Anda di halaman 1dari 33

SENI BARAT

Seni Barat ini bermula sejak zaman Pra Sejarah lagi. Menurut Sarah P dan Duane P
(1995) di dalam buku mereka memberikan tafsiran bahawa Seni Pra Sejarah itu adalah
merupakan rakaman peristiwa tentang manusia dan aktiviti mereka di masa lampau.
Rakaman peristiwa dan aktiviti yang berlaku itu terjadi serentak dan tempatnya sahaja yang
berbeza. Zaman Pra Sejarah ini terbahagi kepada 3 zaman yang utama iaitu Zaman
Peleolitik (35 000- 8000 sebelum Masihi), Zaman Mesolitik (25 000-8000 sebelum Masihi)
dan Zaman Neolitik (1500-6000 sebelum Masihi).
Zaman Paleolitik
Pada zaman Paleolitik, mereka sudah mula menghasilkan hiasan diri dengan
menggunakan tebukan pada tulang serta di pasang tali untuk digantungkan di leher dan di
telinga. Di samping itu juga mereka juga mula melakar dan melukis di dinding-dinding gua
batu sebagai ritual kepercayaan dan amalan yang mendorong kepada aktiviti pemburuan.
Sebagai contoh catan gua yang dipercayai terawal ditemui adalah di Gua Lascaux
berhampiran dengan bandar Montignac di bahagian Selatan Perancis. Selain daripada Gua
Lascaux catan gua yang terawal ditemui juga di Gua Altamira di Utara Sepanyol.
Subjek-subjek utama yang menjadi hiasan catan gua pada zaman ini ialah bison,
mammoth, ibex dan kuda. Terdapat juga imej figura manusia digunakan tetapi sebagai imej
sampingan yang dilukis bersaiz kecil sahaja berbanding dengan subjek-subjek utama. Selain
daripada catan pada zaman ini juga terdapat arca-arca yang telah mereka hasilkan dengan
menggunakan batu-batu dan juga tulang-tulang binatang. Contoh arca yang terawal ditemui
ialah Venus of Villendorf
Zaman Mesolitik
Pada zaman Mesolitik, mereka juga menghasilkan catan di dalam gua yang mereka
diami. Subjek-subjek yang digunakan juga hamper sama dengan zaman Paleolitik iaitu
seperti imej-imej bison dan ibex. Pada zaman Neolitik juga menghasilkan hasil seni yang
berbentuk

catan

namun

terdapat

sedikit

perbezaan

berbanding

zaman-zaman

sebelumnya.Catan-catan yang dihasilkan menggunakan warna. Mereka telah mula


menghasilkan warna sendiri dengan menggunakan bahan-bahan galian. Arca juga
dihasilkan menggunakan tanah liat dan batu kapur dan arca-arca yang dihasilkan ialah figura
yang berbentuk wanita. Ia dikatakan lambing kepada Dewi Kesuburan yang menjadi
kepercayaan mereka. Pada zaman Neolitik juga,masyarakatnya juga mula membuat binaan
yang bersaiz besar. Kebanyakan seni binanya berbentuk kepada tugu peringatan.
Contohnya Stonehenge yang terletak di Salisbury Plain, Wiltshire di England.

Zaman Yunani
Seni pada zaman Yunani terbahagi kepada 3 zaman iaitu Zaman Arkaik (650-480
Sebelum Masihi), Zaman Klasikal (480-323 Sebelum Masihi) dan Zaman Hellenistik (323-31
sebelum Masihi). Pada zaman Arkaik, kebanyakan pelukis pada zaman ini menzahirkan
karya-karya mereka pada permukaan pasu yang dibuat daripada seramik dan juga pada
panel-panel pada dinding.
Pada zaman ini juga pelukis menghasilkan karya berdasarkan kepada pemerhatian
secara terus pada subjek daripada pemerhatian yang menyeluruh. Selain itu juga, pada
zaman ini juga telah muncul satu teknik baru dalam menghasilkan catan pada pasu yang
dikenali sebagai Red Figure.Pelukis bertanggungjawab dalam memperkenalkan teknik
Andokides. Gaya teknik ini adalah di mana beliau mewarnakan latar belakangnya kehitaman
manakala objek atau figuranya diwarnakan dengan kemerah-merahan.Penghasilan arca
pada zaman ini juga tidak kurang hebatnya.Arca yang dihasilakan dibuat daripada ukiran
batu dan tembaga yang dibentuk melalui acuan (bronze casting). Kebanyakan arca yang
dihasilkan pada zaman ini bertemakan figura manusia dan bersaiz sebenar.(life-size). Arcaarca yang dihasilkan juga berbentuk manusia tanpa pakaian (nude figure sculpture).
Kebanyakan arca-arca figura ini adalh gambaran pemuda Greek yang berbentuk gagah
perkasa yang dipanggil Kouros.
Pada zama Klasikal merupakan zaman kesempurnaan dalam penghasilan seni arca.
Seni catan kurang menyerlah pada zaman ini. Di mana zaman ini arca yang dihasilkan
adalah lebih sempurna dari segi anatomi dan ketepatan bentuk manusia. Kebanyakan arcaarca yang dihasilkan adalah lebih ideal dan natural berbanding dengan zaman Arkaik dimana
pengarca kurang memberi penekanan kepada yang teliti pada bentuk dan anatomi figura.
Sebagai contoh Warrior adalah salah satu contoh arca berbentuk figura manusia yang
dihasilkan begitu ideal dan sempurna sekali. Arca ini dihasilkan dengan menggunakan
tembaga.Kebanyakan pengarca pada zaman klasikal ini menggunakan tembaga dan batu
marmar unutk menghasilkan karya-karya mereka. Seperi juga zaman Arkaik,arca-arca yang
dihasilkan bertemakan figura manusia yang berbogel. Pada zaman ini,terdapat pengarca
yang sangat terkenal iaitu Myron,Polyclitus dan Phidias.
Pada zaman Hellenistik, bermulanya isu nilai-nilai estetika yang diperkatakan oleh
golongan cerdik pandai. The Laocoon Group adalah arca yang terkenal pada zaman
ini.Pengarca dan pelukis pada zaman ini menghasilkan karya berdasarkan aktiviti harian,
sejarah, mitos, juga potret yang menjadi lambing kemegahan dan kebanggaan golongan
bangsawan. Secara keseluruhannya boleh dikatakan pada zaman Hellenistik adalah zaman
kesempurnaan dan ideal dalam herarki zaman Yunani. Ia juga menunjukkan tentang hasil

seni dan seni binanya adalah dinamik dan lebih menyerlah berbanding dengan zaman Arkaik
dan zaman Klasikal sebelum ini.
Di antara bangunan yang mempunyai reka bentuk yang menarik ialah Partheon
yang terletak di Acropolis, Athens. Athens adalah merupakan pusat perkembangan seni,
sastera, seni bina, ilmu falsafah dan juga pusat pentadbiran kerajaan. Reka bentuknya
adalah berdasarkan pada struktur reka bentuk kuil tradisi di mana asas binaannya
berdasarkan pada kolum-kolum yang menegak sebagai tiang sokongan utama iaitu Kolum
Doric, Kolum Ionic, dan Kolum Corinthian.
Zaman Roman (Rumawi)
Seni Roman (Rumawi) adalah merupakan seni yang lahirnya di bawah
pemerintahan Rumawi. Zaman ini adalah merupakan zaman bagi ekpresi seni yang
mempunyai nilai-nilai estetika yang sangat tinggi.Ianya adalh merupakan gabungan di antara
dua zaman iaitu Zaman Republik dan Zaman Empayar. Di zaman ini juga rata-rata
pengkarya menghasilkan karya berdasarkan pada kemuliaan,keutuhan dan keteguhan
empayar Rom itu sendiri. Ianya amat berbeza sekali daripada Zaman Yunani yang lebih
mementingkan kepada kehidupan dan perkembangan setempat.Pelukis-pelukis pada zaman
Roman ini juga menggabungkan berbagai-bagai unsur dan elemen tambahan bagi
menampakkan kesan-kesan kemewahan yang berlebihan.
Catan dinding seperti Roman Wall Detail of West in a Villa at Boscoreale yang
menggunakan bahan fresco ini dihasilkan dengan gaya dan persembahan Roman yang
begitu tipikal sekali. Dalam catan dinding ini unsurunsur penggunaan perspektif lansung
tidak diberikan penekanan bagi menunjukkan ruang di antara Latar Depan, Latar Tengah dan
Latar Belakang. Pelukisnya hanya menggunakan saiz objek sahaja bagi menunjukkan
ketiga-tiga latar ini. Dalam catan dinding ini apa yang dilukis cuba diketengahkan adalah
jalinan diantara rupa, paten, warna dan kepelbagaian saiz objek daripada menunjukkan
ruang ilusi 3 dimensi(3D). Empat gaya utama yang diberikan penekanan dalam penghasilan
catan dinding pada zaman ini ialah Incructation, Architectural, Omate, Intricate.
Selain daripada seni catan seni arca juga merupakan salah satu cabang karya seni
sangat popular di zaman Roman ini. Berdasarkan sikap Rome yang begitu kuat serta
cenderung kepada materalistik dan mahukan secara praktikal ianya sedikit sebanyak
mempengaruhi penghasilan arca pada zaman ini. Kebanyakan arca-arca yang dihasilkan
adalah bermotifkan potret individu, yang mana ia dihasilkan begitu teliti dan sempurna sekali
peniruannya. Kualiti pada zaman Roman ini begitu mementingkan mutu penghasilannya, ini
jelas sekali boleh dilihat pada arca yang berjudul Female Potrait yang menggunakan batu

marmar dan bersaiz sebenar. Seni bina adalah pencapaian terbaik pada zaman roman
ini.Rata-rata

reka

bentuk

binaan

bangunannya

adalah

banyak

dipengaruhi

dan

didominasikan oleh gaya seni bina zaman Yunani. Kebanyakan bangunan-bangunan yang
dibina adalah berkonsepkan rugu peringatan sebagai tanda kekuatan, kebesaran dan
kemasyuran empayar Rome.
Pada zaman ini arkitek-arkiteknya tidak menggunakan batu marmar seperti zaman
Yunani.Ia sangat mahal dan susah diperoleh.Konkrit digunakan secara meluas kerana ianya
mudah diperolehi. Pada peringkat awal mereka cuba mencipta bahan-bahan konkrit
daripada campuran pazzonala iaitu sejenis batu yang diperolehi daripada kawasan gunung
berapi dan mencampurkannya dengan batu kapur.
Mereka menggunakan bahan campuran ini untui membina tembok, kubah dan juga
lengkungan pada bumbung bangunan yang dibina. Diantara jenis-jenis seni pada zaman
Roman ini adalah seperti kuil-kuil ibadat, apartment, Bath, Amphiteater, Jambatan, Basilica
dan Truimphal Arch. Bahan-bahan yang digunakan untuk membina amphiteater ini terdiri
daripada batu dan tufa. Di bahagian luar bangunan ini terdapat banyak kolum-kolum lurus
dibina bagi menyokong struktur binaannya. Kolum-kolum ini bercirikan pada zaman Yunani.
Ampiteater ini juga boleh menampung penonton sehingga 50000 orang. Di bahagian
dalamnya terdiri daripada tiga bahagian utama iaitu Arena, Porodium, dan Cavea.
Zaman Renaissance
Renaissanse membawa maksud kebangkitan dan kelahiran semula seni dari zaman
Yunani dan zaman Rumawi. Seni dari zaman Renaissanse ini juga merupakan reaksi dan
juga tindak balas terhadap Zaman Pertengahan. Kebanyakan karya yang dihasilkan pada
zaman ini melibatkan tema-tema keagamaan yang terdapat dalam Bibble(keagamaan),
mitologi, sejarah, potret dan juga tubuh badan manusia. Seni zaman Renaissane terbahagi
kepada tiga zaman utama iaitu Zaman Awal Renaissance, Zaman Kegemilangan
Renaissance, dan Zaman Akhir Renaissance. Pada zaman awal Renaissance, Giotto di
Bonde adalah perintis serta pembawa laluan kebankitan ini. Beliau juga merupakan seorang
pelukis yang menghasilkan karya berdasarkan kepada perasaan dan juga sifat semula jadi
dan tingakah laku manusia. Di dalam karya-karyanya beliau banyak menggunakan unsur
cahaya, ruang, mood suasana semula jadi yang realistic.
Dalam karyanya yang berjudul Lantation yang dilukiskan pada dinding di Padua Arena
Chapel, Itali pada sekitar tahun 1305. Dia menggunakan fresco. Mural yang dihasilkan ini
bertemakan keagamaan. Pelukis lain yang terkenal pada era ini ialah Allessandro di Mariano
di Vanni Filipepi ataupun dikenali sebagai Sandro Botticelli. Beliau juga dikenali sebagai

