Anda di halaman 1dari 10

PENGERTIAN ULAMA DAN CIRI-CIRI ULAMA

PENGERTIAN ULAMA DAN CIRI-CIRI ULAMA


oleh Ust. Idris Ahmad
Konsep ulama boleh ditakrif dengan berbagai difinasi yang berlandaskan latar belakang
kesarjanaan atau disiplin ilmu masing-masing. Perkataan ulama itu adalah kata jamak dari
perkataan Arab iaitu Alim. Kemudian lahir pula perkataan Alamah iaitu orang yang benarbenar mengerti atau mengetahui dengan mendalam hakikat sesuatu. (Muhamad Ismail,
1961:26.)
Menurut Dato Dr. Harun Din, dalam al-Quran karim terdapat dua kali sahaja perkataan
ulama itu digunakan. Kedua-duanya merujuk kepada yang mendalami pengetahuan agama.
Yang mendalami agama Islam diistilahkan dengan al-ulama. Ada alif dan lam. Ini bererti
bahawa ulama adalah istilah khusus yang dimaklumi bahwa hanya diguna pakai untuk yang
mengetahui dan mendalami tentang agama Islam sahaja.
Di dalam bahasa arab ada banyak istilah selain ulama yang diguna bagi merujuk kepada
bidang masing-masing. Contohnya (khabir atau khubara untuk pakar yang lain dari bidang
agama), Muhtarif atau muhtarifun, Fanni atau fanniyyun yang merujuk kepada technician,
Mahandis arkitek, Tabib akhsai pakar perubatan.
Seperkara lain yang patut disebut bahawa perkataan ulama ialah perkataan jama. Kalau untuk
seorang disebut alim mufrad. Akan tetapi sudah menjadi penggunaan yang menyeluruh
dipakai ulama untuk merujuk kepada seorang seperti imam Syafie adalah ulama terbilang.
Dibolehkan demikian kerana hakikatnya seorang alim dalam Islam memiliki dan mendalami
berbagai bidang ilmu, ilmu bahasa Arab dengan segala cabangnya ilmu al-qawafi, badi
maani, bayan, nahu saraf, usul feqh, ulum hadis, hadis, tafsir, ulum tafsir, ilmu al-adab alarabi, arud, tarikh, mantiq, al-falsafah dan berbagai ilmu. (Dr. Harun Din, 2004: 7-8.)
Nizam Sakamat Sakjeha merumuskan pengertian ulama pada tanggapan masyarakat umum
adalah mereka yang berat sangkaan mereka, amat ikhlas dalm melaksanakan tuntutan alQuran dan al-Sunnah. Amat prihatin dan berusaha keras untuk menegakkan yang hak dan
memerangi kebatilan, mereka adalah orang yang tidak mungkin tenggelam dalam hawa nafsu.
Nizam Sakamat Sakjeha Nasaih wa Taujihat al-Mufakkirin wa Ulama al-Islam liljamaat wal
ahzab al-Islamiah: 4
Menurut Jamal Mohd Lokman, menjelaskan secara estimologinya ulama membawa maksud
orang yang mengerti atau orang yang berilmu pengetahuan, iaitu mengetahui hakikat
sesuatu dengan penuh keyakinan. Jamal Mohd. Lokman Sulaiman, 1999:37.
Abi Talib dan Ismail Abdul Halim, Istilah ulama disandarkan kepada individu yang
mengetahui mengenai al-Quran dan al-Sunnah serta memahami kedudukan hukum dan
sumber hukum Islam yang berpandukan kepada sumber tersebut. (Abi Talib dan Ismail Abdul
Halim, 1982:2. )
Mahyuddin Haji Yahya, di dalam Encyclopedia Sejarah Islam, para ulama ialah golongan
penting kerana mereka merupakan pakar dalam bidang agama khususnya dalam bidang tafsir,

feqah, hadis, Usuluddin dan segala cabang ilmu Islam. (Mahyuddin Haji Yahya, 1989:1708).
