Anda di halaman 1dari 24

27

Pencapaian dan Penguasaan Konsep dalam


Matematik Peringkat SPM
A b u B a k a r N o rd in B h a sa h Hj. A b u B a k a r N o o r Shah S a a d
N o r ain M o h d Tajudin

Abstrak

Ka (an ini bertujuan untuk mengenai pasti pencapaian dan penguasaan konsep
matematik dalam peperiksaan SPM mengikut jantina, aliran dan jenis sekolah.
Instrumen kajian meliputi persoalan demografi partisipan dan ujian setara dengan
Matematik Kertas 2 SPM 2001. Bagi tujuan ini seramai 1329 partisipan telah
dipilih dari zon utara, zon timur, zon tengah dan zon selatan untuk menjawab
soalan ujian setara tersebut. Dapatan kajian ini menunjukkan pencapaian
keseluruhan partisipan adalah pada tahap sederhana dengan skor minnya 57.38.
Pencapaian partisipan menjawab Bahagian A dan Bahagian B adalah juga
sederhana dengan min masing-masing adalah 29.3 dan 28.3. Pencapaian
partisipan lelaki adalah lebih baik daripada partisipan perempuan. Hasil kajian
juga mendapati bahawa pencapaian partisipan dari jenis sekolah berasrama penuh
adalah lebih baik daripada sekolah misionari, premier dan sekolah harian biasa
dengan min skornya 69.50. Didapati juga pencapaian partisipan daripada sekolah
aliran agama adalah lebih baik daripada pencapaian partisipan sekolah aliran
teknik dan harian biasa dengan min skornya 65.68.
Pengenalan
Matematik merupakan satu mata pelajaran penting dalam kehidupan seharian
yang meletakkannya sebagai satu mata pelajaran yang mesti diajar di peringkat
sekolah rendah dan sekolah menengah. Selaras dengan status dan pentingnya
mata pelajaran matematik pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah
menetapkan setiap partisipan dikehendaki mengambil matematik di peringkat
sekolah rendah dan sekolah menengah. Kepentingan matematik ini adalah jelas
dengan kedudukannya sebagai mata pelajaran teras dalam peperiksaan UPSR,

448 / M enanggapi Keberkesanan dan Perubahan

PMR dan SPM. Kelulusan di peringkat kepujian adalah penting bagi mereka yang
ingin melanjutkan pelajaran dalam bidang sains, kejuruteraan, sains komputer,
perubatan, seni bina dan sebagainya yang ada kaitan dengan sains.
Matematik adalah penting dalam beberapa segi. Pertama, ia merupakan asas
kepada pemikiran logikal. Penguasaan matematik membolehkan partisipan
mengatur fikirannya secara yang logikal. Kedua, matematik bukan sekadar satu
bidang ilmu yang mengajar berfikir secara logikal tetapi juga merupakan asas
kepada beberapa bidang sains secara teori dan gunaan. Penguasaan dalam
matematik menjadikan seseorang partisipan itu mantap dalam kemahiran befikir
secara logikal dan kemahiran asas yang kukuh untuk menguasai lain-lain bidang
sains. Juga didapati matematik banyak menyumbang kepada pengukuran disiplin
partisipan. Seseorang partisipan yang mampu m enghabiskan m asa bagi
menyelesaikan sesuatu masalah matematik mempunyai sifat-sifat sabar, tekun
dan yakin diri.
Penyataan M asalah

Satu daripada kaedah KPM untuk menambahkan bilangan partisipan dalan bidang
sains ialah dengan memastikan bilangan partisipan yang mengambil sains dan
bukan sains ditingkatkan kepada nisbah 60:40 dengan harapan ini akan dapat
meluaskan lagi penceburan partisipan dalam bidang sains dan teknologi.
Pengetahuan dan kemahiran dalam bidang sains memerlukan penguasaan yang
baik dalam matematik. Tanpa penguasaan matematik, seseorang partisipan akan
menghadapi kesukaran untuk meneruskan pembelajaran mereka dalam bidang
sains. Di peringkat pembelajaran sekolah rendah dan menengah, malahan di IPT
sekalipun, kemahiran dalam matematik amat diperlukan untuk menguasai bidang
sains. Lantaran itu, penguasaan dalam matematik adalah menjadi asas kepada
pengajaran sains.
Pem belajaran M atematik di peringkat sekolah menengah adalah satu
kesinambungan daripada pembelajaran Matematik yang dibuat di peringkat
sekolah rendah lagi dan m erupakan satu persediaan untuk m elanjutkan
penggunaannya di peringkat yang lebih tinggi selepas peringkat menengah seperti
peringkat Diploma dan Ijazah. Oleh itu penguasaan kemahiran matematik di
peringkat sekolah menengah adalah penting bagi membolehkan partisipan
memperkukuhkan dan mempertingkatkan lagi pengetahuan dan kemahiran
mereka dalam mata pelajaran matematik di Tingkatan 4 dan Tingkatan 5.
Penguasaan yang lemah di peringkat sekolah menengah ini akan menggagalkan
matlamat kerajaan amnya dan KPM khasnya untuk mendapatkan penyertaan
partisipan dalam bidang sains dan bukan sains dengan nisbah 60:40 tadi. KPM
amat berharap agar harapan ini akan menjadi satu kenyataan pada masa hadapan.
Kalau diimbas kembali, kita akan dapati pencapaian Matematik di peringkat
sekolah rendah dan sekolah menengah adalah rendah. Pada tahun 1998, terdapat

Pencapaian dan Penguasaan Konsep dalam Matematik Peringkat SPM / 449

279,360 pelajar yang mengambil matematik di peringkat SPM yang terdiri dari
187,121 orang adalah pelajar bumiputera dan 92,239 adalah pelajar bukan
bumiputera. Daripada bilangan pelajar bumiputera pula yang mengambil
matematik, 64,743 lulus dengan mendapt gred antara A l dan C6 dan daripada
bilangan ini hanya 30,500 orang mendapat gred A. Ini bermakna 116,378 (65.4%)
pelajar bumiputera gagal mendapatkan gred yang memuaskan. Bagi pelajar bukan
bumiputera, 55,620 orang mendapat gred dari C6 ke A l. Daripada bilangan ini
38,002 (41.2%) pelajar bukan bumiputera mendapat gred A. Ini bermakna hanya
39.7% daripada pelajar bukan bumiputera gagal mendapat gred yang memuaskan.
Bilangan ini hampir sama dengan bilangan yang mendapat gred A. Prestasi dalam
M atematik khususnya yang dihadapi oleh pelajar bumiputera lebih parah
sekiranya diteliti dalam mata pelajaran Matematik tambahan di peringkat SPM
dan Matematik di peringkat STPM. Daripada 43,265 pelajar bumiputera yang
mengambil Matematik Tambahan hanya 16,267 (37.6%) mendapat gred dari C6
ke A l berbanding dengan 33,858 pelajar bukan bumiputera yang mengambil
Matematik Tambahan dan 25,693 (75.9%) mendapat gred dari C6 ke A l.
Kedudukan prestasi pelajar bumiputera lebih parah jikalau diteliti statistik yang
mendapat A l dan A2 iaitu 2,898 (6.7%) daripada bilangan pelajar bumiputera
yang mengambil matematik tambahan berbanding dengan 12,322 (36.4%)
daripada bilagan pelajar bukan bum iputera yang mengambil M atematik
Tambahan. Keadaan yang sama juga berlaku seterusnya pada tahun 1999 dan
2000 (KPM, 2001).
Kekurangan bilangan pelajar yang mengambil matematik di peringkat lebih
tinggi amat jelas dan lebih terasa dalam kalangan pelajar bumiputera. Pada tahun
1998 hanya 138 orang pelajar yang mengambil matematik S di peringkat STPM
berbanding dengan 2,526 orang pelajar bukan bumiputera. Daripada jumlah
pelajar bumiputera yang terlibat itu hanya 18 orang sahaja yang lulus (Gred E ke
A). Sementara 1277 orang bukan bumiputera yang lulus. Daripada statistik yang
dipaparkan ini maka jelaslah bahawa secara keseluruhannya bilangan yang
mengambil matematik berkurangan secara mendadak selepas peperiksaan SPM.
Bilangan yang berprestasi baik dan memuaskan dalam beberapa peperiksaan
didapati kecil berbanding dengan bilangan yang mengambil peperiksaan. Jurang
antara prestasi bumiputera dengan bukan bumiputera amat besar d: semua
peringkat persekolahan dan bertambah besar di peringkat yang lebih tinggi.
Kedudukan pembelajaran khususnya prestasi dalam matematik merupakan satu
masalah dalam aktiviti persekolahan dan pendidikan lebih-lebih lagi apabila mata
pelajaran ini merupakan asas dan pra syarat kepada penguasaan mata pelajaran
berkaitan sains dalam bidang profesional di peringkat tertian. Bertambah rumit
lagi apabila terdapat jurang yang besar dalam prestasi antara bumiputera dan
bukan bum iputera kerana kesan yang serius akan berlaku dalam proses
penyediaan tenaga profesional negara dan pendidikan secara kesuluruhan yang
juga akan memberi kesan negatif kepada usaha penstrukturan semula masyarakat.

