Anda di halaman 1dari 9

1.

Pengenalan

Kertas kerja ini bertujuan untuk membincangkan tentang tahap stres di kalangan peserta.
Antara perkara yang dibincangkan ialah definisi stres, punca stres, simtom stres dan cara
menanganinya.

2.0

Apa itu Stres?

Menurut Anthony Yeo (1993), stres adalah satu bentuk tekanan yang boleh membawa
kesan kepada kehidupan seseorang secara negatif atau positif.

Stres boleh dianggap

positif sekiranya ia dilihat sebagai cabaran yang boleh meningkatkan potensi diri dan
produktiviti.

Stres menurut Riggo (1990), is the physiological, emotional and psychological reactions
to threatening events.

Penerangan mengenai definisi konsep yang digunakan adalah

seperti berikut;
i. Physiological reactions;
Increase heart and respiratory rate, blood pressure and sweating.
ii. Survival functions;
flight or fight syndrome.
iii. Emotional reaction;
feeling of anxiety, fear, frustrations and despair.
iv. Stressor;
Stimulus dalaman atau luaran membawa kepada stres.
v. Distressors;
Stres yang merosakkan atau memberi kesan negatif.
vi. Eustressors;
Stres yang positif membawa kebaikan (cth. cabaran)
3.0

Ciri-ciri Tugas Yang Menyebabkan Stres


i. Beban tugas (tekanan masa, terlalu banyak kerja)
ii. Terkurang gunapakai pengetahuan, kemahiran, kemampuan atau tenaga
iii. Tugas kerja yang merbahaya
iv. Tanggungjawab pada kesihatan orang lain
v. Keadaan tempat kerja yang tidak selesa
vi. Tugas kerja yang kompleks
vii. Konflik interpersonal
viii. Membuat keputusan
ix. Perubahan organisasi
x. Kurang sokongan daripada penyelia atau rakan sekerja

xi. Kurang kawalan mengenai situasi tugas


xii. Faktor peribadi (tingkahlaku jenis A)
3.1

Punca Stres Secara Umum

Sosial
Perkahwinan
Penceraian
Kematian ahli keluarga

Pinjaman besar
Masalah anak, jiran,
mertua dsb
Kesalahan undang-undang
Permulaan akhwan sekolah
Penyendirian kurang
sokongan sosial

Pekerjaan
Perubahan dalam
tanggungjawab kerja
Kurang latihan
Hubungan lemah dengan
rakan sekerja, bos dan
orang bawahan
Tindakan segera yang tidak
munasabah
Terbeban maklumat

Persekitaran
Kebisingan
Kesesakan
Suhu terlalu sejuk /
panas
Pencahayaan

Kurang maklumat
Kurang ganjaran kewangan
Kurang peluang kerjaya
Diskriminasi
Teknologi baru
Pengambilan alih tugas
Kurang jaminan kerja

Dipetik dari Beverly Byrum Robinson (1995) Stress Management Training For The
Nineties, (A Pfeiffer & Company Library 3 : Resources)

3.2

Punca Stres Di Kalangan Kaunselor

Menurut Faizah Ghani (2000) antara punca stres di kalangan kaunselor sekolah
adalah seperti berikut:i.

Beban tugas

2.25

ii.

Keluarga

2.05

iii.

Tekanan masa

2.19

iv.

Rakan sekerja

1.41

v.

Profession

1.88

vi.

Pihak pengurusan

1.83

Skala yang digunakan oleh Faizah Ghani (2001) ialah 1 Tidak Pernah, 2 Jarang,
3 Kadang-kadang, 4 Agak Kerap dan 5 Selalu.

4.0

Simtom Stres

Simtom stres dibahagikan kepada dua iaitu simtom stres jangka pendek dan simtom stres
yang berpanjangan.

4.1

Simtom Stres Jangka Pendek

Simtom stres jangka pendek adalah seperti berikut:Fizikal

Emosi

Tingkahlaku

Pening

Apati

Kurang penumpuan

Sakit belakang

Aniexti

Makan berlebihan

Sakit kulit

Hilang sabar

Sakit perut

Marah-marah

Dipetik dari Beverly Byrum Robinson (1995) Stress Management Training For The
Nineties, (A Pfeiffer & Company Library 3 : Resources)

