Anda di halaman 1dari 37

PENGENALAN

Dalam bidang pendidikan, pengujian, pengukuran, penilaian dan pentaksiran adalah


perkara sinonim dan ia merupakan sebahagian dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Ketiga-tiga konsep ini, walaupun mempunyai tafsiran yang berbeza dari segi pengertian, tujuan
dan ciri-ciri, memangnya ada kaitan yang rapat dengan proses pelaksanaan pengajaran dan
pembelajaran. Malah, ketiga-tiga perkara ini saling membantu dalam pencapaian matlamat
yang sama dalam proses pendidikan.
Pengujian,pengukuran dan penilaian memainkan peranan penting dalam kurikulum
pendidikan dan sebahagian dari kurikulum itu sendiri. Ianya dilakukan untuk menilai sama ada
sesuatu objektif yang ditetapkan itu tercapai atau tidak. Dalam pengajaran dan pembelajaran,
ketiga-tiga aspek ini dilakukan bagi mengetahui sama ada guru mengajar dan pelajar
belajar.Oleh itu, pemahaman terhadap konsep pengujian, pengukuran dan penilaian sangat
penting bagi seseorang guru untuk memastikan pengajaran dan penilaiannya bermutu dan adil.
Guru memainkan peranan penting dalam mengesan perkembangan, kebolehan,
kemajuan dan pencapaian murid. Oleh itu, guru perlu merancang dan membina alat
pengukuran, mentadbir ujian, merekod hasil pengukuran, menganalisis maklumat, menilai,
melapor dan menjalankan tindakan susulan seperti melaksanakan aktiviti pengukuhan,
pengayaan atau aktiviti pemulihan untuk murid. Ujian adalah di antara salah satu kaedah atau
prosedur yang boleh digunakan untuk memperoleh maklumat secara sistematik berkaitan
dengan sifat seseorang yang berhubung dengan aspek pendidikan atau psikologi. Ujian juga
adalah penting untuk menentukan kejayaan atau kegagalan calon dalam sesuatu peperiksaan
yang dijalankan.Justeru,kecekapan guru dalam membangunkan instrumen pengujian dan
penilaian amat penting malah sama pentingnya dengan penguasaan guru terhadap kurikulum
yang diajar bagi menjamin keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.

PENGUJIAN
Istilah pengujian merupakan satu proses yang sistematik bagi mengukur pencapaian
pelajar yang biasanya dibuat secara bertulis. Tujuan pengujian ialah untuk menentukan
pencapaian pelajar dalam sesuatu sesi pembelajaran. Pengujian dapat dianggap sebagai
proses penyerahan set soalan yang piawai yang perlu dijawab, atau satu set instrumen
bersama satu prosedur yang sistematik bagi mengukur sampel tingkah laku atau perubahan
seseorang individu atau pelajar.
Apabila kita menilai, kita mencuba meletakkan sesuatu itu di satu takat yang
melambangkan nilai sebenar baginya. Biasanya nilai itu dilambangkan dengan markah, gred
ataupun kedua-duanya sekali di dalam satu darjah. Penilaian tidak semestinya dijalankan
melalui pengujian dan peperiksaan yang formal. Tetapi cara yang formal lebih sesuai. Contoh
penilaian yang formal termasuk pengujian bulanan, pengujian dalam bilik darjah, pengujian lisan
dan sebagainya. Penilaian perlu dijalankan dulu sebelum gred atau markah dapat diberi. Ini
bermakna kualiti prestasi pelajar tidak boleh dilambangkan matlamat tanpa penilaian
dijalankan.Penilaian sama ada formal atau tidak formal, dapat menunjukkan kepada kita kesan
daripada sesuatu aktiviti. Kesan ini merupakan perubahan-perubahan yang berlaku di dalam
bidang kefahaman, lisan dan sebagainya. Perubahan ini penting dan perlu untuk mencapai
matlamat pengajaran-pembelajaran.
Pengujian menjelaskan tahap baiknya prestasi murid yang diuji daripada hasil
permakahan jawapan murid. Proses pengujian biasanya bermula dengan peringkat persediaan,
diikuti pentadbiran ujian dan berakhir dengan pemeriksaan skrip jawapan. Melalui pengujian,
guru mengetahui sama ada muridnya telah menguasai pengetahuan, kemahiran atau sikap
yang ingin disampaikan oleh guru.

PENGUKURAN
Pengukuran membawa maksud yang lebih luas berbanding pengujian. Pengukuran
membawa definisi sebagai suatu proses untuk mendapatkan penjelasan secara numerik
(melalui angka) tentang sebanyak mana individu iaitu pelajar mempunyai sesuatu ciri yang
diukur dengan menggunakan alat tertentu. Oleh yang demikian pengukuran ialah proses
menentukan sejauh mana seseorang individu memiliki ciri-ciri tertentu.
Biasanya, kita mewakilkan sesuatu pengukuran berbentuk angka kepada prestasi
seseorang individu untuk menggambarkan keupayaan individu tersebut. Sebagai contoh,
Muhammad mendapat 60 peratus dalam ujian Sains. Kita tidak menyatakan prestasi
Muhammad sama ada baik atau sebaliknya. Dalam hal ini, kita hanya mengukur pencapaian
sains tanpa memberikan nilai kepada ukuran yang diperoleh. Justeru, pengukuran hanya
menentukan tahap prestasi atau ciri tertentu seseorang pelajar mengikut alat yang digunakan.
Pengukuran juga boleh dilaksanakan tanpa menggunakan pengujian. Sebagai contoh,
kemahiran melakar spesimen seseorang pelajar boleh diukur melalui pemerhatian dan
pencerapan, sementara pengetahuan dan sikapnya boleh diukur melalui temubual. Oleh itu, kita
boleh menganggapkan pengukuran sebagai proses untuk mendapatkan sesuatu ukuran
dengan menggunakan kaedah tertentu, manakala pengujian pula merupakan salah satu
daripada kaedah tersebut.
Selain itu, pengukuran juga tidak bersifat mutlak, misalnya pengukuran keupayaan
mental seseorang sudah tentu lebih sukar diukur secara tepat berbanding ketinggian fizikalnya.
Ketinggian fizikal seseorang boleh diukur secara tepat dengan menggunakan alat ukur yang
tepat seperti penggunaan pembaris. Seterusnya, seseorang pelajar yang mendapat skor 80
tidak boleh dianggap mengetahui

