Anda di halaman 1dari 12

BAB 3

PROSES PERANG TIGA SEGI (PORTUGIS, JOHOR DAN ACHEH)

3.1 ABAD KE-16


Perang Tiga Segi ini telah melibatkan tiga kuasa besar yang utama pada ketika itu
iaitu Portugis, Johor, Acheh kemudian Belanda campur tangan didalam peperangan
ini dengan membantu Kerajaan Johor. Perang ini bermula apabila Portugis berjaya
menguasai Melaka dan kawasan perairan Selat Melaka pada tahun 1511. 1 Kejayaan
Portugis menawan Melaka, menyebabkan pedagang Islam yang sering berkunjung
ke Pelabuhan Melaka mula menukar arah mereka dan memilih Pelabuhan Acheh
sebagai destinasi baru mereka untuk berdagang kerana di Melaka mereka
dikenakan dengan pelbagai sekatan dan cukai yang tinggi oleh pihak Portugis. 2
Kemajuan dan kepesatan pelabuhan Acheh membangun menyebabkan Acheh
muncul sebagai sebuah kuasa baru yang mengawal aktiviti perdagangan di
bahagian timur Pulau Sumatera. Portugis pula telah melakukan serangan secara
bertubi-tubi pada tahun 1518, 1520, 1521, 1523, 1524, 1526, 1535, 1536 dan 1587
terhadap Acheh.3 Walaubagaimanapun, Portugis gagal mengalahkan Kerajaan
Acheh. Pada tahun 1524, Kerajaan Acheh berjaya menghalau Portugis di kawasan
yang dikenali sebagai Pedir.4 Dendam Portugis terhadap kekalahan mereka terhadap
Kerajaan Acheh semakin kuat pada tahun 1537 dimana Sultan Alauddin Riayat Syah
1 Rahiman Abd. Aziz, Pembaratan pemerintahan Johor, 1800-1945: suatu analisis sosiologi sejarah,
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1997, Hlm.38.

2 Ibid., Hlm. 55.

3 Leonard Y.Andaya, The Kingdom Of Johor:1641-1728, Kuala Lumpur: Oxford University Press, 1975,
Hlm.44.

4 Ibid., 45.

yang memegang tampuk pemerintahan Kerajaan Acheh. Baginda setelah menjadi


pemerintah di Acheh telah menjalankan dasar perluasan kuasa secara besarbesaran sehingga menyebabkan Portugis terancam dengan dasar tersebut. Dasar
ini dapat dilihat dengan Kerajaan Acheh melancarkan serangan terhadap Melaka
dalam tahun yang sama. Walaubagaimanapun, pihak Portugis berjaya menghalang
serangan tersebut,tetapi pihak Portugis terpaksa mengeluarkan perbelanjaan yang
tinggi akibat serangan tersebut. Selepas daripada serangan tersebut Kerajaan
Acheh telah berhenti daripada melakukan sebarang serangan selama kira-kira
sepuluh tahun kerana menerima tentangan yang hebat dari Kerajaan Melayu yang
lain seperti Johor, Perak, dan Siak. Oleh itu, selama sepuluh tahun Melaka berada
dalam keadaan yang aman dan tenteram tanpa serangan daripada Kerajaan
Acheh.5
Kemudian pada

tahun 1547, Kerajaan Acheh kembali menyerang semula

Portugis di kota Melaka. Pihak Acheh telah melakukan kepungan terhadap bandar
Melaka dan mara hingga ke Perlis, untuk menghentikan atau menghalang sebarang
bekalan dan bantuan ketenteraan di kawasan Perlis tersebut. Ketika Kota Melaka
dalam kepungan St. Francis Xavier telah membuat andaian bahawa pihak Portugis
akan mendapat bantuan daripada pihak Patani. Ketetapan ramalannya ini amat
penting dalam proses menyelamatkan kota Melaka dari ancaman Kerajaan Acheh
tersebut. Dengan bantuan dari Patani, Portugis dengan sebuah angkatan laut yang
kecil telah berjaya mengalahkan Acheh di Perlis. Kemenangan Portugis ini dapat
dilihat dari kekuatan bala tentera yang menentang mereka-Johor, Perak dan Pahang
bersama-sama mengumpulkan angkatan laut yang terdiri daripada 300 buah kapal
dan 8,000 orang askar.6 Berita kemenangan Portugis berjaya mengalahkan Kerajaan
Acheh di Perlis telah mengurangkan serangan terhadap Melaka buat sementara
waktu.

