Anda di halaman 1dari 1

Untuk mendapatkan pipi yang ideal-tidak terlalu cengkung, anda boleh cuba petua

berikut:
Minyak Badam
Panaskan sedikit minyak badam dan biarkan ia sejuk. Sapukan pada pipi dengan pelahanlahan. Gunakan jari telunjuk, sapu dari bahagian dagu ke arah atas sampai keseluruhan
pipi. Urut pelahan-lahan dari bahagian bawah ke atas. Jangan sesekali urut dari atas ke
bawah. Lakukan urutan secara lembut selama 2-3 minit seminggu sekali. Pipi anda bukan
sahaja kelihatan tembam malah kulit pipi juga terasa sangat lembut.
Betik dan Madu
Ambil betik yang telah masak dan lecekkan sehingga lumat, boleh juga dikisar jika mahu.
Gaulkan bersama 1 camca besar madu. Oleskan pada pipi secara keseluruhannya. Biarkan
selama 10-15 minit. Kemudian bilas dengan air suam. Selain untuk pipi yang tembam,
masker betik juga bagus untuk menghilangkan kedutan di wajah, menjadikan wajah
semakin tegang.
Minyak Bijan
Cara lain yang dapat membantu mengatasai pipi cengkung ialah dengan berkumur dengan
minyak bijan setiap hari. Berkumur dengan minyak bijan dapat membantu menaikkan otot
pipi yang cengkung kelihatan berisi. Jika tidak ada minyak bijan, anda boleh gantikan
dengan madu. Lakukan setiap pagi secara teratur.