Anda di halaman 1dari 9

Kanak-kanak era millenium di zaman teknologi maklumat yang serba canggih ini

didapati terdedah lebih awal dengan pelbagai sumber maklumat. Fenomena ini sedikit sebanyak
boleh memberi impak yang besar dalam perkembangan dan pertumbuhan fizikal, kognitif,
psikomotor dan emosi mereka, terutama dikalangan mereka yang dikenali sebagai pelajar pintar
cerdas. Pelajar yang mempunyai potensi dan bakat yang luar biasa serta melebihi kebolehan
rakan seusianya lebih dikenali sebagai kanak-kanak pintar cerdas (gifted). Pelajar pintar cerdas
dan berbakat merupakan individu yang memiliki potensi yang tinggi dalampelbagai aspek
perkembangan dan pertumbuhan. Bagi mengembangkan potensi danbakat mereka dengan lebih
sistematik dan berkesan, suatu program pendidikan khusus amat diperlukan.
Berdasarkan kajian-kajian lepas, didapati bahawa kanak-kanak yang

pintar

cerdas

kebanyakannya mempunyai potensi yang tinggi dalam perkembangan dan pertumbuhan jika
dibandingkan dengan seseorang yang normal. Kamus Dewan edisi keempat telah mengistilahkan
pintar sebagai cekap, pandai, banyak akal, cerdik, licin serta mahir dalam membuat sesuatu
pekerjaan. Cerdas pula membawa bermaksud sempurna akal, cerdik, pandai serta pintar. Menurut
Kamus Dewan edisi keempat, berbakat bermaksud mempunyai kebolehan semulajadi. Ini
bermaksud kanak-kanak yang mempunyai bakat merupakan seseorang yang mempunyai
kebolehan yang ada secara semulajadi.
Walaupun demikian, ini mungkin menimbulkan masalah dalam diri mereka dan masyarakat
sekelilingnya. Masalah berkenaan sebenarnya berpunca daripada sifat unik yang ada pada diri
rnereka. Antaranya ialah konsep kendiri, fobia,perkembangan nilai atau moral, keupayaan yang
tidak seimbang, masalahkemahiran bersosial dan masalah mengembangkan potensi. Pada rnasa
yang sama,faktor persekitaran seperti rnasalah komunikasi, diskriminasi terhadap golongan
ini,masalah keluarga, masalah tidak dapat menyesuaikan diri dengan sistempersekitaran, dan
pandangan orang lain terhadap mereka menyebabkan masalah mereka yang sedia ada semakin
bertambah.
Sebenarnya, golongan seperti ini memerlukan program pembelajaran yang berbeza
dengan atau perkhidmatan yang ke tahap lebih tinggi berbanding dengan program-program yang
dianjurkan oleh sekolah untuk pelajar-pelajar normal yang biasa. Program yang khusus adalah
perlu bagi menyedari sumbangan mereka terhadap diri sendiri dan negara.Kanak-kanak yang
mempunyai pencapaian yang cemerlang termasuk individu yang berpotensi serta berkebolehan
dalam manamana enam bidang kecerdasan yang dinyatakan. Bagi definisi kecerdasan
berdasarkan sekolah yang baru pula mencadangkan kecerdasan seorang kanak-kanak pintar

