Anda di halaman 1dari 2

Definisi Pengajaran Berkesan

Terdapat pelbagai pendapat mengenai maksud pengajaran berkesan. Pengajaran berkesan


bermaksud seorang pengajar atau guru yang harus memiliki pengetahuan yang luas dan
mendalam mengenai sesuatu ilmu pengetahuan serta mempunyai kemahiran atau teknik
profesional yang tinggi (Dunne, R. & Wragg, T., 1994). Mereka berpendapat yang pengajaran
berkesan menuntut guru untuk memahami isi kandungan sesuatu mata pelajaran dan memiliki
ilmu pengetahuan mengenai topik dan perkara yang hendak diajar serta perlu menyiapkan diri
dengan kemahiran tertentu dari aspek pengurusan kelas, menyoal soalan, penerangan yang
jelas dan pemantauan proses pembelajaran.

Leblanc (1998) pula berpendapat bahawa pengajaran berkesan bermaksud pengajaran oleh
guru yang penyayang, mengambil berat terhadap kebajikan pelajar, memberi sokongan kepada
pelajar, dan berpengetahuan tentang mata pelajaran yang diajar. Manakala menurut Hunter
(1995), pengajaran berkesan merupakan pengajaran yang dapat meningkatkan pembelajaran
dalam diri pelajar. Antara pendapat lain pula menyatakan bahawa guru berkesan dan boleh
membantu pelajar (Cruickshank, 1995).
Jika diperhatikan di sini, terdapat persamaan antara pandangan yang diberikan oleh
Cruickshank dan Hunter di mana mereka berpendapat bahawa pengajaran boleh meningkatkan
pembelajaran pelajar. Pengajaran berkesan dapat disimpulkan sebagai pengajaran yang
menyedia dan mewujudkan suasana yang sihat bagi menggalakkan pelajar untuk terus belajar.
Perkara ini disokong oleh Shahril (2004) yang mendefinisikan pengajaran berkesan sebagai
kebolehan dan kemampuan guru untuk menyampaikan maklumat pengajaran dengan baik dan
juga berkesan, di mana secara tidak langsung dapat memotivasikan diri pelajar untuk terus
cemerlang

mencapai

kejayaan.

Guru

berkesan

merupakan

keupayaan

guru

dalam

menyampaikan pengajaran yang memberi kesan terhadap beberapa aspek termasuklah dapat

memotivasikan pelajar seperti dinyatakan oleh Malikow, M. (2006). Ianya dapat diaplikasikan
dengan pelbagai kaedah pengajaran, bahan bantu mengajar, dan kemahiran melaksanakan
aktiviti. Dalam konteks ini, guru seharusnya merancang topik, objektif, isi, cara penyampaian dan
penilaian yang sesuai dengan kebolehan sedia ada dan minat pelajar.