Anda di halaman 1dari 23

1.

0 PENGENALAN
Kemahiran pembelajaran asas dalam Bahasa Melayu ialah kemahiran mengeja, membaca,
menulis dan seterusnya ialah mengarang. Kemahiran-kemahiran ini perlu dikuasai dalam
tempoh pembelajaran di sekolah rendah dan sekolah menengah supaya dapat melanjutkan
pelajaran ke tahap yang lebih tinggi.
Kemahiran mengeja adalah pemilihan serta pengadunan lambang-lambang untuk
melahirkan perkataan secara lisan atau bertulis iaitu pencantuman suku kata untuk
melahirkan perkataan yang bermakna. Sebahagian daripada kanak-kanak mahir mengeja
tanpa bantuan guru. Ini adalah kerana kemahiran itu boleh diperolehi melalui kemahiran
membaca. Manakala kemahiran menulis ialah cara menyampaikan maklumat dengan
menggunakan mekanis seperti pensel dan kertas berdasarkan gambar dan aksi yang dilihat
dengan membuat catatan lambang-lambang huruf yang dinampak atau lambing-lambang
bungi perkataan yang didengar. Akhir sekali ialah mengarang, kemahiran mengarang
merupakan senarai bahasa yang tersusun yang berupa rangkai-rangkai kata dan ayat-ayat
hasil fikiran, perasaan dan idea pemikiran seseorang melalui butiran-butiran tulisannya.
Kepentingan terhadap penguasaan kemahiran-kemahiran ini sangat jelas dalam
bidang pendidikan kerana semua kemahiran asas ini akan menjadi media utama dalam
proses pengajaran dan pembelajaran. Kemahiran-kemahiran ini ialah kunci pintu khazanah
ilmu manakala bacaan ialah jaminan untuk mendapatkan ilmu. Melalui kemahirankemahiran yang disebutkan, murid dapat berkomunikasi dengan lebih berkesan untuk
menyampaikan kehendak, perasaan, pendapat, buah fikiran mendapatkan informasi,
menambah ilmu pengetahuan dan akhirnya mampu bersaing diri di dataran antarabangsa
demi kaharuman nama negara kita.
Rumusannya, segala masalah yang dihadapi dalam penguasaan kemahiran sesuatu
bahasa haruslah ditangani dngan cara yang betul dan sesuai dengan murid berkenaan agar
membantu negara kita melahirkan generasi baru yang berilmu pengetahuan, dan jika
mereka dapat menguasai kemahiran mengeja, menulis dan mengarang dengan bagus maka
mereka mampu dan berupaya untuk melanjutkan pelajaran mereka ke tahap yang lebih
tinggi.

2.0 PENULISAN ESEI AKADEMIK


Kemahiran mengeja, menulis dan mengarang merupakan tiga peringkat yang penting dalam
pembelajaran sesuatu bahasa. Dalam proses pembelajaran Bahasa Melayu, kemahiran
mengeja merupakan suatu proses yang asas dan amat penting untuk dikuasai sebelum ke
peringkat membaca, menulis dan mengarang. Kemahiran menulis pula merupakan proses
yang melibatkan teknikal dan mekanikal dengan menggunakan tangan dan alat tulis untuk
menyampaikan maklumat dalam bentuk simbol, sama ada pada kertas atau papan hitam.
Kemahiran mengarang ialah proses menyampaikan maklumat, idea, perasaan dan
sebagainya dalam bentuk simbol secara bertulis.
2.1 Masalah-masalah dalam kemahiran mengeja
Definisi dan konsep mengeja ialah proses memilih serta mengadunkan lambanglambang untuk melahirkan sesuatu perkataan. Terdapat dua jenis kemahiran mengeja iaitu
mengeja secara lisan dan secara bertulis. Kemahiran mengeja diperolehi melalui kemahiran
membaca sama ada secara mekanis ataupun penaakulan. Aktiviti mengeja dapat membantu
kanak-kanak meningkatkan dan menghafalkan bunyi perkataan. Di samping mengaitkan
bunyi perkataan dengan perkataan lain. Akan tetapi, terdapat sebahagian golongan kanakkanak yang lemah susah menguasai kemahiran mengeja.
Antara masalah-masalah dalam penguasaan kemahiran mengeja ialah tidak pasti
dengan simbol huruf, iaitu tidak dapat membezakan huruf-huruf yang mempunyai bentuk
yang hampir sama, seperti huruf b dengan huruf d, huruf m dengan huruf w, huruf p
dengan huruf q huruf u dengan huruf n dan sebagainya. Bagi kanak-kanak prasekolah
atau darjah satu, tahap kognitif masih pada peringkat yang amat bergantung kepada bahan
konkrit untuk kefahaman, oleh itu jika guru asyik menggunakan bahan bercetak untuk
membuat keterangan secara lisan sahaja, maka murid-murid tahap satu memang tidak
dapat menguasai kemahiran yang disampaikan. Selain itu, kanak-kanak mungkin juga sukar
untuk membezakan huruf-huruf yang mempunyai bunyi sebutan yang hampir sama,
contohnya huruf b dengan huruf d. Murid sering menganggap huruf b sebagai huruf d,
hal ini menyebabkan perkataan yang melibatkan kedua-dua huruf ini akan tersalah dengar
seperti perkataan bentuk menjadi pentuk atau dentuk dan sebagainya.
Masalah keliru dengan huruf yang bentuk simbolnya hampir sama dan masalah
keliru untuk menamakan huruf besar dan huruf kecil juga menjadi punca kegagalan kanakkanak menguasai kemahiran mengeja kerana sebahagian bentuk simbol huruf besar dan
huruf kecil adalah berbeza. Sebagai contoh, huruf besar bagi i adalah berbentuk l di mana
bentuknya serupa dengan bentuk huruf kecil bagi huruf L, hal ini menyebabkan murid tidak
2

