Anda di halaman 1dari 15

PENGERTIAN TAMADUN

TAMADUN MENURUT PANDANGAN SARJANA BARAT...


Arnold Toynbee
Tamadun ialah sejenis kebudayaan yang berkembang di
kota yang membentuk institusi politik,
kesusasteraan, agama dan moral
A.S. Hornby dan E.C. Parnwell
The Progressive English Dictionary meningkatnya
pencapaian hidup manusia daripada kemunduran
kepada kemajuan dalam bidang sains, teknologi,
politik, moral dan sebagainya.
J. R. Strayer
Menerangkan dalam bukunya The Mainstream of
civilization menjelaskan perkataan tamadun amat
ramat hubungan dengan perbandaran. Beliau
mengatakan tamadun Itu lahir di bandar.

TAMADUN MENURUT PANDANGAN SARJANA


BARAT...

J.K. Fiebleman
kepandaian mengeksploitasi material oleh
masyarakat.

E.B. Taylor:
Tamadun ialah suatu rangkaian rumit yang
merangkumi aspek-aspek
keilmuan kepercayaan, kesenian, nilai-nilai moral,
perundangan, tradisi, bakat dan kebolehan yang
dihasilkan oleh masyarakat.
Oswarld Spengler
Tamadun Barat lebih mementingkan kebendaan,
kerana kebendaan itu
membawa kepada kemajuan.
Will Durat :
peraturan masyarakat yang dapat membantu

TAMADUN MENURUT PANDANGAN SARJANA ISLAM...


Ibnu Khaldun
menerangkan tamadun ialah sekumpulan manusia yang mendiami
sebidang tanah yang mempunyai perbekalan ekonomi yang
mencukupi, keselamatan nyawa dan harta yang terjamin yang
membolehkan mereka
mencapai kemajuan dalam berbagai bidang.
Muhammad Idris Abdul Rauf al-Marbawi
kehalusan budi pekerti orang yang hidupdi kota yang memiliki
peraturan yang baik sehingga berjaya menghasilkan keamanan,
keselamatan, kemakmuran dan penghasilan teknologi yang
sempurna.
Muhammad Rasyid Redha
semua tamadun i dunia ini ditegakkan berasaskan kepercayaan
agama. Peningkatan atau kemusnahan sesuatu tamadun itu
bergantung kepada keteguhan pegangan agama atau
sebaliknya.

TAMADUN MENURUT PANDANGAN SARJANA ISLAM...


Sayyid Qutb :
segala bentuk kemajuan yang dihasilkan oleh sekumpulan
masyarakat
Said Hawa
Tamadun terbahagi dua kategori iaitu tamadun Islam dan
tamadun Jahiliah.
Tamadun Islam ialah segala aspek kemajuan yang tegak di atas
kebudayaan Islam serta hasilnya relevan dengan kebudayaan
itu. Tamadun Jahiliah pula ialah segala kemajuan yang
dijelmakan dalam bentuk kebendaan dengan tidak mengambil
kira aspek kerohanian dan moral.
Umar Audah al-Khatib
Himpunan ilmu pengetahuan, syariat, peraturan tradisi dan moral
yang menunjukkan keadaan pemikiran, ekonomi, akhlak,
politik, kesenian dan seluruh kehidupan.
Muhammad al-Bahiy
keseluruhan penghasilan atau produktiviti yang menggambarkan
nilai keperibadian manusia sama ada berbentuk falsafah,
pengetahuan, kesenian, politik, kesusasteraan dan lain-lain.

PENGERTIAN TAMADUN...
Suatu perubahan atau pembangunan atau
kemajuan yang berlaku dalam setiap bidang
kehidupan masyarakat samada berbentuk
fizikal, peraturan, pentadbiran atau
sebagainya dan juga pembangunan spiritual
dari segi akhlak dan kemanusiaan,
berterusan dan tidak terikat dengan sesuatu
melainkan syarak. Tamadun Islam
mementingkan pencapaian kedua-dua
aspek kehidupan namun pembangunan
spritual adalah diutamakan.

