Anda di halaman 1dari 2

Berat Sama Dipikul, Ringan Sama Dijinjing.

Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Itulah pepatah Melayu yang paling
tepat untuk penduduk Taman Seri Bahagia. Taman Seri Bahagia telah dianugerahi
Taman Perumahan Terbaik kerana semangat kerjasama mereka.
Pada setiap bulan, penduduk Taman Seri Bahagia bekerjasama mengadakan
aktiviti bergotong-royong. Mereka beramai-ramai menyapu sampah, mencuci
longkang dan mengutip sampah. Di antara tempat yang dibersihkan termasuklah
balai raya dan taman permainan. Selain itu, mereka juga mengadakan aktiviti riadah.
Mereka bersenam beramai-ramai pada setiap pagi atau petang.
Aspek keselamatan amat penting dalam kehidupan kita. Oleh itu, penduduk
lelaki mengawal dan meronda sekitar perumahan pada setiap malam. Tujuannya
untuk mengelakkan kecurian dan kejadian pecah rumah. Mereka meronda secara
bergilir-gilir. Daripada segi ekonomi pula, mereka membuka perusahaan mee. Mee
yang dihasilkan bermutu tinggi dan sedap dimakan.
Daripada segi pendidikan pula, penduduk mengadakan kelas bimbingan. Kelas
bimbingan ini disertai anak-anak penduduk Taman Seri Bahagia. Di antara mata
pelajaran yang diajar ialah Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan Matematik.
Kebajikan penduduk turut dititikberatkan. Penduduk yang sakit akan diziarahi oleh
penduduk yang lain. Mereka akan membawa buah tangan untuk menggembirakan
hati penduduk yang sakit.
Semangat kerjasama yang ditunjukkan oleh penduduk Taman Seri Bahagia
haruslah dicontohi oleh penduduk lain. Mereka sentiasa mengadakan aktiviti bersamasama dan saling membantu sesama sendiri. Maka, tidak hairanlah perumahan mereka
telah dianugerahi Taman Perumahan Terbaik.