Anda di halaman 1dari 18

Kecermelangan yang dicapai oleh Tamadun

Islam pada masa lampau didorong oleh


banyak faktor .
Bincangkan.

PENDAHULUAN:
Sebelum memasuki ke isi-isi tajuk tugasan, tajuk utama tugasan mata
pelajaran Tamadun Islam dan Tamadun Asia ini adalah mengenai factor-faktor
mendorong Tamadun Islam mencapai kecermelangan pada masa lampau.
Objektif-objektif penghasilan tugasan ini adalah untuk memahami sebab- sebab
yang mendorong kegemilangan tamadun Islam. Selain itu, pelajar dapat mengerti
ilmu pengetahuan tentang tamdun islam dengan lebih mendalam dan jelas.
Tambahan pula, tugasan ini dapat memupuk nilai-nilai murni seperti setia akan Raja
dan Negara serta hormat-menghormati antara satu sama lain.
Sejarah adalah untuk spengetahuan manusia sendiri ... satu-satunya petunjuk
kepada apa yang manusia boleh lakukan adalah apa yang manusia telah dilakukan .
Nilai sejarah , kemudian , adalah bahawa ia mengajar kita apa yang manusia telah
dilakukan dan dengan itu apa ialah manusia ..
- Robin G. Collingwood (1946)
R.G.Coliingwood. (1946). The Idea of History. New York : Oxford University Press

Tamadun merangkumi kebudayaan, peradaban, kemajuan (kebendaan dan


kerohanian) dan sopan santun. Manusia tidak akan mencapai satu etika tamadun
jika tidak mempunyai masyarakat bermoral
-Ahmad Tarmiza Talib (1997)
Ahmad Fauzi Haji Morad (Haji.) & Ahmad Tarmizi Talib. (1997). Tamdun Islam.
Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia.

Tamadun ialah sebuah bidang dari kajian sejarah . . .yang mempunyai sambungan
yang lebih besar , di kedua-dua ruang dan masa , dari negara-negara nasional atau
bandar atau bandar - negeri , atau mana-mana komuniti politik lain

- Arnold Toynbee (1935)

Arnold Toynbee. ( 1935 ). A Study of History, 2d ed. Oxford: Oxford University Press
PENGENALAN:
Tamadun Islam adalah salah satu tamadun yang mengalami masa
kecemelangan pada masa lampau. Tamadun Islam adalah dengan pembukaan
bandar baru daripada golongan Islam dan pernah mencapai kecemerlangannya
dengan contohnya Andalusia. Perbezaan antara tamadun Islam dengan tamadun
lain adalah dalam kepercayaaan agama, budaya, amalan hidup dan sebagainya.
Tamadun Islam mempunyai beberapa asas yang penting dalam mewujudkan
pembangunan kebendaan dan kerohanian umat Islam iaitu asas keimanan, asas
ubudiyah, asas syariah dan asas akhlak.
Sebagai makluman , Islam berasal dari perkataan Arab yang bermaksud
tunduk atau patuh . Penggunaan perkataan ini bermaksud Taat sepenuh hati
tanpa ragu dan tunduk kepada Allah S.W.T , satu-satu Tuhan yang benar. Sebelum
kedatangan agama Islam di tanah Arab, terdapat pelbagai jenis kepercayaan yang
telah berpengaruh di sana. Kepercayaan seperti Arab Jahiliah yang merupakan
penyembahan berhala yang bercaya kepada satu Tuhan yang Maha Tinggi, dewadewi dan berbagai jenis kuasa ghaib. Selain itu , kepercayaan agama Yahudi yang
telah dipeluk ramai orang Yahudi di tanah Arab semasa zaman Nabi Muhammad.
Selain Yahudi, agama Kristian yang telah diturunkan oleh Nabi Isa yang telah wujud
selama enam ratus tahun sebelum kemunculan agama Islam. Orang pertama yang
menjadi Kristian ialah orang Yahudi dan menerima Nabi Isa sebagai Al-Masih yang
dijanjikan Allah . Akhirnya kelahiran Nabi Muhammad dan kerasulannya telah
membawa banyak penukaran di samping kerpercayaan agama. Sebelum kerasulan
Nabi Muhammad , Beliau merupakan seorang Hanif. Setiap tahun, beliau akan pergi
bertapa di Gua Hira yang berdekatan dengan Mekah. Pada satu malam pada bulan
Ramadan, beliau telah terdengar satu suara menyuruh dia mengucap semasa dia
bertapa di Gua Hira yang merupakan wahyu pertama diturukan kepada beliau dan
kerasulan Nabi Muhammad bermula.
Selepas kerasulanNya yang pertama di Gua Hira, Nabi Muhammad mula
menyebar mesej Islam di kalangan orang Arab. Kemudian Beliau berhijrah ke
Madinnah dan cuba memujuk orang Yahudi di sana tetapi mendapat penolakkan
dari mereka tentang konsep-konsep yang ditujukan oleh Nabi Muhammad. Semasa
pemerintahan Nabi Muhammad , beliau telah banyak mengubah kepercayaan di
diamalkan oleh orang Arab dan bermula memeluk agama Islam. Selepas kewafatan
beliau , ajaran Islam telah mula berkembang di seluruh tempat. Padangan semsesta
Tamadun Islam termasuklah konsep keimanan , konsep kekuasaan dan konsep
kemanusiaan . Konsep keimanan bermaksud mereka beragama Islam beriman
kepada Tuhan Yang Esa (Allah swt) serta percaya, tunduk dan patuh dalam segala
perintah dan meninggalkan segala larangan Allah swt. Manakala konsep kekusaan

