Anda di halaman 1dari 47

Bahasa Melayu

1.0 ASAL-USUL BAHASA MELAYU

Asal-usul bahasa Melayu

Salasilah

Hipotesis tempat asal


bahasa Melayu

bahasa Melayu

Kawasan
Nusantara

Kawasan Asia Tenggara

1.1 Salasilah bahasa melayu


Bahasa Melayu berasal daripada rumpun bahasa Austronesia, manakala bahasa
bahasa Austronesia ini berasal daripada keluarga bahasa Austris. Selain daripada
rumpun bahasa Austronesia, rumpun bahasa Austro-Asia dan rumpun bahasa TibetCina.

BAHASA BAHASA
AUSTRIS

BAHASA-BAHASA
TIBET-CINA

BAHASA-BAHASA
AUSTRO-ASIA

BAHASA-BAHASA
AUSTRONESIA

Rumpun bahasa Austronesia ini pula terbahagi kepada empat kelompok yang lebih
kecil:
1. Bahasa-bahasa Kepulauan Melayu atau Bahasa Nusantara.
Contoh : bahasa Melayu, Aceh, Jawa, Sunda, Dayak, Tagalog, Solo, Roto, Sika dan
lain-lain.
2. Bahasa-bahasa Polinesia
Contoh : bahasa Hawaii, Tonga, Maori, Haiti
3. Bahasa-bahasa Melanesia
Contoh : bahasa-bahasa di Kepulauan Fiji, Irian and Kepulaun Caledonia
4. Bahasa-bahasa Mikronesia
Contoh : bahasa-bahasa di Kepulauan Marianna, Marshall, Carolina dan Gilbert.

Bahasa-Bahasa
Austronesia

Bahasa-Bahasa
Nusantara

Bahasa-bahasa
Polinesia

Bahasa-Bahasa
Melanesia

Bahasa-Bahasa
Mikronesia

Bahasa Melayu tergolong dalam cabang Bahasa-bahasa Nusantara yang


mempunyai bahasa yang paling banyak, iaitu kira-kira 200 hingga 300 bahasa.
Bentuk Bahasa Melayu yang dituturkan di Kepulauan Melayu pada zaman dahulu
dikenali sebagai Bahasa Melayu Kuno dan jauh berbeza dengan Bahasa Melayu
yang moden. Bentuk Bahasa Melayu Kuno hanya dapat dilihat melalui kesan
tinggalan sejarah seperti batu-batu bersurat. Batu-batu bersurat yang menggunakan

bahasa Melayu dipercayai ditulis bermula pada akhir abad ke-7. Sebanyak empat
batu bersurat telah dijumpai yang mempunyai tarikh tersebut :
1. Batu Bersurat Kedukan Bukit (683 M) - Palembang
2. Batu Bersurat Talang Tuwo (684 M) Palembang
3. Batu Bersurat Kota Kapor (686 M) Pulau Bangka, Palembang
4. Batu Bersurat Karang Brahi (686 M) Palembang
Berpandukan isinya, penulisan di batu bersurat tersebut dibuat atas arahan
raja Srivijaya, sebuah kerajaan yang mempunyai empayar meliputi Sumatera, Jawa,
Semenanjung Tanah Melayu, Segenting Kra dan Sri Lanka. Oleh itu, ini
menunjukkan bahawa Bahasa Melayu telah digunakan sebagai bahasa rasmi dan
bahasa pentadbiran kerajaan Srivijaya, sekaligus meluaskan penyebaran Bahasa
Melayu ke tanah jajahan takluknya . Walaupun bahasa pada batu bersurat itu masih
berbahasa Sanskrit, akan tetapi masih terdapat pengaruh Bahasa Melayu Kuno di
dalamnya.
Walaubagaimanpun,anggapan ini tidak dipersetujui oleh Asmah Haji Omar.
Menurut beliau.hubungan antara bahasa Melayu moden dengan bahasa Melayu
purda sebenarnya berdaaran skema berikut;

Bahasa Melayu purba

Bahasa Melayu
kuno

Bahasa Melayu kuno

Bahasa
melayu klasik

da

db

Dialek bahasa Melayu

Bahasa Melayu
Moden

Dialek Johor Riau

Dn

Skema di atas menunjukan bahawa asal penggunaan bahasa Melayu adalah


bermula daripada bahasa Melayu Induk,bukan bahasa Melayu kuno.hal ini wujud
kerana terdapat perbezaan yang ketara antar bahasa melayu kuno,bahasa Melayu
klasik dan Bahasa melayu moden. Walau bagaimanapun,dapat disimpulkan bahawa
bahaa melayu oden pada msa kini berasal daripada bahasa melayu purba,iaiatu
bentuk bahasa Melayu yang paling awal.
Bahasa Melayu dpercayai dituturkan oleh kelompok Melayu Deutro. Pada
masa itu,mereka dikatakan menggunakan bahaa dalam bentuk lisan. Bahkan
Melayu purba tidak wujud dalam bentuk tulisan. Namun setelah mendapat pengaruh
budaya Hindu daripada para padagangdan penyebar agama Hindu kemudian
bahasa Melayu purba akhirnya berkembang menjadi bagasa Melayu kuno dalam
bentuk tulisan.
1.2 Hipotesis tempat asal bahasa Melayu
1.2.1 Berasal dari Asia Tengah
J.R. Logan yang membuat kajiannya berdasarkan adat resam suku bangsa
mendapati bahawa ada persamaan adat resam kaum Melayu dengan adat resam
suku Naga di Assam (di daerah Burma dan Tibet). Berdasarkan adat resam dan
bahasa mendapati bahawa daratan Asia merupakan tanah asal nenek moyang
bangsa Melayu.
Dua orang sarjana Melayu, iaitu Slametmuljana dan Asmah Haji Omar juga
menyokong pendapat di atas. Slametmuljana yang membuat penyelidikannya
berdasarkan perbandingan bahasa, sampai pada suatu kesimpulan bahawa bahasa
Austronesia yang dalamnya termasuk bahasa Melayu, berasal dari Asia.
Beliau berpendapat bahawa hubungan bahasa Melayu Moden dengan bahasa
Melayu Purba.Memperlihatkan bahawa bahasa Melayu Moden berasal daripada
bahasa Melayu Klasik dan bahasa Melayu Klasik berasal daripada bahasa Melayu
Induk. Bahasa Melayu Induk berasal daripada bahasa Melayu Purba yang juga
merupakan asal daripada bahasa Melayu Kuno.
.

(a) Melayu-Proto
Berdasarkan pendapat yang mengatakan bahawa orang Melayu ini berasal dari Asia
Tengah, perpindahan tersebut (yang pertama) diperkirakan pada tahun 2500 SM.
Mereka ini kemudian dinamai sebagai Melayu-Proto. Orang Melayu-Proto telah
pandai membuat alat bercucuk tanam, membuat barang pecah belah, dan alat
perhiasan. Kehidupan mereka berpindah-randah. Zaman mereka ini dinamai Zaman
Neolitik atau Zaman Batu Baru.
(b) Melayu-Deutro
Perpindahan penduduk yang kedua dari Asia yang dikatakan dari daerah
Yunan diperkirakan berlaku pada tahun 1500 SM. Mereka dinamai Melayu-Deutro
dan telah mempunyai peradaban yang lebih maju daripada Melayu-Proto. MelayuDeutro telah mengenal kebudayaan logam. Mereka telah menggunakan alat
perburuan dan pertanian daripada besi. Zaman mereka ini dinamai Zaman Logam.
Mereka hidup di tepi pantai dan menyebar hampir di seluruh Kepulauan Melayu ini.
.
1.2.1 Berasal dari Nusantara
Seorang sarjana Inggeris bernama J. Crawfurd telah membuat kajian
perbandingan bahasa yang ada di Sumatera, Jawa, Kalimantan, dan kawasan
Polinesia. Beliau berpendapat bahawa asal bahasa yang tersebar di Nusantara ini
berasal daripada bahasa di Pulau Jawa (bahasa Jawa) dan bahasa yang berasal
dari Pulau Sumatera (bahasa Melayu). Bahasa Jawa dan bahasa Melayulah yang
merupakan induk bagi bahasa serumpun yang terdapat di Nusantara ini.
K. Himly, yang mendasarkan kajiannya terhadap perbandingan bunyi dan
bentuk kata bahasa Campa dan pelbagai bahasa di Asia Tenggara menyangkal
pendapat yang mengatakan bahawa bahasa Melayu Polinesia serumpun dengan
bahasa Campa. Pendapat ini disokong oleh P.W. Schmidt yang membuat kajiannya
berdasarkan struktur ayat dan perbendaharaan kata bahasa Campa dan MonKhmer. Beliau mendapati bahawa bahasa Melayu yang terdapat dalam kedua-dua
bahasa di atas merupakan bahasa ambilan sahaja.

2
D

.
fiB

M
l

b
h

hi

s
n

a
k

Sistem tulian dan


ejaan

n a
a
a a
a

0
i
e
y
e
y

Kosa kata

Batu bersurat

Batu Bersurat

Batu Bersurat

Batu Bersurat

Batu Bersurat

Karang Brahi

Kota Kapur

Talang Tuwo

Kedukan Bukit

2.1 Definisi bahasa Melayu kuno


Bahasa melayu kuno diperkatakan telah berkembang di Nusantara antara abad ke-7
hingga abad ke-13. Sebelum adanya bahasa Melayu kuno,dikenali sebagai bahasa
Melayu purba. Namun zaman bahasa melayu telah berakhir pada abad ke-13.
Namun hal yang membezakan bahsa melayu kuno dan purba ialah dari segi bentuk
penggunaan iaitu bahasa melayu purda terdapat dalam bentuk lisan sedangkan
bahaa Melayu kuno telah meluas dalam bentuk lisan. Hal sedemikian kerana telah
mendapat pengaruh daripada kemasukan budaya hindu ke alam Melayu melalui
para pedagang dan penyebar agama hindu yang menggalakkan penggunaan
bahasa Sanskrit kedalam bahasa Melayu purba. Selain itu, budaya hindu juga
memperkenalkan tulisan Palava, Nagiri, dan Kawi yang mengevolusi bahasa Melayu
purba kepada bahasa Melayu kuno. Namun bahasa ini telah berakhir pada abad ke13 apabila kerajaan Majapahit bertapak di Jawa kerana pada masa itu bahasa Jawa
memainkan peranan penting.