Master of Mythology. Di antara karyanya yang terkenal ialah The Birth of Venus yang
dihasilkan menggunakan bahan tempera dan bahantaranya adalah kanvas linen.
Pada zaman Kegemilangan Renaissance inilah merupakan zaman kemuncak seni di
Itali. Pada zaman ini, corak persembahan hasil karya adalah sama dengan zaman
kebangkitannya.Namun,pada zaman ini, pengkaryanya begitu memberatkan nilai-nilai
estetika yang keterlaluan dan mementingkan kesempurnaan.
Di antara pelukis yang termasyur dan terkenal pada zaman kegemilangan
Renaissance ini ialah Leonardo Da Vinci (1452-1519). Beliau meruakan seorang seniman
yang sangat cekap dan pintar. Oleh itu beliau juga dikenali sebagai ahli sains, pengarca,
pereka, penganalisis dan arkitek. Tidak hairan beliau juga dikenali sebagai uomo universal
kerana kepintarannya dan selain itu dikenali sebagai Master of All Sciences. Beliau juga
adalah merupakan simbol keunggulan zaman Renaissance di Itali. Di antara karyanya yang
terkenal ialah Mona Lisa.
Pada zaman Akhir Renaissance kebanyakannya catan, arca, dan seni bina menjadi
fokus utama dalam zaman ini berdasarkan kepada keagamaan, mitologi dan potret. Di segi
penggunaan bahan dan bahantaranya juga masih sama iaitu cat minyak, kanvas linen,
fresco dan marble bagi penghasilan karya. Pelukis dan pengarca yang terkenal pada zaman
ini ialah Michengelo Buonarroti. Di antara karya-karyanya yang terkenal ialah The Creation
of Adam yang dihasilkan dengan menggunakan fresco. Catan ini berbentuk mural yang
dilukiskan oleh beliau pada siling gereja. Selain itu beliau juga menghasilakan arca
menggunakan teknik pahatan(carving). Di antara arcanya adalah bertajuk David yang
menggambarkan tentang seorang lelaki gagah perkasa berdiri tanpa berpakaian.
Seni bina pada zaman Renaissance merupakan salah satu bidang seni yang sma
pentingnya. Kebanyakan seni binanya dipengaruhi oleh gaya zaman Gothik. Dalam reka
bentui terikat kepada peraturan matematik di mana ketepatan dan juga keseimbangan amat
diberi perhatian. Contohnya arkitek Filippo Brunellesschi adalah yang bertanggungjawab
memperkenalkan sistem ini. Contohnya juga seperti Villa Rotonda yang direka oleh Andre
Palladio yang dibina pada tahun 1567 sehingga tahun 1570 di Vicenza di Itali adalah
merupakan satu reka bentuk yang sangat unik yang menggabungkan gaya Roman dan
Greek dan direka mengikut gaya reka bentuk kontemporari pada zaman tersebut. Pada
keseluruhannya dapat disimpulkan seni bina zaman Renaissance ini adalah merupakan
kemuncak pada keunikan dalam sejarah seni barat. Ia masih kekal sehingga hari ini sebagai
peninggalan sejarah seni yang terlalu tinggi nilai dan mutu pembinaannya.

Zaman awal abad ke-19


Seni pada zaman awal abad ke19 ini adalah amat penting sekali dalam
perkembangan sejarah seni barat. Zaman ini adalah merupakan zaman transisi pertukaran
gaya, konsep dan teknik penghasilan karya seni selepas zaman renaissance. Zaman ini juga
berlaku revolusi industri yang telah pun mengubah masyarakat,teknologi dan juga budaya
kehidupan yang begitu ketara serta drastik sekali. Terdapat tiga revolusi penting yang telah
mengubah masyarakat di Barat pada masa ini. Revolusi-revolusi tersebut ialah revolusi
Industri di Britain, Revolusi Industri di Amerika dan Revolusi Industri di Perancis. Zaman ini
juga dikenali sebagai zaman Penyedaran, (The Enligttenment Era @ The Age of Reason
Era). Ekoran daripada revolusi ini berbagai teknologi baru telah ditemui dan dipraktikkan.
Pelbagai perubahan telah berlaku dalam hal-hal keagamaan, politik, ekonomi dan
masyarakat setempat.
Begitu juga dalam bidang seni, revolusi ini juga menyebabkan para penggiat seni
mula memecahkan peraturan-peraturan dan urutan tradisi klasik seni lukis dalam proses
penghasilan karya. Mereka juga telah mula memecah tradisi lama di mana pelukis ataupun
pengarca jarang sekali bercampur gaul dengan masyarakat marhain. Pada zaman ini juga
pelukis ataupun pengarca adalah sebahagian daripada masyarakat dan menjadi jurucakap
serta perantaraan dengan golongan atasan. Pada zaman ini mereka mendapat sumber
kewangan melalui kormesial, galeri, orang perseorangan, golongan korporat yang membeli
dan

mengumpul

hasil

karya-karya

mereka

juga

daripada

muzium-muzium

yang

mempromosikan seta menjual hasil-hasil karya mereka.


Seni Barat abad ke 19 ini terbahagi kepada tiga era utama yang terdiri daripada seni
sebelum Zaman Perang Dunia Pertama, seni selepas Zaman Perang Dunia Pertama,dan
seni Akhir Abad ke 19. Seni sebelum Perang Dunia Pertama terdiri daripada era Neo-Klasik,
era Romantisme, era Realisme,

era Impressionisme dan era Post-Impressionisme.

Manakala Seni Selepas Perang Dunia Pertama terdiri daripada era Fauves dan era
Ekpressionisme serta era yang terakhir pula terdiri adalah Seni Akhir Abad ke 19 terdiri
daripada era Kubisme dan era Futurisme.
Era Neo-Klasik ini bermula serentak dengan zaman Revolusi Perancis yang bermula
pada tahun 1789.Era ini merupakan permulaan kepada revolusi perubahan dalam gaya
penghasilan karya seni barat.Era ini juga bermula di peringkat permulaan revolusi di
Perancis.Revolusi ini bermula dengan agresif sekali sehinggalah ianya diarahkan berhenti
oleh mahkamah dengan serta merta tanpa diberikan sebab-sebab munasabab.

Salah seorang daripada pelukis terkenal dan juga ketua revolusinya adalah Jacques
Louis David. Beliau berpendapat bahawa antara seni dan revolusi adalah dua perkara yang
utama dalam memperjuangkan demokrasi di Perancis. Dengan nada yang penuh semangat
perjuangan beliau menolak sistem pemerintahan cara aristocratic gaya Rocco pada masa
itu. Dalam karyanya yang berjudul Oath of The Horath beliau menggunakan gaya
penjimatan yang dipanggil Neo-Klasikal. Sarah P dan Duane dalam buku mereka Artform
mentakrifkan Neo Klasik sebagai merujuk kepada gabungan di antara dua gaya dari Zaman
Klasikal Greek dan Zaman Rome. Kebanyakan subjek yang digambarkan adalah merujuk
kepada zaman pemerintahan dan kegemilangan empayar Rom. Dalam catan ini juga David
mengambarkan

tentang

keberanian

dan

kesanggupan

untuk

bekorban

demi

memperjuangkan keadilan. Beliau mengambarkan bagaimana tiga bersaudara sedang


menerima tiga bilah pedang daripada bapa mereka sebagai senjata untuk berperang bagi
mempertahankan Empayar Rom. Dalam catan ini juga David mengambarkan tiga
bersaudara itu sebagai symbol bagi mewakili masyarakat Perancis yang bersatu-padu
berjuang untuk mempertahankan penindasan dan demokrasi.
Komposisi secara Geometrik Berstruktur pada imej figura yang memegang pedang
menjelaskan lagi bahawa catan ini begitu kuat sekali dipengaruhi oleh catan zaman klasik
Greek-Rom.Pada catan ini David menggunakan satu arah cahaya yang kontras bagi
menunjukkan kontras diantara latar hadapan,latar tengah dan juga latar belakang. Pakaian
yang digunakan oleh figura pada catan ini digambarkan seolah-olah figura ini berada pada
zaman Rom. Susunan imej yang menegak dan melintang pada catan ini juga seolah-olah
ianya bagaikan satu pentas opera.
Bertolak dari kesedaran dan kuasa manusia, maka lahirlah era Romantisme. Era ini
adalah merupakan era yang dikenali sebagai era ekspresi emosi. Era ini bermula dari
tahun 1825 hingga tahun 1850.Osborne (1970) di dalam bukunya mentalrifkan bahawa
Romanticism itu adalah bermula dari perkataan Romances yang mana ia adalah istilah
yang popular dari cerita epik percintaan di kalangan penduduk setempat.Romantisme ini
juga merujuk kepada sikap pada seseorang pengkarya itu, di mana perasaan dan emosi
adalah lebih penting berbanding dengan alasan kenapa sesuatu karya dihasilkan.
Kebanyakan hasil karya yang dihasilkan pada era ini lebih bertemakan pada
kebebasan bersuara hak individu.Subjek-subjek utama yang menjadi pilihan untuk
pengkarya adalah keindahan alam semula jadi, kehidupan masyarakat luar bandar,
masyarakat bawahan, figura-figura yang erotik dan juga sumber-sumber peninggalan
sejarah.Sebagai contoh,Francisco Goya adalah seorang daripada pelukis yang terkenal

pada era ini. Dalam catannya yang bertajuk The Third of May 1808 yang dihasilkan pada
1814 dengan menggunakan cat minyak di atas kanvas dan berukuran 89 x 134.
Catan ini adalah gambaran semula secara visual tentang peristiwa kekejaman dan
pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan oleh tentera Napeleon di Puerto del Sol,
Sepanyol. Peristiwa pembunuhan dan kekejaman ini berlaku 2 hari bulan 3 bulan Mei tahun
1808 di mana Napeleon telah mengarahkan askar-askarnya menembak setiap rakyat
tempatan yang berada di atas jalan raya. Goya menghasilkan catan ini dengan
menggunakan teknik cerah dan gelap bagi menimbulkan mood yang dramatic. Beliau
mengambarkan bagaimana askar-askar yang ganas dan kejam. Manakala imej igura yang
memakai baju putih di tengah-tengah rakyat

