Anda di halaman 1dari 8

Sejarah Sistem Perundangan Malaysia

2.0

Sebelum Kedatangan Undang-undang Inggeris

Sistem undang-undang dipercayai telah wujud sejak manusia telah menduduki tanah Melayu
anatara tahun 3000 ke 2000 sebelum masihi. Oleh itu tidak mustahil untuk membuat andaian
bahawa amnusia telah berasa di Tanah Melayu 5000 tahun sebelum itu. Antara tahun 25001500 datang pula orang yang beradat resam dari selatan atau Barat Cina yang keturunannya
boleh ditemui sehingga hari ini dalam kalangan orang-orang Negrito. Ini dikuti dengan
kedatangan orang-orang Australo-melabesoi yang keturunannya boleh ditemui dalam
kalangan orang Senoi. Setrusnya datang pula orang-orang Melayu-proto yang keturunannya
dapat dikenlpasti di selatan Tanah Melayu. Kesemuanya ini datang dengan membawa adat
resam masing-masing dan undang-undang adat ini masih lagi dipraktikkan sehingga hari ini
walaupun dengan beberapa modifikasi dan pembaharuan. Sebelum kedatangan Inggeris,
sistem undang-undang yang ada adalah sistem undang-undang kaum Asli.
2.1

Sistem Undang-undang Orang Asli

Ada tiga kumpulan orang aslu di Sememnanjung Tanah Melayu iaitu Negrito, Senoi dan
Melayu Asli.
2.1.1 Negrito
Orang Negrito adalah suku kaum yang paling tidak teratur kehidupannya dan mereka
berpuak-puak dan suka berpinda-randah. Setiap puak diketuai oleh seorang ketua yang
biasanya orang paling tua dalam puak itu dan juga seorang tukang ubat. Ketua diberikan
kuasa penuh untuk bertindak ke atas orang-orang yang dipimpinnya. Oleh kerana mereka
tidak mempunyai kehidupan yang teratur maka tidak terdapat banyak undang-undang pada
masa itu. Jenis-jenis kesalahan yang ada ialah mencuri sumpit, membawa lari isteri orang,
membunuh dan menipu. Kebanyakkan hukuman adalah berbentuk denda. Contoh hukuman
ialah jika menipu orang lain dalam puaknya ia akan dikenakan hukuman membayar denda
maka ia akan disebat atau diikat di pokok sehingga dia bersetuju membayar denda.

2.1.2 Senoi
Suku Senoi mempunyai sistem hidup yang lebih teratur datri kaum Negrito. Kaum ini diketua
oleh Penghulu yang mepunyai kuasa penuh dalam semua hal sivil dan jenayah kecuali
kesalahan berat seperti membunuh. Bagi kesalahan berat seperti membunuh, pesalah akan
dihadapkan kepada jemaah pengadil yang terdiri daripada penghulu dan orang-orang tua daru
suku itu sebagai pembantu. Mereka juga ada membuat kontrak membekalkan makanan dan
balasan kepada pembekalan makanan bergantung kepada makanan yang diberikan. Jika
barang yang dipinjam atau dibekalkan itu hilang, ia dikira hutang dan hendaklah dibayar
dengan denda. Jika tidak mampu membayar denda maka orang itu yang menghilang barang
itu hendaklah bekerja untuk si pemiutang. Selain itu, tanah adalah milik suku bangsa dan
dikerjakan beramai-ramai dan hasilnya dinikmati bersama. Penghulu diberikan kuasa
mengenai tanah dan boleh membahagikan tanah. Bagi tanah yang diwarisi, waris si mati
diutamakan dari saudara-maranya. Jika si mati tidak mempunyai waris, rumah dan kebunnya
ditinggalkan begitu sahaja. Tanah tersebut akan jatuh di bawah pengawasan penghulu.
2.1.3 Melayu Asli
Suku kaum ini paling maju berbanding dengan suku kaum yang telah dihuraikan tadi. Suku
ini diketuai oleh Batin dan dibantu oleh Jinang, Penghulu Balai, Jukrah dan Panglima.
Undang-undang ditadbir oleh Batin dan dibantu oleh orang-orang tua. Terdapat banyak puak
dalam suku Melayu asli ini dan setiap puak itu pula berbentuk denda akan dibayar dengan
piring Cina. Namun hukuman ini bergantung kepada puak masing-masing. Ada puak yang
mengenakan hukuman bunuh bagi kesalahan membunuh dan ada puak yang mengenakan
hukuman denda 60 biji piring Cina bagi kesalahan yang sama. Bagi kesalahan mencuri dan
berzina, antara hukuman yang dikenakan oleh puak lain ialah hukuman mati dengan menyelar
tubuh badan atau berjemur di tengah panas.
3.0