Al-Imam Abi Al-Qasim Jara Allah Mahmud Umar bin Muhammad al-Zamakhsyari, Ulama
ialah mereka yang mengetahui mengenai sifat Allah, keadilannya,ketauhidannya, sifat yang
harus dan yang tidak harus keatasnya, maka mereka membesarkannya, membesarkan
kekuasaanya. Orang yang ilmunya bertambah maka bertambah takut ia kepada Allah SWT.
(Al-Imam Abi Al-Qasim Jara Allah Mahmud Umar bin Muhammad al-Zamakhsyari,
1995:592-593.)
Menurut Syed Qutb mereka yang mengkaji al-Quran yang penuh keaijaiban dan mereka yang
mengenal Allah dan mengetahui hakikat Allah, mengetahui kesan penciptaan Allah,
mengetahui kesan kekuasaan Allah, dan bertaqwa kepada Allah, dan menyembah Allah
dengan sebenar penyembahan. Ulama ialah orang yang mengetahui sifat Allah dan
kebesarannya. Siapa yang bertambah ilmuya maka ia bertambah takut kepada Allah.( Syed
Qutb, 1994:2943.)
Prof. Dr. H. Abdul Karim Amrullah (Hamka), Orang yang takut kepada Allah ialah orangorang yang berilmu. Berdasarkan kepada ayat Fatir: 28. di pangkal ayat Allah mengguna
perkataan Innama. Menurut ahli nahu bahawa huruf innama itu ialah adaatu hasr yang
ertinya alat untuk membatas. Sebab itu ertinya yang tepat dan jitu ialah hanya orang-orang
yang berilmu jua yang akan merasa takut kepada Allah.
Kerana kalau tidak ada ilmu tidaklah orang akan takut kepada Allah. Kerana timbulnya satu
ilmu setelah diselidiki. Maka jelaslah bahawa pangkal ayat tadi Allah telah berfirman
tidakkah engkau lihat maka kalau tidak dilihat tidaklah akan tahu. Kalau sudah dilihat dan
diketahui dengan sendirinya akan mengertilah bagaimana kebesaran Allah , kekuatanya dan
keagunganya, merasa dirinya kerdil di hadapan kekuasaan Allah, dengan ini akan
menimbulkan takut . Kalau takut telah timbul nescaya timbullah ketundukan , lalu segala
perintahnya dilaksanakan dan larangannya dihentikan. .(Prof. Dr. H. Abdul Karim Amrullah
(Hamka), 1984: 300-301. )
Menurut Ibn Kathir Tidak lain orang yang merasa takut kepada Allah itu hanyalah ulama
yang telah mencapai matlamat marifat, iaitu mengenali tuhan menilik hasil kekusaannya dan
kebesarannya. Maha besar, maha kuasa, yang maha berilmu yang mempunyai sifat
kesempurnaan dan yang mempunyai Asma al-Husna. Apabila makrifat bertambah sempurna
dan ilmu terhadapnya bertambah matang, ketakutan kepadanya bertambah besar dan
bertambah banyak.
Imam Malik berkata ulama bukanlah kerana banyak menghafaz riwayat hadis, bahkan ilmu
ialah Nur yang dinyalakan tuhan dalam hati.Hamka: 301
Menurut al-Syaukani ulama ialah mereka yang takut kepada Allah dan mengetahui bahawa
Allah berkuasa atas sesuatu. Dan ulama ini bukan mereka yang banyak menghafaz hadis
tetapi mereka yang memiliki ilmu dan takut dengan Allah SWT. (Muhammad Bin Ali
Muhammad al-Syaukani: 459. )
Begitu juga al-Qurtubi menyebut bahawa ulama ialah seorang yang takut kekuasaan Allah
dan yakin Allah berkuasa membalas atas maksiat yang di lakukan. Daripada Ibn. Abbas
berkata ulama ialah yang mengetahui tentang tuhannya yang Rahman dan tidak syirik kepada
Allah, dan menghalalkan apa yang dihalalkan Allah dan menghalalkan apa yang dihalalkan

Allah dan memelihara peringatan Allah dan mengetahui bahawa semua yang dilakukan di
bawah pengetahuannya. (Abu Abdullah Muhammad bin Ahmad al-Ansari al-Qurtubi, juz
7:343-344.)