2.2 Bahan bukti penggunaan bahasa Melayu kuno


Bahan bukti bertulis yang tertua tentang bahasa Melayu Kuno ini terdapat di
beberapa buah batu bersurat. Antaranya ialah;
1)Batu Bersurat Kedukan Bukit(Kedukan Bukit, Palembang,29 Novembar 1920)
Bahasa yang terdapat pada batu ini ialah bahasa Melayu yang bercampur
dengan bahasa Sanskrit ditulis dengan menggunakan huruf Palava yang
mengandungi 10 baris ayat,iaitu sejenis tulisan India Selatan Purba bagi penyebaran
agama Hindu. Dalam isi kandungan terdapat perubahan pembentukan bunyi dan
perkataan seperti perkataan nayik(naik) dan samvau = sampau = sampan
(maksudnya perahu yang besar)
2)Batu Bersurat Talang Tuwo (Talang Tuwo, Bukit Seguntang,17 novembar
1920)
Batu bersurat ini dikatakan menggunakan bahasa Palava yang mempunyai
14 baris ayat. Isi kandungannya menceritakan bahawa Raja Jayasana membuat
sebuah taman dan berjanji atas segala usaha yang telah diusahakan akan
membawa makna kebahagiaan kepada semua makhluk. Bahasa Melayu Kuno yang
dapat kita kesan daripada batu bersurat di atas di antara lain ialah
vulan(bulan),tatkalana( tatkalanya) dan nivarbuat(diperbuat).
3)Batu Bersurat Kota Kapur (Kota Kapur,Palembang,1892)
Batu bersurat yang menggunakan huruf Palava. Manakala batu bersurat ini
hanya mengandungi 10 baris ayat.Kita dapat lihat dari transliterasi teks batu
bersurat Kota kapur kita dapat mengesan dari segi penggunaan bahasa dan
tulisannya.Pada Batu Bersurat Kota Kapur perkataan/bahasa Melayu banyak yang
ditemui diatas ,banyak unsur penggunaan bahasa Sanskrit semakin berkurangan.
Beberapa perkataan bahasa Melayu Kuno sebahagian telah memperlihatkan irasnya
dan sebahagian lagi kekal digunakan hingga kini, seperti abai, aku, batu, dan yang.
Imbuhan awalan ialah ni-, di-, mar-, par-, ka-. Imbuhan akhiran pula ialah -an.
4)Batu Bersurat Karang Brahi(Meringgi,daerah Hulu Jambi,1904)

Menurut kajian sejarah batu bersurat ini mempunyai kandungan yang lebih kurang
sama dengan Batu Bersurat Kota Kapur.Perbezaannya,Batu Bersurat Kota Kapur
mengandungi teks tambahan. Manakala pada batu ini juga menggunakan tulisan
Pallava
Di samping batu bersurat yang telah dinyatakan di atas sebenarnya ada lagi
batu bersurat yang agak penting diketahui, iaitu Batu Bersurat Pagar Ruyung (1356
M) di Sumatera Barat. Pada batu bersurat ini tertulis beberapa sajak Sanskrit
dengan sedikit prosa Melayu Kuno dengan menggunakan huruf India dan satu lagi di
Aceh yang dinamai Batu Nisan Minye Tujuh bertarikh 1380 M dan ditulis dengan
tulisan India, menggunakan bahasa Melayu, Sanskrit, dan Arab.
2.3 Ciri ciri bahasa Melayu kuno
1)Sistem Tulisan dan Ejaan Bahasa Melayu Kuno
Sistem tulisan/skrip Pallava
Menurut Casparis(1975) telah membahagikan skrip ini kepada dua zaman
iaitu skrip Pallava Awal dan skrip Pallava kemudian berdasarkan bentuk skripnya.(
Pallava Awal mempunyai ciri-ciri yang boleh dikaitkan dikaitkan dengan skripskrip di india Selatan dan Sri Lanka inkripsi-inkripsi dalam abad ketiga hingga abad
kelima masihi. Manakala pada skrip Pallava Kemudian menyerupai skrip Kawi Awal
dalam bentuk awalnya seperti yang ada pada inskripsi Jawa kuno dalam
pertengahan abad kelapan.
Perbezaan yang asas antara skrip Pallava Awal dan Skrip Kemudian ialah
prinsip tulisan sama tinggi bagi aksara asas pada Pallava Kemudian dimana
bentuk-bentuk ekor yang turun di bawah garis dasar juga hilang.
Selain tulisan palava,tulisan Nagiri juga digunakan pada Batu Bersurat
Gandasuli. Tulisan Nagiri dikatakan berasal dari utara India.
Tulisan Kawi ini digunakan pada batu bersurat di Joreng (1179M) dan Padang
Lawas (1213M) yang terletak di Tapanuli, Sumatera Utara. Kawi berasal daripada
perkataan Sanskrit kavi (penyair). Tulisan ini berbentuk kursif pada peringkat
awalnya ditulis pada daun lontar. Kemudian tulisannya diubahsuaikan dan diukir
pada batu.

2)Kosa kata bahasa Melayu


Berdasarkan bentuk-bentuk kosa kata,beberapa ciri yang dapat dikesan
perbezaan antara fonem yang wujud dalam bahasa Melayu kuno dengan fonem
yang ada dalam bahasa Melayu moden iaitu dari segi fonologi dan morfologi
perkataan tersebut.
Dari segi fonologi

Kosa kata
bahasa Melayu

Dari segi morfologi

3)Dari segi fonologi


(a)Penggunaan bunyi separuh vokal dua bibibr bersuara /b/.contohnya Wulan
(bahasa Melayu kuno) ditukar Bulan(bahasa Melayu moden)
(b) Tidak ada bunyi e pepet atau vokal tengah. Bunyi ini diganti dengan vokal depan
luas /a/ atau digugurkan begitu sahaja. Contohnya Wanau (bahasa Melayu kuno)
ditukar Benua.

4)Dari segi morfologi


(a) awalan mar- berubah menjadi ber-. Contohnya marlapas berubah kepada
berlepas.
(b)awalan ni- dalam berubah menjadi di-. Misalnya nisuap ditukar disuap.

Definisi bahasa Melayu


klasik

Bahan bukti bahasa


Melayu klasik

Ciri-ciri bahasa
Melayu klasik
3.0 Bahasa
Melayu klasik

3.1 Definisi Bahasa Melayu Klasik


Bahasa Melayu Klasik bermula pada abad ke-14 hingga awal abad ke-19. Zaman
permulaan bahasa Melayu Klasik ditandai dengan penemuan bukti di Ulu
BerangKuala Terengganu bertarikh 702 Hbersamaan 1303 Masehi. Bukti-bukti
kewujudan bahasa Melayu Klasik juga boleh ditemui dalam bentuk manuskrip.
Pengkaji-pengkaji menganggap sebanyak 12,000 manuskrip di temui tetapi
semuanya tersimpan di luar negara .
Dalam kajian yang berhubung dengan perkembangan Bahasa Melayu,
terdapatpercanggahan pendapat antara para sarjana. Misalnya Prof. Dato' Asmah
Haji Omar dalam bukunya Susur Galur Bahasa Melayu ( Kuala Lumpur . DBP :
1985) menjelaskan bahawa bahasa ini berkembang dari abad ke-13 hingga ke-17
masehi.
Namun begitu, apa yang perlu ditegaskan di sini , bermula abad ke-14 hingga
ke abad 19 masehi Bahasa Melayu telah menjadi bahasa perantaraan utama bagi
masyarakat ketika itu.

3.2 Ciri-ciri bahasa Melayu klasik


10

Bahasa Melayu klasik dikatakan terpisah dari bahasa Melayu Kuno apabila
wujudnya tulisan jawi. (Asmah haji Omar:1993). Sebelum ini tulisan yang digunakan
oleh masyarakat Melayu dalam Bahasa Melayu Kuno ialah tulisan "palava"
( Raminah Hj.Sabran dan Rahim Syam:1986). Kedatangan Islam membawa
perubahan yang amat ketara ke atas masyarakat Melayu. Perubahan tersebut bukan
sahaja dari aspek tauhid dan akidah tetapi sistem tulisan masyarakat Melayu turut
berubah.Daripada penggunaan bahasa Melayu klasik dalam penulisan di atas, kita
dapat mengenal pasti beberapa ciri utama bahasa tersebut.
1. Huruf dan perkataan
a. Penggunaan huruf Jawi.
Huruf ini diadaptasi daripada huruf Arab. Terdapat tambahan beberapa huruf lain
untuk mencukupkan sebutan bahasa Melayu, iaitu ca, nga, ga, pa, dan nya.
b. Pengaruh bahasa Arab yang ketara, khususnya bagi istilah yang berkaitan
dengan hukum Islam. Contohnya Allah taala dan daulat.
c. Penggunaan bahasa istana.Misalnya beradu (tidur) danbersiram (mandi) .
d.Terdapat kosa kata klasik. Seperti perkataan berahi (cinta) dan ceritera (cerita) .
Perkembangan tulisan jawi
Sejarah aksara jawi bermula pada tahun 1303 M apabila teks berbahasa
melayu ditulis denga aksara Jawi pada Batu Bersurat Terengganu dan merupakan
bahan tulisan jawi tertua yang berkemunjkinan berasal dari kedatangan dari tanah
Arab. Amat juhari moain (1991) menyimpulkan bahawa tulisan jawi mengalami 4
tahap perkembangan antaranya ialah:
1.Tulisan jawi yang meninggalkan tanda-tanda baris atau tulisan arab gondol.
Tulisan ini juga mempunyai kelemahannya kerana perkataan homograf mempunyai
ejaan yang sama.
2.Sistem ejaan jawi yang diubah suai daripada tahap ketiga dengan
menggunakan huruf-huruf saksi pada suku kata kedua. Sebahagian
pengubahsuaian ini digunakan dalam Ejaan Zaba (1938). Sistem ini telah
disempurnakan dengan menggunakan semua huruf arab dengan enam huruf
tambahan iaitu nya, pa, ga, nga,cadan va pada tahun 1986 dan terpakai hingga kini.

11

Batu
Bersurat.

3.3 Bahan bukti


penggunaan
bahasa Melayu

Karya
Sastera dan

Surat Rasmi
Raja Melayu

a. Batu Bersurat Kuala Berang


Batu ini ditemukan di Sungai Teresat, Kuala Berang, Hulu Terengganu yang bertarikh
yang tercatat pada batu barsurat itu ialah 22 Februari 1303 Masihi. Kandungannya
tentang perintah dan undang-undang Islam yang dikenakan terhadap rakyat dan
pemerintah.Oleh hal yang sedemikian,batu bersurat ini dapatlah diperkatakan
menjadi titik permulaan Zaman Bahasa Melayu Klasik.
b. Karya Sastera dan Agama
Pada zaman Melaka, karya sastera yang penting ialah Sejarah Melayu, Hikayat
Hang Tuah dan Hukum Kanun Melaka,Manakala karya agama, Miratul Iman oleh
Shamsuddin al-Sumaterani. Di Pulau Penyengat, Johor-Riau, muncul karya dalam
bahasa klasik karangan Raja Ali Haji, antaranya Kitab Bustan al-Katibin (1857)
c. Surat Rasmi Raja Melayu
Surat raja-raja Melayu ini bertulisan Jawi dan dikirim kepada orang-orang Eropah
atas urusan rasmi kerajaan.Antara surat tersebut ialah dua pucuk surat daripada
Sultan Ternate kepada raja Portugal (1521 Masihi dan 1522 Masihi); surat izin
perniagaan Sultan Aceh kepada nakhoda Inggeris (1602 Masihi).

Institusi bahasa

Bahasa melayu
Melayumoden
moden pramerdeka
Pramerdeka

12

Perancangan
Bashasa
Melayu
bahasa Melayu
pascamerdeka

4.0 Tahap
perkembangan bahasa
Melayu moden

Tokoh-tokoh
bahasa
melayu
pramerdeka

Konsep bahasa melayu moden


Permulaan perkembangan zaman bahasa melayu moden telah bermula pada abad
ke-19 dimana tandai oleh Abdullah Munsyi.namun demikian ada penkaji telah
berpendapat zaman Abdullah Munsyi merupakan zaman peralihan daripada bahasa
melayu klasiki kepada bahasa Melayu Moden.menurut mereka zaman bahasa
melayu moden sebernanya berlaku pada abad ke-20.

4.0 Tahap perkembangan bahasa melayu moden

13

Tahap perkembangan bahasa melayu moden dapat dibahagikan kepada dua


bahagian iaitu;

Bahasa melayu pramerdeka

Bahasa melayu pasca merdeka

4.1 Bahasa melayu pramerdeka


Perkembangan bahasa melayu moden pramerdeka pada perinkat awal dilakukan
secara persendirian oleh tokoh-tokoh seperti Abdulllah bin Abdul Kadir Munsyi ,Raja
Ali HAji,Mejar Dato Haji mohd Said Haji sulaiman dan Zaba. Apabila tertubuhnya
Pakatan Belajar Mengajar Pengetahuan Bahasa(Pakatan) pada tahun 1888,barulah
uasaha untuk memajukan bahasa Melayu dilakukan secara berkumpulan.Namun
terdapat jua penyumbang lain yang mengerah tenaga untuk memejukan bahasa
Melayu.Antaranya ialah Persaudaraan Sahabat Pena Malaysia(Paspam).Pejabat
Karang Mengarang dan Angkatan Sasterawan 50 (ASAS 50).
4.1.1 Latar belakang tokoh bahasa Melayu moden pramerdeka ;
1)Abdulllah bin Abdul Kadir Munsyi (1796-1854)
Beliau dilahirkan di kampung masjid,Melaka dan beliau mendapat gelaran Munsyi
pada usia 11tahun lagi apabila mengajar pendidikan agama islam kepada askaraskar Melayu di Melaka. Melalui pergaulan luas dengan pegawai-pegawai dan
paderi-paderi berbangsa Inggeris semasa zaman mudanya telah mempengaruhi
pemikiran dan penulisan-penulisan yang dihasilkan.sepanjang hayatnya,
Beliau telah menghasilkan lima buah karya iaitu Syair singapura
terbakar(1930,kisah pelayaran abdulllah(1838),Hikayat Abdullah(18490)kisah
pelayaran Abdullah ke Jeddah(1854).
Semasa beliau mempelajari bahasa ingggeris,beliau turut menterjemah kitabkitab bahasa inggeris ke dalam bahasa melayu.Apa yang menarik tentang beliau
ialah melalui gaya bahasa karya-karya yang dihasilkan beliau menggunakan olahan
gaya bahasa yang tersendiri,indah apabila dibaca.

14

Abdullah membina dan menggunakan kosa kata yang banyak bagi


mengungkap perkara-perkara yang baharu akibat daripada pertembungan budaya
barat dan timur.ini berdasarkan karya-katya dihasilkan tidak lagi terikat dengan
bentuk-bentuk penulisan lama seperti cerita dongeng,alam ghaib dan ajaib.
2)Zainal Abidin Bin Ahmad (Zaba)
Dalam penghasilan karya-karya, beliau telah menggunakan empat nama samaran
iaitu Anak Melayu Jati,Patriot,Zai penjelmaan dan zaba. Beliau lebih dikenali
dengan panggilan Zaba. Beliau dilahirkan pada 16 September 1895 di Kampung
Batu Kikir, Kuala Pilah, Negeri Sembilan.
Zaba merupakan tokoh bahasa terutama dalam bidang tatabahasa. Buku
tatabahasa beliau iaitu Pelita Bahasa Melayu penggal pertama(1940),Penggal
kedua(1946),dan penggal ketiga(1949). Ketiga-tiga buku ini menjadi rujukan utama
di sekolah-sekolah dan maktab-maktab perguruan sekarang dikenali sebagai Institut
Perguruan Guru (IPG).
Dalam tahun 1959, Zaba telah dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor
Persuratan oleh Universiti Malaya sebagai membalas jasa dan baktinya kepada
bahasa serta menerima satu lagi penganugerahan Bintang Panglima Mangku
Negara oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong Malaysia yang Tan
Sri pada 23 Jun 1973.
4.1.2 Institusi Bahasa melayu Moden Pramerdeka
Terdapat empat buah yang terlibat dalam memainkan peranan penting
memperkembangkan bahasa melayu moden;
I.

Pakatan Belajar mengajar Pengetahuan Bahasa (PBmPB)

II.

Persaudaraan Sahabat Pena Malaya(PASPAM)

III.

Pejabat Karang Mengarang

IV.

Angkatan Sasterawan 50 (ASAS 50)

15

1) Angkatan Sasterawan 50 ( ASAS 5O )


Asas 50 telah ditubuhkan di Singapura pada 6 Ogos 1950.Antara tokoh
penggerak utama ASAS 50 ialah Mohd. Arik Ahmad,Hamzah Rosmera, Jmyy
Asmara, Keris Mas dan Asraf.Dalam Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu
pertama ASAS 50 berusaha menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa
kebangsaan.
Pada tahun 1954, ASAS 50 menghantar memorandum mengenai tulisan rumi
sebagai tulisan rasmi kepada kerajaan. Pada tahun 16 September 1956, di dalam
Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Ke-3, ASAS 50 telah mengemukakan
cadangan memorandum supaya ditubuhkan Balai Pustaka(kini Dewan Bahasa dan
Pustaka).matlamat penubuhannya ialah bagi memperluas dan mempertingkatkan
kesusasteraan kebudayaaan Melayu dan melindungi hak ahli dan pengarang.

2) Persaudaraan Sahabat Pena Malaya ( PASPAM )


Persaudaraan sahabat pena Malaya atau dikenali sebagai PASPAM ditubuhkan
pada 7 April 1934 atas usaha Mohd Al-Khatib(siding pengarang saudara) dan Ariffin
ishak.Tujuan penubuhan PASPAM ialah untuk mempereratkan hubungan sesama
ahli .Selain itu,bagi memperluaskan bilangan ahlinya dan menggalakkan karangmangarang di dalam bahasa dan buku-buku melayu.
Manakala kegiatan Lembaga BAhasa ini ialah mengeluarkan buku-buku adat
Melayu,membeli karangan-karangan daripada ahli-ahli PASPAM,mengeluarkan
kamus Melayu dan menciptakan istilah bahasa Melayu.menerusi Lembaga Bahasa,

16

PASPAM telah menimbulkan kesedaran bahawa bahasa dan persuratan Melayu


boleh dimajukan apabila wujud pergerakan secara kolektif.

4.2 Bahasa melayu pascamoden


Di Malaysia,pelbagai usaha telah dilakukan untuk memupuk bahasa kearah taraf
yang lebih maju.Umumnya perancangan dilakukan diperingkat Negara oleh badanbadan tertentu.sepertimana yang diketahui.badan perancangan bahasa ialah Dewan
dan Pustaka(DBP)
Dewan Bahasa dan Pustaka
Dewan Bahasa dan Pustaka(DBP)ditubuhkan pada tarikh 22 jun 1956 sebagai
sebuah jambatan dalam Kementerian Pelajaran.ketika mula-mula penubuhan badan
ini disebut sebagai Balai Pustaka. Matlamatnya adalah untuk memajukan
memperkayakan bahasa kebangsaan.Seterusnya untuk memajukan bakat
kesusateraan,terutama bahasa kebangsaan.antara matlamat lain ialah menyamakan
ejaan dan bunyi sebutan dan meggubal istilah-istilah yang sesuai dalam bahasa
kebangsaan. Bagi mencapai matlamatnya DBP dimana memperjuangkan bahasa
Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa ilmu. Antara kegiatan yang dilakukan oleh
DBP ialah mengadakan kempem-kempem bahasa seperti Minggu Bahasa` dan
`bulan Bahasa`(1960-1966)
4.2.2 Perancangan Bahasa Melayu Moden
.Perancangan bahasa terbahagi kepada dua bahagian iaitu:
-Perancangan taraf
-Perancangan korpus
1)Perancangan taraf bahasa Melayu.
17

Perancangan ini merupakan usaha untuk menjadikan bahasa melayu menjadi


peranan dalam masyarakat , usaha ini melibatkan taraf bahasa Melayu sebagai
bahasa kebangsaan, bahasa rasmi, dan bahasa pendidikan.
2)Perancangan korpus bahasa
Perancangan korpus bahasa bermaksud pembinaan bahasa.Manakala pembinaaan
bahasa terdiri daripada dua bahagian iaitu;
(a)pengekodan atau kodifikasi

(b)pemupukan.