atau menguasai pengetahuan dua kali ganda daripada

pelajar yang mendapat skor 40, walaupun skor 80 itu adalah dua kali ganda 40. Seseorang
pelajar yang mendapat skor sifar pula tidak juga boleh dianggap sebagai tidak mempelajari atau
mengetahui tentang sesuatu pelajaran yang disampaiakan oleh guru. Ini jelas menunjukkan
ukuran aspek-aspek berkenaan bukanlah petunjuk yang tepat sebagaimana ukuran ketinggian
fizikal pelajar menggunakan pembaris.Justeru, seseorang guru perlu menggunakan alat yang
tepat bagi menghasilkan ukuran yang tepat. Jika alat yang digunakan mempunyai kecacatan,
sudah pastilah ukuran yang diperoleh juga tidak tepat. Proses pengukuran menunjukkan
pencapaian keseluruhan murid tetapi tidak semestinya membayangkan kebaikan atau tingkah
laku seseorang individu.

PENILAIAN
Definisi penilaian merupakan satu proses untuk menghasilkan nilai kuantitatif untuk
menentukan peringkat pencapaian dan kedudukan dalam pembelajaran. Penilaian merangkumi
aspek pengujian dan pengukuran. Penilaian juga dapat didefinisikan sebagai satu
proses/prosedur yang sistematik bagi membuat pertimbangan dalam mentafsir hasil
pengukuran, yang bertujuan untuk memberi maklumat tentang pencapaian akademik,
kemahiran atau sikap.Gay (1985) berpendapat bahawa penilaian ialah satu proses yang
dianggap sistematik semasa mengumpul dan menganalisis data bagi menentukan sama ada
sesuatu objektif yang telah ditetapkan itu telah tercapai. Hal ini seterusnya membolehkan guru
dapat membuat pertimbangan atau keputusan yang tepat berhubung pengajaran dan
pembelajaran.
Penilaian yang dijalankan oleh guru dalam bilik darjah akan dapat memberikan maklum
balas kepada guru tentang tahap penguasaan pelajar terhadap pengetahuan dan kemahiran
yang telah diajar. Selain itu, penilaian ini juga dapat memberi maklum balas tentang masalah
yang dihadapi pelajar dalam pembelajaran. Dengan itu, guru dapat mengenal pasti kemajuan
seseorang pelajar, sama ada pada tahap yang sangat memuaskan,sederhana,lemah atau tidak
ada sebarang kemajuan langsung. Daripada penilaian yang dijalankan juga, guru dapat
mengenal pasti pelajar yang cepat/cergas, yang memerlukan aktiviti pengayaan dan pelajar
yang lemah yang memerlukan aktiviti pemulihan. Guru juga perlu membuat keputusan sama
ada untuk mengubah strategi pengajaran, supaya pengajaran dan pembelajaran bersesuaian
dengan keperluan pelajar. Penilaian yang dijalankan sepanjang tempoh pengajaran dan
pembelajaran

akan

memperlihatkan

kemajuan

pelajar

dalam

jangka

masa

tertentu.

Pengesanan kemajuan pelajar secara berterusan ini akan memberi maklum balas kepada guru
tentang masalah yang dihadapi pelajar. Sekiranya pelajar menghadapi masalah dalam
pembelajaran, guru akan menyelidik punca masalah tersebut. Maklumat berkenaan akan
digunakan oleh guru untuk mengubah pendekatan pengajaran atau menyediakan latihan yang
khusus supaya masalah yang dihadapi pelajar dapat diatasi. Tanpa bantuan khas ini, pelajarpelajar akan terus menghadapi masalah dan akibatnya mereka akan terus ketinggalan dalam
pembelajaran.

PENTAKSIRAN
Pentaksiran ialah satu proses mendapatkan maklumat dan seterusnya melakukan
penghakiman tentang sesuatu produk pendidikan. Maklumat tersebut meliputi hal-hal berkaitan
topik, bukti dan prestasi. Penghakiman melibatkan hal-hal seperti pertimbangan dan
pencapaian aspek pendidikan manakala produk pula melibatkan pengetahuan, kemahiran dan
nilai. Proses pendidikan pula melibatkan operasi, dapatan dan hasil. Oleh itu, aspek-aspek
utama dalam pentaksiran ialah instrumen, kumpulan yang ditaksir, respons, kumpulan yang
menaksir dan skor.
Sehubungan itu, proses mendapatkan maklumat dan melakukan penghakiman tentang
pendidikan memerlukan para pendidik dan guru melakukan pengukuran. Pengukuran yang
dilakukan memerlukan para pendidik dan guru menggunakan kaedah-kaedah pentaksiran
tertentu. Terdapat lima kaedah yang sesuai digunakan ketika melakukan pentaksiran iaitu
kaedah pemerhatian, kaedah penulisan, kaedah lisan, kaedah portfolio dan kaedah
pertimbangan profesional.
Kesimpulannya, dasar penting bagi pencapaian pengajaran dan pembelajaran yang
berkesan adalah melalui langkah-langkah pengujian, pengukuran dan penilaian yang tepat dan
berkesan dijalankan oleh guru di bilik darjah. Justeru, kecekapan guru dalam membangunkan
instrumen pengujian dan penilaian amat penting malah sama pentingnya dengan penguasaan
guru terhadap kurikulum yang diajar bagi menjamin keberkesanan pengajaran dan
pembelajaran.

