Anda di halaman 1dari 3

Refleksi

Alhamdulillah bersyukur kehadrat ilahi dengan limpah kurnia-Nya dapat saya siapkan kerja
kursus ini seperti yang diinginkan. Segala permasalahan dapat saya atasi dengan bantuan
pensyarah subjek serta kawan-kawan. Melalui kerja kursus ini, banyak ilmu pengetahuan baru
yang dapat saya perolehi di samping memperkukuhkan pengetahuan yang sedia ada. Dalam
melaksanakan tugasan kali ini, saya diminta membuat carian maklumat berkaitan dua kaum asli
di malaysia, membuat laporan projek lawatan ke kampung orang asli dan membuat
perbandingan antara orang asli Batek dengan satu kaum asli lain. Tugasan ini banyak
memberikan pengalaman serta input-input yang berguna kepada saya. Pada awalnya, saya
tidak begitu faham mengenai tugasan projek ini. Namun begitu, setelah En Adnan memberikan
sedikit penerangan mengenai perkara tersebut, barulah saya memahaminya. Terima kasih yang
tidak terhingga saya ucapkan kepada pensyarah pembimbing.
Antara perkara berguna yang saya dapat di awal tugasan ini ialah pengalaman
berkomunikasi dengan pensyarah dan juga rakan rakan dalam menyiapkan tugasan berkaitan
tajuk tugasan. Oleh hal demikian, ucapan jutaan terima kasih saya kalungkan kepada
pensyarah pembimbing, En. Adnan juga tidak saya lupakan para sahabat yang masih lagi tidak
lokek ilmu untuk dikongsi bersama. Walaupun terdapat kekangan masa pada dasarnya kerana
perlu menyiapkan tugasan lain, tetapi dengan semangat yang utuh, dapat saya siapkan kerja
kursus ini dengan lancar.

Apa yang saya dapat sepanjang proses menyiapakan tugasan ini ialah mengetahui
secara mendalam tentang pembelajaran berasaskan projek dengan betul. Perkara ini sangat
penting dalam usaha menarik minat murid menumpukan perhatian kepada proses P&P. Melalui
kajian terhadap perkara ini saya dapat mengetahui bagaimana cara untuk menyediakan set
pengajaran berasaskan projek yang mana akan membantu murid memahami dan mengalami
sendiri sesuatu topik yang ingin diajar. Oleh itu, kita akan terhindar daripada melakukan
pengajaran membosankan dalam pengajaran seterusnya memantapkan proses pengajaran.
Saya juga dapat mengetahui atau dapat menjawab persoalan mengapa sesuatu projek itu tidak
dapat berjalan lancar dan tergangu ketika proses projek berlangsung. Contohnya, seseorang
guru itu mungkin tidak membuat persiapan sebelum projek berlangsung maka proses P&P akan
terganggu.

Selain itu, saya juga perlu menjalankan tugasan ini dengan membuat perbandingan
antara kaum asli Batek dengan kaum asli lain. Semasa menjalankan tugasan ini, saya menjadi
lebih peka terhadap perbezaan yang ada antara kaum-kaum asli di Malaysia. Hal ini demikian
kerana, perbezaan antara kaum-kaum asli di Malaysia . Tambahan pula, semasa menjalankan
tugasan ini saya menjadi lebih rajin membaca serta mendalami buku-buku yang berkaitan
dengan tajuk tugasan ini. Hasilnya, saya dapat mengetahui bahawa terdapat banyak kebaikan
kepada negara jika kaum asli dijaga dan dipelihara. Hal ini demikian kerana melalui cara
tersebut, generasi baru akan sempat bersemuka dengan kaum-kaum asli di Malaysia.
Tambahan pula, saya dapat mengambil banyak pengajaran sama ada secara langsung
ataupun tidak langsung di dalam tugasan yang diberikan kepada saya. Saya telah mempelajari
banyak sifat mahmudah seperti sifat kesabaran dalam menyempurnakan tugasan ini. Hal ini
demikian kerana tugasan ini merupakan satu tamparan yang hebat bagi saya kerana selama ini
saya sendiri tidak mempunyai ilmu yang banyak mengenai cara membuat laporan lawatan.
Semasa mencari maklumat, saya juga telah merujuk beberapa jenis buku sebagai rujukan iaitu
bagi mengetahui semua maklumat tentang cara membuat laporan lawatan. Selain itu, saya turut
menerima maklumat-maklumat dan fakta-fakta daripada buku yang dimiliki oleh rakan-rakan
saya yang lain dalam memahami cara membuat laporan lawatan ini.
Ilmu tentang pembelajaran berasaskan projek yang telah saya dapat dalam
melaksanakan tugasan ini boleh dipraktikkan selama saya menuntut di maktab ini seterusnya
yang lebih penting lagi pada alam di mana saya di sekolah selepas tamat menuntut di sini. Hal
ini demikian kerana di sekolah nanti sudah tentu saya ditugaskan mengajar dan yang paling
penting perlu membuat pengajaran yang menarik untuk mendidik murid seperti yang diingini
oleh agama, bangsa dan negara. Oleh itu, jika saya sudah mengkaji tentang semua ilmu
berkaitan tugasan ini maka saya tidak lagi kekok apabila saya ditugaskan menjadi guru sejarah
yang mana akan dirujuk oleh guru-guru lain jika timbulnya masalah.
Kesimpulannya, sepanjang menyempurnakan tugasan ini, saya telah menimba banyak
ilmu dan pengalaman yang tidak ternilai. Selain itu, daripada pengalaman atau kerja kursus ini,
secara tidak langsung ia dapat membantu membentuk sahsiah diri saya sebagai bakal seorang
guru. InsyaALLAH, saya akan cuba mengaplikasinya dan menjadi seorang guru yang
cemerlang dan terbilang di masa hadapan. Amin. Akhir kata, saya amat berbangga kerana
dapat menyiapkan tugasan ini dengan memperoleh ilmu pengetahuan serta pengalaman yang

banyak. Saya berharap agar tugasan sebegini diberikan lagi pada masa akan datang kerana
perkara ini sangat penting untuk bakal guru yang akan mencorak masa depan gemilang negara.

Anda mungkin juga menyukai