4.2.3 Pengekodan atau kodifikasi


A. Pengekodan ejaan
1. Mengikut sistem ejaan baharu iaitu melalui judul Pedoman Umum Ejaan Rumi
Bahasa Malaysia, terdapat perbezaan berbanding dengan ejaan rumi
lama(sistem Ejaan Zaba). Antara perubahan tersebut ialah;

Pengguguran penggunaan koma diatas() dan (`). Contohnya perkataan


`alam(ejaan lama) berubah kepada alam(ejaan baharu)

Pemansuhan penggunaan angka 2 untuk melambangkan kata ganda dan


diganti dengan tanda sempang(-). Misalnya anak2 diganti anak-anak.

2. Namun terdapat pengecualian pola keselarasan vocal dalam Sistem Ejaan


Baru Melayu bahasa Melayu iaitu terletak pada pola vocal a-e(pepet), ae(taling),a-o,dan e (pepet) - e (pepet).pada bahasa Indonesia ialah banget.
Manakala pada bahasa inggeris a ialah hamper.
B. Pengekodan Perkamusan
Dalam konteks perancangan bahasa,penyusunan kamus merupakan satu usaha
kodifikasi bahasa yang penting dalam proses pembinaan, pengembangan, dan
pembakuan bahasa.di Malaysia,tugas penyusunan kamus dilakukan oleh DBP
melibatkan kamus ekabahasa, dwibahasa dan istilah.penyusunan kamus dijalankan
merakam kosa kata bahasa Melayu Moden.
C. Pengekodan Istilah

18

Pembentukan istilah dilakukan oleh Jawatankuasa Istilah(JKI). JKI pertama ialah


JLKI kerajaan. Kemudian dilletakan dibawah Jawatan Tetap Bahasa
Melayu(JKTMB). Antara istilah yang dibentuk ilah bidang bahasa, media, falsafah
agama dan kesusasteraan.
D. Pengekodan Tatabahasa
Buku tatatbahasa Melayu yang menjadi pegangan umum pada masa kini ialah
Tatabahasa Dewan. Hasil daripada pengekodan tatabahasa Melayu,dalam bidang
morfolog iterdapat perubahan yang ketara pada berlaku pada kosa kata,
pengimbuhan, dan struktur kata.
1. Daripada segi kosa kata,beberapa cara pembentukan kata baru telah
diketengahkan sepertipenggabungan suku kata. Contohnya makan daging
dibentuk maging manakala pukul rata dibentuk purata.
2. Daripada segi pengimbuhan, imbuhan pinjaman daripada bahasa asing
(Sanskrit, Arab, inggeris ) telah diserap ke dalam bahasa Melayu. Antara
imbuhan tersebut ialah dari sumber bahasa Sanskrit. Contoh imbuhan awalan
pinjaman awalan panca-. Contoh kata ialah pancalogam, dan pancandera.

Dari segi struktur kata, proses pengambilan perkataan daripada


bahasa-bahasa asing menyebabkan bahasa Melayu menerimapolaopla mengandungigugus konsonan seperti Krim(KKVK).

E. Pengekodan Sebutan
Yang berikut ialah beberapa panduan berhubung dengan penyebutan baku
bahasa Melayu.
a. Vokal [a] disebut sebagai [a] pada masa kedudukan kata. Sebagai contoh;
apa disebut [a/pa]
b.

Vokal [ i ] diucapkan dengan bunyi [ i ] bukan [e]. Sebagai contoh;


sihat disebut [ si/hat ] bukan [ se/hat ].

4.2.4 Pemupukan

19

Pemupukan bermaksud menumpukan perhatian pada usaha-usaha untuk


mengembangkan bahasa supaya tercapai keadaan saling terjemah (intertranslatability) dengan beberapa bahasa moden lain. Ini dilaksanakan melalui
pemupukan istilah-istilah baru, khususnya dalam bidang profesional dan teknikal .
Antara aktiviti pemupukan bahasa melibatkan penciptaan istilah dalam bidang
bahasa ialah seperti sains, perubatan, komputer, dan maklumat.

5.0 : Alat-alat Artikulasi


Peta Konsep

Alat-alat artikulasi

Konsonon

Vokal

Diftong

Fungsi

Alat artikulasi ialah alat ujaran yang boleh membuat penyempitan dan boleh
bergerak semasa menghasilkan bunyi bahasa. Alat alat artikulasi merupakan
organ-organ yang mempunyai peranan untuk berfungsi dalam mengeluarkan bunyibunyi bahasa. Alat-alat artikulasi ini terlibat dalam sisitem udara yang keluar dan
masuk ke dalam paru-paru bagi menghasilkan bunyi.
5.1 Alat-alat artikulasi
Senarai alat artikulasi manusia adalah seperti yang berikut
1.

Bibir atas

11.

Tengah lidah

2.

Bibir bawah

12.

Belakang lidah

3.

Gigi atas

13.

Akar lidah
20

4.

Gigi bawah

14.

Epiglotis

5.

Gusi

15.

Pita suara

Lelangit keras

16.

Rongga tekak

7.

Lelangit lembut

17.

Rongga Hidung

8.

Anak tekak

18.

Rongga mulut

9.

Hujung lidah

19.

Rahang

10.

Hadapan lidah

20.

Tenggorok

5.2 Fungsi Alat Artikulasi


1) Lidah
Lidah ialah alat artikulasi yang terpenting dan paling aktif dalam pengeluaran
bunyi bahasa.Lidah terbahagi kepada lima bahagian,iaitu hujung lidah, tengah lidah,
hadapan lidah,daun lidah dan belakang lidah bahagian dan kedudukan lidah
tersebut adalah seperti berikut:
Bahagian lidah
Balakang lidah

Kedudukan lidah
Bertentangan dengan lelangit lembut

Tengah lidah

Bertentangan antara pertemuan lelangit


lembut dan keras

Hadapan lidah

Bertentangan dengan lelangit keras

Daun lidah

Sepanjang garisan yang menghadap gusi

Hujung lidah

Bahagian yang paling akhir


Jadual bahagian dan kedudukan lidah

21

.Pembahagian ini membolehkan lidah membuat deskripsi pelbagai jenis penghasilan


bunyi. Bahagian hadapan lidah, tengah lidah dan belakang lidah penting dalam
pengeluaran bunyi-bunyi vokal, iaitu bunyi vokal hadapan, tengah dan
belakang.Hujung lidah merupakan bahagian paling aktif dan boleh digerakkan ke
mana-mana bahagian mulut untuk membuat penyekatan perjalanan udara. Oleh
sebab lidah ini aktif dalam proses pengeluaran bunyi-bunyi bahasa,maka lidah ini
dinamakan artikulasi utama..

2) Gigi
Gigi juga berperanan dalam penghasilan bunyi bahasa tetapi peranannya
tidaklah aktif. Gigi terbahagi kepada dua iaitu gigi atas dan gigi
bawah.Kedudukannya yang statik dan sentiasa digunakan sebagai penampan aliran
udara dalam penghasilan bunyi. Penampan aliran udara inilah yang menghasilkan
bunyi.
3) Bibir
Bibir merupakan alat artikulasi yang terletak pada bahagian luar rongga
mulut.Bibir terdiri daripada otot-otot kenyal yang boleh dihamparkan dan
dibundarkan dan berperanan mengeluarkan bunyi yang berbagai-bagai.contohnya
untuk membunyikan [i]bibir adalah hampar. Sebaliknya, apabila menyebut bunyi
[u],kedudukan bibir menjadi bundar.Bibir juga menjadi sempadan paling luar
daripada rongga mulut.Bibir juga berfungsi membuat sekatan kepada udara yang
keluar daripada rongga mulut. Sebagai contoh ,apabila menyebut bunyi [m],udara
akan disekat di bibir.

4) Gusi
Gusi ialah alat pertuturan yang terletak diantara gigi dengan lelangit keras.
Gusi merupakan bahagian yang cembung dan berfungsi sebagai derah
artikulasi,iaitu daerah penyebutandan tidak boleh digerak-gerak.gusi berperanan
dalam pengeluaran bunyi-bunyi bahasa dengan bantuan hujung lidah yang berfungsi
22

untuk membuat penyekatan ,misalnya ketika mengujarkan bunyi [t]dan[d].


