Anda di halaman 1dari 15

Kaedah Read It! CUViTS It! Talk It!

(RCT) untuk Membantu Murid Menyelesaikan


Masalah Berayat Bagi Topik Penambahan dan Penolakan Tahun 4
SITI ZULAIKHA BINTI ZULKIFLI
Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan, Pahang
ABSTRAK
Penyelidikan tindakan ini dilaksanakan untuk mengkaji sejauhmanakah kaedah
RCT dapat membantu murid menyelesaikan masalah berayat. Di samping itu,
ia juga dilaksanakan untuk mengkaji sejauh manakah kaedah ini dapat menarik
minat murid terhadap matematik. Peserta kajian terdiri daripada tujuh orang
murid tahun 4 di sebuah sekolah di Jerantut. Kaedah RCT merupakan satu
model penyelesaian masalah tiga fasa iaitu Read it! CUViTS it! dan Talk it!
yang dapat membantu murid menyelesaikan masalah berayat. Model
penyelesaian masalah ini dipersembahkan di dalam bentuk nota panduan.
Kaedah ini telah dilaksanakan selama empat minggu. Cara pengumpulan data
yang digunakan termasuklah ujian pra dan pasca, lembaran kerja,
pemerhatian, temu bual, sola selidik, dan jurnal. Data terkumpul dianalisis
secara kualitatif dan kuantitatif. Hasil analisis data mendapati bahawa murid
dapat menyelesaikan masalah berayat dengan baik setelah menggunakan
kaedah RCT. Malahan, murid-murid juga lebih berminat untuk belajar
matematik. Melalui kajian ini, saya telah meningkatkan amalan dan nilai
profesional saya sebagai seorang guru matematik
Kata kunci: kajian tindakan, penyelesaian masalah berayat, nota panduan
PENGENALAN
Penyelesaian masalah adalah elemen yang amat penting dalam kurikulum
matematik. Hal ini disokong oleh pernyataan yang terdapat dalam Huraian Sukatan Pelajaran
Matematik Kemahiran Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR), iaitu penyelesaian masalah
adalah kemahiran matematik yang terpenting yang boleh dipertingkatkan dalam kalangan
pelajar matematik. Sebagai kemahiran yang paling penting, penyelesaian masalah dibina
berdasarkan pengetahuan dan pengalaman yang lalu atau kemahiran matematik yang lain
yang kurang kompleks dalam kehidupan. Oleh yang demikian, adalah perlu memastikan
kemahiran seperti pengiraan, pengukuran dan komunikasi akan berkembang dalam kalangan
pelajar kerana kemahiran-kemahiran tersebut menjadi asas kepada kemahiran penyelesaian
masalah.
Namun begitu, para guru mendapati bahawa murid-murid sentiasa bergelut dengan
soalan penyelesaian masalah berayat. Weber (1966) ada menulis mengenai kesukaran yang
dialami oleh para murid dan guru tentang penyelesaian masalah berayat dan melabelkannya
sebagai demon problem. Cummins (1988) pula menyatakan bahawa murid menghadapi
kesukaran untuk menyelesaikan soalan penyelesaian masalah adalah kerana mereka gagal
untuk mengenalpasti kehendak soalan dan memahami masalah dalam konteksnya. Keadaan
ini terjadi ekoran beberapa faktor seperti tidak mempunyai kemahiran mengira dan juga
kurang kemahiran linguistik.
Dalam usaha untuk meningkatkan kemahiran penyelesaian masalah berayat dalam
kalangan murid, para guru hendaklah mengasah kemahiran matematik dan kemahiran
membaca murid (Chamot & OMalley, 1994). Bukan itu sahaja, terdapat pelbagai teknik
untuk mengajar penyelesaian masalah. Antaranya adalah penggunaan Model Polya, dan juga
Newmans Error. Para guru juga boleh melayari internet untuk melihat kajian-kajian yang
telah dijalankan oleh guru di luar negara mengenai kaedah untuk menyelesaikan masalah.
Guru-guru juga boleh menjalankan kajian sendiri bagi memperbaiki amalan pengajaran guru
dalam penyelesaian masalah.
1

ISU KEPRIHATINAN
Isu kajian saya adalah murid-murid tidak dapat menyelesaikan masalah matematik
berayat dengan baik. Hal ini sekaligus menjadikan mereka tidak minat terhadap matematik.
Saya memilih isu ini kerana saya telah menilai kembali pengalaman pengajaran dan
pembelajaran saya sepanjang menjalani praktikum selama tiga fasa dan mendapati muridmurid di tiga buah sekolah ini menghadapi satu masalah yang sama iaitu tidak dapat
menyelesaikan masalah matematik berayat dengan baik.
Antara masalah yang biasa dihadapi adalah mereka tidak dapat mengeluarkan
maklumat-maklumat yang terdapat di dalam masalah berayat tersebut. Mereka juga tidak
dapat mengesan operasi yang diperlukan untuk menyelesaikan masalah tersebut.
Kajian Mohammad Seifi, Majid Haghverdi, dan Fatemeh Azizmohamadi (2012)
mendapati bahawa 45 daripada 88 orang guru (51%) guru melaporkan masalah yang biasa
dialami adalah murid tidak memahami masalah. Seramai 27 orang guru (31%) dan 9 orang
guru (10%) bersetuju bahawa masalah yang juga biasa dialami adalah melibatkan murid
tidak dapat merancang untuk menyelesaikan masalah dan kurang pengetahuan vokabulari.
Hal ini mengakibatkan mereka menjadi putus asa untuk menjawab soalan penyelesaian
masalah berayat sekaligus menyebabkan mereka hilang minat pada matematik.
Sebelum ini, saya hanya menggunakan model polya untuk mengajar penyelesaian
masalah dan murid masih tidak dapat menjawab soalan penyelesaian masalah dengan baik.
Maka saya telah mengambil keputusan untuk menghasilkan satu kaedah iaitu Kaedah RCT
bagi membantu murid saya untuk menyelesaikan masalah matematik berayat di samping
meningkatkan minat mereka terhadap matematik.
PERSOALAN KAJIAN
Berikut adalah persoalan yang timbul dan ingin diselesaikan bagi mencapai objektif kajian
iaitu:
(i)
(ii)

