Anda di halaman 1dari 3

Aurat Dijaga Akhlak Terpelihara

Bismillahirrahmanirrahim,
Lafaz bismillah pembuka bicara,
Mengiringi diri dihari barakah,
Segugus harapan dibawa bersama,
Mencanai ilmu menyulam ukhuwwah.
Apresiasi ikhlas saya hulurkan kepada tuan pengerusi majlis, pautan rasa hormat
dan takzim saya titipkan kepada barisan panel jauhari yang arif mengenal
manikam, lontaran kasih dan ukhuwwah saya unjurkan kepada saudara penjaga
masa yang tulus lagi setia, barisan warga pendidik suluh budiman, barisan rakan
peserta serta hadirin sekalian.
Assalamualaikum wbt,
Sebelum kata melajak bicara, sebelum tirai hujah dibuka, moleklah kiranya kita
telusuri bersama terlebih dahulu, tajuk syarahan saya pada hari ini.

Hadirin hadirat, wahana ilmu,


Wacana fikrah saya yang pertama, bertunjangkan kata;
1. Aurat dijaga, nafsu terpelihara
-

Kemudian kami jadikan kamu berada di atas satu syariat yakni peraturan
dari urusan agama itu, maka ikutilah syariat itu dan janganlah kamu
mengikuti hawa nafsu orang-orang yang tidak mengetahui. Surah AlJaasiyah; Ayat 18
Ayat diatas jelas merungkai bahawa golongan yang memelihara aurat
adalah termasuk dalam golongan yang tidak terjerat dengan hawa nafsu.
Lantaran itu, langkah memelihara nafsu adalah langkah utama dalam
usaha kita memelihara akhlak, dek kerana nafsu yang tidak terbendung
adalah punca utama kerosakan akhlak manusia.

Hadirin Hadirat, wahana tradisi,


Wacana fikrah saya yang kedua, berkatakuncikan frasa;
2. Aurat dibendung, maruah disanjung

Hai nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan


isteri-isteri orang mukmin; hendaklah mereka melabuhkan jilbab-jilbab
mereka atas (muka-muka) mereka. Yang demikian itu lebih memastikan
mereka agar dikenali (sebagai wanita Islam) supaya mereka tidak
diganggu. Surah Al-Ahzab; Ayat 59
Ayat di atas tuntas menyentuh perihal tuntutan pemeliharaan aurat
dikalangan para isteri dan anak2 demi menjaga maruah sesebuah
keluarga. Ayat ini menyeru kepada penjagaan aurat agar mereka mudah
dikenali sebagai wanita Islam yang seterusnya dapat menghindarkan diri
mereka dari gangguan. Ia juga sebenarnya menjadi label fizikal bahawa
mereka adalah golongan wanita berakhlak yang wajar dihormati semua.

Sidang Hadirin, warga madani,


Beralih kita kepada wacana fikrah saya yang ketiga, yang berakar umbikan frasa;
3. Aurat dilindung, syaitan terbendung
-

Maka Syaitan membisikkan fikiran jahat kepada keduanya untuk


menampakkan kepada keduanya yang tertutup dari mereka iaitu auratnya.
Surah Al-Araf; Ayat 20.
Bisikan syaitan akan sentiasa menghantui kita. Ayat di atas merupakan
jaminan mapan dari tuhan bahawa mereka yang memelihara aurat,
tergolong di kalangan mereka yang berjaya membendung hasutan
syaitan. Sebagaimana yang kita maklum, syaitan tidak akan pernah jemu
menghasut manusia melakukan maksiat, dan andai kita berjaya melatih
diri melawan hasutan membuka aurat, kita telah berjaya mempersediakan
diri untuk melawan hasutan syaitan yang sedaya upaya ingin
menghancurkan akhlak kita.

Sidang hadirin, pendukung ukhuwwah,


Wacana Fikrah saya yang keempat, berteraskan kata;
4. Aurat dipelihara, menyubur taqwa
-

Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada


kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu, dan pakaian
perhiasan; dan pakaian yang berupa taqwa itulah yang sebaik-baiknya.
Yang demikian itu adalah dari tanda-tanda (limpah kurnia) Allah (dan
rahmatNya kepada hamba-hambaNya) supaya mereka mengenangnya
(dan bersyukur). - Surah Al-A'raaf, ayat 26
Hujah yang mudah. Sebaik2 pakaian adalah taqwa dan memelihara aurat
adalah salah satu petunjuk rasa taqwa seorang hamba. Justeru itu,

seorang hamba yang bertaqwa sudah tentulah akan sentiasa terpelihara


akhlaknya.
Hadirin hadirat, pendamba rahmat,
Tirai hujah saya pada hari ini akan saya sudahi dengan wacana fikrah saya yang
keempat yang berpasakkan kata:
5. Aurat dihijab, menghindar Azab
-

Dalam sebuah hadis Rasulullah S.A.W ketika baginda dalam Israk dan
Mikraj yang berbunyi "Aku menjenguk ke dalam neraka, maka kulihat
kebanyakan penghuninya adalah kaum wanita, yang demikian disebabkan
oleh kerana kurang taat kepada Allah dan Rasulullah dan suami mereka
dan kerana banyak bertabarruj dedah aurat dan berhias-hias"
Hadis yang dikongsi sebentar tadi jelas menjadi indicator bahawa
golongan yang bertabarruj, mendedah aurat dan berhias2 adalah
tergolong dalam kalangan ahli neraka. Justeru, andai kita tidak mahu
tergolong sebagai mereka yang mempunyai perilaku ahli neraka,
hendaklah kita menjaga akhlak kita didunia dengan memelihara aurat kita.
Wallahualam

Dengan berakhirnya hujah saya yang kelima tadi, berakhir jualah syarahan saya
pada hari ini.
Terima kasih penutup bicara,
Maafkan sebarang khilaf dan ralat.
Aurat Dijaga Akhlak Terpelihara,
Semoga bersama beroleh manfaat.
Wabillahitaufik, wal hidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai