Anda di halaman 1dari 13

RIS

SEMESTER 1 SESI 2010/2011

KPR3974

LATIHAN MENGAJAR
TAJUK TUGASAN

RPH MINGGU KE-4


KUMPULAN
K00864
DISEDIAKAN OLEH
NAMA

NO. ID

NO. TELEFON

NURULHUDA BINTI MOHAMAD SALIHIN

D20112053154

0177500976

NAMA TUTOR E-LEARNING : DR. ABDUL RAHIM RAZALLI


TARIKH SERAH: 16 APRIL 2015

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MELAYU


Mata Pelajaran

Bahasa Melayu

Kelas

Ikhlas 4

Bil. Murid

5 orang

Masa

8.40 pagi - 9.40pagi (60 minit)

Tarikh

16 April 2015

Tajuk

3. Kemahiran Membaca

Standard Kandungan

3.2 Membaca perkataan

Standard Pembelajaran

3.2.1 Membaca perkataan KV + KVK

Tunjang lain yang

Ketrampilan, komunikasi, fizikal dan estetika

disepadukan

Objektif

Di akhir pengajaran dan pembelajaran ini, murid dapat:


1. Memadankan suku kata pertama dengan suku kata kedua
dengan betul.
2. Memadankan perkataan KV + KVK dengan gambarnya.
3. Membaca sekurang-kurangnya tiga perkataan KV + KVK
dengan betul dan lancar

Sistem bahasa

Kata nama

Kosa kata

Katak, lipan, tikus, gajah dan semut

Ilmu

Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, sains, dan moral

Kemahiran berfikir

Menjana Idea, mendiskriminasi dan menghubungkait.

Kemahiran Pengajaran

Soal jawab

Kemahiran Belajar

Kemahiran membaca, kemahiran menulis dan kemahiran

Cara Belajar

mendengar secara aktif

Kecerdasan Pelbagai

Verbal-linguistik, muzik dan kinestetik.

Nilai Murni

Memberi kerjasama, kebebasan bersuara, berani mencuba,


berterima kasih, yakin diri, bersungguh-sungguh, menghargai,
toleransi, kerjasama kumpulan, berani, bersungguh-sungguh,
kerjasama dan amalan menjaga kebersihan diri dan persekitaran.

Elemen Merentas

Teknologi maklumat dan komunikasi dan keusahawanan.

Kurikulum:
Bahan Bantu Belajar:

Komputer riba, pembesar suara, kad bacaan, kad gambar dan kad
perkataan katak, gajah, semut, lipas dan tikus dan lembaran
kerja.

ISI PELAJARAN

SET INDUKSI
(5 Minit)

AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

CATATAN

1. Murid dikehendaki menyanyi lagu yang dengan iringan muzik serta Bahan Bantu Belajar:
mengikut pergerakan yang dilakukan oleh guru.

- Komputer riba

2. Murid dikehendaki menyatakan nama binatang yang terdapat dalam - Pembesar suara
Nyanyian dan
pergerakan dari
lagu Lompat si katak

lagu tadi.
3. Guru mengaitkan lagu dengan pengajaran pada hari ini.

Kemahiran Pengajaran :
-

Soal Jawab

lompat
Kemahiran Berfikir (KB):
-

Menjana idea

Kemahiran Kecerdasan
Pelbagai:
-

Muzik

Kinestetik

Elemen Merentas Kurikulum:


-

Teknologi Maklumat dan


komunikasi

Nilai Murni:

LANGKAH 1
(10 Minit)

Memberi kerjasama

Kebebasan bersuara

Berani mencuba

1. Murid dikehendaki mengambil kad gambar dari kotak yang Bahan Bantu Belajar:
disediakan.

Kad gambar dan kad

Mengeja dan membaca

2. Murid dikehendaki menamakan haiwan tersebut.

perkataan: katak, gajah,

dengan bimbingan guru

3. Murid dikehendaki mengajuk perkataan yang guru sebut mengikut

semut, lipas dan tikus

suku kata yang betul.


4. Murid dikehendaki mengeluarkan jari mengikut bilangan suku kata Kemahiran Kecerdasan
dari perkataan yang disebut.

Pelbagai:

5. Murid mengulangi membatangkan suku kata sambil mengira dengan -

Verbal-linguistik

jari secara berkumpulan.


Nilai Murni:
-

Berani mencuba

Yakin diri

LANGKAH 2

1. Murid dikehendaki memilih satu kad warna yang digemari.

Bahan Bantu Belajar:

(10 minit)

2. Murid dikehendaki mengeja perkataan KV + KVK tersebut dengan

Kad gambar

Kad suku kata

bimbingan guru.

Mengeja dan membaca

Ka tak

secara individu

Ga jah

Kemahiran Belajar Cara

Se mut

Belajar:

Li pas

Ti kus

3. Semua murid dikehndaki mengeja berulang kali dengan bimbingan


guru.
4. Murid dikehendaki membaca perkataan yang diminta oleh guru
secara individu.