Sejauh manakah kaedah RCT dapat membantu murid menyelesaikan


masalah matematik berayat.
Sejauh manakah kaedah RCT dapat menarik minat murid terhadap
matematik.
PESERTA KAJIAN

Saya telah menjalankan kajian tindakan ini di sebuah sekolah kebangsaan yang
terletak di Bandar Jerantut.Jumlah peserta kajian adalah tujuh orang yang terdiri daripada
empat orang lelaki dan dua orang perempuan. Mereka adalah dari satu kelas yang terakhir
iaitu kelas 4Mercury. Saya telah melaksanakan ujian saringan awal yang mengandungi 10
soalan penyelesaian masalah untuk memilih peserta kajian. Tujuh orang murid yang dipilih
adalah yang mendapat markah terendah dalam ujian saringan tersebut.
TINDAKAN
Kaedah Read It! CUViTS It! Talk It! (RCT) merupakan satu kaedah yang telah
direka oleh saya untuk membantu murid menyelesaikan masalah matematik berayat dengan
cara bertulis dan juga melalui komunikasi. Kaedah ini dipersembahkan di dalam bentuk nota
panduan. Murid akan diberikan nota panduan setiap kali menjawab soalan penyelesaian
masalah. Murid akan membuat jalan penyelesaian mengikut langkah yang telah disenaraikan
dalam nota panduan RCT. Saya memfokuskan kepada penyelesaian masalah yang
melibatkan topik penambahan dan penolakan untuk murid Tahun 4. Terdapat tiga fasa
utama dalam kaedah ini.
Fasa yang pertama ialah Fasa Read It!. Read It! bermaksud baca ia!. Pada fasa ini,
murid akan diberi satu soalan penyelesaian masalah matematik berayat. Saya memilih untuk
menggunakan kemahiran membaca dalam kaedah saya kerana saya mahu murid betul-betul
2

memahami kehendak soalan sebelum masuk ke fasa seterusnya. Menurut Atan Long(1987),
membaca melibatkan kebolehan mengenal lambanglambang itu semula kepada bunyi
bahasa dan memahami makna atau tanggapan yang disampaikan oleh tulisan itu.
Fasa yang kedua adalah CUViTS It!. Di dalam fasa ini, murid diperkenalkan dengan
lima langkah untuk menyelesaikan soalan masalah matematik berayat iaitu CUViTS.
Langkah yang pertama adalah C iaitu Circle (Bulatkan). Murid akan membulatkan
maklumat-maklumat yang dirasakan penting yang terlibat di dalam masalah berayat yang
diberi. Langkah yang kedua adalah U iaitu Underlined (Gariskan). Pada langkah ini, murid
akan menggariskan kehendak soalan.
Seterusnya, langkah yang ketiga adalah Vi iaitu Visualisation (Visualisasi). Semasa
langkah ini, murid akan menggambarkan maklumat-maklumat yang telah dibulatkan ke
dalam bentuk visual, seperti jadual, carta pai, lukisan dan sebagainya mengikut kesesuaian
soalan. Rasional saya memilih langkah ini adalah kerana dengan menggunakan visual,
maklumat-maklumat akan disusun dengan lebih teratur sekaligus meminimakan
kemungkinan berlaku kesilapan dalam penyelesaian. Kanak-kanak juga didapati dapat
menyelesaikan masalah berayat dengan lebih baik apabila menggunakan rajah (Yancey,V. et
al,1989; Driscoll, 1979; Riedesel 1969). Pada langkah ini juga, murid akan menentukan
operasi yang akan digunakan bagi menyelesaikan soalan ini.
Langkah yang keempat adalah T iaitu Transform (Mengubah). Dalam langkah ini,
murid akan mengubah maklumat ke dalam bentuk lazim. Langkah yang terakhir adalah S
iaitu Solve (Selesaikan). Murid akan menunjukkan jalan penyelesaian kepada masalah
berayat pada langkah ini.
Setelah murid menyelesaikan masalah tersebut, maka murid akan masuk pada fasa
yang ketiga iaitu Talk It!. Fasa Talk It! juga boleh dilaksanakan semasa murid menyelesaikan
masalah berayat. Pada fasa ini, murid akan diminta menceritakan langkah penyelesaian
secara lisan secara satu persatu. Tujuannya adalah untuk memperkukuhkan lagi kefahaman
murid. Pada fasa ini, akan berlaku soal jawab bersama guru untuk memastikan murid-murid
benar-benar memahami jalan penyelesaian. Bersesuaian dengan pendapat Ismail Zain
(2001), prestasi yang ditunjukkan melalui kemahiran berkomunikasi dapat membuktikan
aras pemikiran, keyakinan diri, serta aras komitmen dapat dinilai dengan lebih tepat. Jadual 1
menunjukkan penerangan beserta contoh penggunaan kaedah RCT.
Jadual 1
Penerangan kaedah RCT berserta contoh.
Langkah
Read It!
(Baca ia!)

