Anda di halaman 1dari 11

BAHAGIAN A

Maklumat Kajian Dua Orang Murid Sekolah


Kajian kes ini telah dijalankan terhadap dua orang murid Tahun Empat di dalam
kelas yang sama. Kedua-duanya merupakan murid lelaki. Seorang daripadanya
merupakan murid yang berkelakuan baik dan seorang lagi merupakan murid yang
mempunyai rekod salah laku disiplin di sekolah. Murid yang mempunyai karektor baik
ini dikenali sebagai Murid A. Manakala murid yang mempunyai rekod salah laku disiplin
dikenali sebagai Murid B. Murid A ini merupakan anak kepada pasangan yang bekerja
di institusi kewangan. Ini bermakna segala kemudahan dari segi pembelajaran memang
diberi tumpuan oleh pasangan ini demi kemajuan anak mereka dalam bidang pelajaran
di samping penekanan kepada nilai-nilai moral yang baik untuk diikuti dan dipatuhi oleh
anak mereka ini. Di rumah memang mempunyai kemudahan untuk pembelajaran yang
kondusif. Di samping itu, ibu bapa Murid A ini memang mengambil berat tentang segala
perlakuan dan tingkah laku semasa di sekolah dan juga tentang keputusan akademik
anak mereka. Murid B ini pula merupakan seorang anak angkat. Di rumah memang ada
kemudahan disediakan oleh ibu bapa angkatnya untuk belajar. Tambahan pula ibu
angkatnya adalah merupakan seorang penjawat awam.Segala tunjuk ajar terutamanya
dalam mengulangkaji pelajaran memang diberi perhatian oleh kedua-dua ibu bapa
angkat Murid B ini. Selain daripada itu, ibu bapa angkat pelajar ini juga sering
menekankan agar Murid B ini senantiasa mematuhi segala peraturan yang ditetapkan
oleh pihak sekolah.
Mengikut Piaget, perkembangan moral kanak-kanak adalah berdasarkan kepada
empat tahap. Pada peringkat awal perkembangan kanak-kanak ini akan cuba untuk
menyesuaikan dirinya dengan persekitarannya. Semasa menyesuaikan dirinya dengan
persekitaran ini, kanak-kanak ini juga akan berinteraksi dan juga mematuhi segala
peraturan

sosial.

Apabila

kanak-kanak

dapat

menyesuaikan

dirinya

dengan

persekitarannya maka akan wujudlah nilai moral dalam diri kanak-kanak ini
terutamanya dari segi saling hormat-menghormati dengan masyarakat di sekitarnya.

Selain daripada itu, moral kanak-kanak ini juga berkembang dengan adanya pengaruh
daripada ahli keluarganya terutama sekali ibu bapa kanak-kanak ini sendiri.
Pada Tahap Pertama berdasarkan perkembangan moral teori Piaget ini, kanakkanak yang berusia sekitar 1 tahun hingga 2 tahun masih lagi belum mempunyai
kesedaran dan pengetahuan tentang adanya peraturan yang perlu mereka patuhi.
Namun demikian, kanak-kanak ini perlu dibimbing agar mereka dapat bertindak balas
terhadap segala peraturan yang mesti mereka ikuti atau patuhi. Pada Tahap Kedua
adalah merupakan perkembangan moral kanak-kanak berusia sekitar 2 tahun hingga 7
tahun. Pada tahap ini, kanak-kanak sudah mempunyai kesedaran dan pengetahuan
tentang wujudnya peraturan yang perlu mereka ikuti atau patuhi. Pada tahap ini juga,
kanak-kanak beranggapan bahawa segala peraturan tersebut tidak boleh dilanggar dan
jika adanya perlanggaran terhadap peraturan tersebut maka ianya adalah merupakan
satu kesalahan yang amat besar dan tidak boleh dimaafkan. Tahap Ketiga pula adalah
kanak-kanak yang berusia sekitar 7 tahun hingga 11 tahun. Pada tahap ini, kanakkanak tesebut sudah dapat memahami tentang rasionalnya sesuatu peraturan tersebut
perlu diikuti atau dipatuhi. Tahap Keempat pula adalah kanak-kanak yang berusia
sekitar 11 tahun hinggalah mereka dewasa. Pada tahap ini, kanak-kanak tersebut
sudah mampu untuk berfikir tentang rasionalnya sesuatu peraturan tersebut perlu
dipatuhi. Pada tahap ini juga kanak-kanak tersebut sudah mempunyai kesedaran
bahawa setiap peraturan yang perlu mereka patuhi tersebut adalah untuk kebaikan diri
mereka sendiri.
Menurut Kamus Times (1987), persekitaran merupakan keadaan di sekeliling
kita. Persekitaran yang dimaksudkan dalam kajian ini melibatkan sahsiah dan sikap
murid-murid tersebut. Faktor persekitaran memainkan peranan yang penting dalam
mempengaruhi personaliti seseorang murid untuk mencapai