yakin untuk menulis huruf-huruf tersebut. Hal ini dapat dikesan apabila kanak-kanak
termenung atau berhenti mengeja kerana takut salah mengeja, contohnya perkataan itik
jika terletak di hadapan perenggan, ia akan dimulai dengan huruf besar menjadi Itik,
keadaan ini menyebabkan murid tidak erti membaca perkataan itu. Selain itu, murid juga
sering keliru dengan sesuatu perkataan pada huruf kecil dan huruf besar contohnya,
perabot ditulis sebagai peJaBat dan sebagainya. Hal ini menunjukkan murid tersebut tidak
berupaya membeza dan tidak mengenal huruf kecil dengan huruf besar. Perkataan yang
ditulis seperti ini dianggap salah perkataan.
Masalah lain seperti gagal menghubungkan bunyi dengan simbol juga berlaku iaitu
kanak-kanak tidak dapat membatangkan suku kata. Dalam masalah ini, kanak-kanak
menghadapi masalah keliru bunyi huruf dengan bunyi simbol, contohnya simbol a akan
melahirkan bunyi ah semasa proses mengeja atau membatang suku kata, tetapi mereka
keliru bila harus membunyikan a dan bila harus membunyikan ah. Sebahagian kanakkanak juga akan keliru dengan bunyi suku kata yang melibatkan e taling dan e pepet,
mereka tidak berupaya membunyikan dengan betul setelah mengeja kerana tidak mengenal
perkataan tersebut.
Masalah mengeja yang seterusnya ialah perkataan yang mempunyai banyak suku
kata seperti perpustakaan, masalah ini menyebabkan murid-murid juga akan mengelirukan
kanak-kanak dalam proses mengeja, kerana selepas mengeja semua suku kata, mereka
lupa pula suku kata yang terletak di depan sekali, khasnya bagi perkataan yang mempunyai
diftong dan digraf, seperti perkataan iodin, audio, ialah dan sebagainya kerana mereka
tidak erti mengeja suku kata yang berganding vokal, khasnya suku kata berganding vokal di
depan perkataan. Satu masalah yang hampir sama ialah suku kata berganding vokal
terletak di bahagian belakang perkataan seperti perkataan sebagai, mempunyai dan
sebagainya, murid mungkin akan menggugurkan huruf i dan membunyi sebutan perkataan
akan menjadi sebaga dan mempunya yang mungkin membawa makna yang berlainan.
Faktor yang menyebabkan kanak-kanak gagal menguasai kemahiran mengeja
berbagai-bagai. Tiga faktor utama yang dikenalpasti ialah faktor fizikal, faktor kognitif dan
Bahasa serta faktor emosi yang mungkin dipengaruhi oleh persekitaran dan pendidikan.
Faktor fizikal meliputi masalah penglihatan, masalah pendengaran, masalah alat artikulasi
yang menjejaskan pertuturan mereka, masalah neurologikal seperti kerosakan otak dan
bermasalah kesihatan punca masalah ini akan membawa kesan negatif kepada
pembelajaran. Dalam faktor kognitif dan Bahasa, kanak-kanak yang tahap kecerdasannya
rendah akan gagal mencapai objektif pembelajaran kerana sukar mengingat huruf dan bunyi
sebutan perkataan. Manakala faktor bahasa pula ialah faktor yang melibatkan bahasa
3

penerimaan yang melibatkan keupayaan semantik dan sintaksis. Akhir sekali ialah faktor
emosi. Kanak-kanak yang tidak mendapat kasih sayang keluarga, tiada galakan keluarga,
tidak diberi perhatian terhadap kesediaan belajar turut menjadi faktor kegagalan menguasai
kemahiran.
Strategi pelaksanaan yang dapat digunakan ialah berpusatkan murid, kaedah yang
sesuai ialah latih tubi dan bermain, contohnya membina perkataan berirama, melengkapkan
perkataan, membina perkataan menggunakan huruf atau mengajar huruf yang mempunyai
atau bentuk yang hampir sama dengan cara bermain seperti huruf b dan huruf d dan
sebagainya. Menurut teori konstruktivisme, aktiviti pembelajaran boleh berasaskan handson dan mind-on dan banyak menggunakan bahan atau alatan yang sesuai untuk murid
menghubungkait idea asal dengan idea yang baru dibina. Oleh itu, guru digalakkan supaya
banyak mempergunakan pelbagai bahan bantu mengajar (BBM) dan bahan bantu belajar
(BBB) secara maksima untuk menarik tumpuan kanak-kanak dalam pengajaran.
Selain itu, ibu bapa di rumah juga bertanggungjawab untuk membantu anak mereka
mengatasi masalah contohnya menemani anak membuat ulangkaji terhadap isi pelajaran
yang diajar di sekolah. Menurut teori behavioris berkata, tingkah laku orang di persekitaran
akan mempengaruhi murid itu sendiri, oleh itu ibu bapa harus mengamalkan amalan
membaca yang baik dan menjadikan diri sebagai teladan yang kepada anak mereka dalam
proses pembelajaran. Apabila anak mereka menghadapi masalah pembelajaran, ibu bapa
juga harus memberi dorongan dan galakkan untuk menanam keyakinan diri murid.
2.2 Masalah-masalah dalam kemahiran menulis
Konsep dan definisi menulis ialah suatu proses penghasilan simbol-simbol grafik
yang disusun atur untuk menjadi sesuatu perkataan atau dikenali sebagai proses
pemindahan simbol-simbol dalam sesuatu bahasa untuk menjadi perkataan-perkataan yang
bermakna seterusnya melahirkan sesebuah fikiran dan perasaan.
Peringkat pengajaran menulis terbahagi kepada tiga iaitu peringkat pramenulis atau
dipanggil sebagai proses persediaan, seterusnya ialah peringkat mekanis yang bertujuan
untuk mendirikan asas kegiatan menulis dan akhir sekali ialah peringkat untuk pelahiran.
Kanak-kanak yang tidak dapat menguasai kemahiran menulis mungkin menghadapi
masalah pada peringkat pramenulis, peringkat mekanis atau peringkat untuk pelahiran.
Antara masalah-masalah yang dikesan di kalangan kanak-kanak dalam proses
menguasai kemahiran menulis termasuklah perkataan ditulis terlalu rapat di antara satu
dengan lain. Contohnya dalam frasa seperti saya makan menjadi sayamakan, akibatnya

