Anda di halaman 1dari 8

LADAP LINUS 2015

PERLIS, PERLIS.

SK SEBERANG RAMAI, 02000 KUALA

Apa Itu LINUS ?


LATAR BELAKANG

1. Y.A.B Menteri Pelajaran, Tan Sri Dato Haji Muhyiddin bin Mohd. Yassin telah
membentangkan

Bidang

Keberhasilan

Utama

[National

Key

Result

Areas

(NKRAs)] Kementerian Pelajaran Malaysia pada bulan Ogos 2009.

2. Sektor Dasar dan Pembangunan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah
diamanahkan untuk

mengawas,

melaksana

dan

menyelaras Ministry

Key

Performance Indicator(NKPI) KPM iaitu semua murid yang tiada masalah pembelajaran
berupaya menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira selepas mengikuti pendidikan
tiga tahun di peringkat rendah pada akhir tahun 2012.

3. Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) pula dipertanggungjawabkan untuk menerajui


projek ini dengan kerjasama semua bahagian dalam KPM. Sehubungan dengan itu, satu
program alternatif telah dirangka untuk murid Tahun 1, 2 dan 3 (Tahap I) yang belum
menguasai kemahiran asas literasi dan numerasi. Projek ini dinamai Program Literasi dan
Numerasi (LINUS) yang merupakan penambahbaikan daripada program Kelas Intervensi Awal
Membaca dan Menulis (KIA2M) untuk murid Tahun 1 yang dilaksanakan mulai tahun 2006.

4. Murid berkeperluan khas yang meliputi

murid bermasalah pembelajaran,

masalah

pendengaran, masalah pertuturan, masalah penglihatan, masalah kepelbagaian deria, masalah


fizikal, dan terencat akal, kurikulum yang khusus telah dibina.

RASIONAL

5. Asas literasi dan numerasi merupakan kemahiran yang diperlukan bagi membolehkan murid
berkomunikasi dan berinteraksi dalam kehidupan seharian serta untuk membolehkan
mereka melanjutkan pelajaran ke tahap yang lebih tinggi.

Disediakan oleh; Penyelaras LINUS

LADAP LINUS 2015


PERLIS, PERLIS.

SK SEBERANG RAMAI, 02000 KUALA

6. Data KIA2M pada tahun 2008 menunjukkan sebanyak 54,000 murid Tahun 1 belum
menguasai kemahiran asas membaca dan menulis (literasi). Data PROTIM tahun 2008 pula
menunjukkan sebanyak 48,233 murid Tahun 4 belum menguasai kemahiran asas membaca
dan menulis (literasi) sementara sebanyak 117,000 murid Tahun 4 belum menguasai
kemahiran asas mengira (numerasi).

7. Data Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, KPM menunjukkan kadar
keciciran murid sekolah rendah dan sekolah menengah di Malaysia pada tahun 2008 adalah
sebanyak 31,939.

8. KPM berpendapat satu pendekatan yang bersepadu perlu dilaksanakan untuk mengatasi
masalah literasi dan numerasi seawal Tahap I. Perkara ini perlu diberi perhatian yang serius
kerana murid yang belum menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira
merupakan kumpulan yang berisiko keciciran dan berhadapan dengan kesukaran memenuhi
keperluan melanjutkan pelajaran dan kerjaya.

DEFINISI KONSEP

9. Definisi

LINUS: LINUS

Screening. LINUS merupakan

ialah
program

akronim

bagi

intervensi yang

Literacy
dirangka

and
untuk

Numeracy
membolehkan

murid memperoleh asas literasi (Bahasa Malaysia) danasas numerasi semasa di sekolah
rendah. LINUS disasarkan kepada murid yang belum menguasai kemahiran membaca,
menulis dan mengira (3M).

10. Definisi Literasi: Definisi literasi adalah keupayaan untuk membaca, menulis dan
memahami perkataan, ayat tunggal dan ayat majmuk(dengan menggunakan kata hubung),
mengaplikasikan pengetahuan tersebut dalam pembelajaran serta komunikasi harian.
Manakala Definisi Numerasiadalah " kebolehan untuk melakukan operasi asas matematik dan
memahami idea matematik yang mudah serta mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran
matematik dalam kehidupan harian.

MATLAMAT

Disediakan oleh; Penyelaras LINUS

LADAP LINUS 2015


PERLIS, PERLIS.

SK SEBERANG RAMAI, 02000 KUALA

11. Matlamat program ini adalah untuk memastikan semua murid Tahap Isekolah rendah
berkeupayaan untuk menguasai asas literasi dan numerasi pada akhir tahun 2012 kecuali
murid berkeperluan khas.

