Anda di halaman 1dari 11

NORHAYATI BINTI AHMAD OSMAN

690810-13-5566

ELM 3101

1.0 Pengenalan
Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, moral ialah ajaran atau pegangan bukan
buruk

baik sesuatu perbuatan sama ada dari segi kelakuan,akhlak, kewajipan

atau lain-lain tetapi yang berkaitan dengan apa yang betulatau adil. Moral membawa
erti akhlak, budi pekerti, kelakuan, tabiat , watak danperangai.Kesedaran tentang moral
merupakan

satu

kemestian

bagi

setiap

orang

untuk

menjamin

keamanan

sesebuah negara dan dunia. .Usaha-usaha yang dijalankan ini adalah bertujuan
untuk menghasilkan Insan Bermoral .Tingkah laku adalah merangkumi lakuan, aktiviti,
tindak balas dan reaksi seseorang individu. Menurut istilah saintifik, tingkah laku
sesuatu organisma boleh diperhatikan dan diukur. Manakala menurut istilah pendidikan
pula dikenali sebagai tindak balas secara terang-terangan. Sesetengah tingkah laku
akan dijadikan sasaran untuk diubah. Ia menjadi matlamat dan objektif utama dalam
program pendidikan dan direka sebagai tingkah laku sasaran.
Teori tingkah laku mengandaikan bahawa tingkah laku adalah ciri-ciri asas pada
organisma yang hidup. Prosedur-prosedur tingkah laku analitik menegaskan bahawa
spesifikasi tepat dan pengukuran terhadap tingkahl aku pemerhatian sebagai panduan
asas. Andaian seterusnya adalah tingkahl aku boleh diubahsuai melalui pembelajaran
dan perubahan tingkah laku tersebut adalah fungsi kepada perubahan dalam
persekitaran.
2.0 Teori Perkembangan Moral Jean Piaget
Perkembangan moral melibatkan perubahan pemikiran, perasaan dan tingkahlaku
terhadap nilai kebenaran atau kesilapan. Ia mempunyai dimensi interpersonal yang
melibatkan regulasi dalaman seseorang individu dan dimensi interpersonal yang
melibatkan interaksi sosial dengan orang di persekitaran. Pemikiran, tingkahlaku,
perasaa dan personaliti seseorang saling berkait dalam penilaian moral seseorang
individu Piaget berminat mengkaji pemikiran kanak-kanak menaakul dan memberi hujah
terhadap persoalan melibatkan moral.Beliau merumuskan kanak-kanak melalui dua
peringkat

utama

pemikiran

moral:Umur

Heteronomus ).

PPGBM2611

hingga

7tahun

(Peringkat

moral

NORHAYATI BINTI AHMAD OSMAN


690810-13-5566

ELM 3101

Peringkat pertama perkembangan moral, Kanak-kanak melihat peraturan


sebagai sesuatu yang telah ditetapkan dan tidak boleh diubah. Mereka menilai sesuatu
tindakan melalui akibat. Contoh: Mereka mengemaskan barang mainan sebab takut
dimarahi, Mereka sukar mengubah sesuatu peraturan dan mementingkan akibat yang
akan diterima daripada sesuatu perbuatan.
Peringkat kedua Umur 7 hingga 10 tahun iaitu peringkat transisi. Pada peringkat
ini kanak-kanak mempunyai ciri-ciri peringkat pertama tetapi sudah mula beralih kepada
ciri-ciri peringkat seterusnya. Umur 10 tahun ke atas (Peringkat Moral Autonomus) di
mana kanak-kanak mula sedar bahawa peraturan dan undang-undang dicipta
oieh manusia dan bukan sesuatu yang mutlak. Mula menilai sesuatu tindakan
berdasarkan niat dan akibat. Boleh mempertimbangkan sesuatu perlakuan moral
berdasarkan aspek-aspek lain seperti niat, perasaan, keadilan dan tingkahlaku.
Menurut Piaget, perkembangan intelektual kanak-kanak tidak bergantung kepada
pengajaran secara langsung orang dewasa. Sebaliknya, perkembangan kanak-kanak
bergantung kepada interaksi antara dua faktor utama iaitu faktor keturunan (baka) dan
faktor persekitaran. Kanak-kanak lahir dengan kebolehan mental semula jadi untuk
belajar.Piaget percaya bahawa kanak-kanak belajar melalui aksi. Interaksi mereka
dengan persekitaran semasa membesar membantu mereka mencipta dengan sendiri
tanpa pertolongan orang dewasa, pengetahuan atau skema. Pengetahuan baru
sentiasa menggantikan skema yang lama dalam proses yang dikenali sebagai asimilasi,
akomodasi dan ekuiliberasi. Skema adalah potensi am yang ada dalam pemikiran
manusia untuk melakukan sesuatu. Skema adalah dalam bentuk pengetahuan dunia
berfungsi untuk memandu tingkah laku individu. Manakala adaptasi merupakan proses
mental yang wujud akibat keseimbangan antara akomodasi dan asimilasi untuk
disesuaikan dengan persekitaran. Dua aspek penyesuaian yang dialami oleh seseorang
individu, iaitu asimilasi dan akomodasi. Asimilasi dan akomodasi digunakan oleh kanakkanak ketika dia belajar untuk menyesuaikan diri dengan persekitarannya. Setiap
individu hendaklah menyesuaikan diri dengan alam sekitarnya apabila umurnya
meningkat.