pencapaian akademik

yang baik. Ini adalah kerana faktor persekitaran ini merangkumi sama ada persekitaran
di sekolah mahu pun persekitaran di rumah.Persekitaran di sekolah juga mempengaruhi
murid-murid untuk mencapai pencapaian akademik yang baik.Ini adalah kerana
persekitaran sekolah yang ceria dengan bunga-bungaan dan juga landskap yang
menarik boleh menarik minat untuk datang ke sekolah untuk menimba ilmu. Selain
daripada itu persekitaran bilik darjah yang kondusif juga memainkan peranan untuk
2

menarik minat pelajar untuk belajar. Namun demikian, persekitaran ini juga akan
mempengaruhi murid-murid ini untuk melakukan salah laku disiplin. Mungkin mereka
tidak menyukai persekitaran yang ada terutamanya semasa berada di sekolah
menyebabkan mereka melakukan vandalism dan kesalahan-kesalahan yang lain.

Faktor Yang Mempengaruhi Karektor Kedua-dua Murid Tersebut.


Faktor-faktor yang mempengaruhi pencapaian akademik para pelajar ini boleh
kita dari segi faktor persekitaran, baka, personaliti, pemakanan dan sebagainya. Faktorfaktor inilah yang menentukan karektor murid ini menyebabkan berlakunya salah laku.
Berdasarkan kepada kajian kes yang telah saya jalankan tersebut, Murid A dan Murid B
tersebut berada di Tahap Ketiga berdasarkan kepada peringkat perkembangan moral
teori Piaget ini. Pada tahap ini, kanak-kanak tersebut mula untuk menyesuaikan diri
mereka dengan persekitaran mereka. Sifat ini tahu dan juga ingin melakukan seuatu
yang baru juga merupakan satu perkara mempengaruhi perkembangan moral kanakkanak ini. Murid A misalnya adalah merupakan seorang murid yang agak pintar di
dalam kelasnya. Ini berlainan dengan Murid B yang merupakan seorang murid yang
lemah dalam pelajarannya. Jika dilihat dari segi perkembangan moral kedua-dua murid
ini, Murid A ini merupakan seorang murid yang berdisiplin dan sering membantu rakanrakan sekelasnya terutamanya dalam proses pembelajaran di dalam bilik darjah. Ini
adalah kerana jika dilihat berdasarkan perkembangan moral teori Piaget ini tadi, Murid
A ini sudah dapat memahami dan berfikir tentang peraturan yang mesti dipatuhi semasa
berada di sekolah. Seandainya sesuatu peraturan tersebut tidak dipatuhi maka sudah
tentu denda atau hukuman akan dikenakan ke atasnya. Selain daripada itu, Murid A ini
juga merupakan seorang Ketua Kelas. Ini adalah kerana sifat-sifat kepemimpinan jelas
terserlah dalam dirinya. Walaupun Murid A ini mempunyai nilai-nilai moral yang baik, dia
juga tidak dapat lari daripada melakukan kesilapan. Namun salah laku yang
dilakukannya tidaklah seberapa, hanya kadang-kadang tidak menyiapkan kerja rumah
yang diberikan oleh guru. Ini adalah disebabkan terlalu banyak kerja rumah yang perlu
disiapkan menyebabkan ada di antara kerja rumah tersebut tidak dapat disiapkannya.
Itu adalah alasan yang diberikannya.
Jika dibandingkan dengan Murid B pula, murid ini adalah seorang murid yang
sering menimbulkan masalah di dalam kelas. Walaupun dia adalah seorang murid yang
agak pendiam di dalam kelas tetapi sikap yang agak nakal dan suka menganggu rakanrakannya semasa proses pembelajaran dijalankan menyebabkan dia sering didenda
oleh guru. Di antara salah laku disiplin yang sering dilakukannya seperti menganggu
murid-murid yang lain, bertumbuk, menconteng dinding kelas, tidak menyiapkan latihan
4