INDEKS KESUKARAN ITEM


Indeks kesukaran item (Item difficulty index, p) dapat menunjukkan aras kesukaran
sesuatu item, iaitu sama ada item itu mudah dijawab atau susah dijawab. Bagi ujian berbentuk
objektif (betul/salah, isi tempat kosong, padanan, beraneka pilihan), indeks ini dikira dengan
menggunakan nisbah bilangan calon yang memberikan jawapan betul bagi item tertentu kepada
jumlah calon yang menjawab item tersebut.
Pengiraan indeks kesukaran seperti persamaan berikut:

P=

Bilangan calon yang memberi jawapan betul


Jumlah calon yang menjawab
Dari segi kesesuaian item rujukan norma, guru perlu diingatkan bahawa item yang

terlalu mudah (p > 0.85) yang hampir dijawab oleh semua murid atau item yang terlalu sukar (p
< 0.15) tidak akan dapat dijawab oleh hampir semua murid tidak dapat memberikan maklumat
psikometrik (ukuran psikologi) yang bermakna kerana item-item ujian itu tidak dapat
membezakan keupayaan tinggi atau rendahnya murid.

Jadual aras kesukaran dan

pengkelasan adalah seperti berikut:


Jadual Aras Kesukaran dan Pengkelasan Item
Nilai (p)
0.00 - 0.39
0.40 - 0.70
0.71 - 1.00

Pengkelasan Item
Sukar
Sederhana
Mudah

Item yang sederhana ( p = 0.40 - 0.70) sahaja yang diterima. Item sukar (p = 0.00 - 0.39) dan
item mudah (p = 0.71 - 1.00) pula tidak diterima kerana tidak dapat memberikan maklumat yang
psikometrik (ukuran psikologi) yang bermakna kerana item-item ujian itu tidak dapat
membezakan keupayaan tinggi atau rendahnya murid.
Sebagai contoh, satu item dapat dijawab dengan betul oleh 16 orang murid daripada sejumlah
40 orang murid yang menjawab item tersebut.

Nilai p bagi item ialah

16
=0.4 0
40

Nilai p antara 0.40 hingga 0.70. Justeru, item tersebut mempunyai nilai indeks kesukaran yang
sedehana.
INDEKS DISKRIMINASI ITEM
Indeks diskriminasi item dapat membezakan atau mendiskriminasikan antara murid
yang berkeupayaan rendah dengan yang berkeupayaan tinggi. Indeks ini digunakan untuk
menentukan perbezaan keupayaan murid. Indeks diskriminasi boleh dikira melalui langkahlangkah Mehrens & Lehmann (1991) seperti berikut:
a) Membahagikan murid kepada 3 kumpulan iaitu murid berpencapaian rendah (25% murid
berpencapaian terendah), murid berpencapaian sederhana (50% murid berpencapaian
antara terendah dan tertinggi), dan murid berpencapaian tinggi (25% murid
berpencapaian tertinggi).
b) Mengira bilangan murid yang menjawab dengan betul dalam kalangan murid
berpencapaian rendah (

R L Lower ), bilangan murid yang menjawab dengan betul

dalam kalangan murid yang berpencapaian tinggi (


berpencapaian rendah dan tinggi (

T ( L+U )Total

RU Upper ) dan jumlah murid

).

c) Indeks diskriminasi dikira dengan membahagikan perbezaan (


separuh

T (L+u)

RuR L

dengan

( R U R L )
Indeks diskriminasi (d) =

( 12 T )
(L+U )

d) Sebagai contoh, andainya 20 orang murid menjawab item tertentu,5 orang murid
berpencapaian tinggi dikenalpasti, didapati 4 orang daripada mereka dapat menjawab
item tesebut dengan betul (

RU =4 ).

5 orang murid berpencapaian rendah dikenalpasti, didapati seorang daripada mereka


dapat menjawab item tersebut dengan betul (

R L=1 ).

Jumlah murid berpencapaian rendah dan tinggi sebanyak 10 orang (

T ( L+U )=5+5=10

Indeks Diskriminasi boleh dikira seperti berikut:

( R U R L )
Indeks Diskriminasi =

( 12 T ) (
(L+U )

(51) 4
= =0.80
5
1
10
2

Merujuk pada jadual aras diskriminasi dan pengkelasan item, nilai indeks diskriminasi
item 0.80 berada pada nilai antara 0.40 hingga 1.00. Oleh itu, item tersebut adalah
sangat baik untuk Penlaian Rujukan Norma (PRN) kerana ia dapat membezakan murid
berpencapaian tinggi daripada murid berpencapaian rendah.
Jadual Aras Diskriminasi dan Pengkelasan Item
Nilai (d)
0.00 - 0.39
0.40 - 1.00

Pengkelasan Item
Kurang Baik
Baik (diterima)

UJIAN SAINS
Kertas 1

JANGAN BUKA SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

Arahan kepada calon:


1. Soalan ini mengandungi 12 halaman bercetak termasuk kulit.
2. Soalan ini mengandungi 20 soalan objektif sahaja.
3. Bulatkan jawapan bagi setiap soalan.