cerdas berlaku dalam kalangan seluruh masyarakat dalam pelbagai budaya dan tidak semestinya
berpandukan keputusan peperiksaan semata mata, tetapi secara dilihat dalam kebolehan individu
tersebut yang tinggi dalam intelektual, kreatif dan artistik alam.
Artikel ini akan menelusuri lebih lanjut akan konsep pintar cerdas, berbakat dan kreatif
ini bersama dengan kajian kes terhadap responden yang dipilih berdasarkan kriteria yang
ditetapkan. Pelbagai aspek termasuk perkembangan fizikal,emosi, kognitif, sosial dan tingkah
laku akan dikenalpasti dan dengan ini kita dapat mengkategorikan responden samaada benarbenar tergolong dalam kategori pintar cerdas atau hanya tergolong dalam kategori berbakat atau
kreatif. Pada masa yang sama,segala isu dan cabaran yang dihadapi oleh responden juga akan
diperlihatkan dan kita dapat melihat sejauhmana murid ini dapat dibantu melalui sistem
pendidikan khas di negara ini.
2.0 KONSEP DAN DEFINISI PINTAR, CERDAS, BERBAKAT DAN KREATIF
a)
Pintar Cerdas
Pintar Cerdas merupakan keupayaan umum yang istimewa dalam kebolehan aptitud, bakat dan
kreativiti yang tinggi Bermotivasi tinggi untuk belajar dan berjaya. Pintar Cerdas IQ tinggi
Mudah memahami pengajaran dan pembelajaran Menguasai sesuatu kemahiran dengan mudah
dan berkesan. Kamus dewan mengistilahkan pintar cerdas sebagai cekap dan pandai, manakala
cerdas didefinisikan sebagai sempurna akal. Menurut Golant K. S., kanak-kanak yang pintar
cerdas menunjukkan minat yang tinggi bagi belajar, curiga dan mempunyai perasaan ingin tahu
yang tinggi kepada persekitaran serta berupaya menggabungkan beberapa maklumat dalam
menghasilkannya.
Pintar cerdas sering dikaitkan dengan kebolehan intelek atau kecerdasan yang tinggi.
Bagaimanapun Ross, 1993 mendefinisikan kanak-kanak pintar cerdas iaitu gifted and talented
adalah kanak-kanak yang dikenal pasti semasa pra sekolah, sekolah rendah atau menengah yang
menunjukkan prestasi bakat yang cemerlang atau menunjukkan potensi untuk melakukan
pencapaian di tahap yang sangat tinggi apabila dibandingkan dengan kanak-kanak yang lain yang
sebaya umurnya, sama pengalaman atau persekitaran. Kanak-kanak ini menunjukkan keupayaan
prestasi yang tinggi dari segi intelek, kreativiti, seni atau memiliki keupayaan kepimpinan yang
luar biasa, atau cemerlang dalam bidang akademik yang khusus.
Kecerdasan seseorang yang pintar cerdas juga diberi maksud tambahan iaitu lebih kepada
satu kebolehan yang matang jika dibandingkan dengan kebolehan perkembangan (Jane Piirto,
1999).Sternberg dan Kaufman mendefinisikan pintar cerdas sebagai satu kepintaran yang lebih

berfokus kepada kebolehan mengadaptasi, membentuk dan memilih keadaan yang menjurus
kepada sesuatu maklumat. Individu yang pintar cerdas boleh mengenalpasti kelemahan dan
kelebihan mereka sendiri malah mereka menentukan cara yang sesuai menggunakan kelebihan
mereka serta meminimumkan kelemahan mereka.
b)
Berbakat
Pintar cerdas dan berbakat adalah sesuatu perkara yang berbeza. Pintar cerdas merujuk kepada
kebolehan manakala berbakat adalah satu domain yang menjadikan manusia menjadi lebih
sempurna. Kedua-dua pintar cerdas dan berbakat ini boleh boleh berkembang secara beberapa
bahagian melalui beberapa jenis keghairahan, penamaan, psikomotor, deria, intelektual,
imaginasi, dan emosi (Sternberg R.J., 2004). Gardner, 1993, mengganti istilah bakat dengan
kecerdasan, saat mengusung teori kecerdasan jamak atau multiple intelligence yang cukup
banyak dipakai. Sebilangannya ada sembilan kecerdasan atau bakat yang mungkin dimiliki
seseorang, iaitu logical mathematical, linguistic atau verbal, visual spatial, musical, bodilykinesthetic, interpersonal, intrapersonal, natural, dan moral atau spiritual. Teori Gardner ini
menjadi pegangan bahawa setiap orang memiliki bakat unik dan berbeza. Orang tidak dapat
dipaksa untuk meningkatkan prestasi di luar bakat khusus yang paling menonjol pada dirinya.
c)
Kreatif
Dalam Kamus Dewan edisi keempat , kreatif pula bermaksud mempunyai kebolehan mencipta,
menghasilkan, dan mengembangkan sesuatu idea baru atau idea asli. Ini bermakna kanak-kanak
yang kreatif mampu menjana sesuatu idea yang baru berdasarkan kepada aplikasi ilmu yang
mereka pelajari. Menurut Lowenfeld (1975) beliau percaya bahawa setiap kanak-kanak
dilahirkan kreatif. Penyataan ini disokong dengan sifat semulajadi kanak-kanak yang gemar
meneroka dan penuh dengan perasaan ingin tahu.
Maryland telah mendefinisikan pelajar kreatif dan berbakat sebagai pelajar pertengahan atau
pelajar sekolah menengah yang telah dikenalpasti secara sah mempunyai bakat dalam bidang
seperti kebolehan intelektual umum, bakat spesifik dalam akademik ataupun kreatif, seni visual
dan seni tari (Bob Algonzine dan Jim Ysseldyke, 2006). Dalam Kamus Dewan edisi keempat ,
kreatif pula bermaksud mempunyai kebolehan mencipta, menghasilkan, dan mengembangkan
sesuatu idea baru atau idea asli. Ini bermakna kanak-kanak yang kreatif mampu menjana sesuatu
idea yang baru berdasarkan kepada aplikasi ilmu yang mereka pelajari.
Sternberg dan Kaufman mendifinisikan pintar cerdas sebagai satu kepintaran yang lebih
berfokus kepada kebolehan mengadaptasi, membentuk dan memilih keadaan yang menjurus