Ini

melibatkan

asimilasi

dan

akomodasi.

Seseorang

individu

itu

menunjukkan asimilasi ketika dia menggunakan gerak balas yang telah dipelajari
PPGBM2611

NORHAYATI BINTI AHMAD OSMAN


690810-13-5566

ELM 3101

kepada rangsangan yang baru. Piaget juga menekankan bahawa perkembangan


intelektual menguasai semua aspek perkembangan yang lain seperti emosi, sosial dan
moral.
3.0 Perbandingan Perlakuan Murid
3.1 Biodata Murid

MURID A

MURID B

BUTIRAN
PERIBADI MURID

Umur
Jantina
Anak ke
Pekerjaan Penjaga
Status Penjaga
Jawatan di sekolah
Alamat rumah
Ciri-ciri pribadi
yang dikenalpasti

11 Tahun
Lelaki
Pertama
Pemandu
Datuk

Tiada
Kampung Laruh
1. Kurang daya tumpuan
2. Sering mengganggu kawan
3. Tidak mematuhi peraturan
4. Bersikap kasar

11 Tahun
Lelaki
Ke 5
Ketua Wilayah Bank Rakyat
Bapa
Pengawas
Taman Long Seng

1. Patuh peraturan
2. Rajin
3. Proaktif
4.Tekun
5. Berhemah

Saya telah menjalankan proses pengumpulan data untuk kajian tentang tingkah
laku murid selama tiga minggu pada bulan September. Saya telah memilih dua orang
murid pada tahap umur yang sama iaitu berumur 11 tahun tetapi mempunyai karektor
dan latar belakang yang berbeza. Murid A adalah responden yang mempunyai
perlakuan yang kurang baik. Jika dilihat daripada biodata kedua-dua orang murid ini
membuktikan latar belakang keluarga menjadi fokus kepada pelahiran tingkahlaku yang
kurang baik.
PPGBM2611

NORHAYATI BINTI AHMAD OSMAN


690810-13-5566

ELM 3101

Pemilihan kedua-dua murid ini adalah bertepatan dengan kajian perkembangan


moral menurut teori Jean Piaget . Justeru, bebarapa kaedah telah saya gunakan untuk
melaksanakan pengumpulan data kedua-dua orang murid yang telah saya pilih. Antara
kaedah yang yang telah saya jalankan ialah mendapatkan maklumat murid tersebut
daripada guru kelas .Melalui guru kelas saya mengumpulkan data

pribadi murid

,maklumat tingkah laku dan kemajuan dalam setiap ujian yang dijalankan.
Saya juga telah mengadakan perjumpaan dengan guru bimbingan sekolah untuk
mengumpul maklumat murid yang mempunyai tingkah laku yang kurang baik. Saya
juga turut serta dalam sesi bimbingan yang dijalankan oleh guru bimbingan dengan
murid yang saya telah pilih sebagai responden.Selain itu , saya juga telah menemubual
kedua-dua orang murid ini. Sebagai memantapkan keesahan maklumat yang saya
kumpul, saya bertemu dengan penjaga kepada murid yang telah dikenalpasti
mempunyai tingkah laku yang kurang baik.
Sepanjang kaedah pemerhatian yang saya jalankan, dari segi perkembangan fizikal
kedua-dua orang murid ini adalah normal seperti murid-murid lain. Namun,terdapat
sedikit perbezaan dari segi perkembangan fizikal di antara kedua-dua orang murid
tersebut di mana Murid B mempunyai tumbesaran yang lebih baik berbanding Murid A.
Menurut

teori Jean Piaget iaitu perubahan-perubahan biologi adalah telah

diprogramkan oleh gen dalam setiap individu.Berdasarkan teori tersebut,saya


mendapati

ada

kebenarannya

bahawa

kekurangan

makanan

mempengaruhi

tumbesaran seseorang kanak-kanak.