pula merupakan tentang Allah swt adalah Pencipta, Penguasa dan Pemilik mutlak
alam ini. Hal ini dapat dibuktikan kerana ayat ini telah dicatatkan dalam Al-Quran di
surah al-Maidah (5:17). Untuk konsep kemanusiaan pula , manusia adalah makhluk
yang diberi tanggungjawab dan mempunyai kedudukan yang lebih tinggi
berbanding dengan makhluk lain .
Dengan mempunyai konsep-konsep Islam ini , Tamadun Islam mula
berkembang dan bermaju . Perkembangan dan pembinaan Tamadun Islam telah
melibatkan beberapa sumber yang penting termasuk al-Quran, al-Sunnah, al-Ijtihad
dan sumber lain. Al-Quran berasal dari kata kerja arab , quraan yang bererti
bacaan atau sesuatu yange dibaca berulang-ulang. Al-Quran merupakan sumber
utama dan wahyu yang diturunkan oleh Allah swt kepada Rasullulah saw melalui
malaikat Jibrail serta merupakan mukjizat yang mengandungi prinsip-prinsip asas
Islam dan ilmu pengetahuan merangkumi ilmu kerohanian dan kebendaan yang
menjadi teras membangunkan tamadun. Sumber lain seperti Hadis atau Sunnah
merupakan sumber kedua selepas al-Quran yang telah menjadi penghurai dan
pelengkap al-Quran. Sumber ini juga merupakan pengakuan dan pengiktirafan Nabi
Muhammad saw terhadap sesuatu perkara. Manakala Ijtihad ini menjelaskan
tentang hukum perkara-perkara yang tidak jelas kerana tidak terdapat secara nyata
dalam al-Quran dan Sunnah. Sumber lain seperti tamadun dan budaya lain juga
diterima kerana Islam adalah bersifat terbuka dalam menerima nilai dan idea
daripada tamadun lain selagi ia tidak bercanggah dengan ajaran Islam.
Selain itu, asas-asas yang diamalkan oleh orang Islam telah mendorong
Tamadun Islam berkembang ke arah zaman kecemerlangannya. Asas-asas
termasuklah Aqidah yang merupakan kepercayaan kepada hakikat mutlak,
perjanjian antara manusia dengan Allah. Asas ini berbeza dengan ideologi ciptaan
manusia yang bersandarkan falsafah material semata-mata dan asas ini menyakini
kewujudan Tuhan. Asas ini telah membantu melahirkan Tamadun Islam yang
mantap serta bebas daripada penyelewengan. Terdapat dua aspek seperti asas
kepercayaan dan aspek kaedah. Aspek kepercayaan bermaksud asas yang wajib
diimani dan diyakini serta mempunyai enam Rukun Iman. Manakala aspek kaedah
bermaksud pelaksaan aqidah yang termasuk kesatuan manusia , rasional dan
toleransi. Asas kedua pula adalah Syariah yang merupakan undang-undang,
peraturan dan ketetapan Allah. Asas ini juga merupakan segala perintah Allah swt
dalam bentuk hukum atau peraturan. Manifestasi Syariah dalam Tamadun Islam
termasuklah memelihara agama, memelihara nyawa, memelihara akal, menjada
kehormatan dan keturunan serta menjaga harta benda. Terdapat tiga aspek seperti
itiqadiyyah atau batiniyyah yang merupakan hal-hal berkaitan aqidah dan
keimanan. Aspek amaliyyah pula adalah hal-hal berkaitan ibadat , muamalat,
munakahat dan jenayah. Aspek akhlaqiyyah membahaskan mengenai budi pekerti
atau moral manusia. Asas ketiga ini adalah Akhlak yang merangkumi sikap rohani
manusa yang memuliakan tingah laku terhadap Allah swt, manusia dan makhluk
yang lain. Akhlak berasal dari perkataan Arab yang merupakan kata jamak dari

perkataan Khuluq yang bermaksud budi pekerti, tingkah laku dan tabiat. Asas ini
telah membezakan manusia dengan makhluk lain dan menjadi penghubung antara
keIslaman dengan keimanan manusia. Dengan mempunyai asas-asas tersebut ,
maka Tamadun Islam dapat berkembang dan mencapai zaman kegemilangannya.
Zaman kegemilangan Tamadun Islam dapat dicapai kerana perkembangan
ajaran Islam, sumber-sumber lain serta asas Tamadun Islam. Pemantapan Aqidah ,
penerokaan ilmu Al-Quran dan pembudayaan ilmu pengetahuan telah menjadi
faktor kelahiran dan perkembangan Tamadun Islam. Disebabkan oleh beberapa
yang faktor yang kukuh , Tamadun Islam telah mula berkembang dengan maju dan
akhirnya mencapai kegemilangan. Faktor kecermelangan tamadun Islam
termasuklah Keyakinan terhadap Islam, pemerintahan yang bertaqwa dan
bijaksana, sumber ekonomi yang luas, politik yang stabil, ketenteraan yang
strategik , ketenteraan yang kuat dan sebagainya. Dengan ajaran agama Islam
yang mula disebarkan, Tamadun Islam telah bermula . Era zaman permulaan
kegemilangan Tamadun Islam telah dicatatkan seperti zaman Nabi Muhammad yang
merupakan permulaan ajaran agama Islam, zaman Khulafa al-Rasyidin, Empayar
Umawiyyah , Kerahaan Andalusia yang merupakan kemuncak zaman kegemilangan
Tamadun Islam, Empayar Abbsiyah dan akhirnya Empayar Uthmaniyah yang
menjadi permulaan kemerosotan Tamadun Islam. Era-era ini telah berlangsung dari
tempoh 610M sehingga ke 1924M. Tempoh kemuncak kegemilangan Tamadun Islam
adalah di antara 756M sehingga 1031M yang merupakan zaman kerajaan
Andalusia. Zaman Nabi Muhammad bermula pada 610M iaitu semasa Era Mekah
dengan peristiwa Hijrah manakala semasa Era Madinnah, kerajaan Islam pertama
telah ditubuhkan. Kemudiannya, semasa zaman Khufula al-Rasyidin, terdapat 4
khalifah utama seperti Abu Bakar, Umar al-Khattab, Uthman dan Ali . Mereka telah
mewujudkan kementerian dan jabatan. Semasa Empayar Umawiyyah pada 661750M , orang Islam mula menguasai utara Afrika, Sepanyol( Andalusia), Perancis
dan ke Timur yang meliputi wilayah Asia Tengah dan India. Masjid Cordoba telah
dibinakan semasa Empayar Umawiyyah. Tempoh 756M sehingga 1031M merupakan
zaman kemuncak kegemilangan Tamadun Islam semasa zaman kerajaan Andalusia.
Semasa zaman Andalusia, Khalifah Abdul Rahman al-Ausat telah membina universiti
dan memberi elaun kepad ulama-ulamanya. Kemudiannya, hampir seluruh
Andalusia mempunyai pusat pengajian dan universiti seperti di seville, Toledo,
Granada, Valenciadan Cordova yang telah muncul sebagai pusat interlektual yang
terpenting di Eropah. Zaman kegemilangan tamdun Islam berlangsung sehingga
abab 15M kerana pada masa itu , Tamadun Islam mula merosot. Semasa Empayar
Uthmaniyah iaitu pada tempoh 1453M 1924M , orang Islam telah menguasai
Asutria, Hungary, Romania, Bulgaria, Czech, Yugoslavia dan Albania. Semasa
pemerintah Sultan Abdul Hamid, beliau telah digulingkan dari pemerintahnnya oleh
Kump Belia Turki bawah pimpinan Jeneral Mustaffa. Peristiwa ini menjadikan
tamadun Islam mengalami kejatuhan dan berakhirlah sistem Khalifah dalam Islam.
Tamadun Islam telah mulai malap dan negara-negara Islam mula dijajah oleh Barat.
Walau bagaimanapun, Tamadun Islam pernah mencapai zaman kegemilangannya