kepada sesuatu maklumat. Individu yang pintar cerdas boleh mengenalpasti kelemahan dan
kelebihan mereka sendiri malah mereka menentukan cara yang sesuai menggunakan kelebihan
mereka serta meminimumkan kelemahan mereka.[1]
2.1 CIRI-CIRI PINTAR, CERDAS, BERBAKAT DAN KREATIF
Howard Gardner pula mendefinisikan kecerdasan sebagai satu cara memproses maklumat
dan juga cara berfikir. Beliau juga berpendapat bahawa kecerdasan merupakan hasil atau produk
daripada interaksi antara genetik dan persekitaran yang perlu berada bersama bagi memberi hasil
sebenar kepada kecerdasan. Beliau menakrif seseorang itu sebagai seorang yang pintar cerdas
apabila mematuhi lapan kriteria khusus berikut.
1.
Potensi pengasingan oleh kerosakan otak
2.
Kewujudan golongan individu luar biasa
3.
Operasi teras yang boleh dikenalpasti
4.
Sejarah perkembangan yang khusus bersama dengan prestasi yang menggalakan
5.
Sejarah evolusi dan evolusi yang boleh diterima akal
6.
Disokong dari kajian psikologi
7.
Disokong oleh penemuan psikometrik
8.
Kerentanan untuk mengekod sistem symbol
Beliau turut berpendapat bahawa kecerdasan seseorang itu tidak sama seperti cara berfikir yang
cenderung untuk kekal konsisten dan tidak berkaitan dengan jenis maklumat yang akan diproses
( Sousa D.A. , 2003). Jika mengikut pandangan kajian Jane Piirto (1999), ramai orang yang telah
ditanya sebagai responden setuju bahawa terdapat tiga aspek berkaitan pintar cerdas. Aspek yang
pertama ialah kebolehan menyelesaikan masalah yang praktikal yang mana mereka akan melihat
masalah itu dari pelbagai sudut, memberi sebab-sebab yang logik dan dengan fikiran yang
terbuka. Aspek yang kedua pula ialah kebolehan lisan (boleh menangani sesuatu topik perbualan
dengan baik, membaca dengan kerap dan baik). Pintar cerdas juga boleh dilihat dari aspek sosial
(memahami konsep sosial, mengakui kesalahan yang telah dilakukan, mempunyai minat yang
umum kepada dunia).
Terdapat ahli professional yang memberi definisi PC berdasarkan skor kecerdasan/IQ (con:
WISC) di atas 130 atau140, ataupun dua sisihan piawai lebih daripada normal (norm), atau 2.5%
daripada populasi. Menurut Carol Bainbridge (seorang ahli Lembaga Indiana Association for the
Gifted), tidak ada satu definisi yang tentang PC yang boleh diterima oleh semua pihak.
Wujudnya pelbagai definisi PC telah menimbulkan kekeliruan dalam kalangan orang ramai