5) Lelangit
Lelangit dapat dibahagikan kepada dua bahagian,iaitu lelangit keras dan
lelangit lembut. Lelangit lembut menganjur dari sempadan lelangit keras hingga ke
akhir rongga mulut. Lelangit keras bermula dari sempadan gusi di bahagian hadapan
atas rongga mulut dapat diturunnaikkan untuk menutup atau membuka saluran
rongga tekak terus ke rongga hidung. Apabila lelangit lembut diturunkan ,rongga
mulut akan tertutup dan udara akan keluar melalui rongga hidung. Keadaan ini
menyebabkan bunyi sengau terhasil,misalnya bunyi [n]dan[m]. Sebaliknya, apabila
lelangit lembut dinaikkan,rongga hidung akan tertutup dan udara dipaksa keluar
melalui rongga mulut. Keadaan ini menyebabkan terhasilnya bunyi-bunyi letupan
dan geseran,misalnya [b] dan [h].
6) Rongga Hidung
Terletak di atas rongga mulut yang dipisahkan oleh lelangit.rongga hidung
bermula dari rongga tekak hingga ke rongga hidung . Rongga hidung boleh dibuka
atau ditutup, bergantung kepada keadaan sama ada anak tekak dan lelangit lembut
dinaikkan atau tidak.
7) Pita Suara
Pita suara terletak dalam ruang tenggorok (halkum) dan amat penting dalam
penghasilan bunyi. Pita suara terdiri daripada dua keping seliput yang boleh terbuka
dan tertutup. Ruang antara kedua-dua seliput itu disebut glottis. Apabila kedua-dua
seliput dirapatkan ,glottis akan menjadi sempit atau tertutup,sementara apabila
seliput itu direnggangkan ,glotis akan menjadi luas. Pita suara berperanan
menentukan sama ada sesuatu bunyi yang dihasilkan itu bersuara atau pun tidak.
Apabila seliput suara disempitkan tetapi tidak terlalu rapat,udara dari paru-paru yang
keluar akan bergetar dan menghasilkan suara. Sebaliknya ,apabila seliput suara
direnggangkan dan glottis terbuka tetapi tidak terlalu luas ,udara dari paru-paru akan
keluar melaluinya tidak bergetar dan bunyi itu disebut bunyi tidak bersuara
8) Rahang

23

Rahang tidak memainkan peranan yang terlalu penting sewaktu


mengeluarkan bunyi-bunyi bahasa. Walaubagaimanapun, kedudukannya adalah
penting dalam pembunyian vockl. Sebagai contoh ,keadaan bukaan antara dua
rahang atas dengan bawah adalah sempit semasa membunyikan vokal [i]dan vocal
[u] . Sebaliknya, keadaan rahang akan terbuka luas semasa membunyikan vokal
[a] dan [e].
9) Anak tekak
Anak tekak terletak di bahagian belakang rongga mulut dan berhampiran
dengan lelangit lembut. Anak tekak bersambung dengan lelangit lembut dan
merupakan daging yang tergantung dari lelangit lembut itu. Anak tekak berfungsi
sebagai alat pertuturan bersama-sama dengan lelangit lembut,khususnya dalam
menentukan sama ada sesuatu bunyi yang hendak dikeluarkan itu bunyi sengau
atau tidak. Dengan demikian,anak tekak ini juga boleh digerakkn,sama ada
dinaikkan atau diturunkan.
5.3 Vokal
Vokal ialah bunyi bersuara . Udara dari paru-paru keluar berterusan melalui rongga
tekak dan rongga mulut tanpa sebarang gangguan atau sekatan.Bunyi vokal
mempunyai ciri-ciri kelantangan dan kepanjangan. Bunyi vokal terhasil apabila udara
keluar daripada rongga mulut tidak mengalami sekatan atau himpitan. Bunyi vokal
juga dipengaruhi oleh pengaruh lidah, keadaan rongga mulut dan bentuk bibir.
Dalam bahasa Melayu ,terdapat enam vokal asli,iaiatu terdiri daripada tiga vokal
depan ,satu vokal tengah,dan dua vokal belakang yang diperlihatkan dalam carta
vokal bahasa Melayu yang berikut.

24

Rajah keratin rentas lidah sebagai carta vokal bahasa Melayu

I.

Vokal Hadapan Sempit atau Tinggi [ i ]


Untuk mengeluarkan bunyi vokal ini, depan lidah dinaikkan hingga hampir

menyentuh lelangit keras, sementara hujung lidah didekatkan pada gusi. Lelangit
lembut diangkat untuk menutup rongga hidung. Udara dari paru-paru melalui rongga
mulut sambil menggetarkan pita suara tanpa sekatan, halangan atau himpitan yang
boleh menyebabkan geseran kedengaran. Bibir berada dalam keadaan terhampat.

Awalan

pertengahan

akhiran

[ijab]

[minum]

[beli

insan]

[kilang]

[cari]

II.

Vokal Depan Separuh Sempit (e)


Bagi menghasilkan bunyi vokal /e/ pula, bahagian bibir atas dan bibir bawah

hendaklah dihamparkan. Kemudian, hadapan lidah pula dinaikkan separuh tinggi


iaitu rendah sedikit sahaja daripada bunyi vokal /i/. Manakala lelangit lembut dan
anak tekak pula dinaikkan dengan menutup bahagian rongga hidung. Udara dari
paru-paru disalurkan keluar ke rongga mulut tanpa menerima sebarang gangguan.

25

Bersamaan dengan itu juga, bahagian pita suara dirapatkan serta digetarkan.
Sebagai contoh:
awalan

pertengahan

akhiran

[ekor]

[kekok]

[kole]

[enak]

[belok]

[tauge]

III.

Vokal Hadapan Separuh Luas atau Separuh Rendah [ ]


Bunyi vokal // dapat dihasilkan melalui hadapan lidah yang dinaikkan

separuh rendah ke daerah lelangit keras, iaitu rendah sedikit daripada cara
menghasilkan bunyi vokal /e/. Kemudian,lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan
untuk menutup rongga
hidung. Udara dari paru-paru disalurkan keluar ke bahagian rongga mulut dan pita
suara digetarkan. Manakala bibir pula adalah berada dalam keadaan dihamparkan.
Vokal ini juga dikenali juga sebagai vokal depan lampau separuh rendah.
Sebagai contoh:
awalan

pertengahan

akhiran

[sok]

[kk]

[sor]

[nak]

[blok]

[ol-ol

IV.

Vokal Hadapan Luas atau Rendah [ a ]


Turut dikenali juga sebagai vokal hadapan lampau rendah.

Untukmenghasilkan bunyi vokal tersebut, hadapan lidah hendaklah diturunkan


serendah yang mungkin. Kemudian lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan untuk
menutup bahagian hidung.
Seterusnya udara dari paru-paru disalurkan keluar ke bahagian rongga mulut sambil
menggetarkan pita suara. Walaubagaimanapun,udara yang keluar ini tidak
mengalami sebarang halangan. Sebaliknya, bibir pada ketika ini adalah dalam
keadaan

26

yang melampau dan bunyi yang dihasilkan pula ialah bunyi [a].
Sebagai contoh:
Awalan

pertengahan

akhiran

[angsa]

[rapi]

[lupa]

[alis]

[palam]

[kena

V.

Vokal Belakang Sempit [ u ]


Vokal /u/ dihasilkan dengan cara belakang lidah dinaikkan ke daerah lelangit

lembut untuk menyempitkan bahagian rongga mulut dan anak tekak dinaikkan untuk
menutup rongga hidung. Bersamaan dengan itu, pita suara dirapatkan serta
digetarkan.
Sementara itu, bibir dibundarkan dan bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal /u/.
Sebagai contoh:
Awalan

pertengahan

akhiran

[ungka]

[tuba]

[batu]

[ulam]

[pucat]

[kelu

VI.

Vokal Belakang Separuh Sempit [ o ]


Bahagian belakang lidah sedikit antara paling tinggi belakang dan yang paling

rendah boleh dicapai di belakang lidah. Bibir dibiarkan dalam keadaan bundar.
Apabila udara disalurkan keluar maka bunyi yang dihasilkan ialah vokal /o/. Sebagai
contoh:
Awalan

pertengahan

akhiran

[orang]

[roket]

[milo]

[onar]

[pocong]

[keromo

27

VII.

Vokal Separuh Luas atau Separuh Rendah []


Vokal ini juga dikenali sebagai vokal belakang separuh luas rendah. Untuk

menghasilkan vokal // ini, belakang lidah hendaklah dinaikkan separuh luas ke arah
lelangit lembut. Manakala, lelangit lembut dan juga anak tekak pula dinaikkan
untuk menutup rongga nasal sementara pita suara dirapatkan sambil digetarkan.
Bibir pula hendaklah dalam keadaan bundar. Bunyi vokal dihasilkan ialah vokal //.
Sebagai contoh:
awalan

pertengahan

akhiran

[leh]

[b leh]

[pidat ]

[pera]

[pr ton]

[tomat ]

Vokal Tengah [ ]
Untuk menghasilkan vokal ini, bahagian tengah lidah mestilah dinaikkan ke
bahagian pertemuan di antara lelangit keras dan lelangit lembut. Kemudian, lelangit
lembut dan anak tekak hendaklah dinaikkan untuk menutup bahagian rongga nasal.
Pita suara dirapatkan apabila udara disalurkan melaluinya, maka pita suara pula
akan bergetar. Bunyi // akan dihasilkan di mana vokal ini pula hanya terdapat di
bahagian awalan dan di pertengahan perkataaan sahaja. Sebagai contoh:
Awalan

pertengahan

[mak]

[blah]

[mas]

[clah

5.4 konsonan
Bunyi-bunyi konsonan ialah bunyi-bunyi bahasa selain bunyi vokal, Ia juga
dikenali dengan nama huruf mati.Bunyi konsonan mungkin bersuara dan mungkin
tidak. Semasa menghasilkan bunyi konsonan,udara yang keluar dari paru-paru akan
menerima sekatan, sempitan dan geseran, sama ada dibahagian rongga tekak,
mulut atau hidung. Bunyi konsonan boleh mempengaruhi bunyi vokal dalam
sebutan, misalnya apabila menyebut konsonan sengau, bunyi vokal yang
mengikutinya turut akan disengaukan. Proses ini dinamakan sengauan. Konsonan
terbahagi kepada dua iaitu konsonan Melayu asli dan konsonan pinjaman seperti
yang disenaraikan dalam jadual dibawah
28

Bunyi Konsonan Melayu Asli

Bunyi Konsonan Melayu Pinjaman

Konsonan letupan dua bibir tidak


bersuara

Konsonan geseran bibir gigi tidak


bersuara

Konsonan letupan dua bibir bersuara

Konsonan geseran bibir gigi bersuara

Konsonan letupan gusi tidak bersuara

Konsonan geseran gigi tidak bersuara

Konsonan letupan gusi bersuara

Konsonan geseran gigi bersuara

Konsonan letupan lelangit lembut


tidak bersuara

Konsonan geseran gusi bersuara

Konsonan letupan lelangit lembut


bersuara

Konsonan geseran gusi lelangit keras


tidak bersuara

Hentian glotis

Konsonan geseran lelangit lembut


bersuara

Konsonan letusan lelangit keras tidak


bersuara

Konsonan geseran lelangit lembut tidak


bersuara

Konsonan letusan lelangit keras


bersuara
Konsonan geseran gusi tidak
bersuara
Konsonan geseran gusi bersuara
Konsonan geseran glotis bersuara
Konsonan geseran sisian gusi
bersuara
Konsonan sengau dua bibir bersuara
Konsonan sengau dua gusi bersuara
Konsonan sengau lelangit lembut
bersuara
Konsonan sengau gusi lelangit keras
bersuara
Separuh vokal dua bibir bersuara

29

Separuh vokal lelangit keras bersuar

Rajah yang berikut memperlihatkan bunyi-bunyi konsonan Melayu asli.


