Anda di halaman 1dari 22

SISTEM SALURAN DAN

PEREDARAN DARAH
KUMPULAN 3:
AJEERAH YAHYA
FATEHAH ZULKIFLI
NUR FADHILAH ABDULLAH

ALIRAN DARAH DALAM


JANTUNG
Venakava membawa darah yang

mengandungi karbon dioksida ke atrium


kanan.
Apabila atrium kanan menguncup, darah
masuk ke ventrikal kanan melalui injap
trikuspid.
Penguncupan ventrikal menolak darah
melalui injap pulmonari ke dalam arteri
pulmonari dan seterusnya ke paru-paru.

Pertukaran oksigen dan karbon dioksida berlaku

di paru-paru.
Seterusnya darah mengalir melalui vena
pulmonari ke atrium kiri.
Apabila atrium kiri menguncup, darah akan
melalui injap mitral (bikuspid) masuk ke ventrikal
kiri.
Dari ventrikal kiri darah mengalir melalui injap
aorta ke salur aorta untuk dihantar ke seluruh
tubuh.

SALURAN DARAH
Terdapat 3 jenis salur darah utama:
Arteri
Vena
Kapilari

Dinding salur darah arteri dan vena

terbentuk oleh tiga lapisan

Tunica extema(lapisan luar)


Tunica media (lapisan tengah)
Tunica intima (lapisan dalam)

ARTERI
Salur darah yang membawa darah keluar

dari jantung ke bahagian-bahagian lain


badan.
Dinding arteri tebal, berotot dan elastik
supaya boleh tahan tekanan darah yang
tinggi disebabkan oleh denyutan jantung.
Arteri bercabang dan membentuk arteriol.
Semua arteri membawa darah beroksigen
kecuali arteri pulmonari.

ARTERI UTAMA

VENA
Salur darah yang membawa darah ke

jantung dan bahagian-bahagian lain badan.


Vena mempunyai dinding yang nipis dan
saluran yang lebih besar jika dibandingkan
dengan arteri.
Darah yang berada dalam vena berada
dalam tekanan yang rendah dan oleh itu,
dinding yang tebal tidak diperlukan.

Vena dilengkapi dengan injap-injap yang

menentukan darah mengalir hanya dalam


satu arah sahaja, iaitu ke jantung. Injap-injap
ini akan tertutup jika darah mengalir ke
belakang dalam alirannya.
Vena yang terkecil dinamakan venul.
Semua vena membawa darah tidak
beroksigen kecuali vena pulmonari.

VENA UTAMA

KAPILARI DARAH
Merupakan saluran darah yang terkecil

sekali.
Kapilari darah menghubungkan arteriol
kepada venul.
Dinding kapilari darah hanya setebal satu
sel.
Dindingnya yang nipis serta telap
memudahkan resapan bahan-bahan antara
darah dan tisu-tisu berlaku dengan cepat.

PEREDARAN DARAH
satu sistem yang penting dalam tunuh

badan. Sistem ini mengedarkan darah


bermula daripada jantung ke seluruh tubuh
badan dan masuk ke jantung semula.
Sistem peredaran darah juga dikenali
sebagai sistem peredaran tertutup kerana
darah mengalir di dalam salur darah yang
tertutup.

Fungsi asas peredaran darah ialah

menyampaikan zat-zat makanan dan oksigen


kepada sel-sel di dalam badan dan
mengeluarkan karbon dioksida dan bahan
yang tidak dikehendaki dari sel.
Sistem darah manusia terdiri daripada dua
jenis iaitu peredaran pulmonari dan sistemik.

PEREDARAN SISTEMIK
Atrium kiri menerima darah

beroksigen daripada paru-paru.


Ventrikel kiri mengepam darah
tersebut ke seluruh tubuh
melalui aorta
Oksigen dibekalkan kepada
tisu-tisu tubuh dan karbon
dioksida diangkut keluar.

PEREDARAN PULMONARI
Atrium kanan menerima darah daripada tisu-

tisu badan.
Ventrikel kanan mengepam darah tersebut
ke paru-paru melalui batang pulmonari
Di paru-paru, darah mengambil oksigen dan
melepaskan karbon dioksida.

KITARAN SISTEMIK DAN


PULMONARI

TEKANAN DARAH SISTOLIK DAN


HISTOLIK
Salah satu komponen kecergasan fizikal

berlandaskan kesihatan ialah daya tahan


kardiovaskular. daya tahan kardiovaskular
sangat berkait rapat dengan jantung, paruparu dan salur darah.
Selepas menjalani program latihan
kardiovaskular selama 8 hingga 12 minggu
secara berterusan, bacaan kadar nadi rehat
akan turun. ini berkaitan dengan tekanan
darah di jantung.

TEKANAN DARAH SISTOLIK


Terhasil apabila berlaku penguncupan

ventrikel kiri jantung. Semasa rehat, purata


tekanan ialah 120/70 mmHg. Kedaaan ini
menggambarkan keadaan jantung yang
berkerja atau tekanan darah pada dinding
arteri.

TEKANAN DARAH DIASTOLIK


Merupakan tekanan darah semasa jantung

rehat antara dua degupan. Purata


bacaannya ialah 70/80 mmHg. Keadaan ini
menggambarkan keefisienan darah
mengalir dari arteriol ke kapilari darah.

Kitaran
Kardiak
Kitaran kardiak merujuk kepada satu

degupan jantung yang lengkap


Darah mengalir masuk ke dalam jantung

dan dipam keluar dengan satu turutan


koordinasi pengecutan otot-otot jantung.

Kitaran Kardiak
.

Distolik Atria dan

Ventrikular
Atrium dan ventrikel rehat

(distol)
Darah mengalir daripada
atrium ka dalam ventrikal
Injap AV terbuka
Injap semilunar tertutup

Kitaran Kardiak
Sistolik Artrial
Kedua-dua atrium

menguncup (sistol)
secara serentak
memaksa darah
masuk ke dalam
ventrikel.
Injap AV terbuka
Injap semilunar
tertutup

Kitaran Kardiak

Sistolik Ventrikular
Kedua-dua ventrikel menguncup (sistol)
secara serentak memaksa darah mengalir
ke dalam batang pulmonari dan aorta.
Injap AV tertutup
Injap semilunar terbuka

Anda mungkin juga menyukai