tentang maksud PC.[2]. Justeru, untuk menghapuskan kekeliruan tersebut, adalah wajar untuk
memahami asal usul pembentukan istilah PC serta kosep PC daripada pelbagai perspektif.
Menelurusi sedikit sebanyak asal usul pintar cerdas ini, Istilah PC telah digunakan buat
pertama kalinya oleh Francis Galton pada tahun 1869, yang merujuk pada orang dewasa yang
menunjukkan bakat yang luar biasa dalam bidang tertentu (con: ahli kimia yang pintar).
Manakala kanak-kanak pula boleh mewarisi potensi untuk menjadi orang dewasa yang pintar,
dan kanak-kanak tersebut digelar kanak-kanak PC. Lewis Terman memperkembangan
pendangan Galton dengan memasukkan elemen IQ. Pada tahun 1900an, beliau menjalankan satu
kajian jangka panjang tentang Kanak-kanak PC dan mengkategorikan mereka yang mempunyai
IQ 140 dan ke atas sebagai kanak-kanak PC. Walau bagaimanapun, kajian beliau mendapati IQ
sahaja tidak dapat meramal kejayaan seseorang pada zaman dewasa.
Jika hendak disenaraikan ciri-ciri kanak-kanak pintar cerdas ini adalah terlalu banyak. Namun
demikian ia boleh dikategorikan kepada dua ciri utama iatu ciri-ciri kognitif dan juga ciri-ciri
afektif.
2.1.1 Ciri-Ciri Kognitif
Kognitif adalah merujuk kepada aktiviti-aktiviti mental yang terlibat dalam beberapa
keupayaan untuk berfikir bagi menyelesaikan masalah, menaakul, menganalisis, dan membentuk
konsep. Biasanya keupayaan kognitif kanak-kanak dalam golongan pintar cerdas ini dapat
dikenalpasti seawal peringkat bayi lagi. Perkembangan kanak-kanak ini dapat diperhatikan dan
dipantau oleh ibu bapa kerana biasanya mereka akan menunjukkan perkembangan yang lebih
jauh berbanding dengan kanak-kanak seusianya. Sebagai ibubapa yang perihatin mereka akan
memberikan sokongan dan tumpuan yang lebih bagi membantu perkembangan kanak-kanak ini.
Tahap kebolehan kognitif kanak-kanak boleh diuji menggunakan ujian IQ.
Kanak-kanak pintar cerdas biasanya akan mencapai tahap pencapaian sebanyak 140, namun
kadangkalanya mereka boleh mencapai sehingga 170 mata. Namun demikian, kesahihan ujian ini
masih boleh dipertikaikan kerana ada yang mengatakan perbezaan tahap umur akan menjejaskan
perbandingan pencapaian dalam ujian IQ ini. Di bawah ini akan disenaraikan beberapa ciri
kognitif[3] kanak-kanak pintar cerdas. Antaranya ialah;
a) Daya tumpuan yang tinggi dalam melakukan sebarang kerja atau aktiviti.
Contohnya kanak-kanak yang diberikan permainan blok dan puzzle akan berusaha
sedaya upaya bagi melengkapkannya. Mereka akan meninggalkan atau tidak menghiraukan

orang atau keadaan sekeliling mereka kerana daya tumpuan mereka terhadap aktiviti yang
menarik minat mereka yang terlalu tinggi. Mereka juga kurang berminat dengan permainan yang
dimilki oleh rakan mereka. Dalam proses pembelajaran pula, mereka akan memberi sepenuh
tumpuan mereka kepada bidang yang mereka minati.
b) Boleh dan mempunyai minat membaca diusia yang muda.
Biasanya kanak-kanak ini akan mula boleh membaca dalam usia kurang daripada 5
tahun. Mereka juga akan fasih bercakap disamping boleh menggunakan laras bahasa dan kosa
kata yang tinggi jika dibandingkan dengan kanak-kanak yang seusianya.
c) Mempunyai kelebihan yang luar biasa dalam mengingat sesuatu.
Dengan kelebihan yang mereka ada, mereka tidak perlu menghafal sesuatu fakta atau
ilmu yang mereka pelajari. Mereka hanya perlu memahami isi kandungan dan akan meluahkan
semula menggunakan bahasa sendiri. Kelebihan yang ada juga dapat membolehkan mereka
membaca dengan cepat dan cepat memahami apa yang mereka ingati.
d) Perasaan ingin tahu
Disebabkan perasaan ingin tahu mereka yang kuat, kanak-kanak pintar cerdas biasanya
akan sentiasa mengemukakan soalan-soalan yang mencabar dan inovatif yang mana
kadangkalanya pemikiran mereka diluar jangkauan akal kanak-kanak normal. Pada peringkat
kanak-kanak lagi sifat ini boleh dikenalpasti, contohnya mereka akan membuka kereta mainan
mereka untuk mengetahui komponen-komponen yang ada dalam kereta tersebut. Kadangkalanya
sifat ini akan dikenalpasti sebagai perosak oleh ibubapa yang kurang memahami anak mereka
yang pintar cerdas.
e) Kebolehan membuat rumusan, menganalisa dan menaakul
Kanak-kanak pintar cerdas bukan sahaja mampu untuk memahamai pelajaran malah
mereka juga boleh membuat rumusan ke atas proses pengajaran dan pembelajaran serta boleh
menganalisa dan memberi alasan kepada keputusan yang diambil selepas sesuatu analisa dibuat.
2.2.2 Ciri-Ciri Afektif
Ciri kedua yang akan dibincangkan di sini ialah ciri-ciri afektif kanak-kanak pintar
cerdas. Menurut kamus Dewan edisi keempat, afektif adalah berkaitan dengan perasaan dan
emosi dan bukannya fikiran atau daya berfikir. Untuk memperkembangkan minat dan motivasi di
kalangan kanak-kanak ciri-ciri afektif haruslah berkembang serentak dengan ciri-ciri kognitif
mereka. Manakala menurut Krathwohl dan rakan-rakannya (1964) iaitu orang pertama yang
menggunakan terminology afektif telah menemukan satu lagi domain penting adalam
perkembangan manusia iaitu afektif.[4]Antara ciri-ciri afektif kanak-kanak pintar cerdas ialah;
a) karismatik

