Anda di halaman 1dari 6

SAINS JURUTEKNIK B1004 / 2 / 1

LAPURAN AMALI 2A

KUMPULAN :...................................................... TARIKH :....................................

NO.PENDAFTARAN NAMA

MARKAH
UJIKAJI : 2A.1

TAJUK : KERJA YANG DILAKUKAN OLEH DAYA

OBJEKTIF

Di akhir ujikaji ini, pelajar akan dapat :

1. Mengira kerja yang dilakukan oleh daya yang bertindak ke atas suatu takal
2. Mengira kerja yang dilakukan oleh takal ke atas beban
3. Menyatakan pengiraan kerja yang dilakukan oleh takal ke atas beban adalah
kurang daripada kerja yang dilakukan oleh daya bertindak pada takal
4. Mengira kecekapan sistem takal

IDEA UTAMA

1. Takal sentiasa menjadikan kerja lebih mudah dilakukan


2. Kerja keluar sentiasa kurang dari kerja masuk
3. Kecekapan adalah perbandingan antara kerja keluar dan kerja masuk
4. Kecekapan dinyatakan dalam bentuk peratus

Jika anda menaiki motorsikal, tiba – tiba tayar motorsikal anda itu pecah lalu
anda mengheret atau menolak kenderaan tersebut ke kedai motorsikal untuk digantikan
dengan tayar baru. Adakah anda melakukan kerja?. Sudah tentu jawabnya anda
melakukan kerja. Ini kerana anda telah mengenakan daya yang membolehkan
motorsikal tersebut bergerak. Tetapi kalau anda menolak batang pokok dan batang
pokok itu tidak bergerak, maka tidak ada kerja yang dilakukan walaupun sudah ada
daya yang dikenakan. Jadi secara teknikalnya kerja akan terhasil bila ada daya dan juga
objek yang bergerak.
SAINS JURUTEKNIK B1004 / 2 / 2

Apabila berlakunya pergerakan sesuatu objek ianya akan melibatkan geseran


diantara bahagian – bahagian yang bergerak. Jadi sebahagian kerja dalam sistem
tersebut akan ditukar menjadi tenaga haba. Tenaga haba ini selalunya tidak berguna.
Pada akhirnya kita tidak akan dapat jumlah kerja atau tenaga yang sama seperti pada
awalnya. Jumlah kerja atau tenaganya sentiasa berkurangan. Semakin besar geseran
yang hadir dalam sistem tersebut maka semakin kuranglah jumlah kerja atau tenaga
yang kita dapat.

Dalam amali ini anda dikehendaki membina satu sistem mekanikal yang
melibatkan takal. Kerja masuk dalam sistem ini ialah daya yang dikenakan untuk
menarik tali didarabkan dengan jarak daya itu bergerak. Manakala kerja keluar ialah
berat beban didarabkan dengan jarak beban itu bergerak.

Pengiraan kedua – dua kuantiti ini akan menunjukkan kerja masukan lebih besar
dari kerja keluaran. Perbezaan ini disebabkan oleh kehilangan tenaga disebabkan
geseran dalam pusingan takal yang digunakan. Jadi istilah yang digunakan untuk
menyatakan perbezaan diantara kerja masuk dan kerja keluar ini ialah kecekapan .

Kecekapan didefinasikan sebagai

% Kecekapan = Kerja keluaran x100%


Kerja masukan
SAINS JURUTEKNIK B1004 / 2 / 3

PERALATAN

Neraca spring
Takal dan tali
Satu set pemberat
Penyangkut pemberat
Kaki retot
Pengapit – C
Pembaris kayu

CARAKERJA

1. Pasangkan peralatan seperti pada gambarajah 2A.6

Rajah 2A.6 Kaki retot ( CORD – US- 2 nd Ed.Jun 93 )

Ujikaji 1: Menggunakan satu takal

2. Pasangkan takal seperti pada gambarajah 2A.7


SAINS JURUTEKNIK B1004 / 2 / 4

Rajah 2A.7 Pemasangan sistem menggunakan satu takal ( CORD – US- 2 nd Ed.Jun 93
)

3. Letakkan pemberat ,w disalah satu hujung tali. Rekodkan w dalam jadual1.


4. Pasangkan neraca spring di hujung yang lain. Kemudian tarik penyangkut
spring tersebut dan dapatkan bacaan bagi daya F ketika mula beban w
bergerak ke atas pada kelajuan seragam. Rekodkan F dalam jadual 1. Pada
masa yang sama catatkan bacaan bagi jarak pergerakkan,D neraca spring
tadi. Rekodkan bacaan D ke dalam jadual.

5. Kemudian catatkan jarak y iaitu jarak beban w yang di angkat. Rekodkan


bacaan y dalam jadual. Jarak y ini mestilah sama untuk setiap ujikaji

Ujikaji 2 : Menggunakan dua takal

1. Pasangkan takal seperti pada gambarajah 2A.8 Guna pemberat yang sama
seperti dalam ujikaji 1. Ulang langkah 3,4 dan 5. Catatkan bacaan – bacaan
bagi D, F, W dan y ke dalam jadual. Bacaan y mestilah sama seperti dalam
ujikaji 1.

Rajah 2A.8 Pemasangan sistem menggunakan dua takal


( CORD – US- 2 nd Ed.Jun 93 )

Ujikaji 3 : Menggunakan tiga takal

1. Pasangkan takal seperti pada gambarajah 2A.9. Guna pemberat yang sama
seperti dalam ujikaji 1. Ulang langkah 3,4 dan 5. Catatkan bacaan – bacaan
bagi D, F, W dan y ke dalam jadual. Bacaan y mestilah sama seperti dalam
ujikaji 1.
SAINS JURUTEKNIK B1004 / 2 / 5

Rajah 2A.9 Pemasangan sistem menggunakan tiga takal


( CORD – US- 2 nd Ed.Jun 93 )

Data Pengiraan
Sistem Beban Jarak Daya Jarak Daya Kerja Kerja Kecekapan
Takal Pergerakan Tarikan Bergerak Masuk Keluar
Beban
W Y F D (F x D) (W x y) Kerja
Keluar x 100%
Kerja
Masuk
Ujikaji 1

Ujikaji 2

Ujikaji 3
SAINS JURUTEKNIK B1004 / 2 / 6

Jadual 1

SOALAN

1. Daripada ketiga – tiga ujikaji


tersebut. Nyatakan samada terdapat perbezaan atau tidak pada jarak D.

2. Bagaimana pula dengan Daya F. Adakah daya yang diperlukan bagi


mengangkat beban W itu berkurang atau bertambah bila sistem takal
ditambah.

3. Nyatakan perbezaan kecekapan bagi ketiga – tiga sistem tersebut.

KESIMPULAN

Anda mungkin juga menyukai