di halaman 1dari 8

Forum 1

Berdasarkan pemerhatian anda, bincangkan sikap generasi muda


terhadap penggunaan bahasa Melayu dalam komunikasi atau penulisan
masa kini. Sila sertakan contoh untuk menguatkan hujahan anda.
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Di Malaysia, bahasa yang menjadi pengantar utama dalam
kalangan masyarakat ialah Bahasa Melayu yang tergolong dalam
rumpun bahasa Austronesia. Menurut Abdul Rashid Melebek dan Amat
Juhari Moain (2005:26), Bahasa Melayu ini berkembang secara
bertahap-tahap, iaitu dari satu zaman ke satu zaman. Bahasa amat
penting sebagai alat komunikasi dalam kehidupan seharian manusia.
Penggunaan bahasa membolehkan manusia berinteraksi antara satu
sama lain, iaitu segala maklumat yang ingin disampaikan boleh
difahami oleh kedua-dua pihak. Dalam aktiviti berbahasa, penutur
bukan sahaja perlu menggunakan bahasa yang betul daripada sudut
tatabahasa tetapi perlu menggunakan bahasa yang dapat diterima oleh
pendengar. Maka, penggunaan bahasa yang mudah difahami ramai
akan menyebabkan segala yang diperkatakan akan difahami oleh orang
lain. Sikap tidak ambil kisah dan memandang enteng terhadap
penggunaaan bahasa Melayu dalam komunikasi atau penulisan masa
kini di kalangan generasi muda merupakan faktor utama mengapa
bahasa Melayu semakin sepi. Tidak ramai dalam kalangan generasi
muda sekarang yang begitu bersungguh-sungguh memperjuangkan
kedaulatan bahasa Melayu kerana kuatnya pengaruh bahasa teknologi
yang bukan sahaja mencemarkan bahasa Melayu komunikasi tetapi juga
dalam penulisan. Hal ini demikian kerana, era zaman teknologi ini
seakan mendesak golongan muda meneroka pelbagai perkara baru
yang begitu pesat dicipta dan menjadi suatu keperluan dalam
penggunaan teknologi ini kepada mereka. Dengan wujudnya pelbagai
jenis laman sosial seperti Twitter, Facebook,Tagged dan
sebagainya membolehkan komunikasi dapat dilakukan dengan mudah
dan cepat. Penggunaan bahasa melaluinya sering menyimpang
daripada bahasa Melayu yang sebenar seterusnya mencemari
keindahan bahasa Melayu itu sendiri.Lihat sahaja penggunaan bahasa
melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS) yang sememangnya
menggunakan bahasa singkatan supaya maklumat yang ingin
disampaikan segera sampai kepada penerima. Kesimpulannya,
permasalahan ini perlu ditangani segera dengan pelbagai usaha
pendidikan serta pengisian media elektronik yang berusaha untuk
menghasilkan pengisian yang memartabatkan bahasa Melayu yang
betul di dalam setiap usaha serta paparan yang disiarkan. Ini boleh
membantu generasi muda masa kini untuk memiliki nilai-nilai
penguasaan bahasa yang baik serta pengucapan serta perlakuan yang
bertatasusila dalam kehidupan seharian.

