Anda di halaman 1dari 13

Nota IXEX1101 Pengantar Syariah

PERKEMBANGAN SYARIAT ISLAM

Perkembangan syariat Islam bermula sejak penurunan wahyu di bumi Mekah


lagi. Perkembangan syariat dibentuk oleh suasana setempat sepanjang sejarah
perkembangan ajaran Islam sambil berpandukan kepada Al-Quran dan AlSunnah. Secara lengkap fasa sejarah perkembangan Syariat Islam atau
pembentukan hukum Islam dapat dibahagikan kepada beberapa fasa, iaitu;

Fasa Pertama : Masa Rasulullah SAW


Beliau wafat setelah selesai menunaikan tugasnya sebagai utusan Tuhan dan
Penutup para Nabi, menanamkan nilai-nilai ke-Tuhanan, kebenaran dan prinsip
hidup kemasyarakatan kepada manusia di alam semesta selama 20 tahun 2 bulan
22 hari dalam 23 tahun fasa keNabiannya (dengan menghitung 3 tahun lamanya
Rasul tidak mendapatkan wahyu semenjak ia dapatkan pertama kalinya di Gua
Hira).
Pada fasa ini, kekuasaan pembentukan hukum berada di tangan Rasulullah
SAW. Sumber hukum Islam ketika itu adalah al-Quran. Apabila ayat al-Quran
tidak turun ketika ia menghadapi suatu masalah, maka ia, dengan bimbingan
Allah SWT menentukan hukum sendiri. Yang disebut terakhir ini dinamakan
Sunnah Rasulullah SAW. Ijtihad juga merupakan sumber hukum sesudah alQuran dan al-Sunnah. Tetapi ijtihad Rasulullah perlu mendapat perakuan
daripada wahyu Allah. Rasulullah SAW mempunyai hak untuk berijtihad.

1
Dr Mohd Anuar Ramli

Nota IXEX1101 Pengantar Syariah

Baginda seorang Rasul, pemimpin negara, qadi dan mufti yang terdedah kepada
persoalan hukum yang tidak dinaskan.

Lebih terperinci lagi, zaman pembinaan hukum Islam ini pada hakikatnya
terbentuk dari dua peringkat zaman iaitu bermula dengan pembinaan zaman
Mekah dan seterusnya zaman Madinah.

i.

Peringkat Mekah

Penurunan wahyu di peringkat ini menjangkau lebih kurang tiga belas tahun
lamanya, di mana ianya lebih menitik beratkan mengenai soal akidah berkenaan
dengan mentauhidkan Allah, beriman kepada rasul-rasul-Nya dan hari akhirat.
Ini kerana akidah adalah suatu asas yang paling utama bagi penerimaan
pengajaran Islam sepenuhnya. Tidak kurang juga dalam menekankan soal-soal
yang berkaitan dengan pembinaan akhlak yang mulia, serta terdapat juga yang
berbentuk cerita-cerita lama sebagai bahan renungan dan malah bertujuan untuk
memujuk hari Nabi SAW agar tidak merasa serik dan kecewa dalam menghadapi
kejerihan perjuangan di dalam menegakkan agama Allah.
Sedangkan hukum-hukum amali (yang berkaitan dengan tindak-tanduk)
tidak banyak dibicarakan, sekalipun ada, namun hakikatnya hukum-hukum
seperti ini adalah bertujuan untuk mengawal akidah umat Islam itu sendiri dari
nilai-nilai syirik tinggalan masyarakat jahiliyyah seperti larangan memakan

2
Dr Mohd Anuar Ramli

Nota IXEX1101 Pengantar Syariah

bangkai binatang yang tidak disembelih atau binatang sembelihan yang tidak
disebut padanya nama Allah.

ii.