Hasil dapatan daripada pengumpulan maklumat dan analisa data yang telah saya
kumpulan terhadap kedua-dua orang murid tersebut , saya berpendapat bahawa teori
Jean Piaget mempunyai kebenarannya dalam kajian tentang perkembangan moral
seseorang kanak-kanak.Menurut teori Jean Piaget, umur kanak-kanak dalam
lingkungan Umur 10 tahun ke atas (Peringkat Moral Autonomus) di mana kanak-kanak
mula sedar bahawa peraturan dan undang-undang dicipta oieh manusia dan bukan
sesuatu yang mutlak. Berdasarkan pemerhatian saya, tingkah laku Murid A
bertentangan dengan teori tersebut kerana murid ini telah dikenalpasti seorang murid
mempunyai perlakuan negatif iaitu sukar menumpukan perhatian dan kesukaran
mematuhi peraturan ketika di bilik darjah.Murid ini juga sukar untuk duduk setempat dan
sering tidak menyiapkan latihan yang diberi oleh guru.Hal ini berbeza dengan perlakuan
PPGBM2611

NORHAYATI BINTI AHMAD OSMAN


690810-13-5566

Murid B, di mana murid ini telah sedar untuk mematuhi

ELM 3101

peraturan yang perlu

dipatuhi.Oleh yang demikian Murid B didapati lebih cemerlang dari segi pencapaian
akademiknya berbanding Murid A.
Kesinambungan perlakuan yang kurang baik pada diri Murid A , menyebabkan
murid ini kurang diterima oleh rakan-rakan sekelas. Sikap dan tutur kata murid ini juga
agak kasar sering menimbulkan pergaduhan dengan rakan rakan sekelas. Jelas
menunjukkan murid ini tersasar dari teori Jean Piaget yang mengasaskan bahawa
pada peringkat ini seseorang kanak-kanak mula menilai sesuatu tindakan berdasarkan
niat dan akibat. Boleh mempertimbangkan sesuatu perlakuan moral berdasarkan
aspek-aspek lain seperti niat, perasaan, keadilan dan tingkahlaku.Pernyataan teori ini
bertepatan dengan perlakuan Murid B.Perkembangan sosial Murid B begitu baik dan
sempurna mengikut perkembangan kognitifnya. Hal ini terbukti apabila Murid B diterima
baik oleh rakan-rakan lebih-lebih lagi murid ini gemar membantu guru dan rakan rakan
yang memerlukan bantuan. Di samping itu , Murid B ini terbukti boleh membuat
keputusan dan tindakan yang tepat semasa menangani murid-murid yang melakukan
kesalahan kerana Murid ini merupakan seorang pengawas sekolah.
Menurut Piaget , perkembangan kanak-kanak bergantung kepada interaksi antara
dua faktor utama iaitu faktor keturunan (baka) dan faktor persekitaran. Piaget percaya
bahawa kanak-kanak belajar melalui aksi. Interaksi mereka dengan persekitaran
semasa membesar membantu mereka mencipta dengan sendiri tanpa pertolongan
orang dewasa, pengetahuan atau skema. Pernyataan Piaget sememangnya bertepatan
dengan perkembangan Murid B di mana Murid B yang berlatarbelakangkan keluarga
yang kukuh dari segi ekonomi,institusi kekeluargaan dan taraf pendidikan yang
sempurna

membolehkan

murid

ini

mempunyai

skema

tingkah

laku

yang

stabil.Sebaliknya , teori Piaget tidak berlaku kepada Murid A yang berlatarbelakangkan


institusi kekeluargaan yang tidak stabil. Maklumat yang diperoleh daripada temubual
dengan murid ini,membuktikan Murid A ini mengalami gangguan emosi akibat sikap
bapa yang kurang bertanggungjab. Rentetan emosi yang tidak stabil menyebabkab
mired ini sering melakukan pelakuan yang kurang baik.

