Anda di halaman 1dari 7

1.

Mengapakah KSSR diperkenalkan?


Jawapan :
KSSR diperkenalkan sebagai satu usaha menyusun semula dan
menambah baik kurikulum sedia ada untuk memastikan murid
dibekalkan dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang relevan
untuk memenuhi keperluan semasa serta menghadapi cabaran abad
ke-21.

2.

Apakah maksud Kurikulum Standard?


Jawapan :
KSSR digubal dalam bentuk pernyataan standard. Pernyataan
standard terdiri daripada standard kandungan dan standard
pembelajaran yang perlu dicapai oleh murid dalam suatu tempoh dan
tahap persekolahan. Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran
didefinisikan seperti berikut:
- Standard kandungan ialah penyataan spesifik tentang perkara yang
murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh
persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai.
- Standard Pembelajaran ialah satu penetapan kriteria atau petunjuk
(indicator) kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur
bagi setiap standard kandungan.

3.

Apakah perbezaan KSSR dengan KBSR?


Jawapan :
KSSR

Reka bentuk kurikulum


berasaskan 6 Tunjang:
Komunikasi
Kerohanian, Sikap & Nilai
Kemanusiaan
Perkembangan Fizikal &
Estetika
Sains dan Teknologi

KBSR

Reka bentuk kurikulum


berasaskan 3 Bidang:
Komunikasi
Manusia dan Alam Kelilingnya
Perkembangan Diri Individu

Keterampilan Diri

Bahan Kurikulum:
Bahan Kurikulum:
Dokumen Standard Kurikulum Sukatan Pelajaran

Reka bentuk kurikulum:


Modular

Reka bentuk kurikulum:


Linear

Organisasi Kurikulum:
Organisasi Kurikulum:
Tahap I (Tahun 1, 2 & 3)
Tahap I (Tahun 1, 2 & 3) dan
Modul Teras Asas, Modul Teras Mata pelajaran Teras, Wajib &
Tema & Modul Elektif
Tambahan
Tahap II (Tahun 4, 5 & 6)
Mata pelajaran Teras & Elektif

Elemen Kreativiti dan Inovasi,


Keusahawanan dan Teknologi
Maklumat & Komunikasi (TMK)
secara eksplisit

Tahap II (Tahun 4, 5 & 6)


Mata pelajaran Teras, Wajib &
Tambahan

Elemen Kemahiran Berfikir


Secara Kritis dan Kreatif

Fokus:
Fokus:
4M (Membaca, Menulis, Mengira 3M (Membaca, Menulis dan
dan Menaakul)
Mengira)

4.

Adakah terdapat perubahan mata pelajaran dalam KSSR Tahap


Satu?
Jawapan :
Ya. Dalam KSSR Tahap Satu, terdapat beberapa mata pelajaran baru
di samping penggabungan semua disiplin ilmu dalam bentuk Modul
Teras Asas, Modul Teras Tema dan Modul Elektif untuk pengurusan
kurikulum yang lebih berkesan.

5.

Mengapakah Modul Teras Tema diperkenalkan?


Jawapan :
Modul Teras Tema diperkenalkan untuk mengurangkan bilangan mata
pelajaran di tahap satu. Modul Teras Tema mengandungi tema Dunia
Kesenian dan tema Dunia Sains dan Teknologi (DST). Dalam tema
Dunia Kesenian, terdapat dua mata pelajaran, iaitu Seni Visual dan
Muzik. Tema DST mengandungi elemen mata pelajaran Sains,
Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dan Reka Bentuk dan
Teknologi (RBT).

6.

Mengapakah Sains tidak dijadikan Modul Teras Asas?


Jawapan :
Sains tidak dijadikan Modul Teras Asas kerana Modul Teras Asas
memberi fokus kepada literasi dan numerasi, kesejahteraan diri dan
pembangunan rohani. Manakala Sains pula diperkenalkan dalam
Modul Teras Tema untuk memberi pengetahuan asas tentang disiplin
ilmu Sains.