Sepanyol yang ditembak itu pula ialah

pemimpin dan juga ketu kepada kumpulan pemberontak. Catan ini adalah antara catan yang
banyak meninggalkan kesan kepada rakyat Sepanyol terhadap kekejaman dan penindasan
yang dilakukan oleh tentera Napeoleon terhadap mereka.
Selain daripada Goya, seorang lagi pelukis yang terkenal pada era ini adalah John
Constable. Beliau menghasilkan catan yang bertemakan alam semula jadi. Di antara catan
yang terkenal ialah The Hay Wain. Catan ini dihasilkan dengan menggunakan cat minyak di
atas kanvas. Karya tersebut mengambarkan tentang landskap dan keindahan alam
semulajadi England pada sekitar tahun 1800an.
Orvirk (1994) dalam catannya menulis Realisme ini bermaksud hasil seni yang
dihasilkan berdasarkan ideology, erotik dan juga nostalgia. Ia juga dihasilkan berdasarkan
kepada pengalaman dan pemerhatian sebenar. Era ini adalah merupakan lanjutan era
Romantisme. Cuma yang menbezakan diantara kedua zaman ini adalah pelukis sudah
berani mempamerkan hasil-hasil kerja mereka telah dihasilkan untuk berkongsi pengalaman
dan idea dengan masyarakat setempat. Gustave Courbet adalah merupakan seorang
pelukis yang terkenal pada era ini. Beliau berbangsa Perancis. Dalam karyanya yang
berjudul The Stone Breaker. Catan ini dihasilkan dengan menggunakan cat minyak di atas
permukaan kanvas. Dalam catan ini Courbet dengan terang dan jelas sekali menolak prinsipprinsip serta formula yang di praktik oleh pelukis dari era Neo-Klasikal. Beliau tidak lagi
berkarya serta terikat dengan subjek sejarah dan juga keagamaan tetapi sebaliknya dalam
catan ini beliau mengambarkan bagaiman golongan bawahan bekerja keras membanting
tulang empat kerat untuk mencari rezeki seharian.
Saiz yang digambarkan dalam catan ini adalah bersaiz sebenar bagi mendapatkan
impak yang maksimum dan juga penggunaan warna yang gelap dan suram yang mana
bertujuan untuk adalah bagi menimbulkan mood sebenar suasana tapak kuari. Beliau juga
merupakan pelukis yang pertama menyiapkan catan secara merujuk suasana sebenar dari

permulaan catan ini dihasilkan sehinggalah catan ini siap sepenuhnya, Courbet juga percaya
dengan merujuk terus kepasa suasana sebenar kita akan mendapat merakamkan suasana
yang natural dan bersahaja berbanding dengan pelukis yang melukis di dalam studio yang
bergantung sepenuhnya pada lakaran kasar yang telah dibut sebelum itu.
Era ini adalah merupakan satu era yang paling besar perubahannya pada pelukis
yang menghasilkan catan khususnya. Impressionisme bermakan hasil catan yang dihasilkan
adalah berdasarkan pada apa yang sebenar dilihat depan mata bukannya apa yang
ditafsirkan oleh minda yang penuh dengan imaginasi. Pada zaman ini pelukismenghasilkan
catan berdasarkan pada pengamatan dan pemerhatian secara terus pada suasana ataupun
pada

objek

yang

sebenarnya

tanpa

melakukan

sebarang

penambahan

serta

pengubahsuaian. Subjek utama yang dilukis yang digambarkan dalam catan adalah
landskap dan alam semulajadi. Bagi mereka cahaya merupakan unsur penting sekali bagi
menimbulkan

mood

dan

suasana

pada

suatu

keindahan,Pegangan

teguh

para

impressionisme ialah iaitu cahaya adalah penentu kepada sesuatu keadaan dan
suasana,iaitu tanpa cahaya juga tidak akan wujud hari yang terang dan gelap.
Zaman Post-impressionist adalah merupakan zaman lanjutan daripada zaman
Impre ssionisme. Seorang pelukis dan juga pengkritik berbangsa Inggeris yang bernama
Roger Fry, telah pun menggelarkan kumpulan pelukis zaman ini seba gai PostImpressionisme. Istilah Post ini diambil sempena dengan nama satu kumpulan pengkarya
yang bergiat secara aktif pada akhir abad ke 18. Daripada catatan yang dibuat oleh Roger
Fry, Post-Impressionisme ini bermaksud pelukis tidak membuat peniruan tetapi sebaliknya
mereka mencipta bentuk. Mereka tidak meniru sesuatu objek yang hidup tetapi mereka
mencari persamaan dengan objek yang hidup. Di dalam proses catan mereka,imej-imej yang
digambarkan adalah secara logic dan nyata. Catan-catan mereka berupaya menarik daya
imaginasi dan pengamatan dan sebagaimana objek-objek dari kehidupan yang sebenar
mempengaruhi aktiviti-aktiviti seharian kita.
Subjek-subjek utama yang menjadi tumpuan para pelukis era ini ialah landskap,
figura manusia, alam semulajadi dan aktiviti-aktiviti seharian masyarakat setempat.
Walaupun mereka berkarya secara berkumpulan namun begitu gaya dan corak catan
mereka adalah berbeza antara satu sama lain. Setiap pelukis yang menghasilkan catan yang
mempunyai Gaya Peribadi dan pendekatan tersendiri. Pada era ini juga ketika proses
penghasilan karya, mereka lebih mementingkan penekanan dan perhatian terhadap
penilaian bentuk(form). Penggunaan warna yang kontras,penggunaan garisan kontur yang
jelas dan rupa dan sapuan berus yang tepat adalah antara ciri-ciri utama catan ini. Pada era
ini juga lahirlah ramai pelukis-pelukis yang tersohor di seluruh dunia dan kemasyuran ini

kekal sehinggalah ke generasi hari ini. Di antara pelukis tersebut adalah seperti Vincent Van
Gogh, Paul Gauguin,Georges Seurat, Paul Cezanne, Henri de Toulouse-Lautrec, Edward
Munch dan Henri Rousseau. Contoh karya Geoges Seurat dalam catannya ialah A Sunday
on La Grande Jatte yang menggunakan teknik Pointilism dan antara hasil karya Van Gogh
terkenal ialah The Starry Night.
Menurut Orvirk (1994) Ekpressionisme adalah satu bentuk luahan perasaan dan
ketidakpuasan hati seseorang pelukis itu dan kemudiannya perasaan itu diterjemahkan
dalam bentuk visual untuk dikongsi bersama-sama dengan masyarakat. Pada era ini pelukis
menghasilkan karya dengan meluahkan perasaan yang terdapat dalam diri mereka.Mereka
juga berkarya mewakili perasaan masyarakat tentang ketidakpuasan hati, rasuah,
penindasan,

kemiskinan dan juga keganasan. Era Ekpressionisme bermula dan

berkembang secara aktif di Jerman. Pelukis dari aliran ini terbahagi kepada du kumpulan
yang pertama kumpulan yang digelar The Bridge (die Brucke). Pelukis Ekpressionis
daripada kumpulan ini menghasilkan karya dengan mengenetepikan dan menidakkan
peraturan akademik. Mereka percaya dengan berkarya secara demikian mereka telah
Berjaya menghasilkan satu gaya dan aliran yang baru. Di antara pelukis yang terkenal dari
kumpulan ini ialah Street,Berlin. Catan ini menggunakan susunan figura secara menegak
dan menggunakan warna-warna gelap bagi mengambarkan suasana suram dan sedih serta
penggunaan sapuan berus yang kasar menunjukkan masyarakat pinggir bandar mewah dan
berkuasa.
Kumpulan yang kedua digelar The Blue Rider(der blaue reiter).falsafah dan
pegangan daripada kumpulan ini adalah menyedarkan masyarakat tentang nilai-nilai yang
murni dan mesej yang baik pada hasil seni. Beliau percaya bahawa seni itu merupakan satu
replica perasaan dalaman seseorang.
Contoh catannya yang bertajuk Blue Mountain yang dipengaruhi oleh catan dari era
Fauves.Warna-warna utama yang tidak campur dengan sebarang warna lain serta
penggunaan sapuan berus yang agresif. Penggunaan warna terang dan gubahan komposisi
yang terancang menyebabkan catan begitu menarik sekali. Contoh catan yang lain ialah
catan yang berjudul With The Black Arch No:154. Catan ini adalah merupakan gambaran
beliau tentang perasaan dan juga penonton pada pentas kehidupan. Catan ini juga
gabungan daripada bentuk dan kombinasi warna panas dan warna sejuk bagi mewujudkan
satu komposisi yang menarik. Catan ini juga yang terawal yang mula mengaplikasikan gaya
abstrak. Di samping nolai estetik yang tinggi, catan ini juga merupakan satu penggayaan
baru dalam penghasilan catan. Beliau juga merupakan seorang pelukis yang sangat

berpengaruh

pada

era

ini.Malahan

beliau

juga

dikenali

sebagai

orang

pertama

menggunakan pendekatan nonrepretational dan juga pure abstaraction


Era Kubisme ini adalah merupakan era yang banyakmempengaruhi dan menjadi
rujukan pelukis pada awal abad ke 20.dalam menghasilkan karya. Era ini bermula pada
tahun 1902. Danial Kahnweiler seorang pelukis Jerman merupakan peneraju utama era
ini.Menurut Sheppard (1987), Kubisme bermaksud pemecahan imej ataupun bentuk asal
kepada bentuk kiub yang dipermudahkan kepada abstrak. Era ini bermula selepas era
Fauvism. Era Kubism ini juga dikenali sebagai ibu kepada semua jenis seni abstrak.Ianya
adalah penggantian kesan visual imressionis dengan penukaran objek ke arah bentuk dan
warna yang berkonsepkan intelektual. Konsep Kubism ini adalah untuk membebaskan
bentuk daripada rupa semulajadi mengubahnya kepada satah-satah dari pelbagai sudut
pandangan.
Terdapat tiga ciri yang utama dalam konsep Kubism ini iaitu cahaya terang, konsep
permukaan atau latar belakang objek dari sudut pelbagai panda ngan dan pengamatan dan
mengambarkan bahagian yang terlindung. Era Kubism ini terdiri juga daripada empat
peringkat yang utama iaitu pertama, Proto-Ciubsm (1908-1908). Pada peringkat ini adalah
peringkat awal bermulanya era Kubisme di mana catan yang dihasilkan oleh Picasso da
Georges Braque banyak dipengaruhi oleh karya dan gaya Cezzanne dan Mattise. Bentuk
dan imej yang digunakan dalam penghasilan catan telah dipermudahkan. Pada peringkat
yang kedua ialah Analitik (analytic) Cubisme (1908-1911). Pada peringkat ini bentuk asal
imej telah dipecahkan kepada satah-satah berbentuk geometric. Sudut pandangan 360
darjah pada objek telah di gambarkan di samping penggunaan warna monochromatic. Pada
peringkat Kolaj (1902-1912), iaitu peringkat ke tiga ini pelukis menjadikan alam benda
sebagai tema. Pelukis menggunakan teknik tempatan yang dinamakan kolaj.Keratan akhbar
dan majalah dipotong dan dijadikan bahan untuk menghasilkan karya. Dan peringkat terakhir
ialah Sintetik Cubisme (1912-1930) yang mana pada peringkat ini pelukis mengambarkan
kembali bentuk asal imej yang digambarkan dengan menggunakan warna-warna yang cerah
dan terang.
Tema yang digunakan dalam era Kubisme ini ialah berkisar pada realitI kehidupan
dan fakta yang sebenar. Pelukis pada zaman ini tidak menghasilkan karya yang bersifat
revolusi, politik, propaganda ataupun mengkritik seseorang. Mereka juga menggambarkan
imej yang digunakan dalam sudut pandangan 360 darjah. Seorang pelukis yang terkenal
juga dikenali sebagai bapa Kubism dan juga Bapa Kepelbagaian (Master of Cubisme and
Master of Diversiity) adalah Pablo Picasso. Beliau dilahirkan di Malaga, Sepanyol pada
tahun 1881.