Penerangan
Baca
soalan
dengan teliti, dan
cuba
fahami
soalan.

CUViTS It!
(CUViTS Ia!)

Gunakan
lima
langkah CUViTS.

Contoh

Circle
Bulat

Bulatkan
maklumat
penting.

yang

-168 orang budak


lelaki
-245 orang murid
perempuan
-25 orang sakit
Underline
Garis

Gariskan
kehendak soalan.
-Berapakah
jumlah
muridmurid di sekolah?

Visualisation
Gambarkan

Gambarkan
maklumat
mengikut
kreativiti.

Transform
Mengubah

Ubah maklumat
menjadi bentuk
lazim.

Solve
Selesai

Selesaikan soalan.

Ceritakan kepada
Talk It!
rakan
jalan
Ceritakan ia!
*boleh
juga penyelesaian.
dilaksanakan
semasa
menyelesaikan
masalah
berayat.

PELAKSANAAN TINDAKAN
Seperti yang dirancang oleh saya, segala tindakan dijalankan mengikut turutan. Sesi
PdP dijalankan sekali seminggu. Setiap perjumpaan mengambil masa 60 minit. Pada 15
minit yang pertama, saya akan memberi penerangan mengenai penggunaan kaedah RCT.
Seterusnya, murid akan diberi masa selama 35 minit untuk membuat lembaran kerja. Akhir
sekali, murid menulis jurnal tentang apa yang mereka lalui dalam PdP hari tersebut. Proses
pengajaran setiap minggu adalah sama. Jadual 2 menunjukkan turutan aktiviti yang
dilaksanakan setiap minggu.
Jadual 2
Turutan aktiviti yang dilaksanakan setiap minggu.
AKTIVITI

AKTIVITI YANG DILAKSANAKAN

MASA

Penerangan/pengulangan penggunaan kaedah 15 minit


RCT, menunjukkan contoh penggunaan kaedah
RCT

Lembaran kerja mingguan

35 minit

Penulisan jurnal mingguan

10 minit

KAEDAH MENGUMPUL DATA


Ujian pra dan ujian pasca
Ujian pra bertujuan untuk mendapatkan data untuk mengetahui tahap kemahiran murid
dalam kemahiran penyelesaian masalah berayat. Manakala ujian pasca pula bertujuan untuk
melihat hasil tahap prestasi murid dalam kemahiran penyelesaian masalah berayat sama ada
meningkat ataupun tidak selepas menjalani intevensi. Jumlah bilangan soalan adalah
sebanyak 10 soalan melibatkan topik penambahan dan penolakan bagi setiap ujian. Setiap
ujian ditadbirkan selama 60 minit.
Lembaran kerja
Kaedah pengutipan data yang kedua adalah melalui lembaran kerja. Lembaran kerja
yang diberikan melibatkan topik penambahan dan penolakan tahun 4. Jalan penyelesaian
yang baik mengikut lima langkah CUViTS dan jawapan yang betul merupakan aspek yang
akan dinilai menerusi latihan ini. Terdapat empat soalan dalam setiap lembaran kerja.
Lembaran kerja ditadbirkan seminggu sekali dalam masa 35minit semasa sesi pengajaran.
Temu bual
5

Temu bual digunakan untuk mengetahui sejauh manakah kaedah RCT dapat menarik
minat murid terhadap matematik. Informan bagi temu bual terdiri daripada murid. Soalan
yang digunakan adalah separa berstruktur. Bilangan soalan adalah tidak terhad. Temu bual
dilaksanakan setiap kali selepas sesi intervensi.
Soal selidik
Soal selidik merupakan satu daripada cara yang paling mudah untuk memperoleh data
yang diperlukan bagi membolehkan saya mengetahui sejauh mana kaedah RCT dapat
menarik minat mereka untuk belajar matematik. Bentuk soalan dalam soal selidik ini adalah
menggunakan soalan tertutup iaitu menggunakan dua pilihan Ya/Tidak. Soal selidik
ditadbirkan sebelum dan selepas intervensi.
Pemerhatian
Pemerhatian digunakan untuk mengamati tingkah laku murid sama ada mereka
berminat atau tidak terhadap matematik setelah mempelajari kaedah RCT. Selain itu,
pemerhatian juga dilakukan untuk melihat cara murid menyelesaikan masalah berayat
dengan menggunakan kaedah RCT. Pemerhatian digunakan secara tidak berstruktur.
Pemerhatian dilaksanakan oleh saya dan dilaksanakan pada setiap kali sesi pengajaran dan
pembelajaran. Hasil pemerhatian dicatatkan di atas borang nota pemerhatian.
Jurnal
Menerusi kaedah ini, saya akan dapat mengetahui sejauhmana kaedah RCT dapat
menarik minat mereka untuk belajar Matematik. Jurnal yang disediakan mempunyai soalansoalan yang dapat membimbing murid untuk menulis jurnal mereka. Murid akan menulis
perasaan selepas setiap sesi dijalankan. Murid diberi masa selama 10 minit untuk menulis
jurnal.
ANALISIS DATA
Ujian pra dan ujian pasca
Bagi kaedah ujian pra dan ujian pasca, data dianalisis dengan menggunakan dua kaedah
iaitu secara kuantitatif dan kualitatif. Data kuantitatif dikutip melalui peratusan jawapan
yang betul. Jadual dan graf digunakan untuk mempersembahkan data yang diperoleh.
Manakala data kualitatif dapat dilihat melalui perbezaan jawapan murid semasa ujian pra dan
ujian pasca.
Lembaran kerja
Bagi data yang diperoleh daripada lembaran kerja mingguan, markah murid dianalisis
dengan melakukan pengiraan min mengikut minggu. Perbandingan min markah bagi setiap
minggu dilakukan untuk melihat sama ada berlakunya peningkatan ataupun penurunan dari
segi penguasaan murid terhadap topik penyelesaian masalah. Data juga dianalisis secara
kualitatif iaitu melalui langkah penyelesaian yang ditunjukkan oleh murid.