450 / Menanggapi Keberkesanan dan Perubahan

Faktor kelemahan pelajar dalam matematik telah dikaitkan dengan kemahiran


asas, pemahamn konsep dan kecuaian (Abu Osman, 1998), juga kelemahan
pengiraan dan perterjemahan soalan berayat (Mohd Sarif & Abdul Razak, 1996).
Kemungkinan masalah penguasaan pelajar bumiputera khususnya pelajar Melayu
juga ada kaitan dengan faktor-faktor tersebut. Masalah penguasaan partisipan ini
juga adalah berkaitan dengan konsep-konsep dalam tajuk yang melibatkan bidang
nombor seperti pecahan dan perpuluhan yang menguji kemahiran-kemahiran
dalam operasi nombor bercampur dan penambahan dan penolakan interger negatif
(Noor Shan, 2002). Kajian oleh Ng (2002) juga menyatakan kelemahan partisipan
adalah dalam tajuk-tajuk indeks yang menguji kemahiran dalam gabungan indeks
bahagi, pendaraban dan pecahan. Kajian-kajian ini membuktikan sememangnya
wujud permasalahan penguasaan matematik pelajar dari peringkat menengah
hinggalah ke peringkat pengajian tinggi.
Jika dikaji dari segi jantina pula, kajian yang dibuat oleh Fennema, Carpenter
dan Jacobs (1998) selama tiga tahun berturut-turut mendapati wujudnya ketekalan
perbezaan dalam strategi menyelesaikan masalah diantara murid lelaki dan
perempuan. Murid perempuan cenderung menggunakan strategi yang lebih
konkrit seperti menggunakan model dan membilang manakala murid lelaki pula
berkecondongan menggunakan strategi yang lebih abstrak yang mencerminkan
kefahaman konsep mereka. Dalam satu kajian lain juga dalam bidang matematik,
strategi menyelesaikan masalah didapati berbeza antara murid lelaki dan
perempuan bermula dari umur 6 ke 8 tahun di mana murid perempuan lebih
menggunakan strategi memerhati (membilang) manakala murid lelaki lebih
menggunakan strategi mental (Carr dan Jessup, 1997). >
Lantaran itu, adalah menjadi matlamat dalam kajian ini untuk mengenai pasti
kemahiran atau tajuk-tajuk matematik yang menjadi masalah kepada pelajar
mencari permasalahan yang wujud dalam pembelajaran matematik dari segi
konsep dan kemahiran bagi mereka untuk menguasai pembelajaran matemaik
mengikut jantina, jenis sekolah, aliran sekolah dan sebagainya yang dianggap
penting untuk mencari perbezaan dalam proses pembelajaran matematik.
O bjektif K ajian

Objektif am bagi kajian ini adalah untuk menentukan pencapaian partisipan


dalam matematik berdasarkan jantina, jenis dan aliran sekolah. Oleh yang
demikian, objektif khusus bagi kajian mi adalah seperti berikut:
1. Untuk menentukan prestasi partisipan dalam soalan matematik yang
dikemukakan.
2. Untuk menentukan prestasi partisipan mengikut jantina bagi setiap soalan
dalam kertas ujian berkenaan
3. Untuk menentukan prestasi partisipan mengikut jantina dan konsep yang
wujud dalam setiap soalan yang dikemukakan dalam ujian berkenaan.

Pencapaian dan Penguasaan Konsep dalam Matematik Peringkat SPM / 451

4.

Untuk menentukan prestasi partisipan mengikut jenis sekolah (mission,


biasa, primier atau sekolah agama) bagi setiap soalan dan bahagianbahagian soalan dalam kertas ujian berkenaan
5. Untuk menentukan prestasi partisipan mengikut jenis sekolah dan konsep
yang wujud dalam setiap soalan yang dikemukakan dalam ujian
berkenaan.
6. Untuk menentukan prestasi partisipan mengikut aliran persekolahan
(teknik, agama atau harian biasa) bagi setiap soalan dan bahagian bahagian soalan dalam kertas ujian berkenaan.
7. Untuk menentukan prestasi partisipan mengikut aliran dan konsep yang
wujud dalam setiap soalan yang dikemukakan dalam ujian berkenaan-

M etodologi
R eka bentuk

Kajian ini melibatkan dua fasa. Fasa pertama adalah bertujuan menentukan
prestasi partisipan dalam ujian matematik mengikut jantina, aliran dan jenis
sekolah. Fasa kedua adalah untuk meneliti secara mendalam penguasaan konsep
dan kemahiran partisipan-partisipan bagi setiap soalan dalam ujian berkenaan.
Data kajian ini diperolehi melalui satu ujian yang dijalankan ke atas partisipanpartisipan tingkatan lima.
Sam pel

Populasi kajian adalah semua partisipan sekolah menengah tingkatan lima di


M alaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Sampel terdiri dari 1329 orang partisipan
untuk fasa pertama yang melibatkan empat zon yang diwakili oleh empat buah
negeri iaitu Kelantan mewakili Zon Utara, Johor mewakili Zon Selatan, Perak
mewakii' Zon Tengah dan Sarawak mewakili Zon Timur yang dipilih secara
rawak. Sampel yang terdiri daripada 1329 partisipan itu merangkumi 741
(55.76%) partisipan lelaki dan 588 (44.24%) partisipan perempuan. Seramai 807
(60.72%) adalah partisipan-partisipan dari jenis sekolah berasrama, 155 (11.66%)
partisipan sekolah premier, 156(11.74%) partisipan sekolah misionari dan 211
(15.88%) partisipan sekolah harian biasa. Manakala seramai 299 (22.50%) adalah
partisipan dari aliran sekolah agama, 294 (22.12%) dari aliran sekolah teknik dan
736 (55.38%) pula daripada aliran sekolah harian biasa. Bagi fasa kedua yang
melibatkan 85 orang partisipan, 36 (42.35%) adalah partisipan lelaki dan 49
(57.65%) adalah partisipan perempuan.

