Anda di halaman 1dari 4

AKTIVITI: GREAT EGG DROP

Great Egg Drop juga dikenali sebagai Menara Masa Depan adalah
suatu aktiviti di mana para peserta dikehendaki membina sebuah menara
di mana matlamat utamanya adalah menghalang telur daripada jatuh.
Aktiviti ini memerlukan kerjasama daripada ahli setiap kumpulan. Aktiviti
ini juga melatih para peserta untuk berfikir secara kritis bagi
menyelesaikan sesuatu masalah apabila diberikan sumber.

OBJEKTIF
1) Melatih para peserta untuk bekerjasama di dalam kumpulan.
2) Memberi ruang kepada peserta untuk berfikir secara kritis
berbekalkan sumber yang diberikan.
3) Melatih sifat berunding dan bertolak ansur di dalam sesebuah
urusan.
4) Memikul tanggungjawab menjaga amanah yang diberikan.

MASA
1)
2)
3)
4)

5 minit
10 minit
30 minit
15 minit

Penerangan dan pembahagian kumpulan


Rundingan di antara kumpulan
Pembinaan Menara
Konklusi

SASARAN
12 orang peserta (Pengawas SPBT)

BAHAN-BAHAN
1) Bahan-bahan terbuang seperti botol, tin minuman dan sebagainya
yang dirasakan bersesuaian.
2) Telur

PELAKSANAAN
1) Fasilitator meminta para peserta berkumpul mengikut kumpulan
masing-masing.

2) Fasilitator memberikan arahan kepada setiap kumpulan aktiviti yang


akan dijalankan.
3) Fasilitator menerangkan matlamat aktiviti adalah untuk mereka
cipta sebuah menara di mana menara tersebut mampu mencegah
telur yang diberikan daripada pecah.
4) Fasilitator meminta supaya melantik seorang yang berperanan
sebagai perunding. Kemudian, setiap kumpulan diberikan bahanbahan untuk membina replika menara.
5) Peserta dibenarkan untuk menggunakan alatan dari luar dalam
proses pembinaan.
6) Fasilitator memberikan tempoh masa untuk menyiapkan menara.
(30 minit)
7) Setelah masa tamat, fasilitator akan meminta setiap meletakkan
telur di puncak menara dalam tempoh masa 5 minit bagi menguji
kekuatan menara yang dibina.
8) Pemenang dinilai melalui menara yang mampu mencapai matlamat
pembinaan iaitu menghalang daripada telur jatuh atau pecah.
9) Fasilitator menutup acara dan memberikan konklusi.

MODUL KEPIMPINAN
AKTIVITI: ICE BREAKING
Ice Breaking adalah suatu sessi yang penting bagi sesebuah program kerana
ia bertujuan untuk membuka minda dan pemikiran para peserta sebelum program
atau kursus dimulakan. Oleh kerana latarbelakang peserta tidak sama, ice breaking
digunakan sebagai satu titik permulaan yang seharusnya positif dan
menyeronokkan.

OBJEKTIF
1)
2)
3)
4)

Untuk menghilangkan rasa malu di antara satu sama lain.


Untuk menghilangkan jurang perbezaan di antara satu sama lain.
Melatih peserta untuk menjadi pemimpin.
Melatih peserta berkomunikasi dengan baik.

MASA
1) 10 minit
2) 20 minit

taklimat sessi pengenalan


aktiviti whose story is this?

SASARAN
12 orang peserta (Pengawas SPBT)

PELAKSANAAN
1) Peserta dipecahkan kepada 3 kumpulan diwakili oleh 3 orang fasilitator.
2) Di dalam kumpulan, peserta dikehendaki mengadakan taaruf ringkas tentang
diri mereka. Setiap peserta hendaklah menerangkan dengan ringkas tentang
diri mereka kepada ahli di dalam kumpulan.
3) Selepas selesai taaruf ringkas, peserta diberikan sekeping kertas dan
dikehendaki untuk menulis secara ringkas tentang pengalaman yang pernah

mereka alami berserta nama mereka sekali. Pengalaman itu hendaklah


menggambarkan tentang diri mereka sendiri.
4) Setelah tamat masa yang diberi. Fasilitator akan mengutip semua kertas dan
memasukkan ke dalam sebuah bekas.
5) Kemudian, fasilitator akan mengambil 3 helai kertas dari bekas tersebut dan
memanggil nama peserta yang tercatat di atas kertas tersebut. Peserta yang
dipanggil namanya dikehendaki keluar dan diasingkan daripada kumpulan
mereka.
6) Fasilitator akan membacakan salah satu kisah daripada peserta yang
dipanggil nama dan ahli kumpulan yang lain akan cuba meneka kisah siapa
yang diceritakan.
7) Setelah ahli kumpulan melakukan perbincangan, undi dibuat. Aktiviti akan
diulang hingga kesemua kisah ahli di dalam kumpulan dibacakan.
8) Setelah tamat masa, peserta perlu berkumpul semula dalam kumpulan yang
besar.
9) Fasilitator meminta wakil setiap kumpulan untuk memperkenalkan ahli
kumpulan mereka.
10)
Aktiviti tamat setelah masa yang diberikan mencukupi dan ketua bagi
program akan dilantik dan barang amanah akan diberikan.

Anda mungkin juga menyukai