Daerah artikulasi
Cara
penghasila
n
Letupan

Dua
bibir
p b

Gusi

Gusi
lelangit
keras

Lelangit
keras

t d

Lelangit
lembut

Pita
suara

k g

Letusan

c j

Geseran

Getaran

Sisian

Sengauan

Separuh
vocal

Jadual carta konsonan melayu asli


Cara membunyikan konsonan Melayu asli
(a)Konsonan letupan dua bibir tidak bersuara [p]
Cara membunyikannya:
Dua bibir dirapatkan untuk membuat sekatan penuh pada arus udara dari
paru-paru ke rongga mulut. Manakala Lelangit lembut dinaikkan ke belakang atau ke
dinding rongga tekak untuk membuat sekatan udara dari paru-paru ke rongga
hidung. Pita suara direnggangkan. Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut
tanpa menggetarkan pita suara.Bunyi yang dihasilkan ialah letupan dua bibir tidak
bersuara [p] Sekatan pada dua bibir dilepaskan serta merta.
Contoh perkataan

30

Awal
Palu [palu]

Tengah
Lapik [lape ?]

Akhir
Atap [atap]

b) Konsonan letupan dua bibir bersuara [b]


Cara membunyikannya:
Cara membunyikannya sama seperti membunyikan konsonan [p]. Bezanya ialah
pita suara dirapatkan. Arus udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut dengan
menggetarkan pita suara..Bunyi yang dihasilkan ialah letupan dua bibir bersuara [b].
Contoh perkataan:
Awal
Batek[bate?]

Tengah
Rabun [rabun]

Akhir
Adab[adab]

c) Konsonan letupan gusi tidak bersuara [t]


Cara membunyikannya:
Hujung lidah dinaikkan rapat ke gusi untuk membuat sekatan penuh pada
arus udara. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke belakang/ke dinding rongga
tekak untuk menutup arus udara ke rongga hidung. Pita suara direnggangkan. Arus
udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut tanpa menggetarkan pita
suara. Sekatan yang dibuat oleh hujung lidah dan gusi dilepaskan serta-merta.
Bunyi yang dihasilkan ialah letupan gusi tidak bersuara [t].
Contoh perkataan:
Awal
Takut [takut]

Tengah
Batas [batas]

Akhir
Padat [padat]

d) Konsonan letupan gusi bersuara [d]


Cara membunyikannya:
Cara membunyikannya sama seperti membunyikan konsonan [t]. Bezanya
ialah pita suara dirapatkan.Arus udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut
dengan menggetarkan pita suara. Bunyi yang dihasilkan ialah letupan gusi bersuara
[d].
31

Contoh perkataan:

Awal
Dalam [dalam]

Tengah
Tanduk [tandu?]

Akhir
Abad [abad]

e) Konsonan letupan lelangit lembut tidak bersuara [k]


Cara membunyikannya:
Belakang lidah dirapatkan ke lelangit lembut untuk membuat sekatan penuh
pada arus udara. Lelangit lembut dan anak tekak dirapatkan ke rongga tekak bagi
menutup arus udara dari paru-paru ke rongga hidung.Pita suara direnggangkan.
Arus udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut tanpa menggetarkan pita
suara. .Sekatan udara yang dibuat oleh belakang lidah dilepaskan serta-merta.
Bunyi yang dihasilkan ialah letupan lelangit lembut tidak bersuara [k].
Contoh perkataan

Awal
Kala [kala]

Tengah
Makan [makan]

Akhir
Tamak [tama?]

f) Konsonan letupan lelangit lembut bersuara [g]


Cara membunyikannya:
Cara membunyikannya sama seperti membunyikan konsonan [k]. Bezanya iala
pita suara dirapatkan. Arus udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut dengan
menggetarkan pita suara. Bunyi yang dihasilkan ialah letupan lelangit lembut
bersuara [g].
Contoh perkataan:

Awal
Garam [garam]

Tengah
Pagar [pagar]

32

Akhir
Dialog [dialog]

g) Hentian glotis [?]


Cara membunyikannya lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke belakang atau
ke dinding rongga tekak untuk membuat sekatan udara dari paru-paru ke rongga
hidung. Pita suara dirapatkan sepenuhnya. Arus udara yang keluar dari paru-paru
dibiarkan tersekat di belakang rapatan pita suara.Udara disekat oleh rapatan
pitasuara tanpa menggetarkan pita suara.
Bunyi yang dihasilkan
Awal
Anak [?ana? ]

Tengah
Saat [sa?at]

Akhir
Lemak [lema?]

h) Konsonan letusan lelangit keras tidak bersuara []


Cara membunyikannya hadapan lidah dinaikkan rapat ke lelangit keras untuk
membuat sekatan pada arus udara.Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke
belakang/ke dinding rongga tekak untuk membuat sekatan terhadap arus udara dari
paru-paru ke rongga hidung. Pita suara direnggangkan. Arus udara dari paru-paru
keluar melalui rongga mulut tanpa menggetarkan pitasuara.Udara yang tersekat oleh
hadapan lidah di lelangit keras dilepaskan perlahan-lahan. Bunyi yang dihasilkan
ialah letusan lelangit keras tidak bersuara []
Awal

Tengah

Akhir

Cara [ara]

Laci [lai]

Koc [ko]

i)Konsonan letusan lelangit keras bersuara [ ]


Cara membunyikannya sama seperti membunyikan konsonan []. Bezanya
ialah pita suara dirapatkan. Arus udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut
dengan menggetarkan pita suara.Bunyi yang dihasilkan ialah letusan lelangit keras
bersuara []
Awal
Jala [ala]

Tengah
Kanji [kani]

33

Akhir
Kolej [kole ]

j) Konsonan geseran gusi tidak bersuara [s]


Cara membunyikannya ialah dengan cara hujung lidah dikenakan pada gusi
.lelangit lembut dan anak tekak dinaikkanke belakang rongga tekak untuk membuat
sekatan arus udara dari paru-paru hingga ke hidung.Pita suara dirapatkan .Arus
udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut dengan menggetarkan pita suara .Arus
udara dibiarkan keluar melalui tepi lidah sahaja. Bunyi yang diasilkan konsonan ini
ialah seperti yang terdapat dalam jadual dibawah.
Awal
Silap [silap]

Tengah
Lasak [lasa?]

Akhir
Pedas []pedas]

K) Konsonan geseran gusi bersuara [r]


Cara membunyikan konsonan ini ialah hujung lidah dikenakan
pada gusi.Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke belakang rongga tekak
untuk membuat sekatan arus udara dari paru-paru ke rongga hidung.Pita suara
dirapatkan. Arus udara yang keluar dari paru-paru melalui rongga tekak
menggetarkan pita suara . Arus udara melalui rongga mulut menggetarkan hujung
lidah Bunyi yang dihasilkan ialah konsonan getaran gusi bersuara [r] seperti dalam
jadual dibawah
Awal
Rapat [rapat]

Tengah
Tiram [tiram]

Akhir
Sabar [sabar]

l) Konsonan geseran glotis bersuara [h]


Cara membunyikanya ialah
Glotis terbuka luas dan lelangit lembut dinaikkan rapat ke dinding belakang rongga
tekak .Arus udara dari paru-paru keluar bergeser tanpa gangguan dan keadaan
dalam rongga mulut seperti menghasilkan bunyi-bunyi vokal. Contoh kehadiran
dalam perkataan ialah
Awal

Tengah

Akhir

34

Hujan

Saham

Buluh

m) Konsonan sisian gusi bersuara [l]


Cara membunyikanya ialah hujung lidah dikenakan pada gusi.Lelangit
lembut dan anak tekak dinaikkan ke belakang rongga tekak untuk membuat sekatan
arus udara dari paru-paru ke rongga hidung. Pita suara dirapatkan. Arus udara

dari paru-paru keluar ke rongga mulutdengan menggetarkan pita


suara. Arus udara dibiarkan keluar melalui tepi lidah sahaja .Bunyi
yang dihasilkan ialah konsonan sisian gusi bersuara [l] seperti dalam jadual
dibawah.
Awal
Lagu []lagu]

Tengah
Tilam [tilam]

Akhir
Tebal [tebal]

n) Konsonan sengau dua bibir bersuara[m]


Cara membunyikannya ialah dengan cara .Bibir bawah dan bibir
atas dirapatkan untuk membuat sekatan pada arus udara . Lelangit lembut dan anak
tekak diturunkan untuk memberikan laluan arus udara dari paru-paru ke rongga
hidung. Arus udara dari paru-paru masuk ke rongga mulut dan terus ke rongga
hidung. Pita suara dirapatkan untuk membuat getaran. Arus udara dilepaskan
perlahan-lahan. Bunyi yang dihasilkan ialah konsonan sengau dua bibir
bersuara[m]seperti pada perkataan yna berikut.
Awal
Murah [murah]

Tengah
Teman [teman]

Akhir
Badam [badam]

o) Konsonan sengau gusi bersuara[n]