452 / M enanggapi Keberkesanan dan Perubahan

Instrum en

Satu instrumen kajian telah dibahagikan kepada dua bahagian. Bahagian pertama
mengandungi maklumat demografi partisipan(mengandungi jantina, aliran dan
jenis sekolah). Bahagian kedua ialah ujian setara matematik kertas 2 SPM 2001.
Ujian tersebut telah dibina mengikut prosedur yang telah ditetapkan dalam
pembinaan ujian yang piawai. Jadual penentuan ujian yang sama dari segi
kandungan, kemahiran, bilangan item dan wajaran telah dibina dan dipastikan
agar sama seperti item-item yang terdapat dalam Kertas 2 peperiksaan SPM 2001.
Kertas ujian yang dibina dianggap setara dengan kertas peperiksaan SPM 2001
dari segi konstruk, mutu, format dan pentadbiran ujian yang dilaksanakan itu.
Pakar-pakar dalam kursus matematik dari UPSI telah diminta untuk membina
kertas ujian tersebut.
Dalam ujian setara matematik SPM, soalan-soalan yang dikemukakan
merupakan gabungan konsep dan kemahiran atau tajuk dan beberapa tajuk.
Konsep dan kemahiran yang diuji tidak melibatkan kesemua konsep dan
kemahiran yang dipelajari dari Tingkatan Satu hingga Lima. Berikut adalah
senarai tajuk dan kemahiran yang diuji dalam ujian setara tersebut.
B ahagian A

Soalan 1:

(a)

i.
ii.

(b)

l.

ii.

Indeks integers pecahan


Gabungan indeks bahagi dan pendarapan
Pemfaktoran kaudratik
Penyelesaian persamaan

Soalan 2:

(a)
(b)
(c)

Ungkapan pecahan tunggal


Penyelesaian persamaan serentak
i.
Sudut, poligon sekata
ii.
Sudut segi tiga
iii.
Sudut dan garis selari

Soalan 3:

(a)

i.
ii.

(b)

l.

ii.

Soalan 4:

(a)

Persamaan matriks - menyelesaikan persamaan serentak


Pendaraban matriks dan kesamaan matriks
a) Gambar rajah Venn - persilangan tiga set
b) Menentukan pelengkap bagi persilangan dua set
c) Gabungan operasi set
Bilangan unsur set

i.
Geometri koordinat - kecerunan
ii.Geometri koordinat - persamaan garis lurus
iii. Pintasan - x

Pencapaian dan Penguasaan Konsep dalam Matematik Peringkat SPM / 453

Soalan 5:

(b)

i.
ii.

Luas bawah graf - kadar perubahan laju dari graf


Nilai masa

(a)

i.
iii
i.
ii.
iii.

Bulatan - perimeter rajah melibatkan sektor bulatan


Bulatan - luas rantau berlorek melibatkan sektor bulatan
Luas & Isipadu pepejal - piramid
Tinggi piramid
Isi padu piramid

(b)

Bahagian B
Soalan 6:

(a)
(b)
(c)

(d)
S soalan 7: (a)

(b)

Membina jadual nilai bagi fungsi


Melukis graf dengan skala diberi
i.
Mencari nilai x apabila y diberi daripada graf
ii. Mencari nilai y apabila x diberi dari graf
_
Melukis garis lurus yang sesuai pada graf dan mencari nilai x
i.
ii.
iii.
i.
ii.
iii.

Soalan 8:

(a)

(b)

Soalan 9:

(a)
(b)

(c)
Soalan 10: (a)

i.
ii.
iii.
i.
ii.

Menyatakan bering dari titik diberi


M engira bering dari titik diberi
Menyelesaikan masalah yang melibatkan bearing
mencari jarak
Menyelesaikan masalah melibatkan unjuran ortogon
garis pada satah
Menyelesaikan masalah melibatkan sudut dengan satah
Menentukan sudut antara dua satah
Mencari titik dari penjelmaan dari
satu titik
Mencari titik dari gabungan jelmaan yang sama
Mencari titik daripada gabungan tunggal yang setara
Mencari penjelmaan tunggal yang setara
* Menghuraikan penjelmaan setara degan gabungan dua
penjelmaan isometrik yang sama jenis
* Mencari luas melibatkan penjelmaan di bawah
pembesaran

Melukis pelan
Melukis dongakan dari hadapan
Melukis dongakan dari sisi
i.
ii.
iii.

Menentukan kebarangkalian sesuatu peristiwa


M engira kebarangkalian peristiwa bergabung A atau B
M engira kebarangkalian peristiwa bergabung A atau B

454 / Menanggapi Keberkesanan dan Perubahan

(b)

i.
ii.
iii.

Mengira kebarangkalian peristiwa pelengkap.


Mengira kebarangkalian melibatkan peristiwa bergabung
hasil tambah
Mengira kebarangkalian melibatkan peristiwa bergabung
hasil darab

Soalan 11. (a)


(b)

Mengira longitud pada satu tempat/titik


i.
Mengira latitud bagi satu tempat/titik
ii. Mengira jarak pada latitud
iii. Mengira masa perjalanan melibatkan jarak latitud/
longitud

Soalan 12. (a)


(b)

Melengkapkan jadual kekerapan


i.
Menyatakan kelas mod
ii.
Menghitung min anggaran
Membina ogif dan menyatakan nilai kuatil pertama

(c)

Tinjauan Literatur
Pengetahuan matematik boleh dikelaskan kepada dua bahagian iaitu, pengetahuan
konsep dan pengetahuan prosedur. Pengetahuan konsep melibatkan pengetahuan
tentang simbol, mengetahu1 pelbagai fakta matematik, memahami jawapan
selepas menggunakan algoritm a atau prosedur adalah betul atau salah.
Pengetahuan prosedur pula merupakan pengetahuan tentang langkah-langkah
yang spesifik untuk mendapatkan matlamat penyelesaian masalah dan juga
bagaimana untuk mengira, tambah, tolak, darab dan bahagi (Byres, 1996).
Pengetahuan konsep matematik juga dinyatakan sebagai memaham. perkaitan
antara maklumat-maklumat dan mengaitkannya bagi membina kefahaman.
Pengetahuan prosedur pula terdiri dari simbol yang mewakili sistem matematik
dan petua, algoritma prosedur menyelesaikan tugasan matematik (Hatfield, 2000).
Pembelajaran konsep dan kemahiran matematik merupakan satu proses yang
aktif. Matematik bukan sahaja melibatkan pengiraan (computation), menghafal
peraturan dan fakta, malah melibatkan penyiasatan, penerokaan, eksperimen,
mengemukakan masalah dan menyelesaikan masalah. Partisipan mempelajari
matematik dengan mewujudkan perkaitan matematikal di dalam minda mereka
dan mengkonstruk pengetahuan mereka sendiri dari pengetahuan asas dan
pengalaman semasa dalam bilik darjah. Konsep matematik juga merupakan satu
idea yang mempunyai ciri-ciri tersendiri seperti kualiti, kuantiti dan lain-lain yang
boleh dinyatakan secara jelas dengan perkataan. Sesuatu konsep matematik tidak
boleh difahami melalui definisi. Kefahaman konsep hanya boleh dicapai dengan
menemui contoh-contoh konsep itu. Contoh-contoh mengenai konsep perlu
dialami, dilihat, dirasai, diperiksa dan dibincangkan sehingga murid-murid dapat