7.

Mengapakah peruntukan masa untuk Pendidikan Islam di SJK (C)


dan SJK (T) dikurangkan berbanding di SK?
Jawapan :
Di SJK (C) dan SJK (T), peruntukan masa bagi mata pelajaran Bahasa
Cina dan Bahasa Tamil ialah 360 minit. Jika peruntukan masa
Pendidikan Islam disamakan dengan di SK, maka murid akan balik
lewat kerana belajar lebih daripada 1380 minit seminggu.

8.

Bolehkah sekolah membuat penjurusan (streaming) dalam KSSR?


Jawapan :
KSSR tidak mengalakkan penjurusan.

9.

Adakah KSSR dapat melahirkan masyarakat yang bersahsiah?


Jawapan :
Ya. Konsep KSSR mengandungi tunjang keterampilan diri yang
memastikan murid dididik dan dibimbing supaya memiliki daya
kepimpinan dan sahsiah diri yang tinggi melalui kurikulum dan
aktiviti kokurikulum.

10. Siapakah yang akan mengajar Dunia Sains dan Teknologi?


Jawapan :
Guru yang paling sesuai mengajar DST ialah guru beropsyen Sains.
11. Perlukah murid Tahun 1 belajar TMK?
Jawapan :
Ya, semua murid Tahun 1 perlu belajar kemahiran asas TMK supaya
murid dapat menggunakan kemahiran tersebut dalam semua disiplin
ilmu.
12.

Bolehkah Elemen Merentas Kurikulum tidak digunakan dalam


P&P?
Jawapan :
Elemen Merentas Kurikulum(EMK) tidak perlu digunakan dalam
setiap kali sesi p&p tetapi ia perlu diaplikasikan dalam p&p yang
bersesuaian.

13. Bilakah elemen TMK diajar dalam Dunia Sains dan Teknologi?
Jawapan :
Kemahiran asas TMK amat penting diajar kepada murid Tahun 1 dan
dicadangkan supaya ianya diajarkan pada awal tahun.Kemahiran asas
ini boleh juga diajar dalam elemen Sains menggunakan TMK. Elemen
TMK dapat dikuasai sepenuhnya maka ia boleh diperkukuhkan
secara merentas kurikulum dalam disiplin ilmu lain.
Berapakah bilangan minimum dan maksimum standard kandungan
14. serta standard pembelajaran TMK yang perlu diajar dalam
seminggu?
Jawapan :
Tiada bilangan minima atau maksima yang ditentukan dalam
seminggu kerana tahap kebolehan murid yang berbeza-beza. Walau
bagaimanapun semua standard kandungan dan standard
pembelajaran perlu dicapai dalam tempoh masa yang ditetapkan
seperti mana yang digariskan dalam DSK TMK.

15

Adakah murid akan berasa bosan di kelas dengan penambahan


waktu Bahasa Inggeris?
Jawapan :
Tidak. Kaedah dan teknik yang pelbagai diperkenalkan oleh guru
untuk menarik minat murid. Modul Language Arts yang menekankan
pendekatan didik hibur dan apresiasi bahasa. P & P bahasa yang
menarik dan efektif dijalankan melalui aktiviti menyanyi, jazz chants,
choral speaking, drama, muzik dan bahan bantu mengajar lain yang
sesuai.

16

Apakah tindakan guru sekiranya murid tidak mencapai standard


yang ditetapkan?
Jawapan :
Guru perlu membuat tindak susul yang berterusan seperti
menjalankan pemulihan untuk memastikan murid akhirnya mencapai
standard yang ditetapkan.

17. Adakah buku teks disediakan bagi semua mata pelajaran tahun 1?
Jawapan :
Ada, kecuali Dunia Seni Muzik dan Seni Visual tidak disediakan buku
teks. Walau bagaimanapun, buku panduan pengajaran disediakan
untuk mata pelajaran ini.
18.

Adakah semua murid belajar menggunakan komputer bagi Elemen


Merentas Kurikulum - Teknologi Maklumat dan Komunikasi?
Jawapan :
Bagi EMK yang melibatkan TMK (EMK-TMK), murid boleh
menggunakan peralatan TMK sedia ada di sekolah seperti komputer,
cakera padat, Internet dan lain-lain mengikut kesesuaian topik. Bagi
guru pula, 3 pendekatan yang dicadangkan boleh diguna pakai dalam
melaksanakan EMK-TMK iaitu:
Murid menggunakan komputer riba di dalam kelas, komputer
dipusat akses dan juga di makmal komputer bagi tujuan menyiapkan
hasil kerja yang dikehendaki
Guru menggunakan komputer riba bersama projektor LCD dalam
kelas bagi tujuan pengajaran menggunakan perisian kursus dan

bahan digital
Guru menggunakan komputer riba bersama projektor LCD di dalam
kelas melibatkan aktiviti interaktif bersama murid atau guru
menggunakan komputer di dalam makmal komputer bagi tujuan p&p
bersama murid
19.

Bagaimanakah EMK-TMK hendak dijalankan sekiranya semua guru


hendak menggunakan makmal dalam satu masa?
Jawapan :
Prasarana yang terdapat di sekolah seperti Makmal Komputer, Pusat
Akses dan komputer riba hendaklah digunakan secara optima oleh
guru dalam p&p EMK-TMK. Pentadbir pula harus memastikan semua
kemudahan tersebut berada dalam keadaan baik yang boleh diakses
pada waktu persekolahan. Sekiranya guru ingin menggunakan
makmal komputer, pihak sekolah perlu menyediakan jadual
penggunaan dan borang tempahan.

20

Bagaimanakah sekolah yang tidak mempunyai capaian internet


dapat melaksanakan pembelajaran yang melibatkan komputer?
Jawapan :
Semua sekolah telah dibekalkan capaian internet melalui program
Rangkaian SchoolNet KPM dan tidak semua topik di dalam EMK-TMK
memerlukan capaian Internet. Sekiranya pihak sekolah menghadapi
masalah capaian Internet, sekolah bolehlah menghubungi pihak yang
telah di pertanggungjawabkan atau JPN. Sekolah juga telah
dimaklumkan melalui pekeliling KP.BTMK 1/044/01 Jld. 11 (11)
bertarikh 13 November 2008 bahawa capaian alternatif boleh
digunakan.

21

Apakah usaha yang dilakukan bagi menyediakan guru bagi


pelaksanaan KSSR?
Jawapan :
KPM telah menjalankan kursus penyebaran KSSR kepada semua guru
yang terlibat dalam pelaksanaan KSSR. Guru juga dibekalkan bahan
sokongan dan boleh mengakses maklumat daripada laman web di
KPM seperti yang berikut: http://www.moe.gov.my/bpk

22 Adakah KSSR mampu mendorong kreativiti guru dan murid dalam

p&p?
Jawapan :
KSSR mampu mendorong meningkatkan kreativiti guru dan murid
melalui pendekatan p&p seperti didik hibur dan elemen nilai tambah
merentas kurikulum. Guru dibekalkan dengan buku panduan
kreativiti untuk membantu guru dalam pelaksanaan p&p.
23

Apakah saluran yang disediakan oleh guru-guru yang menghadapi


masalah berkaitan KSSR?
Jawapan :
KPM menyediakan laman web KSSR (www.moe.gov.my/bpk) untuk
memudahkan guru berinteraksi sekiranya menghadapi masalah.
Selain itu, guru digalakkan menghubungi JU, pegawai PPD atau
pegawai JPN untuk mendapatkan khidmat nasihat berkaitan KSSR.

24

Dalam tahap 1, setakat manakah pendidikan seks diajarkan?


Jawapan :
Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PEERS) tidak diajar
sebagai satu mata pelajaran tetapi sebagai komponen yang besar (75%)
dalam mata pelajaran Pendidikan Kesihatan.

Anda mungkin juga menyukai