Peringkat Madinah

Peringkat kedua ini bermula dari detik penghijrahan Nabi Muhammad SAW
bersama beberapa orang sahabatnya. Ketika inilah turunnya wahyu-wahyu yang
menerangkan hukum-hukum Syariat dalam semua bentuk persoalan yang
dihadapi oleh manusia, tidak seperti sebelum ini di mana wahyu banyak
tertumpu pada perkara-perkara yang banyak berhubung dengan akidah. Ini
kerana pada peringkat ini umat Islam sudah mula untuk membina negara Islam
yang pertama di Madinah. Dalam penyusunan ini segala peraturan diperlukan
dan keperluan-keperluan ini dipenuhi oleh wahyu. Dengan itu, Syariat Islam pada
zaman kedua ini berdasarkan wahyu Ilahi sama ada berbentuk al-Quran ataupun
al-Sunnah tidak lagi dianggap hanya tertumpu pada perkara-perkara tertentu
sahaja bahkan ianya telah dianggap sebagai suatu yang sudah cukup sempurna
dan lengkap serta mencakupi segala hukum dalam semua aspek kehidupan
manusia di dunia dan akhirat.

Fasa Kedua : Masa Khulafa Al-Rasyidin - Pertengahan Abad Ke-1H


Pada zaman Rasulullah SAW, para Sahabat r.ah. dalam menghadapi berbagai
masalah yang menyangkut hukum senantiasa bertanya kepada Rasulullah SAW
setelah ia wafat, rujukan untuk tempat bertanya tidak ada lagi. Oleh sebab itu,
3
Dr Mohd Anuar Ramli

Nota IXEX1101 Pengantar Syariah

para sahabat besar melihat bahawa perlu dilakukan ijtihad apabila hukum untuk
suatu persoalan yang muncul dalam masyarakat tidak ditemukan di dalam alQuran atau sunnah Rasulullah SAW. Ditambah lagi, bertambah luasnya wilayah
kekuasaan Islam membuat persoalan hukum semakin berkembang kerana
perbezaan budaya di masing-masing daerah.
Dalam keadaan seperti ini, para sahabat berupaya untuk melakukan ijtihad
dan menjawab persoalan yang dipertanyakan tersebut dengan hasil ijtihad
mereka. Ketika itu para sahabat melakukan ijtihad dengan berkumpul dan
musyawarahkan persoalan itu. Apabila sahabat yang menghadapi persoalan itu
tidak memiliki teman musyawarah atau sendiri, maka ia melakukan ijtihad sesuai
dengan prinsip-prinsip umum yang telah ditinggalkan Rasulullah SAW.
Pembentukan hukum pada zaman ini sama dengan zaman Rasulullah SAW iaitu
bersifat aktual, bukan teori. Ertinya, ketentuan hukum bagi suatu masalah
terbatas pada kes itu saja, tidak merambat kepada kes lain secara teoretis. Fiqh
Sahabi memperoleh kedudukan yang sangat penting dalam khazanah pemikiran
Islam.

Fasa Ketiga : Pertengahan Abad 1H - Awal Abad Ke-2 H


Fasa ini merupakan awal pembentukan hukum Islam. Sejak zaman Uthman b.
Affan (576-656), khalifah ketiga, para sahabat sudah banyak yang bertebaran di
berbagai daerah yang ditakluki Islam. Masing-masing sahabat mengajarkan alQuran dan hadis Rasulullah SAW kepada penduduk setempat. Di Iraq dikenal
sebagai pengembang hukum Islam adalah Abdullah b. Masud (Ibn Masud),
4
Dr Mohd Anuar Ramli