4.2

Simtom Stres Jangka Panjang

Simtom stres jangka panjang adalah seperti berikut:Kesihatan

Sosial

Pekerjaan

Ulser

Kepuasan hubungan

Ponteng

menurun
Penyakit jantung

Penamatan

Tukar kerja

perhubungan
Infeksi pernafasan

Tiada sokongan

Kemalangan

Alahan

Penarikan diri

Pengurusan bilangan kerja

Insomnia

Pengurangan kualiti kerja


Kurang keberkesanan
membuat keputusan

5.0

Cara Menangani Stres

Cara menangani stres ialah teknik psikologi,

cara pemakanan,

senaman,

teknik

pernafasan, teknik relaksasi, aromaterapi dan komunikasi. Penerangan bagi setiap cara
adalah seperti berikut:5.1

Cara Bagi Menghadapi Stres Di Tempat Kerja

Antara teknik yang boleh digunakan bagi menghadapi stres ialah seperti berikut;
5.1.1

Teknik Repo

Teknik ini digunakan oleh para kaunselor untuk membina hubungan bagi
mendapatkan kepercayaan pelanggannya. Teknik ini boleh dilakukan oleh
individu dengan semua ahli-ahli yang terdapat dalam setiap jabatan.
Dengan cara ini kenalan atau hubungan jaringan dapat dibina dan

seterusnya memudahkan urusan kerjasama. Stres dapat dikurangkan bila


halangan kerjasama boleh diatasi secara teknik hubungan jaringan atau
repo.
5.1.2

Teknik Bersedia

Bersedialah secara mental bahawa anda boleh dimarahi. Hak untuk marah
adalah hak orang.

Walaupun anda tidak bersalah anda boleh dimarahi.

Berilah pujian pada diri setiap kali anda berjaya berdepan dalam situasi
begini. Beralah bukan bermakna anda lemah.
5.1.3

Teknik Shutdown

Teknik ini boleh digunakan bagi berdepan dengan orang yang sedang
marah.

Persediaan mental perlu dibuat bahawa individu boleh dimarahi.

Beri tumpuan kepada mata orang yang sedang marah dan berdoalah seperti
berikut: Kasihi ya Allah orang ini kerana tidak tahu menyampaikan sesuatu
teguran secara baik.

Ya Tuhan syukur kerana aku tidak sepertinya dan

jauhilah aku dari menjadi sepertinya.


5.1.4

Teknik Reverse

Anda stress bila berdepan dengan pengurus / pentadbir yang cukup killer.
Sekiranya anda melihat yang sifat-sifatnya negatif maka negatiflah jadinya.
Oleh itu lilhatlah bagaimana orang tertentu tidak mengalami masalah dan
berkawan dengannya.

Tanyalah orang-orang ini nescaya anda dapat

jawapan dan dapaty memahami serta menerimanya.


5.1.5

Teknik Orang Signifikan

Anda stress bila teguran yang anda beri tidak berkesan.


signifikan

ialah

satu

teknik

dimana

anda

Teknik orang

kenalpasti orang

paling

berpengaruh atau yang paling rapat dengan orang yang anda ingin tegur.
Gunakan orang signifikan ini untuk menyampaikan mesej anda.
5.1.6

Teknik Kawalan Minda

Teknik ini sesuai bila anda mengalami keletihan akibat terlalu banyak kerja
diberikan atau kekurangan tenaga. Pejamkan mata ditempat yang selesa.
Nyatakan pada diri bila anda berada dalam keadaan relax. Beri tumpuan
pada deruan kipas angina atau air-cond. Relax dalam keadaan ini 10 hingga
15 minit. Nyatakan pada diri bahawa bila anda buka mata anda akan rasa
cukup segar dan bertenaga.

5.1.7

Teknik Meningkatkan Tumpuan

Teknik ini dikemukan oleh Dr. Abdul Hafiz (2000).

Konsep teknik ini

berasaskan kepada sirah Rasulullah S.A.W. Asasnya ialah tiga permianan


yang ditinggalkan kepada umat Islam ialah berenang,

memanah dan

berkuda. Teknik paper ball ini telah dijalankan ke atas pelajar Sekolah
Menengah Islam Hidayah,

Jhor Bahru (n=327) dan pelajar Sekolah

Menengah Islam Johor Jaya (n=470)


5.1.8

Teknik Satu Pertiga

Biasanya orang yang berada dalam keadaan stress akan cenderung makan
banyak. Caranya ialah dengan meletakkan buah-buahan yang keras seperti
jambu batu atau epal hijau dalam simpanan. Tabiat mengunyah ini akan
dapat membantu mengurangkan kalori dan berat badan. Jika dibandingkan
dengan kek, pie atau ais krim. Makanlah satu pertiga untuk makanan, satu
pertiga untuk minuman dan satu pertiga untuk udara.

Berhenti sebelum

kenyang dan makanlah apabila lapar.