Era Futurism adalah merupakan kesinambungan dari era Kubism.Subjek dan tema
yang digunakan oleh pelukis pada era ini adalah pergerakan manusia dan mesin.Mereka
juga menggambarkan kembali tentang keindahan dan kecanggihan teknologi. Diantara
pelukis yang terkenal pada zaman ini ialah Giocomo Balla yang berasal dari Itali.Dalam
catannya yang berjudul Dynamism of Dog on a Leash, beliau menggambarkan pergerakan
yang begitu ketara dan terserlah sekali pada subjek yang digunakan.
Catan ini dihasilkan dengan menggunakan cat minya di atas permukaan kanvas yang
dihasilkan pada tahun 1912. Dalam catan ini Balla menghasilkan catan yang menunjukkan
pergerakan pada imej dan objek yang digunakan. Pada era kini pelukis tidak lansung
mempedulikan tentang penggunaan warna dalam proses penghasilan catan. Bagi
mereka,perkara yang paling penting adalah gambaran pergerakan berbanding dengan
elemen-elemen seni visual yang lain. Pelukis lain yang terkenal pada era ini ialah Marcel
Duchamp, Umberto Boccioni dan Etienne-Jules Marey.
Seni abad ke 20 ini adalah merupakan kesinambungan penambahan dan
perkembangan aliran era seni daripada abad ke 19 di negara-negara Barat dan juga negaranegara Eropah. Di abad ini jugalah pelukis, penulis, jurugambar bergabung bagi
menyuarakan bantahan dan menyalurkan ketidakpuasan hati kepada pemerintahan.Mereka
menjadi orang perantaraan di antara masyarakat bawahan dan golongan pemerintah.Seni
pada abad ke 20 ini terdiri daripada era Dadaism, era Surrealism, era Seni Pop dan era
Minimilisme.Kebanyakan catan yang dihasilkan pada zaman ini adalah bertemakan kearah
protes,kritikan serta luahan ketidakpuasan pada pihak pemerintah dan perjuangan kepada
kebebasan serta demokrasi.
Era Dadaisme ini adalah merupakan permulaan kepada catan yang dihasilkan untuk
tujuan memprotes secara terbuka terhada kekejaman yang berlaku semasa perang dunia
pertama. Da,Da bermaksud Ya,Ya (yes,yes). Pelukis pada era ini meluahkan apa yang
mereka rasa bukannya gaya individu seperti era sebelumnya. Menurut Janco, M Dadasime
ini bukannya satu tempat di mana para pengkarya belajar untuk menghasilkan catan, tetapi
ianya adalah satu era yang memberikan amaran yang tegas di sampingmenidakkan unsurunsur nilai yang menidakkan kebiasaan serta spekulasi. Ianya adalah satu bentuk luahan
protes yang digambarkan melalui semua bentuk seni. Pada era Dadaisme ini juga
pelukisnya menolak semua unsur-unsur di sekeliling. Mereka cuma menerima nilai-nilai
estetik sahaja. Di antara subjek yang digunakan bagi menghasilkan karya pada era ini
adalah figura manusia dan alam benda. Di antara pelukis yang terkenal pada zaman ini ialah
Marchel Duchamp. Karya yang berjudul L.H.O.O.Q., dihasilkan berdasarkan pada catan
Monalisa yang dihasilkan oleh Leonardo Da Vinci.

Era ini merupakan pecahan serta lanjutan daripada era Dadaism. Pada tahun 1920
sekumpulan penulis dan pelukis telah berkumpul serta mengadakan satu seminar tentang
minda dan pemikiran di bawah sedar. Bertolak dari situlah wujudnya era Surrelisme
ini.Mereka mengadakan satu perdebatan tentang minda di bawah sedar dan imaginasi.
Mereka telah mengambil kira pendapat Singmund Freud, seorang ahli psikologi dan falsafah
yang menulis berkenaan minda bawah sedar ini. Bertolak daripada situlah pada tahun 1942
mereka telah bersetuju untuk melancarkan era Surrelisme ini di Paris. Manifesto era ini
adalah setiap catan yang dihasilkan adalah berdasarkan pada idea dan pemikiran di bawah
sedar di alam mimpi dan juga di alam fantasi.
Di antara pelukis yang terkenal pada era ini ialah Salvador Dali dan Joan Miro.Kedua
pelukis ini berasal dari Sepanyol. Kedua-dua orang pelukis ini mempunyai pendekatan dan
gaya individu yang berbeza. Di antara catan yang terkenal pada era ini ialah berjudul The
Persistence of Memory yang dihasilkan oleh Salvador Dali. Ianya dihasilkan pada tahun
1931 dengan menggunakan cat minyak di atas kanvas. Catan ini adalah gambaran Dali
tentang ruang dalaman dan ruang ilusi beliau tentang pentingnya masa dan nostalgia masa
lampaunya. Imej jam lembut dan hampir cair mewakili masa dan juga pengalaman
lampaunya. Beliau juga menggambarkan alam semula jadi di bahagian belakang nagi
menunjukkan ruang dalaman yang jelas dalam catan ini. Di samping itu juga menggunakan
gabungan warna panas di bahagian latar belakang dan warna sejuk di bahagian latar depan
bagi menunjukkan perbezaan ruang hadapan dan ruang belakang.
Era seni pop ini adalah merupakan satu era yang menggunakan imej dan subjek
yang popular dan terkini. Perkataan Pop itu adalah merupakan singkatan bagi perkataan
popular. Era ini sangat terkenal dari dahulu sehinggalah sekarang ianya masih lagi menjadi
rujukan pelukis generasi sekarang. Catan yang dihasilkan pada era ini kebanyakannya lebih
menjurus kepada bentuk periklanan dan komersial.Pada era ini pelukis menggunakan
cetakan sutera da air-brush sebagai media untuk menghasilkan karya.Era ini sangat
popular di London dan Amerika Syarikat di sekitar tahun 1950an. Richard Hamilton seorang
pelukis yang popular pada era ini mengatakan bahawa seni Pop itu selaunya akan dikaitkan
dengan perkara-perkara berikut iaitu popular, Transient, Expendable, Low-cost,MassProduced, Yong, Witty, Sexy, Gimmicky, Glamorous dan Big Bussiness.
Dalam catannya

yang berjudul Just What Is It That Make Todays Home So

Different, So Appealing? Yang dihasilkan dengan menggunakan teknik collage. Catan ini
menggunakan imej-imej yang diambil dari budaya popular dalam masyarakat seharian.
Penggunaan imej figura manusia lelaki serta wanita yang berkeadaan seksi dengan gaya
fesyen semasa, tanda-tanda iklan dan potret presiden Amerika yang tergantung di situ.

Keseluruhan imej yang digunakan adalah merupakan gambaran terhadap masyarakat dan
corak kehidupan social masyarakat Amerika ketika itu. Penggunaan ski warna-warna yang
cerah juga merupakan ciri-ciri lain yang terdapat pada catan era seni pop ini. Di samping itu
seni pop ini juga merangkumi hasil karya berbentuk komik, jenama barangan yang terkenal,
papan tanda iklan, surat khabar, wayang dan juga televisyen lagi pelukis yang terkenal pada
zaman kemuncak kegemilangan era ini ialh Andy Warthol.
Hasil karya yang dihasilkan oleh beliau masih lagi popular

sehingga kini. Imej

popular yang digunakan pada catannya termasuklah gambar selebriti terkenal Elvis Presley
dan Merilyn Monroe. Penggunaan jenama makanan seperti Campbell Soup dan juga
pakaian Levis menjadi pilihan beliau dalam menghasilkan karya. Karyanya yang berjudul
Marilyn dihasilkan beliau pada tahun 1967 dengan menggunakan teknik cetakan Serigraph
di atas kertas.
Era seni minilisme ini adalah merupakan era di mana penggiat seni menghasilkan
karya mereka dengan mengurangkan dan mengecilkan saiz imej utama yang mereka
gambarkan. Kebanyakan catan yang dihasilkan tidak memetingkan imej yang digunakan
sebaliknya mereka lebih memetingkan unsur psikologi dan symbol. Era ini pada awal tahun
1960an. Penggunaan skim warna juga sangat terhad pada era ini. Di antara pelukis yang
popular pada zaman ini ialah Frank Stella,Donald Judd dan Kasmir Malevich.Malevich
adalah di antara pelukis yang Berjaya mencipta nama standing dengan Van Gogh dan juga
Jackson Pollock. Di antara karyanya yang terkenal ialah Suprementist Composition: White
on white yang menggunakan cat minyak atas kanvas.

SENI ORIENTAL CHINA


Kesenian ialah sesuatu yang mengindahkan sehinggalah dapat menimbulkan
kepuasan kepada orang lain apabila berlakunya proses penghayatan seni. Setiap penilaian
terhadap kesenian pastinya mempunyai nilai-nilai estetika kerana seni adalah sebahagian
daripada kehidupan manusia. Ketinggian dalam bidang kesenian merupakan salah satu
faktor

yang

membantu

negera China

ataupun Tamadun China

untuk mencapai

kegemilangan. Hal ini kerana perkembangan kerja-kerja kesenian China sering mendapat
perhatian oleh bangsa asing sejak zaman Klasik China lagi.

