Anda di halaman 1dari 1

M.

Danziger

dan

W.S

Jahnson

(1983:2)

juga

mendefinisikan sastera sebagai satu seni yang menggunakan


kata-kata sama ada lisan atau bertulis. Bahkan menurut Ismail
Husein (1998:23), sastera juga merangkumi semua aspek yang
menggunakan bahasa yang bersifat kreatif. Ini juga ditegaskan
oleh

Abu

Bakar

Hamid

(1997:13)

yang

memberi

pengertian bahawa sastera sebagai satu seni yang bercorak


intelektual dan gabungan kepuasan intelek dan kepuasan estetik.
Karya-karya sastera memaparkan perutusan, amanat serta
lontaran

idea

dan

fikiran

pengarangnya.Hasil

karya

itu

mencerminkan gagasan dan daya fikir pengarangnya yang ingin


dikongsi bersama pembaca. Sebuah karya itu terhasil daripada
cetusan gabungan daya rasa, kepekaan dan keprihatinannya
terhadap apa yang diamati dan dialami oleh masyarakat. Menurut
Hamzah Hamdani (2003:66) berdasarkan Syed Ali Ashraf
(1989:36) sastera bukan sahaja satu bentuk ilmu yang berseni
tetapi ianya merangkumi segala aktiviti manusia secara kreatif.