Anda di halaman 1dari 3

KERTAS KERJA

KEMPEN KITAR SEMULA


SMK TUN HUSSEIN ONN
1. PENDAHULUAN
Kitar semula ialah proses mengolah semula bahan buangan untuk menghasilkan
barangan yang baru. Kitar semula mengurangkan bahan buangan, mengurangkan
penggunaan bahan mentah baru, menggurangkan penggunaan tenaga, mengurangkan
pencemaran udara (dari pembakaran), dan pencemaran air (dari tapak perlupusan) dan
mengurangkan pengeluaran gas rumah hijau berbanding penghasilan barang baru dari
bahan mentah. Kitar semula adalah komponen utama bagi pengurusan bahan buangan
moden dan komponen ketiga bagi "Pengurangan pembaziran, Guna semula, Kitar
semula" hieraki buangan.
2. RASIONAL
Sekolah merupakan tempat paling tepat untuk membentuk generasi masa hadapan
yang menghargai alam sekitar kerana hanya di sekolah keperibadian dan persepsi
manusia terhadap alam sekitar dapat dibentuk dan dicorakkan. Apabila sudah dewasa
atau keluar dari alam persekolahan maka seseorang itu akan lebih sukar untuk dididik
seperti kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya.

3. OBJEKTIF
3.1 Memastikan aktiviti kitar semula sentiasa dijalankan dan diamalkan oleh semua
warga SMK Tun Hussein Onn.
3.2 Meningkatkan kesedaran dan kefahaman kepada warga sekolah tentang amalan
kitar semula
4. Penganjur
Kelab Kitar Semula
5. Tarikh
5.1 03/05/2015
6. Kumpulan sasaran
6..1 Semua warga SMK Tun Hussein Onn
7. STRATEGI PELAKSANAAN
7.1 Perbincangan bersama pihak pentadbir
7.2 Pembentangan kertas kerja dan pembentukan jawatankuasa
7.3 Penempahan Baner Kempen Kitar Semula
7.4 Pelaksanaan program
8. AKTIVITI YANG DIJALANKAN
8.1 Pelajar dan guru berkumpul di Dewan Champion
8.2 Kehadiran pihak pentadbir

8.3 Pelancaran Kempen Kitar Semula oleh Tuan Pengetua


8.4 Tayangan Video Kempen Kitar Semula
9. AHLI JAWATAN KUASA
Pengerusi
: Tn Hj Abdul Rahman Bin Mohd Nor
Timb. Pegerusi : En. Che Zulkifili B Che Kob
Naib Pengerusi I : Tn. Hj. Mohamad Nor B. Sahari
Naib Pengerusi II : EN Jaffry B A.Aziz
Setiausaha
: Pn. Liew Swet Fong
Pen. Setiausaha : Pn. Noor Irma Bt Madi
Penyelaras
: Pn. Parvathy A/P Loganathan
Pen. Penyelaras : Pn. Bibi Faezah bt Abdullah
10. ANGGARAN PERBELANJAAN
Bil
1.

2.

Barang
Banting
(6kaki X 2 Kaki)
Baner :Tempat
Pengumpulan Kitar
Semula
(10kaki X 2 Kaki)
Jumlah

Harga seunit

Jumlah

RM 44.00 x 4

RM 172.00

RM 54.00 x 1

RM 54.00

RM 280.00

11. PENUTUP
Kempen Kitar semula diperkealkan sebagai satu langkah untuk mewujudkan
persekitaran sekolah yang harmonis selain membentuk disiplin dalam kalangan warga
sekolah. Semoga melalui kempen ini suatu transformasi minda terhadap kebersihan dan
kesedaran kitar semula dapat dilaksanakan.
Disediakan oleh:

Disahkan oleh:

(Parvathy A/P Loganathan)


Penasihat Kelab Kitar Semula
SMK Tun Hussein Onn

Anda mungkin juga menyukai