Seni Oriental China


Seni tembikar China merupakan salah satu seni yang telah lama wujud sejak pada
akhir zaman batu lagi. Tetapi, pada zaman Neolitik, negeri china merupakan tempat yang
yang popular dengan pembuatan tembikar. Kebanyakan tembikar di merata dunia hampir
datang daripada negeri tersebut. Jelasnya, negeri China kaya dengan ilmu seni tembikar
cina yang merupakan antara yang terbaik di dunia.
Pada awalnya, kebanyakan tembikar China berbentuk pasu mulut besar dan
berbadan kecil. Apabila beralih daripada dinasti ke dinasti lain, bentuk pasu masih kekal
tetapi ciri-ciri perhiasan luaran pasu adalah berlainan. Sebagai contoh, tembikar zaman
Maharaja Yso dan Shun berwarna kemerah-merahan dengan perhiasan hitam. Manakala,
tembikar Dinasti Chou mempunyai lapisan glaze yang terang pada permukaan tembikarnya.
Seterusnya, tembikar Zaman Wangsa Han, menggunakan glaze kelabu kekuningan yang
diperbuat dari timah hitam dan copper oxide.
Seni Tembaga China
Seni tembaga China dipercayai bermula pada zaman Wangsa Shang. Kebanyakan
kesenian tembaga pada ketika itu adalah peralatan rumah dan peralatan untuk sembahyang
yang ditiru daripada bentuk-bentuk tembikar. Pada akhir Wangsa Chou, terdapat bukti teknik
tuangan bentuk huruf atas bejana-bejana telah dilakukan. Bentuk-bentuk bejana berasaskan
bentuk binatang yang lazim digunakan adalah untuk kegunaan harian dan istiadat
keagamaan.
Tembaga dibahagikan kepada 9 kategori iaitu Ding, alat untuk mengisi arak, alat untuk
mengisi makanan, alat untuk mengis air, alat muzik, senjata untuk peperangan, pengukur,
cermin gangsa dan peranti yang lain. Salah satu pola yang paling umum dari gangsa, adalah
taotie, juga dikenali sebagai wajah haiwan seperti naga, harimau, rusa, burung dan lain-lain

lagi. Tembaga juga digunakan dalam ritual pengorbanan. Peralatan ritual keagamaan adalah
seperti lampu, peranti merokok, aksesoris bangunan dan sebagainya.
Catan China
Sebenarnya, lukisan tradisional China telah ditemui dan dikembangkan dari 4000
sebelum masihi dan lukisan tradisional China ini dijangka telah dikembang lebih daripada
6000 tahun.
Pada peringkat

awal, lukisan China amat

berkait

rapat dengan

ukiran

di

atas kraf, perhiasan daripada tembaga, jed dan juga tembikar. Seterusnya, catan China
dipengaruhi oleh agama Buddha dari India pada abad 1 Masihi dan kebanyakan lukisan
adalah

berunsurkan

agama

Buddha,

Taoisme

dan

Confucianisme.

Semasa

Dinasti Song (960-1127) pula, lukisan yang berunsurkan keagamaan telah ditukar kepada
wajah sejarah dan juga cerita daripada kehidupan seharian para penduduk pada zaman
tersebut. Pada zaman Song, pelukis Cina banyak menggunakan ciri pemandangan untuk
menghasilkan lukisan-lukisannya. Sebagai contohnya,

lukisan bunga dan burung telah

dipisahkan untuk membentuk sebuah genre lukisan yang bebas sekitar pada abad ke-9.
Pelukis kerap menggunakan bunga, buah-buahan, serangga dan ikan sebagai subjek
matter.
Catan Cina biasanya menggunakan media seperti berus dan kerta China. Setiap
media tersebut mempunyai ciri-ciri yang tertentu. Bahan media seperti berus China, ia lebih
kurang sama dengan berus biasa yang digunakan oleh pelukis untuk lukisan cat air di
negara barat yang lain. Berus China ini pula mempunyai bulu yang lebih halus berbanding
dengan berus barat pada masa itu. Terdapat beberapa jenis berus China yang digunakan
oleh para pelukis iaitu, Hsieh Chao Bi. Berus ini juga dikenali sebagai ketam berus cakar dan
saiznya kecil. Hua Jan Bi pula direka khas untuk melukis lukisan bunga-bunga. Lan Yu Chu
Bi pula direka khas untuk anggerek lukisan dan juga buluh. Media lain iaitu, kertas China
juga mempunyai beberapa ciri-ciri seperti lertas itu dicipta dan diperbuat daripada pelbagain
bahan seperti kulit, pokok, pulp dan juga jala ikan.
Sebenarnya, kertas yang berbeza mutu menghasilkan keputusan yang berbeza.
Kertas yang kasar menyerap air atau dakwat dengan cepat manakala kertas licin tidak dapat
menyerap air dan dakwat.kertas China biasa dikenali sebagai rice paper dalam bahasa
Inggeris. Dalam penggunaan warna pula, cara penggunaan warna di China berbeza
berbanding dengan cara penggunaan warna di Barat. Warna yang digunakan di negara
China biasanya pudar sahaja. Hal ini kerana tujuan warna yang digunakan pada masa itu

bukan digunakan untuk menunjukkan bayang pada sesuatu objek tetapi digunakan untuk
menunjukkan ciri-ciri objek tersebut.
Di samping itu, terdapat banyak perlambangan dalam catan China. Perlambangan
dan falsafah ini mempunyai makna yang tersendiri dan merupakan perlambangan bagi
setiap satu objek.

Antaranya ialah, Shan gunung, qi- atmosfera dan hsing bentuk.

Ketiga-tiga objek ini merupakan tiga unsur yang biasanya muncul dalam sesebuah catan
Cina. Gunung berlambangkan kesuburan, keturunan, kekuatan, kesungguhan serta boleh
mempengaruhi perasaan dan penghayatan seseorang melalui perubahan atmosfera. Awan
cerah melambangkan keharmonian, malah awan gelap menimbulkan suasana kemuraman.
Pokok besar seperti ru dan pine membawa maksud pasak bumi dan kedudukan mengikut
hirarki. Pokok buluh pula melambangkan kekayaan, lanjut usia, kejujuran, kebenaran serta
mampu menghalau hantu. Pokok orkid melambangkan musim luruh manakala pokok plum
blossom melambangkan kecantikan dan lanjut usia. Ikan pula melambangkan pertambahan
rezeki. Jika ikan yang bewarna keemasan melambangkan status kaya, manakala hitam
melambangkan kehidupannya biasa sahaja. Ikan kelisa melambangkan kekayaan dan
keuntungan juga. Sungai pula melambangkan kegembiraan dan keharmonian.
Selain itu, terdapat juga falsafah dalam catan China. Dalam proses penghasilan
catan China, terdapat beberapa falsafah dalam penghasilannya seperti melukis tanpa
sombong yang bermaksud, mempercantik lagi hasil yang telah siap bagi mempertingkatkan
mutu catan lagi sehingga mencapai penghasilan yang paling bermutu dan berkualiti. Dalam
hal ini, boleh dilihatkan bahawa, pelukis tidak harus cepat berpuas hati dan bangga dengan
kerjanya. Falsafah seterusnya adalah tidak menghadapi kerja dengan lalai . Falsafah ini
bermaksud sesorang haruslah bersedia dari segi rohani dan peralatan serta persekitaran
sebelum melukis bagi mendapatkan kerja yang sempurna. Jika setiap pelukis memupuk
falsafah-falsafah ini dalam jiwa mereka sendiri, maka lebih banyak catan yang berkualiti
dapat dihasilkan.
Hukum Catan China
Hukum catan China merupakan asas yang penting dalam menghasilkan sesebuah
karya aliran China. Terdapat enam ciri ataupun boleh disebut sebagai kriteria dalam hukum
catan China. Keenam-enam kriteria ini adalah berasaskan prinsip Shi-Vitalize Spirit.
Kriteria yang pertama ialah penggunaan warna secara monokrom dalam sesebuah
karya China. Penggunaan cat air ini adalah dalam ton warna yang terhad dan kesan ini akan
memberi impak yang mendalam. Warna yang sering digunakan dalam karya China ialah
warna hitam atau coklat. Kedua-dua warna ini adalah tergolong dalam media dakwat.

Selain itu, komposisi juga memainkan peranan yang penting dalam catan China.
Komposisi adalah merupakan ruang atau sudut dimana ia mementingkan rangkaian ruang
berasaskan garisan tegak dan mendatar. Ruang atau sudut ini juga dikenali sebagai ruang
keemasan. Fungsi komposisi ini adalah untuk menonjolkan dan menarik lagi perhatian orang
ramai.
Di samping komposisi, wujud juga ton dan suasana untuk memberi suasana yang
lebih ghairah dan dinamik dalam sesebuah karya. Dalam penghasilan ton dan suasana,
prinsip Chi Yun Sheng Tung telah diaplikasikan dalam karya tersebut. Prinsip Chi Yun Sheng
Tung merupakan salah satu daripada enam prinsip dalam menghasilkan catan China. Prinsip
ini membawa maksud getaran rohani atau perasaan pelukis. Dengan ini, prinsip ini adalah
amat berguna dan penting dalam proses penghasilan catan China.
Kriteria keempat ialah struktur dan sapuan berus. Dalam catan China, sapuan
memberi sesuatu pergertian. Di samping itu, ia dibuat secara spontan dan merupakan simbol
kepada semula jadi.
Selain itu, lakaran merupakan proses pertama dalam penghasilan sesuatu karya.
Lakaran memangpenting kerana lakaran adlah pembentukan awal sesuatu gambaran. Tidak
kira sama ada karya itu catan China atau Barat, lakaran adalah proses yang pertama dalam
penghasilan karya seni.
Kriteria yang terakhir adalah berhubungkait dengan objek. Dalam sesuatu karya,
pelukis harus berfikir tentang kesesuaian lukisan dengan objek yang ingin dilukis olehnya.
Walaupun lukisan tidak sama dengan objek sebenar tetapi perlu ada persamaan
dalamannya. Sebagai contoh, pokok dengan bunga merupakan pasangan yang sesuai.
Sekiranya pokok dengan komputer, komputer atau pokok tersebut akan menjadi penegasan
terhadap satu sama lain.
Catan Landskap China
Catan landskap Cina menggambarkan keindahan panorama alam semula jadi yang
nyata dan memberi pengaruh yang luas serta mengambil tempat yang istimewa dalam seni
catan Cina.
Dalam catan landskap China, bumi ataupun lebih khusus gunung dan air merupakan
dua aspek terpenting dalam landskap Cina, sesuai dengan pengertian landskap ataupun
shan-shui yang bermaksud gunung dan air. Cara pelukis Cina melukis catan mereka adalah
dengan berus dan cat air serta kertas beras. Media ini merupakan media utama kepada
catan seni Cina. Menurut buku Segerak Yusof Ghani, seniman besar China, Kuo His pernah

menyebut anak sungai adalah salur nadi ataupun urat-urat kepada gunung. Dalam landskap
Cina, aliran air dikelilingi oleh gunung-ganang serta batu-bata besar yang dilukis berkepulkepul seperti awan.
Pelukis-pelukis Cina gemar mengembara ke seluruh pelosok alam ini untuk
mengkarya. Hal ini demikian disebabkan oleh mereka ingin menghayati dan merakamkan
alam dengan penuh kejujuran. Dalam catan landskap Cina, kebanyakannya menerangkan
kepercayaan kaum Cina bahawa manusia merupakan sebahagian daripada alam. Ini
dipaparkan dengan imej figura manusia yang kecil seringkali ditampilkan dalam komposisi
alam semula jadi yang luas bagi menunjukkan kekerdilannya serta menyedarkan bahawa
manusia adalah bahagian kecil dari alam. Malah, catan yang dihasilkan juga mempunyai
falsafah dan sajak yang menyampaikan perasaan hati pengkarya.
Dalam catan landskap Cina, binaan struktur landskap merupakan topik yang penting
dan harus difahami oleh pelukis dalam mengkarya dan memahirkannya. Pertama sekali ialah
pembahagian objek utama dan sekunder. Biasanya, benda yang dilukis berdekatan dengan
paras penglihatan dalam catan landskap Cina dikatakan objek utama. Kedua, sifat memberi
dan menerima untuk menghasilkan daya kesungguhan dan irama kelembutan dalam lukisan
diperlukan dalam pemandangan pada sesebuah catan landskap Cina. Seterusnya, sifat
nyata dan kabur yang dipaparkan pada catan. Biasanya, sifat nyata dalam catan akan
menonjolkan sesuatu perasaan yang lebih berat, lebih nyata dan senang dikesan.
Meninggalkan tempat kosong dalam catan landskap Cina merupakan teknik yang penting
dalam lukisan Cina supaya lukisan tersebut dikatakan elegant dan ruang ini dapat
membezakan lapisan lukisan. Kesan berus yang padat atau jarang juga penting agar
sesuatu catan landskap Cina tidak kelihatan kaku.
Beberapa ciri terdapat dalam catan landskap Cina iaitu tidak meniru alam secara
realistik tetapi tertumpu kepada ekspresi yang membawa pengertian terhadap keseluruhan
catan. Seseorang artis harus dapat berinteraksi dengan alam secara harmoni dan terjemah
falsafahnya melalui catan. Tambahan pula, konsep Yin dan Yang menjadi teras kepada catan
landskap Cina iaitu keseimbangan kekuatan dan kelemahan. Kaum Cina percaya elemenelemen dalam ala mini adalah saling melengkapi. Contohnya, gunung, kuda hitam dan ayam
jantan mewakili Yin manakala kabus, air, awan, bunga dan lembah ialah Yang.