5 A. Samad Ahmad, Kerajaan Johor-Riau, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1985,
Hlm.166.

6 R.O. Winstedt, A History Of Johore, Kuala Lumpur: MBRAS, 1932, Hlm.166.

Walaupun Acheh mengamalkan dasar perluasan kuasa secara besar-besaran,


tetapi dasar ini tidak memberi sebarang kesan negatif kepada kemajuan Acheh
sebagai pusat perdagangan utama di bahagian Sumatera. Pada pertengahan abad
ke-16, Portugis telah beranggapan bahawa Acheh sebagai kawasan utama dalam
perdagangan diantara Asia Barat dan India dengan gugusan Kepulauan Melayu.
Pada masa yang sama, kekuatan Portugis pula berada dalam keadaan yang lemah.
Melaka telah menerima pelbagai ancaman daripada kerajaan Melayu di sekitar
kawasannya Pada tahun 1551, Kerajaan Johor, Perak dan Pahang, telah bergabung
dengan pihak Japara untuk menawan Melaka tetapi usaha tersebut tidak berjaya.
Malahan Portugis juga mempunyai konflik diantara Kerajaan Johor, selain
Acheh. Konflik ini telah menyebabkan tercetusnya perang tiga penjuru yang
bertujuan

untuk

menguasai

perdagangan

di

perairan

Selat

Melaka.

Walaubagaimanapun, Acheh mempunyai visi yang lebih luas berbanding pihak


Portugis. Acheh ingin mengukuhkan kedudukan dan kekuasaannya sebagai sebuah
kuasa politik yang unggul dan utama di Selat Melaka. 7
Pada tahun 1535, Portugis telah melakukan serangan terhadap Johor. Portugis
menganggap bahawa mereka harus menghancurkan dan menghapuskan ancaman
daripada bekas pemerintah Kesultanan Melayu Melaka itu sekiranya mereka mahu
menguasai dan mengaut keuntungan yang tinggi serta sebagai penguasa pusat
perdagangan termashyur di Nusantara pada masa itu. Justeru, pihak Portugis yang
pimpin oleh Estevao da Gama telah melancarkan serangan seterusnya telah
memusnahkan

pusat

pentadbiran

kerajaan

Johor

sebanyak

dua

kali,

walaubagaimanapun penduduknya telah berpindah ke hilir sungai, sama seperti


yang mereka lakukan beberapa kali kemudian demi mengelakkan serangan dan
kemusnahan serta membina semula pusat kerajaan mereka. 8 Contohnya , pada
tahun 1536, Sultan Alauddin Riayat Syah II telah melarikan diri ke kawasan Sayong,

7 A. Samad Ahmad, op. cit., Hlm. 76.

Ahmad Jelani Halimi, Sejarah dan Tamadun bangsa Melayu Siri pengajian dan pendidikan
Utusan, Kuala Lumpur: Utusan Publications, 2008, Hlm.292.

Muar dan akhirnya di Bintan. 9 Kemudiannya, pada tahun 1540, baginda telah
membuat pusat pemerintahan di Johor Lama yang dikenali sebagai Kota Batu.
Perpindahan pusat pemerintahan ini berikutan serangan-serangan yang dilakukan
oleh Portugis sebelum ini.10
Tahun 1558 sehingga tahun 1575, Acheh telah beberapa kali melakukan
serangan keatas Melaka. Serangan pertama dimana Pihak Acheh dibantu oleh Pihak
Turki Uthmaniyah pada tahun 1568 melibatkan 20 000 orang termasuk 400 orang
askar Turki. Namun demikian, sekali lagi Acheh gagal menawan Melaka sama juga
seperti serangan-serangan pada tahun 1574 dan tahun 1575. Portugis bernasib baik
kerana setiap kali Acheh menyerang Melaka, tiada kerajaan Melayu lain yang
membantu Acheh dalam proses menawan Melaka.
Walaubagaimanapun, perang sentiasa berlaku melibatkan Acheh dengan
kerajaan Johor. Perak pula telah berjaya dikuasai oleh Acheh pada tahun 1575.
Acheh turut menyerang Aru dan Johor pada tahun 1564. Aru dan Johor
berjaya dikalahkan dan Sultan Alauddin Riayat Syah yang merupakan pemerintah
Johor