Dari Ibn Abi Umrah dari Akrimah dari Ibn Abbas katanya ulama ialah orang alim yang
mengenal Allah dan tidak syirik kepadanya dan mengharamkan apa yang diharamkan dan
memelihara wasiatnya
Berkata Ahmad bin Saleh al-Misri dari Ibn Wahab dari Malik katanya Sesungguhnya alim
ialah bukan orang yang banyak meriwayat ,sebenarnya alim ialah ilmu yang dimilikinya
bercahaya. Allah menjadikan bercahaya dalam hatinya. Tetapi mereka takut kepada Allah
bukan semata-mata banyak mengetahui riwayat( ilmu) Sebaliknya ia mengetahui kefarduan
dan mengikut kitab sunnah dan apa yang dilakukan oleh sahabat radhiallahuahum dan selepas
dari mereka
al-Imam al-Maraghi ketika menafsirkan ayat dalam surah al-Fatir, Ulama ialah orang yang
takut azab Allah dengan banyak melakukan kepadanya. Dengan ilmu yang mereka pelajari
datanglah keyakinan, jika dibuat maksiat akan dibalas dengan siksa, demikian kalau dibuat
baik maka mereka akan dibalas dengan syurga.
Menurut Ibn Abbas bahawa ulama ialah yang mengenal Allah dan takut kepadanya.
(Muhammad Bin Ali Muhammad al-Syaukani, Tahqiq Dr. Abdul Rahman Umairah, Fathu alQadir, juz 4: 463)
Berkata Rabi Bin Anas Siapa yang tidak takut kepada Allah maka ia bukan ulama (Abu
Abdullah Muhammad bin Ahmad al-Ansari al-Qurtubi, juz 7:343-344.)
Dari Ibn Abi Umrah dari Akrimah dari Ibn Abbas katanya ulama ialah orang alim yang
mengenal Allah dan tidak syirik kepadanya dan mengharamkan apa yang diharamkan dan
memelihara wasiatnya (Imam Hafiz Jamaluddin abu al-Fida Ismail ibn Kathir al-Qudsi alDimasyqi, juz 3/ 4: 553-554.)
al-Hassan al-Basri ulama ialah orang yang takut kepada Allah dan cenderung melakukan apa
yang Allah suka dan menjauhkan apa yang Allah murka (Abu Abdullah Muhammad bin
Ahmad al-Ansari al-Qurtubi, 7/20: 343-344)
Sheikh Abul Aziz Badri ulama sebagai pewaris nabi iaitu yang menyambung kembali
perjuangan dan dakwah para nabi. Ulama yang menjadi pewaris para nabi ialah ulama yang
tidak takut kepada pemerintah yang zalim. Tidak takut kepada pihak yang kejam kerana
kepatuhan mereka hanya kepada Allah SWT. (Sheikh Abul Aziz Badri, 1988:53. )
Berkata Ahmad bin Saleh al-Misri dari Ibn Wahab dari Malik katanya Sesungguhnya alim
ialah bukan orang yang banyak meriwayat ,sebenarnya alim ialah ilmu yang dimilkinya
bercahaya. Allah menjadikan bercahaya dalam hatinya. Tetapi mereka takut kepada Allah
bukan semata-mata banyak mengetahui riwayat( ilmu) Sebaliknya ia mengetahui kefarduan
dan mengikut kitab sunnah dan apa yang dilakukan oleh sahabat radhiallahuahum dan selepas
dari mereka (Abu Abdullah Muhammad bin Ahmad al-Ansari al-Qurtubi, 343-344.)
Ibn. Masud berkata ketakutan kepada Allah petanda seorang itu alim. Yang berilmu bukanlah
kerana ia banyak meriwayatkan hadis akan tetapi yang amat takut kepada Allah. Di tanya

Saad bin Ibrahim siapakah yang paling alim di kalangan penduduk Madinah? Jawabnya orang
yang paling takut kepada Allah.
Ali Bin Abi Talib pernah berkata seorang alim ialah seorang yag tidak pernah melakukan
maksiat, tidak jemu mengingatkan dirinya dan manusia sekalian akan azab allah swt dan tidak
membelakangi al-quran. (Al- Imam al-Qurtubi, juz 14:243)
Kesimpulannya
Secara umumnya perkataan ulama itu membawa satu pengertian yang luas, disandarkan
kepada seorang yang memahami konsep agama secara syumul dan mendalam serta
menzahirkanya dalam bentuk praktikal dan amalan hidup seharian. Apabila ulama dikaitkan
dengan Islam ia berhubung rapat dengan Allah. Tidak cukup sekadar ada ilmu tetapi tidak
takut kepada Allah SWT, begitu juga sebaliknya.