Undang-undang pada Zaman Kesultanan Melayu Melaka

Sumber dari sejarah Melayu yang memberikan beberapa kenyataan mengenai unsur-unsur
undang-undang bertulis yang wujud di abad ke-18. Istilah seperti titah, daulat, murka,
kurnia dan lain-lain dikatakan mengandungi nilai-nilai undang-undang. Sejarah Melayu
mengggambarkan raja sebagai sumber undang-undang dan puncak keadilan. Raja sendiri yang
menjalankan pentadbiran undang-undang. Pada zaman ini terdapat dua sumber undangundang bertulis iaitu Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka.

3.1

Hukum Kanun Melaka

Hukum kanun ini terdapat beberapa ciri-ciri penting iaitu :


i.
ii.

Ia mengandungi 44 fasal.
Bidang kuasa yang diberikan merangkumi pusat negeri Melaka, anak sungai, dusun

iii.

dan tertakluk pada negeri.


Ia mengandungi butiran mengenai tanggungjawab raja, pembesar, dan pantang larang

iv.
v.
vi.

dalam kalangan masyarakat.


Undang-undang keluarga.
Kesalahan jenayah dan awam.
Kebanyakan hukuman berdasarkan undang-undang Islam Mazhab Syafie dan adat

vii.

Temenggung.
Ia juga memberikan hukuman alternatif dan memberikan budi bicara yang luas kepada
hakim.

Undang-undang Melaka adalah pengumpulan undang-undang kuna yang mempunyai unsurunsur undang-undang Hindu yang disadurkan dengan undang-undang Islam.
3.2

Undang-undang Laut Melaka

i.
ii.
iii.
iv.
v.
vi.
vii.

Ia mengandungi 25 fasal.
Peraturan mengenai laut seperti tanggungjawab pegawai kapal.
Aturcara pelayaran.
Perniagaan.
Bidang kuasa nakhoda kapal.
Hukuman kesalahan jenayah.
Hanya satu fasal saja yang berlandaskan Islam.

Pengaruh kedua-dua undang-undang ini dapat dilihat dalam undang-undang di beberapa buah
negeri Melayu yang lain iaitu Undang-undang Pahang 1596, Undang-undang Kedah 1605,
Undang-undang Johor, dan Undang-undang Sembilan Puluh Sembilan Perak 1878.

4.0

Pemerintahan Portugis

Melaka telah jatuh ke tangan Portugis pada tahu 1511 yang kemudian menguatkuasakan
pentadbiran tentera awam. Pentadbirannya dijalan oleh gabenor yang berkuasa ke atas semua

penduduk, rakyat dan orang asing. Dalam urusan awam, gabenor dibantu oleh sebuah Majlis
yang terdiri daripada Ovidor, Viador, Paderi Besar, Commander-in-Chief dan Sergent-Major.
Bagi kes-kes jenayah, hukuman dijatuhkan oleh Ovidor atau seorang Majistret teatapi
mestilah mendapat pengesahan dari gabenor dan dijalankan dengan perintah gabenor atau
Ovidor. Dalam menguruskan perkara-perkara yang penting, gabenor sendiri yang mengetuai
Mahkamah Majistret.
Pada masa ini tujuh orang majistret dilantik setiap tahun dari kalangan orang-orang
kenamaan. Mereka ini mempunyai bidang kuasa sivil dan jenayah terhadap orang awam.
Keputusan majistret ini boleh dirayu kepada Ovidor. Ovidor pula mempunyai bidang kuasa
sivil dan jenayah. Dalam kes-kes sivil kekompetannya terhad kepada 200 crosado. Jika
melibatkan jumlah wang yang lebih dari itu, rayuan boleh dibuat ke Maktab Tinggi Keadilan
Goa. Dalam kes-kes jenayah keputusan Ovidor mestilah dibuat dengan nasihat dan
pengesahan Gabenor. Bagi orang-orang Asia, mereka tertakluk kepada bidang kuasa
Bendahara iaitu satu jawatan yang ditiru dari zaman Kesultanan Melayu Melaka. Naning dan
Linggi dikuasai oleh Temenggung. Mereka hanya mempunyai bidang kuasa sivil dan jenayah
penduduk daerah. Bagi kesalahan jenayah besar, ia mestilah dirunding dengan gabenor
dahulu. Pentadbiran keadilan orang-orang Asia yang bukan beragama Kristian adalah ditadbir
oleh ketua-ketua mereka sementara orang Portugis diletakkan dibawah bidang kuasa hakim
Portugis.
5.0

