Anda di halaman 1dari 6

MESYUARAT AGUNG PIBG 2015

Para hadirin mengambil tempat


Mengumumkan ketibaan Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru
SKJHT2, Pn. Zawiyah binti Abd Karim.Para hadirin diminta berdiri.
Biji selasih boleh dimakan,
Menjadi perisa sedap terperi,
Selamat datang kami ucapkan,
Semoga majlis tambah berseri.
bismillahirrahmanirrahim
Yang dihormati Pn. Zawiyah binti Abd Karim (Yang Dipertua PIBG
SKJHT2), Yang Berusaha En. Ahmad Muzir bin Abdul Halim (Guru
Besar SKJHT2). Yang dihormati En. Ruslan bin Kasim (Guru
Penolong Kanan Tadbir dan Kurikulum SKJHT2 Pn. Nur Heda binti
Ismail (Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SKJHT2). Pn.
Norlaili binti Muhammad ( Guru Penolong Kanan Kokurikulum
SKJHT2).Barisan AJK PIBG SKJHT2, Guru-guru, tuan-tuan dan
puan-puan serta murid-murid sekalian.
Assalamualaikum dan selamat datang kami ucapkan ke Mesyuarat
Agung PIBG kali ke-43 peringkat SKJHT2 bagi tahun 2015.

Menadah tangan tanda kerendahan,


Lafaz bismillah perkukuhkan tautan,
Doa dipohon penuh pengharapan,
Agar majlis mendapat keberkatan.
Bagi memberkati majlis kita pada hari ini, majlis dengan segala
hormatnya menjemput Ustaz Mohd Haizul bin Abdul Kadir untuk
membacakan doa. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.
Amin ya rabbal alamin.Terima kasih diucapkan kepada Ustaz Mohd
Haizul bin Abdul Kadir di atas bacaan doa itu tadi. Seterusnya, majlis
dengan segala hormatnya mempersilakan En. Ahmad Muzir bin Abdul
Halim (Guru Besar SKJHT2) dan juga selaku Penasihat PIBG untuk
memberikan ucapan aluan-aluan. Dengan segala hormatnya
dipersilakan.
Terima kasih diucapkan kepada En.Ahmad Muzir bin Abdul Halim di
atas ucapan beliau sebentar tadi.
Buah langsat di tepi busut,
Mari dimuat di atas peti,
Besar hajat kami menjemput,
Besar niat di dalam hati.

Makan sirih berpinang rasa,


Pinang ada di bawah tangga,
Besarlah hajat kami semua,
Ucapan yang dipertua pibg skjht2kami bersedia.

Hadirin hadirat yang dihormati sekalian,


Seterusnya, majlis menjemput Pn. Zawiyah binti Abd Karim, Yang
Dipertua PIBG SKJHT2 untuk memberikan ucapan seterusnya
merasmikan Majlis Mesyuarat Agung PIBG kali ke-43 SKJHT2.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.
Terima kasih diucapkan kepada Pn. Zawiyah binti Abd Karim di atas
ucapan dan perasmian itu tadi. Seterusnya, majlis dengan segala
hormatnya menjemput, En.Ahmad Muzir bin Abdul Halim Guru
Besar SKJHT2 untuk menyampaikan cenderahati kepada Pn. Zawiyah
binti Abd Karim, Yang Dipertua PIBG SKJHT2 sebagai tanda ucapan
terima kasih di atas kesudian beliau merasmikan Mesyuarat Agung
PIBG kali ke-43 SKJHT2. Majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan.
Terima kasih diucapkan kepada En.Ahmad Muzir bin Abdul Halim.
Tuan-tuan dan puan-puan,
Untuk tidak melengahkan masa, majlis diteruskan lagi dengan
Mesyuarat Agung PIBG SKJHT2 Bahagian Pertama. Majlis

menjemput Pn. Zawiyah binti Abd Karim, Yang Dipertua PIBG


SKJHT2 untuk memulakan majlis. Majlis juga menjemput barisan
AJK PIBG SKJHT2 bagi sesi 2014/2015 untuk mengambil tempat di
meja AJK.
Terima kasih diucapkan kepada Pn. Zawiyah binti Abd Karim.
Seterusnya , majlis diteruskan dengan acara penyampaian sijil dan
cenderahati kepada AJK PIBG sesi 2014/2015. Majlis dengan segala
hormatnya menjemput En.Ahmad Muzir bin Abdul Halim untuk
menyempurnakan majlis.
Terima kasih diucapkan kepada En.Ahmad Muzir bin Abdul Halim di
atas kesudian beliau menyampaikan sijil dan cenderahati itu tadi.
Seterusnya, tibalah kita ke acara yang dinanti-nantikan iaitu acara
cabutan bertuah. Sebelum itu, majlis menjemput Pn. Zawiyah binti
Abd Karim untuk membuat cabutan bertuah.
Terima kasih diucapkan kepada Pn. Zawiyah binti Abd Karim.
Majlis diteruskan lagi dengan Mesyuarat Agung PIBG SKJHT2
Bahagian Kedua.
Tahniah diucapkan kepada AJK PIBG SKJHT2 sesi 2015/2016.

Majlis akan diteruskan lagi dengan acara cabutan bertuah. Majlis


dengan segala hormatnya menjemput
.
Yang Dipertua PIBG SKJHT2 sesi 2015/2016 untuk membuat
cabutan.
Maka dengan ini berakhirlah Mesyuarat Agung PIBG SKJHT2 kali
ke-43.
Sebelum mengakhiri majlis kita pada hari ini, marilah kita sama-sama
menyanyikan Lagu Sekolah dan Lagu Negaraku. Para hadirin diminta
berdiri.
Dengan berakhirnya Lagu Negaraku itu tadi, maka berakhirlah
Mesyuarat Agung PIBG SKJHT2 kali ke-43 tahun 2015.
Kalau ada jarum yang patah,
Jangan disimpan di dalam peti,
Kalau ada silap dan salah,
Jangan disimpan di dalam hati.
Jika ada sumur di ladang,
Boleh kita menumpang mandi,
Jika ada umur yang panjang,
Tahun 2016 kita berjumpa lagi.

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada semua hadirin yang


sudi hadir memeriahkan Mesyuarat Agung PIBG SKJHT2 bagi tahun
2015 ini. Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada semua guru,
barisan AJK PIBG dan murid-murid yang telah terlibat dan
bertungkus lumus menjayakan majlis ini.
Sekian, Wabilahi

Anda mungkin juga menyukai