Anda di halaman 1dari 2

MEMEGANG BATON

Cara memegang baton


Baton boleh memegang dalam beberapa cara mengikut keselesaan pelari berkenaan.
Bagi pelari pertama yang memulakan larian, cara memegang adalah seperti Rajah 1 :-

Rajah 1 : Cara-cara memegang baton oleh pelari pertama

GAYA DAN TEKNIK PERTUKARAN BATON


Terdapat dua teknik asas penukaran baton : Teknik bawah-atas dan Teknik atas-bawah.

Teknik atas-bawah
cara terpantas, tetapi ada risiko iaitu baton mudah jatuh
pelari pertama yang membawa baton dalam tangan kanan dan apabila sampai sahaja ke tempat
penanda, pelari kedua mula memecut dari sebelah kanan lorongnya.
Sambil berlari, pelari kedua akan mengangkat tangan kiri dengan tapak tangannya terbuka
(menadah) untuk menerima baton.
Pelari pertama yang membawa baton memberikannya dengan gerakan tangan dari atas ke bawah.
Pelari kedua ini membawa baton dengan tangan kiri dan memberikannya pada tangan kanan pelari
ketiga.
Pelari ketiga membawa baton dengan tangan kanan dan memberikannya kepada pelari keempat
pada tangan kiri.

Rajah 2 : Teknik Atas-Bawah

Cara Memberikan Baton


1.
kepantasan larian dikekalkan semasa pemberian banton
2.
pemberi harus beri isyarat kepada penerima
3.
hulurkan baton dengan tangan yang lurus
4.
perhatikan tangan penerima & letakkan bahagian hujung baton ke dalam tangannya.
Cara Menerima Baton
1.
Penerima dalam keadaan yang sedia
2.
Menoleh untuk memandang pelari yang membawa baton
3.
Berlepas dengan panas sebaik sahaja pelari pembawa baton sampai di
tandaan. Bagi gaya tanpa pandang, jangan menoleh ke belakang semasa berlari.
4.
Hulurkan tangan lurus ke belakang apabila mendengar syarat daripada pelari yang
sedang membawa baton.
5.
Pegang baton dengan erat di bahagian pangkalnya.

Anda mungkin juga menyukai