Soal selidik
Bagi kaedah soal selidik, saya menganalisis data berdasarkan skala. Soal selidik ini
mempunyai dua pilihan iaitu Ya atau Tidak, Saya mengira secara gundalan bilangan murid
yang menanda Ya atau Tidak. Seterusnya, saya kirakan kekerapan yang ditunjukkan dalam
kotak-kotak itu dalam bentuk peratusan (%). Akhir sekali, saya mengira min kesemua item
untuk menentukan sejauh manakah kaedah ini dapat meningkatkan minat murid terhadap
matematik.
Pemerhatian, temu bual, jurnal
Bagi ketiga-tiga kaedah ini, saya saya menggunakan kaedah pengekodan untuk
membuat analisis. Pertama sekali, saya baca keseluruhan data bagi mendapatkan gambaran
yang menyeluruh tentang apa yang dinyatakan oleh responden. Seterusnya, saya baca sekali
6

lagi dan kemudian gariskan maklumat penting yang terdapat dalam catatan itu. Saya
membaca catatan tersebut sekali lagi tetapi kali ini berikan tumpuan kepada aspek-aspek
yang digariskan seperti bentuk tema yang bersesuian berdasarkan aspek-aspek yang
digariskan itu. Kemudian, saya menyemak semula tema-tema yang dibuat dan jika perlu
gabungkan beberapa tema yang mempunyai maksud yang sama agar menjadi beberapa
kategori tertentu, dan akhir sekali saya menggabung tema dan kategori yang terdapat dan
membuat kesimpulan.
DAPATAN KAJIAN
Penguasaan murid dalam topik penyelesaian masalah
Hasil dapatan menunjukkan berlakunya peningkatan markah bagi setiap murid
daripada ujian pra kepada ujian pasca. Perbezaan markah min meningkat sebanyak 39%. Ini
menunjukkan berlakunya peningkatan kemahiran menyelesai masalah berayat dalam
kalangan murid. Jadual 3 menunjukkan perbandingan tahap pencapaian murid bagi ujian pra
dan ujian pasca.
Jadual 3
Perbandingan Tahap Pencapaian Murid Bagi Ujian Pra dan Ujian Pasca.
Nama
Ujian pra
Ujian pasca
Perbezaan
(%)
(%)
(%)
Afnan
Aiman
Fareez
Wardah
Husaini
Putri
Ruzaimi
Min (%)

60
60
50
40
30
30
20
41

80
90
80
80
80
70
80
80

20
30
30
40
50
40
60
39

Selain daripada itu, ujian pra dan ujian pasca juga dianalisis secara kualitatif. Rajah 1
menunjukkan perbezaan jawapan ujian pra dan ujian pasca bagi Aiman.
Ujian pra

Ujian pasca

Rajah 1: Perbezaan jawapan ujian pra dan ujian pasca bagi Aiman.
Seperti yang kita lihat di dalam rajah 1, sewaktu ujian pra, terdapat kecuaian dalam
pengiraan Aiman. Berbeza dengan ujian pasca, jawapan yang diberikan oleh Aiman lebih
7

teratur. Maklumat juga disalin dengan betul dan kemas. Langkah kaedah RCT yang diikuti
Aiman menjadikan jalan pengiraannya lebih teratur sekaligus mengelakkan berlakunya
kecuaian. Rajah 2 menunjukkan perbezaan jawapan ujian pra dan ujian pasca bagi Husaini.
Ujian pra

Ujian pasca

Rajah 2: Perbezaan jawapan ujian pra dan ujian pasca bagi Husaini.
Dalam rajah 2, kesilapan yang dilakukan oleh Husaini sewaktu menjawab ujian pra
adalah dia tertinggal satu maklumat penting. Dia tidak menambah ketiga-tiga nombor yang
terdapat di dalam soalan. Namun begitu, Husaini telah berjaya menebus kesilapannya.
Maklumat-maklumat yang penting dibulatkan terlebih dahulu, serta digambarkan dalam
bentuk lukisan bagi mengelakkan berlakunya kecuaian. Husaini berjaya menyelesaikan
masalah berayat matematik dengan menggunakan kaedah RCT.
Selain itu, saya juga menganalisis lembaran kerja untuk mengetahui adakah kaedah
RCT dapat membantu murid menyelesaikan masalah berayat. Jadual 4 menunjukkan
perbandingan markah latihan mingguan.
Jadual 4
Perbandingan markah latihan mingguan
Nama
Minggu 1
Minggu 2
Markah (%)
Markah (%)
50
75
Afnan
50
75
Aiman
75
75
Fareez
100
100
Wardah
75
75
Husaini
75
100
Putri
25
50
Ruzaimi
64.28
78.57
Min

Minggu 3
Markah (%)
75
75
100
100
100
100
75
89.29

Minggu 4
Markah (%)
100
100
100
100
100
100
100
100

Jadual 6 menunjukkan perbandingan markah lembaran kerja selama empat minggu.