Seni Arca dan Ukiran China


Seni arca China dan seni ukiran China dikesan sejak zaman Wangsa Shang dengan
terjumpanya dua arca yang berbentuk harimau dan burung hantu yang diperbuat daripada
marmar.
Perkembangan seni arca China bermula pada zaman Dinasti Tang seiring dengan
perkembangan seni lukis. Agama Buddha banyak memainkan peranan dalam seni arca
China. Hal ini dapat dikesan melalui patung-patung yang dihasilkan di kuil. Misalnya,
terdapat banyak imej-imej Buddha ditemui dalam candi-candi di Gua Yun Kang, Shensi. Di
Gua-gua Tun Huang, Kansu juga terdapat imej-imej Buddha yang diukir pada dinding dan
arca-arca tersebut adalah diperbuat daripada batu, tembaga dan tanah liat yang telah
diwarnakan. Kemudiannya, orang China telah menggantikan patung-patung keagamaan itu
secara beransur-ansur dengan membuat patung-patung berbentuk kuda dengan ukiranukirannya sekali. Patung-patung kuda yang bersama dengan penunggang dibuat kerana
patung tersebut dapat menggambarkan sifat kepahlawanan China.
Seni ukiran China pula dapat dilihat pada patung-patung yang dibuat daripada batu
jed, batu, tanah liat dan kayu. Tambahan pula, seni ukiran China juda dibuat di kubur dan di
dinding gua. Pada Dinasti Shang, pengukinya menggunakan batu marmar, batu jed dan batu
kapur untuk mengukir patung-patung kecil. Bukan sahaja Dinasti Shang, Dinasti Han juga
terkenal dengan pengukir-pengukirnya yang mahir.
Seni Kaligrafi China
Kaligrafi China adalah salah satu seni kaligrafi tertua di dalam sejarah peradaban
manusia. Tradisi kaligrafi China berasal dan berkembang dari negara China, khususnya
penulisan aksara Cina dengan menggunakan dakwat dan kertas.
Sedangkan untuk kaligrafi, bentuk-bentuk ini mengalami perubahan yang sifatnya
memperindah. Terdapat banyak gaya penulisan dalam seni kaligrafi China. Misalnya, skrip
cop mohor (zhuanshu), skrip rasmi (lishu), skrip rumput atau dikenali sebagai tulisan kursif
(caoshu), skrip standard (kaishu), skrip berlari atau dikenali sebagai tulisan separa kursif
(xingshu). Ahli kaligrafi boleh menulis dalam bentuk aksara tradisional atau diringkaskan,
tetapi mereka agak menjurus kepada bentuk tradisional bagi seni tradisi lama. Seperti abjab
Rumi, terdapat pelbagai mukataip yang wujud untuk pencetakan bahasa Cina, yang mana
sebilangan besarnya banyak berteraskan gaya-gaya arts individu atau sekolah-sekolah
kaligrafi.

Terdapat beberapa ciri penting yang diberikan perhatian dalam menghasilkan suatu
karya yang berkualiti. Antaranya ialah unsur tebal tipis goresan, komposisi dan teknik sang
kaligrafer ketika menggoreskan tinta.
Kaligrafi ini juga membawa kepada banyak lagi bentuk seni di Asia Timur, termasuk
mengukir cap mohor, penindih kertas hiasan dan batu dakwat. Dalam sehari-hari, lukisan
kaligrafi China ini menghiasi dinding-dinding rumah atau toko milik warga keturunan Cina.
Kaligrafi ini mengandungi makna dan filosofi tertentu bagi mereka yang mengerti. Seni
kaligrafi China digunakan untuk mempersembahkan berbagai-bagai ungkapan, seperti katakata mutiara, duka cita, ucapan perkawinan atau ulang tahun.
Seni Bina China
Seni bina China adalah merujuk kepada sesuatu gaya seni bina yang sudah ada di
Asia untuk beberapa abad. Seni bina China telah dikatakan setua Tamadun China sendiri.
Sejak dari Dinasti Tang lagi, pengaruh besar dari seni bina China telah dapat dilihat dalam
gaya seni bina Vietnam, Korea dan Jepun. Seperti seni bina yang lain, seni bina China juga
mempunyai ciri-cirinya yang tersendiri di mana seni bina China ini lebih kepada prinsip
simetri dan juga keseimbangan.
Dalam seni bina China, terdapat empat bahagian penting dalam seni bina China iaitu
dinding, pintu gerbang, bumbung dan hiasan. Batu bata merupakan elemen atau bahan
penting dalam bahagian pembinaan dinding dan begitu juga kayu. Dinding bata mempunyai
jubin (tiles) yang licin serta berwarna. Terdapat juga dinding nipis yang mana diperbuat
daripada kayu. Dalam bahagian pintu gerbang pula, kayu merupakan elemen penting dan
ianya dibina secara bertingkat. Fungsi bagi pintu gerbang ini adalah sebagai pintu masuk ke
kuil, tugu, tempat perkuburan dan bandar. Selain itu, bumbung juga merupakan salah satu
bahagian penting dalam seni bina China. Bumbung selalunya mempunyai hiasan dan ukiran
yang menarik. Ianya disusun secara bertingkat dan mempunyai atap genting yang berwarna.
Terdapat pelbagai jenis bumbung dalam seni bin China iaitu bumbung panjang, bumbung
piramid dan bumung lima. Dalam hiasan pula, hiasan seni bina China lebih banyak
menunjukkan ciri-ciri kebangsaan iaitu negara China itu sendiri. Hiasannya pula lebih kepada
bentuk binatang dan manusia. Selain empat bahagian penting itu tadi, terdapat juga seni
bina China yang lain iaitu pagoda, pai lou iaitu pintu pagar atau tugu peringatan, jambatan,
istana dan rumah kediaman.

SENI MALAYSIA
Perkembangan seni halus di Malaysia berlaku secara berperingkat-peringkat
berkaitan dengan lukisan, catan, cetakan dan arca.Melalui bidang seni halus ini, pelukis
dapat meluahkan rasa hati untuk disampaikan kepada audiens. Secara umumnya,
perkembangan ini dapat dibahagikan kepada dua zaman iaitu:
a. Zaman sebelum Perang Dunia Kedua
b. Zaman selepas Perang Dunia Kedua
Tahun 20an
Terdapat kepercayaan bahawa pengembara- pengembara Eropah dan Inggeris telah
meminta pelukis-pelukis negeri-negeri Selat yang berketurunan Cina atau Melayu untuk
melukis gambaran kehidupan tempatan yang bermotifkan flora dan fauna. Ini disebabkan
oleh minat mereka atau sebagai rekod sejarah. Lukisan-lukisan dan catan-catan tersebut
banyak ditempah oleh pegawai-pegawai Syarikat Hindia Timur yang ditempatkan di Malaya.
Pihak Inggeris telah memperkenalkan genre lukisan catan lanskap dalam aliran
Realisme, zaman Pre-Raphelites, Turner dan Constable. Ini telah berterusan sehingga abad
ke 19 apabile Seni Eropah terutamanya Seni Perancis mula memberi kesannya kepada
seluruh rantau dengan pergerakan-pergerakan seni seperti aliran Impresionisme, Kubisme,
Surealisme, Futurisme dan Konstruktivisme.
Sumbangan golongan Cina kepada perkembangan seni Malaysia dan Singapura
berpunca daripada pendatang dan pelawat Cina seperti Xu Beihong yang telah bermastautin
di Pulau Pinang untuk beberapa tahun.Mereka juga telah berkunjung ke Singapura untuk
sesuatu jangka masa. Mereka telah menerima pendidikan dalam lukisan berus Cina dan
kaligrafi di China.
Pada mulanya penghijrah-penghijrah awal dari China adalah untuk mencari sara
hidup. Seni halus tidak pernah difikirkan. Hanya selepas mereka bertapak kukuh dan berjaya
dalam kehidupan, barulah terdapat beberapa penghijrahan berdasarkan kretiviti artistik
mereka. Terdapat yang terlibat dalam pendidikan Seni dan ada pula yang menjadi pelukis
amatur. Antara yang berjaya dalam bidang seni ialah Lee Kah Yeow, Wang Yau, Reverend
Chuk Mor, Reverend Pak Yuen, Chai Horng, Chung Hong Kong dan Zhen Wei Sin.
Kesimpulannya pada awal tahu 1920an terdapat pelukis yang mempamerkan hasil
karyanya.Pameran seni lukis yang terawal di singapura ialah pameran Lian Xiao Oh pada
tahun 1924.Disusuli pula dengan pameran pastel He Qui Qo pada tahun 1926.

Aktiviti-aktiviti seni yang awal di Pulau Pinang bermula apabila pengasasan Pulau Pinang
pada tahun 1786 oleh Sir Francis Light di bawah Syarikat Hindia timur. Pelukis-pelukis
Inggeris yang tinggal di Pulau Pinang gemar melukis pemandangan laut dan keindahan alam
semulajadi pulau itu. Kemungkinan terdapat pelukis tempatan yang membekalkan lukisanlukisan kepada para penaung Syarikat Peniagaan Eropah.
Perkembangan seni lukis moden boleh dikesan sehingga tanuh 1920an semasa
kumpulan penang Impressionist ditubuhkan. Kumpulan ini terdiri daripada ekspatriat Eropah
yang kebanyakannya merupakan surirumah bangsa Inggeris. Disebabkan sikap-sikap
kolonialistik pada masa itu, pelukis-pelukis tempatan Pulau Pinang tidak dibenarkan
menyertai

Penang

Impressionist.Dua

orang

pelukis

tempatan

yang

diterima

menganggotainya ialah Puan Lim Cheng Kung dan Abullah Ariff. Abdullah Arif diterima dalam
kumpulan itu kerana perkhidmatan beliau sebagai pendidik seni diperlukan, manakala Puan
Lim pula isteri seorang jutawan yang dapat memberi sokongan kewangan.