Pengiraan Indeks Kesukaran dan Indeks Diskriminasi bagi Setiap Item serta
Rumusannya.

Jawapan
Aras Kemahiran
Indeks Kesukaran
Indeks
Diskriminasi

D
Pengetahuan

20
=1.0
20
(Ru Rl ) 55
=
=0
1
5
( T ( L+U ))
2
Item ini mempunyai indeks kesukaran 1.0 iaitu pada tahap pengkelasan

Kesimpulan

Keputusan

item yang terlalu mudah. Item ini mempunyai indeks diskriminasi 0. Oleh
itu, item ini tidak mempunyai kuasa diskriminasi yang baik untuk
membezakan keupayaan murid pandai dan lemah dengan jelas.
Soalan ini tidak boleh digunapakai dan harus dibuang daripada bank
soalan

Jawapan
Aras Kemahiran
Indeks Kesukaran

Indeks Diskriminasi

C
Pengetahuan

18
=0.9
20
(Ru Rl ) 55
=
=0
1
5
( T ( L+U ))
2
Item ini mempunyai indeks kesukaran 0.9 iaitu pada tahap
pengkelasan item yang terlalu mudah. Item ini mempunyai indeks

Kesimpulan

diskriminasi 0. Oleh itu, item ini mempunyai kuasa diskriminasi


yang kurang baik kerana tidak dapat membezakan keupayaan

Kesimpulan

murid yang pandai dan lemah dengan jelas.


Soalan ini tidak boleh digunapakai dan harus dibuang daripada
bank soalan

Jawapan
Aras Kemahiran
Indeks Kesukaran

A
Kefahaman

9
=0.45
20
R

Indeks Diskriminasi

( uR l) 40
=
=0.8
1
5
( T (L+U ))
2

Item ini mempunyai indeks kesukaran 0.45 iaitu pada tahap


pengkelasan item yang sederhana . Item ini mempunyai indeks

Kesimpulan

diskriminasi 0.8 Oleh itu, item ini mempunyai kuasa diskriminasi


yang baik kerana dapat membezakan keupayaan murid pandai dan

Keputusan

lemah dengan sangat jelas.


Soalan ini sesuai untuk diterima dan boleh disimpan di dalam bank
soalan.

Jawapan
Aras Soalan
Indeks Kesukaran

Indeks Diskriminasi

D
Pengetahuan

19
=0.95
20
(Ru Rl ) 54
=
=0.2
1
5
( T ( L+U ))
2
Item ini mempunyai indeks kesukaran 0.95 iaitu pada tahap pengkelasan

Kesimpulan

Keputusan

item yang mudah. Item ini mempunyai indeks diskriminasi 0.2. Oleh itu,
item ini mempunyai kuasa diskriminasi yang kurang baik kerana tidak dapat
membezakan keupayaan murid pandai dan lemah dengan jelas.
Soalan tidak boleh digunapakai dan harus dibuang daripada bank soalan.

Jawapan
Aras Soalan
Indeks Kesukaran

Indeks Diskriminasi

C
Pengetahuan

15
=0.75
20
R
( uR l) 41
=
=0.6
1
5
( T (L+U ))
2

Item ini mempunyai indeks kesukaran 0.75 iaitu pada tahap


pengkelasan item yang mudah. Item ini mempunyai indeks

Kesimpulan

diskriminasi 0.6. Oleh itu, item ini mempunyai kuasa diskriminasi


yang baik kerana dapat membezakan murid pandai dan murid lemah

Keputusan

dengan jelas.
Soalan ini sesuai untuk diterima dan boleh disimpan di dalam bank
soalan.

Jawapan
Aras Soalan
Indeks Kesukaran

Indeks Diskriminasi

B
Kefahaman

14
=0.7
20
( Ru Rl ) 51
=
=0.8
1
5
( T ( L+U ))
2
Item ini mempunyai indeks kesukaran 0.7 iaitu pada tahap
pengkelasan item yang mudah. Item ini mempunyai indeks

Kesimpulan

diskriminasi 0.8. Oleh itu, item ini mempunyai kuasa diskriminasi


yang sangat baik kerana dapat membezakan murid pandai dan

Keputusan

murid lemah dengan jelas.


Soalan ini sesuai untuk diterima dan boleh disimpan di dalam bank
soalan.

Jawapan
Aras Soalan

B
Pengetahuan

Indeks Kesukaran

14
=0.7
20

Indeks Diskriminasi

( Ru Rl ) 44
=
=0
1
5
( T ( L+U ))
2
Item ini mempunyai indeks kesukaran 0.7 iaitu pada tahap
pengkelasan item yang mudah. Item ini mempunyai indeks

Kesimpulan

diskriminasi 0. Oleh itu, item ini mempunyai kuasa diskriminasi


yang kurang baik kerana tidak dapat membezakan murid pandai

Keputusan

dan murid lemah dengan jelas.


Soalan ini tidak boleh digunapakai dan harus dibuang daripada
bank soalan.

Jawapan
Aras Soalan
Indeks Kesukaran

Indeks Diskriminasi

B
Kefahaman

8
=0.4
20
( Ru Rl ) 21
=
=0.2
1
5
( T ( L+U ))
2
Item ini mempunyai indeks kesukaran 0.4 iaitu pada tahap
pengkelasan item yang sukar. Item ini mempunyai indeks

Kesimpulan

diskriminasi 0.2. Oleh itu, item ini mempunyai kuasa


diskriminasi yang kurang baik kerana tidak dapat

Keputusan

membezakan murid pandai dan murid lemah dengan jelas.