Nota IXEX1101 Pengantar Syariah

Zayd b. Thabit (11 SH/611M-45H/665M) dan Abdullah b. Umar (Ibn Umar) di


Madinah dan Ibn Abbas di Mekah. Masing-masing sahabat ini menghadapi
persoalan yang berbeza, sesuai dengan keadaan masyarakat setempat.
Para sahabat ini kemudian berhasil membina kader masing-masing yang
dikenal dengan para Tabiin. Yang disebut "para pengikut" (makna kata Tabiin)
ialah kaum Muslim generasi kedua (mereka menjadi Muslim ditangan para
Sahabat Nabi). Dalam pandangan keagamaan banyak ulama masa Tabiin itu,
bersama dengan masa para Sahabat sebelumnya dan masa Tabi al- Tabiin ("para
pengikut dari para pengikut" yakni, kaum Muslim generasi ketiga), dianggap
sebagai masa-masa paling autentik dalam sejarah Islam, dan ketiga masa itu
sebagai kesatuan suasana yang disebut salaf (Klasik).
Pada fasa ini, pengertian fiqh sudah beranjak sebagai salah satu cabang
ilmu keislaman yang mengandung pengertian mengetahui hukum-hukum syara'
yang bersifat amali (praktikal) dari dalil-dalilnya yang terperinci. Di samping fiqh,
pada fasa ketiga ini pun usul al-fiqh telah matang menjadi salah satu cabang ilmu
keislaman. Berbagai metode penetapan hukum seperti qiyas, istihsan dan istislah,
telah dikembangkan oleh ulama fiqh. Dalam perkembangannya, hukum fiqh tidak
saja membahas persoalan aktual, tetapi juga menjawab persoalan yang akan
terjadi, sehingga muncul fiqh iftird (fiqh berdasarkan pengandaian tentang
persoalan yang akan terjadi di masa datang/futuristik). Pada fasa ketiga ini
pengaruh ray dalam pembinaan hukum semakin berkembang kerana ulama
Madrasah al-hadith juga mempergunakan ray dalam hukum fiqh mereka.

5
Dr Mohd Anuar Ramli

Nota IXEX1101 Pengantar Syariah

Dalam bidang fiqh seperti juga dalam bidang-bidang yang lain masa Tabiin
adalah masa peralihan dari masa sahabat Nabi dan masa tampilnya imam-imam
mazhab. Di satu pihak masa itu bisa disebut sebagai kelanjutan wajar masa
sahabat Nabi, di lain pihak pada masa itu juga mulai disaksikan munculnya
tokoh-tokoh dengan sikap yang secara nisbi lebih mandiri, dengan penampilan
kesarjanaan di bidang keahlian yang lebih mengarah pada spesialisasi.

Walaupun begitu tidaklah bererti masa generasi kedua ini bebas dari
persoalan dan kerumitan. Justeru sifat transisional masa ini ditandai berbagai
gejala kekacauan pemahaman keagamaan tertentu, yang bersumber dari sisa dan
kelanjutan berbagai konflik politik, terutama yang terjadi sejak peristiwa
pembunuhan Uthman, Khalifah III. Tumbuhnya parti-parti politik yang berjuang
keras memperoleh pengakuan dan legitimasi bagi klaim-klaim mereka, seperti
Khawarij, Syiah, Umawiyyah, dan sebagainya, telah mendorong berbagai
pertikaian fahaman. Dan pertikaian itu antara lain menjadi sebab bagi
berkecamuknya amalan pemalsuan hadis atau penuturan dan cerita tentang Nabi
dan para sahabat.
Pada fasa ini berlakunya perselisihan pendapat para fuqaha. Ia merujuk
kepada beberapa faktor seperti berikut :

Perpindahan para fuqaha dari Madinah ke daerah lain. Perkara ini


berlaku disebabkan negara Islam yang telah menguasai bidang politik dan
pemerintahan pada waktu itu kian membangun dengan pesat sekali
sehingga melibatkan berbagai-bagai daerah, ditambah dengan bilangan
6

Dr Mohd Anuar Ramli

Nota IXEX1101 Pengantar Syariah

orang yang memasuki agama Islam yang semakin meningkat yang


memerlukan kepada sumbangan dan khidmat dari para fuqaha itu
sendiri. Mereka ini bukan sekadar menjadi guru dan pembimbing bagi
penduduk-penduduk di daerah-daerah tersebut malah dilantik juga
untuk menjadi pegawai-pegawai pemerintah dan pentadbiran di sana.