PPGBM2611

NORHAYATI BINTI AHMAD OSMAN


690810-13-5566

ELM 3101

4.0 Faktor-faktor yang membawa kepada salah laku murid.


Faktor murid adalah faktor yang paling utama dan dominan penyebab tingkah
laku bermasalah. Jika dilihat lebih luas lagi, perkara ini merangkumi beberapa
aspek yang berkait rapat dengan diri murid itu sendiri iaitu latar belakang murid dan
pengaruh keluarga khususnya peranan ibu bapa dalam membentuk diri murid serta
sosio-ekonomi keluarga.
Selain itu, masalah tingkah laku murid juga mungkin berpunca daripada
sosioekonomi keluarga sekaligus boleh dikaitkan dengan masalah penyesuaian diri. Hal
ini, biasanya berlaku di kalangan murid daripada keluarga kelas sosio-ekonomi
rendah.Mereka akan membawa nilai-nilai yang menjadi kebiasaan dan diamalkan di
rumah semasa di sekolah seperti dalam soal pengurusan masa, pergaulan dan
sebagainya.Kehidupan mereka di rumah sememangnya menjadi pengaruh besar
kepada tingkahlaku mereka di sekolah.
Mereka kurang memberikan perhatian terhadap anak-anak dari segi perasaan
dan bimbingan akademik.Oleh sebab itu, murid ke sekolah hanya untuk memenuhi
kehendak autoriti. Akibat tiada dorongan, murid tidak bersemangat untuk belajar apatah
lagi untuk mencapai kejayaan atau berlumba-lumba dalam pendidikan. Perasaan tidak
puas hati, marah, geram, sedih danlain-lain mulai bercampur baur lantaran tidak siapa
yang ambil peduli. Oleh itu, pelajar bertindak meluahkan perasaan melalui tindakan
yang dilarang.
Masalah tingkah laku di dalam bilik darjah turut mempunyai hubungkait dengan
guru

dari segi sikap dan keprihatianan guru, gaya kepimpinan dan kaedah

sertabahan pengajaran guru. Ini disebabkan guru merupakan individu yang bertanggug
awab dalam mengendalikan sesebuah pengajaran dan pembelajaran serta memastikan
kelicinannya sekaligus mempunyai autoriti dalam mengawal tingkah laku murid di dalam
kelas anti kepada sekolah dan masyarakat.
Memberi gelaran yang buruk dan menghina adalah satu proses Demoralizing
yang boleh memusnahkan maruah murid. Motivasi diri menjadi

hancur disebabkan

proses demoralizing yang dialami secara berterusan oleh individu. Murid perlu diberi
PPGBM2611

NORHAYATI BINTI AHMAD OSMAN


690810-13-5566

ELM 3101

peluang untuk melibatkan diri secara aktif dalam kegiatan pembelajaran seperti
mengeluarkan

pendapat

dan

saranan

agar

tidak

menjejaskan keupayaan dan

kemampuan mereka untuk menerima pelajaran. Jangkaan guru yang rendah terhadap
murid juga boleh menjadikan mereka lebih suka mengikut daripada berfikir. Hal ini
kerana jangkaan guru yang rendah memberi kesan buruk terhadap pencapaian murid.
Murid akan berasa guru kurang menunjukkan perhatian dan minat untuk membantu
meningkatkan kebolehan mereka.
Perkembangan moral murid-murid menjadi tanggungjawab semua pihak
khususnya pihak ibu bapa dan guru-guru. Jika perkembangan moral ini tidak dibimbing
oleh pihak ibu bapa dan guru-guru keberangkalian murid-murid tersebut tidak akan
mencapai tahap perkembangan moral seperti yang diasaskan oleh Jean Piaget. Bagi
Murid A, jika masalah perlakuannya tidak ditangani kebarangkalian murid tersebut
melakukan salah laku yang lebih berat berbanding kesalahan yang dilakukan sebelum
ini .Kebarangkalian murid ini menjadi murid yang bertingkah laku baik akan berlaku
sekiranya ibu bapa dan guru-guru dapat menyedari masalah murid ini dan membantu
murid ini keluar dari belenggu kekeliruan yang dialaminya.
Bagi

Murid

perkembangan moralnya

pula,kestabilan

perkembangan

sosial

,intelektual

dan

kekal akan stabil dan sempurna jika sentiasa mendapat

perhatian dan penghargaan daripada ibu bapa dan pihak guru.Namun, jika murid ini
tidak mendapat bimbingan yang bersistem ,besar kemungkinan akan berubah tingkah
lakunya disebabkan pengaruh faktor persekitaran yang terlalu kompleks.