Soalan ini tidak boleh digunapakai dan harus dibuang
daripada bank soalan.

Jawapan
Aras Soalan

B
Pengetahuan

Indeks Kesukaran

19
=0.95
20

Indeks Diskriminasi

R
( uR l) 50
=
=1.0
1
5
( T (L+U ))
2

Item ini mempunyai indeks kesukaran 0.95 iaitu pada tahap


pengkelasan item yang terlalu mudah. Item ini mempunyai

Kesimpulan

indeks diskriminasi 1.0. Oleh itu, item ini mempunyai kuasa


diskriminasi yang sangat baik kerana dapat membezakan

Keputusan

murid pandai dan murid yang lemah dengan jelas.


Item ini boleh disimpan dan digunapakai sekiranya indeks
kesukaran diubahsuai.

Jawapan
Aras Soalan
Indeks Kesukaran

Indeks Diskriminasi

D
Analisis

14
=0.7
20
R

uR
(
52
l)
=
=0.60
1
5
( T (L+U ))
2

Item ini mempunyai indeks kesukaran 0.7 iaitu pada tahap


pengkelasan item yang mudah. Item ini mempunyai indeks

Kesimpulan

diskriminasi 0.60. Oleh itu, item ini mempunyai kuasa


diskriminasi yang baik kerana dapat membezakan murid

Keputusan

pandai dan murid yang lemah dengan jelas.


Soalan ini sesuai untuk diterima dan boleh disimpan di

dalam bank soalan.

Jawapan
Aras Soalan
Indeks Kesukaran

Indeks Diskriminasi

Kesimpulan

B
Kefahaman

10
=0.50
20
R
( uR l) 51
=
=0.80
1
5
( T (L+U ))
2

Item ini mempunyai indeks kesukaran 0.5 iaitu pada tahap


pengkelasan item yang sederhana sukar. Item ini
mempunyai indeks diskriminasi 0.8. Oleh itu, item ini
mempunyai kuasa diskriminasi yang sangat baik kerana
dapat membezakan murid pandai dan yang lemah dengan

Keputusan

jelas.
Soalan ini sesuai untuk diterima dan boleh disimpan di
dalam bank soalan.

Jawapan
Aras Soalan
Indeks Kesukaran

Indeks Diskriminasi

B
Aplikasi

15
=0.75
20
( Ru Rl ) 51
=
=0.80
1
5
( T ( L+U ))
2
Item mempunyai indeks kesukaran 0.75 iaitu pada tahap
pengkelasan item yang mudah. Item ini mempunyai indeks

Kesimpulan

diskriminasi 0.80. Oleh itu, item ini mempunyai kuasa


diskriminasi yang sangat baik kerana dapat membezakan murid
pandai dan murid yang lemah dengan jelas.

Keputusan

Item ini boleh disimpan dan digunapakai sekiranya indeks


kesukaran diubahsuai.

Jawapan
Aras Soalan

A
Kefahaman

Indeks Kesukaran

9
=0.45
20

Indes Diskriminasi

( Ru Rl ) 32
=
=0.2
1
5
( T ( L+U ))
2

Kesimpulan

Item ini mempunyai indeks kesukaran 0.45 iaitu pada tahap


pengkelasan item yang sukar. Item ini mempunyai indeks
diskriminasi 0.2. Oleh itu, item ini mempunyai kuasa
diskriminasi yang kurang baik kerana tidak dapat
membezakan murid pandai dengan murid yang lemah

Keputusan

dengan jelas.
Soalan ini tidak boleh digunapakai dan harus dibuang
daripada bank soalan.

Jawapan
Aras Soalan
Indeks Kesukaran

Indeks Diskriminasi

A
Kefahaman

11
=0.55
20
R
( uR l) 50
=
=1.0
1
5
( T (L+U ))
2

Item ini mempunyai indeks kesukaran 0.55 iaitu pada tahap


pengkelasan item yang sederhana sukar. Item ini mempunyai

Kesimpulan

indeks diskriminasi 1.0. oleh itu, item ini mempunyai kuasa


diskriminasi yang sangat baik kerana dapat membezakan murid

Keputusan

pandai dengan murid yang lemah dengan jelas.


Soalan ini sesuai untuk diterima dan boleh disimpan di dalam
bank soalan.

Jawapan
Aras Soalan

A
Kefahaman

Indeks Kesukaran

7
=0.35
20

Indeks Diskriminasi

(Ru Rl ) 22
=
=0.0
1
5
( T ( L+U ))
2
Item ini mempunyai indeks kesukaran 0.35 iaitu pada tahap
pengkelasan item yang sukar. Item ini mempunyai indeks

Kesimpulan

diskriminasi 0.0. Oleh itu, item ini mempunyai indeks


diskriminasi yang tidak baik kerana tidak dapat membezakan

Keputusan

murid yang pandai dengan murid yang lemah dengan jelas.


Soalan ini tidak boleh digunapakai dan harus dibuang daripada
bank soalan

Jawapan
Aras Soalan
Indeks Kesukaran

Indeks Diskriminasi

Kesimpulan

A
Analisis

6
=0.3
20
R
( uR l) 30
=
=0.6
1
5
( T ( L+U ))
2

Item ini mempunyai indeks kesukaran 0.3 iaitu pada pengkelasan


item sukar. Item ini mempunyai indeks diskriminasi 0.6. Oleh itu,
item ini mempunyai kuasa diskriminasi yang baik kerana dapat

membezakan murid yang pandai dan murid yang lemah dengan

Keputusan

jelas.
Item ini boleh disimpan dan digunapakai sekiranya indeks
kesukaran diubahsuai.

