Anda di halaman 1dari 7

Format Penulisan Jurnal Refleksi Latihan Mengajar (Group AT45A)

A. muka hadapan ( hijau muda) Lampiran 1


B. isi kandungan
1.0 Pengenalan
1.1
Latar belakang sekolah
1.2
Latar belakang kelas dan pelajar
2.0 Isu atau masalah Latihan mengajar
2.1 Isu atau masalah 1
ISU / MASALAH
Dalam pemerhatian yang saya lakukan pada kelas pertama, saya mendapati
bahawa para pelajar menghadapi masalah penguasaan bahasa Malaysia yang
membimbangkan. Ini adalah kerana saya meminta pelajar untuk memperkenalkan
diri. Pelajar tersebut tidak faham apa yang saya sampaikan. Oleh itu, saya
terpaksa menggunakan bahasa ibunda iaitu bahasa mandarin terutamanya
kepada pelajar berbangsa cina. Saya menyedari bahawa kekerapan
menggunakan bahasa ibunda tidak mendatangkan faedah kepada diri saya atau
pelajar saya. Apabila saya menjalankan set induksi, para pelajar masih dalam
tahap yang agak lambat untuk memahami isi pelajaran yang saya sampaikan.
Selain itu, saya mendapati hanya sebilangan pelajar sahaja memberi perhatian
kepada pengajaran saya sejak bermula proses pengajaran sehingga tamat waktu
kelas. Keadaan ini amat mengecewakan kerana saya mencaruh harapan yang
tinggi terhadap kelas saya sebelum masuk ke kelas.
ANALISIS ISU / MASALAH
Saya cuba mengenal pasti punca masalah pelajar-pelajar yang mempunyai
masalah dalam penguasaan bahasa malaysia dan tidak memberi perhatian
kepada pengajaran saya.
Adakah pelajar mempunyai masalah komunikasi dalam Bahasa Malaysia sejak
kecil lagi atau tidak digalakkan oleh ibu bapa?
Bagaimana pelajar dapat mempertingkatkan penguasaan bahasa malaysia?
Apakah faktor yang menyebabkan pelajar tidak menumpukan perhatian dalam
kelas?
Apakah kaedah pengajaran yang sesuai saya praktikan untuk mengatasi masalah
sedemikian?

CADANGAN

Selepas mendapatkan candangan dan pandangan daripada guru pembimbing dan


pensyarah, mereka lebih mengharapkan aktiviti pengajaran lebih kepada
berpusatkan pelajar. Selain itu, saya juga perlu mengingat nama pelajar supaya
mereka rasa dihargai dan diperhati dan menggalakkan pelajar untuk bercakap dan
memberi pandangan. Semasa pengajaran dan pembelajaran dijalankan, saya
juga ditegur supaya membanyakkan penglibatan aktiviti seperti pelajar dapat
membaca dan membuat pembentangan. Para pelajar perlu aktif dalam membuat
perbincangan untuk menghasilkan idea dan karya yang tersendiri.
TINDAKAN SUSULAN
Melalui cadangan yang diberikan, guru telah menambahbaikan masalah yang
dihadapi oleh para pelajar. Guru telah menggunakan dua bulan lebih untuk
meningkatkan prestasi pelajar. Tindakan yang dapat saya buat adalah
memperbaiki rancangan pengajaran harian dengan memperbanyakkan aktiviti
pelajar semasa menjalankan pengajaran dan pembelajaran. Ini adalah untuk
memenuhi tahap penguasaan dan kefahaman pelajar. Selain itu, saya juga
meminta pandangan daripada guru pembimbing supaya dapat merangka aktiviti
yang bersesuai dengan pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan. Saya
juga merancang semula strategi yang perlu diperbaiki agar dapat memperbaiki
kelemahan para pelajar. Saya akan menggunakan kaedah pembelajaran koperatif
supaya para pelajar dapat menyumbang idea serta menyerap ilmu dengan
berkesan. Dengan ini, saya menggunakan konsep hubungan interpersonal, di
mana kemahiran berkomunikasi yang berkesan adalah kebolehan bertutur dengan
jelas dan tepat. Jenis komunikasi yang boleh dipratikkan adalah komunikasi
secara lisan dan secara bukan lisan. Komunikasi secara lisan merupakan proses
pemindahan maklumat atau idea secara lisan daripada seseorang individu kepada
sekumpulan pendengar. Komunikasi bukan lisan pula adalah penyampaian mesej
melalui gerak isyarat seperti isyarat tangan, gerak kepala, ungkapan muka dan
sebagainya. Komunikasi yang diamalkan ini diharapkan dapat mengatasi
kelemahan komunikasi yang dibelungi selama ini.
2.2