Pencapaian dan Penguasaan Konsep dalam Matematik Peringkat SPM / 455

menyebut dan memperihalkan dengan bahasa yang tepat, ringkas dan bermakna.
Sesuatu konsep matematik yang telah dimantapkan dinyatakan pula dengan fakta
Pembinaan konsep matematik membabitkan tiga proses, iaitu penglibatan
aktif, reflektif dan pengabstrakan. Penglibatan aktif merujuk penggunaan gayadaya yang relevan seperti daya kognitif dan daya fizikal secara sedar dan aktif
untuk menjalankan aktiviti-aktiviti yang tertentu. Reflektif pula, merupakan
kebolehan fikiran untuk memerhatikan operasinya sendin iaitu proses yang
membabitkan renungan dan pemikiran semula terhadap aktiviti yang telah
dilakukan. Semakin abstrak dan kompleks seusuatu konsep matematik yang
dipunyai oleh murid, maka semakin tinggi kebolehan murid itu membuat refleksi
terhadap hasil penggunaan konsep tersebut. Seterusnya proses pengabstrakan
membabitkan pengeluaran unsur-unsur penting daripada proses refleksi.
Pembinaan konsep matematik yang abstrak melibatkan penggunaan proses
refleks' dan proses pengabstrakan secara berulang-ulang kali. Ini memerlukan
daya motivasi yang tinggi. Gabungan proses relfeksi dan proses pengabstrakan
dikenali sebagai proses pengabstrakan reflektif. Pengabstrakan reflektif
merupakan satu proses yang penting kerana sebarang skim ilmu dicari melibatkan
proses ini. Glasersfeld (1991) menjelaskan proses pembinaan konsep dan operasi
matematik sebagai:
Semakin abstrak konsep dan operasi yang hendak dibentuk, semakin
banyak pula aktiviti reflektif yang diperlukan. Refleksi, walau
bagaimanapun, tidak berlaku tanpa daya usaha. Konsep dan operasi yang
terlibat dalam matematik bukan melibatkan proses pengabstrakan yang
dilakukan sekali sahaja, tetapi kebanyakannya merupakan hasil daripada
beberapa tahap pengabstrakan. Oleh tu, bukan satu daya refleksi yang
diperlukan, tetapi satu jujukan daya refleksi - dan sebarang jujukan daya
usaha memerlukan motivasi yang kukuh (Glasersfeld, 1991: 14).
Dalam pengajaran dan pembelajaran konsep matematik, ahli psikologi telah
memberi beberapa panduan untuk pengajaran konsep matematik. Manurut Gagne,
konsep matematik adalah idea yang diabstrakkan daripada contoh-contoh konkrit.
Konsep matematik ini boleh dipelajari melalui beberapa teknik penyampaian,
iaitu:
i.
memberi berbagai-bagai contoh konkrit untuk membuat generalisasi.
ii.
memberi contoh yang berbeza tetapi berkaitan supaya partisipan dapat
membuat pembezaan. Misalnya konsep bulatan dibezakan dengan sfera
dan lengkungan.
i;i. memberi contoh-contoh yang tidak ada kaitan dengan konsep yang
diajar untuk membuat pembezaan dan generalisasi.
iv. memberi pelbagai jenis contoh matematik untuk memperolehi konsep
yang tepat.
Skemp (1971) menghuraikan konsep matematik sebagai perwakilan mental
ciri kesamaan. Menurut beliau konsep matematik dibahagikan kepada dua

456 / M enanggapi Keberkesanan dan Perubahan

kategori, iaitu konsep primer yang lebih mengabstrak, melalui pemerhatian, ciriciri kesamaan daripada pelbagai objek, gambar rajah atau perkara dalam kajian.
Manakala konsep sekunder terbentuk daripada pelbagai konsep primer yang
mempunyai kesamaan. Skemp juga memberi panduan cara mengajar konsep
matematik, iaitu konsep matematik yang hendak dibentuk perlulah disampaikan
dengan contoh-contoh yang sesuai dan perlu memastikan konsep-konsep yang
digunakan untuk m em bentuk konsep baru di dalam m inda m urid, iaitu
pengetahuan sedia ada.
M engikut Sharma (1992), terdapat empat faktor yang m em pengaruhi
pembelajaran matematik iaitu perkembangan kognitif partisipan, personaliti atau
gaya pem belajaran matematik, kem ahiran dan bantuan prasyarat untuk
pembelajaran matematik dan matematik sebagai bahasa berkomunikasi kedua.
Perkembangan kognitif partisipan melibatkan cara pemikiran partisipan. Terdapat
partisipan yang pemikirannya secara berpusat (centered), iaitu ia memberi fokus
kepada unsur di tengah-tengah tanpa melihat konsep-konsep lain yang terlibat.
Fenomena pemikiran berpusat ini boleh dikelaskan sebagai konsep prim er yang
menjadi penghalang bagi partisipan untuk mempelajari konsep-konsep yang lebih
tinggi dipanggil sebagai konsep sekunder. Sharma (1992) juga berpendapat
bahawa amat penting perkara ini diperbaiki dengan menggunakan strategi-strateg
tertentu. Latihan dan penjelasan yang berkesan adalah perlu di peringkat awal lag
supaya partisipan ini dapat menyesuaikan diri untuk pembelajaran konsep yang
lebih tinggi,
Gaya pembelajaran melibatkan cara individu memproses maklumat, iaitu
secara kuantitatif atau orientasi bersusun dan secara kualitatitf atau orientasi
visual/ruang. Gabungan dua proses merupakan cara untuk memaksimumkan
pembelajaran matematik. Walau bagaimanapun, salah satu gaya pembelajaran
tersebut akan terserlah atau menjadi domain bagi setiap individu. Jika gaya
pembelajaran partisipan ini dapat dipadankan dengan gaya pengajaran guru, hasil
pembelajaran yang maksimum dapat diperoleh. Faktor ketiga adalah peringkat
pemahaman dalam matematik. Penguasaan pemahaman matematik ini melibatkan
beberapa peringkat, iaitu intuitif, konkrit, perwakilan, abstrak, aplikasi dan
komunikasi. Dengan itu, pembelajaran matematik yang berkesan perlulah
memberi pengalaman belajar kepada partisipan daripada peringkat asas iaitu
intuitif sehinggalah ke peringkat yang paling tinggi, iaitu komunikasi. Faktor
keempat adalah kemahiran prasyarat bagi pembelajaran matematik. Faktor ini
merupakan yang paling mudah untuk diatasi d: mana sebelum partisipanpartisipan memahami konsep-konsep matematik, mereka perlu diasuh tentang
kem ahiran yang akan digunakan dalam pem belajaran matematik. Antara
kemahiran-kemahiran yang dianggap sebagai pra syarat dalam pembelajaran
matematik adalah:
i.
kemahiran mengikut arahan dan mengecam urutan-urutan arahan
ii.
kemahiran membuat pengkelasan

Pencapaian dan Penguasaan Konsep dalam Matematik Peringkat SPM / 457

iii. kemahiran menyusun atau mengatur langkah-langkah


iv. kemahiran membuat anggaran
v.
kemahiran melihat maklumat secara kelompok
vi. kemahiran mengenai pola/corak
vii. kemahiran membuat perwakilan gambar rajah
viii. kemahiran berfikir secara induktif
ix. kemahiran berfikir secara deduktif
Menurut Ernest (2002), guru berperanan dalam memberi tunjuk ajar kepada
partisipan, mengurus partisipan menjalankan penyiasatan tentang sesuatu perkara
atau objek dan mengurus partisipan memperoleh pengalaman melakukan
tindakan-tindakan yang teratur di dalam sesuatu aktiviti. Kesannya ialah konsep
matematik difahami dengan jelas di samping pengetahuan algoritma yang tinggi
kerana partisipan memahami matematik dengan lebih mendalam.
Dapatan Kajian