telah dibawa balik ke Acheh. Baginda mangkat di Acheh. Oleh itu, putera

baginda,

iaitu

Raja

Muzaffar

telah

dilantik

mengantikan

baginda,

dengan

menggunakan gelaran Sultan Muzaffar Syah. Kota Batu yang rosak akibat serangan
Acheh telah dibaikpulih kembali dan kemudiannya, Sultan Muzaffar Syah berpindah
dan membina sebuah pusat pemerintahan di Selunyut. Namun demikian, Kerajaan
Johor sekali lagi diserang oleh Kerajaan Acheh pada tahun 1570, iaitu semasa
pemerintahan Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Syah II (1571-1597). Ekoran daripada
serangan tersebut, pusat pemerintahan Johor sekali lagi terpaksa berpindah ke
Tanah Puteh dan kemudiannya ke kawasan Johor Lama.

9 Ibid., Hlm. 293.

10 Ibid., Hlm. 320.

Pada tahun 1587, Johor juga telah melancarkan serangan besar-besaran ke


atas Melaka dari laut dan dari darat.11 Orang Minangkabau dari Naning dan Rembau
juga telah menghulurkan bantuan kepada Kerajaan Johor dalam proses menyerang
Kota Melaka. Dalam serangan balasnya, Portugis telah menyerang Johor Lama dan
menghancurkan kawasan tersebut. Pihak Portugis melakukan serangan balas
terhadap Kerajaan Johor itu disebabkan oleh kemajuan dan kepesatan bandar
tersebut

membangun

sehingga

menggugat

posisi

Melaka

dalam

aktiviti

perdagangan. Apabila kota Johor Lama diserang dan berjaya ditawan oleh Portugis,
Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Syah II terpaksa memindahkan pusat pemerintahannya ke
Batu Sawar. Selepas kemangkatan Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Syah, tampuk
pemerintahan kerajaan Johor diambilalih oleh putera baginda, iaitu Raja Mansur
dengan memakai gelaran Sultan Alauddin Riayat Syah III. Oleh kerana untuk
melindungi negeri daripada serangan Portugis dan juga Acheh, Sultan Alauddin
Riayat Syah III telah mengadakan hubungan diplomatik dengan Belanda. Atas dasar
diplomatik ini telah membawa kepada penempatan pegawai Kompeni Belanda di
Batu Sawar.12

3.2 ABAD KE-17


Apabila Johor menjalinkan hubungan diplomatik dengan Belanda, Portugis di Melaka
telah memberi amaran kepada Sultan Alauddin Riayat Syah III supaya membatalkan
hubungan diplomatik tersebut. Namun demikian itu, Sultan Alauddin Riayat Syah III
tidak mempedulikan amaran tersebut walaupun telah dinasihati oleh Raja Abdullah
atau Raja Seberang. Akibat, daripada kedegilan Sultan Alauddin Riayat Syah III pada
tahun 1608, Portugis telah melancarkan serangan ke atas Kerajaan Johor. Setelah
peperangan

tersebut

tamat,

Sultan

Alauddin

Riayat

Syah

III

menjalinkan

persahabatan dengan Portugis di Melaka. Sikap baginda ini menyebabkan Acheh di


bawah pemerintahan Iskandar Muda Mahkota Alam (1607-1636) telah melancarkan
11 Joginder Singh Jessey, History of Malaya, 1400-1959 ,
Kuala Lumpur: Jointly published by the United Publishers and Peninsular Publications, 1963, hlm.39.