disebabkan oleh perkembangan ajaran agama Islam, pemerintah yang berwibawa,


sifat keterbukaan orang Islam dan sebagainya yang merupakan faktor-faktor
penting zaman kecemerlangan Tamadun Islam pada masa lampau.

PERBINCANGAN:
Penyebaran agama Islam

Penyebaran agama Islam juga merupakan salah satu faktor utama yang
membuktikan kecemerlangan tamadun Islam. Keyakinan umat Islam terhadap
ajaran agama Islam telah menyebabkan ramai penganut memeluk agama Islam.
Agama Islam yang merupakan Risalah Ilahi yang dibawakan oleh semua Nabi dan
Rasul sejak Nabi Adam sehinggalah Nabi Muhammad S.A.W adalah salah satu
agama yang memiliki penganut terbanyak di dunia. Berdasarkan fakta sejarah,
agama Islam telah tersebar dari Asia Timur sampai ke Asia Tenggara melalui
peranan para pedagang yang melancong dari suatu negara ke negara lain, serta
para tokoh agama yang menjadikan dakwahnya sebagai pembawa agama yang
benar. Sehingga ke saat ini, agama Islam terus tersebar luas sampai menepati
wilayah yang membentang dari Samudra Atlantik sampai Samudra Pasifik, dari laut
hitam sampai laut Arab, dari laut tengah sampai laut Hindia. Tambahan pula,
sebahagian Islam telah menyebar ke bahagian barat Eropah dan wilayah timur.
Tanda kegiatan penyebaran agama boleh dijumpai di negeri-negeri asing, di mana
Muslim berpopulasi besar di negara seperti China, India dan Asia Tenggara. Pada
masa kini, terdapat kerajaan yang mengamalkan agama Islam sebagai agama rasmi
di luar Asia Tengah seperti Malaysia dan Indonesia.

Penyebaran melalui ketenteraan juga telah banyak menyumbang kepada


kecemerlangan tamadun Islam. Antara salah satu contohnya ialah sumbangan
kerajaan Bani Umayyah terhadap tamadun Islam. Kerajaan Bani Umayyah telah
mengemaskini angkatan tentera dengan corak gerakan tentera Parsi iaitu dengan
membahagikan tentera kerajaan Umayyah kepada 5 pasukan. Selain itu, angkatan
perang mereka lengkap dengan senjata moden. Semangat untuk mempertahankan
negara disamping menyebarkan dakwah Islam begitu kuat dalam jiwa setiap
tentera Umayyah, hingga dapat meluaskan Islam ke India, Afrika Utara dan lain-lain.

Perkembangan ilmu pengetahuan

Tamadun Islam telah memainkan peranan yang penting dalam mengembangkan


ilmu pengetahuan yang masih digunapakai pada masa moden oleh pakar-pakar
dalam bidang seperti sains, matematik dan perubatan. Kerajaan Islam telah
mengumpul ilmu pengetahuan daripada tamadun-tamadun awal (Rom Purba, Mesir
Purba, Yunani) dan juga daripada tamadun-tamadun yang wujud pada zaman yang
sama (India, China, Byzantine). Tindakan ini berjaya melindungi ilmu purba Eropah
yang sedang mengalami risiko terhilang ketika berlakunya Zaman Gelap yang hurahara di Eropah.

Sebagai pusat intelektual dan keilmuan semasa Zaman Kegemilangan Islam,


Bangdad merupakan lokasi Baitul Hikmah, sebuah institusi keilmuan, didirikan
semasa pemerintahan Kerajaan Bani Abbasiyah. Karya-karya yang dikumpul telah
diterjemahkan di sini ke dalam bahasa Arab oleh ulama-ulama Islam dan bukan
Islam. Ilmu pengetahuan yang diperolehi telah digunakan dalam pengajian dan
penyelidikan untuk tujuan mengembangkan dan meningkatkan tahap teknologi
Tamadun Islam. Reputasi Baitul Hikmah sebagai pusat keilmuan yang tekemuka
telah berjaya menarik kedatangan sarjana-sarjana dari tanah Arab dan Eropah
untuk mempelajari ilmu pengetahuan. Baitul Hikmah terus berkembang menjadi
sebuah pusat ilmu yang terutama dalam Tamadun Islam sehingga Kerajaan Bani
Abbasiyah ditawan oleh tentera Mongol dipimpin oleh Hulagu Khan pada 1258
Masihi.