Analisis Pencapaian Partisipan dalam Ujian Matematik


Soalan ujian matematik ini adalah mengikut format SPM 2001. Kertas ini terdiri
daipada dua bahagian, iaitu Bahagian A dan Bahagian B. Bahagian A
m engandungi lim a soalan dan partisipan wajib menjawab semua soalan
berkenaan. Bahagian B pula mengandungi tujuh soalan dan partisipan diberi
pilihan untuk menjawab mana-mana empat soalan sahaja.
Jadual 1 menunjukkan pencapaian partisipan dalam ujian setara matematik.
Analisis dibuat berdasarkan kepada skor min yang diperolehi oleh partisipan
seramai 1328 orang. Didapati bahawa skor min bagi partisipan adalah 57.38
dengan sisihan piawainya 30.73. Min pencapaian partisipan dalam Bahagian A
pula ialah 29.4 dan sisihan piawainya 17.52, iaitu hanya 56.54% daripada jumlah
markah penuhnya. Manakala untuk Bahagian B pula, skor min pencapaian
partisipan adalah 28.3 dan sisihan piawainya 14.08, iaitu 58.95% daripada jumlah
markah penuhnya. Analisis ini menunjukkan bahawa pencapaian partisipan
m enjawab soalan-soalan dalam Bahagian A dan B tidak begitu ketara
perbezaannya dengan hanya peratus min perbezaan ialah 2.41% sahaja.
Jadual 2 menunjukkan pencapaian partisipan dalam ujian setara matematik.
Analisis Bahagian A menunjukkan bahawa pencapaian partisipan bagi Soalan 1
hingg 5 adalah dalam lingkungan di antara 48.36% hingga ke 62.64% daripada
markah penuhnya. Secara terperinci, skor min bagi Soalan 1 hingga lima adalah
5.57, 6.89, 6.04, 6.61 dan 5.32 dengan markah penuhnya adalah 8, 11, 11, 11 dan
11 masing-masingnya yang mana pencapaian partisipan paling rendah minnya
ialah dalam menjawab Soalan 5 dan pencapaian partisipan paling tinggi minnya
ialah dalam menjawab Soalan 2.

458 / Menanggapi Keberkesanan dan Perubahan

Jadual 1: Pencapaian Partisipan Mengikut Bahagian


Bahagian

Sisihan

Skor

Skor

Piawai

M inim um

M aksim um

29.4

17.52

52

48

28.3

14.08

48

100

57.38

30.73

100

Jumlah

M arkah

Partisipan

Penuh

1324

52

1322

Jum lah

1328

Jadual 2:

M in

Pencapaian Partisipan Mengikut Soalan

N o.

Bil.

S k or

S k or

Soalan

P artisipan

M in im u m

M a k sim u m

1307

5.57

8.35

1308

11

6.89

15.95

1286

11

6.04

13.78

1263

11

6.61

18.10

1218

11

5.32

17.31

1176

12

8.04

12.44

408

12

6.40

20.46

733

12

7.81

13.26

1072*

12

8 .1 0

14.14

10

355

12

3.59

10.93

11

222

12

9.26

13.81

12

938

14

8.03

13.36

M in

Sisihan
Piaw ai

Analisis Bahagian B pula menunjukkan empat soalan yang popular yang


menjadi pilihan partisipan adalah Soalan 6, 8, 9 dan 12 dengan peratus masingmasingnya adalah 88.49%, 55.15%, 80.66% dan 70.58%. Peratusan pilihan
partisipan bagi Soalan 7, 10, dan 11 adalah 30.70%, 26.71% dan 16.70%. Analisis
menunjukkan bahawa pencapaian partisipan bagi Soalan 6 hingga 12 adalah
dalam lingkungan di antara 57.36% hingga 67.5% daripada markah penuhnya
bagi soalan-soalan popular. Manakala soalan-soalan tidak popular, pencapaian
partisipan adalah dalam lingkungan 29.92% hingga 77.17% daripada markah
penuhnya. Secara terperinci, skor min bagi Soalan 6 hingga 12 adalah 8.04, 6.40,
7.81, 8.10, 3.59, 9.26 dan 8.03 dengan markah penuhnya adalah 12, 12, 12, 12,
12, 12 dan 14 masing-masingnya yang mana pencapaian partisipan paling rendah

Pencapaian dan Penguasaan Konsep dalam Matematik Peringkat SPM / 459

minnya ialah dalam menjawab Soalan 10 dan pencapaian partisipan paling tinggi
minnya ialah dalam menjawab Soalan 11.
Analisis Pencapaian Mengikut Jantina
Jadual 3 menunjukkan pencapaian partisipan dalam ujian setara matematik
mengikut jantina, Seramai 1304 partisipan terlibat dalam analisis ini yang
mengandungi 722 (55.4%) orang partisipan lelaki dan 582 (44.6%) partisipan
perempuan. Skor min bagi Bahagian A dan Bahagian B bagi partisipan lelaki
adalah 30.55 dan 29.02 dengan sisihan piawai adalah 17.68 dan 13.91. Bagi
partisipan perempuan pula, skor min bagi Bahagian A dan Bahagian B adalah
28.34 dan 27.46 dengan sisihan piawai 17.55 dan 14.24.

Jadual 3: Pencapaian Partisipan Mengikut Jantina - Bahagian A dan B


B ahagian

M in

Sisihan Piaw ai

Lelaki

720

30.55

17.68

Perempuan

580

28.34

17.55

Lelaki

718

29.02

13.91

Perempuan

580

27.46

14.24

Jum lah

Lelaki

722

59.33

30.80

M a rk a h

Perempuan

582

55.60

30.93

Jantina

Bagi jumlah markah keseluruhan, didapati pencapaian partisipan lelaki juga


lebih baik daripada partisipan perempuan di mana skor minnya adalah 59.33 dan
sisihan piawai 30.80 dan partisipan perempuan adalah 55.60 dengan sisihan
piawai 30.93. Berdasarkan Jadual 4, didapati terdapat perbezaan pencapaian yang
signifikan di antara partisipan lelaki dengan partisipan perempuan bagi
pencapaian Bahagian A, Bahagian B dan jumlah keseluruhan.
Analisis Pencapaian Partisipan Mengikut Jenis Sekolah
Jadual 5 menunjukkan penguasaan partisipan dalam ujian matematik setara
mengikut jenis skolah. Seramai 1328 partisipan terlibat dalam analisis ini, iaitu
807 (60.8%) partisipan dari sekolah menengah asrama penuh, 155 (11.7%)
partisipan dari sekolah menengah premier, 156 (11.8%) partisipan dari sekolah
menengah misionari dan 210 (15.8%) partisipan dari sekolah menengah biasa.

460 / M enanggapi Keberkesanan dan Perubahan

Jadual 4: Analisis Ujian-t bagi Pencapaian Partisipan Mengikut Jantina


B ahagian

Jantina

M in

Lelaki

720

30.55

Perempuan

580

' 28.34

Lelaki

718

29.02

Perempuan

580

27.46

Lelaki

722

59.33

Perempuan

582

55.60

Jumlah

Dk

Sig.

1298

2.253

0.024

1296

1.995

0.046

1302

2.168

0.030

Jadual 5: Pencapaian Partisipan Mengikut Jenis Sekolah - Bahagian A


dan Bahagian B
Bahagian

Jenis Sekolah

M in

Sisihan P iaw ai

Asram a Penuh

806

36.18

14.33

Sekolah Premier

153

26.35

16.85

Sekolah Misionari

156

16.22

14.08

Sekolah Biasa

209

15.32

17.51

Asrama Penuh

807

33.39

11.41

Sekolah Premier

152

24.07

13.28

Sekolah Misionari

155

18.84

13.023

Sekolah Biasa

208

18.29

14.61

Asram a Penuh

807

69.53

24.67

Sekolah Premier

155

49.62

29.20

Sekolah Misionari

156

34.94

25.82

Sekolah Biasa

210

33.36

31.34

Jum lah

Skor min Bahagian A mengikut jenis sekolah adalah 36.18 bagi sekolah
menengah asrama penuh, 26.35 bagi sekolah menengah premier, 16.22 bagi
sekolah misionan, 15.32 bagi sekolah menengah biasa. Skor min bagi Bahagian
B pula adalah 33.39 bagi asrama penuh, 24.07 bagi sekolah premier, 18.84 bagi
sekolah misionari, 18.29 bagi sekolah biasa.