Abdullah Arif
Tahun 1920an merupakan peringkat yang penting dalam sejarah seni lukis Pulau
Pinang.Yong Mun Seng telah datang ke Pulau Pinang dari Singapura dan mendirikan studio
seninya. Pelukis pertama yang mengadakan pameran seni lukis di Malaysia adalah Ooi Hwa
yang telah mempamerkan karya-karyanya di Pulau Pinang pada tahun 1927. Ooi Hwa dan
Lee Cheng Yong mungkin merupakan pelukis pertama yang pergi ke luar negeri untuk
mempelajari seni di Akademi Seni Halus Shanghai. Ooi Hwa adalah pelukis cat air aliran
Impressionist dengan kesan-kesan cahaya yang kuat.
SITC (Sultan Idris Training College) ditubuhkan pada tahun 1922. Mata pelajaran
Pendidikan Seni diajar di samping subjek-subjek lain. Komponen subjek Pendidikan Seni

diajar bersama-sama dengan pertukangan tangan seperti membuat bakul dan lain-lain seni
pertukangan rakyat ketika itu.
Sukatan Pelajaran yang digunakan adalah pelajaran menggunakan mengkuang
untuk membuat bakul bagi tahun pertama. Mereka dikehendaki mencipta corak-corak baru
dengan menggunakan rotan dan buluh.Kerja-kerja tahun pertama disambung pada tahun ke
dua dan penggunaan rotan dan buluh adalah lebih meluas lagi pada tahun ke tiga.Buku teks
yang digunakan ialah Kitab Rajah-rajah Anyaman oleh guru anyaman Mr. W. Olaguera.
Penuntut-penuntut diberi pilihan untuk pertukangan kayu bagi melatih membuat
perabot-perabot seperti meja kecil, almari buku, tongkat dan sebagainya. Dalam tempoh tiga
tahun terdapat enam kelas pertukangan kayu. Pilihan seterusnya adalah menjilid buku di
mana hanya sebahagian kecil penuntut tahun tiga sahaja yang mengikutinya.Menganyam
jaring bagi permainan bola sepak, hoki dan bola tampar. Pertukangan tanah liat di mana
hanya sebilangan penuntut sahaja dipilih untuk belajar membuat tempat bunga, periuk dan
lain-lain daripada tanah liat.
Tahun 1930an
Pada tahun 1935, sekumpulan pelukis di Singapura merupakan penuntut Sekolah
Seni Halus Shanghai, Sekolah Seni Shanghai dan Universiti. Mereka telah menubuhkan
Salon Art Studies Society yang kemudiannya ditukar kepada Persatuan Pelukis-pelukis Cina.
Persatuan ini menumpukan perhatian kepada perlaksaan pameran karya-karya
pelukis asing, terutamanya karya pelukis-pelukis HongKong dan Cina. Pelukis tempatan
turut diberi peluang untuk meluaskan pengalaman. Pameran tahunan mereka telah menjadi
tradisi berterusan tanpa sebarang sekatan melainkan pada tahun-tahun peperangan 1942
hingga 1945. Ramai ahlinya merupakan staf Akademi Seni Halus Nanyang.
Akademi Seni Halus Nanyang diasaskan pada tahun 1938 oleh pengetuanya, Lim
Hak Tai. Lim Hak Tai, seorang pelukis ternama dan berwawasan memperkembangkan
kesenian dengan menubuhkan institusi yang pertama dan paling lama di Singapura. Di
antara pelukis-pelukis terkenal yang menjadi tenaga pengajar ialah Cheong Soo pieng,
Georgette Chen Li Ying, Chen Wen His dan Chen Chong Swee. Para pelukis ini telah datang
ke Singapura selepas Perang Dunia ke Dua.Mereka dilatih di akademi-akademi Seni di
Shanghai, kanton dan Amoy.Mereka juga didedahkan kepada pengaruh modenis aliranaliran di Paris.
Pelukis-pelukis Nanyang memainkan peranan yang besar dalam perkembangan
tradisi seni moden di Malaysia dan Singapura melalui aktiviti-aktiviti mereka. Mereka terkenal

kerana menggabungkan konsep Barat dan Timur dalam hasil karya mereka, yang
kemudiannya dikenali sebagai Nanyang.
Apabila Cheng Yong kembali pada tahun 1932, beliau mengadakan pameran solo di
Philomatic Union, Acheen Street. Pameran ini telah memberi kesedaran kepada pelukispelukis tempatan yang telah melukis bersendirian dan tidak sedar akan kewujudan pelukispelukis lain.
Pada tahun 1936, pelukis-pelukis Cina telah berkumpul di bawah pengaruh Yong Mun
Sen, dan menubuhkan Kelab Seni Lukis Cina Pulau Pinang. Di antara pengasas kelab ini
termasuklah Lee Cheng Yong sebagai Presiden, Yong Mun Seng sebagai Timbalan
Presiden, Quan Kuan Sin sebagai setiausaha, Tay Hooi keat sebagai bendahari dan Kuo Ju
Ping, Tan Seng Aun, Tan Gek Khean serta Wan Fee sebagai ahli jawatan kuasa. Mereka
telah mengadakan Pameran seni dan Fotografi yang pertama. Kebanyakan karya yang
dipamerkan adalah mengikut aliran Realisme Barat dan Post Impressionism di samping
beberapa lukisan berus Cina tradisional. Pelukis-pelukis di seluruh Malaysia dan singapura
telah diundang untuk menjayakan pameran ini.
Pada tahun 1937, kumpulan Penang Impressionist yang mengadakan pameran
tahunan secara tetap, telah menjemput ahli-ahli Kelab Seni Lukis Cina pulau Pinang.
Jemputan ini amat menggalakkan pelukis-pelukis tempatan memberi sumbangan yang
positif. Pameran ini merupakan pameran terakhir Penang Impressionist sebelum dibubarkan
sebelum bermulanya Perang dunia Kedua. Kebanyakan ahlinya yang aktif telah pulang ke
Eropah atau pun telah dipindahkan.
Kelab Seni Lukis Cina Pulau Pinang telah mengadakan dua atau tiga lagi pameran di
bawah pimpinan Lim Cheng Ean (ayah P.G. Lim dan Lim Kean Siew, pengumpul karya seni)
dan seterusnya dipimpin oleh Ong Keng Seng. Ketika peperangan, aktiviti-aktiviti pertubuhan
terpaksa diberhentikan untuk sementara waktu kerana kawalan keselamatan yang
dikenakan di kawasan desa dan pantai.Akhirnya, pertubuhan ini dibubarkan sebelum
kemaraan jepun pada tahun 1941.
Tahun 1940an
Pada tahun 1949, persatuan seni Singapura telah ditubuhkan oleh beberapa
ekspatriat seperti Dr. Gibson-Hill yang mengetuai Raffles Museum and Library, Richard
Walker yang merupakan pengetua Seni Sekolah-sekolah Singapura, Francis Thomas iaitu
guru Sekolah St Andrews, Suri Mohgani iaitu pelukis tempatan dan Liu Kang yang juga
Presiden persatuan tersebut. Walau pun Liu Kang bukan seorang guru seni beliau disanjung

tinggi sebagai pelukis yang cekap dan penglibatan aktifnya dalam Persatuan Pelukis Cina
dan Persatuan Seni Singapura.
Persatuan Seni Singapura mengadakan pameran-pameran dan aktiviti-aktiviti seni di
dalam dan di luar negeri yang dibuka kepada semua pelukis tanpa mengira bangsa dan
darjat.Walker, pelukis mahir aliran Impressionisme telah melatih beberapa pelukis terkemuka
seperti Lim Cheng Hoe. Lim diiktiraf sebagai pelukis cat air yang terunggul di mana beliau
juga memberi ilham serta menjadi mentor kepada golongan pelukis generasi ini.
Lee Man Fong, pelukis penting dalam seni lukis Singapura berhijrah ke Singapura
dari Indonesia pada tahun 1967. Dilahirkan di Kanton, China pada 1913, beliau berpindah ke
Jakarta pada 1932 dan bekerja sebagai pelukis komersil.Pada tahun 1947, beliau mendapat
biasiswa kerajaan Belanda untuk menuntut kesenian di negeri Belanda. Beliau seterusnya
dilantik sebagai pelukis Istana Presiden oleh Presiden Sukarno.
Pada Disember, 1941 pendudukan jepun telah mengekang semua aktiviti
kebudayaan. Kempeitai iaitu polis tentera Jepun telah mengawasi kumpulan-kumpulan
kebudayaan China. Rekod-rekod dan bukti-bukti fotografik lawatan Kelab Seni Lukis China
Pulau Pinang telah dibakar sebagai langkah berjaga-jaga. Pada tahun 1945 keseniang di
Pulau Pinang telah dihidupkan semula dengan penubuhan Kumpulan Pendidik Seni Pulau
Pinang di bawah Jabatan Pendidik Seni, Pulau Pinang. Pada tahun 1948, Tay hooi Keat
menjadi warganegara Malaysia pertama yang pergi ke Britain untuk mempelajari seni lukis di
Camberwell School of Art.
Setelah perang tamat, pusat seni telah beralih dari Paris ke New York. Para pelukis
Amerika Syarikat memulakan pergerakan seni seperti Action painting, Ekspressionisme
abstrak, Seni Pop, Seni Op, Performance Art, Minimalisme, Seni Konseptual dan
sebagainya. Pelukis-pelukis tempatan yang pergi ke luar negeri turut terdedah kepada
pelbagai pengaruh aliran seni.

Mohammad Hoessein Enas


Selepas perang tamat, Pulau Pinang menjadi pusat daya tarikan para pelukis. Frank
Sullivan, penaung seni yang terkenal telah menemui Mohd Hoessein Enas di Pulau Pinang
pada tahun 1949 dan telah menggesa beliau berpindah ke Kuala Lumpur .Hoession
seterusnya menubuhkan Angkatan Pelukis semenanjung dan menjadi tokoh seni
kebangsaan yang terkenal.
Tahun 1950an
Pada tahun 1952, Majlis Pendidik Seni Pulau Pinang telah ditubuhkan dan diterajui
oleh Tay Hooi Keat sebagai pengerusi. Di antara ahli-ahlinya adalah Lee Joo For, Tan Tin
Kok, Kim Tong Juan, Tan Lye Hoe dan Chee Wee Sun. Kebanyakan ahli-ahlinya terdiri guruguru sekolah aliran Bahasa Inggeris. Tay Hooi Keat yang kembali ke Pulau Pinang dari
United Kingdom memperkenalkan konsep-konsep baru yang memeranjatkan masyarakat
seni lukis tempatan.
Pada tahun 1952 juga Cheong Soo Pieng, Chen Chong Swee, Chen Wen His dan Liu
Kang berkunjung ke Bali. Sekembalinya dari Bali mereka mengelolakan pameran bertajuk
Tempat Pelukis Kembali yang menyebabkan penciptaan susuk tubuh badan yang dikaitkan
dengan seniman Nanyang. Pameran ini telah mendorong ramai pelukis tempatan seperti
Khaw Sia membuat lawatan melukis ke Bali.
Seterusnya pada tahun 1952 juga, Majlis Kesenian ditubuhkan untuk memberi
sokongan, menjaga dan menggiatkan aktiviti-aktiviti dalam pelbagai bidang seni dengan
bantuan kerajaan.
Pada tahun 1953, Persatuan Seni Pulau Pinang ditubuhkan di bawah pimpinan Loh
Cheng Chuan. Majlis Kesenian Pulau Pinang ditubuhkan pada tahun yang sama dengan

souter sebagai Presiden, Tay Hooi Keat sebagai setiausaha dan A Sabapathy sebagai
bendahari dan juruaudit. Kedua-dua pertubuhan ini telah mengadakan pameran-pameran
seni secara tetap untuk ahli-ahli mereka.Mereka menganjurkan pameran solo untuk para
pelukis tempatan serta pelukis luar negara yang membuat lawatan.
Wednesday Art Group telah ditubuhkan pada tahun 1952 di Kuala Lumpur oleh Peter
Harris. Pada awalnya terdapat kekurangan kegiatan seni yang serius di Kuala Lumpur. Peter
Harris merupakan Penguasa Seni di Kementerian Pendidikan dan beliau adalah lepasan
sekolah seni di United Kingdom. Beliau memperkenalkan estetik dan teknik seni lukis moden
kepada guru-guru dan pelukis muda tempatan yang berminat. Di antara pelukis-pelukis yang
mendapat tunjuk ajar dan galakan beliau ialah Patrick Ng, Cheong Lai Tong, Zakariah Noor,
Ismail Mustan, Dzulkifli Buyong, Ho Kai Peng, Liu Siat Mooi, Grace Selvanayagam, Phoon
Poh Hoon, Jolly Koh dan Syed Ahmad Jamal.