OBJEKTIF

12. Objektif Program Literasi


Pada akhir Program Literasi murid berupaya:
i. Mengeja dan membunyikan suku kata terbuka dan tertutup;
ii. membaca dan menulis perkataan daripada suku kata terbuka dan tertutup; dan
iii. membaca dan menulis serta memahami ayat tunggal dan ayat majmuk yang mudah dengan
menggunakan kata hubung dan.

13. Objektif Program Numerasi:


Pada akhir Program Numerasi murid berupaya:
i. Membaca, menulis, membilang dan menyusun nombor hingga 1000;
ii. membilang dua-dua, lima-lima dan sepuluh-sepuluh dalam lingkungan 1000 bermula
daripada sebarang nombor;
iii. menyatakan fakta asas tambah, tolak, darab dan bahagi; dan;
iv. mengaplikasikan pengetahuan operasi asas aritmetik dalam wang, menyatakan waktu,
ukuran dan sukatan.

KUMPULAN SASARAN

14. Kumpulan sasaran ialah murid Tahap I yang berkeupayaan untuk menguasai asas literasi
dan numerasi kecuali murid berkeperluan khas yang mengikuti pendidikan di Sekolah
Kebangsaan

(Program

Pendidikan

Khas

Integrasi;

Masalah

Pembelajaran,

Masalah

Pendengaran dan Masalah Penglihatan) dan Sekolah Rendah Pendidikan Khas (Masalah
Penglihatan dan Masalah Pendengaran), Sekolah Jenis Kebangsaan dan Sekolah Agama
Bantuan Kerajaan.

STRATEGI PELAKSANAAN PROGRAM LINUS

Disediakan oleh; Penyelaras LINUS

LADAP LINUS 2015


PERLIS, PERLIS.

SK SEBERANG RAMAI, 02000 KUALA

15. Makmal NKRA bagi program LINUS telah mengemukakan enam strategi utama LINUS
iaitu:

i. melaksanakan saringan terhadap murid pada tahun 1, 2 dan 3;


ii. melaksanakan fokus intervensi bagi menyediakan program pemulihan dan komprehensif;
iii. meningkatkan kemahiran pedagogi guru;
iv. melaksanakan program kesedaran tentang pentingnya asas membaca, menulis dan
mengira dalam kalangan warga sekolah dan komuniti;
v. menjalankan pemantauan, penyeliaan dan penilaian; dan
vi. mewujudkan jawatan Pegawai FasiLINUS di Pejabat Pelajaran Daerah untuk membantu
guru memastikan murid berupaya membaca, menulis dan mengira.

16. Murid yang telah dikenal pasti masih belum menguasai kemahiran asas literasi dan
numerasi akan diajar secara intensif oleh guru LINUS dan guru pemulihan khas LINUS. Murid
yang mengikuti program ini akan menduduki Saringan 2 pada bulan Jun dan Saringan 3 pada
bulanSeptember (jika perlu).

17. Pemilihan Guru LINUS: Guru yang menjalankan program ini terdiri daripada guru Bahasa
Malaysia dan guru Matematik Tahap I dan dibantu oleh Guru Pemulihan Khas.

18. Guru pemulihan khas ditempatkan di sekolah mengikut nisbah murid LINUS tegar. Nisbah
guru-murid bagi program ini adalah 1:15 supaya tumpuan sepenuhnya dapat diberikan kepada
murid berkenaan. Dicadangkan satu jam setiap hari guru pemulihan memberi tumpuan kepada
4 atau 5 orang murid sahaja untuk literasi dan satu jam lagi untuk numerasi.

19. Guru sedia ada (guru Bahasa Malaysia dan guru Matematik) yang melaksanakan program
ini perlu diberi latihan khusus dalam teknik pemulihan dan bimbingan untuk menangani murid
yang mempunyai masalah literasi dan numerasi.

20. Jadual Waktu: Program LINUS dilaksanakan dalam waktu Bahasa Malaysia dan waktu
Matematik mengikut peruntukan waktu yang sedia ada. Sebanyak 360 minit seminggu

Disediakan oleh; Penyelaras LINUS

LADAP LINUS 2015


PERLIS, PERLIS.

SK SEBERANG RAMAI, 02000 KUALA

diperuntukan bagi Bahasa Malaysia di Sekolah Kebangsaan dan 270 minit seminggu di
Sekolah Jenis Kebangsaan, manakala 210 minit seminggu bagi Matematik.

21. Pihak sekolah boleh menggunakan budi bicara untuk menjalankan program ini mengikut
kesesuaian waktu dan kemudahan sekolah.Namun, pihak sekolah hendaklah memastikan
perlaksanaan program ini berkesan dan mencapai matlamatnya.