Pencapaian dan Penguasaan Konsep dalam Matematik Peringkat SPM / 461

Bagi jumlah skor keseluruhan, pencapaian partisipan dari sekolah asrama


penuh adalah yang paling tinggi sekali iaitu min jumlah skor adalah 69.53 dan
sisihan piawai 24.67, diikuti oleh sekolah premier iaitu 49.62 dan sisihan piawai
29.20, sekolah misionari 34.94 dan sisihan piawai 25.82 dan sekolah biasa 33.36
dan sisihan piawai 31.34. Jadual 6, 7 dan 8 menunjukkan ANOVA bagi
pencapaian partisipan dalam ujian matematik mengikut jenis sekolah untuk
Bahagian A, Bahagian B dan jumlah keseluruhan.
Jadual 6 menunjukkan perbezaan yang signifikan di antara jenis-jenis sekolah
dari segi pencapaian partisipan bagi soalan-soalan dalam Bahagian A F (3,1320)
= 155.49, p < 0.01. Setelah dijalankan ujian post hoc Tukey, mendapati perbezaan
yang signifikan di antara skor min bagi asrama penuh (min = 36.18) dengan
sekolah primier (min = 26.35), asrama penuh (min = 36.18) dengan sekolah
misionari (min = 16.22) dan asrama penuh (36. 18) dengan sekolah biasa (min =
15.32). begitu juga terdapat perbezaan yang signifikan di antara skor min bagi
sekolah premier (min = 26.35) dengan asrama penuh (min = 36.18); sekolah
premier (min = 26.35) dengan sekolah misionari (min = 16.22), dan sekolah
premier (min 26.35) dengan sekolah biasa (min = 15.32).
Jadual 6: ANOVA

B agi Pencapaian Partisipan M engikut Jenis Sekolah - B ahagian A

Sum ber

Jum lah

M in K uasa

K uasa D ua

D ua

A ntara Kumpulan

107061.92

Dalam Kumpulan

302950.51

Jum lah

4100X2.43

dk

Sig.

3568.308

155.49

0.00

229.508

1320
1323

Dari Jadual 7 didapati perbezaan yang signifikan di antara jenis-jenis sekolah


dari segi pencapaian partisipan bagi soalan-soalan dalam Bahagian B dimana nilai
F(3,1318) = 127.04, p < 0.01. Ujian post hoc Tukey kemudian dilakukan dan
mendapati perbezaan yang signifikan diantara skor min bagi asrama penuh (min
5= 33.39) dengan sekolah premier (min = 24.07), sekolah asrama penuh (min =
33.39) dengan sekolah misionari (min = 18.84) dan sekolah asrama penuh (min =
33.39) dengan sekolah menengah biasa (min = 18.29). Begitu juga terdapat per
bezaan yang signifikan di antara min markah bagi sekolah menengah premier
(min = 24.07) dengan sekolah menengah asrama penuh (min = 33.39), sekolah
menengah premier (min = 24.07) dengan sekolah menengah misionari (min =
18.84) dan sekolah menengah premier (min = 24.07) dengan sekolah menengah
biasa (min = 18.29).

462 / M enanggapi Keberkesanan dan Perubahan

Jadual 7: ANOVA Bagi Pencapaian Partisipan dalam Ujian Matematik


Mengikut Jenis Sekolah - Bahagian B
Jum lah

M in K uasa

K uasa D ua

D ua

A ntara Kumpulan

58355.29

Dalam Kumpulan

201794.13

Jum lah

260149.42

S u m b er

dk

Sig.

19451.76

127.04

0 .0 0 0

153.106

1318
1321

Jadual 8 juga menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan di antara


jenis-jenis sekolah dari segi pencapaian partisipan bagi skor keseluruhan di mana
nilai F(3,1324) = 155.71, p < 0.01. Ujian post hoc Tukey menunjukkan terdapat
perbezaan yang signifikan di antara skor min bagi sekolah asrama penuh (min =
33.39) dengan sekolah premier (min = 24.07), sekolah asrama penuh (min =
33.39) dengan sekolah misionari (min <= 18.84) dan sekolah asrama penuh (min =
33.39) dengan sekolah menengah biasa (min = 18.29).

Jadual 8: ANOVA Bagi Pencapaian Partisipan dalam Ujian Matematik


Mengikut Jenis Sekolah
S u m b er

Jum lah

M in K uasa

K u a sa D ua

D ua

dk

Sig.

Antara Kumpulan '

328220.98

109406.99

155.71

0.000

Dalam Kumpulan

930267.34

702.619

1324

Jumlah

1258488.3

1327

Analisis Pencapaian Partisipan M engikut Aliran Sekolah


Jadual 9 menunjukkan pencapaian partisipan dalam ujian matematik mengikut
aliran sekolah di mana terdapat seramai 1328 partisipan terlibat dalam kajian ini.
Kategori sekolah dibahagikan kepada tiga aliran; aliran teknikal 299 partisipan
(22.52%), aliran agama seramai 294 partisipan (22.14%) dan aliran biasa 735
partisipan (55.35%). Secara keseluruhannya daripada Jadual 57, didapati
pencapaian partisipan aliran agama adalah paling tinggi, iaitu skor min
keseluruhannya adalah 65.68 dengan sisihan piawainya 25.23 berbanding dengan
pencapaian partisipan daripada aliran teknik dan aliran biasa dengan skor min
keseluruhannya masing-masing adalah 61.14 dan 52.61 dan sisihan piawainya
adalah 24.81 dan 33.98.

Pencapaian dan Penguasaan Konsep dalam Matematik Peringkat SPM / 463

Jadual 9: Pencapaian Partisipan Mengikut Aliran Sekolah


A lira n

Jum lah Partisipan

M in

Sisihan Piawai

Teknik

299

61.14

24.81

Agama

294

65.68

25.23

Biasa

735

52.61

33.98

Jum lah

1328

57.42

30.80

Jadual 10 pula menunjukkan ANOVA bagi pencapaian keseluruhan pelajaran


dalam ujian matematik mengikut aliran sekolah. Berdasarkan jadual ini, analisis
varian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan F(2,1319) = 22.432, p <
0.05. Ujian post hoc Tukey yang dijalankan mendapati perbezaan di antara min
skor partisipan aliran agama (min = 65.68) dengan aliran biasa (min = 52.61) dan
skor min partisipan aliran teknikal (min = 61.14) dan aliran biasa (m in= 52.61).
Jadual 10: ANOVA Bagi Pencapaian Partisipan Mengikut Aliran Sekolah
S u m b er

Jum lah
K uasa D ua

M in K uasa

dk

Sig.

Antara Kumpulan

41216.426

20608.213

22.432

0.000

Dalam Kumpulan

1217271.9

918.696

1319

Jumlah

1258488.3

D ua

1321

Jadual 11 menunjukkan pencapaian keseluruhan partisipan dalam ujian


Matematik Bahagian A mengikut aliran sekolah. Jadual 59 mendapati pencapaian
partisipan dalam ujian matematik Bahagian A bagi partisipan aliran agama adalah
lebih baik dengan skor min keseluruhannya ialah 31.31 dan sisihan piawainya
14.52 dibandingkan dengan aliran teknik dan aliran biasa yang mana skor min
keseluruhannya adalah 30.31 dan 26.12 dengan sisihan piawainya 14.83 dan
19.23 masing-masing.
Jadual 11: Pencapaian Partisipan Mengikut Aliran Sekolah - Bahagian A
A lira n

J u m la h P artisipan

M in

Sisihan Piawai

Teknik

298

30.93

14.83

Agama

294

34.31

14.52

Biasa

732

26.81

19.23

Jumlah

1324

29.40

17.60

464 / M enanggapi Keberkesanan dan Perubahan

Jadual 12 pula menunjukkan ANOVA pencapaian partisipan dalam ujian


Matematik Bahagian B mengikut aliran sekolah. Analisis varian menunjukkan
terdapat perbezaan yang signifikan F(2,1321) = 21.090, p < 0.05 bagi menjawab
soalan Bahagian A. Ujian post hoc Tukey yang dijalankan mendapati perbezaan
skor min di antara sekolah aliran agama (min = 34.31) dengan sekolah aliran
teknik (min = 30.93), sekolah aliran agama (min = 34.31) dengan skolah aliran
biasa (min = 26.81) dan sekolah aliran teknik (min = 30.93) dengan sekolah aliran
biasa (min = 26.81).
Jadual 12: ANOVA Bagi Pencapaian Partisipan Mengikut Aliran Sekolah - Bahagian A
S u m b er

Jum lah

M in K uasa

K uasa Dua

D ua

dk

Sig.