Forum 2
Kemukakan hujahan anda bagaimana memperkasakan penggunaan
Bahasa Melayu dalam sektor korporat/swasta
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Bahasa merupakan cerminan masyarakat, budaya, akal budi, jiwa
atau roh sesuatu bangsa. Keintelektualan dan tamadun bangsa yang
besar di dunia jelas merupakan bukti peranan terbesar bahasa sesuatu
bangsa. Bahasa Melayu yang sekian lama telah memperoleh kedudukan
dan peranan yang mantap kini kian tercabar. Realiti sejarah
membuktikan bahawa sesuatu bangsa maju apabila bangsa itu
menggunakan bahasa sendiri sebagai alat untuk mencapai kemajuan
dan membina tamadunnya. Sudah tentu bahasa Melayu juga mampu
mencapai kemajuan. Yang penting, bangsa Melayu perlu menunjukkan
semangat Malaysia Boleh dalam penggunaan bahasa Melayu. Semua
pihak perlu mempunyai keyakinan tinggi bahawa bahasa Melayu
merupakan bahasa yang mampu digunakan dalam semua bidang pada
semua peringkat. Namun begitu, apa yang sangat menyedihkan di
dalam sektor korporat/swasta bangsa Melayu itu sendiri malu untuk
bertutur dalam bahasa Melayu dengan bangsanya sendiri, kononnya
takut dikatakan kolot, ketinggalan zaman, tidak bertamadun atau
tertinggal dalam arus teknologi moden. Bangsa kita tidak terdesak
untuk mencipta ilmu dan teknologi baharu kerana ilmu itu dapat
diperoleh dan dibeli dari dunia lain sama ada dari barat atau timur
sehingga bahasa Melayu menjadi peniru atau pengguna. Kita janganlah
menuding jari kepada sesiapa jika bahasa Melayu dipinggirkan kerana
kita sendiri yang enggan atau malu untuk menjadikan bahasa Melayu
sebagai bahasa sains dan teknologi, bahasa pencipta ilmu dan budaya
atau bahasa bertamadun tinggi. Masyarakat kita sendiri lebih
mementingkan bahasa Inggeris sebagai alat kemajuan, malah dalam
perbualan seharian sesama sendiri, kita lebih berminat menggunakan
bahasa Inggeris walaupun penguasaan bahasa Inggeris kita tidaklah
sebaik mana. Dalam usaha memperkasakan bahasa Melayu
peranan sektor swasta amatlah dialu-alukan. Sektor swasta haruslah
peka dan menganjurkan lebih banyak kegiatan bahasa di luar negara
seiring dengan promosi perniagaan atau produk masing-masing.
Kegiatan promosi dan pasaran secara terancang akan memberikan
pulangan yang merangsangkan perkembangan bahasa Malaysia sebagai
bahasa ekonomi, sains, dan teknologi. Papan-papan tanda dan iklan
yang mempromosikan sesuatu produk haruslah menggunakan kata-kata
bahasa Malaysia yang betul dalam semua urusan rasmi. Dengan cara
ini, kita akan dapat mendaulatkan dan memartabatkan bahasa Malaysia
bukan sahaja di negara kita malah di pentas dunia. Konklusinya
perjuangan memartabatkan bahasa Melayu merupakan perjuangan

yang berterusan. Semua peringkat masyarakat perlu bekerjasama untuk


memajukan bahasa Melayu secara lebih berkesan dan meluas. Kita
perlu mempunyai keyakinan dan terus berjuang dengan penuh
semangat tanpa rasa tertekan dengan bahasa Inggeris yang merupakan
bahasa penjajah yang paling dominan.

Forum 3
Bincangkan masalah pengajaran karangan dan nyatakan langkah untuk
mengatasinya.
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Saya bersetuju dengan pandangan yang cikgu berikan. Di sini
ingin saya kongsikan pandangan tentang tajuk yang dibincangkan
berdasarkan kepada pemahaman hasil bacaan saya. Menurut
Mohammad Fadzeli Jaafar (Modul Bahasa Melayu 11, PJJ UKM -1998),
tujuan utama pengajaran karangan adalah untuk menyampaikan
sesuatu mesej atau idea kepada orang lain atau khalayak. Menurutnya
lagi, antara aspek penting dalam menghasilkan karangan yang baik
ialah kiata perlu mengetahui beberapa aspek penting seperti membina
penyata tesis, membentuk pendahuluan yang berkesan, teknik
mengembangkan cerita, penutup yang kemas dan kepautan dalam
perenggan. Aspek ini amat penting supaya idea yang hendak
dikembangkan tersusun dengan kemas dan berkesan. Antara masalah
yang berlaku dalam pengajaran karangan di sekolah seperti kekurangan
kosa kata menyebabkan karangan yang dibina agak terbatas. Malah,
penguasaan kosa kata yang terhad menyebabkan hasil karangan yang
lemah dan ayat yang dibina tidak gramatis serta idea tidah dapat
dikembangkan dan dihujahkan dengan baik. Perkara ini berlaku
disebabkan oleh sikap pelajar yang tidak menjadikan membaca sebagai
satu budaya. Sebagai guru kita patut berusaha mengatasi masalahmasalah yang dihadapi dalam pengajaran dan pembelajaran kemahiran
menulis melalui pengajaran yang kreatif dan berkualiti agar penguasaan
murid dalam kemahiran tersebut dapat ditingkatkan. Guru juga perlu
melaksanakan kemahiran menulis berdasarkan sukatan pelajaran
terkini.
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Saya bersetuju dengan pandangan yang cikgu berikan. Di sini
ingin saya kongsikan pandangan tentang tajuk yang dibincangkan
berdasarkan kepada pemahaman hasil bacaan saya. Langkah untuk
mengatasi masalah ini adalah dengan meminta murid menumpukan
perhatian bersesuaian dan bertepatan dengan kehendak soalan, murid
boleh menggunakan sistem 5 soalan dalam menentukan pendahuluan,