12 Institut Terjemahan Negara Malaysia, Old Treaties & Documents of Malaysia, 1791-1965,
Kuala Lumpur: ITBM, 2008, Hlm.108.

serangan dengan Batu Sawar pada tahun 1613. 13 Hal ini menyebabkan pusat
pentadbiran Johor di Batu Sawar dimusnahkan. 14 Sultan Alauddin Riayat Syah III,
Raja Abdullah dan Bendahara Tun Seri Lanang telah dibawa balik ke Acheh. Ketika
berada di Acheh, Raja Abdullah telah berkahwin dengan adinda Sultan Iskandar
Muda Mahkota Alam. Perkahwinan ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan
Acheh-Johor. Kemudiannya, Sultan Abdullah dibenarkan pulang ke Johor pada akhir
tahun 1613. Manakala Sultan Alauddin Riayat Syah III pula dibenarkan pulang ke
Johor pada tahun 1614.
Walaupun Acheh memberi amaran kepada Johor supaya tidak terlibat dengan
sebarang sebarang hubungan diplomatik dengan Portugis dan Belanda, tetapi
amaran tersebut tidak diendahkan oleh Johor. Raja Abdullah masih meneruskan
hubungan dengan Belanda. Malah lebih dari itu, Belanda telah menempatkan
pegawai-pegawainya di Batu Sawar. Sementara itu, Sultan Alauddin Riayat Syah III
telah membuat pakatan dengan Portugis dengan melantik puteranya, iaitu Raja
Bujang sebagai Sultan Pahang pada tahun 1615, mengambil tampuk pemerintahan
Pahang daripada putera Sultan Abdul Ghafur kerana tidak berkelakuan baik. 15
Perkembangan di Johor ini, tidak disenangi oleh Acheh. Oleh itu, pada tahun 1615,
Acheh sekali lagi telah melancarkan serangan ke atas kawasan Batu Sawar. 16
Walaupun Sultan Alauddin Riayat Syah III berjaya mengundurkan diri ke Selunyut
tetapi baginda berjaya ditangkap semula. Akhirnya Sultan Alauddin Riayat Syah III
di bawa ke Acheh dan dibunuh. Dengan itu Raja Abdullah telah dilantik menjadi
pemerintah Johor yang baru dengan menggunakan gelaran Sultan Abdullah Muayat

13

Radzi Sapiee, Berpetualang Ke Aceh: Membela Syiar Asal, Jakarta: Wasilah Merah Silu
Enterprise, 2007, Hlm.270.

14 Omar Farouk Bajunid, Esei-esei budaya dan sejarah Melaka,

Kuala Lumpur: Asrama Zaba, Universiti Malaya, 1989,Hlm.89.

15 Stephen Oppenheimer, Eden in the East: The Drowned Continent of Southeast Asia,
United Kingdom: Weidenfeld and Nicolson, 1998, Hlm.243.

16 Ibid., Hlm. 121.

Syah (1615-1623). Pelantikan baginda di atas takhta kerajaan bermakna keluarga


diraja Johor berkuasa kembali.
Oleh kerana kenaikan Raja Bujang di atas takhta kerajaan Pahang adalah
melalui pakatan Johor-Portugis menyebabkan Acheh tidak berpuas hati dengan
perkara tersebut lalu melancarkan serangan ke atas Pahang pada tahun 1617. 17
Pahang berjaya dikalahkan. Kemudian Raja Bujang terpaksa berundur ke Pulau
Lingga. Manakala Raja Ahmad dan puteranya, Raja Mughal telah ditawan dan
dibawa ke Acheh. Kemudiannya Sultan Abdullah Muayat Syah pula telah berpindah
ke Pulau Lingga. Pada tahun 1623, Acheh sekali lagi telah menyerang Pulau Lingga.
Keadaan ini telah memaksa Sultan Abdullah Muayat Syah dan Raja Bujang untuk
berundur ke kawasan Pulau Tembelan. Setelah sampai di Pulau Tembelan Sultan
Abdullah Muayat Syah mangkat di sini dan baginda telah dikenali dengan panggilan
Marhum Tembelan. Dengan itu takhta kerajaan berikutnya dikuasai oleh Raja
Bujang. Baginda memakai gelaran Sultan Abdul Jalil Syah III (1623-1677). Kenaikan
Sultan Abdul Jalil Syah III di atas takhta kerajaan Johor bermakna keturunan
daripada kesultanan Melaka-Pahang menduduki semula takhta kerajaan Johor.
Sementara itu jaminan diberikan bahawa putera Sultan Abdullah Muayat Syah, iaitu
Raja Bajau akan dilantik sebagai Sultan untuk menggantikan Sultan Abdul Jalil Syah
III nanti. Raja Bajau dilantik sebagai Raja Muda dan memerintah di Pahang.
Pengukuhan kuasa Iskandar Muda Mahkota Alam bukan sahaja menjadi
ancaman kepada Johor, tetapi juga kepada pihak Portugis. Hal ini terbukti apabila
Acheh