5.0 Cara cara membantu murid bermasalah menjadi murid yang baik.
Dengan merujuk kepada analisis teori Piaget, perkembangan moral kanak-kanak
bermula dari rumah, atau dalam kata mudahnya, peranan ibu bapa serta keluarga yang
membawa kepada kemoralan dalam diri kanak-kanak. Semasa diperingkat moraliti
heteronomous, kanak-kanak masih berfikiran egosentrik dan mengganggap peraturan
itu mutlak. Maka, dari situ, ibu bapa harus membentuk kanak-kanak dengan sentiasa
PPGBM2611

NORHAYATI BINTI AHMAD OSMAN


690810-13-5566

ELM 3101

mengingatkan kanak-kanak dengan apa yang patut dan tidak patut dilakukan dan
memberitahu segala kesan sekiranya mereka berbuatsesuatu tingkah laku. Dan apabila
mereka sudah besar nanti, moral serta disiplin mereka akan terbentuk dalam diri
mereka tanpa disedari.
Selain itu, mereka juga berbuat baik semata-mata inginkan ganjaran. Pada tahap
ini, ibu bapa boleh melatih anak-anak untuk berbuatbaik dan berdisiplin dengan
sentiasa mengingatkan mereka akibat atau ganjaran yang mereka akan dapat untuk
sesuatu tingkah laku.
Piaget percaya bahawa interaksi dengan rakan sebaya memainkan peranan
penting dalam menerbitkan bentuk-bentuk pemikiran moral yang lebih canggih. Mereka
bersetuju bahawa jika kanak-kanak dibiarkan mengalami pelbagai konflik semasa
berinteraksi dengan rakan, lama-kelamaan mereka akan menjadi mahir dalam
menghadapi dilema, iaitu mempunyai cara penaakulan yang lebih berkesan dan
kompleks. Kanak-kanak popular yang sering melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti sosial
dan menjadi ketua dalam kumpulan rakan sebaya lebih cenderung membentuk
penilaian moral yang lebih matang.
Justeru, ibu bapa perlu sedar hakikat kepentingan membentuk peribadi anakanak. Perhatian yang lebih serius secara keseluruhan terhadap perkembangan mereka
dari pelbagai aspek harus diberikan. Mereka perlu lebih terbuka dalam melayani pertan
yaan

anak-anak, berbincang dan memberi peluang kepada anak-anak mereka untuk

memberikan pandangan dan pendapat, membuat pilihan serta menyatakan sebabsebab mengapa mereka menggemari sesuatu atau sebaliknya dalam usaha
membentukan peribadi dan tingkah laku murid yang positif.
Peranan guru turut penting dalam pembentukan insan bermoral, di mana mereka
harus menunjukkan contoh perbuatan serta teladan yang baik untuk dicontohi.
Pembentukan insan bermoral lebih mudah dilakukan terhadap kanak-kanak, kerana
mereka lebih cenderung untuk terpengaruh dengan apa yang mereka lihat di sekeliling
mereka. Kanak-kanak akan berusaha berbuat baik untuk mengelak dendaan. Bagi
mereka, sesuatu tingkah laku yangtidak didenda dianggap betul.
PPGBM2611

NORHAYATI BINTI AHMAD OSMAN


690810-13-5566

ELM 3101

Guru hendaklah mempunyai sikap dan sahsiah yang positif agar dihormati
murid. Selain itu, guru perlu menguasai dan sentiasa berusaha meningkatkan
kemahiran komunikasinya bagi membolehkan murid mudah bergaul dengan mereka
dan lebih terbuka dalam berkongsi pengalaman dan pengetahuan di antara keduaduanya.Secara tidak langsung, murid akan berasa diri mereka dikasihi, dihargai dan
dimuliakan.Hal ini