Cara membunyikannya,ialah, hujung lidah dinaikkan pada gusi atau gigi gusi
untuk membuat ekatan arus udara.Lelangit lembut dan anak tekak diturunkan untuk
memberikan laluan arus udara dari paru-paru ke rongga hidung Pita suara
dirapatkan Arus udara dari paru-paru melalui rongga mulut dan terus ke rongga
35

hidung. Arus udara dilepaskan perlahan-lahan. Bunyi yang dihasilkan ialah


konsonan sengau gusi bersuara [n]seperti pada perkataan berikut.
Awal
Naga [naga]

Tengah
Tanah [tanah]

Akhir
Laman [laman]

p) Konsonan sengau lelangit lembut bersuara []


Cara membnyikannya Belakang lidah dirapatkan ke lelangit lembut untuk membuat
sekatan arus udara. Lelangit lembut dan anak tekak diturunkan untuk memberikan
laluan arus udara yang keluar dari paru-paru ke rongga hidung . Pita suara
dirapatkan dan digetarkan. Arus udara dari paru-paru melalui rongga mulut dan terus
ke rongga
hidung. Udara yang tersekat dibelakang lidah dan lelangit lembut dilepaskan
perlahan-lahan, Bunyi yang dihasilkan ialah konsonan sengau lelangit lembut
bersuara []seperti pada perkataan berikut.
Awal
Ngilu [gilu]

Akhir
Rangkap [ragkap]

Tengah
Lalang [lala]

q) Konsonan sengau gusi lelangit keras bersuara[]


Cara membunyikannya.Depan lidah dinaikkan ke lelangit keras untuk
membuat sekatan arus udara. Lelangit lembut dan anak tekak diturunkan untuk
memberikan laluan arus udara yang keluar dari paru-paru ke rongga hidung .Pita
suara dirapatkan dan digetarkan. Arus udara dari paru-paru melalui rongga mulut
dan terus ke rongga hidung.Udara yang tersekat didepan lidah dan lelangit keras

36

dilepaskan perlahan-lahan, Bunyi yang dihasilkan ialah konsonan sengau lelangit


keras gusi bersuara [n]seperti pada perkataan berikut.
Awal
Nyawa

Tengah
Anyam

r) Separuh vokal dua bibir bersuara [w]


Cara membunyikannya. Bibir dibundarkan Belakang lidah dinaikkan ke
lelangit lembut Lelangit lembut dinaikkan ke belakang rongga tekak untuk menyekat
arus udara dari paru-paru ke rongga hidung Udara dari paru-paru keluar ke rongga
mulut Pita suara digetarkan dan lidah bergerak dengan pantas ke kedudukan untuk
membunyikan vokal tengah[e]Bunyi yang dihasilkan ialah konsonan separuh vokal
dua bibir bersuara [w] seperti pada perkataan yang berikut,

Awal
Waris [waris]

Tengah
Kawan [kawan]

Akhir
Takraw [ta?raw]

s) Separu vokal lelangit keras bersuara [j ]


Cara membunyikannya. depan lidah diangkat tinggi kea rah gusi. Bibir
dihamparkan. Lelangit lembut dinaikkan ke belakang rongga tekak untuk
menyekat arus udara dari paru-paru ke rongga hidung .Pita suara digetarkan
sambil lidah bergerak pantas ke kedudukan untuk membunyikan vokal [e]. Bunyi
yang dihasilkan ialah bunyi separu vokal lelangit keras bersuara [j ] seperti pada
perkataan berikut.
Awal

Tengah
37

Yakin [jakin]

Payah [pajah]

38

5.5 Diftong
Diftong ialah rentetandua vokal yang dihasilkan dengan satu hembusan nafas
sahaja dan mempunyai satu puncak kelantangan. Diftong berperanan sebagai satu
fonem dan dilambangkan oleh dua lambing vokal,iaitu [ai],[au] dan [oi]. Seperti yang
telah dijelaskan ,untuk menghasilkan bunyi diftong ,berlaku geluncuran bunyi,iaitu
dari vokal yang mendahului ke vokal yang mengikutinya . Perhatikan rajah dibawah
bagi mengetahui pergerakan lidah yang berlaku dalam proses mengeluarkan diftong.

Yang berikut adalah cara-cara membunyikan kesemua diftong tersebut.

I.

Cara-cara menghasilkan diftong [ai]

Untuk menghasilkan diftong ai,lidah berada dalam kedudukan untuk vokal


depan[a] dan kemudian berpindah kepada kedudukan vokal depan sempit [i].
dengan kata lain ,bahagian depan lidah diangkat kearah vokal [i],tetapi tidak sampai
pada kedudukan tersebut. Hujung lidah menyentuh bahagian gigi bawah.lelangit
lembut dinaikkan rapat ke dinding rongga tekak dan arus udara dari paru-paru
39

melalui rongga mulut. Glotis dirapatkan dan pita suara bergetar. Bibir dibundarkan.
Contoh kehadiran dalam perkataan ialah,

II.

Haiwan

Pandai

Ghairah

Gulai

Cara-cara menghasilkan diftong [au]

Untuk menghasilkan diftong [au],lidah berada hakpir pada kedudukan vokal[a]


dan kemudian berubah kepada kedudukan vokal belakag sempit [u]. pada
mulanya,bibir terhampar tetapi menjadi semakin bundar. Lelangit lembut dinaikkan
rapat ke dinding rongga tekak dan arus udara dari paru-paru keluar melalui rongga
tekak. Glotis dirapatkan dan pita suara bergetar. Contoh kehadiran dalam perkataan
ialah,

Arat

Pulau

Tauladan

Kerbau

III.

Cara-cara menghasilkan diftong [oi]

Untuk menghasilkan diftong[oi] lidah mulu-mula berada pada kedudukan


vokal belakang separuh sempit[o] dan kemudian berubah kepada kedudukan vokal
depan separuh sempit[i]. pada mulanya ,bibir dibundarkan ,tetapi kemudian menjadi
semakin hampar. Lelangit lembut dinaikkan rapat ke dinding rongga tekak dan arus
udara dari paru-paru keluar melalui rongga tekak. Glotis dirapatkan dan pita suara
bergetar. Contoh kehadiran dalam perkataan ialah,
Boikot

baloi

Sepoi

amboi

40

6.0 KESIMPULAN
Kesimpulan keseluruhan tentang tajuk tugasaan ini ialah setiap bahasa yang
dituturkan didalam dunia ini pasti mempunyai keunikkan dan sejarah tersendiri.
Seperti mana yang tercatat dalam kerja kursus ini, bahasa Melayu juga mempunyai
sejarah dan keunikan tersendiri. Maka sebagai seorang yang cinta akan bahasa,
wajarlah kita mendalami bahasa ibunda ini dengan lebih mendalam hingga ke akar
umbi. Seterusnya kita juga perlu, mengkaji sistem bunyi yang digunakan dalam
kehidupan seharian agar kita mengetahui sedikit sebanyak fungsi-fungsi sesetengah
organ pada diri kita ini dan kaitannya dengan penghasilan bunyi-bunyi bahasa.
Daripada sejarah bahasa Melayu, bahasa Melayu berasal daripada rumpun
bahasa Austronesia, manakala bahasa Austronesia ini berasal daripada keluarga
bahasa Austris. Selain daripada rumpun bahasa Austronesia, rumpun bahasa
Austro-Asia dan rumpun bahasa Tibet-Cina. Manakala dalam berlakunya proses
pemecahan ini, bahasa melayu sekali lagi mengalami perpecahan iaitu terbahagi
kepada beberapa bahasa. Daripada bahasa Nusantra pula timbulnya bahasa
Melayu. Melalui asal-usul kedatangan ini, timbulnya beberapa pendapat yang
dikemukakan oleh para pengkaji mengenai proses pemecahan ini. Perdebatan
tersebut menghasilkan beberapa pendapat tentang susur galur bahasa Melayu.
Walaubagaimanapun, pendapat yang mereka kemukakan masih tidak bercanggah
kerana mereka masih menyatakan bahawa orang-orang Melayu adalah penutur asli
bahasa Melayu. Hal ini kerana terdapat pelbagai bukti-bukti yang telah dijumpai.
Antanya dari segi kebudayaan, peggunaan bahasa dan dari segi sistem tulisannya.
Selain itu, bahasa yang digunakan pada setiap hari mempunyai sistem dan
proses serta alat yang tersendir ibagi menghasilkan bunyi-bunyi bahasa. Alat alat
yang terlibat dalam penghasilan bunyi bahasa dikenali sebagai alat-alat artikulasi.
Sistem bahasa ini merangkumi fonetik dan fonologi . Melalui bab ini kita dapat
mengetahui maksud fonologi iaitu salah satu cabang ilmu bahasa yang mengkaji
tentang bunyi-bunyi yang berfungsi serta memberikan makna dalam sesuatu
bahasa. Seterusnya kita dapat membincangkan tentang jenis bunyi-bunyi bahasa
yang dihasilkan oleh alat-alat artikulasi manusia dan juga memberikan lambang
kepada bunyi-bunyi tersebut dibawah tajuk fonetik. Selain itu ,dalam tugasan kali ini
41

juga banyak menerangkan cara-cara penghasilan fonem-fonem yang terdapat dalam


bahasa Melayu. Setiap fonem mempunyai cara tersendiri untuk dilafazkan yang

melibatkan kedudukan lidah, bibir, lelangit dan alat- alat artikulasi yang lain.Setiap
kedudukan alat-alat artikulasi menghasilkan bunyinya yang tersendiri yang akan
menghasilkan bunyi-bunyi bahasa. Bunyi-bunyi bahasa terbahagi kepada tiga iaitu
bunyi vokal,bunyi konsonan dan bunyi dftong. Di dalm tugasan kali ini juga, kita
dapat mengetahui bahawa dalam bahasa Melayu terdapat sebahagian hurufhurufnya adalah pinjaman dan ada sebahagian huruf digabungkan untuk
menghasilkan satu bunyi yang dipanggil diftong

42

7.0 Rifleksi

Muhammad Firdaus bin Ismail


Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya dapat kami siapkan
kerja kursus yang telah diberikan. Dalam proses menyiapkan kerja kursus ini, saya
merasakan cukup seronok kerana selain dapat mengenali bahasa ibunda dengan
lebih mendalam, saya juga turut berpeluang memperbaiki tahap penguasaan bahasa
Melayu saya.
Saya tidak menyangka sama sekali bahawa bahasa Melayu ini amat unik dan
menarik untuk dikaji. Ini terbukti apabila saya mula mengkaji tentang asal usul
bahasa Melayu yang mana saya difahamkan bahasa Melayu ini mempunyai sejarah
tersendiri dan bahasa Melayu juga turut melalui tahap-tahap perkembanganya.
Berdasarkan pada kefahaman saya, bahasa Melayu ini mempunyai tiga tahap
perkembangan,iaitu bermula dengan bahasa Melayu kuno,bahasa Melayu klasik dan
yang terakhir bahasa Melayu moden iaitu bahasa Melayu yang diguna pakai di
Malaysia pada hari ini. Manakala dari aspek sejarah pula,saya mendapat banyak
maklumat yang mana bahasa Melayu ini pada awalnya banyak menerima
pengaruh-pengaruh dari luar dalam penggunaan bahasanya. Contohnya, bahasa
Melayu pada awalnya banyak dipengaruhi oleh bahasa Sanskrit .
Oleh itu, secara tidak langsung telah timbul semangat untuk memartabatkan
dan memperjuangkan bahasa Melayu di mata dunia seperti yang dilakukan oleh
tokoh-tokoh kita seperti Abdullah bin Abdul Kadir atau lebih dikenali sebagai
Abdullah Munsyi ,Zainal Abidin bin Ahmad atau lebih dikenali dengan panggilan
Za`ba dan ramai lagi.. Bahasa Melayu juga mempunyai sistem yang tersendiri yang
menjadikan bahasa Melayu begitu kompleks dan agak sukar untuk dicemari dengan
unsur-unsur yang mampu menggugat bahasa. Contohnya bahasa Melayu
mempunyai sistem bunyi .

43

Dalam proses ini juga, saya mendapat berbagai-bagai ilmu yang saya
percaya tiada diajar didalam mana-mana sukatan atau pun diajar dalam bilik kuliah
seperti kaedah mencari maklumat dalam perpustakaan, portal-portal yang
membincangkan bahasa Melayu dalam jaringan internet dan sebagainya.Ini
membuatkan saya lebih berdaya maju dan proaktif dalam menyiapkan sesuatu tugas
yang telah berikan.
Namun sudah menjadi asam garam kehidupan yang mana dalam sesuatu
perkara yang dilakukan pasti ada suka dan dukanya. Pengalaman manis yang saya
perolehi samasa menjalankan tugasan ini ialah saya dapat menimba pengalaman
baru dalam hidup saya. Contohnya saya dapat berinteraksi dan berkenalan dengan
beberapa orang pensyarah Pengajian Bahasa Melayu semasa menjalankan sesi
kolaborasi. Segala permasalahan mengenai tugasan ini dapat diselesaikan dengan
bimbingan dan tunjuk ajar dari mereka. Selain itu,saya juga dapat mengeratkan
sillaturahim dengan guru-guru pelatif senior semasa menjalankan tugasan ini.
Mereka juga banyak memberi tunjuk ajar kepada kami walaupun penglaman yang
dimiliki oleh meraka tidak seberapa. Namun, itu sudah cukup bagi memastikan hasil
kerja yang dihasilkan menjadi yang terbaik atas usaha saya dan bantuan pihak luar.
Jika ada suka pasti ada dukanya. Banyak pengalaman pahit yang terpaksa
saya tempuhi semasa menjalankantugasan ini. Antara pengalaman pahit yang
terpaksa saya lalui semasa menyiapkan tugasan ini saya terpaksa menghadapi
beberapa kesulitan semasa proses menyiapkan tugasan ini. Contohnya ,jaringan
internet sering menghadapi masalah, dan hal ini menyebabkan kami terpaksa
menunda pencarian maklumat menggunakan internet sehingga jaringan internet
tersebut menjadi seperti sedia kala. Seterusnya ,semasa menyiapkan tugasan ini,
saya sering tertekan dan tidak dapat memberikan tumpuan kepada kerja saya
sepenuhnya kerana suasana di asrama kediaman terlalu bising walaupun telah
menjangkau lewat malam. Namun saya tetap sabar dan tenang mengharungi
kesulitan ini.
Akhir kalam dari saya,saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak
terhingga kepada sesiapa yang terlibat membantu dalam proses menyiapkan
tugasan ini sama ada secara langsung atau secara tidak langsung.
Sekian .
44

Mohamad Luqmanulhakim bin Mohamad,


Alhamdulillahirabbilalamim...

Pertama sekali dari saya ingin mengucapkan syukur ke hadrat ilahi atas
berkat, kesabaran dan ketekunan saya dalam menempuhi pelbagai rintangan dan
halangan bagi menyiapkan kerja kursus ini iaitu bahasa Melayu.. Akhinya dapat jua
saya menyiapkan sepenuhnya kerja kursus ini. Malahan sejak hari pertama
menerima kerja ini lagi, saya tidak sabar-sabar bagi memulakan tugasan ini. Hal ni
sedemikian kerana minat saya yang mendalam terhadap bahasa Melayu. Sejak di
bangku sekolah lagi, saya amat tertarik dengan bahasa Melayu kerana ianya mudah
untuk difahami dan dihayati. Dalam refleksi ini saya ingin berkongsi sedikit tentang
pengalaman dan pelbagai situasi yang ditempuh oleh saya.
Oleh kerana kerja ini dilakukan perlu secara berkumpulan dan pengagihan
tajuk-tajuk telah diagihkan bagi mempermudahkan, dan mempercepatkan lagi kerjakerja. Bak kata pepatah berat sama dipikul,ringan sama dijinjing. Mengenai tentang
tajuk, tajuk tugasan tentang perkembangan bahasa Melayu yang telah diberikan
kepada saya. Melalui tajuk ini banyak ilmu yang saya pelajari tentang asal usul
sejarah bahasa Melayu dimana yang dahulu sebelum ini tidak pernah saya pelajari
dan dikaji. Antaranya ialah mengenai perkaitan antara fungsi dan sistem akan batu
bersurat. Justeru itu pekara ini telah membuka satu ruang baru bagi saya dalam
mendalami bahasa Melayu yang mempunyai sistem yang tersendiri dalam
pembentukan bahasa dan sebagainya.
Hal ini juga telah menjadikan suatu cabaran yang amat besar bagi saya
untuk mengkaji lebih mendalam akan erti sebenarya yang dimaksudkan dengan
bahasa dan bagaimana suatu tulisan,perkataan dan suatu bahasa boleh
berkembang sehinggalah kepada masa kini iaitu bahasa Melayu moden.
Saya juga memperolehi banyak input baru yang berkaitan bahasa melayu
seperti peringkat-peringkat pembinaan ayat dari perkataan dan seumpamanya yang
terus menarik minat saya untuk terus menerokai bahasa yang saya minati ini.

45

Dalam kekangan yang dihadapi oleh saya ialah kesukaran dalam mencari
sumber-sumber bahan maklumat seperti bahan-bahan rujukan. Hal sedemikian
kerana kebanyakan bahan-bahannya sudah dipinjam oleh orang lain. Tambahan
pula, tarikh kerja kursus kami adalah sama tarikh dengan pelajar lain. Hal ini telah
merumitkan saya dalam pencarian sumber. Namun,mujurlah ada bahan rujukan dari
senior-senior, dapat jua saya menggunakan manfaat ini meneruskan kerja kursus ini.
Di samping itu, saya juga boleh mempelajari pelbagai perkara dalam
menyelesaikan tugasan dalam kumpulan iaitu bermulanya pembahagian tugas
antara ahli kumpulan hingga kesepakatan dalam membuat keputusan. Ini membuka
mata saya bahawa perpaduan amat penting dalam hidup agar semua perkara dapat
diselesaikan dengan baik dan sempurna. Kita juga perlu sentiasa memberikan
komitmen yang tinggi dalam menjalankan tugas agar tugas dapat disiapkan
mengikut perancangan yang telah ditetapkan.
Kesimpulannya, saya percaya walaupun kita sebagai rakyat Malaysia yang
berbilang kaum dan bahasa, namun kita patut berbangga dengan bahasa yang telah
menjadi bahasa rasmi Negara iaitu bahasa Melayu kerana mempunyai nilai yang
tersendiri yang tidak boleh dibeli dengan wang ringgit. Sekian, terima kasih.

46

Biblografi
Buku
Abdullah Hassan(1980) Linguistik Am Untuk Guru Malaysia, Selangor : Fajar bakti
Sdn. Bhd. Petaling Jaya, .
Abdul Rashid Melebek, Amat Juhari Moain (2006) Sejarah Bahasa Melayu, Kuala
Lumpur: Utusan Publication & Distribution Sdn. Bhd.
Goay Teck Chong,Choo Cay Tee,Zainuddin Ahmad (2006), Teks Pra-u STPM
Bahasa Melayu Kertas 1, Selangor: Pearson Malaysia Sdn. Bhd
Hashim Musa (2003) Epigrafi Melayu: Sejarah Sistem Tulisan Bahasa Melayu, Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Ismail Hussien (1993) Tamadun Melayu Jilid Dua: Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
Melayu Dan Pustaka.
Siti Hajar Abdul Aziz (2008 ) Siri Pendidikan Guru Bahasa Melayu 1, Selangor:
Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Internet
http://www.scribd.com/doc/16874762/7729996FONOLOGIBAHASAMELAYU
http://ms.wikipedia.org/wiki/Bahasa_Melayu_Kuno
http://ms.wikipedia.org/wiki/Bahasa_Melayu_Klasik
http://ms.wikipedia.org/wiki/Bahasa_Melayu_Moden
47

Anda mungkin juga menyukai