guru dan murid sendiri tidak dapat membaca apa yang telah ditulis dan ia tidak membawa
sebarang makna. Masalah ini mungkin akan berlaku dengan lebih teruk jika sepanjang
karangan yang dihasilkan bermasalah ini, dan ia tidak layak lagi sepanggil sebuah
karangan. Terdapat sebahagian murid yang bertulisan condong, iaitu bentuk-bentuk huruf
yang ditulis senget ke sebelah sehingga tersentuh atau terlalu dekat dengan perkataan lain,
masalah menulis ini tidak boleh dikira salah tetapi masalahnya, murid sendiri susah untuk
membaca dan membat ulangkaji.
Masalah ketidakseragaman jarak di antara huruf dengan huruf juga sering berlaku
contohnya perkataan makan menjadi m akan, kesalahan yang dilakukan akan membawa
makna yang berlainan kepada ayat tersebut kerana huruf m telah dipinggirkan dan
perkataan akan merupakan perkataan yang wujud tetapi membawa makna yang amat
berbeza. Kesalahan ini mungkin juga akan menyebabkan ayat tersebut tidak bermakna atau
tergantung. Murid seharusnya menyediakan ruang yang secukupnya di antara dua
perkataan atau dua huruf supaya tidak menjejaskan makna perkataan atau makna sesuatu
ayat. Selain itu, ia juga membayangkan kekemasan penulisan seseorang, guru juga boleh
senang dalam proses penyemakan.
Selain itu, masalah bentuk-bentuk huruf tidak betul juga sering berlaku di kalangan
murid darjah satu, contohya menulis bentuk huruf g serupa dengan 9 , huruf h menjadi
huruf n kerana hanya sikit perbezaan dan perbezaan tersebut tidak ketara, murid-murid
sering mengabaikan masalah-masalah atau kesilapan yang kecil seperti ini, tetapi dalam
bidang Bahasa, ia tidak dapat diterima dan ia dianggap suatu kesalahan yang mungkin
mempengaruhi makna sesuatu ayat. Masalah kecil seperti menulis tanpa mengikut garisangarisan yang ditentukan, sebahagian perkataan di atas garisan dan sebahagian lain tulis di
bahagian bawah garisan, hal ini menyusahkan guru dan mrid sendiri semasa menyemak
dan membaca isi kandungan yang ditulis.
Sebahagian murid akan melakukan masalah mencampuradukkan huruf besar
dengan huruf kecil, masalah ini merupakan masalah yang biasa berlaku pada murid darjah
satu, iaitu wujud huruf kecil dan huruf besar di dalam satu perkataan, masalahnya ialah
perkataan tersebut bukannya kata nama khas tetapi huruf besar wujud di bahagian tengah
perkataan. Contohnya, perkataan langsir di bahagian tengah-tengah ayat ditulis sebagai
Langsir dan sebagainya.
Akhir sekali ialah masalah yang sering dihadapi oleh murid disleksia iaitu masalah
pembalikan huruf atau perkataan dan menulis dengan meninggalkan huruf, perkataan atau
imbuhan dan sebagainya. Murid juga mengalami meninggalkan huruf dan perkataan
sebagai contoh perkataan petak tersalah tulis kepada peta kerana tertinggal huruf k di
5

belakang perkataan. Kadang-kadang murid juga akan menggugur huruf yang terletak di
bahagian tengah seperti perkataan tulisan menjadi tuisan dan sebagainya. Akibatnya ayat
tersebut tidak membawa apa-apa makna atau menjadi ayat tergantung.
Faktor-faktor yang menjadi punca kepada masalah mungkin berlaku di peringkatperingkat menulis, iaitu otot-otot tangan telah mengalami kecederaan akibat cara
memegang pensel yang salah sehingga menjejaskan penghasilan tulisan yang kemas dan
betul. Cara menduduk yang tidak tepat seperti terlalu dekat atau terlalu jauh dengan meja
tulis telah menjejaskan koordinasi mata dengan tangan sehingga menghasilkan pergerakan
tulisan yang tidak tetap. Peranan guru juga merupakan faktor yang penting semasa di
peringkat prasekolah untuk menentukan perkembangan otot-otot tangan.
Faktor-faktor yang akan mempengaruhi penguasaan kemahiran menulis juga akan
berlaku di peringkat mekanis, punca masalah tulisan mekanis dapat dibahagikan kepada
tiga kategori, iaitu aspek fizikal, aspek pembelajaran dan aspek pengamatan. Aspek fizikal
termasuklah kecacatan otak atau kecacatan anggota badan seperti masalah motor halus
dan koordinasi mata dan tangan. Faktor kegagalan juga dipengaruhi oleh aspek
pembelajaran, faktor kegagalan dari aspek pembelajaran ini dapat dilihat dari segi tidak
cukup latihan menulis dan tidak mempunyai kesediaan belajar. Faktor dalam aspek
pengamatan terbahagi kepada tiga iaitu pengamatan pendengaran dan penglihatan. Faktor
pengamatan ini akan menyebabkan murid lemah dalam mendiskriminasi bunyi huruf seperti
b dand.
Strategi dan pendekatan yang sesuai ialah strategi berpusatkan bahan. Masalah
menulis meliputi masalah keliru dalam penulisan suku kata dan perkataan, oleh demikian
murid memerlukan bahan seperti papan menulis kanak-kanak, pasir dalam terapi pasir
untuk membantu murid mengecam bentuk huruf. Selain itu, kaedah bermain juga berkesan
kerana aktiviti bermain dapat memberi pengalaman dan ingatan panjang kepada murid.
Menurut teori kognitif, ia telah membuktikan bahawa ingatan dapat membantu murid
memproseskan maklumat, jika guru menyediakan suatu suasana pembelajaran yang aktif
kepada murid untuk bertindak secara aktif dalam penerokaan, memperolehi dan mengkaji
pengetahuan yang diterima untuk difahami dan diingati supaya menjadi pengalaman yang
berguna untuk ke tahap pembelajaran yang lebih tinggi.
2.3 Masalah-masalah dalam kemahiran mengarang
Kemahiran mengarang ialah kemahiran yang paling tinggi dalam senarai kemahiran
berbahasa. Konsep dan definisi mengarang merujuk kepada aktiviti menzahirkan pemikiran

