Anda di halaman 1dari 5

SKRIP JURUACARA

MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN TEKNOPEN PERINGKAT PUSAT


KEGIATAN GURU ROMPIN TAHUN 2011
TARIKH
HARI
MASA
TEMPAT
PERASMIAN OLEH

: 03 NOVEMBER 2011
: KHAMIS
: 1.30 PTG
: DEWAN SK ROMPIN
: YANG BERHORMAT DATO V.S MOGAN, EXCO KERAJAAN
NEGERI SEMBILAN

ATURCARA
CUE / MASA

SKRIP

Ketibaan VIP

Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia Tuan Abdullah bin Yusuf Ketua


Penolong Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri, Negeri Sembilan
Darul Khusus dengan diiringi oleh Yang Berbahagia Hajah Rodiah bte Md.Jan,
Pegawai Pelajaran Daerah Jempol dan Jelebu.

Nyanyian
NEGARAKU
(11.50 pagi )

Bagi menghormati dan tanda kecintaan kita kepada negara, majlis dimulakan
dengan nyanyian lagu NEGARAKU. Hadirin dipersilakan berdiri dan bersama
menyanyikan lagu NEGARAKU.
Terima kasih diucapkan kepada hadirin sekalian.

Kata kata aluan


Yang Berbahagia Tuan Abdullah bin Yussuf, Ketua Penolong pengarah
Juruacara
Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri, Negeri Sembilan Darul Khusus,
Yang Berbahagia Puan Hajah Rodiah bte Md.Jan,
Pegawai Pelajaran Daerah Jempol dan Jelebu
Yang Berusaha Puan hajah Toharah bte Haji Harun, Pengerusi jawatankuasa
Pengurusan Aktiviti Pusat Kegiatan Guru Rompin,
Barisan Pengetua dan Guru Besar Cemerlang,
Guru besar-guru besar sekolah-sekolah ahli Pusat Kegiatan Guru Rompin,
Guru-guru penolong kanan sekolah-sekolah ahli Pusat Kegiatan Guru
Para Pegawai Teknolongi Pendidikan Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri,
Negeri sembilan Darul Khusus,Pegawai-pegawai teknologi pendidikan Daerah
Jempol dan Jelebu,
Guru-guru penyelaras Media, sekolah-sekolah ahli PKG Rompin
Guru-guru Penyelaras Bestari, sekolah-sekolah ahli PKG Rompin
Rakan-rakan guru pengerak kecemerlangan pendidikan.
Murid-murid yang dikasihi serta para hadirin sekelian..
Assalammualaikum, salam sejahtera dan Salam Satu Malaysia
Biji selasih boleh dimakan
Menjadi perisa sedap terperi
Selamat datang kami ucapkan
Semoga majlis bertambah seri

ATURCARA
SKRIP
CUE / MASA
Kata kata aluan Bersyukur kita pada Allah kerana pada hari ini kita masih lagi berpeluang untuk
Juruacara
bersama-sama dalam Majlis Anugerah Kecemerlangan TEKNOPEN Peringkat
Pusat Kegiatan Guru Rompin bagi tahun 2011. Majlis mengucapkan setinggi
tinggi penghargaan kepada Yang Berbahagian Tuan Abdullah bin Yussuf atas
kesudian memenuhi undangan kami dan seterusnya menyerikan dan
memeriahkan majlis pada petang yang berbahagia ini. .
Majlis juga turut mengucapkan selamat datang kepada semua tetamu dan para
hadirin yang dikasihi sekalian.
Kalau pergi ke Tanjung keramat
Anak manis jangan diangkat
Bersama kita memohon rahmat
Moga majlis mendapat berkat

Doa

Bagi memohon keberkatan, majlis pada pagi ini akan dimulakan dengan bacaan
doa. Dipersilakan Al-Fadhil Ustaz Nik Mohd.Sofauddin bin Nik Mustafa
untuk membacakan doa.
Dipersilakan.

Selepas Bacaan
Doa

Majlis mengucapkan terima kasih kepada Al-Fadhil Ustaz Nik


Mohd.Sofauddin bin Nik Mustaffa , atas bacaan doa itu tadi. Semoga majlis
ini akan diberkati oleh Allah S.W.T. Insya- Allah

Ucapan aluan
Pn.Hajah
Toharah

Sebagai pembuka tirai majlis kita pada petang ini, majlis menjemput dan
mempersilakan Puan Hajah Toharah bte Haji Harun, Pengerusi Jawatankuasa
Pengurusan Aktiviti Pusat Kegiatan Guru Rompin untuk menyampaikan ucapan
aluan beliau. Majlis dengan hormatnya mempersilakan.

Selepas ucapan
aluan

Majlis merakamkan terima kasih kepada Puan Hajah Toharah bte Haji Harun
atas ucapan itu tadi.

Ucapan
perasmian

Kalau tuan pikat kenari,


Jangan patahkan batang jerami,
Kepada tuan sembah diberi,
Mohon rasmikan majlis ini.
Untuk itu, majlis dengan bangganya menjemput dan mempersilakan Yang
Berbahagia Tuan Abdullah bin Yussuf, Ketua Penolong Pengarah
Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri, Negeri Sembilan Darul Khusus
untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya
merasmikan Majlis Anugerah Kecemerlangan TEKNOPEN Pusat
Kegiatan Guru Rompin bagi tahun 2011.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Selepas ucapan
perasmian

Majlis merakamkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang


Berbahagia Tuan Abdullah bin Yussuf atas ucapan perasmian itu tadi.