Saya mendapati bahawa semua murid menunjukkan peningkatan markah. Pada minggu
pertama, markah murid masih lagi berada dalam fasa lemah. Masih terdapat seorang murid
mendapat markah bawah 50% iaitu Ruzaimi. Afnan dan Fareez mendapat 50%. Husaini dan
Putri pula mendapat 75%. Hanya seorang murid berjaya mendapat 100% dalam lembaran
kerja yang diberi iaitu Wardah.
8

Pada minggu kedua, murid-murid mula menunjukkan peningkatan, tetapi masih lagi
berada pada tahap sederhana. Tiada murid mendapat markah bawah 50%. Ruzaimi mencatat
markah terendah iaitu 50%. Manakala, Afnan, Fareez, Aiman, dan Husaini mendapat markah
75%. Pada minggu ini, terdapat dua orang murid mendapat markah 100% iaitu Putri dan
Wardah.
Pada minggu ketiga, peningkatan markah masih lagi berlaku. Ruzaimi menunjukkan
prestasi yang baik. Dia mendapat 75% markah, manakala Aiman dan Afnan mengekalkan
markah seperti minggu lepas iaitu 75%. Seramai empat orang mendapat 100% markah pada
minggu ini. Pada minggu keempat, semua murid menunjukkan prestasi yang sangat
cemerlang. Buat pertama kalinya, ketujuh-tujuh mereka mendapat 100% dalam lembaran
kerja.
Hasil analisis markah, saya mendapati bahawa Ruzaimi menunjukkan peningkatan
yang paling memberangsangkan. Setiap minggu, markahnya akan meningkat. Ini
menunjukkan bahawa dia sentiasa belajar dan memperbaik pulih kemahiran menyelesaikan
masalahnya. Wardah pula berjaya mengekalkan prestasinya yang cemerlang setiap minggu.
Murid-murid lain juga menunjukkan peningkatan markah dari minggu ke minggu. Min
keseluruhan juga meningkat dari minggu ke minggu. Hasil kerja murid turut dianalisis untuk
melihat perubahan. Jadual 5 menunjukkan analisis hasil kerja murid.
Jadual 5
Analisis hasil kerja murid
Minggu
1

Hasil kerja

Catatan
C-Tidak
membulatkan
maklumat penting.
U-Kehendak soalan digaris.
Vi-Gambaran tidak mengikut
maklumat yang dikehendaki.
T-Tidak semua maklumat
ditukar ke dalam bentuk
lazim.
S-Jawapan akhir salah.

C-Semua
maklumat
dibulatkan.
U-Kehendak soalan digaris.
Vi-Gambaran tepat mengikut
maklumat.
T-Berlaku kecuaian semasa
proses pengiraan.
S-Jawapan akhir salah.

C-Maklumat
penting
dibulatkan.
U-Kehendak soalan digaris.
Vi-Gambaran tepat.
T-Maklumat
dipindahkan
dalam bentuk lazim dengan
betul.
S-Jawapan akhir tepat

C-Maklumat
penting
dibulatkan.
U-Kehendak soalan digaris.
Vi-Gambaran tepat.
T-Maklumat
dipindahkan
dalam bentuk lazim dengan
betul.
S-Jawapan akhir tepat

Saya menilai langkah penyelesaian murid dengan menggunakan lima langkah


CUViTS. Pada minggu pertama, terdapat banyak kesilapan yang dilakukan oleh Ruzaimi.
Dia tidak mengikut lima langkah CUViTS dengan baik. Pada minggu dua, terdapat sedikit
perubahan cara menjawab masalah berayat Ruzaimi. Dia mengikut kelima-lima langkah
CUViTS dengan baik, namun berlaku sedikit kecuaian dalam proses pengiraan semasa di
langkah T mengakibatkan jawapannya salah.Pada minggu ketiga dan keempat, Ruzaimi
menunjukkan peningkatan. Dia telah mengikut kelima-kelima langkah CUViTS dengan baik.
Malahan dia mendapat jawapan dengan betul. Jalan pengiraannya semakin teratur dan
kemas. Mutu lukisan Ruzaimi juga semakin baik.
Di samping itu, saya juga ada membuat pemerhatian mengenai teknik murid
menyelesaikan masalah. Saya mendapati bahawa kaedah RCT dapat membantu murid
menyelesaikan masalah dengan lebih teratur. Murid mengikut lima langkah CUViTS dengan
baik, dan memperoleh jawapan yang betul. Rajah 3 menunjukkan jalan penyelesaian dengan
menggunakan kaedah RCT.

Rajah 3: Hasil kerja murid menggunakan kaedah RCT


Murid juga menjadi lebih yakin untuk menceritakan kepada kawan-kawan mengenai
jalan penyelesaian mereka. Rajah 4 menunjukkan transkrip pembentangan fasa Talk It! oleh
Afnan.
Mula-mula saya baca soalan. Kemudian, saya menggunakan lima langkah
CUViTS. Lepastu saya bulatkan benda yang penting. (Sambil
menunjukkan maklumat yang dibulat). Kemudian, saya garis.. garis
kehen... kehendak soalan. Kemudian, saya lukis gambar ikan. Saya
membuat bentuk lazim. Saya membuat soalan tersebut. Kemudian, saya
menceritakan kepada kawan-kawan.
Rajah 4: Transkrip pembentangan fasa Talk It! oleh Afnan.

10

Berdasarkan analisis ketiga-tiga data tersebut, saya dapat rumuskan bahawa kaedah
RCT dapat membantu murid menyelesaikan malah berayat matematik. Malahan, murid juga
menjadi semakin yakin untuk berkomunikasi dengan menggunakan bahasa matematik.
Aspek minat murid terhadap matematik
Sesi temu bual dilaksanakan selepas kaedah RCT diperkenalkan kepada murid-murid.
Temu bual ini berfokus kepada minat murid terhadap matematik selepas mempelajari kaedah
tersebut. Saya mendapati murid lebih bersemangat untuk belajar matematik. Malahan, murid
juga meminta saya memberi latihan yang banyak untuk disiapkan. Rajah 5 menunjukkan
transkrip perbualan bersama Fareez.
Guru
Fareez
Guru
Fareez

: Macam mana kelas matematik sekarang?