Isu atau masalah 2

ISU / MASALAH
Pelajar suka mengantuk dan tidur dalam kelas. Apabila setibanya di dalam kelas,
para pelajar sudah mula senyap, duduk dan mendahi kepalanya di atas meja.
Cuma pelajar yang duduk di depan baris sahaja menumpukan perhatian.
ANALISIS ISU / MASALAH
Saya cuba mengenal pasti punca masalah pelajar-pelajar yang mempunyai
masalah merasa mengantuk semasa pengajaran dan pembelajaran dijalankan.
Adakah pelajar tidak minat terhadap mata pelajaran perdagangan ini?
Adakah pelajar tidak cukup tidur atau badan terlalu letih?

Adakah guru mengamalkan keadah


menyebabkan pelajar berasa bosan?

pengajaran

yang

tradisional

yang

CADANGAN
Memahami para pelajar bahawa tidur dalam kelas semasa pengajaran dan
pembelajaran adalah tidak dibenarkan iaitu membuat peraturan pada sesi
persekolahan atau menggunakan cara peneguhan positif dan negatif.
Para pelajar turut didedahkan dengan cara-cara mengekalkan kecergasan mental
dan fizikal sama ada secara teori atau praktikal terutamanya semasa kelas
Pendidikan Jasmani dan Kesihatan.
Guru digalakkan melakukan aktiviti seperti senaman ringkas di dalam kelas
supaya dapat melancarkan peredaran darah untuk menghilangkan rasa
mengantuk.
Pelajar sentiasa diberikan dorongan serta motivasi terutamanya keseronokan
dalam proses p&p mempengaruhi para pelajar memberi tindak balas yang positif.
TINDAKAN SUSULAN
Pelbagai masalah yang telah saya timbulkan telah menunjukkan bahawa para
pelajar harus mendapatkan bimbingan dan didikan yang berguna daripada guru.
Saya akan merekod prestasi dan perkembangan pelajar dari semasa ke semasa.
Pelajar yang merasa mengantuk akan dibenarkan pergi ke tandas untuk
membasuh muka dan mengerak-gerakkan badan.
Saya akan mengambil
tindakan yang drastik untuk memerangi untuk mengatasi masalah pelajar
mengantuk dalam kelas. Apabila pelajar mengulang tingkah laku sedemikian lagi,
guru boleh menggunakan sentuhan dan gerak isyarat seperti menyentuh kepala
atau bahu pelajar dengan lembut. Selain itu, guru juga berjalan ke tempat pelajar
yang suka tidur dan menujukan soalan yang berkaitan dengan pelajaran untuk
pelajar yang berkenaan menjawab. Saya akan merancang rancangan pengajaran
yang lebih kreatif seperti aktiviti permainan kata silang yang melibatkan pelajar
untuk menyelesaikan masalah. Aktiviti permainan harus diperbanyakkan seperti
pelaburan supaya menghilangkan rasa bosan. Kaedah dan teknik bermain adalah
dikaitkan dengan penggunaan kaedah dan teknik mengajar seperti simulasi,
termasuk penyelesaian masalah dan demokrasi.
2.3

Isu atau masalah 3


ISU / MASALAH

Ramai pelajar tidak hadir ke sekolah terutamanya selepas peperiksaan.