Persembahan
murid 1

Bertamu rai kita sandarkan


Bersama menikmati gemilang sukma
Sambil duduk persembahan disaksikan
Gemalai tarian mengikut irama
Orang tua-tua pernah berkata,
Tunjukkan kamu si anak jantan,
Usah takut nyawa melayang,
Jangan takut darah terserak,
Alang-alang menyeluk pekasam,
Biarlah sampai ke pangkal lengan,
Alang-alang berdakwat biar hitam,
Alang-alang mandi biar basah,
Kerana adat yang kita warisi.
Kita teruskan majlis kita dengan persembahan dari murid-murid sekolah rendah
dibawah naungan Pusat Kegiatan Guru Rompin. Bagi memulakannya kita
persilakan murid-murid dari Sekolah Kebangsan palong 14 untuk
menyampaikan persembahan mereka.
Dipersilakan.

Selepas
persembahan 1

Terima kasih diucapkan kepada murid-murid Sekolah Kebangsaan Palong 14


dengan persembahan Cak Lempong. Kumpulan ini adalah dibawah bimbingan
dan tunjukajar Puan Noraini Mahat.

Persembahan 2

Kita teruskan majlis kita dengan menyaksikan persembahan dari murid-murid


Sek.Jenis Kebangsaan Cina Chung San, Rompin. Majlis mempersilakan.
Demikianlah tadi persembahan Modern Dancing dari murid-murid Sekolah
Jenis kebangsaan Cina Chung San Rompin di bawah pimpinan Cikgu Wong
Hui Jin.
Bertamu rai kita sandarkan,
Bersama menikmati gemilang sukma,
Sambil duduk persembahan disaksikan,
Gemalai tari mengikut irama
Seterusnya kita akan saksikan persembahan Tarian kebudayaan dari muridmurid Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Sialang. Majlis mempersilakan.

Selepas
persembahan 2
Persembahan 3

Selepas
persembahan 3

Terima kasih diucapkan kepada murid-murid Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil


ladang Sialang Rompin atas persembahan gemalai tarian kebudayaan itu tadi.
Murid-murid ini dibawah bimbingan dan tunjukajar Encik krishnan Nair
Balakrishnan dan Puan Punitha a/p Megaisparan.

Persembahan 2
Murid tahun 6

Kini tiba masa yang dinanti-nantikan oleh semua iaitu majlis penyampaian
hadiah Kecemerlangan TEKNOPEN Peringkat Pusat Kegiatan Guru Rompin
bagi tahun 2011.
Hadiah diberi tanda semangat
Kepada mereka yang telah berjuang
Teruskan usaha memerah keringat
Agar kecemralangan terus dijulang.

Majlis
penyampaian
hadiah

Bagi menyempurnakan majlis penyampaian hadiah ini majlis dengan


hormatnya menjemput dan mempersilakan

Anugerah KAP

Angin barat bertiup nyaman


Burung gagak terbang ke rimba
Tanamkan kudrat pada keazaman
Bulan tidak jatuh keriba
Taat ke guru membawa berkat
Sedikit belajar banyak yang dapat
Jika derhaka menjadi mudarat
Semua ilmu tiada yang lekat

Penyampaian
cenderahati

Orang berbudi kita berbahasa, orang member kita merasa. Untuk itu majlis
mempersilakan
untuk menyampaikan cenderahati hati kepada Yang Berbahagia Tuan Abdullah
bin Yussuf, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri,
Negeri Sembilan Darul Khusus. Majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan.
Niat suci hati yang bersih
Jujur dan ikhlas dihati bersemi
Penghargaan diberi tanda berterima kasih
Atas kesudian penuhi hajat kami.
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih.

Selesai majlis

Burung telani terbang rendah


Terbang di perils juga di perai
Saat ini saat penyudah
Tanda majlis melabuhkan tirai
Sebelum itu, majlis sekali lagi merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan
terima kasih kepada Yang Berbahagia Tuan Abdullah bin Yussuf, Ketua

ATURCARA
Selesai majlis ke
tapak pameran

Penolong Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan negeri, Negeri Sembilan


Darul Khusus, Yang Berbahagia Puan Hajah Rodiah bt Mohd.jan, Pegawai
Pelajaran Daerah Jempol dan Jelebu serta para tetamu atas kesudian memenuhi
undangan kami ke majlis yang penuh gemilang ini.
Terima kasih juga diucapakan kepada semua hadirin yang sempat hadir bagi
memeriahkan majlis Anugerah Kecemerlangan TEKNOPEN Peringkat Pusat
Kegiatan Guru Rompin bagi tahun 2011.
SKRIP
Untuk itu pujangga pernah berkata..
Malu bertanya sesat jalan
Malu meminta tak merasa
Merasa dek dapat
Sedikit sama banyak
Hati kuman sama dicecah
Hati gajah sama silapah
Siang berpanas
Malam berembun
Di mana bumi dipijak
Disitu langit kita junjung
Majlis dengan ini mempersilakan tetamu kehormat dan pada hadirin untuk ke
tapak pameran bagi menyaksikan bahan-bahan hasilan guru-guru dan muridmurid dari sekolah-sekolah ahli Pusat Kegiatan Guru Rompin.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.
Akhirnya dari kami,
Makan nasi dengan pari,
Ikan pari dimasak kari,
Salah dan silap harap dimaafi,
Bersua lagi di lain hari
Sekian wabilahi taufik walhidayah wassalammualaikum whbt

Anda mungkin juga menyukai