yang terkandung dalam minda melalui media tulisan untuk menghasilkan sesuatu bahan
bacaan yang berbentuk teks dan seterusnya difahami oleh orang lain.
Terdapat tiga peringkat dalam kemahiran mengarang iaitu prapengarangan,
pengarangan mekanis dan pelahiran. Antara jenis penulisan yang boleh digunakan dalam
pengajaran dan pembelajaran ialah penulisan terkawal, separa terkawal, penulisan
berpandu, separa berpandu, penulisan bebas dan penulisan kreatif.
Masalah dalam mengarang dapat dibahagikan kepada empat bahagian, iaitu
kesalahan struktur ayat, lemah dalam kosa kata, masalah dalam penggunaan ayat mudah
dan masalah pemerengganan. Masalah kesalahan struktur ayat termasuklah salah
menyusun subjek dan predikat dalam ayat tunggal, salah menggunakan kata hubung dalam
ayat, salah menggunakan tanda baca dan masalah keliru dalam penggunaan ayat penyata
dan ayat perintah dan sebagainya. Manakala dalam masalah kelemahan kosa kata pula, ia
amat dipengaruhi oleh dialek sesuatu bangsa atau Bahasa ibunda, hal ini menyebabkan
ayat yang dibina mencampuradukan pelbagai bahasa. Selain itu, penguasaan bilangan kosa
kata yang sedia ada amat terhad sehingga menjejaskan penghasilan sesuatu karangan
yang menarik kerana tidak berupaya mezahirkan ayat yang indah. Ketidakfahaman murid
terhadap tajuk karangan juga merupakan punca kegagalan dalam menghasilkan sebuah
karangan iaitu lari dari kehendak soalan. Masalah dalam penggunaan ayat mudah
bermaksud murid tidak faham tentang hukum tatabahasa, hal ini menyebabkan murid-murid
sukar membina ayat dalam proses mengarang. Akhir sekali ialah masalah pemerengganan,
iaitu isi karangan antara perenggan dengan perenggan lain tidak berhubungkait atau isi
dalam satu perenggan terlalu banyak menyebabkan isi karangan bercampur aduk dan
sebagainya.
Masalah-masalah yang dihadapi berdasarkan pelbagai faktor, antaranya ialah
perkembangan dari segi mental kognitif, faktor sosio-ekonomi dan faktor persekitaran
seperti pengaruh rakan sebaya, ibu bapa dan guru dalam pembelajaran. Faktor
perkembangan mental kognitif bermaksud perkembangan otak murid yang tidak sempurna
atau tahap kecerdasan murid pada aras rendah sehingga menjejaskan murid lemah dalam
penjanaan idea dalam penghasilan penulisan berbanding dengan murid lain yang cerdas.
Manakala faktor sosio-ekonomi keluarga juga membawa impak kepada murid, ibu bapa
yang kurang kemampuan untuk memberi bahan ilmiah kepada anak untuk merangsang
pemikiran akan menyebabkan murid tersebut kurang mendapat ilmu pengetahuan yang
berguna terhadap penulisan kerana ilmu pengetahuan yang sedia ada pada dirinya amat
terhad. Sesetengah keluarga yang miskin perlukan anak mereka bekerja sambilan untuk
mendapat rezeki kehidupan, hal ini menyebabkan anak mereka tidak mempunyai masa
7

untuk belajar dan mendapatkan ilmu pengetahuan. Akhir sekali ialah faktor persekitaran
yang mempengaruhi pembelajaran, faktor ini tidak dapat terpisah dengan pengajaran guru
di sekolah. Sikap guru yang negatif, tidak yakin terhadap kebolehan anak murid akan
menyebabkan murid tidak suka pengajaran guru dan tidak berminat untuk belajar. Selain itu,
strategi, teknik, kaedah dan bahan pengajaran yang kurang merangsang juga membawa
kesan buruk kepada pembelajaran murid.
Faktor yang menyebabkan murid lemah dalam kemahiran mengarang ialah
penguasaan kemahiran menulis dan membaca tidak kukuh sehingga menjejas proses
penjanaan idea dan melakukan kesilapan ejaan, struktur ayat dan sebagainya. Faktor yang
lain seperti lemah dalam perkembangan otak menyebabkan psikologi dan kognitif murid
lambat memproses maklumat. Faktor sosio-ekonomi keluarga menyebabkan ibu bapa tidak
mampu membeli bahan bacaan telah menjejaskan proses penjanaan idea berbanding
dengan murid yang kaya, mereka mudah memperolehi bahan berilmiah yang berguna untuk
menghasilkan penulisan yang baik.
Pendekatan yang sesuai untuk membantu murid dalam kemahiran mengarang ialah
strategi berpusatkan murid dan guru. Cara pelaksanaan dapat dijalankan dari aras mudah
ke aras tinggi. Kaedah latih tubi juga digalakkan untuk meminta murid menyalin ayat dan
memahami ayat dari ayat pendek kepada ayat panjang seterusnya meminta murid menulis
tentang pengalaman diri secara ringkas secara beransur maju. Menurut Teori Vygotsky, ia
menekankan bagaimana murid dibantu berkembang dengan bimbingan dari orang-orang
yang sudah terampil di dalam bidang-bidang tersebut. Oleh itu, strategi yang sesuai untuk
membantu murid mengarang ialah berpusatkan guru kerana guru mempunyai pengetahuan
tentang cara mengarang yang efektif dan betul. Contohnya, struktur sesebuah karangan
yang teratur haruslah dimulakan dengan pengenalan diikuti dengan isi dan akhir sekali ialah
kesimpulan atau rumusan. Meskipun pada akhirnya anak-anak akan mempelajari sendiri
melalui pengalaman sehari-hari, Vygotsky percaya bahawa murid akan lebih berkembang
jika berinteraksi dengan orang lain. Anak-anak tidak akan pernah mengembangkan
pemikiran operasional formal tanpa bantuan orang lain, oleh itu kaedah yang sesuai
digunakan ialah kaedah koperatif dan kaedah reflektif agar murid belajar daripada
pengetahuan dan pengalaman ahli kumpulan semasa proses perbincangan dan proses
interaksi.
Kesimpulannya, pihak guru, sekolah, ibu bapa dan murid sendiri memainkan
peranan dan bertanggungjawab dalam proses pembelajaran supaya melahirkan insan yang
sempurna dari segi jasmani, emosi, rasional, intelek dan sosial.

