Anda di halaman 1dari 2

PERNYATAAN PROFESIONAL

(Sebelum Praktikum)

Nama

: MOHAMAD IZZUDDIN IZZAT BIN AB SHUKOR

No K/P

: 920615-01-5041

Opsyen

: 7 PISMP BM/PJ/PM

Saya dikehendaki menjalani praktikum fasa 3 selama tiga bulan di Sekolah Kebangsaan
Bandar Putra, Kulaijaya Johor. Praktikum fasa 3 ini berfokuskan subjek major iaitu Bahasa
Melayu dan subjek minor iaitu Pendidikan Moral. Latihan praktikum ini dilaksanakan sebagai
memenuhi syarat yang telah ditetapkan oleh Institut Pendidikan Guru. Sebagai salah seorang
guru pelatih di Institut Pendidikan Guru Kampus Temnggong Ibrahim, Johor Bahru, saya wajib
menjalani latihan mengajar ataupun praktikum selama 3 bulan yang bermula pada 1 Februari
2015 sehingga 30 April 2015. Seramai lima orang pelajar dari opsyen Bahasa Melayu yang
ditempatkan di sekolah ini untuk menjalani praktikum bagi fasa 3 ini.
Antara perkara yang saya perlu lalui sebelum menjalankan praktikum ini ialah sesi
taklimat bersama unit praktikum. Sesi taklimat ini telah berlangsung pada 12 Februari 2015 di
Dewan Dato Khairudin Ahmad IPG Kampus Temenggong Ibrahim. Untuk taklimat praktikum kali
ini,

penekanan

adalah

berkenaan

prosedur

tanggungjawab pelajar, kehadiran praktikum,

perlaksanaan
wajaran

praktikum

praktikum

peranan

dan

dan garis panduan

perlaksanaan kokurikulum di sekolah. Sepanjang berada di sekolah, guru pelatih akan dipantau
dari semasa ke semasa bagi memastikan perjalanan Amalan Profesional berjalan lancar.
Selain itu, antara persediaan penting yang telah saya lakukan sebelum menjalankan
sesi praktikum ini adalah membuat persediaan dari segi mental dan fizikal. Perasaan takut dan
kekok bukan lagi masalah tapi keinginan untuk lebih mesra dengan warga sekolah merupakan
aspek yang ingin saya tekankan kelak. Saya juga berharap sepanjang tempoh praktikum ini,
saya akan dapat menjalinkan hubungan baik dengan seluruh warga SK Bandar Putra,
Kulaijaya, Johor. Untuk persediaan dari segi fizikal pula, saya perlulah bersedia untuk sentiasa
konsisten datang awal pada setiap hari sepanjang tempoh praktikum. Walaupun jarak antara
sekolah dan rumah sewa adalah dalam 5 km, saya akan pastikan kehadiran sepanjang tempoh
praktikum adalah konsisten awal.

Sepanjang tempoh praktikum ini juga, saya berharap agar dapat sentiasa mengemaskini
portfolio praktikum dan semua buku rancangan pengajaran harian setiap hari dan minggu tanpa
bertangguh. Perkara ini penting agar dapat mendisiplinkan diri selepas tamat praktikum kelak.
Antara harapan saya untuk membina jati diri guru ialah dapat menyesuaikan diri dengan
persekitaran sekolah. Selain itu, Kehadiran saya ke sekolah itu akan dapat diterima oleh guruguru, murid-murid dan kakitangan sekolah. Untuk itu, saya perlu menunjukkan sikap mesra
terhadap warga sekolah untuk membina hubungan baik antara saya dan warga sekolah. Di
samping itu, saya dapat menjalinkan hubungan profesional dengan guru-guru dan kakitangan
sekolah. Hubungan profesional ini dapat dijalin dengan bekerjasama dengan pihak sekolah
dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti yang berkaitan.
Sebagai bakal guru, azam dan harapan saya melalui latihan praktikum ini ialah untuk
membina dan meningkatkan jati diri seorang guru. Untuk membina jati diri ini, saya perlu
memperolehi pelbagai pendedahan dalam pelbagai bidang berkaitan perguruan dan pendidikan
Pendidikan Jasmani dan Kesihatan di sekolah khususnya. Selain itu, dalam praktikum ini juga,
saya berharap akan dapat memahami dan mengenali sedalamnya mengenai budaya murid dan
guru serta suasana di sekolah rendah sebagai pendedahan dan pengalaman awal sebelum
saya ditauliahkan sebagai seorang guru nanti. Pendedahan awal sangat penting kepada bakal
guru supaya teknik pengajaran dapat dijalankan dengan betul mengikut ketetapan yang telah
ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
Tambahan lagi, pensyarah yang akan membimbing dan mengawasi saya sepanjang
praktikum berlangsung ialah Dr. Hajah Maskiah bt Hj Masrom. Saya telah berjumpa dengan
pensyarah pembimbing praktikum untuk mendapatkan keterangan yang lebih lanjut. Beliau juga
telah memberitahu mengenai prosedur menjalani praktikum dengan begitu baik. Beliau juga
menasihati saya agar membuat tugasan yang diberikan dengan kemas dan penuh
tanggungjawab. Saya telah membuat persediaan untuk pergi ke sekolah menjalani praktikum
dengan membeli alat tulis, fail, buku dan bahan bantu mengajar yang akan digunakan sewaktu
praktikum.
Akhir kata, saya amat berharap agar proses praktikum ini berjalan dengan lancar dan
saya dapat melakukan sesuatu sumbangan yang berguna dan bermanfaat untuk sekolah
semasa menjalani praktikum kelak. Saya akan menjalankan tugas saya sebagai seorang guru
dengan penuh dedikasi dan bertanggungjawab. Saya juga turut akan menjadi seorang guru
yang penyayang dan baik semasa berada di sekolah.