Anda di halaman 1dari 7

TEKS PENGACARA SUKAN TAHUNAN SK JURU 2O15

PERBARISAN
KONTINJEN

Perbarisan kontinjen sempena Sukan Tahunan Sekolah


Kebangsaan Juru pada tahun ini dimulakan dengan
perarakan kontijen dari rumah Pendekar yang diketuai
oleh ______________________. Tampil merah garang
melambangkan keberanian dan kegagahan kontinjen ini.
Menyusul di belakang merupakan kontinjen dari rumah
Pahlawan di bawah pimpinan ____________________.
Warna biru melambangkan perpaduan dan menunjukkan
kontinjen ini sentiasa bersatu padu dalam membentuk
sebuah pasukan yang mantap dan disegani.
Panglima mara merentas juara. Kontinjen dari rumah
Panglima ini menggunakan warna hijau sebagai simbol
perjuangan. Kontinjen yang dipimpin oleh
___________________ ini sentiasa bersemangat untuk
terus mengejar kejayaan dalam kejohanan pada tahun ini.
Kontinjen terakhir dalam perbarisan Sukan Tahunan SK
Juru tahun 2015 ini merupakan kontinjen dari rumah
Perwira yang menggunakan warna kuning sebagai
lambang perjuangan kontinjen mereka. Kontinjen Kuning
mara bersemangat juara ini dipimpin oleh
_________________ diharap dapat membuat kejutan
dalam kejohanan pada tahun ini.

BACAAN DOA

Lebat ke miri pohonnya rendah,


Dahan terikat tali perkasa,
Sepuluh jari kami menadah,
Mohon berkat yang maha Esa.
Bagi

memulakan

majlis,

marilah

sama-sama

kita

menadah tangan bermunajat, memohon berkat agar


segala urusan mendapat rahmat.
Untuk
itu,
majlis
dengan
segala
hormatnya
mempersilakan Ustaz Muhammad Ismail Bin Amir untuk
memimpin bacaan doa.
Amin amin ya rabbal alamin. Majlis merakamkan
setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas
bacaan doa itu tadi.

KATA ALU-ALUAN

Terbang burung pulang ke sarang,


Sarang letaknya di pohon cemara,
Pemanis kata selamat datang,
Awal Bismillah pembuka bicara,
Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera dan salam 1
Malaysia.
Yang dihormati Encik Mohd Noor Bin Ahmad, Pengerusi
Majlis Pembangunan Pertanian Parlimen Batu Kawan.
Yang Berbahagia En. Wahid Bin Othman, YDP PIBG
Sekolah Kebangsaan Juru.
Yang Berbahagia, En. Mad Ali Bin _________, Pegawai
Jabatan Pelajaran Negeri Pulau Pinang.
Yang Berusaha En. Jabri Bin Hasan, Guru Besar Sekolah
Kebangsaan Juru, En. Mohd. Bahar Bin Mat, Guru
Penolong Kanan 1, Pn Eliza Bt. Elias, Guru Penolong
Kanan HEM, En. Husni Bin Abu Bakar, Guru Penolong
Kanan Kokurikulum, Pegawai Sukan PIBG, barisan guru
Sekolah Kebangsaan Juru, ibu bapa, dan hadirin
sekalian.
Pergi berhuma di Tanjung Rokan
Sebelum pulang mengail ikan,
Kehadiran tuan puan kami alu-alukan,
Kecil tapak tangan nyiru kami tadahkan.
Selamat datang ke majlis penutupan Kejohanan
Olahraga Tahunan kali ke 53 Sekolah Kebangsaan Juru

tahun 2015

MAKLUMAT RINGKAS
TENTANG MAJLIS

Dengan Bismillah kita mulai,


Alhamdulillah wassala tannabi;
Dengan takdir Ilahi Rabbi,
Moga majlis sentiasa diberkati.
Emas tempawan buatmu puteri,
Busana indah buat rupawan;
Sudilah puan tampilkan diri,
Bersama madah kata aluan

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah swt atas keizinanNya, dapatlah kita bersama-sama berkumpul di Stadium
MPSP Jalan Betik, Bukit Mertajam untuk sama-sama
menyertai Kejohanan Olahraga Tahunan Sekolah
Kebangsaan Juru kali ke-53.
Untuk pengetahuan hadirin dan hadirat sekalian,
Kejohanan Olahraga Tahunan merupakan acara tahunan
wajib di Sekolah Kebangsaan Juru. Tujuan kejohanan ini
dianjurkan adalah untuk mencungkil bakat murid dalam
bidang sukan di samping memupuk minat murid untuk
sentiasa aktif dalam bidang kesukanan ke arah
melahirkan sekolah yang cemerlang, gemilang dan
terbilang.
Emas tempawan buatmu puteri,
Busana indah buat rupawan;
Sudilah tuan tampilkan diri,
Bersama madah kata aluan
Tak molek, jika ada alu tiada lesungnya
Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya
Tak lengkaplah majlis jika tiada yang berbicara

Bagi meneruskan agenda majlis kita pada hari ini, majlis


dengan segala hormatnya mempersilakan En. Jabri Bin
Hasan, Guru Besar SK Juru bagi menyampaikan ucapan
alu-aluan.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.


