Anda di halaman 1dari 42

KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN

PERKARA
TAJUK KAJIAN TINDAKAN
PENGHARGAAN
PROFIL PELAJAR
TUGASAN 1
Sorotan Penyelidikan Tindakan
TUGASAN 2
Ulasan Sumber
TUGASAN 3
Kertas Cadangan Penyelidikan Tindakan
1.0

PENDAHULUAN
1.1 Refleksi Pengalaman Lalu

2.0

FOKUS KAJIAN
2.1 Tinjauan dan Analisis Masalah

3.0

OBJEKTIF KAJIAN
3.1 Objektif Umum
3.2 Objektif Khusus

4.0

KUMPULAN SASARAN

5.0

PERANCANGAN PELAKSANAAN TINDAKAN


5.1
5.2
5.3
5.4
5.5

6.0

Perancangan Tindakan
Perancangan Cara Mengumpul Data
Perancangan Cara Menganalisis Data
Perancangan Pelaksanaan Tindakan
Kos Kajian

LAMPIRAN

Muka surat
I
II
III

INSTITUT PENDIDIKAN

GURU

KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK, BANDAR ENSTEK


PROFIL PELAJAR

NAMA

: LAM PUI YEE

NO.I/C

: 920629-08-5470

TEMPAT LAHIR

: HOSPITAL IPOH PERAK

KUMPULAN/UNIT : UNIT REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI 2


AMBILAN

: JANUARI 2012

SEMESTER

: 7 PISMP RBT2

NAMA MENTOR

: PN.ZAITUN BINTI YAHIA@YAHAYA

PENGHARGAAN

Selamat sejahtara dan salam 1 Malaysia,


Pertama sekali, saya bersyukur kepada Tuhan kerana dengan limpah dan
kurnia-Nya, akhirnya saya dapat menyiapkan kertas cadangan kajian tindakan
bagi semester ini. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada
pensyarah pembimbing saya iaitu Encik Ahamad Shabudin B. Yahaya serta
supervisor AR saya iaitu Encik Shaharudin kerana telah banyak mencurahkan
ilmu dan memberi tunjuk ajar bagi memudahkan saya membuat penulisan kajian
ini. Dengan tunjuk ajar dan bimbingan daripada beliau, saya dapat melakukan
penulisan kajian ini dengan lancar dan banyak dapatan ilmu yang saya peroleh.
Tidak lupa juga kepada rakan sekelas yang tidak jemu memberi tunjuk
ajar dan membantu saya dalam menjalankan penulisan kajian ini. Seterusnya,
saya juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu bapa
saya kerana telah memberikan sokongan yang utuh dan berterusan kepada
saya. Walaupun mereka tidak berada di samping saya semasa melakukan
penulisan kajian ini, namun mereka telah banyak mendoakan kejayaan saya dan
merestui segala kerja yang telah saya lakukan ini.
Akhir sekali, saya mengharapkan penulisan kertas cadangan kajian
tindakn ini dapat membantu meningkatkan profesionalisme keguruan dalam diri
saya. Penulisan kajian ini ialah satu pendedahan yang amat berguna bagi saya
dalam usaha terus mengorak langkah dalam menambahbaik amalan P d P saya
seiring dengan kemajuan bidang pendidikan dan globalisasi masa kini.

TUGASAN 1
RUJUKAN

(SENARAI SOROTAN KAJIAN TINDAKAN YANG DIGUNAKAN)


Ahmad Zharif bin Azali (2013). BEO : Permainan Bagi Membantu Murid Untuk
Menguasai Topik Tanaman Hiasan Tahun 4. Institut Pendidikan Guru Kampus
Pendidikan Teknik, Bandar Enstek, Negeri Sembilan.
Muhamad Faiz Bin Khir (2013). Keberkesanan Pengaplikasian Kaedah Nyanyian Dan
Animasi Untuk Meningkatkan Kefahaman Murid Peraturan Keselamatan.
Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik, Bandar Enstek, Negeri
Sembilan.
Hj. Abd Rahim bin Hj. Marzuki, Hj Amir bin Hj Omar & Hjh Rusni bt Hj. Abdullah
(2006). Jurnal Penyelidikan IPDA : Pelaksanaan Program Ekonomi Token
Dalam Mengurangkan Tingkah Laku Bermasalah Murid Pemulihan : Satu Kajian
Kes. Jabatan Bimbingan dan Kaunseling, IPDA. Jil 13. hlm 1-13.
Fauziah Md. Jaafar (2010). Penyelidikan :Keberkesanan Pengajaran dan Pembelajaran
Bidang

Pendidikan,

Kolej

Sastera

dan

Sains,

Universiti

Utara

Malaysia
Lau Ging Lim (2009). Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP SN : Kesan
Penggunaan Kaedah Bermain Sambil Belajar Dalam Proses Pembelajaran Sains
Tahun Empat. Jil 3, hlm 195-209.
Mohd Hanafiah Bin Yusof, Zainal Abidin Bin Harun, Rashid Bin Ibrahim & Drs Alias
Bin Omar (2002). Jurnal Penyelidikan Pendidikan Guru : Amalan Pengurusan
Bengkel Kemahiran Hidup : Satu Kajian Tinjauan Di Sekolah- Sekolah Rendah Di
Negeri Terengganu. Jil 4, hlm 28-33.
Muniroh Bt Mahmud (2004). Jurnal Kajian Tindakan Pelajar KSPK : Meningkatkan
Kemahiran Pelajar Menggunakan Alatan Tangan Bagi Pelajar Tingkatan Satu.
Maktab Perguruan Perlis. Hlm 51-67

Noriati A.Rashid, Boon Pong Ying & Sharifah Fakhriah Syed Ahmad (2009). Siri
Pendidikan Guru : Murid dan Alam Belajar. Oxford Fajar Sdn Bhd.
Salleh (1999). Masalah pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak berkeperluan
khas dalam pendengaran. Selangor Darul Ehsan. Universiti Putra Malaysia.
Azmi

Bunawan

(2007).

Tinjauan

Terhadap

Keberkesanan

Perlaksanaan

Pengurusan Bengkel Oleh Guru-guru Kemahiran Hidup di Sekolah-sekolah


Daerah Batu Pahat, Johor. Universiti Teknologi Malaysia: Tesis Sarjana
Muda.
Haliza Hamzah & Joy Nesamalar Samuel (2009). Siri Pendidikan Guru : Pengurusan
Bilik Darjah dan Tingkah Laku. Oxford Fajar Sdn. Bhd
Rafiy, S. (2002). Persepsi pelajar terhadap amalan keselamatan semasa melakukan
kerja-kerja amali di dalam bengkel automotif. Kuala Lumpur: Universiti
Teknologi Malaysia.
Kartini Abdul Mutalib, Ahamad Shabudin Yahaya, Rosli Sahat & Badrul Hisham Alang
Osman (2012). Menguasai Penyelidikan Tindakan : Untuk PISMP dan DPLI.
Institut Pendidikan Guru KPM, Kampus Ipoh, Perak.
Mok Soon Sang (2010). Penyelidikan dalam Pendidikan: Perancangan dan
Pelaksanaan Penyelidikan Tindakan, Selangor. Penerbitan Multimedia Sdn.
Bhd.
Mok Soon Sang (2010). Penyelidikan dalam Pendidikan: Perancangan dan
Pelaksanaan Penyelidikan Tindakan, Selangor. Cipta Printing & Publishing :
Perak.

Radzallu dan Amran (2002). Amalan Keselamatan Bengkel di kalangan pelajar


kursus amalan bengkel mesin di Sekolah Menengah Teknik Kemaman,
Terengganu : satu tinjauan. Universiti Teknologi Malaysia : Tesis Sarjana
Muda.
Hammadi dan Rafiy (2002) (2000). Amalan Peraturan Keselamatan Bengkel di
Kalangan Pelajar 4 STP (Kejuruteraan Awam/ Jentera/ Elektrik/ Kemahiran
Hidup) di Fakulti Pendidikan, UTM, Skudai: Satu Tinjauan. Universiti Teknologi
Malaysia : Tesis Sarjana Muda.

McMohan & Forehand (1998). Third Edision : Treatment Of Childhood Disorder.


A Division of Guilford Publications, INS, New York, NY.
Ghaziah Mohd. Ghazali, Nabilah Abdullah, Shireena Basree Abdul Rahman, Rohaya
Abdul Wahab, &Norshidah Nordin. (2010). Dlm Noraini Idris (Ed.), Penyelidikan
dalam pendidikan (pp.305-344). Kuala Lumpur : Mc Graw Hill.

Mohd Majid Konting (1998) Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Dewan Bahasa dan
Pustaka

5 SUMBER PALING RELEVEN


PERTAMA
Ahmad Zharif bin Azali (2013). BEO : Permainan Bagi Membantu Murid Untuk
Menguasai Topik Tanaman Hiasan Tahun 4. Institut Pendidikan Guru Kampus
Pendidikan Teknik, Bandar Enstek, Negeri Sembilan.
PERKARA
Nama Sumber
Judul

ULASAN
Kajian Lepasan Guru Pelatih 2013
BEO : Permainan Bagi Membantu Murid Untuk

Menguasai Topik Tanaman Hiasan Tahun 4


Nama Penulis
Ahmad Zharif bin Azali
Jenis dan Tujuan Kajian Kajian Penyelidikan Tindakan
Kaedah
Pengumpulan a. Temu bual
data dan Analisis Data

b. Pemerhatian
c. Ujian pra dan pos
d. Soal selidik
Pengkaji menganalisis data yang diperolehi melalui maklum
balas responden terhadap ujian pra dan pos serta soal
selidik.

Pengkaji menganalisis data melalui temu bual berstruktur


(soalan tertutup dan terbuka) yang dijalankan ke atas murid
iaitu sebelum dan selepas penggunaan kaedah bermain
sambil belajar (BEO) dalam pembelajaran Kemahiran
Hidup semasa pembelajaran teori.
Pengkaji

menganalisis

data

melalui

nota

lapangan

bergambar yang bertujuan untuk mengumpul minat murid


semasa pemerhatian dijalankan. Gambar dan rakaman
video diambil bagi melihat perbezaan penglibatan murid
Dapatan Kajian

semasa melakukan aktiviti bermain sambil belajar (BEO).


Murid menunjukkan minat yang tinggi terhadap permainan
BEO (BINGO EASY OBSERVATION) yang diperkenalkan.
Permainan menjadi makin mencabar dan menyeronokkan
kerana tahap kesukaran BEO dinaikkan oleh pengkaji.
Namun, pengubahsuaian perlu dilakukan bagi meningkatkan
kualiti permainan BEO dari segi pembuatan bahan daripada
magnet berbanding kertas untuk gambar-gambar tapak
permainan dan buah pemain untuk mempermudahkan
penyusunan semasa melakukan permainan BEO.

KEDUA
Muhamad Faiz Bin Khir (2013). Keberkesanan Pengaplikasian Kaedah Nyanyian Dan
Animasi Untuk Meningkatkan Kefahaman Murid Peraturan Keselamatan
Bengkel.
Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik, Bandar Enstek, Negeri
Sembilan.
PERKARA
Nama Sumber
Judul

ULASAN
Kajian Lepasan Guru Pelatih 2013
Keberkesanan Pengaplikasian Kaedah Nyanyian Dan

Animasi Untuk Meningkatkan Kefahaman Murid


Peraturan Keselamatan
Nama Penulis
Muhamad Faiz Bin Khir
Jenis dan Tujuan Kajian Kajian Penyelidikan Tindakan
Kaedah
Pengumpulan a. Soal Selidik
data dan Analisis Data

b. Ujian pra dan ujian pasca


Pengkaji menganalisis data yang diperolehi melalui maklum
balas responden terhadap soal selidik yang dibahagikan
kepada 3 bahagaian iaitu bahagian A, B dan C.
Bahagian A merupakan soal selidik yang menghuraikan
latar belakang responden meliputi komponen jantina,
bangsa, lokasi kediaman, sektor pekerjaan ibu bapa,
pendapatan ibu bapa. Pengkaji menganslisi data yang
dikumpul mengenai latar belakang murid atas tujuan
melihat sama ada latar belakang murid mempengaruhi
kesukaran

murid

dalam

memahami

topik

peraturan

keselamatan bengkel (demografi dan tahap pendidikan yang


diberikan)
Bahagian B merupakan soal selidik yang ditadbir sebelum
sesi P d P yang bertujuan mengenal pasti gaya pembelajaran
dan minat responden terhadap mata pelajaran KH. Pengkaji
dapat menganalisis tahap kesukaan murid terhadap subjek
KH serta jenis gaya pembelajaran yang menarik minat dan
perhatian murid dalam mempelajari subjek ini.
Bahagian C merupakan soal selidik yang ditadbir bagi
mengenal pasti keberkesanan kaedah yang digunakan
kepada responden dalam mempelajari topik peraturan
keselamatan bengkel. Skala 1-5 disediakan dan akan ditanda
oleh responden. Pengkaji menganalisis data menggunakan
carta dan kaedah peratusan. Peratusan yang paling tinggi

dalam skala 4 dan skala 5 menunjukkan responden berminat


terhadap kaedah yang dijalankan.
Ujian Pra dan Ujian Pasca dijalankan untuk menguji tahap
ingatan dan pemahaman murid tentang topik yang telah
dipelajari. Melalui ujian responden ini, pengkaji dapat
menganalisis dan memperolehi gambaran tahap kefahaman
murid tentang topik yang diuji iaitu apakah tindakan susulan
yang perlu dilakukan bagi mengatasi masalah ini.
Dapatan Kajian

Pelaksanaan kaedah
mempelajari

topik

mempengaruhi

nyanyian dan animasi dalam


Peraturan

Keselamatan

Bengkel

dan

meningkatkan

motivasi

minat

responden bagi mempelajari topik ini. Hal ini kerana murid


berpeluang mempelajari isi pelajaran dengan cara didik
hibur serta pengaplikasian kaedah auditori (lagu) dan visual
(animasi) dalam

mempersembahkan lagu membolehkan

murid memproses maklumay dengan

lebih cepat, kekal

lama dan meningkatkan tahap pembelajaran murid.


KETIGA
Hj. Abd Rahim bin Hj. Marzuki, Hj Amir bin Hj Omar & Hjh Rusni bt Hj. Abdullah
(2006). Jurnal Penyelidikan IPDA : Pelaksanaan Program Ekonomi Token
Dalam Mengurangkan Tingkah Laku Bermasalah Murid Pemulihan : Satu Kajian
Kes. Jabatan Bimbingan dan Kaunseling, IPDA. Jil 13. hlm 1-13.

PERKARA
Nama Sumber
Judul

ULASAN
Jurnal IPDA 2006,
Pelaksanaan
Program

Ekonomi

Token

Dalam

Mengurangkan Tingkah Laku Bermasalah Murid Pemulihan


Nama Penulis

: Satu Kajian Kes


Hj. Abd Rahim bin Hj. Marzuki, Hj Amir bin Hj Omar &
Hjh Rusni bt Hj. Abdullah

Jenis dan Tujuan Kajian Kajian Kes


Kaedah
Pengumpulan a. Senarai Semak
data dan Analisis Data

b. Pemerhatian
c. Temu Bual
d. Rekod Penerimaan Token

Pengkaji menganalisis data daripada senarai semak dan


rekod penerimaan token. Senarai semak ialah senarai semak
tingkah laku murid yang akan diisi oleh pengkaji pada awal
program dan diisi sekali lagi pada akhir program selepas
diaplikasi program ekonomi token (melibatkan cara
mengumpul data pemerhatian). Dari situ, pengkaji dapat
menganalisis perubahan tingkah laku murid. Rekod
penerimaan token yang makin meningkat bagi setiap
individu juga merupakan data yang akan digunakan oleh
pengkaji untuk menganalisis kesesuaian program ini dalam
mengubah tingkah laku murid serta memberi gambaran
mengenai penglibatan murid sama ada terlibat sepenuhnya
atau hanya sambil lewa sahaja.
Temu bual secara tidak formal dan tidak berstruktur telah
dijalankan

untuk

mendapatkan

pengetahuan

murid

mengenai program ekonomi token yang akan dijalankan


serta bertujuan menentukan pemilihan ganjaran yang
ditawarkan untuk perubahan tingkah laku yang tertentu.
Dari sini, pengkaji dapat menganalisis minat murid terhadap
program ekonomi token sama ada sudah biasa dengan
rangsangan ini atau sebaliknya.
Dapatan Kajian

Berdasarkan pemerhatian yang dibuat, pengkaji mendapati


terdapat perubahan tingkah laku yang jelas dalam kelima-

lima

sampel

beliau.

Walaubagaimanapun,

terdapat

kecenderungan untuk tingkah laku lama meningkat semula


selepas

bercuti.

Kajian

diakhiri

dengan

cadangan

penambahbaikan yang boleh dikaji oleh pengkaji lain dalam


menangani masalah murid akan bertingkah laku tidak baik
semula selepas bercuti.
KEEMPAT
Fauziah Md. Jaafar (2010). Penyelidikan :Keberkesanan Pengajaran dan Pembelajaran
Bidang Pendidikan, Kolej Sastera dan Sains, Universiti Utara
Malaysia
PERKARA
Nama Sumber
Judul
Nama Penulis
Jenis
dan
Tujuan
Kajian
Kaedah Pengumpulan
data dan Analisis Data

ULASAN
Penyelidikan
Keberkesanan Pengajaran dan Pembelajaran
Fauziah Md. Jaafar
Penyelidikan Tindakan
Mengumpul maklumat melalui buku-buku, jurnal dan akses
internet. Berikurt merupakan contoh sumber yang diperoleh
oleh beliau
a. Anna Craft. 2000, Creativity AcrossThe Primary
Curriculum, Routledge Group : London. (BUKU)
b. Mohd Nazri Abdul Rahman & Salina Abdullah
Sangguro, 2006, Jurnal ILMIAH SPA jld 1: MyCard:
Pengajaran Berlajar Sambil Bermain, JPN Sabah
(JURNAL)
c. Huitt.W.&Hummel.J.2003.CognitiveDevelopment.
Learning Pyramid,
http://studyprof.com/blog/2008/05/08/the-learningpyramid/ dimuat turun pada 23 Oktober 2009.
(AKSES INTERNET)

Dapatan

Penulis menyatakan amalan terbaik guru untuk meningkatkan

kualiti

pendidikan

adalah

melalui

pengajaran

dan

pembelajaran berkesan. Guru perlu berkemahiran dalam


pengajaran dan pembelajaran yang merangkumi aspek
perancangan dan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran
yang dapat menjamin kemajuan pelajar secara optimum.
Merujuk kepada Dasar Penyataan Standard Tinggi Kualiti
Pendidikan Malaysia (2001), elemen yang perlu dikuasai oleh
setiap guru untuk menjadikan pengajarannya berkesan
meliputi kesesuaian pendekatan, kaedah dan teknik yang
dapat melibatkan murid secara aktif, bahan sokongan yang
relevan dengan tahap pencapaian semasa, potensi dan
kemajuan murid serta penilaian dan penambahbaikan P&P
yang secara berterusan.
Selain itu, penulis juga menekankan 2 kenyataan yang
diutarakan oleh 2 orang tokoh pendidikan yang tidak lagi
asing kepada orang ramai. Berikut merupakan nama tokoh
dan kenyataan yang disampaikan oleh mereka :
Pendidik yang berdedikasi dan sentiasa bersedia
menerima perubahan, adalah pemangkin kepada
transformasi dalam memenuhi agenda pendidikan ke
arah melahirkan modal insan yang cemerlang.
(Muhyidin Yasin, 2009)
Guru yang memiliki ciri sentiasa berusaha
meningkatkan kualiti hasil pengajaran, berupaya
membentuk perwatakan murid dengan pelbagai
keteguhan nilai diri (bermoral, berakhlak mulia,
berketrampilan, pandai menyesuaikan diri dengan
situasi tertentu).
(Dato' Dr. Abdul Shukor Abdullah, 1999)
Oleh yang demikian, melalui dapatan penyelidikan beliau

dapat disimpulkan bahawa guru memainkan peranan yang


penting dalam mewujudkan kaedah dan teknik P d P yang
bersesuaian, menyeronokkan dan

dapat melibatkan murid

secara optima.
KELIMA
Lau Ging Lim (2009). Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP SN : Kesan
Penggunaan Kaedah Bermain Sambil Belajar Dalam Proses Pembelajaran Sains
Tahun Empat. Jil 3, hlm 195-209.
PERKARA
Nama Sumber
Judul

ULASAN
Koleksi Artikel
Kesan Penggunaan Kaedah Bermain Sambil Belajar Dalam

Proses Pembelajaran Sains Tahun Empat


Nama Penulis
Lau Ging Lim
Jenis dan Tujuan Kajian Jurnal
Kaedah
Pengumpulan Kaedah mengumpul data
data dan Analisis Data

a.Temu Bual
b. Pemerhatian
c. Ujian Pra dan Pos
Teknik menganalisis data
a. Analisis kandungan
b. Analisis Deskriptif Statistik
Analisis kandungan digunakan untuk menganalisis data
kualitatif dan kuantitatif, seperti data temu bual, nota
lapangan, gambar dan rakaman video yang dirakamkan.
Bagi langkah analisis kandungan data temu bual secara
kualitatif dan kuantitatif, pengkaji telah memberi tumpuan
kepada maklumat penting dalam transkrip temu bual.
Selain itu, pengkaji juga menganalisis kandungan gambar
dan rakaman video yang telah dirakam sebelum dan selepas
menggunakan kaedah bermain sambil belajar. Dengan itu,
pengkaji dapat memerhati dan membuat interpretasi

terhadap tingkah laku murid yang berhubung dengan


persoalan kajian pengkaji iaitu berkaitan dengan minat dan
penglibatan murid dalam pembelajaran Sains.
Bagi analisis deskriptif statistik pula, teknik ini digunakan
untuk menganalisis data kuantitatif, seperti data yang
dikumpul melalui borang senarai semak bagi pemerhatian.
Nilai min bagi setiap item dikira untuk menunjukkan
perubahan kadar penglibatan peserta kajian tanpa dan
dengan menggunakan kaedah bermain sambil belajar.
Analisis deskriptif statistik juga digunakan untuk mengira
nilai min bagi keputusan ujian pra dan ujian pos sebelum
dan selepas menggunakan kaedah bermain sambil belajar.
Kaedah

ini

dapat

menunjukkan

perubahan

dalam

pencapaian responden kajian dalam pembelajaran Sains.


Dapatan Kajian

Selepas kaedah bermain sambil belajar, minat murid dalam


mata pelajaran Sains berjaya ditingkatkan. Masalah ingatan
dan penguasaan murid dalam konsep Sains juga telah
berjaya ditingkatkan.

TUGASAN 2
Sepanjang 2 bulan berpraktikum di Sekolah Kebangsaan Taman Rasah Jaya,
masalah ketidakpekaan murid terhadap amalan peraturan keselamatan bengkel semasa
pelaksanaan kerja amali telah menarik perhatian dan keprihatinan saya ke atas
keselamatan murid-murid. Maka, perkara ini telah mendorong saya untuk menjadikan isu
ini sebagai fokus kajian.
Bagi menyelesaikan masalah ini, saya telah mendapat sumber yang relevan dan
ada hubungkait dengan kajian saya. Pertama sekali, apabila membaca kajian-kajian
lepasan guru pelatih, saya telah memperolehi sebuah kajian lepasan guru pelatih
Muhamad Faiz Bin Khir (2013) yang fokus kajiannya hampir sama dengan saya iaitu
murid-murid tidak mematuhi peraturan keselamatan bengkel sebelum, semasa dan
selepas amali. Kumpulan sasaran pengkaji ialah murid Tahun 4 dan punca kelalaian
murid terhadap peraturan keselamatan yang diutarakan oleh pengkaji ialah murid tidak
faham peraturan keselamatan yang telah diajarkan kepada mereka. Oleh yang demikian,
pengkaji telah mengaplikasikan kaedah nyanyian dan animasi dalam meningkatkan
kefahaman murid terhadap peraturan keselamatan.
Kajian pengkaji yang menghadapi masalah yang sama dengan saya telah menarik
perhatian saya supaya melihat sejauh mana keberkesanan kaedah yang diaplikasikan oleh
pengkaji berjaya meningkatkan kefahaman murid. Walaubagaimanapun, punca yang
menyebabkan murid saya tidak mematuhi peraturan keselamatan bengkel adalah tidak
sama dengan pengkaji iaitu murid-murid saya tidak peka terhadap amalan keselamatan
bengkel yang patut diamalkan oleh mereka sebelum masuk ke bengkel, semasa
menjalankan amali di bengkel dan selepas menjalankan amali dan ingin meninggalkan
bengkel. Oleh yang demikian, saya telah merujuk cara pengolahan pengkaji dalam
refleksi pengamalan lalu, fokus kajian, objektif-objektif yang telah dikenal pasti oleh
pengkaji serta perancangan pengkaji dalam mengumpul data. Hal ini kerana masalah
yang dihadapi oleh pengkaji dan saya sendiri adalah sama, cuma punca yang diutarakan
adalah berbeza dan kaedah yang diaplikasikan perlu bersesuaian dengan tahap murid
saya.

Sumber kedua yang dirujuk oleh saya ialah penyelidikan yang bertajuk
keberkesanan pengajaran dan pembelajaran yang diselidik oleh Fauziah Md. Jaafar
(2010). Beliau mengutarakan mengenai keberkesanan P d P yang sememangnya banyak
bergantung kepada guru yang berkesan amalan pedagogi dan dapat melakukan
perancangan P d P yang sistematik serta disokong dengan pendekatan, kaedah dan teknik
yang berkesan dan sesuai dengan tahap murid. Malahan, aktiviti yang dijalankan perlu
memaksimumkan penglibatan murid dalam aktiviti tersebut kerana setiap murid
mempunyai hak dan peluang belajar yang sama rata.
Oleh yang demikian, penyelidikan ini telah membuka minda saya bahawa guru
memainkan peranan penting dalam mengaplikasikan kaedah dan teknik yang berkesan,
memberi impak dan menyentuh jiwa murid. Oleh yang demikian, saya telah melakukan
temu bual terhadap murid-murid saya mengenai cara pengajaran yang diminati mereka
dalam mempelajari sesuatu ilmu baharu. Maklum balas yang diberikan oleh mereka
membolehkan memikirkan alternatif yang sesuai kepada murid-murid saya iaitu sambil
mereka mempelajari amalan keselamatan bengkel, mereka juga tidak ketinggalan dalam
topik-topik lain.
Selepas mengetahui keberkesanan P d P dan kaedah yang diminati oleh kumpulan
sasaran, saya juga memikirkan alternatif yang perlu dimasukkan sekali dalam kaedah
saya bagi merangsang murid saya supaya terus berusaha dalam melakukan perubahan
dalam tingkah laku mereka. Oleh yang demikian, sumber ketiga yang dirujuk oleh saya
ialah Jurnal Penyelidikan IPDA: Pelaksanaan Program Ekonomi Token Dalam
Mengurangkan Tingkah Laku Bermasalah Murid Pemulihan : Satu Kajian Kes. Melalui
pembacaan jurnal penyelidikan ini, saya mendapati bahawa masalah tingkah laku yang
ditonjolkan oleh murid boleh diselesaikan dengan program ekonomi token iaitu pada
mulanya murid akan didedahkan dengan menu ganjaran dan cara perolehan dan
penarikan token bergantung kepada perubahan tingkah laku yang ditunjukkan oleh
mereka dan keberkesanan program ini berjaya mengubah tingkah laku murid pemulihan.
Melalui idea yang diutarakan oleh Hj. Abd Rahim bin Hj. Marzuki, Hj Amir bin
Hj Omar & Hjh Rusni bt Hj. Abdullah di atas, saya akan mengambil idea beliau iaitu
memberi ganjaran kepada murid-murid saya. Saya akan mewujudkan sesuatu kaedah
yang berbentuk permainan dalam meningkatkan kepekaan murid-murid saya terhadap

amalan peraturan keselamatan bengkel yang perlu dipatuhi oleh mereka tanpa
mengabaikan pelaksanaan P d P bagi topik-topik lain. Tindakan saya ini juga amat
disokong oleh Lau Ging Lim dalam jurnal beliau yang berjudul kesan penggunaan
kaedah bermain sambil belajar dalam proses pembelajaran Sains Tahun Empat (sumber
keempat), di mana apabila murid bermain, murid akan membina ilmu pengetahuan dalam
diri mereka : Teori Konstruktivisme dan hasilnya murid akan menjadi lebih berminat
terhadap mata pelajaran yang dipelajari serta ingatan dan penguasaan murid akan dapat
ditingkatkan.
Tambahan pula, bagi mendorong murid saya

agar bersemangat dalam

meningkatkan kepekaan mereka terhadap amalan keselamatan bengkel, ganjaran carta


hati akan diberikan oleh guru kepada mereka dalam bentuk maujud dan apabila muridmurid dapat menjawab kesemua soalan yang diuji, dan murid-murid dikehendaki
melekatkan carta hati tersebut dalam satu kertas kemajuan yang dibuat oleh guru
sendiri. Sekiranya murid berjaya mengaplikasikan amalan keselamatan bengkel yang
dipelajari dalam situasi sebenar (melalui pemerhatian guru), ganjaran satu carta hati
akan diberi lagi. Murid yang mendapat carta hati terbanyak dalam tempoh yang tertentu
akan digelar sebagai Pakar RBT. Hal ini bermaksud, selain idea program ekonomi
token berbentuk carta hati yang telah diinovasikan oleh saya, murid-murid juga akan
bersaing agar bertingkah laku baik dalam mengumpul carta hati mereka ke arah
mencapai gelaran Pakar RBT.
Sumber kelima yang dirujuk oleh saya dan memberi idea kepada saya ialah kajian
lepasan guru pelatih, Ahmad Zharif bin Azali (2013) yang bertajuk BEO : Permainan
Bagi Membantu Murid Untuk Menguasai Topik Tanaman Hiasan Tahun 4. Melalui
dapatan kajian beliau, permainan BEO iaitu (BINGO EASY OBSERVATION) berjaya
menarik minat murid dan murid menunjukkan keseronokkan dalam aktiviti yang
dijalankan. Apabila pengkaji meningkatkan tahap kesukaran permainan BEO, muridmurid bertambah teruja dan hal ini telah merangsang murid untuk terus meneroka
BINGO yang perlu diselesaikan oleh mereka.
Oleh yang demikian, idea yang diutarakan oleh pengkaji telah meyakinkan saya
bahawa lumrahnya murid berkebolehan belajar melalui bermain. Kenyataan ini juga
disokong oleh Montessori iaitu kanak-kanak perlu bermain untuk meningkatkan daya

kognitifnya dalam situasi dan keadaan yang sebenar. Oleh yang demikian, saya
bercadang menggunakan kaedah permainan BTC iaitu (BREAK THE CODE) dalam
mengkaji keberkesanannya dalam meingkatkan kepekaan murid saya terhadap peraturan
dan amalan keselamatan bengkel.
Kaedah permainan BTC juga akan ditingkatkan berpandukan tahap penguasaan
murid iaitu dari am dan diri sehingga khusus apabila murid-murid telah berjaya
menguasai dan mengaplikasi peraturan am dan diri dengan baik. Kesukaran boleh juga
divariasikan bukan sahaja dalam saolan yang semakin sukar, tetapi juga boleh
ditingkatkan dari segi tempoh masa yang diberikan untuk murid menyelesaikan soalan
yang diuji menjadi semakin singkat ataupun wujudkan situasi ataupun misi yang perlu
diselesaikan oleh mereka dalam menggalakkan mereka cepat menyelesaikan soalan yang
diuji. Walaubagaimanapun, keberkesanan kaedah permainan BTC diharapkan dapat
meningkatkan kepekaan murid terhadap peraturan dan amalan keselamatan bengkel yang
perlu dikuasai oleh murid serta murid perlu dimotivasi mengaplikasikan ilmu yang
diperolehi mereka dalam situasi sebenar iaitu semasa di bengkel, semasa amali dan
sebagainya.
Tuntasnya, pembacaan yang saya lakukan ke atas kelima-lima sumber-primer
yang diulas di atas tadi sangat membantu saya dalam mengenal pasti masalah yang
dihadapi dan membantu saya memikir dan sumbang saran kaedah sesuai yang boleh
diaplikasikan oleh saya dalam menangani masalah ini. Saya berharap melalui pembacaan
ini mampu membimbing saya dalam mewujudkan kaedah yang berkesan dan kajian
tindakan yang holistik dan menyeluruh.

1 PENDAHULUAN

PENGENALAN

1.0 PENGENALAN
Sejajar dengan pembangunan negara dalam bidang ICT dan selaras dengan
hasrat kerajaan untuk melahirkan pelajar yang berinovatif dan kreatif,
terutamanya dalam bidang kemahiran, memerlukan proses pengajaran dan
pembelajaran yang berkesan dan sistematik serta bersesuaian dengan kebolehan
pelajar.
Mata pelajaran Kemahiran Hidup (KH) merupakan sebahagian daripada
usaha pendidikan ke arah mempertingkat kemahiran teknologi dan keusahawanan
supaya murid dapat menjalankan kerja-buat-sendiri yang mudah seperti
pemasangan, mereka cipta, baik pulih, penyenggaraan, jahitan, tanaman,
kecenderungan berurusniaga dan mengamalkan sikap dan budaya kerja yang baik.
Kajian tindakan ini bertujuan menyelesaikan masalah ketidakpekaan
murid dalam mematuhi peraturan dan amalan keselamatan bengkel kemahiran
hidup yang juga secara langsung dapat mengatasi masalah disiplin seperti tidak
mempunyai perasaan tanggungjawab dalam diri dan nilai kerjasama.
Pemerhatian awal dibuat mendapati para murid tidak peka terhadap
peraturan dan amalan keselamatan bengkel semasa menjalankan aktiviti amali di
dalam bengkel Kemahiran Hidup.

Sebagai guru pelatih yang menjalani

praktikum, masalah ini boleh diatasi berdasarkan kreativiti yang dimiliki oleh
guru. Menurut Mohd Salleh Lebar (1999), peranan guru adalah penting bagi
membolehkan sebahagian besar murid tertarik dengan mata pelajaran yang diajar.
Menurut Hj Abd Rahman bin Hj Marzuki (2006), tingkah laku bermasalah
boleh dikawal dengan menggunakan strategi pengurusan tingkah laku yang sesuai

iaitu program ekonomi token. Maka, kajian ini telah menggunakan pendekatan
pengumpulan token berbentuk carta hati yang diaplikasikan kaedah bermain
sambil belajar iaitu BTC (BREAK THE CODE) dalam usaha membolehkan
murid mempelajari peraturan dan amalan keselamatan bengkel semasa proses
pengajaran dan pembelajaran KH dijalankan.
Idea bermain ini disokong oleh Ahmad Zharif bin Azali, guru lepasan
Ijazah IPG KPT dalam kajiannya BEO (BINGO EASY OBSERVATION) yang
mengutarakan kaedah bermain dapat menarik minat murid kerana memang
lumrah kanak-kanak dalam pemikiran cenderung bermain. Bahkan, menurut
Piaget (1962), bermain melibatkan pembelajaran merentasi tiga domain, iaitu
kognitif, sosial dan psikomotor serta memberi peluang kepada kanak-kanak
meluahkan idea, perasaan dan emosi. Oleh itu, kaedah permainan BTC yang
melibatkan pembelajaran soalan-soalan yang berkaitan dengan peraturan dan
amalan keselamatan bengkel yang disokong lagi dengan pemberian carta hati
sebagai ganjaran dipercayai mampu meningkatkan kepekaan murid terhadap
amalan peraturan keselamatan bengkel semasa di bengkel dan sewaktu amali
sekaligus menangani masalah disiplin yang lain.

1.1 Refleksi Pengalaman Lalu


Bermulanya hari pertama saya berpraktikum di salah sebuah sekolah yang
bertempat di daerah Seremban iaitu pada 2 Februari 2015 sehingga 12 minggu
yang berikutnya, ia merupakan praktikum kali ketiga saya sebagai guru pelatih.
Sebagai seorang guru pelatih yang jurusan major dalam mata pelajaran
Kemahiran Hidup, saya telah meneruskan sesi pengajaran guru yang sebelumnya
dan kini mengajar topik asas teknologi serta menjalankan aktiviti amali yang
melibatkan pemasangan bas sekolah untuk murid Tahun 4 Rajin.
Maka, saya mendapati terdapat satu masalah besar dalam kalangan muridmurid iaitu mereka tidak peka terhadap aspek peraturan dan amalan keselamatan
bengkel yang perlu dipatuhi semasa menjalani aktiviti amali dalam bengkel
kemahiran hidup walaupun topik Peraturan Keselamatan Bengkel telah
didedahkan pada sesi P d P yang lalu dan aspek keselamatan juga diberitahu awal

oleh saya sendiri sebelum aktiviti amali dimulakan. Perkara ini perlu
dititiberatkan kerana keselamatan adalah perkara penting yang perlu dipatuhi oleh
semua pihak (Azmi, 2007). Malahan, menurut Dewan Masyarakt (1994), akta dan
peraturan dibuat bagi mengelakkan kemalangan daripada berlaku.
Daripada masalah di atas, saya telah membuat pemerhatian awal dengan
melihat dari sudut pematuhan peraturan dan amalan keselamatan bengkel dari
sebelum, semasa proses, dan selepas menjalankan aktiviti amali dalam kelas 4
Rajin. Terdapat satu masalah yang berlaku sebelum kelas P d P dijalankan iaitu
murid-murid masuk ke dalam bengkel tanpa kebenaran guru meskipun rutin dan
peraturan bengkel telah diberitahu oleh guru dan dipersetujui oleh semua murid
semasa sesi pertemuan yang lalu.
Seterusnya, perkara kedua yang mencuri perhatian saya semasa
menjalankan aktiviti amali ialah ketidakpekaan murid dalam mengamalkan
peraturan dan amalan keselamatan bengkel semasa amali meskipun mereka sedia
maklum peraturan keselamatan bengkel yang perlu diikuti oleh mereka.
Contohnya, murid-murid bergurau dan bermain dengan rakan lain sambil
memegang alatan tangan yang tajam dan ada juga kumpulan yang tidak
bekerjasama dalam menyiapkan kerja amali. Bahkan, saya juga sempat memerhati
apabila selesai menjalankan aktiviti amali, keadaan bengkel kelihatan tidak
terurus iaitu murid-murid tidak meletakkan kembali kerusi di atas meja dan alatan
tangan tidak diletakkan di tempat asal. Keadaan ini sungguh berbeza dengan
keadaan bengkel ideal yang diutarakan oleh Radzallu dan Amran (2002) yang
menyatakan peralatan tangan dan mesin-mesin dalam makmal dan bengkel perlu
dijaga, disimpan dan diselenggara kerana mempunyai jangka hayat tertentu.
Menurut Hammadi dan Rafiy (2002), kebanyakan kemalangan berlaku
disebabkan oleh kecuaian manusia sendiri, jadi masalah-masalah yang diutarakan
di atas tidak boleh dipandang enteng. Sebelum mencari punca masalah, saya
melakukan refleksi diri sama ada masalah ini berpunca daripada diri sendiri
seperti arahan yang kurang jelas ataupun disebabkan penetapan peraturan dan
rutin yang membebankan. Namun, apabila ditanya pada beberapa orang murid,
mereka menyatakan peraturan dan rutin yang dipersetujui bersama mudah

difahami dan tidak membebankan. Maka, saya telah mengambil inisiatif dengan
merujuk masalah ini kepada ketua guru panitia Kemahiran Hidup, dan maklum
balas yang beliau berikan ialah murid-murid di sekolah ini memang kurang peka
dengan peraturan sekolah yang perlu dipatuhi meskipun sering diingatkan oleh
guru-guru di sekolah serta pengalaman beliau mengajar subjek kemahiran hidup
di sekolah ini selama 10 tahun juga menyatakan trend murid-murid di sekolah ini
sememangnya tidak begitu peka terhadap kepentingan mematuhi peraturan dan
amalan keselamatan bengkel yang mengundang kepada berlakunya masalahmasalah disiplin kerana kurangnya perasaan tanggungjawab dalam diri mereka.
Menurut Zimbanwe Integrated Teacher Education Course (2000),
pembelajaran harus menyebabkan seseorang individu berubah tingkah lakunya.
Hal ini dapat disokong oleh model Ewell (1997) dalam prinsip-prinsip
pembelajaran yang meliputi prinsip penglibatan aktif murid, konstruktivisme,
pembelajaran informal seperti bermain, maklum balas berterusan dari segi
award dan motivasi serta suasana yang menyeronokkan dapat mempengaruhi
penguasaan pengetahuan, perkembangan kemahiran dan kompetensi murid. Oleh
yang demikian, saya telah mengaplikasikan kaedah permainan BTC (BREAK
THE CODE) yang melibatkan pengumpulan carta hati iaitu murid-murid
dikehendaki menjawab soalan-soalan berkenaan dengan peraturan dan amalan
keselamatan bengkel dan seterusnya mengamalkannya dalam situasi sebenar bagi
memperolehi carta hati seberapa banyak yang boleh.
Untuk meningkatkan keseronokkan dan minat murid, saya bercadang
menjadikan kaedah permainan BTC saya lebih mencabar dan responden yang
terlibat akan berusaha mendapat gelaran PAKAR RBT pada akhir perjuangan,
iaitu murid yang memungut paling banyak carta hati akan dinobatkan sebagai
PAKAR RBT.

2.0 FOKUS KAJIAN

2.1 TINJAUAN DAN ANALISIS MASALAH


Melalui refleksi pengalaman lalu yang dilakukan melalui analisis saya,
didapati terdapat banyak kekurangan dan masalah yang dihadapi ketika sesi amali
dilaksanakan bermula dari proses sebelum P d P, semasa dan selepas aktiviti amali
selesai. Isu-isu tersebut adalah seperti berikut :
(i) Sebelum amali - murid-murid masuk ke dalam bengkel tanpa kebenaran guru.
(ii) Semasa amali - murid-murid bergurau dan bermain dengan rakan lain sambil
memegang alatan tangan yang tajam dan tidak bekerjasama
dalam kumpulan.
(iii) Selepas amali - murid-murid tidak meletak kembali kerusi di atas meja
dan alatan tangan tidak diletakkan di tempat asal
Merujuk kepada masalah yang berlaku iaitu fokus kajian (masalah amali)
dalam kajian ini, saya berinisiatif untuk memperbaiki kesilapan murid-murid dan
memastikan mereka tidak terus mengamalkan sikap ketidakpekaan dan tidak
bertanggungjawab lagi. Menurut Haliza Hamzah & Joy Nesamalar Samuel
(2009), beliau mencadangkan supaya guru memilih kaedah yang boleh memberi
kesan yang mendalam bukan sahaja kepada kefahaman pelajar yang diajar, malah
memberi kesan kepada jiwa dan menyentuh perasaan pelajar. Oleh yang
demikian, saya berinisiatif mempersiapkan diri dalam mewujudkan satu suasana
pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dan menyeronokkan agar muridmurid dapat mengikuti sesi pengajaran yang berkualiti. Hal ini adalah mustahak
dan disokong oleh Mohd Salleh Lebar (1999) yang menyatakan peranan guru
adalah penting bagi membolehkan sebahagian besar murid tertarik dengan
pelajaran yang diajar malah penting dalam memupuk hubungan baik dalam
kalangan rakan sekerja.

Maka ini, saya bercadang untuk mengkaji sejauh mana kaedah permainan
BTC ini memberi impak positif bagi meningkatkan kepekaan murid terhadap
peraturan keselamatan bengkel, iaitu murid-murid akan diletakkan dalam situasi
tertentu dan mereka akan dikehendaki menjawab soalan peraturan dan amalan
keselamatan bengkel bagi mendapatkan kod pesanan yang ingin disampaikan oleh
guru, dalam erti kata lain Break The Code.
Tambahan pula, kaedah ini juga relevan dalam meningkatkan kesedaran
kepentingan tanggungjawab dan kerjasama kumpulan dalam kalangan muridmurid. Malahan, perkara ini secara langsung meningkatkan motivasi murid dan
dapat mengelakkan berlakunya kemalangan dan kecederaan yang tidak diingini
berlaku dalam bengkel. Oleh itu, dengan bermodalkan kreativiti guru
mengendalikan kaedah permainan BTC, permasalahan dapat diatasi dengan
jayanya. Senarai kelebihan pengaplikasian kaedah ini adalah seperti berikut :
1. Menarik minat murid dalam menjawab soalan.
2. Murid akan lebih peka terhadap peraturan dan amalan keselamatan bengkel
yang perlu dipatuhi oleh mereka.
3. Nilai tanggungjawab dan kerjasama dapat dipupuk dalam kumpulan.
4. Murid belajar sambil bermain.
5. Peneguhan positif seperti award-pengumpulan carta hati

dapat

meningkatkan motivasi murid dalam menjawab soalan dan mematuhi


peraturan bengkel yang dipelajari.
Aplikasi kaedah ini juga dilihat mampu digunakan dalam topik-topik
Kemahiran Hidup yang lain, antaranya sub topik Jahitan, masakan, reka bentuk
dan sebagainya mengikut kreativiti guru dalam mempelbagaikan kod pesanan
yang ingin disampaikan, iaitu Break The Cord yang berbagai-bagai.

2.2 KRITERIA PEMILIHAN FOKUS KAJIAN


Bagi pemilihan fokus kajian yang telah dilakukan, beberapa skop telah
dipertimbangkan

bagi

memastikan

kelancaran

pelaksanaan

kajian

dan

menambahbaik mutu pengajaran bagi meningkatkan kepekaan murid dalam


mematuhi peraturan dan amalan keselamatan bengkel. Berikut adalah beberapa
skop kajian yang telah dipertimbangkan.
2.2.1

KEBOLEHTADBIRAN
Fokus ini dipilih sebagai kajian saya kerana ia mudah ditadbir oleh saya

sendiri kerana saya sentiasa berada di bengkel, maka ia adalah lebih mudah untuk
saya melaksanakan pemerhatian terhadap murid sama ada mereka telahpun peka
akan peraturan yang telah ditetapkan semasa berada di dalam bengkel melalui
perubahan tingkah laku mereka. Kaedah yang dilaksanakan ini tidak memerlukan
anggaran kos yang tinggi dan hanya memerlukan kreativiti saya untuk mencipta
kod-kod dan situasi yang menarik dan menyeronokkan serta merangsang murid
untuk cuba BREAK THE CODE dalam ruangan yang disediakan.
Masa yang diperuntukkan untuk menjalankan kajian juga tidak menjadi
masalah kepada saya kerana kajian ini dijalankan sewaktu pengajaran dalam kelas
KH. Malahan, saya bercadang menjalankan aktiviti soal selidik. Soal selidik yang
dicadangkan membolehkan saya mengetahui serba sedikit latar belakang
kumpulan sasaran saya serta keberkesanan kaedah permainan BTC saya. Daripada
pemahaman umum, secara tidak langsung faktor latar belakang murid juga
mempengaruhi sikap murid itu sendiri sama ada peka akan setiap peraturan atau
pun mengabaikannya.
2.3.2

KEPENTINGAN

Kepentingan kajian ini sememangnya perlu dilaksanakan di sekolah. Ini kerana ia


dapat membantu meningkatkan kepekaan dan kesedaran murid tentang peraturan
dan amalan keselamatan bengkel semasa melakukan projek amali. Malahan, tajuk

ini juga terdapat dalam DSKP Kemahiran Hidup Sekolah Rendah Tahun 4 yang
merupakan asas pengetahuan yang mesti dikuasaioleh murid-murid sebelum
melakukan aktiviti amali yang kian mencabar mahupun untuk pembelajaran
sepanjang hayat.
2.3.3

KEBOLEHGUNAAN

Fokus kajian pengaplikasian kaedah bermain sambil belajar kaedah permainan


BTC dan sistem award dipilih memandangkan kebolehgunaan kaedah ini boleh
diperluaskan kepada guru-guru di kelas lain yang turut menghadapi masalah yang
sama dalam mata pelajaran yang lain. Saya juga bercadang untuk memastikan
kajian ini sesuai dengan tahap dan proses pembelajaran murid, merangsang minat,
tidak membosankan dan boleh digunakan untuk kajian yang seterusnya.
2.3.4

KAWALAN

Kawalan bagi kajian ini mudah dilaksanakan. Antara sebab fokus ini dipilih
adalah kerana kumpulan sasaran mudah dikawal iaitu murid yang merupakan
anak didik saya sendiri. Malahan. saya hanya perlu pastikan penyediaan soalansoalan saya dari mudah sehingga kompleks dan divariasikan, namun tetap
menepati kriteria dan mampu menangani masalah dalam fokus kajian. Antara
kriterianya ialah permainan BTC perlu bercirikan sesuatu yang menyeronokkan
iaitu situasi yang menyeronokkan, soalan yang makin mencabar dengan had masa
yang ditetapkan serta pungutan carta hati yang dapat diperoleh terus oleh murid.
Malahan, sebarang interaksi untuk tujuan melakukan kajian ini bagi
meningkatkan kepekaan responden terhadap peraturan dan amalan keselamatan
bengkel kemahiran hidup adalah lebih mudah dan dapat dikawal selia oleh saya
sendiri.

2.3.5

KOLABORASI

Antara sebab lain saya bercadang memilih fokus kajian ini adalah disebabkan di
sekolah ini, saya mempunyai ramai guru yang berpengalaman dalam mengajar
mata pelajaran Kemahiran Hidup. Maka, proses kolaborasi boleh dilakukan
dengan mudah melalui perbincangan bagi mencari satu cara atau kaedah
pengajaran dan pembelajaran yang terbaik dalam usaha untuk menyelesaikan
masalah yang dihadapi ini.
2.3.6

KERELEVANAN KEPADA SEKOLAH

Sudah semestinya kerelevenan kepada sekolah dapat dilihat dalam peningkatan


kepekaaan murid dalam mematuhi peraturan dan amalan keselamatan bengkel
serta penglibatan murid dalam menjalani aktiviti amali. Malahan, pengaplikasian
kaedah ini boleh diguna pakai oleh semua guru dalam pengajaran topik yang lain.
Adalah penting untuk saya dan guru mata pelajaran Kemahiran Hidup bagi
membantu murid meningkatkan penguasaan terhadap sesuatu kemahiran yang
melibatkan proses amali kerana secara tidak langsung juga hal ini dapat
mengurangkan kadar kemalangan atau kecederaan di dalam bengkel.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN

Setelah kajian ini selesai dijalankan, murid diharap akan mencapai objektif berikut :
3.1 Objektif Umum
Tujuan kajian ini adalah bagi mempertingkatkan kepekaan murid dalam
mengamalkan peraturan dan amalan peraturan keselamatan bengkel. Malahan, kajian
ini juga bertujuan menyemai nilai kepentingan kerjasama dan tanggungjawab dalam
kalangan murid dengan melalui pengaplikasian kaedah bermain sambil belajar
dengan permainan BTC bagi menarik minat murid mempraktikkan peraturan dan
amalan keselamatan bengkel sebelum, semasa dan selepas amali di samping akan
lebih mendorong dalam mempertingkatkan penumpuan murid dalam menguasai
topik-topik lain dalam KH.
3.2 Objektif Khusus
1. Mengenal pasti minat, perasaan, sikap dan kepekaan murid terhadap peraturan
dan amalan keselamatan bengkel sebelum berada di bengkel, semasa
melaksanakan amali di bengkel dan selepas tamat proses amali di bengkel.
2. Meningkatkan minat murid supaya lebih peka terhadap peraturan dan amalan
keselamatan bengkel melalui permainan BTC
3. Meningkatkan penglibatan dan nilai tanggungjawab murid dalam aktiviti
amali secara berkumpulan melalui permainan BTC.

4.0 KUMPULAN SASARAN

Bagi menjalankan kajian ini, saya bercadang memfokuskan terhadap


responden atau murid Tahun 4 Rajin yang mempelajari mata pelajaran Kemahiran
Hidup. Topik 1 RBT iaitu Organisasi Keselamatan Bengkel telah diajar oleh guru
mata pelajaran. Kini, mereka baru menguasai tajuk asas teknologi dan amali
pemasangan bas sekolah telah dilakukan. Jumlah responden atau murid yang
terlibat dalam kajian ini ialah seramai 10 orang.
Pemilihan kumpulan sasaran ini adalah atas sebab-sebab yang tertentu.
Antaranya ialah mata pelajaran Kemahiran Hidup merupakan mata pelajaran baru
yang akan dipelajari oleh murid-murid Tahun 4. Oleh yang demikian, saya
berpendapat pengajaran dan pembelajaran pada permulaan adalah paling penting
dan perlu dikuasai terlebih dahulu iaitu murid perlu peka apa yang perlu diketahui
oleh mereka sebelum maju ke tajuk seterusnya. Malahan, ia juga penentu dalam
memastikan sama ada murid akan terus berminat terhadap mata pelajaran yang
akan dipelajari. Berikut merupakan butiran ringkas responden yang terlibat :
PERKARA
Tahun/ Aras/ Level
Jumlah Responden
Lokasi Responden/ Sekolah

BUTIRAN
Tahun 4 Rajin
10 orang
Sekolah Kebangsaan Taman Rasah Jaya, Seremban.

Jadual 4.0 : Butiran responden yang terlibat

5.0 PERANCANGAN PELAKSANAAN TINDAKAN


5.1 Perancangan Tindakan
Melalui tinjauan awal yang telah dijalankan, murid-murid 4 Rajin menunjukkan
ketidakpekaan dalam mempraktikkan peraturan dan amalan keselamatan bengkel

sebelum masuk ke bengkel, semasa berada dalam bengkel, semasa amali dijalankan dan
selepas amali dilaksanakan. Antara sebabnya ialah mereka memang tidak peka terhadap
peraturan tersebut kerana mereka tidak diberi pendedahan yang memberi impak dalam
diri mereka supaya menitikberat dan mengambil tahu kepentingan peraturan dan amalan
ini dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup. Maka, untuk mengatasi masalah ini, saya
telah menggunakan kaedah bermain sambil belajar dengan mengaplikasikan kaedah
permainan BTC untuk kajian saya. Berikut merupakan bagaimana permainan BTC ini
dimainkan :
Kaedah/ Tindakan : Kaedah Permainan BTC (BREAK THE CODE)
Bahan-bahan yang terlibat :
Soalan Ujian
Break The CoDE

Kertas Kemajuan
Murid

Gambar token Carta


Hati

(Rujuk Lampiran 1)

(Rujuk Lampiran 2)

(Rujuk Lampiran 3)

Cara Pelaksanaan Kaedah Permainan BTC


1. Permainan ini dilakukan secara individu.
2. Bilangan pemain yang boleh mengikuti permainan ini adalah tidak terhad.
3. Pada kali pertama, setiap pemain akan mendapat set soalan ujian BREAK THE
CODE.
4. Untuk kali pertama, set soalan ujian yang diuji berkaitan dengan peraturan am
dan diri yang mudah dan murid diberi masa untuk menyiapkan soalan tersebut,
namun perlu berusaha untuk BREAK THE CODE dalam ruangan yang
disediakan.
5. CODE bagi kali pertama yang perlu dipecahkan oleh murid boleh berbunyi
patuhilah peraturan.
6. Seterusnya, soalan yang sama akan ditadbir, namun bertambah sukar apabila
guru mengehadkan masa dan murid-murid perlu cepat menyelesaikan set soalan
ujian tersebut.

7. 5 orang murid yang paling pantas menyelesaikan soalan dan berjaya BREAK
THE CODE iaitu betul semua soalan akan diberi satu carta hati.
8. Apabila murid-murid menunjukkan perubahan tingkah laku yang baik semasa
berada di bengkel, semasa amali dan selepas amali, carta hati akan diberikan
lagi kepada murid-murid berdasarkan senarai semak guru.
9. Apabila murid telah mahir dalam peraturan am dan diri, set soalan ujian yang
lebih kompleks dan sukar mengenai peraturan dan amalan keselamatan bengkel
boleh diuji dengan menyediakan kod-kod yang berbeza.
10. Misalnya pada hari ini akan masuk ke tajuk pelajaran yang baru iaitu REKA
BENTUK, maka guru boleh mengaplikasikan kaedah bermain ini dengan
meminta murid menyelesaikan soalan peraturan bengkel yang disediakan dan
BREAK THE CODE iaitu tajuk yang akan dipelajari hari ini.
11. Murid yang paling cepat memperolehi kod tajuk boleh mendapat satu CARTA
HATI.
12. Selain itu, kaedah permainan ini juga boleh digunakan sebelum menjalankan
amali, iaitu soalan yang disediakan merupakan peraturan yang perlu diamalkan
oleh murid semasa amali, maka kod yang disediakan dalam BREAK THE
CORD boleh berbunyi Peraturan amali.
13. Murid-murid akan mengumpul carta hati seberapa banyak yang boleh dalam
mendapat title PAKAR RBT.

5.2 Perancangan Cara Mengumpul Data


Instrumen yang digunakan untuk mengumpul data terdiri daripada soal selidik,
temu bual, rekod pemerhatian dan senarai semak, serta rekod penerimaan token (carta
hati).
5.2.1 Soal selidik
Soal selidik dijalankan kerana kaedah ini merupakan kaedah yang berkesan serta
mengumpul data dengan baik dan mendapatkan tinjauan pendapat mengenai kajian
tindakan (Mok Soon Sang, 2010). Jenis soalan yang saya cadang gunakan dalam borang
soal selidik adalah jenis soal selidik sosiometri. Borang soal selidik yang saya akan
sediakan ini saya cadang edarkan kepada 10 orang pelajar yang dipilih bagi mendapatkan
maklum balas pelajar berkenaan minat mereka terhadap kaedah bermain yang
diaplikasikan oleh saya. Soal selidik terbahagi kepada dua bahagian iaitu Bahagian A dan
Bahagian B (rujuk lampiran). Bahagian A merupakan soal selidik yang berkaitan dengan
latar belakang responden dan Bahagian B bagi mengetahui minat dan perasaan responden
terhadap kaedah pengajaran iaitu kaedah permainan BTC yang telah diaplikasi oleh saya.
(selepas menjalankan kajian).
5.2.2 Temu Bual
Saya bercadang menjalankan temu bual terhadap peserta kajian yang terdiri
daripada golongan sederhana dan lemah untuk mengumpul maklumat mengenai minat
mereka terhadap kaedah/ cara pengajaran yang dapat menarik minat mereka dalam
mempelajari sesuatu ilmu baharu. Menurut McMohan & Forehand (1988) dalam Zirpoli
dan Melloy (1993) telah menyatakan bahawa Although interviews with children below
age 10 tend to be unreliable, some useful information about their perceptions may be
obtained. Menurut Ghaziah (2010) juga, temu bual juga membolehkan maklumat
tambahan diperoleh serta mengetahui pendapat atau perasaan sampel terhadap kajian atau
tindakan yang dijalankan.
Oleh yang demikian, saya bercadang menggunakan temu bual jenis tidak
berstruktur yang merangkumi soalan terbuka dan soalan tertutup untuk sesi sebelum dan
temu bual jenis berstuktur untuk sesi selepas pengaplikasian kaedah BTC. Sesi yang
dimaksudkan ialah sesi temu bual yang akan dikendalikan dalam dua fasa, iaitu sebelum