di

bawah

melancarkan

pimpinan

beberapa

Sultan

serangan

Alaudin

untuk

Riayat

menyerang

Shah
Johor

(1537-1571)

telah

bertujuan

untuk

menghancurkan sumber-sumber kuasa yang mampu untuk bersaing dan menjadi


penghalang kepada impian Acheh untuk muncul sebagai sebuah kuasa politik dan
ekonomi yang baharu dan unggul di kepulauan Melayu. Dengan kemunculan tokoh
yang berkarisma seperti Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam sebagai pemerintah
Acheh, Acheh menjadi ancaman yang lebih berbahaya kepada pemerintah Melaka
yang telah mempunyai kedudukan yang kukuh di Johor. Sultan Iskandar Muda
Mahkota Alam telah mengukuhkan kekuasanya di kawasan pantai barat Sumatera
17 Abd. Jalil Borham, Pentadbiran undang-undang Islam negeri Johor, Johor Bharu: Penerbit UTM, 2002,
Hlm.64.

ke selatan hingga ke Padang dan sepanjang pantai timur Sumatera hingga ke Siak
dan kemudian berusaha untuk menguasai Kedah, Perak, Pahang dan Johor di
Semenanjung. Johor telah menentang usaha Acheh memusnahkan kepimpinannya
terhadap orang Melayu, walaupun tidak dapat menyekat kuasa Acheh menguasai
wilayah-wilayah naungannya di Sumatera. Namun begitu, Johor masih mampu
bertahan daripada serangan berterusan kedua-dua pihak, iaitu Portugis dan
Acheh.18
Perkembangan Acheh menyebabkan Portugis sangat bimbang dengan
perkara tersebut. Justeru itu, Portugis mengambil kata putus dengan menyerang
Acheh pada tahun 1629.19 Dalam pertempuran tersebut, angkatan Acheh telah
berjaya dikalahkan oleh Portugis di Melaka. Hal ini menyebabkan kerajaan Acheh
menjadi lemah. Dalam perang ini angkatan Acheh kehilangan nyawa sebanyak
19,000 orang.20 Kekalahan ini membuka peluang kepada Johor untuk meluaskan
pengaruhnya ke beberapa bahagian di Sumatera.
Namun, setelah kuasa Acheh dilihat semakin lemah akibat daripada
peperangan dengan Portugis di Melaka, Pemerintah Johor itu tetap menganggap
bahawa kedua-dua kuasa ini merupakan ancaman kepada Kerajaan Johor, Melaka
yang dikuasai Portugis dan Acheh di bawah Iskandar Muda Mahkota Alam, tidak
dapat dihapuskan oleh Johor secara bersendirian tetapi perlu mendapatkan bantuan
sekutu yang kuat. Malah seperti yang telah dinyatakan sebelum ini, Johor telah
mula menjalin hubungan diplomatik dengan Belanda pada tahun 1606, tetapi
langkah itu tidak memberi kesan kepada penawanan semula Melaka. Misalnya,
dalam bulan Mei tahun 1606, Belanda telah menandatangani satu perjanjian
dengan Johor.

18

Merle Calvin Ricklefs, Sejarah Indonesia modern, 1200-2004, Jakarta: Penerbit Serambi, 2005,
Hlm.85.

19

Ibid., Hlm.87.

20

Ibid., Hlm.99.

