Anda di halaman 1dari 6

FORMAT RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN KSSR

1. Mata Pelajaran dan Kelas : Pendidikan Moral, Tahun 3 Cerdik


2. Nilai / Tajuk

: Hormat / Menghormati warga sekolah dan


pelawat

3. Masa

: 2.00 3.00 petang (60 minit)

4. Standard Pembelajaran

: 6.1.1, 6.1.2, 6.1.3, 6.1.4

5. Objektif Pembelajaran: Pada akhir pembelajaran, murid dapat:


Penaakulan

: menyatakan sekurang-kurangnya 3 cara menghormati


warga sekolah dan pelawat.

Perasaan

: menceritakan sekurang-kurangnya 1 perasaan apabila


menghormati warga sekolah dan pelawat.

Perlakuan

: menunjukkan sikap hormat dengan cara senyum, sapa,


salam, sambut dan sentuh (5S).

6. Aktiviti Pembelajaran dan Pengajaran:


Set induksi:
i. Guru menunjukkan menunjukkan bagaimana cara menyambut
pelawat yang datang ke sekolah.
ii. Guru bersoal jawab dengan murid.
Langkah 1:
i. Guru menjana idea dengan meminta murid menyatakan perlakuan
guru sebentar tadi.

ii. Guru menjana idea dengan meminta murid memberi pendapat


tentang cara-cara menghormati warga sekolah dan pelawat.
iii. Guru menjelaskan nilai hormat melalui Peta Buih.
Langkah 2:
i. Guru menayangkan video klip dan meminta murid menyatakan
perasaan setelah melihat video klip berkenaan.
ii. Perbincangan kelas dijalankan dengan mengaitkan aktiviti-aktiviti di
sekolah dan kepentingan mengamalkan nilai hormat.
Langkah 3:
i. Dalam kumpulan, murid menggunakan internet untuk mencari 2
gambar berkaitan nilai hormat di sekolah.
ii. Sumbangsaran

perasaan

murid

berdasarkan

gambar-gambar

tersebut.
iii. Murid menjelaskan faedah yang diperolehi jika menghormati warga
sekolah dan pelawat secara lisan.
Penutup:
Menyanyikan lagu 5S mengikut melodi Kalau Rasa Gembira.
7. EMK:
i.

Kreativiti & inovasi menjana idea, sumbangsaran

ii.

TMK - Menggunakan internet

8. Bahan Bantu Belajar:


Peta Buih, Video kilp, Gambar-gambar berkaitan nilai hormat (internet)
dan lembaran kerja.
9. Penilaian P&P:
i. Lembaran kerja (Nyatakan cara-cara menghormati warga sekolah
dan pelawat).
ii. Gambar-gambar yang diakses oleh murid daripada internet
iii. Murid dapat menceritakan perasaan apabila menghormati warga
sekolah dan pelawat.
10. Refleksi:
5/5 orang murid telah mencapai objektif yang ditetapkan.

Sentuh

Senyum

Hormat
Sambut

Sapa

Salam

Peta Buih: Cara-cara menghormati

Lagu 5S

Kalau rasa hormat, sila SENYUM,

2x

SENYUM (aksi senyum)


Kalau rasa hormat, beginilah caranya,
Kalau rasa hormat, senyum selalu.

Kalau rasa hormat, sila SAPA,

2x

SAPA (haihai)
Kalau rasa hormat, beginilah caranya,
Kalau rasa hormat, sapa selalu.

Kalau rasa hormat, sila SALAM,

2x

SALAM (aksi berjabat tangan)


Kalau rasa hormat, beginilah caranya,
Kalau rasa hormat, salam selalu.

Kalau rasa hormat, sila SAMBUT,

2x

SAMBUT (aksi sambut)


Kalau rasa hormat, beginilah caranya,
Kalau rasa hormat, sambut selalu.

Kalau rasa hormat, sila SENTUH,


SENTUH (aksi sentuh bahu)

2x

Kalau rasa hormat, beginilah caranya,


Kalau rasa hormat, sentuh selalu.

Kalau rasa hormat buat semua,


SENYUM,
HAI,HAI,
SALAM, SAMBUT, SENTUH

Ikhlas daripada,
Noor Hayati Bt Husin
Mainah Bt Ahmad
Wan Rosni Bt Wan Ab. Hamid
Asniza Bt Anuar
Nur Hidayah Bt Mohd Yusof