Ulama-ulama juga telah memperbaiki ilmu-ilmu yang telah wujud pada zaman praIslam dan kemudiannya mengembangkan semula pengetahuan tersebut ke
tamadun yang lain. Ilmu pengetahuan yang disebarkan oleh Tamadun Islam telah
membantu meningkatkan tahap kehidupan di tempat-tempat tersebut dan

kebanyakannya telah berjaya dipelihara sehingga masa sekarang. Ilmu-ilmu ini


boleh dikategorikan ke dalam bidang sains, astronomi, matematik dan perubatan.

Fizik
Kebanyakan pencapaian Tamadun Islam dalam bidang sains lebih meletakkan
tumpuan dalam meningkatkan taraf kehidupan (kesihatan) dan teknologi pada
masa ketika itu.
Antara sumbangan-sumbangan yang terutama oleh pakar-pakar sains dalam bidang
fizik ialah fizik cahaya. Penyelidikan fizik cahaya yang dijalankan oleh saintis Islam
membolehkan ahli falsafah selepas Zaman Kegemilangan Tamadun Islam
memahami tentang perubahan kelajuan cahaya dalam gerakannya melalui dua
medium yang berlainan. Selain itu, saintis Islam juga telah merumuskan bahawa
cahaya memasuki ke dalam mata dan membolehkan kita melihat dan bukannya
penglihatan merupakan unjuran cahaya berpunca daripada mata seperti yang
dicadangkan dari Tamadun Yunani.
Pencapaian Tamadun Islam yang lain dalam bidang fizik termasuklah gerakan
memecut (acceleration), konsep masa (alat mengukur masa, atau dikenali sebagai
sundial), sumber kuasa gravity serta percubaan menerbang menggunakan bulu dan
sayap. Pencapaian-pencapaian ini menjadi asas yang penting kepada
perkembangan bidang fizik di Eropah pada Zaman Renaissance.

Biologi
Seperti yang dinyatakan dalam bab yang sebelumnya, orang Islam amat
mementingkan kesihatan dan kesejahteraan. Sebab inilah pakar-pakar Islam telah
memperbesarkan kajian mengenai sains herba dan ubat-ubatan. Pakar-pakar Islam
telah mengumpulkan sampel-sampel tumbuhan, bunga dan herba dari sekitar tanah
pemerintahan Tamadun Islam seperti negeri Sepanyol dan Afrika. Sampel- sampel
tersebut dikelaskan mengikut jenis dan fungsinya dan diberikan nama dalam
bahasa Arab dan Latin. Huraian tentang tumbuh-tumbuhan dilakukan dengan begitu
tepat dan ubat-ubatan diperbuat daripada tumbuhan mengikut fungsi masingmasing.

Astronomi
Permulaan kemajuan yang dicapai oleh Tamadun Islam dalam bidang
astronomi didorong oleh keperluan penganut Islam bersolat dalam kehidupan harian
mereka. Ketepatan yang tinggi dalam menentukan waktu solat dibantu oleh

pengetahuan astronomi. Pada masa yang sama, ilmu astronomi berkembang secara
meluas atas keinginan pakar astronomi Islam dalam mengetahui tentang segala
fenomena dan objek-objek alam yang terdapat di langit dan bumi.
Antara sumbangan Tamadun Islam dalam bidang astronomi ialah penemuan
dan penamaan bintang yang berbilangan besar seperti Aldebaran, Altair dan
Alphard. Kebanyakan nama bintang yang digunakan oleh pakar astronomi Islam
telah diturunkan dan masih digelar oleh pakar-pakar moden. Bintang-bintang
penting yang tertentu juga digunakan dalam navigasi ke tempat-tempat yang jauh
melalui jalan darat dan laut, terutama semasa Zaman Imperialisme Barat untuk
berlayar ke Timur.
Selain itu, pakar-pakar astronomi dari Tamadun Islam juga telah mencipta
peralatan-peralatan astronomi seperti astrolab (menentukan kedudukan objek-objek
alam semesta), jam matahari dan sfera cakerawala (digunakan sebagai penunjuk
dalam pelayaran). Pengiraan kedudukan objek-objek alam semesta yang amat tepat
oleh pakar-pakar Islam telah digunakan sebagai asas dalam menentukan formula
matematik oleh pakar masa moden dan berubah sehingga yang terdapat pada
masa sekarang.

Matematik
Tamadun Islam telah memperkenalkan angka-angka Arab (1,2,3) dan
digunakan oleh kebanyakan orang dalam dunia dalam semua bidang. Walaupun
angka-angka Arab berasal dari tamadun-tamadun yang lain, Tamadun Islam telah
memainkan peranan yang besar dalam menyebarkan penggunaan angka-angka
tersebut melalui karya-karya Islam dan rekod pendagangan dengan orang Barat.
Pakar matematik Islam telah memberikan sumbangan yang besar dalam
perkembangan ilmu matematik, terutamanya dalam aljabar (algebra), aritmetik
(arithmetic), geometri (geometry) dan trigonometri (trigonometry). Sumbangan
mereka telah dinyatakan seperti berikut:

Aritmetik
Pakar Islam telah memperkenalkan angka sifar (0) dan memudahkan
pengiraan yang melibatkan nombor yang besar. Abu Husayn Ahmad bin Ibrahim alAqlidisi, seorang pakar matematik Islam, telah memperkenalkan sistem angka
perpuluhan, yang mana sistem ini juga telah memainkan peranan yang penting
dalam matematik moden.

