Anda di halaman 1dari 7

SEJARAH PERMAINAN TENIS

Tenis merupakan salah satu pemainan menggunakan raket


yang disukai oleh sebahagian besar penduduk dunia. Ia dikenali
sebagai Jeu de Paume di Perancis, Real Tennis di Britain dan Royal
Tennis di Australia. Ia merupakan sukan raket yang tertua
berbanding sukan squash dan beberapa sukan raket yang lain.
Berdasarkan beberapa catatan sejarah, permainan menggunakan
bola dan raket telah dimainkan sejak sebelum masihi lagi. Ketika
itu, ia dimainkan di Mesir dan Yunani. Roger Morgans pula di
dalam bukunya yang bertajuk Tennis, The Development of The
European Ball Game, menyatakan bahawa permainan tenis ini
dimainkan di jalan raya pada Zaman Pertengahan.
Tetapi pada abad ke-11, permainan yang seakan-akan tenis
telah dimainkan pada pertama kalinya di salah sebuah kawasan di
Perancis. Bola yang digunakan dibalut dengan benang berbulu dan
pemukulnya hanya menggunakan tangan. Pada ketika itu, tenis
dimainkan oleh para rahib di Perancis dan Itali. Permainan ini
berkembang apabila rahib-rahib tersebut mengembara dari satu
biara ke biara yang lain, yang seterusnya mewujudkan banyak
peraturan. Keseronokan bermain tenis ini menyebabkan para
rahib tidak mengendahkan larangan Pope. Pada abad ke-14, ia
telah berkembang dari kawasan gereja sehingga ke istana dan
turut menjadi permainan bagi golongan bangsawan.

Permainan ini kemudian diperkenalkan ke Itali dan Inggeris


pada abad ke-13 dan ia telah mendapat sambutan hangat dalam
waktu yang singkat dan terus berkembang ke negara-negara
Eropah yang lain. Walaupun pada mulanya permainan tenis hanya
menggunakan tangan, tetapi lama-kelamaan ada pemain yang
menggunakan sarung tangan (glove), dan kemudiannya memintal
tali di tangan. Seterusnya, ia mengalami perkembangan apabila
mereka menggunakan rangka yang dipintal dengan tali dan
berpemegang.

Ia

merupakan

raket

bertali

yang

mula

diperkenalkan sekitar abad ke-15 oleh Antonio da Scalo, seorang


profesor berbangsa Itali. Beliau menamakan permainan ini
sebagai 'tenis padang' (lawn tennis). Manakala, di dalam buku
Book of Games And Sports, yang diterbitkan dalam tahun 1801
pula, ia disebut sebagai tenis panjang.
Bola tenis pula diperbuat daripada gabus yang dibalut
dengan kain yang diikat secara ketat, tetapi ia hanya boleh
bertahan selama 2 minggu. Bola tenis seterusnya mengalami
revolusi apabila ia diperbuat menggunakan bulu biri-biri. Bola
tersebut

lebih

ringan

berbanding

sebelumnya.

Manakala,

gelanggang tenis yang pertama telah dibina di Hampton Court


pada tahun 1625 dan ia telah memperlihatkan motif sebenar
permainan. Gelanggang tersebut masih lagi digunakan sehingga
sekarang untuk pertandingan.
Pada ketika itu juga, iaitu sekitar abad ke-16 dan abad ke-17,
golongan

bangsawan

di

England

dan

Perancis

mula

memainkannya. Di England, Henry VII amat menyukai sukan ini


dan pewarisnya sendiri memiliki gelanggang asal di Hampton
Court Palace. Pada ketika itu juga di Paris, sebanyak 1800
gelanggang telah dibina. Ada pendapat mengatakan bahawa
gelanggang tenis telah di bina di atas kapal 2000 tan di Perancis.
Manakala, gelanggang yang dibina di Versailles, Perancis pada
tahun 1686, pula berharga 45,403 franc. Tetapi pada sekitar tahun
1700, tenis mula disisihkan di Perancis. Sungguhpun begitu,
terdapat juga gelanggang yang dibina seperti di Bath pada tahun
2

1777 tetapi ia hanya digunakan selama 37 tahun sahaja, dan kini


bangunan itu telah dikenali sebagai Bath Industrial Heritage
Centre. Pada pertengahan abad ke 19, kebangkitan semula tenis
mula dirasai. Ketika itu, gelanggang tenis yang pertama di Amerika
Syarikat dan Australia telah dibina pada tahun 1876 dan 1882.
Tetapi, perang dunia pertama telah memberikan impak yang
negatif terhadap permainan tenis ini.
Kelab tenis pertama iaitu Leamington telah didirikan di
Perancis oleh J.B. Perera, Harry Gem, Dr. Frederick Haynes, dan
Dr. Arthur Tompkins pada tahun 1872. Pada masa itu, tenis
dikenali sebagai pelota atau lawn rackets. Dalam tahun 1874,
permainan tenis pertama kali dimainkan di Amerika Syarikat oleh
Dr. James Dwight dan F.R. Sears. Sementara itu, All England
Croquet Club pula telah didirikan pada tahun 1868. Pada tahun
1970, barulah pejabatnya dibuka di Jalan Worple, Wimbledon.
Pada tahun 1875, kelab ini bersedia memberikan dana untuk
permainan tenis dan badminton. Peraturan permainan tenis
padang juga ditulis. Amerika Syarikat pula mendirikan kelab tenis
yang pertama di Staten Island. Keadaan ini menyebabkan
perkembangan

yang

pesat

dalam

sukan

tenis

dan

berjaya

melahirkan ramai pemain tenis yang hebat di peringkat dunia.