Ulama dikenali dengan ilmunya dan keteguhan pendiriannya. Mereka terpelihara daripada
terjebak ke dalam perkara-perkara yang syubahat. Ulama dikenali dengan jihad, dakwah,
pengorbanan dari segi waktu, harta benda, nyawa dan kesungguhan mereka di jalan Allah.
Ulama dikenali dengan ibadah dan khusyuk mereka
kepada Allah. Ulama dikenali dengan jauhnya mereka dari keburukan dunia dan pujuk
rayunya. Ulama dikenali dengan pengakuan oleh umat Islam dan jumhurnya dari kalangan
ahli hak.
Di antara perkara yang menunjukkan alimnya ulama dan kelebihannya ialah mengenai
pengajiannya, fatwanya dan
juga karangannya. Adapun pangkat dan jawatan atau yang seumpama dengannya, bukanlah
dikira sebagai tanda yang menunjukkan kepada ilmunya. Ulama tidak ditentukan dan tidak
dipilih melalui cara pengundian, tidak juga dengan cara penentuan jawatan.
Sebagaimana di antara kalangan alim ulama dalam tarikh ummah terserlah dan nyata
sebutannya (masyhur), menjadi imam atau pemimpin kepada ummah sedang dia (alim
ulama) tidak mengenal dan menjawat kedudukan atau memegang jawatan. Seumpama Imam
Ahmad dan Syeikh Islam Ibnu Taimiah sebagai dua contoh dalam tarikh yang panjang bagi
ummah ini.
Ini tidak bermaksud setiap orang yang mempunyai jawatan dalam ilmu pengetahuan
bukannya dia seorang yang alim, bahkan yang dimaksudkan di sini ialah kedudukan dan
jawatan bukanlah dikira sebagai tanda yang menunjukkan ke atas ilmu, oleh itu kita dapati
disana ada di antara kalangan para ulama yang dilantik oleh hakim(kerajaan) menjadi
pemerintah, qodhi, mufti dan seumpama dengannya, bahkan kadang-kadang kita dapati pada
zaman pemerintahan yang zalim tetap ada para qadhi yang adil dan para mufti yang boleh
dipercayai.
Memiliki segulung ijazah bukanlah jambatan mendapat gelaran sebagai ulama, apatah lagi
jika tidak terpancar dari dirinya kehidupan ilmu. Ulama bukan sahaja ada ilmu malahan ia
memberi sumbangan kepada masyarakat, perkembangan dakwah dan kemajuan negara.
Mereka adalah yang dianugerahkan Allah dengan ilmu pengetahuan, kemahiran serta
pengalaman yang meluas dan mendalami dalam hukum halal, hal ehwal Islam dan mampu
melakukan istinbat hukum dengan sumber-sumber hukum yang betul dan asli; alquran dan alSunnah, ijma dan qias dan lain-lain sumber yang muktabar, dengan lain perkataan ulama
dalah pakar rujuk agama yang berkemampuan (dari segi ilmu) dan disiplinnya.

Golongan ini juga mampu memahami , mengoalah serta menganalisa maqhasid syariah.
Mereka adalah ahlul zikri yang boleh mengolah dan menganalisis kepentingan-kepentingan
agama, nyawa, jiwa, akal dan intelektual, harta, nasab dan keturunan. Mereka juga
mempunyai keperibadian yang mulia, dan dispilin yang tinggi dalam kehidupan.
Mereka tidak boleh berpura-pura atau double standard sebaliknya ikhlas dan jujur samaada
dalam kehidupan mahupun dalam pandangan, idea serta nasihat mereka. Ulama sebenar tidak
bersikap berat sebelah tidak menggunakan ilmu untuk kepentingan diri dan kumpulan tertentu
sahaja.