Aljabar
Muhammad bin Musa al-Khwariszmi merupakan pakar matematik Islam yang
terungguh pada masa ketika itu dan digelar sebagai Bapa Aljabar atas
sumbangannya dalam bidang ini. Beliau telah memberikan cara penyelesaian
persamaan polinomial dan memperkenalkan cara penggurangan persamaan
tersebut.

Trigonometri
Pakar matematik Islam telah memperkemas dan memantapkan ilmu
trigonometri yang diturunkan dari Tamadun Yunani. Salah satu ilmu baru berkaitan
dengan trigonometri yang diperkenalkan ialah Hukum Sinus oleh Ibn Muadh alJayyani. Hukum Sinus telah berkembang kepada penggunaan nisbah dan ratio
(menerusi panjang jejari segi tiga).

Perubatan
Tamadun Islam telah memberikan sumbangan yang besar dalam anatomi
manusia. Ibn al-Nafis, seorang pakar perubatan dari Tamadun Islam telah
memberikan penerangan yang tepat tentang peredaran darah pulmonari. Selain
daripada itu, pakar-pakar Islam juga berjaya menubuhkan anatomi mata yang
kemudiannya digunakan oleh Ibn al-Haitham dalam penyelidikannya tentang fizik
optik.
Tamadun Islam juga telah merupakan salah satu tamadun yang bermulanya
peramalan perubatan yang digelar sebagai pembedahan pada masa moden. Teknikteknik seperti membakar luka dan pelepasan darah telah diamalkan oleh doktordoktor untuk merawat pesakit. Doktor-doktor Islam juga menjalankan pembedahan
mata untuk merawat penyakit mata seperti katarak. Walaupun kebanyakan
pembedahan yang dijalankan pada zaman tersebut hanya berskala kecil, namun
rekaan alatan pembedahan yang dicipta dalam Tamadun Islam telah dipelihara dan
masih digunakan pada masa moden.
Demi menjalankan pembedahan yang melibatkan pembukaan bahagian
badan manusia, anestesia dan antiseptik telah dicipta oleh pakar-pakar Islam.
Pelbagai bahan telah digunakan sebagai antiseptic seperti herba-herba, arak dan
alcohol, ethanol tulen serta merkuri klorida. Konsep aplikasi anestesia dan
antiseptik telah diserbakan ke Eropah dan teknik pembedahan terus diperbaiki dan
dipertingkatkan sehingga tahap seperti pada masa sekarang

Kestabilan politik dan kegiatan ketenteraan


Kecemerlangan yang dicapai oleh Tamadun Islam banyak dibantu oleh pemimpin
yang berkaliber dalam pemerintahan dan pentadbiran kerajaan selepas Nabi
Muhammad s.a.w mangkat. Khalifah telah dipilih untuk melaksanakan tugas yang
sebelumnya dilakukan oleh Baginda pada zaman Kerajaan Khulafa al-Rasyidin.
Mereka yang dipilih mestilah memenuhi syarat-syarat yang tertentu untuk
membuktikan bahawa mereka berkelayakan, berupaya untuk memimpin umat-umat
Islam, serta merupakan seorang yang berakhlak dan berhemah tinggi.
Sistem perlantikan khalifah sebagai pemimpin kerajaan telah diketepikan
selepas zaman Kerajaan Khulafa al-Rasyidin tamat dan diganti oleh sistem warisan,
di mana jawatan pemimpin kerajaan diwarisi secara turun-temurun (monarki).
Namun demikian, kewibawaan para khalifah dan amir dalam mentadbir dan
memerintahkan kerajaan mereka telah berjaya memperlindungi kawasan
pemerintahan kerajaan Islam yang luas dan menentang kuasa-kuasa asing yang
cuba mengancam keamanan dalam negeri. Kejayaan ini didorong oleh usaha
mereka dalam membentuk sebuah kerajaan yang berorganisasi. Selain itu, institusi
dan jabatan yang mempunyai urusan masing-masing dalam pentadbiran kerajaan
juga telah didirikan.
Dalam kerajaan Bani Umaiyah, khalifah dibantu oleh wazir (kerajaan pusat)
dan gabenor (pentadbiran wilayah besar) dalam pentadbiran negara di tahap yang
berlainan. Sistem ini telah membantu khalifah memerintah negaranya yang luas
dengan lebih teliti dan berkesan. Selain daripada itu, enam jabatan telah
ditubuhkan untuk menjalankan urus setia pentadbiran kerajaan dengan lancar dan
sistematik. Jabatan-jabatan ini ialah Jabatan Cukai, Jabatan Surat Menyurat, Jabatan
Urusan Am, Jabatan Urusan Cap Mohor Pemerintah, Jabatan Kehakiman, dan Jabatan
Ketenteraan.
Kebanyakan kejayaan yang dicapai oleh Tamadun Islam dari segi kegiatan
ketenteraan disumbang dari zaman Khulafa al-Rasyidin. Para khalifah telah berjaya
meluaskan tanah jajahannya dari Tunisia di sebelah barat ke Parsi di sebelah timur
dalam tempoh yang hanya sepanjang 24 tahun. Pelbagai cara telah digunakan
dalam proses meluaskan tanah pemerintahan ini: melalui penyebaran agama,
penerokaan dan juga penjajahan.
Antara kejayaan yang terbesar dalam ekspedisi ketenteraan Khulafa alRasyidin ialah penjajahan Parsi yang merupakan salah satu kuasa besar di Tanah
Arab dan musuh utama Islam pada masa itu. Kegigihan Khalifah Umar bin alKhattab untuk menghentikan serangan tentera Parsi yang berterusan di sebelah
timur telah menyebabkan kejatuhan Empayar Parsi dan kerajaan al-Rasyidin berjaya
menghapuskan ancaman yang besar.
Selain itu, ancaman dari Empayar Byzantine dari utara dan barat kerajaan alRasyidin telah dihapuskan melalui ekspedisi ketenteraan ke Syria, Mesir, dan Afrika