5.2

Pemakanan

i. Banyakkan makan makanan yang mengandungi bahan penenang semulajadi


seperti susu, kentang lecek, salad, coklat (mengandungi thebromine bahan
penenang)
ii. Gula - jika diambil berlebihan boleh menyebabkan paras stres tinggi
iii. Aspartune (pemanis tiruan) - menyumbang kepada stress
iv. Caffeine - kurangkan

Walau bagaimanapun keterangan di atas masih memerlukan kajian saintifik untuk


pengesahannya.
5.3

Senaman

Senaman memberi peluang untuk badan menggunakan tenaga nervous. Antara


senaman mudah yang disyorkan ialah:i. Berbasikal
ii. Berjalan
iii. Berdiri
iv. Aerobik
v. Bermain

5.4

Teknik Pernafasan

Dorothy Harris,

Ph. D.

seorang ahli psikologi di Universiti Pennsylvania State

memberi panduan teknik pernafasan yang betul.

Langkah 1
Bayangkan paru-paru dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu bahagian
bawah, pertengahan dan atas. Tutup muka dan bayangkan anda mengisi
bahagian bawah paru-paru anda.

Langkah 2
Bayangkan bahagian pertengahan paru-paru pula diisi.

Langkah 3
Kemudian, bayangkan bahagian terakhir iaitu bahagian atas paru-paru anda
pula diisi dengan udara.

5.5

Teknik Refleksi

Teknik refleksi ini dikemukakan oleh Gardino, Everly & Dasek, 1990 dan Matteson
& Inavancevich 1987.

Relaksasi

mententeramkan

fizikal

dan

psikologikal

persekitaran

dalaman.

Seseorang itu dapat mengelakkan diri dengan bernafas sepenuhnya secara


perlahan-lahan.

Apa yang diperlukan hanyalah sedikit masa dan memberikan

tumpuan pada pernafasan.

Benson (1984) menyatakan bahawa program relaksasi membantu individu secara


pencegahan dan pemulihan jika dilakukan seperti berikut :-

i. Pilih tempat yang sesuai


ii. Tutup mata
iii. Kendurkan otot-otot anda
iv. Sedar dan tumpu kepada pernafasan anda
v. Bersikap pasif bila pelbagai ugutan datang
vi. Ulang dua kali (2x) sehari dalam masa 20 minit

5.6

Teknik Relaksasi

Teknik ini ialah cara mengendurkan otot dari muka ke kaki. Teknik ini baik dari segi
teori tetapi banyak masalah. Ia memerlukan dedikasi dan latihan. Tidak semua
individu mudah masuk dalam keadaan relaksasi dan masa perlulah sesuai dengan
waktu anda.
5.7

Aromaterapi

Gunalah bahan bauan yang serasi dengan anda.

Jika anda tidak berpeluang

mendapat bauan yang serasi dapatkan udara bersih di luar atau tempat-tempat
yang ada tumbuh-tumbuhan.
5.8

Komunikasi

Menurut Dr. David Rainham (2000) Felow of the American Institute of Stress
i. Cuba memahami gaya komunikasi dan personality seseorang
ii. Elak konflik bila seseorang mula meraban. Nyatakan anda mungkin betul
iii. Nyatakan apa yang anda faham tentang perkara yang diucapkan

Menurut Craig Lock (2000) How to survive in the new millennium


i. Berkomunikasi dengan orang yang rapat dengan anda. Jangan menderita
dalam kesepian John Donne
ii. Kongi pemikiran anda,

kerunsingan perasaan,

impian,

kekecewaan dan

masalah dengan mereka.

5.9

Menggunakan Kaedah Kerja Berkesan

Antara kaedah kerja berkesan bagi menangani stres sepertimana menurut Beverly
Byrum (1995) ialah seperti berikut;

i. Elak kerja last minute


ii. Buat perancangan
iii. Senarai beban tugas dan buat priority
iv. Delegasi tugas kepada rakan sekerja
v. Percaya kepada orang lain
vi. Buat habis baik, tetapi target matlamat yang munasabah
vii. Guna penyusunan semula masa

6.0

7.0

Bengkel : Plan Tindakan


6.1

Situasi yang akan saya pilih bagi menangi stress

6.2

Pernyataan positif yang akan saya gunakan

6.3

Pernyataan yang akan saya guna bagi menolak pernyataan negative

6.4

Imaginasi kejayaan dalam situasi tersebut

6.5

Apa akan saya buat?

6.6

Bila akan saya buat?

6.7

Saya kan berjaya bila saya .

6.8

Halangan akan saya temu .

6.9

Sumber akan saya gunakan .

6.10

Mensyukuri kejayaan saya dengan cara .