Keterlaluan di dalam meriwayatkan Hadis. Perkara ini tidak berlaku di


zaman sahabat kerana takut-takut ianya boleh membuka peluang kepada
mereka yang tidak bertanggungjawab lalu meriwayatkannya secara dusta
untuk semata-semata tujuan peribadi. Namun, disebabkan tekanantekanan keperluan kepada fatwa di dalam menyelesaikan segala
persoalan baru di daerah-daerah baru itu para fuqaha merasa perlu untuk
meriwayatkan hadis secara meluas sama ada sebagai asas bagi fatwafatwa yang diberikan kepada orang ramai atau sebagai bertujuan untuk
mengajar murid-murid mereka. Oleh kerana para sahabat sendiri tidak
sama dalam memiliki pengetahuan tentang hadis-hadis Rasulullah, maka
mereka telah melakukan riwayat dalam kadar yang berbeza-beza.
Terkadang bila berlaku sesuatu kes, mereka yang menghafal sedikit
biasanya akan mengeluarkan hukum yang berbeza dari mereka yang
menghafal banyak hadis seperti yang berlaku dalam kes menyapu Khuf
seperti yang telah disebutkan tadi.

7
Dr Mohd Anuar Ramli

Nota IXEX1101 Pengantar Syariah

Perpecahan politik yang mendalam dalam kalangan umat Islam pada


waktu itu. Bibit-bibit perpecahan ini telah bermula dengan persoalan
mengenai jawatan khalifah dan syarat-syarat orang yang layak untuk
menerajuinya. Pada dasarnya pergolakan politik ini telah manimbulkan
tiga golongan yang berbeza. Antaranya Khawarij, Syiah dan ahl alSunnah wa al-Jamaah.

Meluasnya perbezaan pendapat di antara dua aliran Golongan Jumhur ;


Ra`y dan Athar. Secara kasarnya dapat dinilaikan di sini bahawa
pembahagian aliran ilmu kepada dua pembawaan yang amat berbeza ini
adalah merupakan juga rentetan dari tindakan khalifah Uthman sendiri
dengan memberi keizinan kepada para sahabat untuk berpindah ke
merata daerah-daerah Islam yang baru dibuka akibat beberapa desakan.

Fasa Keempat : Pertengahan Abad Ke-2H - Pertengahan Abad Ke-4H


Fasa ini disebut sebagai fasa gemilang kerana fiqh dan ijtihad ulama semakin
berkembang. Pada fasa inilah muncul berbagai mazhab, khususnya mazhab yang
empat, iaitu Mazhab Hanafi, Mazhab Maliki, Mazhab Syafii dan Mazhab Hanbali.
Pertentangan antara Madrasah al-hadith dengan Madrasah al-rayi semakin menipis
sehingga masing-masing pihak mengakui peranan al-rayu dalam berijtihad.
Pertentangan ini tidak berlangsung lama, kerana ternyata kemudian masingmasing golongan saling mempelajari pandangan fiqh golongan lain.

