Anda di halaman 1dari 7

1.

0 Pengenalan
Lari berpagar merupakan satu acara larian melintasi rintangan iaitu pagar
yang memerlukan para atlet sentiasa berada pada tahap kecergasan yang tinggi.
Acara lari berpagar ini melibatkan semua komponen kecergasan fizikal iaitu
kepantasan, kekuatan dan daya tahan otot, daya tahan kardiovaskular, kuasa,
imbangan, masa tindak balas, koordinasi, kelenturan dan ketangkasan.
Oleh itu satu program khas harus dirancang untuk membina komponenkomponen kecergasan ini bagi menyediakan atlet menghadapi situasi pertandingan.
Program latihan yang dirancang dibahagikan kepada beberapa fasa yang
berunsurkan aspek-aspek dalam usaha membina kecergasan fizikal atlet. Dengan
itu, seseorang jurulatih harus melengkapkan dirinya dengan pelbagai pengetahuan
tentang perancangan dan perlaksanaan satu program latihan jangka panjang supaya
program itu boleh mendatangkan kesan yang positif di samping memastikan
kejayaan yang cemerlang pada musim pertandingan.
Seseorang jurulatih juga harus menitikberatkan aspek keselamatan dalam
perancangan dan perlaksanaan satu program latihan agar atlet sentiasa berada
dalam keadaan selamat dan boleh meneruskan aktiviti tanpa sebarang masalah atau
kecederaan yang boleh mengganggu prestasi atlet.

2.0 Sejarah Lari Berpagar


Lari berpagar atau dahulunya disebut lari lompat pagar dipercayai bermula di
Great Britain pada abad ke-19. walaupun kebanyakan buku tentang sukan tidak
menyebut dengan tepat tarikh atau tempat sebenar permulaan acara ini,
bagaimanapun

ramai

pula

mendakwa

bahawa

permulaan

terawal

yang

menggunakan pagar bermula pada pertengahan abad ke-19, di sebuah sekolah di


Bandar Eton, berhampiran kota London.

Pada peringkat awal permulaan cara, lari berpagar diadakan untuk jarak 120
ela, 200 ela, dan 440 ela, dengan memasukkan 10 pagar pada setiap acara itu.
Undang-undang dan peraturan ini diikuti dan kekal hingga kini. Dengan pertukaran
daripada system Inggeris kepada system metrik kepada semua acara, maka lari
berpagar juga turut terlibat. Dengan demikian, kini terdapat acara 100 meter, 110
meter dan 400 meter.

Dalam acara lari berpagar, Britain adalah sebuah negara yang paling banyak
melahirkan jaguh-jaguh bagi acara ini. Atlet Don Finlay telah memenangi pingat
gangsa semasa sukan Olimpik 1932 dan pingat perak dalam sukan Olimpik 1936
dalam acara 110 meter berpagar manakala pada tahun 1968 di Mexico City, David
Hemery telah merangkul pingat emas dengan mencipta rekod dunia. Pada tahun
1972, sekali lagi David Hemery memenangi pingat emas di Moscow. Bagi atlet
wanita, pada tahun 1984 Shirley Strong telah memenangi pingat perak dalam acara
100 meter berpagar di Los Angeles.

3.0 Peralatan dan Ukuran

Acara

100 m

Ketinggian

Jarak Antara

Jarak Antara

Jarak Antara

Pagar

Garisan

Pagar

Pagar Akhir

Permulaan

Dengan

Dengan Pagar

Garisan

Pertama

Penamat

84 m

13 m

8.5 m

10.5 m

1.076 m

13.72 m

9.14 m

14.02 m

76 m

45 m

36 m

40 m

91.4 m

45 m

35 m

40 m

wanita
110 m
lelaki
400 m
wanita
400 m
lelaki

No.

Jenis Pagar

Peserta & Ketinggian Pagar

National Aluminium Hurdle

Atlet antarabangsa
-

Lelaki ( 1.067 m)
Wanita ( 0.840 m)

UCS Ultimate Hurdle

Polanik Hurdle

Pelajar sekolah menengah:


-

Polanik Hurdle

Lelaki ( 0.840 m )
Wanita ( 0.762 m)

Murid sekolah rendah:


-

Lelaki
(0.762 m)
Perempuan (0.762m)

4.0 Peraturan
a) Pelari berlari dalam lorong masing-masing.
b) Pembatalan boleh dikenakan kepada seseorang pelari dalam keadaan
berikut:

Mengheret kaki di bawah palang pagar


Melompat pagar di lorong lain
Menjatuhkan pagar dengan tangan atau kaki secara sengaja

5.0 Fasa Lari Berpagar

Fasa
Permulaan

Fasa
Lonjakan

Fasa
Layangan

Fasa
Mendarat

Fasa
Penamat

5.1 Fasa Permulaan

a) Letakkan kaki lonjakan di belakang blok permulaan untuk mendapatkan


lapan langkah sebelum melepasi pagar atau letakkan kaki lonjakan di
hadapan blok permulaan untuk mendapatkan tujuh langkah sahaja.
b) Lari dengan konsisten dari permulaan hingga dua langkah terakhir.
c) Pendekkan langkah terakhir supaya pusat gravity berada di hadapan
daripada kaki yang melangkah pagar.

5.2 Fasa Lonjakan

a) Meninggalkan permukaan trek sama seperti lari pecut.

b)
c)
d)
e)

Melonjak menggunakan hujung tapak kaki.


Kaki hadapan diangkat tinggi.
Kepala tegak memandang ke hadapan.
Pusat gravity ke hadapan sedikit dari kaki yang melonjak.

5.3 Fasa Layangan

a) Angkat dengan pantas kaki hadapan melepasi pagar.


b) Ayunkan tangan yang selari dengan kaki hadapan dengan pantas.
c) Bengkokkan lutut kaki belakang ke sisi dengan tapak tangan mengarah
keluar.
d) Condongkan badan ke hadapan.
e) Badan seolah-olah melayang ke udara.

5.4 Fasa Mendarat

a) Jatuhkan kaki hadapan ke tanah dengan pantas sebaik sahaja kaki


belakang melepasi pagar.
b) Mendarat dengan hujung kaki hadapan.

5.5 Fasa Penamat

a) Lari pecut lalu membuka dada selangkah sebelum tiba di garisan


penamat.

6.0 Rekod Lari Berpagar

SUKMA 2008
Rayzamsyah Wan Sofian - 14.10s

SUKAN UNIVERSITI ASEAN 2008 (SUA 2008)


Mohd Robani Hassan - 14.07s
7.0 Ansur Maju Latihan Lari Berpagar

7.1 Latihan 1:
Tendangan Karate

7.2 Latihan 2:
Melompat dalam rotan hulahoop

7.3 Latihan 3:
Berlari melepasi tengah-tengah batang rotan yang tersusun.

Anda mungkin juga menyukai