Kanak-kanak pintar cerdas ini biasanya mempunyai gaya tersendiri dan personaliti yang
agak berbeza daripada orang lain. Oleh itu biasanya mereka akan menjadi bintang di sekolah
dimana mereka akan menjadi perhatian dalam masyarakat di sekelilingnya.
b) Mementingkan kesempurnaan (Perfectionist)
Kanak-kanak pintar cerdas ini akan melakukan kerja-kerja dengan penuh minat dan
mereka amat mementingkan kesempurnaan. Walaupun mereka dapat menyiapkan kerja-kerja
mereka namun masih mementingkan kepada kesempurnaan dan sikap ini akan menyebabkan
mereka meluangkan banyak masa terhadap apa jua kerja yang dilakukan. Kadangkalanya mereka
akan melakukannya sehingga berulang kali bagi mendapatkan hasil yang benar-benar
memuaskan hati mereka. Sikap ini juga kadangkalanya akan menimbulkan kemarahan dan
ketidak puasan hati mereka terhadap orang lain atau rakan-rakan mereka kerana mereka juga
akan menjangkakan hasil yang sama seperti yang dilakukannya daripada orang lain.
c) Berasa tertekan dan mudah sensitif
Sebagai seorang yang bersikap teliti dan mempunyai matlamat sendiri semenjak dari
awal lagi, mereka akan mudah rasa tertekan dalam usaha untuk mengatasi orang lain. Sikap ini
juga menunjukkan bahawa mereka takut kalah kepada orang lain dan akan mencetuskan kesan
sosio emosi yang lain seperti cemburu. Kanak-kanak pintar cerdas biasanya mempunyai daya
imaginasi yang tinggi. Mereka akan berfikir di luar jangkauan kanak-kanak normal dan ini akan
menyebabkan mereka mudah terangsang. Contohnya ketika tidur, mereka mudah terjaga kerana
terlalu memikirkan imaginasi mereka. Mungkin bila menonton cerita seram, mereka mula
memikirkan pelbagai perkara yang berkaitan dengan rentetan cerita tersebut. Berikutan dengan
sikap ini mereka mungkin akan menjadi fobia kepada bencana seperti kegelapan dan kematian
kerana mereka akan sentiasa memikirkan. Contohnya mereka akan selalu bertanya mengenai soal
kematian, apa yang berlaku kepada manusia selepas mati, boleh tak kalau manusia tak mati.
Persoalan-persolan seumpama ini akan menyebabkan mereka menjadi terlalu sensitif dan fobia
kepada sesuatu kejadian.
4.0 KAJIAN BIOGRAFI
4.1 BIODATA KANAK-KANAK

Nama
Umur
Tarikh Lahir
Tempat Lahir
Bil. adik beradik
Anak yang ke
Nama Bapa
Pekerjaan
Nama Ibu
Pekerjaan Ibu
Alamat

: Abdul Khoir bin Sulaiman


: 12 Tahun
: 22 Jun 2001
: Hospital Seberang Jaya, Butterworth, Pulau Pinang
: 7 orang
:3
: Ahmad Sulaiman b. Pariman
: Juru teknik
: Khalijah bt M. Yusof
: Penyelia Asrama
: Lot 1099, Lorong Ros Biru, Kampung Tebuk Pulai, Sabak

Bernam, Selangor
Pendidikan Awal

: Tadika Kemas Simpang Lima, Sungai Besar (4 Tahun)

Tadika Kemas Tebuk Pulai (5 Tahun)