Utara. Tentera yang dipimpin oleh panglima perang, Khalid bin al-Walid yang baru
mengalahkan tentera Parsi telah berjaya mengalahkan tentera Byzantine di Syria.
Kejayaan tentera Islam di Syria telah melemahkan tentera Byzantine di Mesir dan
ekspedisi tentera ke Mesir mencapai kemenangan dengan senang. Tentera
Byzantine dipaksa berundur dari Afrika Utara dan tentangan terhadap tentera Islam
di kawasan tersebut amat kecil dan terhad.
Pada zaman Kerajaan Bani Umaiyah, para khalifah meneruskan penjajahan ke
barat Afrika Utara sehingga seluruh kawasan Laut Mediterranean di bawah kuasa
Kerajaan Umaiyah. Walaupun terlibat dalam peperangan yang berterusan dengan
Byzantine, namun Kerajaan Umaiyah terus berkembang dengan lancar sehingga
menjadi empayar berterusan yang terbesar di dunia sebelum kemunculan Empayar
Mongol pada abad ke-13.

Perdagangan, ekonomi, maritim, penerokaan


Selepas Nabi Muhammad s.a.w memperkenalkan dasar ekonomi baru bagi
menggantikan dasar ekonomi zaman Jahiliah,pertubuhan ekonomi tamadun islam
semakin berkembang dan telah banyak mendorong tamadun islam memucuk ke
kecemerlangan. Pada awal-awal lagi, Penduduk-penduduk tamadun islam telah
bermula mengamalkan perdagangan antarabangsa yang lebih berpusat di kota
Makkah. Hal ini demikian kerana kedudukan geografi yang strategic menyebabkan
negara Islam dapat mengawal laluan darat dan laut antara kawasan Mediterranean
dan Tanah Arab, Afrika serta Asia Selatan. Ia terletak di antara Ma'rib di selatan
dengan Petra di utara. Ptolemy telah menamakan kota ini sebagai Macoraba.Bendabenda yang didagang oleh pedagang islam termasuk beras, gandum, seramik dan
kapas. Kestabilan politik, system pengangkutan yang baik, serta hubungan
diplomatik yang erat dengan negeri -negeri lain telah menggalakan perkembangan
perdagangan antarabangsa. Kewujudan pelabuhan pelabuhan yang besar seperti
Baghdad telah Berjaya menarik perkunjugan saudagar saudagar asing
Selain itu,kegiatan ekonomi seperti pertanian dan perushaan telah banyak
menyumbang kepad a perkembangan ekonomi yang turut mendorong
kecemerlangan Tamadun Islam. Madinah terletak berhampiran lembah yang subur,
pertanian dapat dijalankan sepanjang tahun. Contoh pertanian yang ditanam ialah
gandum, barli dan buah-buahan. Dalam Islam, pertanian merupakan salah satu
daripada pekerjaan yang mulia dan amat digalakkan oleh Allah swt dan Rasulullah
saw. Hasil pertanian yang mencukupi dapat menjamin kadar kemiskinan yang
rendah bahawa penduduk dan kerajaan tidak usah merisau akan masalah
kekurangan makanan yang boleh mendorong kepada harga makanan yang
melampau. Oleh itu, kerajaan boleh mengunakan pendapatan Negara untuk
mengukuhkan Negara .Di sampan itu, pengekportasi hasil pertanian tersebut telah
membawa pendapatan kepada negara.

"Kami menjadikan (di atasmukabumiinitempat yang sesuaiuntukdibuat) ladangladangkurmadananggur. Kami pancarkanbanyakmata air (di situ).
Tujuannyasupayamerekabolehmendapatrezekidaripadahasiltanamantersebutdantan
aman-tanaman lain yang
merekausahakan.Adakahmerekaberasatidakperlubersyukur?" (Yasin: 34-35)
Selain itu, penduduk tamadun islam juga banyak melibatkan diri dalam
perushaan dan perindustrian. Produk-produk seperti ukiran kayu, logam, kaca,
tekstil, dan seramik yang dikilang akan dieksport ke negara lain secara besar
besaran telah banyak menyumbang kepada perkembangan ekonomi islam. Hal ini
demikian kerana perdagang islam banyak mengumpul ilmu pegetahuan apabila
berdagang ke Negara seperti Gujerat dan China serta kewujudannya penciptaan
teknologi canggih. Contohnya seperti penciptaan teknik penyulingan telah
meningkatkan quality pembuatan minyak wangi. Mereka telah mengubah suai
bahan seramik dengan menggunakan bahan kimia sepuh seramik dalam process
pembuatan produk seramik. Perusahaan seramik berkhusus di Khurasandan.
Tambahan pula, teknologi besi dari india dan China telah ditingkatan dengan
pengkajian bidang kaji logam telah memudahkan kerja. Malah, kilang-kilang yang
wujud ialah kilang mengisar tepung dan kilang memerah minyak buah zaitun.
Kilang mengisar tepung terdapat diseluruh negeri. Pembuatan kertas dengan kayu
pokok lontar telah diubah dengan linen telah Berjaya mencipta kertas yang tidak
mudah koyak. Produk-produk perkilangan ini kemudian dieksport secara besarbesaran ke negara lain dan telah banyak mengembangan pendapatan negara.
Sistem ekonomi komersil dan system kontrak yang diamal oleh pedudukpenduduk tamadun islam juga memainkan peranan yang penting dalam memajukan
Negara ke arah kecemerlagan. Komisen akan diberikan oleh pelabur-pelabur yang
melabur duitnya dalam pedagang-pedagang atau dalam pelaburan kongsian.
Perkongsian perniagaan dipupuk untuk tujuan usaha perniagaan komersil, dan ikatan
yang erat antara pedagang-pedagang telah membolehkan rangkaian urusan
perniagaan yang luas di tempat-tempat yang jauh. Rangkaian ini dibangunkan
semasa wang boleh didebitkan diBaghdad dan dikreditkan di Sepanyol, mewujudkan
sistem cek yang ada pada hari ini. Cukai akan dikenakan setiap kali barangan
dieksport atau diimport melalui Bandar. Hal ini meningkatkan harga barang dengan
tinggi sebelum tiba ke destinasi akhir. Walau bagaimanapun, dalam dunia Islam
ketika itu, umat Islam mempunyai sumber yang mencukupi tanpa bergantung
kepada pasaran luar pada zaman ini.