Antara Kumpulan

12686.719

6343.360

21.090

0.000

Dalam Kumpulan

397325.71

300.776

1321

Jumlah

410012.43

1323

Jadual 13 menunjukkan pencapaian partisipan dalam ujian matematik


Bahagian B mengikut aliran sekolah. Didapati pencapaian partisipan aliran agama
juga adalah lebih baik dengan skor min keseluruhannya ialah 34.31 dan sisihan
piawainya 11.73 dibandingkan dengan aliran teknik dan aliran biasa yang mana
min skor keseluruhannya ialah 30.93 dan 26.81 dan sisihan piawainya 11.26 dan
15.49 masing-masing.
Jadual 13: Pencapaian Partisipan Mengikut Aliran Sekolah - Bahagian B
A lira n

Jum lah Partisipan

M in

Sisihan Piaw ai

Teknik

299

30.31

11.26

Agama

294

31.38

11.73

Biasa

729

26.12

15.49

Jum lah

1322

28.24

14.03

Jadual 14 menujukkan ANOVA pencapaian partisipan dalam ujian matemtik


Bahagian B mengikut aliran sekolah. Analisis varian menunjukkan terdapat
perbezaan yang signifikan pada aras 0.01 antara pencapaian partisipan mengikut
aliran sekolah dalam menjawab soalan Bahagian B dengan F (2,1319) = 19.423,
p < 0.01. Ujian post hoc Tukey mendapati perbezaan skor min antara partisipan
aliran agama (min = 30.31) dengan aliran biasa (min = 26.12) dan skor min
partisipan aliran teknikal (min = 30.31) dengan aliran biasa (min = 26.12).

Pencapaian dan Penguasaan Konsep dalam Matematik Peringkat SPM / 465

Jadual 14: ANOVA Bagi Pencapaian Partisipan Mengikut Aliran Sekolah - Bahagian B
S u m b er

Jutnlah

M in K uasa

K uasa Dua

D ua

dk

Sig.

Antara Kumpulan

7442.50

3721.25

19.423

0.000

Dalam Kumpulan

252706.92

191.59

1319

Jumlah

260149.42

1321

Kesiinpulan
1.

2.

3.

4.

5.

Pencapaian partisipan adalah sederhana dengan min jumlah skor adalah 57.4
dan sisihan piawai 30.73. Begitu juga tahap pencapaian partisipan bagi
Bahagian A dan Bahagian B adalah sederhana dengan min jumlah skor adalah
29.4 dan sisihan piawai 17.5 dan min jumlah skor adalah 28.3 dan sisihan
piawai 14.5.
Bagi pencapaian partisipan mengikut soalan-soalan Bahagian A, didapati
pencapaian partisipan adalah memuaskan bagi soalan 1 , 2 , 3 dan 4 di mana
skor min adalah lebih daripada separuh skor penuh. Partisipan dapat
menguasai kemahiran-kemahiran yang melibatkan indeks; pemfaktoran
kuadratik, penyelesaian persamaan, matriks dan set dengan baik kecuali
kemahiran yang melibatkan kadar perubahan laju dan masa. Partisipan
didapati sukar untuk melihat gabungan rajah-rajah sektor bulatan dari segi
tiga dan luas permukaan, tinggi dan isipadu bagi piramid iaitu kemahirankemahiran dalam Soalan 5. Begitu juga bagi mereka tidak dapat mengenai
pasti rumus yang sesuai bagi penyelesaian mencari luas permukaan dan isi
padu piramid.
Pencapaian partisipan bagi Bahagian B, didapati pencapaian bagi soalan 6, 8,
9 dan 12 adalah sederhana iaitu antara 29.9% hingga 77.2% partisipan
mendapat markah penuh bagi kemahiran-kemahiran yang terlibat dalam
soalan-soalan tersebut.
Antara soalan-soalan Bahagian B, Soalan 11 merupakan soalan yang paling
tidak popular sekali. Soalan ini dianggap soalan yang sukar kerana
memerlukan kefahaman dan penguasaan konsep tentang latitud, longitud,
jarak pada latitud dan longitud dan pengiraan masa perjalanan.
Bagi pencapaian keseluruhan mengikut jantina didapati terdapat perbezaan
yang ketara antara mereka, iaitu bagi partisipan perempuan min jumlah skor
adalah 55.6 dan lelaki ialah 59.3. Bahagian A memperlihatkan pencapaian
partisipan lelaki lebih baik daripada pencapaian partisipan perempuan bagi
Soalan 2, 4 dan 5. Partisipan lelaki didapati lebih baik pencapaiannya dalam
kemahiran berkaitan dengan ungkapan pecahan tunggal, persamaan serentak.

466 / Menanggapi Keberkesanan dan Perubahan

sudut dan poligon, geometri koodinat m elibatkan kecerunan. Kadar


perubahanan laju-masa dan perimeter bagi gabungan sektor bulatan dan segi
tiga dan luas permukaan dan isipadu bagi piramid. Tetapi pencapaian bagi
Soalan 1 dan Soalan 3, tidak terdapat perbezaan antara partisipan lelaki dan
perempuan.
6. Pencapaian bagi soalan-soalan Bahagian B, didapati terdapat perbezaan
antara pencapaian partisipan lelaki dengan perempuan bagi Soalan 7, 8, 9 dan
Soalan 11 yang mana penguasaan partisipan lelaki adalah lebih baik bagi
kemahiran-kemahiran yang melibatkan bering dan unjuran ortogon pada garis
satah dan sudut antara dua satah, gabungan penjelmaan dan mencari luas di
bawah pembesar, pelan dan dongakan, latitud, longitud dan jarak dan
melibatkan masa perjalanan.
7. Terdapat perbezaan pencapaian partisipan mengikut jenis sekolah di mana
sekolah berasrama penuh didapati lebih baik daripada sekolah-sekolah lain
dengan skor min secara keseluruhan adalah 69.53, min bagi Bahagian A
adalah 36.18 dan min bagi Bahagian B adalah 33.39.
8. Pencapaian partisipan dari sekolah aliran agama didapati lebih baik daripada
aliran sekolah teknik dan sekolah biasa secara keseluruhan, iaitu skor min
69.53 dan mengikut soalan-soalan Bahagian A skor min 34.31 dan soalansoalan Bahagian B skor min 31.38. Walau bagaimanapun, tidak terdapat
perbezaan bagi sekolah aliran agama dengan sekolah aliran teknik secara
keseluruhan untuk Bahagian A dan Bahagian B.