dan kerja rumah yang diberi oleh guru. Perlakuan Murid B ini mungkin dipengaruhi oleh
keadaan dan suasana dalam keluarganya. Mungkin dia sudah mengetahui yang dia ini
anak

angkat

dalam

keluarganya,

perkara

ini

mungkin

telah

mempengaruhi

perkembangan emosinya. Ini menyebabkan berlakunya ketegangan emosi. Dengan itu,


cara untuknya melupakan apa yang dialami adalah dengan melakukan perkara seperti
salah laku disiplin yang sering dilakukannya. Ini juga adalah merupakan masalah
disiplin kendiri dan mungkin juga berkaitan dengan masalah psikologi terutamanya
apabila dia mengetahui bahawa dia hanyalah seorang anak angkat dalam keluarganya.
Kedua-dua Murid A dan Murid B ini memang menunjukkan personaliti dan
karektor yang berbeza semasa di dalam kelas.Murid A merupakan seorang murid yang
ceria dan mudah untuk menyesuaikan diri dengan kawan-kawan sekelasnya.Manakala
Murid B ini agak pendiam dan hanya berkawan dengan murid yang tertentu sahaja
ataupun hanya rapat dengan dua orang murid sahaja iaitu murid yang agak nakal di
dalam kelas tersebut. Mungkin ini yang menyebabkan pelajar ini agak lemah dalam
pelajaran kerana kurangnya rakan sebaya yang dapat membantunya dalam pelajaran
disebabkan sikap pendiam dan pemalu tersebut. Di samping itu, karektor murid ini yang
agak nakal dan sering melakukan salah laku disiplin seperti menganggu murid yang
lain, tidak menyiapkan latihan dan juga kerja rumah dan banyak lagi salah laku disiplin
lain yang dilakukan oleh Murid B ini.
Faktor

personaliti

pula

merupakan

salah

satu

daripada

faktor

yang

mempengaruhi salah laku murid-murid. Ini adalah kerana murid yang berada di dalam
rumahtangga yang telah berpecah-belah sering melakukan perkara yang melanggar
peraturan ataupun melakukan salah laku. Personaliti pelajar ini ada kaitannya dengan
sifat kasih sayang yang dicurahkan oleh ibu bapa di dalam membesar dan mendidik
anak-anak mereka. Menurut Hurlock (1992), menyatakan bahawa bayi atau kanakkanak yang kurang menerima kasih sayang atau perhatian akan menjadi seeorang
yang pendiam dan kurang motivasi diri. Menurut Maslow(1954) pula kurangnya
hubungan kasih sayang menjadi penyebab kepada punca kecelaruan personaliti
seseorang kanak-kanak itu. Oleh itu, asuhan dan didikan yang menitikberatkan nilainilai moral oleh kedua orang tua akan membentuk personaliti yang positif di dalam diri
setiap murid-murid itu. Nilai-nilai moral yang diterap oleh kedua-dua orang tua itu akan
5

mendorong murid-murid tersebut untuk tidak melakukan salah laku baik di sekolah
ataupun di dalam masyarakat sekitarnya.
Baka adalah merupakan tingkahlaku ataupun sifat-sifat yang diperturunkan
melalui ibu bapa kepada zuriatnya melalui gen, kromosom, kelenjar dan hormon.
Derville (1979) mentakrifkan baka sebagai pewarisan biologi keseluruhan ciri mental
dan fizikal daripada ibu bapa kepada anak. Manakala Ernest R. Hilgard (1956) pula
berpendapat bahawa baka adalah segala ciri biologi yang diperturunkan daripada ibu
bapa kepada anak melalui gen. Faktor baka ini memainkan peranan penting ke atas
pertumbuhan

dan

perkembangan

para

pelajar

tersebut.