Infrastruktur
Pembinaan-pembinaan yang penting juga telah banyak menyumbang kepada
kecemerlang
tamadun Islam, terutamanya penubuhan institusi
pendidikan yang berbilangan tinggi seperti sekolah, universiti, perpustakaan dan
observatori. Sekolah dimulakan di masjid sebagai pusat pembelajaran dan caranya
adalah guru dengan pelajar duduk di satu sudut dan ruang yang berhampiran tiang.
Seterusnya dipertingkatkan sehingga muncul institusi Madrasah- universiti. Antara
universiti yang terkenal ialah al- Azhar (Kaherah), Zaytuniyyah (Tunis), dan
Qarawiyyin (Fez). Selain itu, sekolah-sekolah perubatan diwujudkan dekat dengan
hospital sehingga muncul sebagai institusi-institusi yang menggabungkan fungsi
menyembuh dan pengajaran tentang perubatan farmakologi. Hospital- hospital
yang didirikan beroperasi selama 24 jam. Perpustakaan juga dibina ketika tamadun
islam dan merupakan satu factor penting untuk mendidik masyarakat dan
mendorong kecemerlangan sesebuah tamadun. Perpustakaan terdapat di masjidmasjid besar dan buku-bukunya didermakan kepada masjid oleh orang ramai. Selain
itu, ramai para pembesar (khalifah, raja, bangsawan and sarjana) turut membina
perpustakaan besar di tempat masing-masing.
Kewujudan observatasi pula berfungsi untuk menjalankan kerja dan pengajaran
berkaitan astronomi. Antara contoh observatasi seperti berikut:Observatori di Maragha, Azerbaijan
Di asas oleh Nasir al-Din al-Tusi, seorang ahli Matematik tahun 1259M. Setahun
selepas kejatuhan Baghdad kepada Mogol.
Beroperasi pada 1262M.
Dilengkapi sebuah perpustakaan yang sangat besar dan mempunyai lebih daripada
400,000 buah buku.
Observatori Ulugh Beg di Samarkand
Dibina sekitar 1426M- atas bukit di Utara Samarkand
Di arahkan oleh Ulugh Beg, seorang ahli astronomi yang termashyur kepada
Ghiyath al-Din Jamshid al- Kashi dari Iran.
Observatori Taqi al-Din di Istanbul
Dinamakan sempena nama bekas hakim di Mesir
Menulis beberapa buku tentang astronomi dan ketua ahli astronomi kerajaan
Uthmaniyah.
Mengandungi dua bangunan terletak di atas bukit.

Bangunan utama memuatkan perpustakaan dan juga penginapan para pekerja


teknikal.
Bangunan kecil dilengkapi dengan koleksi hebat peralatan-peralatan astronomi
yang dibina sendiri oleh Taqi al-Din.
Antaranya jam mekanikal yang digunakan untuk mengukur kedudukan kelajuan
planet-planet.

PANDANGAN:
Kecemerlangan yang dicapai oleh Tamadun Islam pada masa lampau
didorong oleh banyak faktor.Strategi-strategi yang digunakan ketika tamadun islam
adalah sebab mereka mencapai tahap kecemerlang.Pada pendapat
kami,penubuhan institusi pendidikan juga memainkan peranan yang sangat penting
untuk membawa kecemerlangan kepada tamadun islam.Penubuhan institusi
pendidikan seperti sekolah, perpustakaan, universiti,observatori dan akademi amat
penting kerana perkara tersebut mendidik masyarakat dan akan bertambah baik
cara hidup kita.
Sekolah juga dimulakan di masjid sebagai pusatpembelajaran.Seterusnya di
formalkan sehingga muncul institusi madrasahuniversiti.Perpustakaan juga
terdapat di masjidmasjid besar untuk meningkatkan jumlah buku yang didermakan
kepada masjid oleh orang ramai. Selain itu , ramai para pembesar seperti khalifah,
raja, bangsawan dan sarjan juga turut membina perpustakaan yang besar ditempat
masingmasing.Pembinaan seperti observatori berfungsi untuk menjalankan kajian
dan pengajaran berkaitan dengan astronomi.Bagi menggalakkan pertumbuhan ilmu
, kerajaan Islam telah menaungi saintis supaya saintis boleh menumpukan sepenuh
perhatian kepada kerjakerja penyelidikan.Mereka mampu membuat banyak
penyelidikan dan dapat memberi informasinya kepada generasi berikut.

Strategi seperti penyebaran agama islam,semua nabi telah berjaya


meyakinkan masyarakat ketika itu untuk memeluk agama islam dan strategi yang
digunakan oleh semua nabi boleh dikatakan amat bijak.Bidang ekonomi juga salah
satu kecermelangan yang dicapai oleh tamadun Islam pada masa lampau.Dalam
bidang ekonomi terdapat pertanian,perdagangan dan perusahaan.Bidang ekonomi
ini telah menghasilkan pendapatan yang banyak dan memajukan tamadun tersebut.
Selain itu, falsafah sains dan teknologi Islam juga membahaskan tentang
nilainilai sama ada etnik,estetika, mantiq dan juga metafizik.Di samping itu,juga
ialah membantu manusia ke arah kemantapan iman. Kesempurnaan sesuatu iman
iala hsedekatmana manusia berupaya mendekati Allah.Ia hanya akan dapat dicapai
sekiranya manusia berusaha supaya rmoral,kebendaan, ekonomi,sosial,kerohanian
dan kejasmanian tunduk kepada kehendak Allah.
Perkembangan tamadun Islam juga dari segi kemudahan pula ialah
pembinaan hospital , klinikswasta , kedaikedai ubat dan sekolah sekolah farmasi di
seluruh kerajaan Islam. Segi kemudahan ini boleh megurangkan jumlah kematian
manusia pada zaman tamadun Islam dan juga boleh merawat orang yang sakit
dengan teknologi-teknologi yang terdapat dalam hospital.

