Anda di halaman 1dari 2

Ramuan Bahan2 adalah seperti berikut :1.

2.
3.
4.
5.

Satu cawan Jus lemon


Satu cawan Jus Halia
Satu cawan Jus Bawang Putih
Satu cawan Cuka Epal
Tiga cawan Madu Asli.

Cara Membuatnya
Campurkan bahan 1 hingga 4 diatas dan masukkan dalam periuk dan masak
diatas api yang sederhana selama lebih kurang 20 minit. Kacau sentiasa untuk
mengelakkan dari berkerak. Setelah masak alihkan kedalam bekas dan biarkan
ianya sejuk dalam 30 minit. Kemudian campurkan 3 cawan madu asli.....dan
boleh diminum.
Sukatan Minumannya
Ikut resipi asal hendaklah diminum 3 sudu teh selepas bangun tidur ketika perut
kosong sekali sehari. Tapi pada saya yg belum ada sakit jantung merasakan
tindak balas yang agak kuat seperti terasa darah berjalan dengan laju. Maka,
saya hanya mengambil satu sudu teh sahaja sehari....itupun sudah cukup kuat.
Rasanya masam manis.
Supliment Tambahan
Saya membaca beberapa Doa Rukyah pada ramuan bahan sebelum diproses.
Rukyah yang dibaca adalah :1. Surah Al Fatihah
2. Ayat Kursi
3. Solawat Syifa
4. Solawat Tafjiriyah
5. Ayat Pemecah Surah Al Anbiyaa ayat 30
6. Ayat Pemecah Surah Al Hasyr ayat 21 - 24
7. Ayat Pemecah Surah Al Mukminuun ayat 115 - 118
Kesemua ayat2 diatas ada saya lampirkan di Halaman "Pengubatan Islam
Assyifa'
Selamat mencubanya.

Bawang Putih dan Halia ditoskan atau direndamkan sekejap dalam air panas.
Kemudian, ambil bawang putih atau halia yg ada sedikit air yang lekat padanya
mesin menggunakan blender pembuat Jus iaitu yang air jusnya sahaja yg keluar
dan hampas telah ditapis.
Anggaran dalam 2 kg bawang putih untuk mendapatkan satu cawan air jusnya.
Bagitu juga dengan halia. Maksudnya disini, hanya pati jus yang diperlukan.
Jangan dicampur air dalam blender.

Anda mungkin juga menyukai