Kejuaraan tenis yang pertama telah bermula pada tahun 1877.
Ketika itu, seramai 21 orang pemain telah mengambil bahagian.
Dalam kejuaraan tersebut. Spencer William Gore telah menjadi
pemenangnya. Kini, kejuaraan tenis tersebut dikenali sebagai
Kejuaraan Wimbledon. Sukan tenis ini juga telah melahirkan
ramai bintang tenis yang hebat dan terkenal, seperti Jimmy
Connors, John Mc Enro, Ile Natashe, Bjorn Borg, Boris Becker,
Mats Wilander, Stefie Graff, Monica Seles, Martina Hingis, Pete
Sampras, Andre Agassi. Kini, tenis telah menjadi satu permainan
yang berbentuk komersil yang menawarkan hadiah yang lumayan.

PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG PERMAINAN


Jaring

Jaring diperbuat daripada dawai keluli, kapas atau rami yang


dipintal.

Digantungkan pada kabel yang tahan karat dan dilitupi dengan


pita putih.

Bahagian bawah jaring hendaklah menyentuh tanah.

Bahagian atas jaring mestilah 0.91 tinggi pada titik tengahnya dan
1.07 m pada kedua-dua bahagian tiangnya.

Ia perlu dipasang tegang semasa permainan.


Gelanggang Tenis

Gelanggang tenis indoor dan outdoor.

Permukaannya rata dan bebas daripada sebarang gangguan.

Ia dalam bentuk gelanggang rumput, yang diperbuat daripada


kayu, simen ataupun parguay.

Ukuran gelanggang ialah 23.77 m (78 kaki) panjang dan 8.23 m (27
kaki) lebar untuk perseorangan dan 10.98 m bagi keseluruhan
gelanggang.

Gelanggang tenis dibahagi kepada dua bahagian.

Bahagian tengah gelanggang terdapat satu jaring.

Setiap bahagian di bahagi lagi kepada tiga bahagian, iaitu dua


bahagian berbentuk empat segi di hadapan dan satu bahagian
empat segi di belakang,

Semua bahagian tersebut dipisahkan dengan garisan yang jelas


dan sebaik-baiknya ditanda menggunakan garisan putih.

Bola yang dipukul dari luar gelanggang hendaklah tidak


menyentuh garisan kerana ia hanya akan membawa mata kepada
pihak lawan.
Raket

Rangka raket terdiri daripada beberapa jenis, iaitu yang diperbuat


daripada kayu, keluli, aluminium, plastik dan besi.

Berat raket bagi pemain lelaki hendaklah di antara 282.7 g


sehingga 396.9 g. Manakala bagi pemain wanita, berat raket adalah
di antara 368.0 g sehingga 382.0 g.

Pemain haruslah memilih raket yang sesuai dengannya, terutama


dari aspek keselesaan pemegangnya.
Pakaian Untuk Pemain

Pemain lelaki memakai baju lengan pendek, berseluar pendek,


berstoking dan berkasut.

Pemain wanita memakai baju lengan pendek atau panjang,


berseluar, berstoking dan berkasut.

Warna baju dan seluar bagi pemain adalah bebas.

Keselesaan pemakaian adalah penting.


Bola

Warna bola tenis biasanya hijau kekuningan.

Beratnya adalah di antara 56.7 g sehingga 58.5 g.


5

Saiz diameter bola tenis ini adalah di antara 6.35 cm sehingga 6.65
cm

Ia perlu dijaga dengan baik dan hendaklah sentiasa dalam keadaan


kering.
Teknik Permainan
Beberapa contoh teknik pukulan:

Forehand

Backhand

Groundstroke

Smesy

Slice

Spin

Dropshot

Volley
Cara Permainan

Tenis boleh dimainkan oleh semua peringkat umur, sama ada


lelaki atau wanita.

Ia boleh dimainkan secara:

o Perseorang lelaki
o Perseorangan wanita
o Bergu lelaki
o Bergu wanita
o Bergu campuran

Permainan tenis dimainkan dengan bermatlamat mendapatkan


mata dengan memukul bola dengan harapan pihak lawan tidak
dapat mengembalikan bola tersebut dengan baik.

Kawasan servis berada di kedua-dua kawasan gelanggang, iaitu,


kawasan servis di kanan pemain dikenali sebagai kawasan dius,
manakala

kawasan

kiri

pemain,

dikenali

sebagai

kawasan

advantage.

Permainan tenis bermula dengan pemain yang melakukan servis


melambungkan bola ke udara dan memukulnya menggunakan
raket.

Matlamatnya menghantar bola mengikut arah pepenjuru supaya ia


dapat mendarat di kawasan dius penerima.

Apabila mata pertama diperolehi, pemain akan bergerak ke kiri


dan menyambung permainan semula.

Pemain kemudiannya bertukar kawasan sama ada ke kiri atau ke


kanan selepas setiap mata dibuat sehinggalah ada pemenangnya.

Anda mungkin juga menyukai