Pemerintahan Belanda

Semasa pemerintahan Belanda, Gabenor dibantu oleh 3 badan iaitu Majlis, Majlis Keadilan
dan Majlis Khas Agama. Majlis pula dibantu oleh Pemungut Hasil, Ketua Kewangan, Datuk
Bandar, Ketua Perdagangan dan seorang Setiausaha. Peraturan perundangan dikeluarkan oleh
kerajaan pusat di negara Belanda dan Batavia (Jawa) serta badan pelaksana tempatan. Pada
tahun 1720, Lembaga Pengarah Syarikat Hindia Timur Belanda telah memarahi kerajaan di
Melaka kerana beberapa kesilapan dalam pentadbiran keadilan. Pegawai-pegawai pula
membuat aduan bahawa mereka tidak diberikan arahan yang cukup berhubungan dengan
pentadbiran perundangan dan kekurangan buku mengenai pentadbiran undang-undang. Akibat
peristiwa itu banyak buku-buku perundangan dikirim ke Melaka termasuk beberapa bahagian
daripada Groot Plakkatboek suatu kumpulan undang-undang yang banyak digunakan di
Jawa. Buku-buku perundangan ini dijadikan panduan oleh Mahkamah Keadilan di Melaka.
Bagi orang-orang Bumiputera, mereka dibiarkan mengamalkan adat dan undang-undang

meerka sendiri. Bagi penduduk Eropah yang lain undang-undang yang terpakai kepada
mereka ialah Colonial Statues yang bersal daripada Belanda.
6.0

Zaman Pemerintahan Inggeris

Perhubungan antara Inggeris ddengan Tanah Melayu bermula melalui perdangangan. Ini
menyebabkan Inggeris merasakan perlu untuk mendapat satu pelabuhan di Selat Melaka.
Kapten Francis Light telah berunding dengan Sultan Kedah untuk mendapatkan Pulau Pinang.
Akhirnya melalui perjanjian Pangkor, Pulau Pinang diserahkan kepada orang-orang Inggeris
pada tahun 1786. Pada masa itu, kuasa Eropah yang ada di Selat Melaka ialah Belanda.
6.1

Negeri-negeri Selat

6.1.1 Pulau Pinang


Dipercayai bahawa Pulau Pinang tidak diduduki oleh sesiapa semasa kedatangan Francis
Light. Walaubagaimanapun Sir Benson Maxwell berpendapat bahawa pulau itu diduduki oleh
empat keluarga Melayu. Pada tahun 1793, terdapat satu kes pembunuhan telah berlaku. Dan
pada tahun 1794, pemerintah di Pulau Pinang telah meluluskan beberapa peraturan yang
sememangnya ultra vires kerana satu-satunya badan yang boleh membuat peraturan ialah
Parlimen dan Gabenor-Jeneral dalam Majlis di bawah Statut 13 Geo 111.C.63.S.36.
Walaubagaimanapun, pada mulanya peraturan ini nampaknya dikuatkuasakan selagi ia tidak
bertentangan dengan undang-undang dunia tetapi akhirnya ia tidak dapat diterima sebagai sah
kerana ia tidak disahkan oleh Majlis dan kerana ia kelihatan tidak adil dan tidak munasabah
serta bertentangan dengan undang-undang Inggeris.
Keadaan ini berterusan sehingga Pulau Pinang diberikan Piagam Keadilan yang pertama pada
tahun 1807 dan melaluinya Mahkamah Pulau Pinang ditubuhkan. Raja mempunyai kompetan
untuk memperkenalkan undang-undang Inggeris di pualu itu melalui instrumen dan dengan
itu undang-undang sudahpun diperkenalkan di Pualu Pinang. Piagam kedua telah diberikan
pada 2 November 1826. Tujuan utama piagam ini adalah untuk melanjutkan bidang kuasa
mahkamah ke Singapura dan Melaka. Mahkamah baru ini dinamakan Mahkamah Keadilan
Pulau Pinang, Singapura dan Melaka. Piagam ini membawa masuk undang-undang Inggeris
yang berkuatkuasa pada tahun 1826.
6.1.2 Melaka

