Diet Ikut Jenis Darah
Diet Ikut Jenis Darah
Cukup beristirehat
Menu diet yang dianjurkan:
Sarapan: Air putih dicampur jus limau nipis dan oat
Snek: Jus anggur / kopi
Makan Tengah Hari: Salad dan roti gandum satu potong serta teh herba
Snek: Kuih beras dua potong dan teh hijau
Makan Malam: Pasta tanpa daging campur brokoli, yoghurt dan teh herba
Dianjurkan untuk melakukan diet dengan berbagai-bagai variasi makanan, namun perlu
menghadkan pengambilan daging.
Olahraga yang sesuai dilakukan adalah berenang, bermain tenis, berjalan kaki dan
bermeditasi.
Untuk mengatasi stres, disarankan memiliki hobi dan aktiviti berasaskan kreativiti.
Pemilik golongan darah B sangat mudah terhadap penyakit berkaitan imunisasi dan serangan
virus, mereka disarankan agar mengambil sayuran hijau yang kaya magnesium dalam kuantiti
yang banyak. Makanan yang dianjurkan adalah daging lembu, kambing kibas, arnab, ikan laut,
semua produk susu kecuali 'blue chesse' dan aiskrim, telur ayam organik dan ayam kampung,
minyak zaitun, beras merah, beras putih, makanan berasaskan beras dan buah-buahan.
Manakala makanan yang perlu dikurangkan pengambilannya adalah ayam, ketam, udang,
kerang-kerangan, telur puyuh, telur itik, minyak bijan, minyak jagung, minyak biji matahari,
minyak kacang tanah, minyak soya, kelapa, santan, soya, kacang tanah, biji bunga matahari, biji
labu, bijan, kacang pistacio, tempe, tauhu, kacang merah, makanan berasaskan gandum, mi
segera, beras pulut, jagung, lobak, tomato dan jagung.
Menu diet yang dianjurkan:
Sarapan: Bijirin dan buah pisang beserta segelas susu tanpa lemak
Snek: Jus anggur
Makan Tengahari: Sepotong dada ayam dan dua potong roti beserta salad dan teh herba
Snek: Jus limau/yogurt dan teh herba
Makan Malam: Sepotong ikan salai, sayur rebus, buah-buahan segar dan teh herba
Diet Untuk Golongan Darah 'AB'
Pola makan pemilik golongan darah AB adalah gabungan antara pola makan golongan darah
jenis A dan B.Penyakit yang berisiko dijangkiti adalah sinus, infeksi telinga, dan gangguan
saluran pernafasan. Pengambilan jenis makanan yang dianjurkan adalah hidangan laut, semua
jenis telur (kecuali telur itik), susu fermentasi (melalui proses penapaian), minyak zaitun, minyak
kacang soya, minyak kacang tanah, kacang tanah, semua jenis sayuran kecuali jagung, taugeh
dan cendawan dan semua jenis buah-buahan kecuali jeruk.
Golongan daripada jenis darah ini, harus menghadkan pengambilan daging lembu, udang dan
ikan laut, susu dan semua produk susu serta daging yang diproses. Makanan berasaskan
kekacang pula perlu diambil dalam kuantiti sedikit.
Kurangkan pengambilan berasaskan gandum seperti roti, kek, kuih-muih dan pasta.
Ciri khas individu jenis darah AB:
Memiliki sistem imunisasi tubuh yang lebih tinggi berbanding golongan darah jenis lain
Dianjurkan untuk mengambil makanan berprotein tinggi dan rendah karbohidrat, seperti
daging, buah-buahan, ikan, sayuran
Berisiko terkena radang dan kerosakan organ seperti arthritis jika makanan yang diambil
tidak bersesuaian
Menu diet yang dianjurkan:
Sarapan: Dua potong roti bakar lapis mentega dan sebiji pisang
Snek: Teh herba
Makan tengahari: Sepotong daging panggang, salad bayam dan epal
Snek: Sepotong kuih
Makan Malam: Sepotong daging lembu dan asparagus yang direbus, kentang rebus, buahbuahan dan teh herba
Hasil kajian yang dilakukan oleh Dr. Peter J.D'Adamo ini adalah suatu yang baru dan masih
terdapat pertikaian daripada pakar pemakanan. Justeru, tidak melihat kepada jenis darah, apa
yang lebih utama adalah mengamalkan pemakanan yang sihat. Pemakanan sihat hakikatnya
adalah mengenai memenuhi keperluan pemakanan harian dan pada masa yang sama,
mengelakkan kekurangan atau berlebihan zat yang boleh menyumbang kepada risiko penyakit
yang berkaitan dengan pemakanan tanpa mengira jenis darah individu.
Ia meliputi membuat keputusan yang bijak tentang apa jenis makanan yang harus dimakan dan
bagaimana mengamalkan tabiat makan yang sihat. Justeru, terpulanglah kepada anda sama
ada ingin mengadaptasi saranan Dr. Peter J.D 'Adamo ataupun tidak.
Kongsi artikel ini bersama rakan-rakan anda!