Rumusan

Dengan mengetahui perbezaan antara stres yang positif dan negative, punca-punca stres,
tanda-tanda stres dalam jangkamasa pendek dan panjang serta teknik cara menangani
akan menjadi sia-sia belaka jika ianya tidak diamalkan dalam kehidupan seharian. Oleh
kerana pencegahan lebih baik dari perubahan ambillah langkah-langkah yang telah
disarankan.

BIBLIOGRAFI

1) Beverly Byrum (1995). Stress Management Training For The Nineties. Pfeiffer and
Company Library.
2) Craig Lock (2000). How To Survive In The Millennium.
3) David Rainham (2000). Winning Your Battle With Stress.
4) Faizah Abdul Ghani (2000).

Satu Tinjauan Tahap Stres Di Kalangan Kounselor

Sekolah-sekolah Menengah Daerah Johor Bahru. Projek Sarjana Pendidikan UTM.


5) Linda Tracy Jones (2000). Simple Words Can Change Your Life. www.maxap.com
6) Michael OSullivan (2000).

So What Is Stress And Stress Management? .

www.selfgrowth
7) Norazian (1997). Stres Dan Punca Stres. Kertas kerja yang tidak diterbitkan.
8) Riggo (1990). Introduction To Industrial / Organizational Psychology. A Division of
Scott, Foresman and Company, Glenview, Illinois.
9) Syed Mohamed Shafeq B Syed Mansor Alhabshi (2002). Bengkel Pengurusan Stres.
Kertas kerja yang dibentangkan dalam bengkel Kursus Pembangunan Staf di INTAN,
Kluang, Johor.

10) Syed Mohamed Shafeq B Syed Mansor Alhabshi (2002). Bengkel Pengurusan Stres.
Kertas kerja yang dibentangkan dalam bengkel Kursus Pembangunan Staf Unit
Ubahsuai, UTM di Hotel Sofitel, Senai, Johor.
11) Syed Mohamed Shafeq B Syed Mansor Alhabshi (2002). Bengkel Pengurusan Stres.
Kertas kerja yang dibentangkan dalam bengkel Graduan Cemerlang di Dewan Sultan
Iskandar, UTM Skudai, Johor.
12) Syed Mohamed Shafeq B Syed Mansor Alhabshi (2002). Bengkel Pengurusan Stres.
Kertas kerja yang dibentangkan dalam bengkel Pelajar Islam JB di Centre Point, UTM
Skudai, Johor.
13) Syed Mohamed Shafeq B Syed Mansor Alhabshi (2002). Bengkel Pengurusan Stres.
Kertas kerja yang dibentangkan dalam bengkel Kursus Pembangunan Staf Sekolah
Menengah Taman Universiti 2, Skudai, Johor.
14) Syed Mohamed Shafeq B Syed Mansor Alhabshi (2001). Bengkel Pengurusan Stres.
Kertas kerja yang dibentangkan dalam bengkel Kecemerlangan Akademik,

Fakulti

Sains, UTM di Kem Unik Malaysia, Ulu Tiram, Johor.


15) Syed Mohamed Shafeq B Syed Mansor Alhabshi (2001). Bengkel Pengurusan Stres.
Kertas kerja yang dibentangkan dalam Majlis Ceramah Kolej INSTEDT di Kolej
INSTEDT, Tampoi Utama, Johor.
16) Syed Mohamed Shafeq B Syed Mansor Alhabshi (2000). Bengkel Pengurusan Stres.
Kertas kerja yang dibentangkan dalam bengkel Pengurusan Stres Staf UTM di Dewan
Kuliah Al-Farabi, Masjid UTM.
17) Syed Mohamed Shafeq B Syed Mansor Alhabshi (2000). Bengkel Pengurusan Stres.
Kertas kerja yang dibentangkan dalam TITIAN MESRA 2000 di Dewan Sekolah
Menengah Kebangsaan Felda Air Tawar, Kota Tinggi, Johor.
18) Syed Mohamed Shafeq B Syed Mansor Alhabshi (1999). Bengkel Pengurusan Stres.
Kertas kerja yang dibentangkan dalam Kursus Pembangunan Staf Sekolah Menengah
Vokasional Azizah, Johor Bahru.
19) Syed Mohamed Shafeq B Syed Mansor Alhabshi (1998). Bengkel Pengurusan Stres.
Kertas kerja yang dibentangkan dalam kursus Pembangunan Pegawai Pendidikan
Wilayah Persekutuan.
20) Syed Mohamed Shafeq B Syed Mansor Alhabshi (1998). Bengkel Pengurusan Stres.
Kertas kerja yang dibentangkan dalam kursusu Pembangunan Staf Sekolah Menengah
Skudai, Johor.

Anda mungkin juga menyukai