Jawapn
Aras Soalan
Indek Kesukaran

Indeks Diskriminasi

A
Kefahaman

19
=0.95
20
( Ru Rl ) 54
=
=0.2
1
5
( T ( L+U ))
2
Item ini mempunyai indeks kesukaran 0.95 iaitu pada tahap
pengkelasan item yang terlalu mudah. Item ini mempunyai indeks

Kesimpulan

diskriminasi 0.2. oleh itu, item ini mempunyai kuasa diskriminasi


yang kurang baik kerana tidak dapat membezakan murid yang

Keputusan

pandai dengan murid yang lemah.


Soalan ini tidak boleh digunapakai dan harus dibuang daripada

bank soalan.

Jawapan
Aras Soalan

B
Pengetahuan

Indeks Kesukaran

11
=0.55
20

Indeks Diskriminasi

( Ru Rl ) 32
=
=0.2
1
5
( T ( L+U ))
2
Item ini mempunyai indeks kesukaran 0.55 iaitu pada tahap
pengkelasan item sederhana sukar. Item ini mempunyai

Kesimpulan

indeks diskriminasi 0.2. Oleh itu, item ini mempunyai kuasa


diskriminasi yang tidak baik kerana tidak dapat membezakan

Keputusan

murid yang pandai dengan murid yang lemah dengan jelas.


Soalan ini tidak boleh digunapakai dan harus dibuang
daripada bank soalan.

Jawapan
Aras Soalan
Indeks Kesukaran

C
Kefahaman

15
=0.75
20
R

Indeks Diskriminasi

Kesimpulan

( uR l) 53
=
=0.4
1
5
( T (L+U ))
2

Item ini mempunyai indeks kesukaran 0.75 iaitu pada


tahap pengelasan item yang mudah. Item ini mempunyai
indeks diskriminasi 0.4. oleh itu, item ini mempunyai

kuasa diskriminasi yang baik kerana dapat membezakan


murid yang pandai dengan murid yang lemah dengan

Keputusan

jelas.
Soalan ini sesuai untuk diterima dan boleh disimpan di
dalam bank soalan.

Jawapan
Aras Soalan
Indeks Kesukaran

Indeks Diskriminasi

D
Pengetahuan

8
=0.40
20
l
RuR

Item ini mempunyai indeks kesukaran 0.40 iaitu pada tahap


pengkelasan item yang sukar. Item ini mempunyai indeks

Kesimpulan

diskriminasi 0.6. oleh itu, item ini mempunyai kuasa


diskriminasi yang sangat baik kerana dapat membezakan
murid yang pandai dengan murid yang lemah dengan jelas.

Item ini boleh disimpan dan digunapakai sekiranya indeks

Keputusan

kesukaran diubahsuai.

CARA-CARA UNTUK MENINGKATKAN KUALITI UJIAN SAINS YANG DIGUNAKAN


Menurut Hale (1980), "Penggubalan kertas ujian perlu mengikut pelbagai proses,
termasuklah penyediaan JPU, pembinaan item ujian, membuat ujian rintis dan memurnikan
item ujian. Akhir sekali, sebelum ujian tersebut ditadbirkan, item-item ujian hendaklah dinilai
oleh pakar mata pelajaran tertentu. Keseluruhan proses ini boleh membantu untuk
memastikan kualiti item ujian dari segi kebolehpercayaan, kesahan dan seterusnya
pengukuran yang adil".
Menurut Kubisyan dan Borish (2003) pula, JPU (Test Specification Table) adalah
carta dua hala yang mengaitkan objektif pengajaran dengan kandungan pengajaran. Lajur
carta

ini

menyenaraikan

objektif-objektif

pengajaran

sementara

baris

carta

pula

menyenaraikan konsep utama yang diajar dan ingin diukur. Dengan demikian, JPU boleh
menjadi panduan kepada guru tentang sukatan pelajaran yang perlu diajar dan objektif
pengajaran yang perlu dicapai oleh murid. Dari segi pembinaan item ujian pula, JPU akan
menjadi panduan kepada guru supaya item-item yang dibina merangkumi semua
kandungan pengajaran.
Maka,bagi meningkatkan kualiti ujian sains yang digunakan guru perlu menyediakan
Jadual Penentu Ujian(JPU) atau Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) sebelum membina soalansoalan ujian. Ini bertujuan untuk mengelakkan ujian dibina secara sembarangan dan
menjamin soalan yang dihasil dapat mengukur pengetahuan dan kemahiran yang dikuasai
oleh pelajar.JSU menyenaraikan aras-aras kemahiran yang akan diuji dalam sebuah ujian
iaitu sama ada pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian.
Taksonomi Bloom ialah satu panduan yang diguna dalam JSU dimana guru-guru
mengarahkan soalan-soalan kepada murid-murid mengikut penyoalan aras rendah kepada
penyoalan aras tinggi.

Pembinaannya juga sangat bergantung pada isi pelajaran.