Antara

faktor

yang

mempengaruhi perkembangan kanak-kanak ialah ciri fizikal, fisiologi, kecacatan mental,


sahsiah dan kecerdasan.
Faktor baka ini menentukan perkembangan moral dan pencapaian para pelajar
ini dalam pelajaran mereka. Sifat-sifat atau ciri-ciri perilaku yang diwarisi daripada ibu
bapa

hanyalah merupakan sifat dalaman sahaja dan bukannya diperolehi melalui

proses pembelajaran. Sifat atau tingkah laku yang diwarisi daripada orang tua
mempunyai pelbagai variasi. Variasi ini mungkin dari segi kualiti ataupun kuantiti. Ini
adalah kerana baka yang diwarisi oleh anak-anak ini mempunyai pelbagai variasi
kerana sama ada ianya diwarisi daripada sebelah bapa ataupun ibu. Jika sifat atau
sikap tersebut condong kepada bapa, maka baka yang diwarisi tersebut adalah lebih
kepada sifat atau tingkahlaku yang ada pada bapa tersebut. Jika bapanya
seorang yang rajin berusaha, tidak kira rajin belajar atau menimba ilmu.
Besar kemungkinan sifat bapa yang suka belajar ini akan diwarisi juga oleh
anak-anak ini. Oleh itu faktor baka ini memainkan peranan
mempengaruhi

perkembangan

moral

di

kalangan

di dalam

murid

sekolah.

Pembentukan sahsiah seserang pelajar itu juga dipengaruhi oleh baka yang
diwarisi

daripada

ibu

bapa

mereka.

Selain

daripada

itu,

kecerdasan

seseorang pelajar itu dalam pelajaran juga merupakan pengaruh daripada


baka yang diwarisinya daripada ibu bapanya.
Faktor pemakanan juga adalah merupakan salah satu faktor
mempengaruhi

perkembangan

dan

pertumbuhan

pelajar

yang

terutamanya

melibatkan perkembangan moral murid-murid tersebut. Ini adalah kerana


6

pemakanan merupakan perkara yang amat penting untuk perkembangan otak


yang cerdas agar dapat menerima pembelajaran dengan lebih baik. Makanan
yang seimbang serta mengandungi zat amat diperlukan di dalam melahirkan
para pelajar yang mempunyai tingkah laku moral yang baik. Ini adalah kerana
murid yang terlalu hyperactive juga adalah pengaruh daripada pemakanan.
Contohnya, Murid B ini tadi, walaupun agak pendiam di dalam kelas, namun
apabila di belakang guru maka dialah segala-galanya di dalam kelas. Oleh
sebab itulah Murid B ini sering melakukan salah laku disiplin semasa di
sekolah.
Jika dilihat kepada perkembangan kedua-dua orang Murid A dan Murid
B ini tadi, seandainya mereka tidak dibimbing dengan sebaik mungkin oleh
ibu bapa dan guru-guru mereka sudah tentu perkembangan tingkah laku
terutamanya Murid B tersebut akan menjadi lebih teruk. Ini adalah kerana
Murid B ini, jika tidak dibimbing dengan sebaik mungkin kita takuti
perangainya semakin menjadi-jadi. Apa yang kita takuti ialah Murid B ini akan
menjadi seorang murid yang bermasalah terutamanya dari segi salah laku.