isi dan juga penutup. Dalam penulisan karangan adalah penting untuk
membuat rangka karangan bagi mengelakkan murid terpesong semasa
menjawab soalan. Oleh itu dalam menarik perhatian murid guru boleh
menunjukkan pelbagai contoh rangka karangan dalam bentuk
pengurusan grafik untuk dijadikan contoh oleh murid-murid. Apabila
minat dan tumpuan hadir dalam masa yang sama pengajaran akan
menjadi lebih mudah. Tuntasnya, murid yang tidak menguasai
kemahiran menulis yang baik sering menghadapi masalah untuk
menjawab soalan. Lantaran itu, murid perlu menguasai kemahiran
menulis untuk menghuraikan data-data yang tepat, berupaya menyusun
jawapan dalam bentuk yang mudah, teratur dan meyakinkan.
.

Forum 4
Bahasa ilmu ialah bahasa yang digunakan untuk mengungkapkan ilmu
dan memiliki ciri-ciri yang tersendiri. Nyatakan.
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Bahasa ilmu boleh ditakrifkan sebagai bahasa yang mempunyai
ciri-ciri formal dan dapat mengungkapkan sesuatu konsep dan
pemprosesan ilmu. Menurut Abdullah Hassan (1997) sebuah bahasa
yang menjadi teras maruah bangsa mempunyai ciri-ciri intrinsik dan
ekstrinsik yang mantap. Ciri-ciri intrinsiknya ialah mempunyai unsurunsur fizikal, mampu melaksanakan fungsi tinggi, menjadi wahana
pemikiran tinggi dan mengandungi ilmu tinggi dan kompleks.
Bagi mencapai taraf sebagai bahasa ilmu sesuatu bahasa itu perlu
mempunyai dua ciri penting iaitu :
Keintelektualan bahasa bermaksud keupayaan sesuatu
bahasa itu menyampaikan buah fikiran dan hujah dengan
tepat dan berkesan. Kemuncak pencapaian taraf
keintelektualan bahasa ialah penggunaan laras saintifik
dan ilmiah yang bertujuan menghasilkan bentuk bahasa
yang tepat, yang mencerminkan kejelasan pemikiran
proses saintifik dan yang menekankan konsep serta
pemikiran yang lojik. Keintelektualan bahasa dicapai
terutamanya melalui perkembangan perbendaharaan
kata (kosa kata) dan struktur tatabahasa.
Kesempurnaan bahasa di mana bahasa Melayu sebagai
bahasa
ilmu
juga
perlu
mempunyai
ciri-ciri
kesempurnaan iaitu sesuai, tepat,tegas dan berkesan
dalam sesuatu situasi atau konteks penggunaannya.
Bahasa yang sempurna iatu adalah bahasa yang
memperlihatkan
sifat-sifat
kestabilan,
kelenturan,
keperlbagaian, keberkesanan dan keindahan.