Sesetengah tajuk mempunyai lebih banyak isi daripada tajuk lain. Oleh itu, lebih banyak
butiran perlu disediakan untuk tajuk tersebut. Rasionalnya ialah perwakilan isi penting untuk
meningkatkan kesahan penilaian. Dalam JSU, taburan bilangan soalan bagi sesuatu tajuk
diberi berdasarkan pentingnya tajuk atau objektif pelajaran tersebut. Ini dapat menjamin
kesahan dan kebolehpercayaan ujian, membolehkan ujian yang sama dibina oleh orang

lain,dapat menstabilkan taraf dan aras kesukaran ujian dari setahun ke setahun dan
perbandingan dapat dibuat di antara satu ujian dengan ujian yang lain

Selepas guru menguasai langkah pembinaan JPU, untuk memperbaiki lagi kualiti
ujian sains tersebut, guru harus meneroka proses penggubalan kertas soalan dengan
memahami kaedah am pembinaan item sesuatu kertas ujian.Guru yang menggubal item
ujian haruslah mengikut aras kemahiran taksonomi yang melingkungi enam aras kemahiran
iaitu aras pengetahuan, pemahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian. Kertas ujian
yang digubal mengikut Taksonomi

Bloom lebih menitikberatkan aspek kognitif dan

pengetahuan yang mana menjadi fokus utama dalam proses pengajaran dan pembelajaran
di sekolah. Aras soalan ini bercorak hieraki yang bermula dari tahap mudah ke tahap yang
kompleks. Aras-aras ini dapat menguji berfikir murid dari rendah ke tinggi.Penggubalan
sesuatu kertas ujian perlu mengikut spesifikasi ujian yang ditetapkan. Ujian yang hendak
ditadbirkan sebaiknya mewakili keseluruhan sukatan pelajaran yang mungkin merangkumi
komponen pengetahuan, kemahiran dan sikap yang telah ditetapkan. Pertimbangan ini
dibuat bagi memastikan murid-murid diuji dengan menggunakan soalan yang relevan
dengan sukatan pelajaran dan objektif pengajaran.
Seterusnya bagi meningkatkan kualiti ujian sains tersebut, guru perlu membina item
ujian yang mengandungi kehendak soalan yang jelas, maklumat

yang cukup, soalan

seimbang dan mencukupi untuk mengukur kandungan dan objektif pelajaran.

Jawapan

yang diberi pula harus mengikut kehendak soalan dan dapat dijawab dalam masa yang
ditetapkan. Selain itu guru juga perlu menentukan bilangan soalan yang hendak
digubal.Jumlah soalan yang dibina harus mencukupi untuk mewakili kandungan pengajaran,
domain objektif pengajaran dan peringkat objektif pengajaran yang hendak diukur. Jumlah
soalan adalah penting kerana ia mempengaruhi kebolehpercayaan dan kesahan sesuatu
ujian.
Bagi meningkatkan lagi kualiti ujian sains tersebut, aras soalan yang dibina
hendaklah tidak terlalu mudah atau terlalu sukar. Ciri-ciri soalan yang baik haruslah berada
pada aras sederhana dan mempunyai indeks diskriminasi yang baik. Soalan aras sederhana
haruslah dibina lebih banyak berbanding soalan aras mudah dan sukar.Soalan juga harus
mempunyai distraktor atau pengganggu yang baik dan berfungsi. Distraktor haruslah

berfungsi dan boleh dipertimbangkan sebagai jawapan. Soalan yang berbentuk negatif
hendaklah dielakkan kerana ia boleh mengelirukan pelajar.

Perkara lain yang perlu diberi perhatian bagi meningkatkan kualiti ujian ini dari segi
kebolehpercayaan dan kesahan ialah berkaitan dengan masa untuk pelajar menjawab
soalan ujian tersebut. Jika masa yang diperuntukan tidak mencukupi, ini akan
mengurangkan kesahan dan kebolehpercayaan ujian tersebut. Oleh itu, masa yang
diperuntukkan hendaklah sesuai dan mencukupi. Selain itu, tempat ujian juga memainkan
peranan penting dalam menentukan kesahan dan kebolehpercayaan ujian. Tempat ujian
hendaklah sesuai dari segi saiz, suhu, kecerahan, kepadatan, keselesaan dan sebagainya.
Semasa menjawab soalan motivasi dan emosi pelajar yang menjawab soalan perlu dijaga
agar pelajar berkeyakinan untuk menjawab soalan sekaligus dapat meningkatkan kesahan
dan kebolehpercayaan ujian tersebut.
Sebagai rumusan, dalam meningkatkan kualiti ujian sains yang telah dijalankan
terdapat beberapa perkara yang perlu diberi perhatian agar ujian dijalankan mempunyai
kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi. Antara perkara tersebut ialah, sebelum
menjalankan ujian, guru harus membina Jadual Spesifikasi Ujian (JSU), soalan yang dibina
haruslah mengikut aras yang sesuai dengan tahap dan kebolehan pelajar, taburan soalan
mengikut pemberatan pembelajaran dan relevan dengan sukatan pelajaran dan objektif
pelajaran. Selain itu, bukan hanya pembinaan JSU dan soalan yang dibina perlu diberi
perhatian, masa yang diperuntukan untuk menjawab soalan, kesesuaian tempat ujian,
motivasi dan emosi pelajar juga harus diambilkira dalam meningkatkan kualiti ujian sains
yang dijalankan.

REFLEKSI

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi kerana saya berjaya menyiapkan tugasan


ini dengan jayanya. Terima kasih diucapkan kepada Dr Azman b Jusoh selaku pensyarah
pembimbing yang banyak membantu dalam menyiapkan tugasan ini. Tugasan SCE 3111 ini
mengkehendaki saya mencari maklumat tentang penilaian, pengukuran, pentaksiran dan
pengujian, indeks kesukaraan item dan indeks diskriminasi item. Seterusnya saya perlu
memilih satu set ujian sains dan mentadbirkan

ujian tersebut kepada murid sasaran.