3.0 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN


MATA PELAJARAN
KELAS
TARIKH / HARI
MASA
BILANGAN MURID
TAJUK

: Bahasa Melayu
: Pemulihan Tahun 1 (Merah)
: 15.4.2015 ( Rabu )
: 9.00 pagi 9.30 pagi (30 minit)
: 10 orang
Suku kata terbuka KV

KEMAHIRAN
OBJEKTIF PEMBELAJARAN

Membunyikan suku kata terbuka KV.


: Pada akhir pembelajaran murid dapat :
-

Mengenalpasti simbol huruf konsonan yang hampir

sama rupa.
Membunyi dan membaca suku kata KV

STANDARD KANDUNGAN

berdasarkan huruf konsonan yang dipelajari.


: 2.0 Membaca suku kata.

STANDARD PEMBELAJARAN

: 2.1 Membaca dan membunyikan suku kata terbuka KV.

BAHAN BANTU MENGAJAR :


PENGETAHUAN SEDIA ADA:
PENERAPAN NILAI

STRATEGI PENGAJARAN

KAEDAH

1. Tanah liat (doh)


2. Kadbod huruf vokal
1. Murid sudah belajar huruf A-Z.
2. Murid sudah mengenal huruf-huruf vokal.
Bekerjasama, mematuhi arahan dan berani.
Berpusatkan murid dan berpusatkan bahan
Koperatif

PENGAJARAN

Latih tubi, bermain

TEKNIK PENGAJARAN

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Masa
Dan langkah

Set Induksi :
( 2 minit )

Isi Pelajaran

1. Pengenalan :
Menarik minat dan

Aktiviti pembelajaran dan


pengajaran

1. Guru menunjukkan tanah liat yang


berwarna warni kepada murid-murid.
9

Catatan

Teknik: Menyoal
Jawab

perhatian murid
dengan menunjukkan
tanah liat.

Sesi bersoaljawab:
a. Murid-murid suka main tanah

ABM :
1. Tanah liat

liat?
Nilai :
Contoh jawapan :
a. Suka
b. Wah, cantiknya!
c. Saya hendak bermain.

1. bersemangat
KBKK :
1. Memberi respon

2. Guru memberitahu murid hari ini


mereka akan membina huruf dough

2. Bertutur dengan
sopan

dan membatang huruf supaya


menjadi suku kata KV.

Langkah 1:
( 2 minit)

1. Guru membimbing

1. Guru menunjukkan kad-kad huruf

Teknik : Latih tubi

murid membunyikan

yang simbolnya hampir sama

huruf konsonan yang

dan mudah mengelirukan murid

ABM dan BBM:

boleh mengelirukan

untuk membantu murid mengingat

1. Senarai huruf

murid.

kembali bunyi sebutan hurufhuruf

konsonan dalam

tersebut.

bentuk power
point
Nilai :
1. Mengikut dan
mendengar
arahan

10

Langkah 2 :

1. Setiap murid perlu

1. Guru membahagikan murid kepada

( 8 minit )

membina huruf

dua kumpulan. Setiap kumpulan lima

dough seperti yang

orang, tujuannya untuk saling belajar. ABM dan BBM :

disenaraikan di

Teknik : Bermain

1. Tanah liat

bawah.

2. Guru membahagikan bahan-bahan


kepada murid-murid mengikut

Bahan:

2. Kadbod huruf
vokal

kumpulan.

3. Senarai huruf
Konsonan dalam

3. Murid-murid mula membina huruf


dough mengikut arahan guru.

bentuk power
point

Contoh: Murid bina huruf b apabila


guru sebut b dan seterusnya.

Nilai Murni:
1. Bekerjasama
2. Saling tolong

4. Guru meronda setiap kumpulan dan


memberi bimbingan jika murid gagal

Menolong
3. Mematuhi arahan.

membina huruf dough.


KBKK:
1. Menjana idea
2. Kreativiti

Langkah 3:
( 15 minit )

Semua

murid

perlu

membatang suku kata


berdasarkan

huruf

konsonan yang dibina

1. Murid

memaparkan

huruf

dough yang terhasil di atas


meja.
2. Guru

memeriksa

kumpulan

e, i, o atau u).

semua

untuk

murid

mengikut

-Menyebut

memastikan
menghasilkan

keenam-enam huruf konsonan


Huruf

-Latih tubi
-Mengeja

dengan huruf vokal (a,

Contoh :

Teknik :

Kaedah :
-

koperatif

tersebut dengan bentuk yang


konsonan

gabung dengan huruf

betul.
3. Guru mengagihkan kad yang

11

ABM dan BBM :


1. Tanah liat
2. Kadbod huruf

vokal a,e,i,o,u menjadi

tertulis

ha, he, hi, ho, hu dan

vokal kepada setiap kumpulan,

he,

perlu

murid-murid

dan

berbincang

murid

mengeja
membunyikan
kata tersebut.

suku

dengan

sebutan

huruf-huruf

melatih

dan

terhadap

bunyi

suku

kata.