: Seronok, saya rasa semangat nak belajar matematik.
: Sebab apa tu?
: Sebab sekarang saya boleh jawab soalan ayat-ayat guna RCT. Cikgu
bagilah latihan banyak-banyak. Saya nak jawab guna kipas RCT.
Rajah 5: Transkrip temu bual bersama Fareez.

Saya juga mendapati murid-murid gemar hadir ke kelas matematik. Malahan, seorang
murid telah meminta saya mengadakan kelas matematik kerana seronok mempelajari kaedah
baru. Rajah 6 menunjukkan transkrip perbualan antara saya dengan Wardah.
Wardah
Guru
Wardah

: Cikgu, buatlah kelas matematik lagi. Seronok.


: Eh, kenapa?
: Sebab saya suka matematik, matematik senang. Kaedah RCT
ajar buat matematik jadi senang.
Rajah 6: Transkrip temu bual bersama Wardah.

Saya juga menjalankan soal selidik bagi mengetahui sejauh manakah kaedah RCT dapat
meningkatkan minat murid terhadap matematik. Jadual 6 menunjukkan keputusan soal
selidik murid sebelum dan selepas intervensi.
Jadual 6
Dapatan soal selidik terhadap item-item yang menunjukkan minat murid-murid.
Bil
1
3
4
5
6

Perkara
Saya meminati matapelajaran
Matematik
Saya rasa seronok untuk belajar
matematik.
Kaedah baru meningkatkan minat
saya untuk belajar matematik
Saya sentiasa membuat latihan
matematik
Saya akan hadir jika guru
mengadakan kelas matematik.

Sebelum
Ya
Tidak
3
4
(43%)
(57%)
3
4
(43%)
(57%)
3
4
(43%)
(57%)
7
(100%)
2
5
(29%)
(71%)
31.6%
68.4%

11

Selepas
Ya
Tidak
7
(100%)
7
(100%)
7
(100%)
7
(100%)
7
(100%)
100%
-

Berdasarkan soal selidik yang dijalankan, saya mendapati sebelum menjalani


intervensi, seramai tiga orang murid (43%) menyatakan bahawa mereka meminati
matematik, tetapi setelah menjalani intervensi, ketujuh-tujuh orang murid (100%)
mengatakan bahawa mereka meminati matematik. Selain itu, kesemua mereka (tujuh orang
murid, 100%) bersetuju bahawa mereka seronok belajar matematik setelah mempelajari
kaedah RCT. Malahan, kesemua mereka (tujuh orang murid, 100%) bersetuju bahawa
kaedah baru lebih meningkatkan minat mereka untuk belajar matematik berbanding tiga
orang murid (43%) pada awal kajian.
Sebelum melaksanakan intervensi, hasil dapatan menunjukkan bahawa tiada murid
sentiasa membuat latihan matematik, kesemua murid (100%) bersetuju mereka sentiasa
membuat latihan matematik. Ketujuh-tujuh murid (100%) juga menyatakan kesanggupan
untuk menghadiri kelas matematik setelah menjalani intervensi berbanding hanya dua orang
murid (29%) sebelum menjalani intervensi. Secara kuantitatif, minat murid terhadap
matematik telah meningkat sebanyak 68.4%.
Saya juga menganalisis jurnal dan pemerhatian untuk melihat sejauh manakah kaedah
RCT dapat menarik minat murid terhadap matematik. Berdasarkan pemerhatian saya, saya
mendapati bahawa murid-murid saya lebih bersemangat untuk belajar dalam kelas
matematik. Mereka sering melibatkan diri dalam aktiviti yang dijalankan di dalam kelas,
seperti contoh membentangkan jalan penyelesaian di hadapan kelas. Rajah 7 dan 8
menunjukkan nota pemerhatian yang telah dicatat oleh saya.
Husaini dan Fareez berebut-rebut untuk membentangkan hasil kerja masingmasing.
NP 2 16 Julai 2014
Rajah 7: Nota pemerhatian 2.
Terdapat perubahan dalam cara pembentangan Afnan, dia kelihatan lebih
yakin.
NP 2 16 Julai 2014
Rajah 8: Nota pemerhatian 2.
Selain daripada itu, murid-murid juga gemar membuat latihan matematik semasa di
dalam kelas. Malahan mereka berlumba-lumba dengan rakan-rakan untuk menyiapkan
latihan yang diberikan. Rajah 9 menunjukkan nota pemerhatian yang dicatat oleh saya.
Aiman dan Husaini berlumba-lumba untuk menyiapkan soalan yang
diberikan. Afnan yang sudah siap membantu rakannya menjawab soalan.
NP 3 23 Julai 2014
Rajah 9: Nota pemerhatian 3.
Semasa menjalani intervensi, saya mendapati bahawa telah berlaku satu perubahan
yang positif kepada murid-murid. Mereka menjadi teruja untuk hadir ke kelas matematik
kerana suka pada kaedah RCT. Mereka dapat menjawab semua soalan dengan betul
sekaligus menyebabkan mereka mula meminati matematik. Rajah 10 dan 11 menunjukkan
nota pemerhatian yang dicatat oleh saya.
Apabila waktu sudah tamat, saya meminta mereka bersurai. Namun mereka
merayu kepada saya untuk melanjutkan kelas kerana mereka rasa seronok
untuk belajar.
NP 3 23 Julai 2014
Rajah 10: Nota pemerhatian 3.
12

