INFORMASI
UJIAN
KETERUSAN
UJIAN-UJIAN
KETERUSAN
PENERANGAN
Tujuan pemeriksaan dan pengujian dijalankan ke atas
pemasangan pengguna atau alat-alat elektrik adalah
untuk memastikan keselamatan sesuatu pemasangan
telah terlaksanakan mengikut peraturan IEE, TNB dan
Suruhanjaya Tenaga (ST) agar berfungsi dengan betul
serta selamat digunakan.
PEMERIKSAAN PENGLIHATAN
Pemeriksaan penglihatan adalah dicadangkan dilakukan
terlebih dahulu sebelum diadakan sebarang ujian iaitu dengan
cara melihat, tujuannya adalah seperti berikut:
i. Untuk memastikan bahawa alat-alat yang dipasang adalah
mengikut Piawaian British (BS), Piawaian Malaysia (MS) yang
diluluskan oleh Pengerusi Suruhanjaya Tenaga (ST) dan Sirim.
Sekiranya alat-alat tersebut tidak ada sebarang tanda kelulusan
maka pihak pemborong hendaklah mengemukakan surat
kelulusan berkenaan.
ii. Untuk memastikan bahawa keseluruhan pemasangan itu
dijalankan mengikut peraturan IEE, TNB, JKR, ST dan lain-lain
peraturan yang dikehendaki.
iii. Untuk memastikan bahawa tidak ada kerosakan yang nyata atau
zahir pada pemasangan atau alat-alat elektrik yang
disambungkan kepadanya.
Sambungan
.
vi. Sambungan yang betul ke atas soket, pemegang lampu dan
alat-alat kawalan yang lain.
vii. Semua alat-alat yang digunakan seperti suis, soket, fius dan
lain-lain mestilah diluluskan oleh Pengerusi Suruhanjaya
Tenaga dan Sirim.
viii. Beban bagi sesuatu litar hendaklah diberi perhatian,
contohnya bilangan point bagi sesuatu litar.
ix. Konduktor Bumi :
a. Perlindungan mekanikal.
b. Perlindungan dari karat.
c. Sambungan yang kuat ke elektrod bumi.
d. Mengikut saiz.
x. Elektrod Bumi
Sambungan
.
Sambungan
.
Turutan pengujian
Pengajian mestilah dijalankan mengikut turutan ini yang bertujuan
bagi mengelakkan bahaya pada orang yang menguji dan untuk
keselamatan pemasangan serta alat-alat penguji. Berikut adalah
senarai pengujian yang perlu dijalankan mengikut turutan :
a) Ujian keterusan.
b) Ujian keterusan pengalir litar akhir gelang.
c) Ujian pengalir perlindungan, ini termasuklah pengalir ikatan
utama dan tambahan
d) Ujian kekutuban.
e) Ujian rintangan penebatan.
f) Ujian rintangan elektrod bumi.
g) Ujian galangan gelung kerosakan ke bumi.
h) Ujian kendalian pemutus litar bocor ke bumi.
Ujian keterusan
Ujian ini bertujuan untuk memastikan setiap pengalir
mempunyai keterusan di sepanjang litar. Terdapat dua kaedah
ujian keterusan yang dicadangkan. Alat penguji yang digunakan
adalah jangka ohm dan loceng penguji (D.C).
Sambungan
.
Semasa ujian ini dilakukan lampu tidak perlu dicabut dari
pemegang lampu dan suis hendaklah di ONkan.
Meter menunjukkan bacaan bagi beban tersebut.
Sambungan
.
Pemencil (Isolator)
Alat yang boleh memutuskan bekalan pengagihan kepada
pengguna dengan membukakan sambungan kabel hidup dan
neutral secara serentak.
Untuk bekalan 1 fasa ia menggunakan suis 2 kutub berangkai.
Untuk bekalan 3 fasa ia menggunakan suis 3 kutub berangkai.
Tujuan mengadakan pemencil mengasingkan litar dan
seterusnya dapat melindungi pengguna daripada renjatan
elektrik yang berterusan jika berlaku kebocoran dan sentuhan
renjatan.
Biasanya pemencil dipasang pada permulaan litar.
Selain itu, pemencil boleh digunakan untuk memutuskan
bekalan sebelum kerja kerja membaiki kerosakan atau
membuat pendawaian tambahan.
Kadaran pemencil hendaklah dipadankan dengan kadaran arus
bekalan dan beban.
Yang penting, pemencil mestilah mampu membawa arus beban
penuh dan berkeupayaan memutuskan dan menyambungkan
bekalan seperti yang diperlukan.