Anda di halaman 1dari 1

SEKOLAH KEBANGSAAN SERDANG

JALAN UTAMA, KOMPLEKS PERTANIAN SERDANG


43400 UPM SERDANG, SELANGOR DARUL EHSAN
TEL. NO : 03-89486582

Rujukan
Tarikh

:
: 17 April 2015

Kepada Sesiapa Yang Berkenaan,


Melalui,
EN. ABDUL RAHIM B. SHAHUDDIN
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Serdang,
Jalan Utama, Kompleks Pertanian Serdang,
43400 UPM Serdang,
Selangor Darul Ehsan.
Tuan,
MEMOHON SUMBANGAN UNTUK PASUKAN BOLA SEPAK SEKOLAH
Dengan segala hormatnya merujuk perkara di atas, saya MOHAMMAD BIN ALI selaku
Pengurus dan Jurulatih bagi pasukan bola sepak SK Serdang bersama murid-murid yang
mewakili bola sepak sekolah serta pihak pentadbir sekolah.
2.
Kami ingin memohon sumbangan ikhlas dari pihak Tuan untuk pasukan bola sepak sekolah
seperti baju pasukan sekolah atau alatan sukan yang berkaitan bola sepak. Sumbangan ini
secara tidak langsung dapat membantu meningkat lagi minat dan keterlibatan murid dalam bidang
sukan bagi merealisasikan program 1 murid 1 sukan. Sebarang bentuk sumbangan amat kami
harapkan agar agenda Kementerian Pendidikan dapat dilaksanakan dengan jayanya. Sekiranya
pihak Tuan ingin memberikan sumbangan dan sebarang pertanyaan bolehlah menelefon:
a. Mohammad Bin Ali (Pengurus dan Jurulatih pasukan SK serdang)
013-6162414
b. Johari Bin Mat Jap (Penolong Pengurus pasukan SK Serdang)
013-2614762
3.
Segala sumbangan yang dihulurkan amatlah kami hargai dan didahulukan dengan ucapan
jutaan terima kasih.
Sekian, terima kasih
Yang benar,
............................................
( MOHAMMAD BIN ALI )
Pengurus dan Jurulatih SK Serdang.

Anda mungkin juga menyukai