Setelah selesai kelas, seorang murid menghampiri saya dan bertanya bilakah
kelas yang seterusnya akan dijalankan dengan nada yang gembira. Dia
kelihatan tidak sabar untuk menghadiri kelas seterusnya.
NP 1 9 Julai 2014
Rajah 11: Nota pemerhatian 1.
Catatan jurnal murid juga menunjukkan berlakunya perubahan yang positif terhadap
minat murid dalam matematik. Murid menjadi lebih bersemangat untuk belajar, dan celik
matematik. Rajah 12 menunjukkan catatan jurnal Wardah.
Saya suka kaedah ini kerana senang, boleh melukis, boleh membaca, boleh bulat
nombor, saya jadi suka kepada matematik. Saya sangka matematik hanyalah
mengira sahaja.
Jurnal (Wardah minggu ke-4)
Rajah 12: Catatan jurnal Wardah minggu keempat
Catatan Putri dalam rajah 13 pula menunjukkan bahawa dia menganggap matematik
senang. Hal ini ekoran kaedah RCT yang telah dipelajari sedikit sebanyak mengubah
persepsi Putri terhadap matematik.
Saya berasa sangat gembira sebab matematik senang untuk saya. Cikgu
Zulaikha ajar kaedah yang mudah.
Jurnal (Putri Minggu ke-4)
Rajah 13: Catatan jurnal Putri minggu keempat
Berdasarkan analisis data tersebut, saya dapat rumuskan bahawa kaedah RCT dapat
membantu murid meningkatkan minat terhadap matematik. Murid-murid lebih bersemangat
untuk belajar dalam kelas matematik. Sifat ingin tahu mereka terserlah. Oleh itu, rumusan
yang boleh disimpulkan adalah, terdapat tiga aspek utama yang menunjukkan mereka minat
terhadap matematik iaitu a) murid lebih bersemangat untuk belajar dalam kelas matematik,
b) murid suka membuat latihan matematik, dan c) murid gemar hadir ke kelas matematik.
RUMUSAN DAPATAN
Berdasarkan hasil analisis dan interpretasi data, saya dapat rumuskan bahawa kaedah
RCT telah berjaya membantu murid menyelesaikan masalah matematik berayat. Saya telah
menggunakan tiga kaedah pengutipan data iaitu ujian pra dan ujian pasca, lembaran kerja,
dan pemerhatian. Berdasarkan hasil dapatan ujian pra dan ujian pasca, terdapat peningkatan
markah murid sebelum dan selepas menjalani intervensi. Lembaran kerja juga turut
dianalisis secara kuantitatif dan kualitatif. Markah murid meningkat dalam setiap lembaran
kerja minggu ke minggu. Kualiti jalan penyelesaian juga semakin baik dari minggu ke
minggu.
Selain daripada itu, kaedah RCT juga telah menjadikan murid lebih berkeyakinan
untuk menjawab soalan penyelesaian masalah di samping membantu murid menyelesaikan
masalah berayat dengan lebih teratur dan kemas. Murid-murid juga menjadi lebih yakin
untuk berkomunikasi dengan menggunakan bahasa matematik selepas mempelajari kaedah
RCT.
Kajian tindakan ini juga dapat menjawab soalan saya yang kedua iaitu adakah
kaedah RCT dapat menarik minat murid terhadap matematik. Saya telah menggunakan
empat kaedah untuk mengutip data bagi menjawab soalan ini. Apa yang dapat saya
simpulkan adalah kaedah RCT telah dapat menarik minat murid terhadap matematik. Tiga
13