Kedudukan mereka sebagai ulama adalah satu pengiktirafan masyarakat. Jadi golongan
ulama bukanlah merupakan golongan yang sewenang-wenangnya menggelar diri mereka
ulama. Pengiktirafan masyarakat amat penting kerana ilmu, sahsiah dan cara hidup mereka
diakui.
Ulama dahulu tidak mendapat apa apa sijil tetapi mereka diiktiraf oleh masyarakat sebagai alAllamah (seorang berilmuan pengetahuan tinggi). Kualiti ilmu dan penyampaian ilmu
membuahkan pengiktirapan masyarakat kepada mereka.
Dari semua kutipan dan penjelasan di atas menunjukkan bahawa ulama adalah merujuk
kepada mereka yang mengetahui dan mendalami pengetahuan agama. Dengan pengetahuan
ini menjadikan mereka patuh kepada hukum Allah. Amat takut kepada kemurkaan di dunia
dan lebih-lebih lagi di akhirat.
Keistimewaan Ulama
Firman Allah SWT
Allah menyatakan bahawasanya tiada tuhan (yang berhak disembah) melainkan dia, yang
menegakkan keadilan. Para Malaikat dan orang-orang yang berilmu (juga menyatakan yang
demikian itu). Tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Maha perkasa
lagi Maha Bijaksana). (Surah al-Imran, 3:18)
Ayat ini menerangkan kedudukan ulama, dalam soal menguatkan akidah, kedudukan ulama
adalah amat tinggi, selepas kedudukan para malaikat. Menurut Ibn. Hajar para ulama yang
beramal dengan ilmunya pada hakikatnya wali Allah. (Al-Zawajir 1/88)
Ini satu darjat ketinggian yang amat nyata dengan kedudukan yang penting itu para ulama
sebenarnya bukanlah satu golongan yang tersisih dan diketepikan dari permasalahan hidup
umat manusia dalam apa jua bentuk.
Banyak hadis yang menyatakan tentang ilmu dan ulama. Ilmu yang diperolehi oleh ulama
adalah diturunkan oleh Allah SWT. Ayat dan perkataan Orang yang di kurniakan ilmu dan
beberapa darjat. Menunjukkan Allah mengurniakan ilmu dan kepandaian yang amat luas
kepada manusia, ilmu itu lebih maju dan teratur daripada pengetahuan yang dikurniakan oleh
Allah SWT kepada lain-lain makhluk seperti malaikat.
Di antara Hadis Rasulullah SAW . Ya Allah berilah rahmat kepada penggantiku. Para
sahabat bertanya wahai Rasulullah siapakah pengganti-pengganti baginda. Jawab baginda
Mereka itu orang yang datang selepas ku meriwayatkan hadis-hadis ku dan mengajarkannya

kepada umat manusia.


Ibn. Abbas menyatakan darjat ketinggian para ulama` di atas orang mukmin biasa adalah
sekira-kira 700 tahun perjalanan dan jauh di antara satu darjat dengan darjat yang lain adalah
500 tahun. (Azzawajir 1/89)
Ulama adalah petunjuk kepada hamba dan menara petunjuk kepada sebuah Negara, dan teras
ummah dan sumber hikmah, mereka adalah kemarahan syaitan dengan mereka menghidupkan
hati ahli kebenaran dan mematikan hati penyelewing.
Perumpamaan mereka di bumi seperti bintang di langit yang memberi penunjuk kepada orang
di lautan dan daratan. Apabila bintang terpadam maka ia boleh mengeliru perjalanan. (Imam
Abu Bakar Muhammad bin Hussin Bin Abdullah Al-Ajiri, Takhrij wa taliq Sopian Nur
Marbu Banjari al-Makki, 1996:13.)
Apabila ulama tidak ada maka manusia tidak akan tahu bagaimana hendak menunaikan satu
kefarduan dan bagaimana hendak menjauhkan perkara yang diharamkan, bagaimana hendak
menyembah Allah. Jika ulama mati maka waktu itu akan melahirkan kejahilan dan
merupakan satu musibah kepada manusia. Imam Abu Bakar Muhammad bin Hussin Bin
Abdullah Al-Ajiri, Takhrij wa taliq Sopian Nur Marbu Banjari al-Makki, 1996:13.)