(pembelajaran koperatif)

untuk

secara

bergilir-gilir

menjalankan

mengeja
suku

dan

aktiviti

membunyikan

kata

menggunakan

dengan
kadbod

yang

disediakan.
5. Murid

mengalihkan

jari

ke

tempat setiap huruf vokal untuk


mengeja

dan

membunyikan

suku kata.
6. Guru memberi bimbingan dan
peneguhan mengikut situasi.

12

Nilai-nilai murni :
1. Bekerjasama
2. Berfikir
3. Berani
mencuba.

4. Setiap murid akan tampir ke


hadapan

vokal

Penutup

Rumusan :

( 3 minit )

Murid membatang suku

rawak khasnya murid yang

kata berdasarkan bunyi

dikenalpasti kurang mahir untuk

suku

membatang suku kata di papan

BBB :

hitam berdasarkan bunyi suku kata

Papan hitam, kapur

kata

1. Guru akan memilih murid secara

KV

yang

disebutkan oleh guru.

Teknik : -Menyebut
-mengeja

yang disebutkan oleh guru.


Contoh :
Guru

Nilai murni :
membunyikan

2. Murid yang berjaya membatang suku

suku kata ma, murid

kata akan mengetuai murid-murid

perlu

lain untuk membaca suku kata.

menulis

huruf-

huruf gabungan dalam

-Mendengar arahan
-Yakin diri
KBKK:

suku kata tersebut iaitu

3. Guru memastikan murid faham

huruf m + huruf a dan

tentang isi pelajaran yang telah

seterusnya.

disampaikan.

4.0 PENGHASILAN BAHAN BANTU MENGAJAR DAN BELAJAR


13

Menghubungkait

4.1 Nama bahan : Doh


Kegunaan : Membuat huruf doh

4.2 Nama bahan : Kadbod huruf vokal


Kegunaan : Bergabung dengan huruf konsonan yang dihasil daripada doh
4.3 Senarai gabungan huruf konsonan dengan huruf vokal untuk dibaca.
14

4.3.1 : ba, be, bi, bo, bu, be

4.3.2 : da, de, di, do, du, de

4.3.3 : ha, he, hi, ho, hu, he

4.3.4 :na, ne, ni, no, nu, ne

4.3.5:ma, me, mi, mo, mu, me

4.3.6 : wa, we, wi, wo, wu, we

15

4.4 Contoh gabungan huruf konsonan d dengan senarai huruf vokal.


Cara pelaksanaan / Arahan membaca suku kata :
1
2

Membaca sambil tunjuk suku kata yang dibaca dengan menggunakan jari.
Mula membaca suku kata dari gabungan da diikuti dengan de (e-taling) dan

seterusnya mengikut arah jam, suku kata terakhir ialah suku kata de (e-pepet).
Habiskan bacaan keenam-enam gabungan huruf konsonan dengan huruf vokal yang

tersenarai pada kadbod huruf vokal.


Membuat ulangkaji terhadap bahagian yang lemah.

16

4.5 Slaid power point ( ditunjukkan kepada murid semasa diperlukan dalam proses
pembelajaran dan pengajaran.)

17

18

5.0 Analisis Pelaksanaan RPH


Rancangan pengajaran harian ini dibina untuk murid-murid pemulihan darjah dua
yang masih belum menguasai kemahiran membaca suku kata di darjah satu, Selepasa
pemerhatian dan senarai semak, saya didapati bahawa murid-murid menghadapi masalah
keliru dengan simbol huruf konsonan yang hampir sama rupa bentuk, contohnya, huruf h
dan huruf n dan sebagainya. Hal ini menyebabkan mereka menghadapi masalah gagal
mengeja dan membunyikan suku kata, huruf konsonan lain yang hampir sama simbol ialah
huruf b, d, h, n, m dan huruf w. Selain masalah ini, mereka juga lemah dalam
kemahiran membaca suku kata.
Murid-murid pemulihan ini merupakan murid yang tahap kognitifnya lebih lemah
dalam kemahiran kefahaman berbanding dengan murid arus perdana. Oleh demikian,
strategi pengajaran dan pembelajaran yang lebih sesuai untuk murid-murid ini haruslah
berpusatkan bahan dan berpusatkan murid supaya kelemahan atau masalah murid dapat
dikenalpasti seterusnya memberikan kaedah dan teknik pengajaran yang lebih efektif untuk
membantu murid menguasai kemahiran mengeja.
Dalam rancangan pengajaran harian yang dibina ini, kaedah koperatif diaplikasikan
dalam proses pengajaran dan pembelajaran, iaitu guru membahagikan 10 orang murid
kepada dua kumpulan, setiap kumpulan terdapat lima orang murid. Pembelajaran secara
kumpulan adalah bertujuan untuk murid-murid saling belajar dan murid yang telah Berjaya
membuat huruf doh boleh memberi tunjuk ajar kepada murid yang masih meneroka cara
pembuatan huruf doh serta bersama-sama membincangkan bunyi sesuatu suku kata.
Murid-murid pemulihan ini kebanyakan adalah murid yang tidak kurang minat untuk
belajar bahan cetakan tetapi suka bermain, oleh itu teknik pembelajaran dan pengajaran
yang digunakan ialah teknik bermain dan latih tubi iaitu membantu murid memahami
perbezaan simbol di antara dua huruf yang hampir serupa bentuk tulisannya. Murid sendiri
perlu membina huruf dough dalam proses membina huruf dough, murid dapat menyentuh
huruf dough yang dibina hal ini berkesan untuk mengukuhkan ingatan murid terhadap
bentuk simbol huruf berkenaan. Dalam proses membina huruf dough, guru akan memberi
bimbingan terhadap cara membuat huruf doh serta bunyi gabungan huruf konsonan dengan
huruf vokal, tujuannya ialah untuk mengenalpasti huruf doh yang dibina adalah betul dan
tepat kerana murid akan menggunakan huruf doh yang terhasil untuk membatang suku kata,
dan membaca suku kata yang dibatang. Pemberian bimbingan dapat mengelakkan
berlakunya sebarang kesilapan dan memberi keyakinan kepada murid.