LANGKAH 3
(15 minit)

Kemahiran membaca

Nilai Murni:
-

Berani mencuba

Yakin diri

Kerjasama

1. Murid menerima lembaran kerja dan mengucapkan terima kasih Bahan Bantu Belajar:
kepada guru.

- Lembaran 1

2. Murid mendengar arahan yang terdapat pada lembaran kerja yang - Lembaran 2
Latihan lembaran kerja

dibacakan oleh guru dengan teliti.


3. Murid melengkapkan lembaran kerja.

- Lembaran 3
(Rujuk Lampiran)

4. Murid yang telah menyiapkan lembaran kerja yang pertama akan


diberikan lembaran kerja yang kedua setelah mereka dapat Kemahiran Belajar Cara
menjawab dengan betul. Sekiranya terdapat kesalahan, murid Belajar:
dikehendaki membetulkan kesalahan tersebut terlebih dahulu dengan bimbingan guru.

Kemahiran membaca
Kemahiran menulis

Nilai Murni:
-

Kesabaran

Berterima kasih

Toleransi

Berani

Bersungguh-sungguh

Kerjasama

LANGKAH 4

1. Murid dibahagikan kepada dua kumpulan.

Bahan Bantu Belajar:

(15 minit)

2. Murid-murid ditayangkan slide permainan Roda Bacaan.

3. Murid dikehendaki menekan butang untuk memusingkan roda Permainan Roda

bacaan dan membaca perkataan yang ditunjukkan oleh anak

Bacaan

panah yang terdapat pada roda bacaan tersebut.

Pembesar suara

Kemahiran Berfikir(KB):

4. Murid yang dapat membaca dengan betul akan menerima satu bintang.

Komputer riba

Mendiskriminasi

Kemahiran Kecerdasan

5. Kumpulan murid yang menerima banyak bintang dikira sebagai Pelbagai:


pemenang dan mendapat hadiah.

Verbal-linguistik

Elemen Merentas Kurikulum:


-

Teknologi maklumat dan


komunikasi

Keusahawanan

Nilai Murni:
-

Toleransi

Kerjasama kumpulan

PENUTUP

1. Guru menyoal beberapa nama binatang yang telah dipelajari.

Bahan Bantu Belajar:

(5 minit)

2. Penerapan nilai-nilai murni

Menyedari kebesaran Allah kerana mencipta pelbagai jenis binatang -

Komputer riba
Pembesar suara

Penerapan nilai-nilai

di muka bumi. Setiap binatang ada peranannya masing-masing. Allah

murni dan nyanyian.

mewujudkan binatang yang suka kepada benda yang kotor agar kita Kemahiran Belajar Cara
sentiasa menjaga kebersihan diri dan persekitaran agar tidak Belajar:
didatangi oleh binatang yang kotor seperti lipas dan tikus.

Kemahiran mendengar aktif

3. Nyanyian dan pergerakan lagu lompat si katak lompat


4. Murid-murid dikehendaki bertepuk tangan tanda apresiasi kepada diri Kemahiran Pengajaran:
sendiri.

Penyoalan

Kemahiran Berfikir(KB):
-

Menjana idea

Menghubungkait

Kemahiran Kecerdasan
Pelbagai:
-

Muzik

Verbal-linguistik

Elemen Merentas Kurikulum:


-

Teknologi maklumat dan


komunikasi

Nilai Murni:
-

Menyedari kebesaran Allah

Menghargai diri

Menjaga kebersihan diri dan


persekitaran

REFLEKSI PENGAJARAN
Pada pengajaran kali ini saya masih lagi menerapkan aktiviti nyanyian dan pergerakan pada
set induksi bagi menarik perhatian murid. Hal ini kerana murid-murid sangat suka dengan aktiviti
nyanyian kerana mereka berasa puas dapat menyanyi dengan kuat. Setelah aktiviti nyanyian
mereka berasa seronok dan bersemangat untuk meneruskan pembelajaran seterusnya.
Seterusnya, saya juga menyediakan menerapkan aktiviti permainan dalam pengajaran yang
sememangnya digemari oleh murid-murid berkeperluan khas kerana aktiviti permainan
membuatkan mereka tidak berasa tertekan dengan pelajaran yang dipelajari tersebut. Namun
begitu, saya dapati kawalan murid agak kurang dalam aktiviti permainan menyebabkan kelas
menjadi bising. Justeru itu, saya mungkin perlu memikirkan cara yang sesuai bagi mengatasi
masalah tersebut.
Selain itu, saya turut menyediakan beberapa lembaran kerja sebagai persediaan sekiranya
ada murid yang telah dapat menyiapkan lembaran kerja dengan cepat maka mereka akan diberi
lembaran kerja seterusnya agar mereka tidak berasa bosan menunggu rakan-rakan lain menyiapkan
tugasan.
Pada langkah keempat saya telah menyediakan permainan yang mana mereka perlu
bersaing antara kumpulan yang merupakan pengukuhan tentang apa yang telah mereka pelajari
hari ini. Saya dapati murid-murid telah memberikan kerjasama yang baik dalam kumpulan mereka
bagi memastikan kumpulan mereka menang pada permainan tersebut. Secara keseluruhannya,
saya dapati objektif pengajaran saya tercapai. Sekian.

LAMPIRAN
LEMBARAN KERJA 1

LAMPIRAN
LEMBARAN KERJA 2

LAMPIRAN
LEMBARAN KERJA 3