pastinya dapat membantu guru dalam mengatasi

masalah tingkah

laku dikalangan murid-murid di dalam bilik darjah


6.0 Kesimpulan
Perkembangan moral yang sempurna akan melahirkan murid-murid yang
mempunyai tingkah-laku yang baik.

Berdasarkan kajian terhadap perlakuan murid

terbukti bahawa Teori yang diasaskan oleh Jean Piagen tentang perkembanngan moral
kanak-kanak harus difahami oleh ibubapa dan pihak guru. Untuk melahirkan insane
yang bermoral sudah menjadi tanggungjawab orang yang lebih dewasa sebagai
petunjuk jalan kepada kanak-kanak yang masih belum matang dalam membuat
tindakan.
Sebagai kesimpulan, harus kita ingat bahawa apa jua intervensi yang digunakan
hendaklah setimpal dengan situasi yang berkenaan serta selaras dengan falsafah
gurutersebut. Satu-satu intervensi mungkin tidak sesuai bagi semua guru dan tidak ada
satupun yang boleh dikatakan sebagai yang paling baik atau terbaik. Oleh itu, pelbagai
intervensi yang dicadangkan oleh ahli teoris harus digunakan oleh guru dalam
mengawal disiplin bilik darjah. Sehubungan itu, intervensi disiplin sentiasa
diperkembangkan serta dipertingkatkan bagi memenuhi kehendak dak keperluan
pelbagai jenis murid. Intervensi yang terbaik ialah intervensi yang berlandaskan
pelbagai pendekatan.
Kebanyakan masalah disiplin dan tingkah laku bermasalah yang berlaku dalam
bilik darjah bersifat pelbagai dimensi dan merupakan simptom-simptom masalah yang
dihadapi oleh murid-murid pada pelbagai aras. Sebagai seorang guru, kita harus boleh
bezakan bila sesuatu tingkah laku ditakrifkan sebagai yang bermasalah atau bukan
bermasalah. Jika bermasalah pun, tingkah laku atau disiplin tersebut mempunyai darjat
PPGBM2611

NORHAYATI BINTI AHMAD OSMAN


690810-13-5566

ELM 3101

keseriusannya. Yang tidak kurang penting juga kita ketahui puncanya, kesan dan
implikasi tingkah laku bermasalah dalam bilik darjah agar kita lebih memahami murid
yang menimbulkan masalah disiplin, seterusnya bertindak ke arah mengawasi situasi
bilik darjah agar tidak bertambah lagi teruk sehingga mengganggu proses pengajaran
dan pembelajaran.

7.0 Refleksi
Setelah siap tugasan ini, saya telah memperoleh banyak pengetahuan dan
maklumat baru berkaitan perbezaan individu. Sesungguhnya tajuk ini banyak memberi
input yang bermakna . Hal ini demikian kerana, dalam tajuk ini saya telah mempelajari
makna yang paling tepat terhadap perbezaan individu itu. Malah, saya juga dapat
mengetahui pendapat-pendapat serta pemikiran-pemikiran beberapa orang ahli
psikologi yang telah mengkaji perbezaan individu dengan mencipta teori mereka
sendiri.
Berdasarkan teori yang mereka telah kaji, saya dapati, perbezaan individu
sememangnya dipengaruhi oleh dua faktor utama iaitu faktor baka dan persekitaran.
Menerusi dua faktor inilah yang menentukan sesuatu tahap bagi seseorang individu itu.
Berdasarkan perkara ini, sebagai seorang guru, saya perlu menjadi seorang guru yang
peka terhadap peribadi dan perubahan seorang murid. Ini memandangkan, dengan
cara mengambil berat terhadap murid sahajalah, saya boleh mengetahui punca-punca
mengapa seseorang murid itu lemah di dalam pelajarannya atau sebaliknya.
Antara langkah yang boleh diambil untuk mengenal pasti tahap setiap individu
murid adalah dengan mengetahui latar belakang, kekuatan dan kelemahan, minat,
matlamat, aspirasi dan sikap murid. Saya juga boleh dapatkan semua ini melalui kad
kumulatif, pemerhatian tingkah laku, perbincangan dengan murid, berkongsi pendapat
dan pengalaman, mentadbir ujian psikologi serta diagnostik berdasarkan sikap, nilai
kerja, dan minat kerjaya. Dengan cara ini, ia memudahkan saya untuk mengetahui
sebab serta punca seseorang murid mempunyai perlakuan yang kurang baik.

PPGBM2611

10

NORHAYATI BINTI AHMAD OSMAN


690810-13-5566

ELM 3101

Tugasan ini banyak mengajar saya untuk menjadi lebih bertolak ansur terhadap
murid-murid dalam apa jua keadaan kelak.Sebagai contoh, sekiranya masih ada
muridnya yang tidak dapat mencapai objektif pelajaran atau yang lebih teruk lagi ada
dalam

kalangan

murid

dan

mereka

telah

menimbulkan

gangguan

semasa

pelaksanakan pengajaran walaupun saya telah merancang aktiviti pengajaran dan


pembelajaran yang difikirkan paling bersesuaian , saya perlu bertolak ansur dengan
keadaan

ini.

Saya

akan

belajar untuk

bersabar melayani

karenah

memandangkan saya telah tahu setiap murid itu berbeza pencapaiannya.

PPGBM2611

11

mereka

Anda mungkin juga menyukai