BAHAGIAN B
Langkah Yang Boleh Diambil Guru
Guru boleh mengambil pelbagai langkah di dalam membantu murid yang sering
melakukan salah laku. Ini adalah kerana, guru dapat menentukan apakah aktiviti yang
sesuai untuk memperbaiki kelemahana para pelajarnya di dalam kelas. Seperti mana
yang kita sedia maklum, murid yang lebih cerdas semasa proses pengajaran dan
pembelajaran dijalankan akan diberi aktiviti pengayaan. Manakala murid yang agak
lambat dan sering melakukan salah laku pula diberi aktiviti pemulihan dan juga
kaunseling. Ini adalah merupakan satu langkah yang mesti dilaksanakan oleh guru
untuk memastikan murid-murid dapat menguasai pelajaran yang sedang diajarkan. Ini
bermakna keprihatinan guru tersebut memainkan peranan yang amat penting agar
masalah salah laku yang sering dilakukan oleh murid-murid yang bermasalah ini dapat
diatasi dengan sebaik mungkin.
Selain daripada itu, guru juga boleh merancang pelbagai strategi pengajaran dan
pembelajaran untuk mengatasi masalah pembelajaran yang dihadapi oleh murid yang
mempunyai rekod salah laku ini tadi. Guru perlu mengenal pasti apakah jenis aktiviti
pengajaran dan pembelajaran yang khusus kepada murid tertentu terutamanya murid
yang mempunyai rekod salah laku agar mereka juga dapat menguasai perkara yang
sedang diajar oleh guru tersebut seperti mana murid-murid yang lain dalam bilik darjah
tersebut.

Dengan cara tersebut, guru dapat mennggalakkan para pelajarnya untuk

melibatkan diri dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang sedang dijalankan.
Mengikut Teori Pelaziman Klasik Pavlov, setiap rangsangan ataupun dorongan pasti
akan menimbulkan tindak balas. Maksudnya di sini iaitu apa-apa sahaja rangsangan
atau dorongan yang dilakukan oleh guru agar murid-muridnya berusaha terutamanya
murid yang sering melakukan salah laku disiplin di sekolah

untuk meningkatkan

pencapaian akademik mereka pasti akan membuahkan hasil. Ini adalah kerana dengan
adanya rangsangan atau motivasi yang diberikan oleh guru semasa proses pengajaran
dan pembelajaran dijalankan akan memberi kesedaran kepada murid yang bermasalah
ini untuk berubah agar dia tidak melakukan lagi perkara-perkara salah laku semasa di
sekolah.
8

Subjek yang diajar harus mempunyai nilai tambah, iaitu dengan menerapkan
nilai-nilai moral dalam setiap proses pengajaran dan pembelajara di dalam kelas. Ini
bertujuan agar murid-murid ini berminat untuk menumpukan pada pelajaran. Selain
daripada itu, dengan adanya penerapan nilai-nilai moral dalam proses pengajaran dan
pembelajaran tersebut akan mendorong murid ini untuk berubah kepada tingkah laku
yang lebih baik. Guru-guru huga boleh berbincang dengan ibu bapa terutamanya Guru
Kelas boleh mengambil langkah yang proaktif dengan menyelidik latar belakang pelajarpelajar kelasnya dan menghubungi ibu bapa untuk berbincang tentang masalah yang
membawa kepada perlakuan salah laku disiplin di sekolah. Melabel seseorang murid itu
sebagai murid jahat bukanlah satu jalan penyelesaiannya, sebaliknya guru seharusnya
berusaha untuk memahami punca murid-murid tersebut sering melakukan salah laku
disiplin. Guru kaunseling juga harus memainkan peranan mereka agar murid yang
sering melakukan salah laku ini boleh dirujuk kepada mereka di atas apa-apa masalah
yang mereka hadapi. Mencari kawan sebaya yang betul dapat mengelakkan daripada
terpengaruh dengan unsur-unsur yang salah. Rakan yang baik adalah rakan yang
mengingatkan kita seandainya kita melakukan salah laku disiplin semasa berada di
sekolah. Selalunya rakan-rakan terdiri daripada orang yang sebaya dan bersependapat
dalam banyak hal, oleh itu murid-murid haruslah berhati-hati dalam memilih rakan.
Selain daripada peranan guru di dalam memastikan masalah salah laku muridmurid di sekolah dapat di atasi, peranan ibu bapa juga amat penting. Ini adalah kerana
ibu bapa perlu menunjukkan contoh tauladan yang baik agar dapat diikuti oleh anakanak mereka. Ibu bapa perlu mengelakkan pertengkaran di hadapan anak-anak
mereka. Ini bertujuan agar tidak timbul perasaan dendan dan tidak puas hati di
kalangan anak-anak mereka. Nilai moral yang baik ditunjukkan oleh ibu bapa ini sudah
pasti akan mempengaruhi perkembangan nilai moral anak-anak mereka. Ibu bapa juga
perlu prihatin di dalam memastikan siapakah rakan sebaya anak-anak mereka agar
anak-anak mereka ini tidak terpengaruh dengan sifat-sifat negatif rakan sebaya mereka
tersebut. Ibu bapa juga harus berperanan memperlengkapkan anak-anak dengan ilmu
agama dan kekuatan spiritual supaya lebih kuat berdepan dengan segala cabaran yang
mendatang.