22. Kemudahan ICT: Kemudahan ICT yang terdiri daripada komputer dan LCD yang sedia ada
di sekolah perlu dimanfaatkan untuk kegunaan dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam
kelas.

PEMANTAUAN DAN PENYELIAAN

23. Pemantauan dan penyeliaan dilaksanakan di sekolah terpilih iaitu 8 peratus daripada
jumlah keseluruhan sekolah rendah. Pegawai yang terlibat terdiri daripada pegawai Bahagian
KPM, pegawai Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) dan pegawai Pejabat Pelajaran Daerah (PPD).
Pemantauan ini akan diterajui oleh Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK).

24. Guru Besar dan Guru Penolong Kanan Akademik di setiap sekolah perlu menyelia Program
LINUS dari semasa ke semasa.

25. Satu mekanisme sistem pelaporan untuk memantau kemajuan murid LINUS diadakan.
Status penguasaan murid perlu dilaporkan menggunakan sistem yang dibangunkan oleh KPM
setiap kali saringan dilaksanakan.

KANDUNGAN PROGRAM

26. Program LINUS menggunakan kurikulum KBSR sebagai asas dalam menentukan skop
kandungan pengajaran dan pembelajaran.

27. Kandungan skop kurikulum literasi bermula dengan pengenalan abjad, suku kata,
perkataan, frasa, ayat tunggal dan ayat majmuk mudah seperti dalam Lampiran 1.

Disediakan oleh; Penyelaras LINUS

LADAP LINUS 2015


PERLIS, PERLIS.

SK SEBERANG RAMAI, 02000 KUALA

28. Kandungan skop kurikulum numerasi merangkumi aspek nombor bermula dari sifar hingga
angka 1000, yang melibatkan operasi asas tambah, tolak, darab dan bahagi, di samping
mengaplikasikannya dalam pengiraan pengukuran seperti dalam Lampiran 2.

BAHAN DAN INSTRUMEN LITERASI DAN NUMERASI

29. Murid yang mengikuti Program LINUS menggunakan modulpengajaran dan pembelajaran
asas literasi dan numerasi yang sesuai dengan tahap keupayaan murid bagi memastikan
kejayaan program ini.

30. Guru digalakkan menyedia dan menggunakan bahan pengajaran dan pembelajaran
mengikut kesesuaian murid dan kreativiti.

31. Instrumen saringan dibina dan diguna pakai untuk menentukan sama ada murid telah
menguasai asas literasi dan numerasi. Pembinaaan instrumen saringan disediakan oleh
Lembaga Peperiksaan (LP).

PELAPORAN

32. Pengumpulan data saringan dan analisis data dikendalikan oleh Bahagian Pengurusan
Sekolah Harian (BPSH) sementara laporan pemantauan disediakan oleh Jemaah Nazir dan
Jaminan Kualiti (JNJK).

PENUTUP

33. Program ini menegaskan usaha Kementerian Pelajaran Malaysia untuk mengatasi masalah
literasi dan numerasi dalam kalangan murid yang berkeupayaan kecuali murid berkeperluan
khas pada peringkat awal persekolahan. Komitmen semua pihak adalah diharap untuk
memastikan program ini berjaya selaras dengan sasaran NKRA.

CARA PENGISIAN DATA LINUS

Disediakan oleh; Penyelaras LINUS

LADAP LINUS 2015


PERLIS, PERLIS.
1.
2.
3.
4.
5.

SK SEBERANG RAMAI, 02000 KUALA

Website PORTAL NKRA http://nkra.moe.gov.my/


User ID: linusrba0086, Password : 12345678
Tekan ikon PENGISIAN LINUS 2.0
Pilih Tahun, Tahun Kutipan dan Saringan kemudian tekan butang CARI
Akan muncul satu jadual dan klik pada ikon yang dinyatakn dibawah bagi pengisian data.

6. Setelah itu, akan keluar jadual yang mempunyai nama murid

7. Klik pada ikon PENSEL dan akan terpapar nama murid dan tahap penguasaan konstruk
secara individu.

8. Selepas itu,isikan tahap penguasaan konstruk murid berkenaan dan tekan butang
SIMPAN.
9. Lakukan proses yang sama sehingga semua murid telah ditandakan tahap penguasaan
konstruk mereka.
10. Sekiranya murid tidak mencapai walaupun konstruk 1, WAJIB klik pada butang PENSEL
bagi tujuan kemaskini dan simpan maklumat.
Disediakan oleh; Penyelaras LINUS

LADAP LINUS 2015


PERLIS, PERLIS.

Disediakan oleh; Penyelaras LINUS

SK SEBERANG RAMAI, 02000 KUALA