Rujukan

Abu Osman Md. Tap, 1998. Diagnosis kesilapan matematik: Dim: Abdul Razak Salleh
(pent), Prosiding Seminar Pembelajaran Matematik, Fakulti Sains Matematik, UKM.
Carr, M. and Jessup, D. L., 1997. Gender differences in first grade mathematic strategy
use: Social and metacognitive influences. Journal o f Educational Psychology, 98(2),
318-328.
Ernest, P., 2002. Empowerment in mathematatics eduation. Philosophy of Mathematics
Education Journal, 15.
Fennema, E. and Carpenter, T. P. and Jacobs, V. R. and Franke, M. L. and Levi, L. W.,
1998. A longitudinal study of gender differences in young childrens mathematics
thinking. Educational reserachaer. American educational research association. 27. 5
June-July. 1998.
Hatfield, M. M., 2000. Mathematics method fo r elementary and middle school teachers,
4lh edition. John Wiley. New York.

Pencapaian dan Penguasaan Konsep dalam Matematik Peringkat SPM / 467

Mohd Sarip Abd Manap and Abdul Razak Habib, 1996. Pengiraan, penterjemahan dan
penyelesaian masalah dalam matematik: Kajian tentatif kesediaan pelajar-pelajar
tingkatan satu, Junta I Pendidikan UKM, 21 pp. 109-118.
Ng Boon Yin , 2002. Prosiding Persidangan Kebangsaan Pendidikan Matematik 2002,
UPSI 29-31 Okt 2002. m.s: 213-215.
Noor Shah Saad, 2002. Prosidiiig Persidangan Kebangsaan Pendidikan Matematik 2002,
UPSI 29-31 Okt: 2002. m.s. 220 - 231.
Pusat Perkembagan Kurikulum, 1991. Kementerian Pendidikan Malaysia.
Sharima, C. M., 1992. Breakthrough in mathematics. Pusat Perkembangan Kurikulum,
Kementerian Pendidikan Malaysia.
Shefield, L. J., 2000. The Nature O f Mathematical Concepts. Dim Learning and Teaching
Mathematics, An international perspectives. Disunting oleh T. Nunes and P. Bryaant.
Psychology Press. UK.
Skemp, R. R., 1971. .The Psychology O f Learning Mathematics. Middlesex. England:
Penguin Book. Ltd.
Von Glasersfeld, ''E(Ed), 1991. Radical Constructivism in Mathematics. Dordrecht:
Kluwer.

Senara' Pembentang Kertas Kerja

ABDUL HAMID MAHMOOD adalah Profesor dan pensyarah dalam bidang Bahasa
Melayu di Fakulti Bahasa.

ABDUL JALIL HAJI ISHAK adalah pensyarah dalam bidang Geografi di Fakuti Seni
dan Muzik.

ABU BAKAR NORDIN adalah Profesor dan pensyarah dalam bidang Asas Pendidikan
di Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia.

ACHMAD SOPANDI HASAN adalah pensyarah dalam bidang Seni di Fakulti Seni dan
Muzik

AHMAD JAZIMIN JUSOH adalah pensyarah dalam bidang Bimbingan dan Kaunseling
di Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia.
AHMAD YUNUS BIN KASIM adalah pensyarah dalam bidang TITAS di Fakulti Sains
Kognitif dan Pembangunan Manusia.
ASLINA AHMAD adalah pensyarah dalam bidang Bimbingan dan Kaunseling di Fakulti
Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia.

AZILA ABD. RAZAK adalah pensyarah dalam bidang Pengurusan di Fakulti Perniagaan
dan Ekonomi.

BAHARUDDIN JABAR adalah pensyarah dalam bidang Sejarah di Fakulti Seni dan
Muzik.

BHASAH HJ. ABU BAKAR adalah pensyarah dalam bidang Asas Pendidikan di Fakulti
Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia.

BUKHARI LUBIS adalah pensyarah dalam bidang Sastera Melayu di Fakulti Bahasa.
FAINIDA RAHMAT adalah pensyarah dalam bidang Matematik di Fakuti Sains dan
Teknologi.

470 / M enanggapi Keberkesanan dan Perubahan

HASSAN MOHD GHAZALI adalah pensyarah dalam bidang Seni di Fakuti Seni dan
Muzik.
HUSNI B IBRAHIM adalah pensyarah dalam bidang Biologi di Fakulti Sains dan
Teknologi.
HJ. IBERAHIM HASSAN adalah pensyarah dalam bidang Seni di Fakuti Seni dan
Muzik.
IBRAHIM BIN HASHIM adalah pensyarah dalam bidang TITAS di Fakulti Sains
Kognitif dan Pembangunan Manusia.
IDRIS MOHD RADZI adalah Timbalan Dekan (Akademik) dan pensyarah dalam
bidang Bahasa Melayu di Fakulti Bahasa.
JAMILAH OMAR adalah guru dalam bidang Seni di Fakuti Seni dan Muzik.
MARIAM MOHAMED NOR adalah pensyarah dalam bidang TESL di Fakulti Bahasa.
MARZITA PUTEH adalah pensyarah dalam bidang Matematik di Fakulti Sains dan
Teknologi.
MAZDI MARZUKI adalah pensyarah dalam bidang Geografi di Fakulti Seni dan Muzik.
MD. NASIR IBRAHIM adalah pensyarah dalam bidang Seni di Fakuti Seni dan Muzik.
MISNAN BIN JEMALI adalah pensyarah dalam bidang TITAS di Fakulti Sains Kognitif
dan Pembangunan Manusia.
MOHAMAD BIN IBRAHIM adalah pensyarah dalam bidang Teknologi Maklumat di
Fakulti Teknologi Maklumat dan Komunikasi.
MOHAMAD NASIR BIN BISTAMAM adalah pensyarah dalam bidang Bimbingan dan
Kaunseling di Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia.
MOHAMAD SUHAILY YUSRI CHE NGAH adalah pensyarah dalam bidang Geografi
di Fakulti Seni dan Muzik.
MOHMADISA BIN HASHIM adalah pensyarah dalam bidang Geografi di Fakulti Seni
dan Muzik
MOHD JOHARI AB. HAMID adalah pensyarah dalam bidang Seni di Fakulti Seni dan
Muzik.

MOHD ZAIHIDEE HJ. ARSHAD adalah pensyarah dalam bidang Seni di Fakuti Seni
d an M u z ik .

Senarai Pembentang Kertas Kerja / 471

MUHAMMAD ANAS BIN AL-MUHSIN adalah pensyarah dalam bidang Sastera


Melayu di Fakulti Bahasa.

MUZIRAH MUSA adalah pensyarah dalam bidang Matematik di Fakuti Sains dan
Teknologi.

NORAIN MOHD. TAJUDIN adalah pensyarah dalam bidang Matematik di Fakuti


Sains dan Teknologi.

NORAZIAN AINI MAT adalah pensyarah dalam bidang Matematik di Fakuti Sains dan
Teknologi.

HJH. NORMAH BINTI OTHMAN adalah pensyarah dalam bidang TESL di Fakulti
Bahasa.

NOR AZMI B, MOSTAFA adalah Dekan dan pensyarah dalam bidang TESL di Fakulti
Bahasa.

NOOR SHAH BIN HJ. SAAD adalah pensyarah dalam bidang Matematik di Fakuti
Sains dan Teknologi.

RAMLAH BT. JANTAN adalah pensyarah dalam bidang Asas Pendidikan di Fakulti
Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia.

ROHAIDAH BT MASR1 adalah pensyarah dalam bidang Matematik di Fakulti Sains


dan Teknologi.

PROF. DR. SABERI OTHMAN adalah Profesor dan pensyarah dalam bidang Biologi di
Fakulti Sains dan Teknologi.

SURAINI MOHD RHOUSE adalah pensyarah dalam bidang Pengurusan di Fakulti


Perniagaan dan Ekonomi.

SYED OSMAN BIN SYED YUSOFF adalah pensyarah dalam bidang Seni di Fakulti
Seni dan Muzik.

ZAMZANA ZAMZAMIR adalah pensyarah dalam bidang Matematik di Fakuti Sains


dan Teknologi.

Anda mungkin juga menyukai