CIRI-CIRI TAMADUN
ISLAM....

MATLAMAT TAMADUN ISLAM...

PRINSIP-PRINSIP TAMADUN
ISLAM...

Prinsip 1 :
Memelihara Keselamatan Nyawa
Tamadun Islam meletakkan keselamatan nyawa
di tempat paling utama. Membunuh adalah
dilarang sama sekali. Dalam al-Quran
menjelaskan :
Dan janganlah kamu membunuh bangsamu
sendiri . Sesungguhnya Tuhan itu penyayang
kepadamu
(al-Nisa, 29)
Bahawa siapa yang membunuh seorang
manusia bukan kerana hukuman pembunuhan
atau kerana membuat bencana dalam negeri,
maka bererti orang itu telah membunuh
manusia seluruhnya. (al-Maidah:32)

Prinsip 2 :
Memelihara Akal
Keselamatan akal juga diutamakan kerana dengan
akal manusia boleh menguruskan alam ini. Oleh
itu arak diharamkan kerana boleh merosakkan
akal manusia. Perkara ini dijelaskan oleh al
Quran seperti terjemahan berikut:
Wahai orang yang beriman sesungguhnya
meminum arak, berjudi, berkorban untuk
berhala, mengundi nasib dengan panah adalah
perbuatan keji termasuk perbuatan syaitan.
Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar
kamu memperoleh keuntungan.
(Al-Maidah: 90)

Prinsip 3 :
Memelihara Maruah
Keselamatan keturunan dan maruah dapat dipelihara dengan
menjauhi zina, homosek dan lesbian. Zina merosakkan
keturunan kerana anak yang lahir ketiadaan bapa. Lesbian
dan homoseks merupakan perbuatan terkutuk. Umat nabi
Lut yang mengamalkan perbuatan homosek telah dilaknat
oleh Allah dengan cara menelingkupkan bumi tempat tinggal
mereka. Akibat daripada sek bebas melahirkan jenayahjenayah yang lain seperti pengguguran bayi dan
pembunuhan bayi. Dalam al-Quran Allah menerangkan:
Dan janganlah kamu menghampiri zina kerana ia merupakan
perkara keji
dan seburuk-buruk cara (Israk: 32)
Hukuman yang berat dikenakan kepada pesalah-pesalah zina.
Pukulan dengan rotan sebanyak seratus kali dikenakan
kepada teruna dan dara dan rejam sampai mati dikenakan
kepada pesalah yang telah berkahwin.

Prinsip 4 :
Memelihara Harta Benda
Harta perlu dijaga supaya tiidak hilang. Oleh itu
orang yang memiliki harta disuruh supaya
menjaganya dengan baik. Sesiapa yang mencuri
akan dikenakan hukuman yang berat iaitu
potong tangan. Firman Allah yang bermaksud:
lelaki dan perempuan yang mencuri, potonglah
tangan keduanya sebagai pembalasan bagi apa
yang telah dikerjakan dan sebagai seksaan
daripada
Allah. (al-Maidah:38)
Berjudi dilarang sama sekali dan dimurkai oleh
Allah, menghapuskan harta dan merupakan
ajakan syaitan untuk memusnahkan harta yang
dikumpul oleh manusia.

Prinsip 5 :
Menjaga Hak Kebebasan
Tamadun Islam mementingkan kebebasan tetapi
beragama dan yakin dengan agama yang
diturunkan oleh Allah, tidak sesat, Akal manusia
sahaja tidak dapat mengetahui perkara-perkara
ghaib seperti syurga dan neraka. Oleh itu akal
manusia memerlukan pertunjuk daripada al-Quran
bagi menerangkan perkaraperkara yang tidak dapat
difikirkan oleh akal. Umat Islam tidak boleh
memaksa orang-orang bukan Islam memeluk agama
Islam. Cara yang baik ditunjukkan oleh al-Quran
ialah melakukan dakwah dengan bijaksana. Walau
bagaimanapun sekiranya orang-orang bukan Islam
mengkhianati orang Islam, perang jihad adalah
dibenarkan.

Anda mungkin juga menyukai