dan selepas penggunaan kaedah bermain sambil belajar -BTC dalam pembelajaran
Kemahiran Hidup semasa pembelajaran teori. Hal ini adalah untuk membolehkan saya
melakukan penerokaan idea dan perasaan lebih daripada fakta-fakta tertentu (sesi
sebelum). Malahan, hal ini juga membolehkan saya melakukan perbandingan kepada
murid dari aspek kepekaan, minat, perasaan dan perubahan tingkah laku mereka. Seramai
5 orang murid akan dipilih untuk menjalani temu bual ini.
5.2.3 Rekod Pemerhatian dan senarai semak
Menurut Sharifah Zaleha (2001), kaedah pemerhatian merupakan satu kaedah
penyelidikan yang digunakan untuk mengukur pemboleh ubah penyelidikan. Seorang
pemerhati akan berada di tempat peristiwa berlaku untuk melihat tingkah laku
sebagaimana ia benar-benar berlaku dan mencatatkan ciri-ciri menonjol bagi tingkah laku
subjek (Mohd. Majid, 1998). Dalam menjalankan pemerhatian, saya bercadang
menggunakan borang senarai semak perubahan tingkah murid yang disokong oleh
gambar dan rakaman video sebagai data sokongan bagi borang senarai semak. Hal ini
supaya perubahan dalam diri kumpulan sasaran dapat dilihat dengan lebih jelas apabila
adanya data dan sumber yang menyokongnya.
5.2.4 Rekod Penerimaan Token (Carta Hati)
Rekod penerimaan token dapat memberi gambaran mengenai penglibatan murid
sama ada mereka benar-benar minat dan terlibat sepenuhnya atau hanya sambil lewa
sahaja. Sekiranya seseorang murid itu dapat mengumpul seberapa banyak token iaitu
carta hati yang boleh, ia menunjukkan kesungguhannya untuk akur dengan peraturan
yang disediakan.
5.3 Perancangan Cara Menganalisis Data
Setelah selesai mengumpul maklumat dengan menggunakan borang senarai
semak (dalam pemerhatian) dan soal selidik serta rekod penerimaan token, langkah
seterusnya ialah menganalisis data-data yang telah diperolehi. Data yang diperolehi
daripada responden telah dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package For
The Social Sciences (SPSS). Selain itu, analisis bagi setiap bahagian akan diterjemahkan
ke dalam bentuk jadual dan grafik.

5.5 Kos Kajian/ Perbelanjaan


Kos yang diperlukan sepanjang masa proses kajian tindakan dijalankan adalah seperti
berikut:
BI
L

BAHAN/SUMBER/PERKARA

KUANTITI X
HARGA SEUNIT

JUMLAH

1.

Kertas A4

100 x RM 0.10

RM 10.00

2.

Dakwat Printer

4 x RM 10.00

RM 40.00

3.

Polisterine

2 x RM 3.00

RM 6.00

4.

Kertas laminate

10 x RM 0.50

RM 5.00

JUMLAH
Jadual 2: Jadual Kos Kajian

LAMPIRAN 3
GAMBAR TOKEN CARTA HATI

RM 61.00

LAMPIRAN 4
BORANG SOAL SELIDIK

BAHAGIAN A
(LATAR BELAKANG MURID)
Arahan : Silan tandakan (/) pada ruangan yang telah disediakan dengan
menggunakkan pen. Tulis dan tandakan pada jawapan yang paling sesuai bagi
soalan berikut :
1) Nama Murid : _________________________________________________
2) Kelas

:4(

3) Jantina :
a)
b)

Lelaki
Perempuan

4) Bangsa :
a)
b)
c)
d)

Melayu
Cina
India
Lain-lain

5) Perasaan terhadap subjek Kemahiran Hidup :


a)
b)
c)
d)

Sangat Minat
Minat
Kurang Pasti
Tidak Minat

LAMPIRAN 5
BORANG SOAL SELIDIK
BAHAGIAN B
NAMA MURID : _________________________________________________________
KELAS

:4(

Arahan : Jawab semua soalan berikut.


Lukis

dan

di ruangan yang disediakan. Pastikan anda melukis di satu

ruangan sahaja untuk satu perkara


MINAT, PERASAAN DAN SIKAP MURID TERHADAP KAEDAH PERMAINAN
BTC
BIL PERAKARA

Saya minat mempelajari peraturan dan amalan keselamatan

bengkel.
Saya suka kaedah permainan BTC yang digunakan dalam
meningkatkan kepekaan anda terhadap peraturan dan amalan

3.

keselamatan bengkel.
Saya suka membuat soalan-soalan peraturan dan keselamatan

4.

bengkel yang disediakan dalam permainan BTC.


Saya berasa seronok menjawab soalan dan Break The Code yang

5.

disediakan oleh guru.


Saya berasa lebih teruja dan bersemangat dalam menjawab soalan
dan mengamalkan peraturan serta amalan keselamatan bengkel

6.
7

setiap kali mendapat carta hati dari guru.


Saya suka carta hati yang disediakan oleh guru.
Saya lebih faham peraturan dan amalan keselamatan bengkel yang

8.
9.

perlu diketahui dan dipatuhi oleh saya semasa aktiviti amali.


Saya masuk ke bengkel dengan kebenaran guru.
Saya menjaga keselamatan diri semasa berada di bengkel

10
11
12.

terutamanya semasa melakukan aktiviti amali


Saya menggunakan alatan tangan dengan cara yang betul.
Saya menjaga keselamatan rakan-rakan semasa aktiviti amali
Saya bekerjasama dengan ahli kumpulan saya semasa aktiviti amali

YA

TIDAK

13.

dijalankan.
Saya meletak kembali alatan tangan yang telah digunakan di tempat

14

asal selepas amali.


Saya memastikan kerusi bengkel diangkat sebelum meninggalkan

15.

bengkel.
Saya sedar adalah penting untuk saya mengambil berat tentang
peraturan dan keselamatan bengkel serta mengamalkannya.

LAMPIRAN 6
TEMU BUAL TIDAK BERSTRUKTUR (SEBELUM APLIKASI KAEDAH BTC)
Masa Temu Bual :
Tarikh :
Tempat :

Penemu Bual :
Sampel Ditemu Bual :
Soalan-soalan :
1. Adakah anda suka mempelajari subjek Kemahiran Hidup? Kenapa anda berasa
begitu?
2. Adakah peraturan keselamatan bengkel dan rutin yang ditetapkan oleh guru
membebankan anda?
3. Adakah anda peka dengan peraturan dan amalan keselamatan bengkel Kemahiran
Hidup? Sejauh mana anda faham peraturan dan amalan keselamatan bengkel,
boleh berikan contoh?
4. Apakah cara pengajaran guru yang paling digemari anda? Kenapa?
5. Sekiranya guru mengajar berdasarkan kaedah yang anda minati, adakah anda akan
teruja dan lebih bersemangat mengikuti pengajaran guru? Bagaimana?
6. Anda telah maklumkan cara pengajaran guru yang diminati. Maka, bagaimankah
cara pelaksanaan bagi kaedah yang anda sarankan tadi? Boleh luahkan apa sahaja
yang anda rasa?
7. Apakah harapan anda semasa menjejaki kaki masuk ke bengkel? Anda harapkan
kelas KH yang bagaimana?

LAMPIRAN 7
TEMU BUAL BERSTRUKTUR (SELEPAS APLIKASI KAEDAH BTC)
Masa Temu Bual :
Tarikh :
Tempat :
Penemu Bual :

Sampel Ditemu Bual :

Soalan-soalan :
1. Adakah anda berasa seronok dengan kaedah pembelajaran yang menggunakan
kaedah permainan BTC (BREAK THE CODE) ?
2. Adakah kaedah permainan BTC (BREAK THE CODE) menarik minat anda
untuk mempelajari peraturan dan amalan keselamatan bengkel?
3. Adakah kaedah permainan BTC berjaya meningkatkan kepekaan anda dalam
mematuhi peraturan dan amalan keselamatan bengkel sebelum, semasa dan
selepas kerja amali ?
4. Adakah anda lebih faham peraturan dan keselamatan bengkel yang perlu diikuti
oleh anda selepas menggunakan kaedah BTC dalam mempelajari peraturan dan
amalan keselamatan bengkel?
5. Adakah penggunaan kaedah BTC membantu anda mengamalkan peraturan dan
amalan keselamatan bengkel dengan lebih berkesan

LAMPIRAN 10
REKOD PENERIMAAN TOKEN CARTA HATI OLEH MURID 4 RAJIN

BI
L
1
2
3
4
5

NAMA PELAJAR LELAKI


ADAM BIN AZMI
BHAGATVEER SINGH
KABILESH
DINIE AIMAN
EMIZ DANIEL

BIL NAMA PELAJAR


PEREMPUAN
1
JASMINE KHOR
2
NUR HUSNINA
3
NUR IMAN SURAYA
4
NURUL AMALIA
5
SHARANIA

10