19

Selain itu, teknik latih tubi dalam kaedah fonik adalah sesuai untuk membantu murid
membunyikan sebutan suku kata yang dibatang. Selepas murid mengenalpasti perbezaan di
antara dua huruf yang hampir serupa, murid mungkin masih lemah dalam kemahiran
membunyi suku kata dan menulis suku kata yang didengar. Kaedah fonik atau bunyi adalah
kaedah yang menekankan kepada hubungan bunyi-bunyi dengan huruf-hurufnya. Kaedah
bunyi sesuai digunakan kerana susuk Bahasa Melayu yang terdiri daripada suku kata yang
tetap bunyinya.
Menurut kaedah fonik, hanya bunyi huruf yang diperkenalkan terlebih dahulu dan
diikuti dengan membunyikan suku kata dan seterusnya membunyikan perkataan. Sebagai
contoh, ba + ta terus disebut sebagai [ ba ] + [ ta ] dan seterusnya disebut sebagai [ bata ].
Latih tubi mengeja suku kata adalah perlu berdasarkan pendekatan pelbagai deria. Langkah
pelaksanaan ialah guru menunjukkan huruf dan murid menyebut nama huruf, guru
menyebut perkataan dan bunyi huruf murid mengulangi menyebut perkataan dan bunyi
huruf dan terjemahkan bunyi yang didengar kepada tulisan dan seterusnya murid menulis
huruf-huruf. Murid membaca apa yang telah ditulisnya, iaitu membunyikan huruf iaitu
terjemahkan huruf yang ditulis kepada bunyi yang didengar.
Kadbod yang ditulis dengan huruf vokal disediakan untuk murid membatang suku
kata secara bergilir-gilir, tujuannya ialah untuk mengenalpasti murid yang tidak menguasai
kemahiran mengeja suku kata. Contohnya huruf konsonan h meletak di tengah-tengah
kadbod yang ditulis dengan huruf vokal, seterusnya murid membunyikan suku kata ha, he
(e-taling), hi, ho, hu he (e-pepet). Teknik latih tubi sesuai untuk membantu murid
membiasakan diri dengan bunyi suku kata. Dipercayai selepas suatu tempoh usaha
membunyi suku kata bagi huruf konsonan yang belajar, murid akan mahir dan lebih yakin
diri dalam membatang, mengeja dan membunyikan suku kata. Teknik ini juga boleh
mengelakkan murid lupa akan bunyi suku kata yang telah dipelajari.
Di hujung sesi pembelajaran, guru memilih murid secara rawak untuk membatang
suku kata berdasarkan arahan guru di hadapan bilik darjah bertujuan untuk memberi
tekanan yang sesuai kepada murid diharap murid akan lebih giat dan lebih berusaha dalam
proses pembelajaran. Hal ini mungkin akan membantu guru mencapai objektif pembelajaran
yang dianggarkan.
Kesimpulannya, pemilihan strategi, kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran
perlu berpandukan sasaran, keputusan yang dibuat dalam proses pemilihan strategi,
kaedah dan teknik dapat menentukan hasil pembelajaran di kalangan murid, di samping itu
ia juga dapat menyeronokan proses pembelajaran sambil membantu murid menguasai
sesuatu kemahiran dengan lebih cepat dan berkesan.
20

6.0 KESIMPULAN
Terdapat beberapa kesimpulan boleh dikemukakan mengikut masalah pembelajaran
iaitu kemahiran mengeja, menulis dan mengarang dalam penulisan yang dihasilkan ini.
Kesimpulan yang dirumuskan terbahagikan kepada tiga dapatan utama.
Pertama, bagi faktor yang paling kerap mempengaruhi dan paling kerap diabaikan
oleh ibu bapa dan pendidik ialah faktor persekitaran. Faktor persekitaran ini termasuklah
pengaruh dari latar belakang keluarga, sosio-ekonomi, rakan sebaya dan pembelajaran di
sekolah. Secara keseluruhannya, pendekatan dan cara mengatasi dapat dibahagikan
kepada dua bahagian, iaitu peranan ibu bapa di rumah dan peranan guru dalam bilik darjah.
Suasana pembelajaran yang sihat dan dorongan ibu bapa dalam pembelajaran merupakan
isu yang penting. Manakala, peranan pendidik penting dalam merangsang pemikiran dan
minat di kalangan murid dalam pembelajaran.
Hasil dapatan kedua yang ingin diketengahkan di sini ialah kemahiran mengeja
merupakan teknik dan kemahiran yang paling asas yang perlu dikuasai, jika gagal membuat
demikian, maka kemahiran yang seterusnya tidak mungkin dicapai. Hasil dapatan juga
menggariskan penggunaan strategi dalam pengajaran. Strategi pendekatan terdedak
kepada sasaran, tetapi strategi yang paling biasa digunakan adalah strategi berpusatkan
guru dan kurang berpusatkan bahan dan murid. Pengajaran yang tradisonal ini cepat
membosankan murid dan hasil pembelajaran tidak efektif. Kesannya menjejaskan
perkembangan kognitif di kalangan murid kerana tersekat dengan memberi idea dan fikiran.
Walaupun sistem KSSR yang mementingkan perkembangan kognitif anak murid telah
menggantikan sistem KBSR, tetapi sekolah-sekolah masih dalam peringkat pembiasaan diri.
Untuk merealisasikan dan mencapai objektif dan matlamat sistem KSSR, para pendidik dan
ibu bapa perlu berganding bahu menjayakannya.
Hasil dapatan terakhir ialah pembangunan dalam pelahiran guru yang berkualiti dari
segi pengetahuan dan peribadi. Guru yang sempit pemikiran terhadap peningkatan ilmu dan
kurang berpengetahuan akan membawa kesan buruk kepada pencapaian objektif
pembelajaran.. Semangat cinta kepada pendidikan dan pengajaran amat diperlukan supaya
mempelbagaikan teknik pengajaran mengikut keperluan dan kehendak sasarannya.
Kesimpulannya, untuk melahirkan generasi yang berilmu pengetahuan dan berkualiti,
penguasaan terhadap kemahiran asas pembelajaran perlu dititikberatkan sejak kecil lagi.
Selain itu, semua pihak haruslah melaksanakan tanggungjawab selaras dengan misi dan
visi pendidikan negara serta memainkan peranan masing-masing dengan hati yang ikhlas
dan bersemangat.
21

7.0 REFLEKSI :
Rancangan pengajaran harian ini dirancang khas untuk murid-murid pemulihan darjah dua
yang masih belum menguasai kemahiran di darjah satu. Selepas proses pembelajaran dan
pengajaran (PdP), terdapat 9 orang murid telah berjaya membezakan simbol huruf
konsonan dengan huruf konsonan lain yang hampir serupa bentuk tulisannya. Selain itu,
kebanyakkan murid telah berjaya menguasai kemahiran membatang, mengeja dan
membunyikan suku kata gabungan huruf konsonan dengan huruf vokal dengan betul dan
tepat. Akan tetapi, masih terdapat seorang murid lagi yang masih lemah terhadap isi
pelajaran yang disampaikan, dan saya telah merancang suatu aktiviti tambahan untuk
membantunya menguasai kemahiran tersebut. Kaedah latih tubi dalam mengeja dan
membunyikan suku kata berdasarkan keenam-enam huruf konsonan berkenaan adalah
diperlukan.
Antara kelebihan dalam sesi pembelajaran dan pengajaran ialah ketepatan dan
kesesuaian

dalam

pemilihan

strategi

pengajaran.

Strategi

yang

digunakan

ialah

berpandukan murid dan berpandukan bahan. Keputusan memilih strategi adalah


berdasarkan pentafsiran daripada pemerhatian dan maklumat senarai semak, iaitu murid
tidak suka belajar dengan bahan bercetak tetapi suka bermain, selain itu murid-murid ini
cepat bosan terhadap cara pengajaran tradisional yang asyik membaca buku. Untuk
mengelakkan

kebosanan

dan

menarik

perhatian

mereka

dalam

pengajaran

dan

pembelajaran, saya berputus untuk menggunakan teknik bermain dalam pengajaran saya.
Murid-murid berasa seronok dan bersemangat dalam membuat huruf doh dan minat
membaca suku kata kerana bahan yang digunakan untuk membaca suku kata adalah hasi
buatan mereka. Hal ini bukan sahaja memberi kesan baik terhadap pembelajaran murid
malah ia juga menjimat masa pengajaran. Kelebihan lain ialah guru dan murid tidak akan
membazirkan masa untuk memujuk murid untuk membaca suku kata.
Kelemahan dalam proses pembelajaran dan pengajaran juga diperasan iaitu murid
terlalu seronok membuat huruf doh dan ingin membuat lebih banyak huruf yang di luar isi
pembelajaran, hal ini menyebabkan masa yang diperuntukkan untuk menyiapkan keenamenam huruf konsonan tidak mencukupi. Saya mendapat suatu pengajaran melalui kejadian
ini, iaitu memberi arahan yang jelas dan meminta murid mematuhi arahan dan jika murid
mengingkar arahan guru, maka dia akan didenda. Dendaan yang dikenakan bukan cara
merotan tetapi menghalang murid tersebut terlibat diri dalam aktiviti yang diingini. Sebagai
guru, kemahiran dalam pengurusan masa amat penting supaya rancangan pengajaran
dapat dijalankan dengan lancar dan murid mendapat ilmu pengetahuan yang hendak
disampaikan. Saya akan mengingati pengalaman ini sebagai ajaran pada masa hadapan.
22

Peluang daripada sesi pembelajaran dan pengajaran ini ialah murid berpeluang
untuk meneroka cara pembuatan huruf doh bagi huruf lain dan belajar secara kendiri
selepas waktu persekolahan. Aktiviti pembelajaran ini bukan sahaja memupuk pembelajaran
kendiri, ia juga memupuk daya kreativiti di kalangan murid untuk menghasilkan huruf doh
yang berbagai jenis. Selain itu, murid juga akan berasa seronok apabila bentuk huruf yang
dihasilkan mendapat pujian daripada guru. Dalam aktiviti menghasilkan huruf doh, murid
juga

berpeluang

untuk

mengetahui

kepentingan

pembelajaran

koperatif,

hal

ini

menggalakkan murid mengamalkan nilai kerjasama dan saling bantu membantu untuk
mendapatkan ilmu bersama.
Manakala ancaman yang mungkin dihadapi ialah murid akan tersilap makan doh
yang berwarna-warni iaitu memasukkan doh ke dalam mulut, oleh itu guru perlu berhati-hati
dan sentiasa memberi perhatian terhadap tingkah laku murid sepanjang proses membuat
huruf doh. Selain itu, guru perlu mengingati murid supaya mencuci tangan selepas
penghasilan huruf doh.
Rumusannya, rancangan pengajaran harian ini agak berjaya kerana 9 orang murid
telah mencapai objektif pembelajaran dan menguasai kemahiran yang hendak disampaikan
dan hanya seorang murid yang lebih lemah belum menguasai dengan sepenuhnya, kaedah
latih tubi akan dijalankan untuk meningkatkan daya ingatan terhadap suku kata yang
dipelajari.

23