Kesimpulannya,
Bahasa
Melayu
telah
mencapai
tahap
kesempurnaannya. Oleh yang demikian tiada sebab bahasa Melayu
menjadi penghalang kemajuan atau tidak sesuai sebagai bahasa ilmu.
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Saya bersetuju dengan pandangan yang cikgu berikan. Di sini
ingin saya kongsikan pandangan tentang tajuk yang dibincangkan
berdasarkan kepada pemahaman hasil bacaan saya. Dari sudut sejarah,
bahasa Melayu pernah digunakan di dalam peradaban tinggi, ia diguna
pakai di istana dan di kota-kota di mana bahasa itu tersebar. Bahasa
Melayu juga telah lama digunakan untuk mengungkapkan konsepkonsep dan proses-proses yang tinggi serta kompleks, terutama sekali
di dalam bidang agama, falsafah, sastera dan budaya. Penggunaan
bahasa Melayu di dalam bidang sains sosial telah lama wujud, malahan
lebih awal daripada zaman kegemilangan kerajaan Melayu Melaka.
Kesempurnaan bahasa pula bermaksud satu bahasa yang akan
berfungsi sebagai bahasa ilmiah harus mempunyai sistem dan
peraturan bahasa yang lengkap yakni mempunyai sifat-sifat kestabilan,
kelenturan, kepelbagaian, keberkesanan dan keindahan. Kestabilan
bermaksud sesuatu bahasa itu mesti lah mempunyai peraturanperaturan atau sistem, contohnya peraturan sebutan, peraturan
memakai imbuhan, peraturan menggunakan frasa atau ayat, di samping
mempunyai sistem atau cara membentuk kata atau istilah-istilah.
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Saya bersetuju dengan pandangan yang cikgu berikan. Di sini
ingin saya kongsikan pandangan tentang tajuk yang dibincangkan
berdasarkan kepada pemahaman hasil bacaan saya. Awang Sariyan
(1996: 259-261) menggariskan sepuluh ciri berdasarkan lima belas ciri
yang dikemukakan oleh Johannes (kongres, 1978). Ciri-ciri khusus
bahasa ilmiah seperti berikut:
Tingkat bahasa rasmi.
Bahasa ilmiah tergolong dalam bahasa rasmi iaitu bahasa
yang mematuhi rumus-rumus bahasa. Oleh itu, bahasa
tulisan ilmiah mestilah bahasa baku, tidak terdapat
kesalahan tatabahasa dan tidak menggunakan bahasa
basahan.
Nada formal dan objektif.
Bahasa ilmiah mestilah bersifat formal. Setiap fakta atau
hujah mesti dikemukakan dengan sempurna, iaitu
menggunakan bahasa yang teratur dan jelas.
Tulisan mestilah bersifat objektif.
Berdasarkan kepada fakta dan hasil kajian. Oleh itu kata
atau ungkapan seperti pada umumnya, barangkali, agaknya
tidak sesuai digunakan. Sebaliknya ungkapan seperti
berdasarkan analisis data, berdasarkan kajian, dan
seumpamanya digunakan.

Dalam konteks bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu itu merujuk kepada
bahasa yang boleh menyampaikan pelbagai ilmu bukan sahaja dalam
konteks pendidikan Bahasa Melayu tetapi juga dalam bidang lain seperti
bidang perubatan, undang-undang, ekonomi, kejuruteraan, pertanian,
ilmu sains dan komputer. Mengikut pendapat Awang Sariyan, bahasa
Melayu tinggi itu ada hubungannya dengan budaya tinggi. Budaya
tinggi pula merupakan budaya ilmu, pemikiran dan teknologi.