Melaka diambil oleh Inggeris dari Belanda secara aman pada tahun 1795. Pada masa itu,
orang-orang Inggeris tidak memberi perhatian dalam pentadbiran Melaka. Pada tahun 1818,
Melaka dikembalikan semula kepada Belanda yang tidak membawa sebarang perubahan.
Akhirnya, melalui perjanjian Inggeris-Belanda 1824, Melaka diserahkan kepada Inggeris
secara kekal pada tahun 1825. Selepas penyerahan ini barulah orang-orang Inggeris mula
merancang untuk menubuhkan pentadbiran undang-undang di Melaka. Piagam kedua
diperkenalkan di Melaka pada tahun 1826. Semasa pemerintahan Belanda, undang-undang
adat Melayu berkuatkuasa sepenuhnya. Menurut Sir Benson Maxwell dalam kes Sharip v
Mithcell semasa Portugis dan Belanda memerintah Melaka adat Melayu dibiarkan
berkuatkuasa lex non scripta. Keadaan ini tidak berubah apabila British mengambil alih.
Walaubagaimanapun, dalam kes Rodyk v Williamson hak seorang balu berbangsa Belanda
adalah sama seperti yang di bawah undang-undang Inggeris dan bukannya mengikut undangundang Belanda yang ada di Melaka pada masa itu. Begitu juga dalam kes Moraiss v de
Souza dan Ee Hoon v Chin Chay Sam & Ors.
6.1.3 Singapura
Singapura yang dahulunya dikenali sebagai Temasik adalah sebuah pelabuhan yang terkenal.
Oleh kerana ia ditubuhkan oleh seorang anak raja dari Palembang maka undang-undang adat
Palembang itu dikuatkuasa di Singapura pada masa itu. Pada tahun 1819 Singapura ditemui
semula oleh Stamford Raffles. Raffles mengarahkan majistret supaya mentadbir keadilan
mengikut rasa hatinya. Bagi penduduk berbagsa Asia, Kaptan dan penghulu dilantik untuk
membantu dalam kes-kes yagn melibatkan undang0undang anak negeri tetapi bagi bangsa
Eropah mereka tertakluk kepada bidang kuasa mahkamah di Calcuta, dan biasanya
melindungi mereka daripada didakwa. Keadaan ini yang tidak adil menyebabkan permohonan
segera dibuat untuk mendapatkan Piagam Keadilan seperti Pulau Pinang. Pada tahun 1826,
Melaka, Pulau Pinang, dan Singapura menjadi negeri-negeri Selat dan berikutan itu Piagam
Keadilan pun diberikan dengan bidang kuasanya merangkumi ketiga-tiga negeri ini. Piagam
ini dikenali sebagai Piagam Kedua. Piagam Ketiga diperkenalkan pada tahun 1855 dan
piagam ini tidak memperkenalkan undang-undang baru tetapi ia mengatur semula mahkamah
yang ada.