Kesimpulan
Mata pelajaran Pendidikan Moral adalah sangat penting dalam usaha untuk
mengajar dan mendidik murid-murid agar mereka ini dapat mengelakkan diri mereka
daripada melakukan perkara-perkara yang tidak baik terutamanya salah laku semasa
berada di sekolah. Pendidikan agama juga amat penting di dalam memastikan muridmurid ini mempunyai nilai moral yang tinggi. Oleh itu sebagai seorang guru, kita
perlulah mempelbagaikan cara atau kaedah yang kita gunakan semasa proses
pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Ini adalah kerana, dengan adanya pelbagai
kaedah dan teknik pengajaran yang pelbagai ini, guru dapat meningkatkan kefahaman
para pelajarnya di dalam menguasai kemahiran yang sedang mereka pelajari dan juga
dapat membantu murid-murid yang sering melakukan salah laku disiplin agar mereka
memperbaiki nilai moral mereka. Segala pujian ataupun rangsangan yang diberikan
kepada pelajar haruslah dilakukan dengan ikhlas. Semua ini amat perlu bagi seorang
guru untuk memperbaiki kelemahan para pelajarnya terutamanya yang mempunyai
masalah disiplin semasa di sekolah. Pelbagai jenis rangsangan atau dorongan yang
dilakukan semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan pasti akan
membuahkan hasilnya. Hanya guru yang mengetahui kekuatan dan kelemahan para
pelajarnya di dalam menguasai kemahiran yang sedang pelajarnya pelajari. Oleh itu,
segala bentuk rangsangan digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran
perlulah menarik minat murid di samping dapat mengubah sikap negatif yang ada
dalam diri anak murid mereka.
Segala faktor yang mempengaruhi murid-murid terutamanya yang sering
melakukan salah laku perlu diketahui oleh guru.Ini adalah kerana, faktor-faktor seperti
faktor baka, pemakanan, personaliti dan sebagainya mempengaruhi keupayaan para
pelajar untuk untuk melakukan salah laku semasa berada di sekolah. Oleh itu, dengan
memahami segala faktor-faktor tersebut mudahlah kita untuk menangani masalah salah
laku disiplin murid-murid ini.

10

RUJUKAN
Rujukan daripada Internet
1.

http://www.ukm.my/jhadhari/makalah/khas2012/JD005862%20155-172.pdf

2.
http://www.slideshare.net/syafie90/pringkat-pringkat-perkembangan-kanakkanakdan-teoriteori-perkembangan-yang-berkaitan
3.
http://muzikrbtpsikologi.blogspot.com/2012/08/teori-perkembangan-jeanpiaget.html
4.

http://ilmuwanmuda.wordpress.com/piaget-dan-teorinya/

5.

http://www.scribd.com/doc/12521518/faktorfaktor-mempengaruhi-pencapaianakademik-lelaki-dan-perempuan

Rujukan daripada buku


1.

Kamaruddin Hussin (1996). Sekolah dan Perkembangan Kanak-kanak.


Kuala Lumpur: UtusanPublication & Distributor Sdn. Bhd.

2.

Kamurudin Hj. Husin (1993). Pedadogi3. Penggunaan Psikologi dalam Bilik


Darjah. Petaling Jaya: Longman Malaysia

11

Anda mungkin juga menyukai