Forum 5
Apakah yang dimaksudkan dengan kesantunan bahasa? Bincangkan
kepentingan penggunaannya dalam surat kiriman rasmi.
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Kesantunan bahasa dapat didefinisikan sebagai kesopanan dan
kehalusan dalam menggunakan bahasa ketika berkomunikasi sama ada
melalui lisan atau tulisan. Menurut Awang Sariyan (2007), kesantunan
bahasa ialah penggunaan bahasa yang baik, sopan, beradab,
memancarkan peribadi mulia dan menunjukkan penghormatan kepada
pihak yang menjadi teman bicaranya. Di dalam penggunaannya dalam
surat kiriman rasmi terdapat beberapa aspek-aspek kesantunan yang
perlu diberikan perhatian ialah seperti:
Penggunaan kata panggilan yang betul
Kata sapaan yang betul
Gaya bahasa yang tepat
Pemilihan kata dan ayat yang sesuai dengan konteks
Isi yang tidak sensitive
Di dalam penulisan surat kiriman rasmi, kesantunan berbahasa ini
amat penting kerana tujuan surat ini ditulis adalah untuk menyatakan
sesuatu seperti permohonan dan isi kandungannya haruslah yang
melambangkan keikhlasan hati budi kita untuk berkehendakkan
sesuatu.
Bahasa
yang
digunakan
hendaklah
menggunakan
sebutan,intonasi kata dan ungkapan yang sesuai dan mengemukakan
idea yang relevan dengan maksud yang ditulis. Kita juga harus

memperkenalkan diri kita kepada seseorang dan memperkenalkan


seseorang kepada ahli yang lain dengan mesra dan santun. Memahami
dan menentukan gelaran atau panggilan yang sesuai juga amat penting
dalam penulisan surat rasmi. Kesimpulannya, kesantunan berbahasa
sangat penting dalam penulisan surat rasmi. Penggunaan bahasa yang
sopan melambangkan sikap seseorang penulis surat tersebut.
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Saya bersetuju dengan pandangan yang cikgu berikan. Di sini
ingin saya kongsikan pandangan tentang tajuk yang dibincangkan
berdasarkan kepada pemahaman hasil bacaan saya. Menurut Amat
Juhari Moain (1992), kesantunan berbahasa adalah kesopanan dan
kehalusan dalam menggunakan bahasa ketika berkomunikasi sama ada
melalui lisan atau tulisan. Bahasa yang digunakan penuh dengan adab
tertib, sopan santun, dan mengandungi nilai-nilai hormat yang tinggi. Di
dalam penulisan surat kiriman rasmi, kesantunan berbahasa ini amat
penting kerana tujuan surat ini ditulis adalah untuk menyatakan sesuatu
seperti
permohonan
dan
isi
kandungannya
haruslah
yang
melambangkan keikhlasan hati budi kita untuk berkehendakkan
sesuatu.
Bahasa
yang
digunakan
hendaklah
menggunakan
sebutan,intonasi kata dan ungkapan yang sesuai dan mengemukakan
idea yang relevan dengan maksud yang ditulis. Kita juga harus
memperkenalkan diri kita kepada seseorang dan memperkenalkan
seseorang kepada ahli yang lain dengan mesra dan santun. Memahami
dan menentukan gelaran atau panggilan yang sesuai juga amat penting
dalam penulisan surat rasmi.

Assalamualaikum dan salam sejahtera


Saya bersetuju dengan pandangan yang cikgu berikan. Di sini
ingin saya kongsikan pandangan tentang tajuk yang dibincangkan
berdasarkan kepada pemahaman hasil bacaan saya. Kesantunan bahasa
dalam surat kiriman rasmi amat penting supaya penerima dapat
memahami tujuan sebenar isi surat. Penggunaan bahasa yang beradab
dapat menarik perhatian yang sewajarnya daripada penerima surat
rasmi tersebut. Memang benar, jika bahasa yang dipilih tidak sesuai
mungkin boleh menimbulkan ketidakselesaan kepada penerima surat.
Bahasa yang digunakan hendaklah menggunakan sebutan,intonasi kata
dan ungkapan yang sesuai dan mengemukakan idea yang relevan
dengan maksud yang ditulis. Kita juga harus memperkenalkan diri kita
kepada seseorang dan memperkenalkan seseorang kepada ahli yang
lain dengan mesra dan santun. Memahami dan menentukan gelaran
atau panggilan yang sesuai juga amat penting dalam penulisan surat
rasmi. Terdapat beberapa aspek-aspek kesantunan yang perlu diberikan
perhatian ialah seperti:
Penggunaan kata panggilan yang betul
Kata sapaan yang betul

Gaya bahasa yang tepat


Pemilihan kata dan ayat yang sesuai dengan konteks
Isi yang tidak sensitive

Anda mungkin juga menyukai