Syed Ahmad Jamal


Pada tahun 1954, Persatuan Seni Selangor telah diasaskan oleh ekspatriat dan ahliahli seperti Fung Yow Chork, Zakariah Noor, Yong Peng Seng, Chong Hooi Fah, Syed Zainal
dan Chong Sing Kwai. Kumpulan ini bertemu seminggu sekali pada hari Khamis di Sekolah
Lelaki Methodist untuk membuat catan potret, figuratif, lukisan dan lakaran.

Dzulkifli Buyong

Jolly Koh

Angkatan Pelukis Semenanjung iaitu APS yang kemudiannya dikenali sebagai


Angkatan Pelukis Se Malaysia ditubuhkan di Kuala Lumpur pada tahun 1956 oleh Mohd
Hossein Enas.APS bertujuan untuk mengumpul serta menyatupadukan pelukis-pelukis
Melayu.Ahli-ahlinya telah mencontohi penasihat mereka, Mohd Hoessein Enas yang terkenal
kerana potret realistik dalam cat minyak dan pastel. Antara yang terkenal dalam persatuan
ini ialah Idris Salam, Mohd Sallehuddin, Sabtu Mohd Yusof, Mazli Mat Som, Ahmad Hassan,
Yusof Abdullah dan Zakariah Noor.
Pada tahun 1957, Thursday Art Group telah ditubuhkan di Pulau Pinang dengan
matlamat yang sama dengan Wednesday Art Group. Ahli-ahli terdiri daripada Abdullah Ariff,
Tay hooi Keat, Kuo Ju Ping, Lee Joo For, Lim Tong Juan dan William K.K. Lau. Mereka
memperkenalkan konsep-konsep baru, mengadakan kelas-kelas melukis, sesi perbincangan
dan pameran.
Menjelang kemerdekaan seni telah menjadi salah satu simbol kepada perpaduan
kaum di Malaysia.Persepsi masyarakat terhadap seni telah mula berubah.Seni daripada
taraf rendah (kedaerahan) meningkat ke peringkat antarabangsa.
Pada tahun 1957 Frank Sullivan telah dilantik sebagai setiausaha akhbar kepada
YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Perdana Menteri Malaya yang pertama.Ini
membawa kesan yang mendalam dalam perkembangan seni Malaysia kerana usaha-usaha

Sullivan yang bersungguh-sungguh untuk memperkenalkan para pelukis tempatan serta


karya-karya mereka.
Balai Seni Lukis Negara di 109, Jalan Ampang telah dibuka dengan rasminya oleh
YTM Tunku Abdul Rahman pada 27 Ogos 1958. Pameran pembukaan telah memaparkan
karya-karya Chen Wen His, Cheong Lai Tong, Chuah Thean Teng, Mohd Hoessein Enas, Nik
Zainal Abidin, Peter Harris, Patrick Ng, Syed Ahmad Jamal, Tay Hooi Keat dan Yong Mun
Sen.
Selain Frank Sullivan yang menjadi setiausaha selama sepuluh tahun, antara yang
telah membangunkan Balai Seni Lukis Negara adalah Tan Sri Mubin Sheppard, Tan Sri
Ghazali Shafie, Tan Sri Dato Azman Hashim, Tan Sri Kamarul Ariffin, Tan Sri Zain Azraii,
Professor Ungku Aziz, Puan P.G. Lim dan ramai lagi.
Balai Seni Lukis Negara memperolehi koleksi tetapnya secara beransur-ansur. Dua
koleksi yang menarik ialah gambar foto burung Dato Loke Wan Tho dan Koleksi hasil-hasil
kaligrafi dinasti Sung yang didermakan oleh Lee Kah Yeow bernilai 2 juta ringgit.

Chuah Thean Teng


Pelukis Malaysia pertama yang mengadakan pameran solo di seberang laut ialah
Chuah Thean Teng yang diadakan di London pada tahun 1959.dan dipersembahkan oleh
Majlis Kesenian Persekutuan. Catan batik eksotik yang dihasilkan sejak beliau membuka
Yahong Gallery pada tahun 1955 telah meninggikan taraf batik daripada hasil pertukangan
tangan kepada bentuk seni halus. Kejaan Chuan telah membawa seni Malaysia kepada seni

antarabangsa. Seterusnya pelukis-pelukis batik yang lain seperti Khalil Ibrahim, Tay Mo
Leong dan Toya turut menerima pengiktirafan antarabangsa.
Tahun 1960an
Seni lukis aliran utama 1960an adalah dengan nilai-nilai mistikal dan semesta telah
menarik perhatian audien untuk menghayatinya kerana mempunyai kelainan.Dengan adanya
tradisi seni khat telah membentuk satu pengucapan gambaran yang tersendiri.Lahir
pandangan yang kritikal terhadap seni lukis. Pelbagai aktiviti dijalankan melalui saluran
media massa. Antaranya ialah perbincangan, ceramah, syarahan, laporan, pameran dan
sebagainya.Acara-acara seni lukis menjadi acara gemilang yang dihadiri oleh pelukispelukis, pencinta seni, ahli politik dan diplomat.
Special Teachers Training Institute (STTI) ditubuhkan pada tahun 1960 yang
kemudiannya ditukar kepada Maktab Perguruan Ilmu Khas (MPIK).Guru-guru yang berminat
di bidang seni diberi peluang melanjutkan pelajaran melalui kursus sepenuh masa selama
satu tahun.Mereka yang menunjukkan bakat besar dihantar untuk melanjutkan pengajian ke
luar negara. Golongan pelukis-pelukis dan pendidik seni telah menjadi tenaga utama seni
lukis pada lewat tahun 1960an. Kakitangan akademik Jabatan Seni di Maktab Perguruan
Ilmu Khas seperti Syed Ahmad Jamal, Anthony Lau, Lee Joo For, Cheong Laitong, Jolly Koh
dan lain-lain lagi memainkan peranan yang penting dalam seni lukis avant-garde di negara
ini.
Institusi Senilukis yang pertama ditubuhkan ialah Malayan Institut of Art pada tahun
1966.Institusi persendirian ini menawarkan kursus-kursus diploma selama tiga tahun dalam
bidang Fine Art, Commercial Art dan Interior Design di samping kursus-kursus sambilan.
Penubuhan Institut Teknologi Mara pada tahun 1967 telah melahirkan sekumpulan
tenaga baru pendidik seni dan usahawan-usahawan Melayu dalam bidang seni tertentu.Ia
menawarkan kursus diploma selama empat tahun dalam bidang Fine Arts (Painting and
Sculpture), Graphics, Photography, Fine Metal, Pottery and Ceramics, Textiles, Fashion dan
Industrial Design.
Kuala Lumpur College of Art telah ditubuhkan dalam tahun 1968 dengan
menawarkan kursus diploma selama tiga tahun dalam bidang Painting, Sculpture, Ceramics,
Chinese Brush Painting, Photography dan Commercial Art.

Tahun 1970an
Awal tahun 1970an pensyarah-pensyarah Intitut Teknologi Mara telah mengambil alih
tempat avant-garde. Mereka terdiri dari kumpulan New Scene seperti Redza Piyadasa,
Sulaiman Haji Esa, Chong Kam Kow, Tan Teong Eng, Joseph Tan dan lain-lain lagi.
Kumpulan ini telah mendebarkan keadaan seni lukis tempatan dengan ungkapan-ungkapan
yang mencabar. Pendekatan gaya catan mereka yang berasaskan optik dan maklumat telah
mengejutkan pelukis-pelukis tempatan dan masyarakat umum.

Redza Piyadasa
Pelukis-pelukis bukan sahaja berkarya dalam bidang minimal, pop, op dan lain-lain
aliran semasa tetapi juga menyarankan seni melibatkan kepintaran, nilai-nilai mistika dan
metafisika iaitu maklumat dan ilmu yang luar dari bidang catan.
Catan hard-edge yang menegaskan kedataran dan tanpa isyarat yang dipelopori oleh
Chong Kam Kow, Tan Teong Eng dan Tong Tuck telah mempunyai ikutan yang teguh di awal
1970an.
Pada tahun 1974 Abdul Latif Mohidin telah menghidupkan pendekatan yang baru di
kalangan ahli-ahli muda dan menubuhkan Kumpulan Anak Alam sebagai kumpulan serpihan
Angkatan Pelukis SeMalaysia.

Abdul Latiff Mohidin


Tahun 1980an
Persatuan Pelukis Malaysia ditubuhkan pada tahun 1980 dengan hasrat mewujudkan
sebuah badan yang betul-betul mewakili pelukis, memperbaiki kedudukan pelukis dan
bekerjasama dengan kerajaan mengenai hal-hal yang berkaitan dengan seni lukis di
Malaysia dan Luar negara.
Penubuhan Pusat Seni di Universiti Sains Malaysia pada tahun 1984 telah
melahirkan guru-guru pemegang ijazah bagi institut, maktab dan sekolah-sekolah serta para
profesional yang lebih maju dan mahir dalam bidang seni halus. Kursus Ijazah selama tiga
tahun ditawarkan oleh Jabatan Kemanusiaan.Ini termasuk Studio Seni lukis dan Sejarah
Senilukis dan Kemanusiaan. USM menawarkan kursus Seni halus bagi Catan, Fotografi,
Teori-teori Seni, Seni Arca, Rekabentuk Grafik, Aspek-aspek Seni Asia Tradisional, Aspekaspek Keseniaan Asia Moden dan latihan Ilmiah. USM juga menawarkan kursus Master of
Art dalam Sejarah Senilukis.
Institut dan akademi seni swasta yang ditubuhkan di sekitar negara juga telah
memberi sumbangan mengeluarkan tenaga seni dalam pelbagai bidang. Badan-badan
swasta seperti firma-firma petroleum dan para peminat seni yang berada , telah mula
membeli karya-karya untuk dijadikan koleksi simpanan.
Awal tahun 1980an mengemukakan bidang kanvas yang lebih luas dan menarik
dengan munculnya catan pemandangan yang naif, sambungan akademik aliran realisme
dan karya-karya yang menyedut inspirasi dari mitos dan lagenda yang kaya di rantau ini.

Anda mungkin juga menyukai