Kebanyakan pelajar
ANALISIS ISU / MASALAH

CADANGAN

TINDAKAN SUSULAN

2.4

Isu atau masalah 4

ISU / MASALAH
Para pelajar tidak menyiapkan kerja sekolah yang diberikan. Subjek perdagangan
amat memeritkan kepada para pelajar. Mereka tidak jelas dengan jawapan yang
dikehendaki walaupun telah dijelaskan beberapa kali. Mereka Cuma
mengharapkan menunggu jawapan daripada guru sahaja.
ANALISIS ISU / MASALAH
Terdapat beberapa analisis masalah yang telah dikenal pasti.
Adakah pelajar tidak minat terhadap subjek perdagangan ini?
Adakah pelajar tidak pernah didedahkan dengan ilmu perdagangan sebelum ini?
CADANGAN

TINDAKAN SUSULAN

2.5

Isu atau masalah 5


ISU / MASALAH

Kelengkapan sekolah yang tidak lengkap seperti ICT dan komputer. Ketika saya
mahu menggunakan kemudahan yang terdapat di dalam kelas, saya menyedari
bahawa LCT tidak berfungsi. Oleh demikian, saya terpaksa membawa komputer
riba sendiri dan meminjam LCT daripada guru pembimbing saya. Keadaan ini
akan membantutkan perancangan masa terutamanya semasa memasang LCT
dan komputer riba. Banyak pengajaran yang telah dirancang telah tergendala dan
terpaksa ditangguhkan ke kelas seterusnya.
ANALISIS ISU / MASALAH
Adakah pihak sekolah perlu bertanggungjawab terhadap masalah yang timbul
sedemikian?
Adakah guru hanya menggunakan kaedah tradisional sahaja?
CADANGAN
Selepas berbincang dengan guru pembimbing saya, beliau memberi cadangan
kepada saya bahawa beliau boleh meminjamkan LCT kepada saya. Selain itu,
bilik komputer juga boleh digunakan untuk pengajaran dan pembelajaran tetapi
harus membuat tempahan terlebih dahulu.
Pengetua sekolah bercadang untuk memasang LCT di dalam kelas selepas
berbincang dengan saya.
Pengajaran dan pembelajaran harus diterapkan dengan teknologi yang terkini
seperti powerpoint, dan video
TINDAKAN SUSULAN
Setelah menggunakan kaedah ICT ini, pelajar dilihat menunjukkan sikap yang
minat terhadap pelajaran. Mereka dapat dikaitkan video yang berunsur
perdagangan dengan pengalaman hidup. Saya mengamalkan sikap kepimpinan
demokratik supaya berkongsi kuasa dengan para pelajar dalam pengurusan
segala aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Di bawah kepimpinan
demokratik, suasana sosioekonomi yang konduksif dapat dipertingkatkan dan
hubungan guru dengan para pelajar menjadi mesra.
3.0 Rumusan
4.0 Rujukan
5.0 Lampiran
C. Penulisan
- Penulisan menggunakan font Arial 11 atau Times New Roman 12.
- Langkau baris (spacing) 1.5.
- Bibliografi menggunakan format APA.

Boleh Rujuk Laman Web Dibawah Untuk Rujukan

PEMARKAHAN

KPR 3012:
SEMINAR REFLEKSI LATIHAN MENGAJAR
KUMPULAN : AT45A

TUGASAN INDIVIDU :

Jurnal Refleksi Latihan Mengajar

Disediakan oleh:
TAN JING SHUANG
D 20111048799
AT45 ISMP Keusahawanan dan Perdagangan

Disediakan untuk :
Dr. Mohd Yahya bin Mohd Hussin
Tarikh: 23 March 2015

Anda mungkin juga menyukai