PETROCHEMICAL
ENGINEERING
DEPARTMENT
POLITEKNIK
KUCHING SARAWAK
SISTEM HIDRAULIK
(HYDRAULIC SYSTEM)
OBJEKTIF :
3.1 Pengenalan
Sistem hidraulik banyak digunakan di dalam industri automobil seperti sistem stering
kuasa ataupun sistem brek, satelit dan sebagainya. Sistem ini menggunakan cecair sebagai
media penghantaran kuasa. Bendalir yang biasa digunakan adalah minyak yang tidak boleh
dimampatkan dan berfungsi sebagai bahan pelicin. Sistem hidraulik adalah tahan lasak dan
bertindak pantas.
Prinsip hidraulik mengaplikasikan hukum pascal yang menyatakan tenaga boleh dipindahkan
melalui cecair.
Selain bendalir ini dijadikan sebagai penghantar kuasa dalam sistem hidraulik. Ia juga
memberikan fungsi-fungsi seperti berikut:
Fungsi utama bendalir hidraulik ialah untuk menghantar tenaga dari satu tempat ke tempat
yang lain. Bendalir yang digunakan dalam sistem hidraulik adalah dari jenis minyak galian dan
bendalir ini adalah tahan api dan tidak boleh mampat. Bagaimanapun kita perlu mengetahui
sifat-sifat penting bendalir.
ii. Pelinciran
Relief valve
Directional
control valve
Pam hidraulik digunakan untuk memindahkan minyak hidraulik ke dalam sistem. Terdapat dua
kumpulan utama bagi iaitu pam anjakan positif (hidrostatic) dan pam dinamik(hidrodynamic).
Contoh pam dari jenis ini adalah pam jenis jejari(radial) dan paksi(axial). Pam
jenis ini menghasilkan aliran berterusan yang sekata sementara aliran
bendalir akan berkurangan apabila rintangan litar bertambah.
Pam jenis ini menganjakkan kuantiti cecair yang telah ditetapkan pada
setiap pusingan aci pam sebagai keluarannya. Pam anjakan positif ini boleh
dikelaskan mengikut pergerakan dalamannya. Terdapat 3 jenis pam yang
digunakan seperti berikut:
Kerap digunakan di dalam sistem hidraulik untuk mengepam bendalir kerana harga murah dan
binaannya mudah.
Merujuk kepada rajah 3.3, minyak masuk melalui liang masukan dan terperangkap
antara gigi-gigi gear yang berputar dan perumah (housing) dan kemudian dibawa keluar
melalui liang keluaran. Semasa gear berputar ia akan memerangkap semula udara dan
akan membentuk kedap (seal). Kedap ini berfungsi sebagai penutup dan akan
menghalang minyak masuk semula ke liang masukan. Minyak hanya boleh keluar di
liang keluaran sahaja.
Pam gear dalaman menggunakan dua gear dengan gear taji terletak di dalam sebuah
gear yang lebih besar. kedua-dua gear dipisahkan pada satu bahagian oleh pemisah
yang berbentuk bulan sabit dan pada bahagian lagi gigi kedua-dua gear adalah berjejari.
Prinsip kendalian:
Semasa rotor berputar, daya putaran ini menyebabkan terkeluar daripada lubang alurnya (slot
vane). Bilah-bilah tersebut akan sentiasa bersentuhan dengan selongsong (casing). Apabila saiz
kebuk (ruang udara) ini membesar, maka akan terdapat ruang atau alur masuk pada pam. Ini
akan menarik bendalir masuk ke dalam pam. Bendalir ini di bawa ke ruang atau alur keluar
apabila rotor terus menerus berputar. Maka bendalir yang dihasilkan bertekanan tinggi.
Pam piston adalah lebih kompleks dan mahal. Digunakan dengan meluas untuk sistem yang
memerlukan kelajuan serta tekanan yang tinggi.Terdapat dua jenis:
Piston-piston pam jenis ini biasanya diletakkan selari dengan penggerak aci. Apabila aci
berputar maka piring putaran akan juga berputar, ini menyebabkan piston-piston bergerak.
Bendalir memasuki ke dalam pam mengikut injap sehala 1 atau 2. Ini akan menyebabkan piston
bergerak ke dalam. Cecair di dalam piston pula akan tertolak keluar oleh tolakan piring putaran.
Injap sehala memastikan cecair yang masuk dan keluar mengikuti satu arah sahaja.
Prinsip kendalian:
Apabila blok silinder berpusing, cecair akan memasuki ruang kosong piston, dimana pada
ketika ini cecair disedut masuk dan sebahagian cecair lain yang telah berada di dalam ruang
piston akan tertolak keluar, kelajuan dan tekanan bendalir adalah bergantung kepada kelajuan
dan bilangan piston bekerja. Pergerakan piston pula bergantung kepada putaran blok silinder.
Injap hidraulik berfungsi sebagai pengatur arah aliran bendalir dari bekalan kepada penggerak.
Terdapat 3 jenis injap yang utama :
Injap omboh
i. Jenis pusat terbuka : Bendalir akan mengalir terus menerus dari pam balik ke tangki
apabila berada pada kedudukan neutral.
ii. Jenis pusat tertutup: Pengaliran bendalir akan disekat dari pam pada kedudukan
neutral. Antara injap jenis tersebut adalah seperti berikut:
tuil
Injap ini terdiri daripada perumah (housing) , piston (Sliding spool), spring dan kedap (Seals)
Rajah 3.8 menunjukkan prinsip kendalian injap omboh. Bila tuil ditekan, arah aliran adalah
dari P ke A. Bila tuil dilepaskan maka spring akan menolak omboh ke kedudukan asal (neutral).
Merujuk rajah 3.10 dan 3.11, ia menunjukkan prinsip kendaliannya. Bila tuil ditekan, arah
aliran adalah dari P ke A dan bila tuil dilepaskan maka spring akan menolak omboh ke
kedudukan asal (normal). Pada kedudukan normal liang A bersambung ke liang T, Sementara
liang P ditutup, injap ini digunakan untuk mengawal silinder satu tindakan.
Banyak digunakan dalam sistem hidraulik. Ia bekerja berasaskan perubahan jarak diantara
pengepak dan muncung. Apabila pengepak mendekati muncung, tekanan keluaran akan
bersamaan tekanan bekalan dan apabila pengepak menjauhi muncung, tekanan keluaran akan
kurang. Ia digunakan sebagai pra-penguat untuk injap omboh.
a. Penggerak Linear
Motor berfungsi apabila dimana bendalir menolak motor dan menghasilkan daya kilas
serta gerakan berputar yang berterusan.
Sistem hidraulik biasanya digunakan dalam kesemua kenderaan tanpanya kenderaan tidak
selamat dipandu. Rajah 3.18 dan 3.19 menunjukkan penggunaan sistem hidraulik pada trak dan
litar kawalan system hidraulik.