6.2

Negeri-negeri Melayu

Negeri-negeri Melayu terbahagi kepada dua iaitu Negeri-negeri Melayu Bersekutu (NMB)
dan Negri-negeri Melayu Tidak Bersekutu (NMTB).
6.2.1 Negeri-negeri Melayu Bersekutu.
Negeri-negeri ini terdiri daripada Selangor, Perak, Negeri Sembilan dan Pahang menjadi
NMB pada tahun 1895. Undang-undang yang berkuatkuasa di negeri-negeri ini sebelum
kedatangan Inggeris ialah undang-undang Adat Perpatih di Negeri Sembilan dan beberapa
bahagian di Melaka dan undang-undang Adat Temenggung bagi Perak, Selangor dan Pahang.
Kebanyakan undang-undang ini tidak bertulis. Undang-undang Islam telah diterima pakai di
negeri-negeri di ini terutamanya mengenai perkahwinan dan penceraian dan bagi negerinegeri yang mengamalkan Adat Temenggung, wujud pengaruh undang-undang Islam dalam
hal-hal jenayah. Dari segi pewarisan, pengaruh undang-undang Isalam tidak wujud sekalipun
di Perak di mana gelaran dan kehormatan berpihak kepada kaum wanita. Dalam satu
pertelingkahan undang-undang pada tahun 1886 di Perak, Majlis Negeri Perak mengarahkan
tanah dipindahkan kepada golongan perempuan.
6.2.2 Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu.
Terdapat lima buah negeri di dalam NMTB, empat darinya adalah bekas jajahan Siam iaitu
Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu. Johor diiktiraf oleh British sebagai sebuah negeri
yang merdeka pada tahun 1885 dan dalam tahun 1914 menerima seorang penasihat British.
Johor mempunyai banyak perbezaan dengan negeri-negeri melayu yang lain. Pada bulan April
1895 ia menerima Perlembagaan bertulisnya dan menjelang 1914 ia menjadi sebuah negeri
yang teratur dan lengkap ditadbir oleh sistem Raja Berpelembagaan. Dalam kes Mighell v
sultan Johor, persoalan mengenai kekebalan Sultan telah dibangkitkan. Dalam kes ini Sultan
telah disaman kerana pecah janji untuk berkahwin. Setelah menerima satu kenyataan dari
Pejabat Jajahan yang mengatatakan bahawa Johor adalah sebuah negeri yang merdeka dan
Sultan adalah pemerintahnya, mahkamah memutuskan bahawa baginda adalah kebal dari
sebarang tindakan undang-undang.

7.0

Sabah dan Sarawak

7.1

Sarawak

James Brooke telah menjadi Raja dan Gabenor Sarawak pada tahun 1841 dan ini disahkan
oleh Sultan Brunei. Peristiwa ini menandakan bermulanya pemerintahan keluarga Brooke.
Masalah utama yang dihadapi oleh keluarga Brooke ialah mngembalikan undang-undang dan
keamanan, menyediakan pentadbiran yang betul dan baik dan menghapuskan kegiatan lanun.
Untuk (a) beliau telah megishtiharkan satu set undang-undang yang mengandungi lapan
undang-undang yang diterbitkan pada tahun 1843. Undang-undang ini diperuntukkan
hukuman bagi kesalahan membunuh, merompak dan kesalahn jenayah berat dan memastikan
kebebasan perdagangan dan buruh. Bagi (b) beliau telah menubuhkan satu mekanisme
pentadbiran yang berasaskan prinsip adat penduduk tempatan di mana rujukan hendaklah
dibuat kepada ketua kaum anak negeri.
7.2

Sabah

Bagi Sabah pula, Syarikat Borneo Utara British (Chartered) telah ditubuhkan melalui Piagam
Di-Raja pada tahun 1881 untuk mengambil alih pentadbiran. Ini berlaku selepas beberapa siri
perjanjian antara Sultan Brunei dan Sulu dengan Messr. Overbeck dan Dent dalam tahun
1877-1878. Dalam perjanjian 1888, Sabah dan Sarawak menjadi negeri lindungan Inggeris.
Pada tahun 1946 Sarawak diserahkan kepada Raja Inggeris, di mana prinsip perlembagaan
dan undang-undang yang digunakan sebelum penyerahan terus digunakan bersama-sama
undang-undang tempatan yang lain. Dalam tahun 1949 Ordinan Penggunaan Undang-undang
diluluskan untuk memudahkan penggunaan undang-undang common law Inggeris di samping
doktrin ekuiti dan statut pemakain umum. Peruntukan seksyen 3 Ordianan tersebut
membenarkan penggunaan terus Status Inggeris sebaik saja ia diluluskan di England. Selain
daripada itu, akibat dari penyerahan itu satu sistem mahkamah telah diubahsuai oleh
(Sarawak, Sabah dan Brunei Mahkamah) Order In Council 1951. Peruntukan dibuat untuk
menubuhkan Mahkamah Agung Sarawak, Sabah dan Brunei yang terdiri daripada Mahkamah
Rayuan dan Mahkamah Tinggi. Mahkamah Agung ini dihapuskan apabila Sarawak dan Sabah
menjadi sebahagian dari Malaysia pada tahun 1963.

Anda mungkin juga menyukai