aspek utama yang dapat saya lihat yang menunjukkan bahawa minat murid meningkat
terhadap matematik adalah a) murid lebih bersemangat untuk belajar dalam kelas matematik,
b) murid suka membuat latihan matematik, dan c) murid gemar hadir ke kelas matematik.
CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA
Saya mendapati bahawa kaedah RCT berjaya membantu murid menyelesaikan masalah
berayat matematik. Namun begitu, satu kelemahan yang dapat dikenal pasti adalah terdapat
satu langkah dalam kaedah RCT yang menjadikan murid mengambil masa yang lama untuk
menyelesaikan masalah berayat. Langkah tersebut adalah langkah Vi iaitu Visualisasi.
Mereka lebih menumpukan terhadap mutu lukisan mereka berbanding mahu menyelesaikan
masalah.
Saya mencadangkan untuk menerapkan penggunaan kaedah Think Aloud untuk
menggantikan langkah Visualisasi. Menurut Whimbey (1999), Think Aloud adalah strategi di
mana murid melafazkan dengan kuat pemikiran, keputusan, analisis, dan kesimpulan semasa
menyelesaikan masalah berayat. Beers (2003) pula mengatakan bahawa Think Aloud dapat
membantu murid berfikir apa yang dikehendaki oleh soalan.
Penggunaan langkah Think Aloud dapat menjimatkan masa. Malahan, ianya juga dapat
melatih minda murid untuk berfikir dan mencipta strategi baru untuk menyelesaikan
masalah di samping masih lagi dapat meningkatkan kemahiran komunikasi dalam matematik
murid. Penggunaan kaedah Think Aloud sudah menjadi perkara biasa di luar negara. Jadi,
saya ingin memperkenalkan kaedah ini terhadap murid di Malaysia untuk melihat
keberkesanan kaedah ini.
Kaedah RCT tiga fasa masih lagi dikekalkan, cuma sewaktu fasa CUViTS, langkah yang
ketiga, iaitu visualisasi, saya akan menukar langkah itu dengan mengunakan kaedah Think
Aloud. Murid tidak perlu melukis gambar lagi. Mereka hanya perlu membayangkan di dalam
minda dan memikirkan strategi yang boleh digunakan untuk menyelesaikan masalah berayat.
Selain itu, satu kelemahan lagi yang telah saya kesan adalah terdapat kemungkinan
murid lupa tentang setiap langkah yang perlu di ambil untuk menyelesaikan masalah berayat,
kerana sebelum ini, mereka sentiasa merujuk pada nota panduan.
Sebagai cadangan kajian seterusnya, saya bercadang untuk membina kata kunci yang
melibatkan kaedah RCT. Murid akan dapat menghafal kata kunci bagi setiap langkah tanpa
perlu merujuk nota panduan. Penggunaan kata kunci atau nama sebenarnya adalah teknik
mnemonik sangat popular dalam dunia pendidikan. Antara kelebihan teknik ini adalah dapat
membantu mengingati faktafakta yang banyak dan rumit serta meningkatkan input ingatan,
mengurangkan tekanan minda dan membantu meluaskan skop ingatan dalam kadar yang
maksima. Jadual 7 menunjukkan contoh penggunaan teknik mnemonik dalam langkah RCT
dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.
Jadual 7
Contoh penggunaan teknik mnemonik dalam langkah RCT dalam bahasa Melayu dan
bahasa Inggeris.
Kaedah
Kata kunci
Kaedah
Kata kunci
Baca
Bakri
Read
Ryan
Bulat
Buncit
Circle
Can
Garis
Ganti
Underline
Use
Gambar
Gambar
Visualisation
Van
Tukar
Tuah
Transform
Trumph
Selesai
Sebar
Solve
See
Cerita
Cerita
Talk
Triumph

14

REFLEKSI AKHIR
Kekuatan yang pertama adalah saya telah berjaya melatih pemikiran saya untuk menjadi
lebih kritis dan kreatif. Sebelum ini, saya sentiasa merasakan bahawa saya bukanlah seorang
yang kreatif. Apabila melihat senior-senior membentangkan kajian tindakan mereka, saya
berasa sangat kagum. Saya tertanya-tanya bagaimana mereka memperoleh idea yang
sedemikian untuk menghasilkan pelbagai kaedah menarik bagi membantu murid. Saya tidak
pernah menjangka bahawa saya juga akan menghasilkan kaedah yang menarik setanding
dengan mereka. Kajian tindakan ini telah menolak saya keluar dari zon selesa saya dan
memikirkan idea-idea yang kritis dan kreatif untuk mempelbagaikan kaedah pengajaran.
Hasilnya, wujudlah kaedah RCT.
Kekuatan yang kedua adalah saya telah berjaya membaiki mutu pengajaran saya. Semasa
praktikum, masalah utama yang saya sentiasa alami adalah tidak tahu cara untuk mengajar
murid menyelesaikan masalah berayat. Saya telah mendapat satu idea untuk membina
kaedah yang mana murid akan nampak dengan jelas apa yang sedang mereka lakukan.
Langkah-langkah yang terdapat dalam kaedah RCT telah membantu murid untuk melihat
soalan penyelesaian masalah dengan pandangan baru. Minda mereka tidak lagi terkongkong
hanya dengan bergantung kepada model polya semata-mata. Kini, mereka mempunyai
variasi kaedah untuk dicuba semasa menyelesaikan masalah berayat. Saya juga tidak
mengalami masalah lagi untuk mengajar menyelesaikan masalah berayat kepada muridmurid.
Kesimpulannya, terdapat banyak kekuatan dan kelemahan yang dapat dikesan hasil
daripada melaksanakan tugasan ini. Kekuatan-kekuatan yang diperolehi akan saya
perkukuhkan lagi supaya menjadi lebih mantap, manakala kelemahan-kelemahan yang telah
disedari akan saya jadikan sempadan dan membuat penambahbaikan supaya teknik
pengajaran saya menjadi lebih baik sekaligus melunaskan impian saya dalam menjadi guru
yang cemerlang.
SENARAI RUJUKAN
Atan Long. (1978). Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.
Beers, Kylene, (2003). When Kids Cant Read, What Teachers Can Do, A Guide for
Teachers 6-12. Portsmouth, NH.: Heinemann.
Chamot, A. U., & O'Malley, J. M. (1994). Kids come in all languages: Reading instruction
for ESL students. Newark, DE: International Reading Association.
Cummins. D., Kintsch. D., Reusser. K and Weimer. R. (1988). The role of understanding in
solving word problems. Cognitive Psychology, 20, 439-462.
Dr.Ismail Zain. (2001) Kemahiran interpersonal di kalangan pelajar. Utusan Malaysia, 10-11
Mohammad Seifil., Majid Haghverdi and Fatemeh Azizmohamadi. (2012). Recognition of
Students Difficulties in Solving Mathematical Word Problems from the Viewpoint of
Teachers. Word Problem Difficulties, 2923-2926.
Weber. M. G. (1966). The demon of arithmetic reading word problems. Reading on reading
instruction, 314-318.
Whimbey, Arthur & Lochhead, Jack (1999). Problem Solving and Comprehension.
Mahwah, NJ: Lawrence Erlbaum Associates, Publishers.
Yancey, Anna V et al.(1989)"Children Must Learn to Draw Diagrams." Arithmetic Teacher
36(7), 15-19.

15

Anda mungkin juga menyukai