Seterusnya saya perlu mengira indeks kesukaran item dan indeks diskriminasi item.
Berdasarkan indeks tersebut saya perlu menilai sama ada soalan tersebut sesuai atau tidak
untuk disimpan sebagai bank soalan.
Sememangnya tugasan ini banyak membantu saya memperbaiki kualiti pengajaran
dan pembelajaran sains di sekolah. Walaupun sebelum ini sebagai seorang guru saya telah
terdedah dengan pembinaan item soalan ujian, namun banyak perkara yang tidak diketahui
secara spesifik dalam pembinaan item soalan ujian yang berkualiti.
Sebagai seorang guru, dalam pengajaran dan pembelajaran sains saya harus
mentadbirkan ujian kepada pelajar untuk mengetahui tahap pencapaian pelajar. Untuk
mentadbir ujian yang berkualiti, saya perlu mengetahui kriteria yang terdapat dalam
pentadbiran sesuatu ujian atau peperiksaan. Melalui tugasan ini saya telah mempelajari
bagaimana untuk menganalisis soalan berdasarkan analisis item ujian sains yang telah
dijalankan. Saya telah belajar dan mengetahui cara untuk mengira indeks kesukaran dan
indeks diskriminasi item dan boleh memilih soalan mana yang baik untuk disimpan dalam
bank soalan.
Selain itu, terdapat beberapa perkara penting yang perlu diambil kira dalam
melaksanakan sesuatu ujian atau peperiksaan. Untuk memastikan keberkesanan item yang
ingin diuji kepada pelajar, Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) hendaklah dibina terlebih dahulu
agar soalan ujian yang dibina tidak dibuat secara sembarangan.Soalan yang dibina perlulah
menepati sukatan pelajaran dan objektif pelajaran. Soalan yang dibina juga perlu mengikut

aras kemahiran Taksonomi Bloom. Taburan soalan aras sederhana perlu lebih banyak
berbanding soalan aras mudah dan aras sukar. Pengetahuan ini dapat membantu saya
untuk membina JSU sebelum membina soalan agar ia tidak lari dari matlamat dan objektif
pelajaran. Saya juga perlu merujuk Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran agar
soalan yang dibina relevan dengan kehendak sukatan pelajaran.
Perkara lain yang perlu diberi perhatian ketika mentadbir ujian ini ialah dari segi
kebolehpercayaan dan kesahan iaitu berkaitan dengan masa untuk pelajar menjawab
soalan ujian tersebut. Jika masa yang diperuntukan tidak mencukupi, ini akan
mengurangkan kesahan dan kebolehpercayaan ujian tersebut. Oleh itu, masa yang
diperuntukkan hendaklah sesuai dan mencukupi. Selain itu, tempat ujian juga memainkan
peranan penting dalam menentukan kesahan dan kebolehpercayaan ujian. Tempat ujian
hendaklah sesuai dari segi saiz, suhu, kecerahan, kepadatan, keselesaan dan sebagainya.
Semasa menjawab soalan motivasi dan emosi pelajar yang menjawab soalan perlu dijaga
agar pelajar berkeyakinan untuk menjawab soalan sekaligus dapat meningkatkan kesahan
dan kebolehpercayaan ujian tersebut.
Sebagai rumusan, banyak pengetahuan dan pengalaman yang diperolehi semasa
menyiapkan tugasan ini yang dapat membantu saya memperbaiki kualiti pengajaran dan
pembelajaran sains di sekolah. Sains merupakan salah satu matapelajaran yang
memerlukan guru sains mahir terutama dalam menjalankan ujian PEKA dan ujian-ujian lain
yang berkaitan untuk menilai tahap kebolehan murid. Namun, dengan ilmu yang diperoleh
melalui tugasan projek ini, bukan bermakna saya sudah mahir dan tidak perlu untuk terus
belajar. Saya akan terus belajar dan belajar agar saya dapat menjadi seorang guru Sains
yang cemerlang dan berkualiti tinggi pada masa akan datang.

BIBILIOGRAFI

BUKU
1. Ana Suhana binti Zainuddin, Hamidah binti Ahmad, Muhammad Faiz binMohamad Ali,
Sharifah Madiha binti Syed Abdul Aziz. ( 2006 ).Science Textbook Year 5 . Dewan
Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur
2. Azizah binti Ngah Tasir, Mohd Yatim b Dolir, Sopia bt Md.Yassin, Suwaibatullaslamiah bt
Jalaludin ( 2006 ).Science Practical Book Year 5 .Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala
Lumpur.
3. Azizah binti Ngah Tasir, Mohd Yatim bin Dolir, Sopia bt Md.Yassin,Suwaibatullaslamiah
binti Jalaludin. ( 2006 ).Science Teachers Guidebook Year 5 . Dewan Bahasa dan
Pustaka. Kuala Lumpur.

LAMAN WEB

1) Athirah Mazlan. Kepentingan Pentaksiran. Diakses daripada


http://www.academia.edu/4303645/kepentinganpentaksiran_121103104836_phpapp01
2) Tinta Al-Fayyadh. Konsep Pengujian. Diakses daripada
http://syadidhabib.blogspot.com/2010/06/konsep-pengujian_05.html
3) Awangkuazmi. Pengujian, Pentaksiran dan Penilaian. Diakses daripada
http://awangkuazmi.blogspot.com/2010/05/pengujian-pentaksiran-dan-penilaian.html
4) Contoh-Contoh Soalan Mengikut Taksonomi Bloom. Diakses daripada
http://www.scribd.com/doc/61516261/Taksonomi-Bloom#download

Anda mungkin juga menyukai