8
Dr Mohd Anuar Ramli

Nota IXEX1101 Pengantar Syariah

Imam Muhammad b. Hasan al-Syaybani, ulama dari Mazhab Hanafi yang


dikenal sebagai ahl al-rayi, datang ke Madinah berguru dengan Imam Malik dan
mempelajari kitabnya, al-Muwatta (buku hadis dan fiqh). Imam al-Syafii, salah
seorang tokoh ahl al-hadith, datang belajar kepada Imam Muhammad b. Hasan alSyaybani. Imam Abu Yusuf, tokoh ahl al-rayi, banyak mendukung pendapat ahl
al-hadith dengan mempergunakan hadis-hadis Rasulullah SAW. Oleh sebab itu,
kitab-kitab fiqh banyak berisi al-rayi dan al-hadith. Hal ini menunjukkan adanya
titik temu antara golongan masing-masing.
Kitab-kitab fiqh pun mulai disusun pada fasa ini, dan pemerintah pun
mulai menganut salah satu mazhab fiqh rasmi negara, seperti dalam pemerintahan
Dawlah Abbasiyyah yang menjadikan fiqh Mazhab Hanafi sebagai pegangan para
hakim di pengadilan. Di samping sempurnanya penyusunan kitab-kitab fiqh
dalam berbagai mazhab, dalam fasa ini juga disusun kitab-kitab usul al-fiqh,
seperti kitab al-Risalah yang disusun oleh Imam al-Syafii. Sebagaimana pada fasa
ketiga, pada fasa ini fiqh iftird semakin berkembang kerana pendekatan yang
dilakukan dalam hukum fiqh tidak lagi pendekatan aktual di kala itu, tetapi mulai
bergeser pada pendekatan teoretis. Oleh sebab itu, hukum untuk permasalahan
yang mungkin akan terjadi pun sudah ditentukan.

Fasa Kelima : Pertengahan Abad Ke-4H - Pertengahan Abad Ke-7H


Fasa ini ditandai dengan menurunnya semangat ijtihad dalam kalangan ulama
fiqh, bahkan mereka cukup puas dengan hukum fiqh yang telah disusun dalam
berbagai

mazhab.

Ulama

lebih

banyak

mencurahkan

perhatian

dalam
9

Dr Mohd Anuar Ramli

Nota IXEX1101 Pengantar Syariah

mengomentari, memperluas atau meringkas masalah yang ada dalam kitab fiqh
mazhab masing-masing. Lebih jauh, pada fasa ini muncullah anggapan bahawa
pintu ijtihad sudah tertutup. Terdapat beberapa penyebab yang menjadikan
tertutupnya pintu ijtihad pada fasa ini, iaitu sebagai berikut:

Munculnya sikap taksub mazhab (fanatisme mazhab imamnya) dalam


kalangan pengikut mazhab. Ulama ketika itu merasa lebih baik mengikuti
pendapat yang ada dalam mazhab daripada mengikuti metode yang
dikembangkan imam mazhabnya untuk melakukan ijtihad;

Dipilihnya para hakim yang hanya bertaqlid kepada suatu mazhab oleh
pihak penguasa untuk menyelesaikan persoalan, sehingga hukum fiqh
yang diterapkan hanyalah hukum fiqh mazhabnya; sedangkan sebelum
fasa ini, para hakim yang ditunjuk oleh penguasa adalah ulama mujtahid
yang tidak terikat sama sekali pada suatu mazhab; dan

Munculnya buku-buku mengenai hukum fiqh yang disusun oleh mazhab


masing-masing; hal ini pun, membuat umat Islam mencukupkan diri
mengikuti yang tertulis dalam buku-buku tersebut.

Sekalipun ada mujtahid yang melakukan ijtihad ketika itu, ijtihadnya


hanya terbatas pada mazhab yang dianutinya. Di samping itu, perkembangan
pemikiran hukum serta metode ijtihad menyebabkan banyaknya upaya terjadi
(menguatkan satu pendapat) dari ulama dan munculnya perdebatan antara
mazhab di seluruh daerah. Hal ini pun menyebabkan masing-masing

10
Dr Mohd Anuar Ramli

Nota IXEX1101 Pengantar Syariah

pihak/mazhab menyedari kembali kekuatan dan kelemahan masing-masing.


Akan tetapi, perdebatan ini kadang-kala jauh dari sikap-sikap ilmiah.

Fasa Keenam : Pertengahan Abad Ke-7H - Munculnya Majallah Al-Ahkam AlAdliyyah (1286H)
Fasa ini dimulai dengan kelemahan semangat ijtihad dan berkembangnya taqlid
serta taksub (fanatisme) mazhab. Penyelesaian masalah hukum tidak lagi
mengacu pada al-Quran dan sunnah Rasulullah SAW serta pertimbangan tujuan
syara (maqasid al-Syariah) dalam menetapkan hukum, tetapi telah beralih pada
sikap mempertahankan pendapat mazhab secara jumud (konservatif). Usaha
mentakhrij (mengembangkan hukum fiqh melalui metode yang dikembangkan
imam mazhab) dan mentarjih pun sudah mulai memudar.

Ulama merasa sudah cukup dengan mempelajari sebuah kitab fiqh dari
kalangan mazhabnya, sehingga penyusunan kitab fiqh pada fasa ini pun hanya
terbatas pada meringkas dan mengomentari kitab fiqh tertentu. Di akhir fasa ini
pemikiran ilmiah berubah menjadi hal yang langka. Di samping itu, keinginan
penguasa pun sudah masuk ke dalam masalah-masalah fiqh. Pada akhir fasa ini
dimulai usaha kodifikasi hukum Islam yang seluruhnya diambilkan dari mazhab
rasmi pemerintah Turki Uthmani (Kerajaan Ottoman; 1300-1922), iaitu Mazhab
Hanafi, yang dikenal dengan Majallah al-Ahkam al-Adliyyah.

11
Dr Mohd Anuar Ramli

Nota IXEX1101 Pengantar Syariah

Fasa Ketujuh : Selepas Muncul Majalah Al-Ahkam Al- 'Adliyyah - Sekarang


Ada tiga ciri pembentukan hukum Islam pada fasa ini, iaitu:

Munculnya Majalah al-Ahkam al-Adliyyah sebagai hukum muamalah


umum yang diambilkan dari fiqh Mazhab Hanafi;

Berkembangnya usaha kodifikasi hukum Islam; dan

Munculnya pemikiran untuk memanfaatkan berbagai pendapat semua


mazhab yang ada, sesuai dengan keperluan zaman.

Munculnya kodifikasi hukum Islam dalam bentuk Majalah al-Ahkam alAdliyyah dilatarbelakangi oleh kesulitan para hakim dalam menentukan undangundang yang akan diterapkan di pengadilan, sementara kitab-kitab hukum fiqh
muncul dari berbagai mazhab dan seringkali dalam satu masalah terdapat
beberapa pendapat. Memilih pendapat terkuat dari berbagai kitab fiqh merupakan
kesulitan bagi para hakim di pengadilan, di samping memerlukan waktu yang
lama. Oleh sebab itu, pemerintah Turki Uthmani berpendapat bahawa harus ada
satu kitab undang-undang yang boleh dirujuk dan diterapkan di pengadilan.
Pada abad ke-19M muncul berbagai pemikiran dalam kalangan ulama dari
berbagai negara Islam untuk mengambil pendapat-pendapat dari berbagai
mazhab serta menimbang dalil yang paling kuat di antara semua pendapat itu.
Pengambilan pendapat dilakukan tidak saja dari mazhab yang empat, tetapi juga
dari para Sahabat dan Tabiin, dengan syarat bahawa pendapat itu lebih tepat dan
sesuai. Semangat kodifikasi hukum fiqh Islam di berbagai negara Islam ikut
didorong oleh pengaruh hukum Barat yang mulai merembat ke berbagai dunia
12
Dr Mohd Anuar Ramli

Nota IXEX1101 Pengantar Syariah

Islam. Pengaruh hukum Barat ini menyedarkan ulama untuk merujuk kembali
khazanah intelektual mereka dan memilih pendapat mazhab yang tepat
diterapkan saat ini. Lebih jauh lagi, di daerah yang berpenduduk majoriti Islam,
usaha penerapan hukum Islam dengan beberapa penyesuaian dengan keadaan
setempat mulai berkembang. Di banyak negara Islam telah muncul undangundang keluarga Islam yang diambil dari berbagai pendapat mazhab, seperti di
Jordan, Syria, Sudan, Iran, Pakistan, Malaysia dan Indonesia.

13
Dr Mohd Anuar Ramli