Walau bagaimanapun , terdapat pelbagai masalah yang perlu dihadapi


dalam perjalanan untuk mencapai tahap kecemerlangan tamadun Islam. Orang
Islam telah berusaha untuk mengatasi masalah yang dihadapi. Masalah tersebut
berpunca daripada beberapa faktor yang telah melambatkan process untuk
mencapai kecemerlangan sesebuah tamadun. Tidak dapat dinafikan bahawa
sesebuah tamadun perlu menghadapi masalah-masalah seperti perpaduan kaum,
perbezaan agama dan sebagainya. Akibatnya, pemerintah-pemerintah pada masa
itu telah berusaha dengan sedaya-upaya untuk memulihkan situasi yang kelamkabut itu supaya menjadi stabil dan tenteram.
Antara faktor utama masalah tamadun Islam mencapai kegemilangannya
adalah perbezaan agama. Pada satu malam pada bulan Ramadhan, wahyu pertama
telah diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. , baginda cuba menyebarkan mesej
Islam kepada masyarakat tempatan. Tetapi telah mendapatkan tentangan yang
hebat daripada kalangan penduduk Makkah dan telah dilayan dengan teruk dan
zalim. Baginda telah menghadapi berbagai-bagai cabaran dari kalangan bangsawan
dan para pemimpin yang telah merasakan kedudukan mereka terancam. Mereka
cuba dengan sedaya-upaya untuk menyingkirkan penganut Islam daripada Makkah.
Disebabkan oleh tentangan yang kuat daripada penduduk di Mekah, baginda
akhirnya membuat keputusan untuk berhijrah ke Madinah dan telah melambatkan
penyebaran agama Islam.

Selain itu, terdapat juga masalah yang timbul bagi sesebuah tamadun untuk
mengekalkan kedaulatannya. Keadaan ekonomi yang lemah juga merupakan antara
cabaran semasa yang dihadapi oleh Tamadun Islam untuk mengekalkan
kegemilangannya. Tidak dapat dinafikan bahawa keadaan curi-mencuri yang sering
berlaku di sesuatu tempat atau di sesebuah tamadun. Perbuatan curi-mencuri boleh
menyebabkan system ekonomi di sesebuah negara menjadi lemah dan merosot.
Selain perbuatan mencuri, perbuatan rasuah kerap berlaku antara pemimpinpemimpin untuk kepentingan diri-sendiri. Kegiatan rasuah dan mencuri ini boleh
menyebabkan system ekonomi sesebuah tamadun itu menjadi lemah . Akibatnya,
perancangan pembangunan tamadun itu akan menjadi lambat dan bermasalah.
Di samping itu , ancaman musuh luar juga merupakan salah satu cabaran
atau masalah yang sering dihadapi oleh sesebuah negara atau tamadun. Begitu
juga dengan yang berlaku pada tamadun Islam ini. Semasa membangunkan negara
Islam, negara tersebut sering mendapat ancaman luar seperti ancaman dari kuasa
luar. Peristiwa semasa 1256 Masihi, tentera Monggol telah menyerang kota
Baghdad . Akibat daripada peristiwa tersebut , kota Baghdad telah dimusnahkan .
Selain ancaman luar yang dihadapi oleh Tamadun Islam , ancaman dalaman seperti
pemerintah yang lemah juga salah satu masalah yang dihadapi oleh Tamadun Islam
dalam mengekalkan kegemilangannya. Pemerintah yang zalim , kuku besi dan
menindas akan menyebabkan rakyatnya bangkit untuk menumpas pemerintah
mereka. Peristiwa ini akan menyebabkan perpecahan dalam sesebuah negara.
Kuasa luar akan mengambil kesempatan menggunakan peristiwa tersebut untuk
menyerang dan menjajah negara ini. Akhirnya negara ini akan jatuh kepada tangan
pihak luar seperti yang berlaku di tamadun Islam semasa Empayar Uthmaniyah
yang hanya dapat mengekalkan kedaulatannya sehingga 1924M.

Masalah-masalah tersebut merupakan cabaran yang sering dihadapi oleh


Tamadun Islam dalam mengekalkan kedaulatannya. Masalah-masalah ini mungkin
merupakan antara faktor-faktor yang menyebabkan kejatuhan sesebuah tamadun
seperti yang telah berlaku pada tamadun Islam. Walau bagaimanapun, masalahmasalah ini boleh dielakkan berlaku dan diatasi dengan baik.
Tekanan dan anchaman dari Musyirikin Mekah telah mendorong Nabi dan
orang Islam untuk berhijrah ke Madinah bagi memastikan kejayaan dari segi agama,
moral, sosio-ekonomi dan politik. Mereka memilih Madinah kerana paling sesuai
dengan kehendak mereka. Mereka berhijrah ke Madinah dalam kumpulan-kumpulan
kecil iaitu seramai 70 orang agar tidak diketahui oleh kaum Musyirikin Makkah.
Setelah hijrah, Nabi dapat mempergiatkan penyebaran agama Islam. Nabi
mendapat teman yang setia , jujur dan ikhlas dalam mengharungi perjuangan iaitu
Ali dan Abu Bakar. Selain itu, perpaduan yang kukuh harus diwujudkan dalam
kalangan rakyat supaya semua bersatu padu dan menyenangkan proses

kecemerlangan tamadun. Akhir sekali, perbuatan jenayah terutamanya mencuri,


harus dipandang serius supaya kemunduran sesebuah tamadun dapat dielakkan.

KESIMPULAN: