Anda di halaman 1dari 2

Nama : Mohd Imran Bin Hussin

No I/C : 830531-11-5759
Kelas : P8.5 (Masalah Pendengaran)
Jawapan Soalan 2 (UAK PSV 3113E)

Sepertimana yang kita ketahui, Pendidikan seni visual merupakan suatu program
pendidikan yang bersistem dan mempunyai matlamat serta hala tuju yang jelas. Terdapat
banyak pendapat dan pandangan yang diutarakan mengenainya oleh para pemikir seni. Setiap
tokoh-tokoh tersebut mengutarakan pandangan mengikut pendekatan masing-masing.
Pendidikan Seni Visual bertujuan memberi peluang kepada murid memupuk minat,
memperkembang keperibadian, memberi kesedaran dan kepekaan terhadap nilai-nilai kesenian
dan alam sekitar serta kaitannya dengan mata pelajaran lain. Murid di sekolah rendah pada
keseluruhannya adalah kreatif, ekspresif dan aktif. Pendidikan Seni Visual memainkan peranan
memperkembang sifat ini melalui persepsi visual, imaginasi dan daya pemikiran. Kegiatan
pemikiran, penerokaan dan reka bentuk dalam pelbagai jenis seni visual akan membolehkan
mereka menyatakan idea dan ekspresi diri. Pengalaman ini penting kerana ia membantu murid
membina keyakinan diri, membuat penilaian dan mengenali cita rasanya sendiri.
Pendidikan Seni Visual sekolah rendah menyarankan strategi pembelajaran yang
bersepadu dalam mata pelajaran ini dan antara mata pelajaran lain. Pengajaran dan
pembelajaran akan lebih berkesan dengan aktiviti kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif
(KBKK). Murid digalakkan menyimpan rekod pengalaman pembelajaran dan hasil kerja sendiri.
Amalan

ini

akan

melatih

murid

membuat

analisis,

sintesis

dan

refleksi

terhadap

pembelajarannya untuk faedah sendiri. Pendidikan seni visual sekolah rendah Setiap murid
mempunyai

pelbagai

kecerdasan

seperti

ruang

visual,

kinestetik,

interpersonel

dan

intrapersonel. Sifat ini amat penting untuk membantu murid berkarya, berkomunikasi dan
mengukuh koordinasi pancaindera secara seimbang. Proses ini menjadikan pembelajaran lebih
berkesan dan bermakna.
Selain itu, Pendidikan seni visual mampu melahirkan insan yang harmonis, kritis, kreatif
dan produktif menerusi pemupukan asas seni visual. Kandungan kurikulum berupaya
membantu murid meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam

persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat menyumbang ke arah
pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara, selaras dengan hasrat Falsafah
Pendidikan Kebangsaan.
Pengalaman seni ini adalah untuk memperkembang dan menyelaraskan persepsi dan
konsepsi visual murid sebagai asas bagi menggalakkan pemikiran kritis dan kreatif.
Pengalaman ini juga selaras dengan perkembangan peringkat kesediaan dan penerimaan
murid dari segi sosioemosi, psikomotor dan mental yang merangkumi perasaan, koordinasi,
manipulasi dan persepsi visual.
Di samping itu juga, dengan mempelajari Pendidikan Seni Visual di sekolah rendah,
murid akan dapat menguasai beberapa pengetahuan dan kemahiran. Antara pengetahuan yang
dapat dimiliki murid ialah pengetahuan mengenai bahan, alat dan teknik yang digunakan dalam
sebarang kegiatan seni. Murid juga akan mendapat pengetahuan mengenai sumber motif
dalam persekitaran, kraf tradisional, unsur seni dan prinsip rekaan dalam pendidikan seni
visual,

proses

pembuatan

hasil

seni,

menyimpan

maklumat

atau

dokumentasi,

mengintegrasikan maklumat dan aplikasi komputer dalam kerja seni visual. Sementara
kemahiran yang akan diperolehi murid pula ialah kemahiran memanipulasi bahan, alat dan
teknik, mengaplikasi disiplin seni visual, berfikir secara kritis dan kreatif, berkomunikasi secara
berkesan, membuat pilihan, membuat interpretasi, menggunakan teknologi bahan dan
perkakasan.
Akhir sekali, saya boleh merumuskan bahawa Pendidikan Seni visual dapat memberi
peluang kepada murid memupuk minat, memperkembang keperibadian, memberi kesedaran
dan kepekaan terhadap nilai-nilai kesenian dan alam sekitar serta kaitannya dengan mata
pelajaran lain. Ia juga mampu melahirkan insan yang harmonis, kritis, kreatif dan produktif
menerusi pemupukan asas seni visual. Selain itu, ia juga berperanan membentuk masyarakat
yang cinta kepada nilai-nilai keindahan kerana seni itu dianggap cantik, murni dan berestetika.