Anda di halaman 1dari 1

SYARAT SYARAT PERTANDINGAN PIDATO 1MALAYSIA TAHUN 2015

1. Pemidato hendaklah warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas dan terbuka


kepada semua kaum.
2. Peserta tidak dibenarkan untuk menyertai pertandingan ini lebih dari sebuah daerah dan
negeri dalam tahun yang sama.
3. Setiap pemidato diberikan masa 13 minit untuk menyampaikan hujah pemidato
manakala 2 minit lagi diberikan untuk menjawab satu soalan yang akan dikemukakan
oleh Panel / Ketua Hakim. Keseluruhan masa yang diberikan adalah 15 minit.
4. Loceng akan dibunyikan sekali, untuk 2 minit sebelum masa sebenar menyampaikan
hujah tamat dan 2 kali apabila masa sudah tamat.
5. Pengiraan masa dikira dari perkataan pertama diucapkan oleh pemidato.
6. Hujah hujah akan disampaikan oleh pemidato. Setelah loceng penamat dibunyikan
markah tidak akan dikira.
7. Pemidato dibenarkan menggunakan alat bantu seperti laptop dan bahan sokongan lain
bagi memantapkan hujahnya. Pemidato perlu menyediakan bahan bahan tersebut.
Urusetia akan menyediakan kemudahan komputer menggunakan perisian power point
dan LCD Projector serta layar.
8. Kritikan terhadap isu isu sensitif yang berkaitan dengan politik, bahasa, agama,
bangsa dan kebudayaan atau keperibadian adalah dilarang dan jika dilakukan
markahnya akan ditolak. Jika difikirkan wajar, hakim berhak meminta pemidato
memberhentikan pidatonya.
9. Pemidato tidak dibenarkan menuding jari dan menggunakan isyarat atau bahasa yang
kurang sopan.
10.Pemidato hendaklah disampaikan dalam Bahasa Malaysia. Kelebihan penguasaan
Bahasa Kebangsaan ini akan diambil kira.
11.Semua pemidato dikehendaki menyampaikan pidato masing masing atas tajuk yang
telah ditetapkan.
12.Semua peserta yang mewakili negeri masing masing dikehendaki mematuhi
peraturan / arahan yang telah ditetapkan oleh urusetia Peringkat Kebangsaan.
13.Pengerusi Pertandingan berhak menegur pemidato yang melanggar peraturan di atas.
14.Keputusan Panel Hakim adalah muktamad.