Hobi
: Bermain futsal, melayari internet, bermain permainan video
Cita-cita
: Pemain Bola Sepak Professional
4.2 LATAR BELAKANG MURID DAN KELUARGA
Adik Abdul Khoir adalah anak ke tiga daripada tujuh adik-beradik. Beliu dibesarkan
dalam sebuah keluarga yang berpendapatan sederhana di mana bapanya bekerja sebagai juru
teknik di sebuah kilang manakala ibunya merupakan seorang penyelia asrama. Memandangkan
kedua ibu bapanya bekerja, kehidupan mereka dilihat sangat berdikari dan saling membantu
antara satu sama lain. Kakaknya yang sulung berusia 19 tahun manakala adik lelakinya yang
bongsu berusia 2 tahun. Kini, adik Abdul Khoir berada di darjah enam di Sekolah Kebangsaan
Tun Doktor Ismail Tebuk Pulai, Sabak Bernam dan baru sahaja selesai menduduki Ujian
Penilaian Sekolah Rendah pada tahun ini.
Gambar 3.2.1 Adik Abdul Khoir bersama penulis
Dalam sejarah tokoh-tokoh yang terdahulu, telah mencatatkan banyak individu yang
mengatasi kekangan persekitaran seperti penindasan, kemiskinan dan menyerlahkan bakat
mereka pada peringkat lewat hidup mereka. Kecerdasan yang terpendam akan berkembang pada
masanya. Ini tidak bermakna pendidikan tidak penting dan kecerdasan hanyalah akibat faktor
biologi semata-mata. Begitulah yang berlaku kepada adik Khoir. Bakatnya dalam sukan bola
sepak mula terserlah semenjak beliau berada di darjah empat dan terus menerus bersinar

sehingga mendapat tempat untuk mewakili negeri Selangor.Hal ini tidak berlaku kepada adik
beradiknya yang lain walaupun enam daritujuh adik beradiknya ialah lelaki. Semenjak kecil
bakatnya tidak langsung dihidu oleh ibu dan bapanya dan hanya menyangka kesukaan adik
Khoir dalam bidang sukan hanya hobi semata-mata.
Menyentuh latar belakang ibu dan ayah adik Khoir, ibunya, Puan Halijah bt M Yusof
merupakan ibu yang sangat penyayang dan memahami setiap kelebihan dan kekurangan anakanaknya. PuanHalijah dilihat sangat membantu dan menyokong minat Khoir. Ini dibuktikan
apabila Puan Halijah membenarkan Khoir untuk pergi berlatih bersama

kawan-kawan,

membelikannya peralatan sukan yang diminta dan sering bertanyakan perkembangan Khoir
kepada guru kelas dan guru sukannya. Sementara itu, ayah Khoir merupakan seorang yang
sangat tegas namun cukup memberi sokongan yang padukepada Khoir kerana En Sulaiman
percaya bidang yang diceburi oleh Khoir merupakan aktiviti yang sihat yang dapat membantu
dalam perkembangan mental, sosial dan meningkatkan keyakinanan diri anaknya itu.
4.3 DAPATAN MURID DARIPADA GURU, IBU BAPA
Melontarkan persoalan berkenaan masa depannya, kanak-kanak ini bercita-cita untuk
menjadi seorangpemain bola sepak antarabangsa apabila dewasa nanti. Ini menunjukkan adik
Khoir merupakan seorang yang berpandangan jauh dan pandai mengeksplotasi bakatnya sebagai
salah satu jalan untuk mebina karier satu hari nanti. Di sekolah, beliau menyukai pelajaran
Matematik, Sains dan Pendidikan Agama Islam. Beliau menamatkan pembacaan al-Quran secara
rasmi pada bulan April tahun 2009. Walaupun begitu, beliau masih meneruskan pembelajaran alQuran dengan guru-guru agama di Sekolah Rendah Agama Tebuk Pulai.
Selain itu, kanak-kanak ini selalu membantu ibu membuat kerja-kerja rumah seperti mencuci
pinggan mangkuk di dapur. Beliau sedar ibunya perlu dibantu di rumah setelah penat bekerja
mencari rezeki dari pagi hingga ke petang. Kerja-kerja pembersihan rumah dan membeli barangbarang keperluan di kedai berhampiran juga turut dibuatnya dengan rela. Pendek kata, kanakkanak ini menjadi orang kanan ibunya pada ketika ayahnya berada di luar kawasan.

Anda mungkin juga menyukai