Majlis merakamkan setinggi-tinggi terima kasih kepada
En., Jabri Bin Hasan atas kesudian beliau
menyampaikan ucapan sebentar tadi.
Kalau tuan pikat kenari
Jangan patahkan batang jerami
Kepada tuan mandat diberi
Mohon disempurnakan majlis kami
Untuk maksud itu, majlis dengan segala hormatnya
memersilakan Encik Mohd Noor Bin Ahmad, Pengerusi
Majlis Pembangunan Pertanian Parlimen Batu Kawan
untuk menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan
majlis penutupan Kejohanan Olahraga Tahunan kali ke
53 Sekolah Kebangsaan Juru Tahun 2015.
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Encik
Mohd Noor Bin Ahmad atas kesudian beliau merasmikan
majlis.

PENYAMPAIAN
ANUGERAH
OLAHRAGAWAN DAN
OLAHRAGAWATI

Majlis diteruskan lagi dengan upacara yang ditunggutunggu pada hari ini iaitu anugerah olahragawan dan
olahragawati Kejohanan Olahraga Tahunan Kali ke 53
Sekolah Kebangsaan Juru.
Bagi menyampaikan anugerah ini, majlis dengan segala
hormatnya mempersilakan ______________________
dan diiringi oleh ______________________bagi
menyampaikan anugerah.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.
Olahragawati Kejohanan Olahraga Tahunan Kali ke 53

Sekolah Kebangsaan Juru pada tahun ini dianugerahkan


kepada _________________________ dari rumah
_________________________ . Tahniah diucapkan.

Olahragawan Kejohanan Olahraga Tahunan Kali ke 53


Sekolah Kebangsaan Juru pada tahun ini dianugerahkan
kepada _________________________ dari rumah
_________________________ . Tahniah diucapkan.

Terima
kasih
diucapkan
kepada
______________________
atas
kesudian
beliau
menyampaikan anugerah kepada olahragawan dan
olahragawati Kejohanan Olahraga Tahunan Kali ke 53
Sekolah Kebangsaan Juru tahun 2015.
Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian hadiah bagi
pemenang rumah pasukan. Untuk maksud itu, majlis
dengan
segala
hormatnya
menjemput
___________________________ dan diiringi oleh
______________________bagi menyampaikan hadiah.

Tempat keempat : rumah ____________


Tempat ketiga : rumah _____________
Tempat kedua : rumah ______________
Johan rumah Kejohanan Olahraga Tahunan Kali ke 53
Sekolah Kebangsaan Juru tahun 2015 jatuh kepada
rumah ______________________ .
Terima
kasih
diucapkan
kepada
______________________
atas
kesudian
beliau
menyampaikan hadiah kepada pemenang rumah bagi
Kejohanan Olahraga Tahunan Kali ke 53 Sekolah
Kebangsaan Juru tahun 2015.
Tahniah diucapkan kepada para pemenang pada hari ini.
Kalah menang bukan ukurannya namun semangat
kesukanan yang jitu dan unggul menjadi tonggak utama

penganjuran kejohanan olahraga pada tahun ini.

CENDERAHATI VIP
Awan bersua citra berkisah,
Ukiran sukma kilauan kelisa,
Olahragawan olahragawati sempurna sudah,
Penyampaian cenderamata menyusul pula.
Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian cenderahati
kepada barisan VIP kita pada hari ini. Majlis dengan
segala hormatnya menjemput _____________________
diiringi _____________________ bagi menyampaikan
cenderamata.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.
Barisan VIP :
1) En. Mohd Noor Bin Ahmad (Pengerusi Majlis
Pembangunan Pertanian Parlimen Batu Kawan)
2) En. Mohd Zamri Bin ____________ (Mantan YDP
PIBG SK JURU)
3) En. Mad Ali Bin ____________( Pegawai Jabatan
Pelajaran Negeri Pulau Pinang)

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada


______________________
atas
kesudian
beliau
menyampaikan cendrehati kepada barisan VIP kita pada
hari ini.

MAJLIS PENUTUP

Dengan berakhirnya penyampaian cenderahati sebentar


tadi maka berakhirlah majlis kita pada hari ini. Kami
menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf
sekiranya ada terlanjur kata, terlampau cara sepanjang

kami berbicara.

Majlis merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih


kepada En. Mohd Noor Bin Ahmad, En Wahid Bin
Othman, AJK PIBG, penyampai-penyampai hadiah dan
pingat, pegawai sukan PIBG, staf Sekolah Kebangsaan
Juru, para waris, murid-murid Sekolah Kebangsaan Juru
serta semua pihak yang menyumbang wang dan tenanga
secara langsung dan tidak langsung dalam Kejohanan
Olahraga Tahunan Sekolah Kebangsaan Juru kali ke-53.
Akhir kata, terimalah dua rangkap pantun dari kami.
Bunga dedak di atas para
Anak dusun pasang pelita
Kalau tersilap tutur bicara
Jemari disusun maaf dipinta.
Saintis meneroka sampai ke bulan
Membuat kajian tak pernah jemu
Sampai di sini tinggallah tuan
Ada hayat kita bertemu

Sekian, maaf andai terlanjur bicara, hamba juga insan


biasa. Assalamualaikum warahmatullah w.b.t

Anda mungkin juga menyukai