Anda di halaman 1dari 4

TUN TAN CHENG LOCK

Tun Tan Cheng Lock

Tun Tan Chen Lock dilahirkan pada 5 April 1883 di Hereen


Street, Melaka.

Pada tahun 1913, Tun Tan Cheng Lock telah mengahwini Yeo
Yeok Neo, anak Yeo Tin Thye, iaitu Presiden Persatuan Masyarakat
Hokkien Melaka. Hasil perkongsian mereka berdua, dikurniakan
seorang anak lelaki bernama Tun Tan Siew Sin dan empat orang
anak perempuan iaitu Kim Tin, Wee Geok Kim, Alice Kim Yoke dan
Agnes Kim Lwi.

Berasal daripada keluarga berada dan mendapat pendidikan


di sekolah Iggeris.

Mendapat pendidikan di Malacca High School dan Raffles


Institution, Singapura.

Bertugas sebagai guru di Raffles Institution selama enam


tahun.

Bekerja sebagai penolong pengurus di estet getah


sepupunya sebelum membuka syarikat getah sendiri.

Dilantik menjadi anggota tidak rasmi Majlis Perbandaran


Melaka pada tahun 1912.

Pada tahun 1923 beliau dilantik sebagai Ahli Majlis


Perundangan Negeri-negeri Selat

Orang Asia pertama dilantik ke Majlis Eksekutif Negeri-negeri


Selat.

Merupakan salah seorang pemimpin paling awal


membayangkan kemerdekaan Tanah Melayu.

Dilantik sebagai Pengerusi Pusat Tenaga Rakyat dan


memasuki Majlis Tindakan Bersama Se-Tanah Melayu (PUTERAAMCJA)

Sejak meletusnya Perang Dunia Pertama, beliau bergiat


dalam Persatuan Rakyat British Keturunan Cina Selat( Straits
Chinese British Association)

Pada tahun 1943 beliau menubuhkan Persatuan Orang Cina


Seberang Laut India.

Usaha Tun Tan Cheng Lock dan beberapa pemimpin Cina lain
seperti Tun Leong Yew Koh akhirnya melahirkan Persatuan Cina
Tanah Melayu (Malayan Chinese Association-MCA) PADA Februari
1949.
Ketika memimpin MCA, beliau telah menunjukkan kecenderungan
membela kaum Cina melalui kerjasama dengan orang Melayu dan

India. Beliau menjadi ahli dalam Jawatankuasa Hubungan Kaum,


wakil MCA dalam Konvensyen Kebangsaan dan bersama-sama
menubuhkan parti Perikatan.
Penubuhan Perikatan menjadi landasan mencapai kemerdekaan
dan kestabilan politik negara. Asas yang dipupuk dalam Perikatan
menjadi ikutan generasi pemimpin yang terkemudian dengan
tertubuhnya Barisan Nasional yang mengandungi komponen
parti yang lebih banyak.
Sebagai mengenang khidmat dan jasa yang ditaburkan, beliau
telah dikurniakan anugerah dan bintang kehormatan oleh
kerajaan British, Persekutuan dan Negeri. Antaranya ialah S.M.N.
yang membawa gelaran Tun oleh DYMM Seri Paduka Baginda
Yang Dipertuan Agong pada tahun 1958.

Seorang pemimpin berjiwa rakyat

Perjuangan Tun Tan Cheng Lock telah diteruskan oleh


anaknya Tun Tan Siew Sin.

Beliau meninggal dunia pada 13 Disember 1960 pada usia


77 tahun.

Anda mungkin juga menyukai