Sebenarnya, itulah perjanjian Belanda

yang mula-mula dengan sebuah

negeri di Tanah Melayu. Matelieff iaitu wakil belanda bersetuju untuk menghulurkan
bantuan kepada

Sultan Johor untuk menawan Melaka. Jika perancangan untuk

menawan itu berjaya, bandar Melaka akan terserah ke tangan Belanda. Selepas
tertawan, bandar dan kota Melaka hendaklah diserahkan kepada States-General
(iaitu syarikat India Timur Belanda) serta dengan kebebasan untuk meluaskan lagi
pertahanan di sana.21 namun seperti yang telah dijelaskan sebelum ini, serangan
tersebut tidak berjaya dan timbul pula pertelingkahan di antara Belanda dengan
Johor. Sultan Johor telah menyedari bahawa pada akhirnya baginda tidak akan
mendapat apa-apa faedah daripada penawanan bandar Melaka. Sebaliknya apa
yang dibuat oleh baginda itu hanyalah menukarkan orang Portugis yang lemah
dengan orang Belanda yang lebih kuat.
Matelieff membatalkan kepungannya apabila satu angkatan laut Portugis
yang kuat tiba dari Goa. Dalam pada itu dalam pertempuran-pertempuran yang
berikut dia dapat memberi satu kesan yang besar ke atas angkatan orang laut
Portugis di timur. kegagalan Metalieff menyerang Melaka, menyebabkan beliau
pergi ke Batu Sawar untuk menandatangani satu perjanjian baru dengan Sultan
Johor, dalam bulan September, 1606. Menurut perjanjian ini, sultan bersetuju
menyerahkan

sekeping

tanah

kepada

syarikat

Belanda

untuk

tempat

memunggahkan barang dan ubat bedil, dan tempat merawat kakitangan mereka
yang sakit dan membina tempat kediaman sebagaimana yang hendak dibuat di
Melaka.22 sementara itu penolong Matelieff menandatangani pula perjanjian
persahabatan dengan Acheh dan dalam perjanjian tersebut kedua-dua belah pihak
bersetuju hendak menyatukan angkatan tentera mereka untuk menentang orang
Portugis dan Sepanyol. Jelas terbukti bahawa dengan perjanjian dengan kedua-dua
belah pihak, iaitu negeri Acheh dan Johor, Belanda telah mencuba untuk
mengelakkan diri mereka daripada menyebelahi mana-mana pihak yang dalam
pertikaian diantara Johor dan Acheh.
21 Joginder Singh Jessey. op. cit., hlm. 54.
22 Abdul Rashid Melebek, Amat Juhari Moain, Sejarah Bahasa Melayu, Kuala Lumpur: Utusan
Publications, 2006, Hlm. 66.

Pihak Belanda telah melawat banyak tempat di kawasan Nusantara dan amat
ingin menjalin hubungan dengan pemerintah tempatan yang dapat memberikan
kuasa monopoli terhadap barangan terutamanya rempah kepada Belanda. Usaha
mereka

untuk

mendapatkan

rempah-ratus

menyebabkan

Belanda

terpaksa

berhadapan dengan Portugis di Asia sebagai sambungan kepada pergolakan yang


berlaku di Eropah. Dari awal lagi, Belanda lebih disukai oleh para pemimpin Melayu
kerana VOC tidak mempunyai sifat anti-Islam terhadap pedagang Muslim seperti
Portugis dan tidak berhasrat menguasai seluruh rantau itu, seperti yang dilakukan
oleh Portugis. Lagipun, VOC mewujudkan satu konsep kerjasama yang baru yang
berdasarkan perjanjian, yang pada mulanya kelihatan asing tetapi kemudiannya
terbukti

menguntungkan,

dan

boleh

diketepikan

sekiranya

memudaratkan

kepentingan masyarakat tempatan. Hal inilah yang difahami para pemerintah


Melayu apabila mengadakan perjanjian dengan Belanda sepanjang kurun ke-17 dan
ke-18, suatu kefahaman yang secara amnya terbukti betul, hasil daripada keadaan
yang khusus berkait dengan VOC di bahagian barat kepulauan Nusantara. 23
Penerimaan yang positif dalam kalangan pemerintah dan masyarakat
pedagang Melayu ini memudahkan Belanda (VOC) untuk terlibat dalam penguasaan
terhadap kawasan di kepulauan Nusantara yang kaya dengan bahan mentah seperti
rempah dan bijih timah untuk dibawa pulang dan didagangkan di Eropah. Dengan
itu, VOC telah berusaha bersungguh-sungguh untuk menjalinkan hubungan dengan
Johor bertujuan untuk mendapatkan Melaka. Pihak Belanda percaya bahawa banyak
keuntungan akan diperolehi dengan menawan Melaka. Seperti yang telah dijelaskan
sebelum ini, Belanda telah melakukan satu perjanjian rasmi yang pertama dengan
Johor pada tahun 1639 dimana membenarkan VOC untuk membina sebuah kubu di
Batu Sawar sebagai balasan untuk VOC dan membantu Johor dalam menangkis
serangan daripada Acheh dan menghapuskan Portugis di Melaka.
Oleh