Ulama mempunyai kaitan yang rapat dengan ilmu, dengan sebab itu apabila ulama
meninggal ilmu pun hilang. Kata-kata Kaab Bin Manic seorang tabiin yag masyhur telah
berkata Wajib keatas kamu memelihara ilmu sebelum ia hilang, kerana hilang ilmu kerana
hilang ahlinya. (Imam Abu Bakar Muhammad bin Hussin Bin Abdullah Al-Ajiri, Takhrij wa
taliq Sopian Nur Marbu Banjari al-Makki, 1996:34.)
Hadis yang diriwayatkan daripada Muaz Bin Jabal :
Belajarlah ilmu maka sesungguhnya mempelajari ilmu kerana Allah adalah untuk
menakutkan dan menuntut ilmu adalah ibadah dan mempelajarinya adalah tasbih dan
berbahas dengannya adalah jihad dan mengajarnya bagi orang yang tidak mengetahui adalah
sedekah dan mengajar ahli keluarganya mengenai halal dan haram adalah satu usaha untuk
mendekatkan diri dengan Allah kerana ia mengajar kepada benda halal dan haram dalam
menakutkan kepada Allah dan menjadi rakan ketika kesunyian dan menjadi dalil ketika
senang dan susah dan menjadi perhiasan ketika keseorangan dan menjadi rakan ketika
berdagang dan Allah angkat darjat mereka dikalangan mereka dan menjadikan mereka
pemimpin yang menjadi ikutan orang lain.
Kerana Ilmu menghidupkan hati yang buta dan memberi cahaya kepada yang gelap dan
memberi satiap tenaga kepada yang lemah dan telah mencapai hamba ketahap yang merdeka
dan menduduki bersama raja-raja dan mencapai darjat yang tinggi di dunia dan juga akhirat.
Dengan ilmu ia boleh taat kepada Allah SWT, dengan ilmu ia menyembah Allah dengan ilmu
ia menghubungkan tali sillturrahim, dengan ilmu ia dapat mengetahui yang halal dan yang
haram dan menjadi perintis kepada amal. (Imam Abu Bakar Muhammad bin Hussin Bin
Abdullah Al-Ajiri, Takhrij wa taliq Sopian Nur Marbu Banjari al-Makki, 1996:35-36.)
Luqman Hakim pernah berkata kepada anaknya
Wahai anakkku duduklah dengan ulama dan rapatkan kedua lutut kamu sesungguhnya Allah

menghidupkan hati dengan ilmu seperti menghidupkan bumi dengan turunnya hujan
(Muhammad Ibn. Abdul Bar bin Asim al-Namari, 1994:43.)
Nasihat Luqman juga Jangan kamu duduk bertengkar dengan ulama maka kelak kamu akan
hina dan jangan kamu bertengkar dengan orang yang bodoh maka mereka akan memaki kamu
sebaliknya kamu sabar bagi orang yang yang lebih tinggi ilmu daripada kamu dan orang yang
lebih rendah ilmu daripada kamu. Maka hendaklah kamu bersama dengan ulama dan sabar
bagi mereka dan mengambil daripada mereka ilmu (Muhammad Ibn. Abdul Bar bin Asim alNamari, 1994:43.)
Malik bin Anas berkata
Jangan ambil ilmu daripada 4 golongan ini,
a. Orang yang terkenal bodoh
b. Oran yang terkenal dengan ikut hawa nafsu.
c. Orang yang menyeru kepada hawa nafsu.
d. Lelaki yang ada kelebihan dan tidak tahu apa yang diucapkan.
(Muhammad Ibn. Abdul Bar bin Asim al-Namari, 1994:91-92.)
Ciri-Ciri Ulama
1.Sentiasa tawaduk dengan ilmunya
2.Dia tidak menuntut kemuliaan disisi pemerintah dengan ilmunya
3. Katakan Wallahualam jika tidak tahu.
Daripada Abdullah Ibn Masud
Wahai manusia apabila ditanya dari perkara ilmu yang kamu tahu maka kamu jawab, jika
kamu tidak tahu maka katakanlah Allah alam. (Muhammad Ibn. Abdul Bar bin Asim alNamari, 1994:92.)
4.Dan tiada menjadikan ilmu tadi sebagai barang dagangan
5. Tidak menjadikan ilmunya untuk mendekatkan dunia dan menjauhkan orang faqir
6.Tawaduk dengan orang faqir dan orang yang saleh
7.Apabila ia berada di dalam majlisnya maka ia sabar atas orang yang lambat faham dengan
hal ehwal agamanya sehingga ia menjawab dengan lembut dan beradab.
8. Ulamak mesti beramal dengan ilmunya
Sabda Rasulullah SAW Sedahsyat-dahsyat manusia yang diazab di hari qiamat ialah seoang
alim yang tidak bermanfaat imunya. (Muhammad Ibn. Abdul Bar bin Asim al-Namari,
1994:92.)
Kata Fudhail bin Iyyad,
Awal ilmu ialah diam, kemudian mendengar, kemudian hafal kemudian beramal dan
menyebarkan .

Begitu juga dengan kata-kata Ibn. Mubarak


awal imu ialah diam, kemudian memperdengar, kemudian memberi faham, kemudian
menghafaz kemudian beramal (Muhammad Ibn. Abdul Bar bin Asim al-Namari, 1994:46.)
9. Apabila disoal kepadanya perkara yang provokasi yang akan menimbulkkan fitnah di
kalangan orang muslimin maka ia minta elak dan minta supaya soalan ini ditanya kepada
orang yang lebih aula daripadanya
10. Ulama ia tidak akan bertengkar dan memperbodohkan orang lain.
11. Mengajar orang lain kepada tuhannya dan memperingatkan bagi mereka yang lupa.
Mengajar bagi mereka yang jahil dan meletakan hikmah kepada ahlinya. (Imam Abu Bakar
Muhammad bin Hussin Bin Abdullah Al-Ajiri, Takhrij wa taliq Sopian Nur Marbu Banjari alMakki, Akhlaq al-Ulama, 1996/1417, t.tpt, hlm, 50-53)
12.Sentiasa bersyukur kepada Allah SWT .
13. Sentiasa berzikir kepada Allah .
14.Hatinya sentiasa bermunajat dengan Allah .
15.Haya bergantung kepada Allah dan tidak takut kepada lain daripada Allah.
16. Sentiasa beradab dengan Quran dan Sunnah .
17. Tidak berlumba dengan ahli dunia dalam menuntut kemuliaan.
18.Berjalan atas muka bumi dengan tunduk dan patuh.
19. Sibuk hatinya menuntut kefahaman dan iktibar.
20. Sentiasa menyebut nama Allah bersama bersama orang berzikir
21.Lidahnya sentiasa menyebut nama Allah
Imam Abu Bakar Muhammad bin Hussin Bin Abdullah Al-Ajiri, Takhrij wa taliq Sopian Nur
Marbu Banjari al-Makki, Akhlaq al-Ulama, t.tpt 1996/1417,hlm:13,
22.Sentiasa dahagakan ilmu.
Kata-kata Ibn. MasudDua perkara yang tidak pernah kenyang iaitu orang yang ada ilmu yang
sentiasa menambahkan rida Allah dan ahli dunia yang berusaha menghimpunkan harta.
Kata-kata Masruq seorang Tabiin di zaman Abu Bakar, Saidina Umar, Saidina Ali dan Saidina
Osman Tanda seorang yang berilmu ialah orang yang takut kepada Allah dan tanda orang
yang jahil ialah orang yang kagum dengan ilmunya Imam Abu Bakar Muhammad bin Hussin
Bin Abdullah Al-Ajiri, Takhrij wa taliq Sopian Nur Marbu Banjari al-Makki, 1996:64.)
23.Tidak berkompromi dengan maksiat yang dilakukan oleh pemerintah.

Daripada Ummu Salamah berkata Bersabda Rasulullah SAW Adalah atas kamu pemimpin,
kamu kenal mereka dan kamu engkar, maka sesiapa yang ingkar maka ia telah melepaskan
diri dan siapa yang benci maka ia selamat, dan tetapi siapa yang ridha dan mengikutnya maka
dijauhkan oleh Allah kepadanya oleh Allah. Maka dikatakan Wahai Rasulullah Apakah kamu
perangi mereka tetapi baginda menjawab tidak , selagi mereka solat. Sahih Muslim: 1854
24.Orang alim musuh iblis
Sabda Rasulullah SAW Seorang faqih begitu susah atas iblis, berbading dengan 1000 orang
jahil Kitab Ilmu Turmizi
25.Para ulama hendaklah mempunyai iltizam qiadi atau iltizam kepimpinan, kerana ulama
adalah pemimpin masyarakat dan ummah seperti para Rasul SAW . Firman Allah Dan
ingatlah ketika nabi Ibrahim diuji oleh Tuhannya dengan beberapa kalimah (perintah suruhan
dan larangan) maka nabi Ibrahim pun menyempurnakannya. Allah berfirman:
.Sesungguhnya aku akan melantik mu menjadi pemimpin bagi umat manusia.. (alBaqarah,2:124)
Dengan demikian ulama bukan sekadar mengetahui tentang hukum hakam yang terbatas,
bukan orang yang mengaji kitab feqah dan bukan juga ditentukan oleh serban dan jubah besar.
Prof. Dr. H. Abdul Karim Amrullah (Hamka), Tafsir al-Azhar, , Bandung: Yayasan
Latimojong, cet. Pertama, juz 22/30, 1984, hlm. 302-303.
Sebab itu ulama yang layak memimpin mereka mestilah meniru sikap dan akhlak nabi, maka
barulah layak mereka menjadi pemimpin.
Para ulama adalah pewaris nabi-nabi dan sesungguhnya para nabi tidak meninggalkan wang
emas atau perak, tetapi mereka meninggalkan ilmu, sesiapa yang mengambilnya maka
sesungguhnya ia telah mengambil habuan yang cukup.
(Imam Abu Bakar Muhammad bin Hussin Bin Abdullah Al-Ajiri, Takhrij wa taliq Sopian
Nur Marbu Banjari al-Makki, Akhlaq al-Ulama: 19)
Sebab itulah para ulama mereka yang layak mewaris nabi kerana nabi hanya meninggalkan
ilmu dan mereka yang boleh memahami apa yang nabi tinggal ialah ulama.
26. Keikhlasan dan ketakwaan kepada Allah
Kata Imam Ghazali : Maka inilah dia perjalanan ulama dan juga adat mereka pada menyeru
ke arah kebaikan dan mencegah kemungkaran, kurangnya mereka bergaul dengan pihak
pemerintah dan akan tetapi mereka menyerahkan kepada kuasa Allah Taala untuk mengawasi
mereka, mereka redho dengan ketetapan Allah Taala supaya dianugerahkan kepada mereka
syahadah di jalanNya. Ketika mereka mengikhlaskan niat kerana Allah maka kalam-kalam
mereka memberi kesan pada hati yang keras maka dengannya lembutlah hati dan hilanglah
kekerasannya.
27. Bertolak ansur tolak ansur. Tidak fanatik dengan pandangannya sahaja. Contoh ImamImam mazhab boleh dijadikan ukuran.
Diriwayatkan bahawa Imam Shafie telah mengatakan Seluruh manusia dalam bidang fiqah
adalah keluarga Abu Hanifah Beliau juga melaku kan solat subuh dekat kubur Abu Hanifah,

beliau tidak melakukan qunut, beliau berbuat demikian kerana menghormati Abu Hanifah yng
negatakan qunut tidak ada dalam solat subuh dan untuik mengajar pengikutnya supaya
bertolak ansur kepada mazhab berkenaan. (Mohd. Radzi Othman dan O.K. Rahmat, 1996:61)
Kiyai Hasyim Asyaari, daripada Nahdatul Ulama, sebuah organisasi kaum tua mengatakan
umat Islam agar jangan taksub kepada setengah mazhab atau setengah hukum di dalam soal
furuk. Yang utama bagi umat Islam ialah membela Islam dan berjuang menentang orang yang
menolak al-Quran.
Berjihad menghadapi musuh adalah wajib. Adapun taksub pada satu mazhab dan satu qaul ini
tidak disukai oleh Allah. Apatah lagi sehingga mendorong kepada berebut-rebut dan
berdengkian. (Umar Hasyim , 1982:232-233