itu,

proses

peperangan

bagi

menawan

semula

Melaka

segera

dilancarkan pada 2 Ogos 1640, angkatan perang Belanda dengan bantuan pasukan
Johor telah mengepung Melaka.24 Orang-orang Johor memainkan peranan yang
amat penting dalam pembinaan kubu dan parit serta mengangkut barang-barang.
23

Abdul Rahman Haji Ismail, MALAYSIA: Sejarah Kenegaraan dan Politik, Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka, 2007, hlm. 135.

Pasukan Johor ini di bawah pimpinan Seri Raja Diraja, anak Laksamana Johor.
Kepungan ini berakhir dengan kekalahan Portugis pada Januari 14 Januari 1641.
Kekalahan Portugis ini bermakna Johor telah bebas daripada ancaman yang
mengganggui kerajaan Johor selama kira-kira seratus tiga belas tahun. Dalam hal
yang lain, VOC menghargai Johor bahawa pakatan Belanda dan Johor telah berjaya
mengalahkan Portugis.

RUMUSAN
Secara kesimpulannya Perang Tiga Segi ini merupakan perang yang melibatkan tiga
kuasa besar iaitu Kerajaan Johor yang dibantu oleh Pihak Belanda, Kerajaan Acheh
serta Portugis. Melalui peperangan ini semua pihak mempunyai kepentingan yang
tersendiri. Seperti Kerajaan Johor berusaha merebut kembali Melaka dari tangan
Portugis untuk mengembalikan semula kegemilangan Kerajaan Kesultanan Melayu
Melaka. Manakala Kerajaan Acheh pula merupakan satu kuasa yang baru wujud
selepas kejatuhan Melaka. Kerajaan Acheh berusaha meluaskan pengaruhnya
setelah pelabuhannya muncul sebagai pusat perdagangan yang penting di sekitar
Kepulauan Melayu selepas kejatuhan Kerajaan Melaka. Bagi pihak Portugis pula
mereka

mahu

mengekalkan

pengguasaan

mereka

terhadap

Melaka

kerana

Pelabuhan Selat Melaka merupakan pusat ekonomi utama yang membekalkan


sumber rempah ratus kepada Pihak Portugis di sekitar Kepulauan Melayu. Selain itu,
Pihak Belanda pula melihat peperangan ini sebagai satu peluang kepada Belanda
untuk menghapuskan Portugis yang merupakan pesaing yang sengit dalam usaha
memajukan perdagangan Belanda di Betawi.

24 Abu Hassan Sham, Maarten't Hart, Khek Seng Wong, Malay studies from Dutch sources, Melaka:

Penerbitan bersama Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya [dan] Perbadanan Muzium Melaka,
Melaka, 1998, Hlm.74.

Oleh itu, kesan daripada keseluruhan perang ini menyebabkan kewujudan kuasa
baru yang menjajah Kepulauan Melayu iaitu Belanda. Manakala hasil daripada
peperangan ini juga telah menjadikan Kerajaan Johor menjadi sebuah kerajaan
Melayu yang digeruni oleh kerajaan Melayu lain di sekitar kepulauan Melayu.
Malahan,

akibat

daripada

berlakunya pertelingkahan

peperangan

ini

juga

diantara Kerajaan

kemudiannya

Johor

dengan

menyebabkan

Belanda kerana

pengenalan dasar Belanda yang menguntungkan pihak Belanda sahaja sehingga


menjurus kepada kejatuhan Kerajaan Johor serta penglibatan kuasa barat yang lain
iaitu British yang memburukkan lagi keadaan.